Thursday, March 08, 2018

iPhone Terkunci 47 Tahun Selepas Kata Laluan Salah

iPhone Terkunci 47 Tahun Selepas Kata Laluan Salah

Seorang wanita di Shanghai berdepan kesukaran selepas anak lelakinya yang baru berusia 2 tahun, tanpa disedari mengunci telefon iPhonenya untuk tempoh 47.78 tahun (25,114,984 minit) akan datang.

iPhone Terkunci 47 Tahun

Menurut laporan penyiar berita CTV yang berpangkalan di tanah besar, kanak-kanak itu berulang kali memasukkan kata laluan yang salah ke dalam iPhone milik ibunya, menyebabkan tempoh penguncian meningkat untuk setiap percubaan.

Tidak dapat dipastikan dengan tepat berapa kali percubaan dengan kata laluan salah telah dibuat oleh si kecil itu.

Bercakap kepada agensi berita tersebut, wanita itu, yang bernama Lu, tidak mahu membuat 'reboot' pada telefonnya kerana langkah itu akan menyebabkan dia kehilangan semua fail, foto dan nombor telefon yang disimpannya.

Malangnya, menunggu hampir lima dekad bukanlah satu pilihan yang realistik sama sekali.

"Saya tak dapat tunggu lebih dari 40 tahun," kata Lu.

"Dalam masa 40 tahun akan datang saya mungkin dah tak boleh bercakap. Malah saya mungkin akan bergurau dengan cucu saya 'ini semua salah bapa kamu'."

Bagaimanapun, Lu bukan orang pertama yang berdepan sekatan selama 47 tahun.

Seorang juruteknik menerangkan kepada CTV bahawa ini terjadi apabila terlalu kerap kod laluan yang salah dimasukkan bagi sesebuah telefon yang mana ia digunakan untuk melindungi privasi dan data pengguna.

Dia menjelaskan, jika sekali kod laluan salah dimasukkan, telefon tidak boleh digunakan selama satu minit, kemudian lima minit dan kemudian setengah jam.

Selepas itu, masa telefon 'lumpuh' adalah rawak dan juruteknik itu berkata iPhone mungkin akan dimatikan selama 80 tahun.

Apabila ditanya apa yang dapat Lu lakukan untuk mengakses telefonnya, juruteknik itu menjawab, "Tidak ada cara untuk menyelesaikannya melainkan dia mengubah semula sistem. Semua fail tidak boleh dipindahkan."

Kesian.
BACA INI JUGA: Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

sumber: mstar

Monday, March 05, 2018

Bahaya 'Text Bomb' Telugu, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini

Bahaya 'Text Bomb' Telugu, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini

Pengguna Apple dinasihatkan agar tidak membuka sekiranya menerima 'teks bom' dari bahasa Telugu yang digunakan oleh golongan Dravidia di bahagian selatan India yang mampu merosakkan peranti yang digunakan dalam iPhone, iPad dan juga Mac.

Bahaya 'Text Bomb' Telugu, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini

Sekiranya pengguna Apple terus membuka teks tersebut, ia boleh merosakkan sistem aplikasi dalam sebarang gajet jenama berkenaan.

Semua gajet Apple meggunakan iOS 11.2.5 atau MacOS mudah terkena dengan pepijat tersebut sekaligus menggagalkan untuk penggunaan iMessages.

Bahaya 'Text Bomb' Telugu, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini

Selain itu ia juga memberi kesan kepada aplikasi WhatsApp, Facebook Messenger, Outlook (IOS) dan juga gmail.

Dilaporkan, sekiranya berlaku, gajet tersebut akan tertutup (off) secara berterusan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ransomware, 'Penculik Online' Yang Menjadikan Komputer Sebagai Tebusan

sumber: mstar

Friday, December 01, 2017

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Dah beli iPhone X? Lebih baik jaga elok-elok dan jangan sesekali jatuhkan kerana kos untuk membaiki skrin bukannya murah. Menurut sumber dari Machines, kos untuk mengganti skrin baru iPhone generasi ke-10 boleh mencecah kos sehingga RM1,799!

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Harga itu adalah RM1,000 lebih mahal berbanding kos untuk menggantikan skrin iPhone 8 dan RM900 lebih mahal daripada iPhone 8 Plus!

Mahal kan?

Tetapi, masih ada harapan buat pengguna iPhone X kerana pengedar rasmi produk Apple, Machines baru-baru ini melancarkan 'Machines Protection Plan (MPP)'

Berharga RM899, pelan yang dikemaskini itu tersedia secara eksklusif buat pelanggan yang membeli iPhone X di kedai Machines dan disokong oleh AON Malaysia sebagai broker insurans.

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Dengan pelan itu, pelanggan akan menerima jaminan tambahan selama 1 tahun di atas Jaminan Waranti Apple 1 tahun.

MPP juga memperluaskan perlindungan kepada kerosakan tidak sengaja atau kebocoran cecair sepanjang tempoh perlindungan dua tahun.

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Pelanggan iPhone X juga boleh mendapatkan sama ada satu penggantian skrin iPhone atau satu penggantian peranti penuh semasa tempoh liputan

Walaupun MPP merangkumi semua kos buruh yang dikaitkan dengan penggantian skrin, pelanggan masih perlu membayar yuran perkhidmatan tambahan untuk penggantian peranti penuh dan penggantian bateri.

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Sebagai contoh, untuk penggantian peranti penuh iPhone X, pelanggan perlu membayar yuran perkhidmatan sebanyak RM499 di atas harga MPP iPhone X sebanyak RM899 - yang akan mencecah sehingga RM1,398.

Anda boleh layari laman web rasmi Machines untuk maklumat lanjut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Fakta iPhone X Peminat Apple Patut Tahu

sumber: says

Monday, October 02, 2017

Maksud ‘i’ Pada Produk Apple Akhirnya Terbongkar

Maksud ‘i’ Pada Produk Apple Akhirnya Terbongkar

Hampir setiap tahun kita dapat melihat produk-produk terbaru keluaran Apple yang seperti iPod, iPhone, iPad, iMac tetapi tahukah anda apa maksud ‘i’ pada produk keluaran Apple?

Apple iPhone

Penggunaan ‘i’ pada produk Apple bermula pada 1998 dimana Steve Jobs memperkenalkan iMac yang menggabung huruf ‘i’ dengan ‘Mac’.

‘i’ pada tahun 1998 membawa maksud internet yang digabungkan dengan ‘Mac’ dimana Steve Jobs mahukan iMac dikenali sebagai ‘sebuah komputer yang mudah mendapatkan internet dengan simple dan mudah’

Semasa pelancaran iMac pada 1998 Steve Jobs membongkarkan maksud ‘i’ yang lain seperti individual, instruct, inform, inspire.

Apple i means

Semasa iPhone diumumkan buat pertama kalinya pada 2007 salah satu kunci utamanya adalah internet selain music (iTunes) dan telefon bimbit.

Selepas 2007, hampir semua produk Apple memulakan nama produk dengan ‘i’ sebagai identiti buat produk keluaran Apple.

Kami kongsikan video pelancaran iMac pada tahun 1998 dimana Steve Jobs menerangkan maksud ‘i’ pada iMac.

BACA INI JUGA: 4 Perbezaan Utama iPhone 8 Berbanding Model Sebelumnya


sumber: thevocket

Friday, September 29, 2017

3 Cara Pantas Caj iPhone Dalam Masa 5 Minit

3 Cara Pantas Caj iPhone Dalam Masa 5 Minit

Berdasarkan pengamatan dan pengalaman, iPhone antara telefon yang paling cepat kehabisan bateri di antara telefon pintar yang lain dan ia agak pelik kerana dengan teknologi yang tinggi dan harga yang mahal, ia masih mengalami masalah kecil seperti ini.

iPhone habis cas

Dan disebabkan ini, ia membuatkan pengguna iPhone keresahan dan mati akal setiap kali bateri mereka hampir habis.

Kami ingin berkongsi 3 tips mudah yang mampu mempercepatkan proses mengecaj iPhone anda jika telefon anda mati ketika berada di luar. Tips ini dikongsikan oleh Business Insider.

1. Airplane Mode

Airplane Mode

Pertamanya, sebelum mengecaj, seperti yang anda sedia maklum, setkan iPhone anda kepada mod "Airplane" bagi mengurangkan penggunaan bateri oleh iPhone secara automatik seperti mencari signal dan sebagainya.

2. Buka Cover

Buka Cover iPhone

Kemudian, jika iPhone anda mempuyai cover, adalah lebih baik anda bukakan cover tersebut kerana ia menyebabkan iPhone anda "terperap" ketika dicaj dan mengakibatkan penghasilan haba tinggi.

3. Charger iPad

Charger iPad

Yang terakhir, gunakan charger iPad (jika ada) yang dapat mempercepatkan proses mengecaj iPhone.

Dengan melakukan 3 langkah mudah ini, proses mengecaj anda akan menjadi dua kali ganda lebih cepat, daripada 3% kepada 6%.

Bunyi macam tak banyak beza, tetapi di saat-saat genting seperti ini, ia memberikan anda ruang untuk bernafas.

Teknik ini juga boleh digunakan oleh pengguna telefon android, kecuali kaedah terakhir.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Fakta iPhone X Peminat Apple Patut Tahu

sumber: iluminasi

Thursday, September 14, 2017

8 Fakta iPhone X Peminat Apple Patut Tahu

8 Fakta iPhone X Peminat Apple Patut Tahu

Apple sebelum ini pernah mengumumkan mereka mahu memperkenalkan sebuah iPhone yang mempunyai rekaan skrin menyeluruh supaya ia menjadi sebuah peranti yang memberi respon setiap sentuhan, suara dan imbasan pandangan pengguna.

iPhone X

Sempena ulang tahun ke-10 iPhone, syarikat teknologi terkemuka Apple Inc memperkenalkan telefon pintar yang dikatakan bakal membawa revolusi tersendiri dalam industri ini, impian itu kini direalisasikan melalui iPhone X.

Berikut adalah lapan perkara yang anda perlu tahu mengenai iPhone X.

1. Skrin menyeluruh

Dengan bingkai yang sangat nipis, iPhone X dilengkapi dengan rekaan skrin menyeluruh yang bersaiz 5.8 inci yang kalis air dan habuk.

2. Paparan Super Retina

Selain buat pertama kalinya menggunakan paparan teknologi OLED, iPhone X turut menawarkan paparan Super Retina dengan kadar ketumpatan 458PPI.

3. Tiada lagi butang Home

Butang home pada iPhone X ini bakal digantikan dengan sokongan imbasan muka yang dinamakan sebagai Face ID.

4. Animoji - Revolusi Emoji baharu

Animoji merupakan emoji beranimasi berdasarkan ekspresi wajah dan boleh digunakan melalui iMessage.

5. Kamera hadapan True Depth

Apple memperbaharui teknologi kamera hadapan iPhone, dengan memperkenalkan kamera True Depth, yang mempunyai ciri-ciri imbasan 3D. Ia turut menyokong mod gambar Potrait di bahagian kamera hadapan.

6. Pengecasan tanpa wayar

iPhone X akan menggunakan sistem pengecasan tanpa wayar universal yang dinamakan Qi, yang telah digunakan di beberapa kafe dan lapangan terbang di serata dunia.

7. Potrait Lighting

Walaupun dalam versi beta, ciri baharu kamera iPhone X iaitu Potrait Lighting mampu memberi sebab kepada mereka yang suka menangkap gambar untuk bagi memiliki telefon pintar ini.

Ciri ini membolehkan pengguna untuk menyunting pengcahayaan sesebuah gambar yang diambil melalui mod Potrait.

iPhone X turut mengekalkan ciri dwi-kamera belakang dengan 12-megapiksel.

Ia menggabungkan lensa telefoto (ƒ/2.8) dan lensa sudut-lebar (ƒ/1.8) dengan penstabilan imej optikal (OIS).

8. A11 Bionic

iPhone X dijana dengan cip pemprosesan yang baharu yang dikenali sebagai A11 Bionic. Apple mendakwa ini adalah cip pemprosesan yang paling canggih dan berkuasa tinggi bagi telefon pintar dengan teknologi neural.

Apple akan mula menerima tempahan awal bagi iPhone X mulai 27 Oktober depan dan akan dilancarkan pada 3 November 2017 nanti dengan harga kira-kira RM4,200 (USD $999) dengan variasi storan 64GB dan 256GB.

BACA INI JUGA: 4 Perbezaan Utama iPhone 8 Berbanding Model Sebelumnya

sumber: astroawani

Wednesday, September 13, 2017

4 Perbezaan Utama iPhone 8 Berbanding Model Sebelumnya

4 Perbezaan Utama iPhone 8 Berbanding Model Sebelumnya

Setelah hampir setahun menanti, akhirnya Apple telah mengumumkan model terbaru dan apa yang lebih menarik, Apple kali ini bukan sahaja mengumumkan 2 model seperti kebiasaan namun turut memperkenalkan Apple iPhone X sebagai model yang dikeluarkan secara khas sempena ulang tahun ke sepuluh iPhone.

Apple iPhone

Ketiga-tiga model ini masing-masing hadir dengan spesifikasi dan skrin yang berbeza.

Pengumuman Apple iPhone X pada kali ini nampaknya telah membuatkan orang ramai seakan lupa kehadiran 2 model yang diumumkan secara serentak pada aturcara pelancaran Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

Rekabentuk yang seakan sama seperti 3 tahun lepas mungkin turut menjadi punca memandangkan orang ramai menagih rekabentuk yang futuristik seperti yang ditampilkan pada iPhone X.

Untuk memastikan anda mendapatkan Apple iPhone yang sesuai dengan bajet dan keperluan, berikut merupakan 4 perbezaan utama diantara iPhone 8 dan iPhone 7.

1. Rekabentuk dan material

wireless charging

Dari segi rekabentuk, masing-masing membawakan rekabentuk yang hampir sama. Satu kamera dibahagian belakang buat model iPhone 7 dan iPhone 8 manakala dwi-kamera buat model Plus.

Perbezaan utama pada model terbaru ini adalah Apple telah memilih untuk menggunakan material kaca dibahagian belakang menggantikan material aluminium iPhone 7.

Tujuannya cuma satu, untuk membolehkan iPhone dapat menjalankan wireless charging dengan mudah.

Dari segi ketahanan, Apple turut menjanjikan material yang digunakan tahan lasak serta kalis air dan debu.

Berbeza dengan model sebelum ini, Apple cuma menyertakan sebanyak 3 warna buat model terbaru mereka iaitu gold, silver dan space grey.

2. Spesifikasi

A11 bionic

Melalui Apple Keynote yang berlangsung, Apple nampaknya tidak mengumumkan jumlah RAM yang tersedia buat Apple iPhone 8 dan 8 Plus.

Seperti aturcara sebelum-sebelum ini juga, Apple lebih memberi penekanan kepada processor terbaru mereka iaitu Apple A11 Bionic.

Seperti yang anda boleh jangkakan daripada aturcara sebelum-sebelum ini, Apple nampaknya tidak melepaskan peluang untuk mengatakan ‘this is the most powerful and smartest chip ever made’.

Melalui cip terbaru ini, A11 Bionic berjaya menawarkan kepantasan sebanyak 70% lebih baik berbanding processor yang tersedia pada iPhone 7.

Melihat kepada penawaran processor terbaru ini, jelas Apple A11 Bionic bakal meletakkan standard yang baru di dalam arena smartphone.

Apple A10 Fusion yang tersedia pada Apple iPhone 7 Plus sebelum ini juga telah berjaya menawarkan kepantasan yang terbaik dari segi performance mahupun kamera.

3. Kamera

camera

Pada model kali ini, Apple telah memilih untuk mengikut seperti model sebelumnya dimana model Apple iPhone 7 dan 8 disertakan dengan satu kamera dibahagian belakang manakala model Plus dengan dwi-kamera.

Jika pada model sebelum ini Apple telah memperkenalkan potrait mode membawakan efek bokeh disetiap gambar potrait yang diambil, kini Apple telah memperkenalkan potrait lightning.

Sebuah fungsi terbaru yang membolehkan pengguna mendapatkan gambar potrait seakan berada di dalam studio.

Sekiranya ciri-ciri ini yang ada perlukan, mungkin anda perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan iPhone 8 atau iPhone 8 Plus.

4. Harga

resist water and dust

Membincangkan soal harga, sudah pastinya model yang terbaru bakal mempunyai tanda harga yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, kami lebih berminat untuk membincangkan soal berbaloi atau tidak anda berbelanja lebih bagi mendapatkan model terbaru ini.

Apple iPhone 7 kini ditawarkan dengan harga RM2,749 manakala model terbaru iPhone diumumkan dengan harga $699 (~RM2,932.31).

Kemungkinan harga sekitar RM3,199 bakal ditawarkan di Malaysia.

Sekiranya anda mahukan penguasaan yang lebih, kamera yang lebih mantap serta kelangsungan iOS versi terbaru dalam jangka masa yang lebih lama, iPhone 8 antara yang perlu anda pertimbangkan.

Kedua-dua model ini tidak membawa terlalu banyak perbezaan dan tidak baloi buat pengguna iPhone 7 memilih untuk upgrade ke iPhone 8 sekiranya faktor kos antara yang menjadi punca.

BACA INI JUGA: Cara Membezakan iPhone Original Dan iPhone Palsu!

sumber: thevocket