Monday, November 30, 2015

'Vape Samalah Seperti Tangkap Orang Berkhalwat Tapi Biarkan Rumah Pelacuran..'

'Vape Samalah Seperti Tangkap Orang Berkhalwat Tapi Biarkan Rumah Pelacuran..'

Terbaharu, apabila Johor tegas mengharamkan vape, Mustapha Kamal tampil berkongsi luahan yang sangat deep dan pastinya membuat mereka yang mengharamkan vape sentap.

Mustapha Kamal

Ikuti perkongsian Mustapha Kamal mengenai isu vape diharamkan.

"Jika vape diharamkan atas alasan kesihatan, rokok perlu lebih dahulu diharamkan.. Jika diharamkan atas alasan agama, arak perlu lebih dahulu diharamkan.

Jika boleh jual rokok dan arak tetapi x boleh jual vape, samalah seperti tangkap orang berkhalwat dan biarkan rumah pelacuran..

Tetapi ia bukan perkara asing di malaysia, ada ramai orang yang merasa jijik tengok manusia makan babi tapi berselera makan rashuah dan riba sedangkan babi tidak sejijik riba dan rahsuah...

Mustapha Kamal [2]

Kenapa Haramkan Vape?

Rakyat sebenarnya tertanya-tanya, adakah rokok elektronik tidak dibenarkan jual di Malaysia disebabkan kemudaratannya?

Kenapa penjualan rokok tembakau masih lagi dibenarkan sehingga kini? Adakah rokok tembakau tidak mudarat kepada penggunanya?

Atau..

Majlis Fatwa dan mufti-mufti tunduk kepada syarikat gergasi rokok dengan mengambil kira ramai para mufti yang sudah menyuarakan pandangan untuk mengharamkan e-rokok (vape)?

Atau..

Adakah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) prihatin mengenai isu kesihatan rakyat malaysia atau yang sebenarnya berlakunya kemerosotan pungutan 300% cukai rokok disebabkan e rokok ini tidak dikenakan cukai rokok?

Atau..

Adakah selepas rokok elektronik memerlukannya membayar cukai kepada kerajaan, barulah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji balik dasar yang sekarang ini?

Malah, YB Ismail Sabri, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, turut memberitahu tentang kandungan nikotin di dalam vape hanya 3 peratus berbanding rokok berjenama yang mengandungi 13 peratus.

Ismail Sabri Isu Vape

Jika rokok lebih merbahaya dari vape kenapa tidak haram dan tangkap penjual rokok?

"Insha-Allah saya akan dengar penjelasan Kementerian Kesihatan dan saya akan beri pandangan saya," ujar beliau lagi.

Ismail Sabri turut menyertakan satu salinan paparan laporan dari Telegraph UK (baca sini) yang mengatakan aktiviti vape mampu menyelamatkan 75,000 nyawa perokok setiap tahun!

Jadi, kenapa dan apa sebenarnya tujuan kerajaan begitu tegas mahu 'melenyapkan' sama sekali e-rokok @ vape!?

Mungkin jawapan sebenar kepada permasalahan besar ini adalah seperti yang diungkapkan oleh Rani Kulup, 'Kalau Hendak Cukai Cakaplah Terang-terang..'

Kipidap! Rani Kulup #Kipidap

BACA INI JUGA: Motif Tersirat Disebalik Larangan Penggunaan Rokok Elektronik

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, April 13, 2013

Adakah Rokok Elektronik Selamat Digunakan?

Adakah Rokok Elektronik Selamat Digunakan?

Baru-baru ini isu rokok elektronik menjadi perdebatan hebat di Malaysia. Adakah vaping/rokok elektronik selamat digunakan?

Rokok Elektronik

1. Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2. Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru-paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).

3. Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada.

4. Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”

5. American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Berapa Lajukah Racun Nikotin Di Pam Ke Otak Perokok?

sumber: cari

Friday, February 22, 2013

Penjualan Rokok Elektronik Tidak Haram

Penjualan Rokok Elektronik Tidak Haram

Penjualan rokok elektronik tidak haram, namun cecairnya yang mengandungi nikotin perlu didaftar dengan Kementerian Kesihatan.


Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata, kegagalan berbuat demikian mungkin boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Racun 1952.

(Baca: Menjual Dan Memiliki Rokok Elektronik Adalah Satu Kesalahan)

Menurutnya, operasi akan terus dijalankan bagi memastikan penjual cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin dapat mendaftarkan bahan itu dengan segera.

“Rokok elektronik tidak haram dan boleh dibeli, tetapi jika cecairnya mengandungi nikotin maka ia (cecair) perlu didaftar dengan Kementerian Kesihatan.

“Namun jika cecair tidak mengandungi nikotin, tiada masalah untuk menjualnya,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.


Beliau berkata, sekatan penjualan bahan itu yang berlaku sebelum ini sepatutnya tidak berlaku kerana ada antara individu menghisapnya untuk berhenti merokok.

“Kontroversi yang timbul sebelum ini mungkin disebabkan cecairnya mengandungi nikotin.

“Namun, ada antara mereka yang hendak berhenti merokok dan menghisapnya memerlukan nikotin… jika tidak mungkin akan timbul masalah kesihatan kerana berhenti (merokok) mengejut,” ujarnya.

Sebelum ini, Pengarah Kesihatan Negeri Datu Dr Zulkifli Jantan menjelaskan, menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Beliau dipetik sebagai berkata, ini kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair rokok elekronik dalam pelbagai kepekatan tertentu.

-Borneo Post