Monday, October 01, 2012

Berapakah Kedalaman Alat Sulit Wanita?

Berapakah Kedalaman Alat Sulit Wanita?

Jika seorang lelaki sering membanding-bandingkan panjang organ sulitnya, maka wanita pun boleh melakukannya.

Kedalaman Alat Sulit Wanita
Gambar hiasan.

Tetapi bukan panjang, melainkan kedalaman organ sulit tersebut. Jadi berapa ukuran kedalaman organ vagina wanita?

Jika ukuran organ lelaki (penis) dapat bervariasi dari tiap orang dan tiap negara, maka begitu pula dengan ukuran kedalaman organ genital wanita (vagina).

Vagina wanita biasanya bervariasi secara dramatik. Kedalaman vagina juga boleh dipengaruhi oleh tinggi badan, rangsangan secara seksual dan proses melahirkan. Tapi kedalaman wanita itu bersifat elastik.

Menurut Womenhealth, ketika tidak terangsang secara seksual, rata-rata wanita memiliki kedalaman 3 hingga 4 inci (7-10 cm).

Dan ketika mengalami rangsangan seksual, aliran darah akan menyebabkan leher rahim (serviks) dan rahim naik, sehingga saluran vagina mengalami peregangan sekitar 5-7 inci (12-17 cm).

Vagina terdalam pernah dicatatkan di London pada tahun 1916 dengan kedalaman vagina mencapai 17.5 inci (44.5 cm).

Suatu keadaan tertentu juga dapat mempengaruhi bentuk dan kedalaman vagina wanita. Wanita yang tidak memiliki pasangan seks, wanita menopause, ibu menyusui kadang-kadang mengalami penyusutan bentuk kelaminnya. Keadaan ini disebut vagina atrofi.

Vagina atrofi terjadi kerana menurunnya hormon estrogen yang menyebabkan lapisan vagina menipis, lebih kering, kurang elastik dan lebih rapuh.

Bagi beberapa wanita, vagina atrofi menyebabkan hubungan seks lebih menyakitkan sehingga secara alami menurunkan minat seks.

BACA INI JUGA: 7 Jenis Klimaks Wanita

Sumber: DetikHealth

Gadis Pemilik Leher Paling Panjang!

Gadis Pemilik Leher Paling Panjang!

Seorang gadis dari Rusia, Ludmyla titchenkova yang menghadapi masalah genetik tulang belakang dan akibat dari itu lehernya tumbuh memanjang dengan cepat sejak berusia 8 tahun.

Gadis Pemilik Leher Paling Panjang!
Inilah Padahnya Tindik Alat Sulit

Inilah Padahnya Tindik Alat Sulit

Dalam salah satu kajian mengenai tindik badan, para penyelidik dari Northwestern University mendapati bahawa sekitar 20 peratus dari tindikan menyebabkan jangkitan.


Jangkitan merupakan komplikasi yang paling biasa, diikuti oleh alergi, perdarahan, jaringan parut dan gangguan semasa menjalani prosedur perubatan, seperti ronsen dan USG. Beberapa gangguan yang dialami berdasarkan tempat tindikan adalah:

Tindikan di bahagian mulut atau lidah boleh menyebabkan kesulitan bercakap dan makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan gangguan pada gigi.

Tindikan di mulut dan hidung boleh tersedut bahkan masuk ke dalam badan sehingga memerlukan operasi untuk mengambil tindikan.

Tindikan di puting dapat mengoyakkan kulit. Gangguan galaktorea atau air susu yang mengalir tiba-tiba dari payudara juga boleh disebabkan oleh menindik puting. Wanita yang sedang hamil atau menyusui dan mempunyai tindik atau ingin ditindik sebaiknya menyedari komplikasi langka yang dapat mempengaruhi dirinya sendiri atau anaknya.

Tindik pusat memungkinkan terjadinya jangkitan kerana iritasi dari pakaian ketat yang digunakan. Hal ini kerana kulit pusat merupakan bahagian yang sangat sensitif.

Tindikan di kelamin boleh menyebabkan kemandulan kerana jangkitan, mengahalangi jalannya air seni, hingga menyebabkan parut.

Pada lelaki, priapism atau rasa sakit ketika ereksi boleh terjadi akibat tindikan di kelamin.

Tindik alis sangat berisiko jika tidak dilakukan di tempat yang tepat. Tindik harus dilakukan pada sudut 40 darjah dari sudut luar mata. Jika tempatnya tidak tepat maka berisiko mengalami kerosakan saraf, kerana bahagian tersebut mengandungi 3 saraf supra orbital besar.

Tindik telinga bahagian atas lebih berbahaya kerana terdapat tulang rawan disepanjang tepi telinga. Jika berlaku jangkitan di bahagian tulang rawan tersebut akan lebih sukar untuk diubati dan boleh mencetuskan kecacatan pada telinga.
Wow! Cara Mudah Tingkatkan Pelawat Blog Anda!

Wow! Cara Mudah Tingkatkan Pelawat Blog Anda!

Salam semua. Sekarang ni trafik aku semakin hari semakin meningkat. Ada saja pelawat datang ke blog aku walaupun aku jarang update post.

Pelawat Blog

Ranking blog aku dalam search engine pun naik dek penangan trick backlink ni. Korang mesti nak tau kan camner blog aku boleh meningkat secara mendadak walaupun tak buat promosi kat mana-mana pengiklanan?

Trick ni mudah saja. Tak perlu nak perah-perah otak bagai. Korang cuma perlu tulis satu entri yang lebih kurang macam entri aku ni ikut kreativiti masing-masing.

Pastu copy-paste link-link kat bawah ni.
  1. Ahmad Faizal
  2. Jie Susanos
  3. Datok Sir Kronik
  4. Saya Pejuang Bahasa
  5. Arzmoha
  6. White Barley
  7. Maria Firdz
  8. Penggali Ilmu Dunia
  9. Ummi Seri
  10. Dedaun Comel
  11. Lokman Amirul
  12. Hero Borneo
  13. Khir Khalid
  14. Madey09
  15. Sentiasa Panas

Tapi sebelum tu, ada beberapa syarat yang korang kena ikut.

1. Sebelum korang copy-paste link-link kat atas ni, sila delete yang no 1 terlebih dahulu (ala-ala macam program yang derma-menderma tu).

2. Pastu, up kan link no 2 jadi no 1, link no 3 jadi no 2, link no 4 jadi no 3 dan seterusnya (Letih weyh kalo nak aku cakap taip sampai abes).

3. Pastu korang masuk kan link korang kat no 15.

4. Korang jangan gatal tangan ubah urutan link tu, nanti tak jadi. Hah kan susah. Aku jugak yang kena.

Dah siap? Publish la entry korang tu. Dan jangan terkejut bila trafik korang mencanak naik.

Selamat MENCUBA (^___________^)

BACA INI JUGA: Cara Mengetahui Blog DoFollow Dan NoFollow

-SENTIASAPANAS.COM

Gigit Buah Zakar Teman Lelaki Selepas Bergaduh

Gigit Buah Zakar Teman Lelaki Selepas Bergaduh

Maria Topp, 44, dari Wreckenton, Gateshead, Tyne and Wear, mengaku bersalah membawa kemudaratan tubuh badan yang tidak terperi sakitnya di Mahkamah Newcastle Crown.

Beliau telah menggigit buah zakar Martin Douglas teman lelaki yang dikenali sejak lima tahun lalu setelah terlibat dalam pergaduhan akibat mabuk di sebuah flat awal tahun ini.

Douglas seorang DJ telah dibawa ke hospital Newcastle setelah membuat panggilan 999 dan memerlukan pembedahan kecemasan selepas serangan tersebut.

Maria Topp telah dibicarakan oleh juri Mahkamah Crown Newcastle atas tuduhan mendatangkan kecederaan teruk dengan niat yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup.

Beliau mengaku bersalah dan selepas rayuan pertuduhan mungkin dipinda yang hanya membawa hukuman 5 tahun penjara.

Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga 11 November, Maria Topp dibenarkan ikat jamin dengan bersyarat.

Hakim berkata “kedua-dua pasangan telah menjalinkan hubungan selama lima tahun, mereka telah berpisah berkali-kali dan kembali semula menjalinkan hubungan, telah berlaku beberapa kali bergaduh dan polis telah dipanggil beberapa kali dan pada hari kejadian mereka berdua dalam keadaan mabuk.

Setelah berlaku pertengkaran, Maria Topp telah menggigit buah zakar Douglas dan menyebabkan kecederaan. Saya mempunyai beberapa pilihan dan antaranya memenjarakan anda”.

Hebat! Bina Kereta Dari Batang Buluh

Hebat! Bina Kereta Dari Batang Buluh

Seorang artis seni dari Bogota, Colombia, Jose Mauricio Pardo membina badan sebuah kereta dengan menggunakan sejumlah batang buluh.

PARDO memandu 'kereta buluh' di sebatang jalan raya di Bogota pada Jumaat lalu.

Dia memandu kereta tersebut di sekitar bandar raya ini pada Jumaat lalu. Kereta itu turut dilengkapi dengan enjin dan tayar.

-Agensi
Suami Saman Isteri Kerana Hodoh

Suami Saman Isteri Kerana Hodoh

Seorang lelaki dari China, Jian Feng telah menceraikan dan menyaman isterinya sebanyak $120,000 dan beliau menang kes tersebut.

Gambar hiasan

Menurut laporan, Feng tinggal bersama isterinya yang cantik hidup bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang mana kelihatan sedikit pun tidak sama dengan mereka berdua. Bayi tersebut juga dilaporkan hodoh dan mengejutkan beliau.

Timbul keraguan dan syak wasangka dalam diri Feng dan beliau menuntut supaya isterinya memberitahu siapakah bapa sebenar bayi perempuan yang dilahirkan itu. Akhirnya, si isteri mengaku telah membuat rawatan pembedahan plastik di Korea Selatan untuk merubah keseluruhan mukanya menjadi cantik.

Feng telah menyaman di bawah terma isterinya telah menipu beliau sehingga mengahwininya dalam rupa yang palsu.

-Majalahbiarbetul.blogspot.com

Sunday, September 30, 2012

'Anunya' Mampu Angkat 30 Kilogram!

'Anunya' Mampu Angkat 30 Kilogram!

Lal Baba dari India adalah orang yang berbadan agak pendek sehingga dia harus berdiri di atas dua batu bata untuk mengangkat batu segi tiga seberat 30 kg beberapa sentimeter dari tanah.

'Anunya' Mampu Angkat 30 Kilogram!

Walau hanya mengangkat beberapa sentimeter tapi tetap saja sangat berbahaya untuk keselamatan zakar.

Geng dukun ini melakukan hal ekstrem untuk menunjukkan secara jelas bahawa mereka mempunyai keyakinan dan kepercayaan agama yang mereka anuti.

Di dalam kekuatan mereka tidak menunjukkan gaya hidup seksual, tetapi mereka percaya yang mereka mampu mengawal dan mencegah nafsu-nafsu seksual, menyimpan tenaga itu sehingga secara mistik boleh diubah menjadi kekuatan fizikal dan spiritual.

'Anunya' Mampu Angkat 30 Kilogram!

Macam-macam hal..

-Mynewshub.my
Kimia Penyebab Kemaluan Lelaki Jadi Pendek

Kimia Penyebab Kemaluan Lelaki Jadi Pendek

Penggunaan racun kimia yang boleh ditemui dalam kehidupan seharian tidak hanya merosakkan kualiti sperma. Secara fizikal dari mata kasar, saiz kemaluan lelaki juga boleh memendek oleh kerana racun-racun yang berasal dari industri tersebut.


Sebuah lembaga pengawasan racun, EcoWaste Coalition memberi amaran bahawa penggunaan bahan kimia yang berasal dari industri semakin mengancam kesihatan. Baik pada lelaki mahupun perempuan, racun-racun tersebut boleh merosakkan sistem pembiakan.

Para ahli dari lembaga ini menggolongkan racun-racun tersebut dalam kelompok Endocrine disrupting Chemicals (EDC) atau bahan kimia perosak sistem endokrin. Termasuk dalam kelompok ini adalah Bisphenol A (BPA), Poly Chlorinated Biphenyl (PCB), paraben dan phthalates.

Racun BPA banyak ditemui dalam produk berbahan plastik dan bungkusan makanan. PCB banyak terdapat di produk elektronik, serta paraben dan phthalates ada di produk-produk penjagaan seharian seperti sabun dan shampoo.

Selama ini, ancaman dari bahan-bahan tersebut lebih banyak dikaitkan dengan kerosakan sperma dari segi kualiti mahupun kuantiti. Meskipun tidak kelihatan, kerosakan itu sangat menakutkan kerana boleh membuat lelaki tidak mampu menghasilkan keturunan.

Namun para ahli tersebut mengingatkan, ancaman paling serius adalah membuatkan saiz zakar semakin pendek. Semakin banyak menggunakan bahan-bahan tersebut, kemaluan lelaki semakin terancam dan menjadi lebih pendek.

"Bagi perempuan, racun-racun EDC juga mempengaruhi perkembangan sistem pembiakan. Kesuburan menurun, serta lebih cepat mengalami menopause. EDC juga meningkatkan risiko kanser payudara," kata salah seorang ahli, Dr Markus Johansson.

Wanita Klimaks 100 Kali Sehari!

Wanita Klimaks 100 Kali Sehari!

Tabloid di kedua-dua belah Atlantik bagaikan mendapat durian runtuh minggu lalu apabila akhbar The Sun melaporkan tentang wanita New Jersey berusia 44 tahun yang mengalami keadaan yang jarang-jarang berlaku iaitu mencapai orgasma atau puncak syahwat sehingga 100 kali dalam sehari.

Wanita Klimaks 100 Kali Sehari
Ramsey.

Didiagnosis dengan persistent genital arousal disorder (PGAD) atau masalah kebangkitan berahi berulang-ulang, Kim Ramsey, seorang jururawat dikatakan terpaksa duduk di atas kampit kacang sejuk beku apabila mencapai klimaks tidak berhenti-henti untuk tempoh empat hari.

Media dan pembaca memberi reaksi terhadap masalah Ramsey ini dengan bermain kata-kata yang membawa dua maksud seperti, "Lagi?" New York Post pula seolah-olah mengeluh yang, "sesetengah perempuan dapat semua keseronokan."

Di sebalik keseronokan orang lain membuat lelucon, bagi Ramsey sendiri keadaannya itu bukanlah sesuatu yang boleh diketawakan.

"Orang yang tidak memahami masalah ini menganggap orgasma berganda suatu nikmat tetapi saya sepanjang masa dalam kesakitan.

"Malangnya tidak banyak yang boleh dilakukan dari segi perubatan buat masa ini bahkan kebanyakan doktor hanya menganggap situasi saya sebagai hiperseksualiti atau daya seksual terlampau," katanya.

Ahli ginekologi dan pengasas Institute for Women in Pain di Pennsylvania, Dr. Robert Echenberg berkata, wanita seperti Ramsey sering kali disalah diagnosis atau dipandang remeh oleh pakar sakit puan, yang akan meminta mereka bersyukur kerana lebih baik daripada perempuan yang gagal mencapai orgasma atau puncak syahwat.

"Doktor terbabit bukannya merawat pesakit," katanya.

GangguanNeuropsikiatri yang juga peneraju PGAD, Dr. Marcel Waldinger membandingkan keadaan Ramsey dengan "sakit gigi di tempat yang salah".

Menurut Echenberg, PGAD perlu dimasukkan dalam konteks kesakitan pelvis kronik - isu yang dialami pada satu masa oleh 20 peratus wanita dalam umur produktif.

Fenomena ini diperkenalkan ke dalam dunia perubatan dalam satu kajian pada 2001 oleh Sandra Leiblum, pengasas terapi seks moden.

Waldinger dan pakar lain sejak itu merumuskan PGAD sebagai masalah neurologi berpunca daripada saraf pudendal, sel deria penting yang mencetuskan nafsu berahi.

Menurut Waldinger, PGAD berkembang apabila saraf tersebut termampat dan mula 'menembak' secara rambang, menyebabkan saraf dorsal pada clitoris (DNC) wanita itu terlebih pacu.

Akibatnya, wanita yang menderita dengan gangguan saraf ini sepanjang masa merasai berada di ambang berahi.

Dalam keadaan luar biasa, sedikit sentuhan atau pergerakan pada alat sulit dengan cepat membuatkan mereka terangsang.

Bukan sahaja ia akan menyebabkan mereka tidak selesa ketika di bilik mesyuarat atau di dalam kenderaan awam, ia menjejaskan kehidupan seks mereka: kerana orgasma yang sepatutnya puncak nikmat seks menjadi sumber derita.

"Kebangkitan nafsu syahwat yang berterusan tentu sahaja meresahkan dan menyakitkan bahkan membuatkan wanita itu naik angin," kata Waldinger.

Selain kacang sejuk beku, adakah penawar lain untuk wanita yang keletihan ini dan alat genital mereka yang haru-biru? Sesetengah ubat mungkin boleh mengurangkan sensasi tetapi buat masa ini, belum ada rawatan jangka panjang yang berkesan.

Bagi Ramsey, tidak ada apa yang boleh dilakukannya selain berdoa lebih ramai wanita yang merasakan diri mereka mengalami PGAD tampil menemui doktor agar dunia perubatan dapat memberikan perhatian serius terhadap masalah ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com