Thursday, January 26, 2023

Asal Usul Bangsa Yakjuj dan Makjuj

Asal Usul Bangsa Yakjuj dan Makjuj

Seringkali terdengar mengenai perihal kedahsyatan bangsa Yakjuj dan Makjuj serta bencana besar yang akan dilakukan oleh mereka pada masa akan datang. Akan tetapi, adakah kita semua tahu bagaimanakah sejarah asal-usul mereka?

Asal usul Yakjuj dan Makjuj

Mengapa mereka akan memakan apa sahaja yang berada di hadapan mereka? Apakah yang menyebabkan tubuh badan mereka lebih kuat dan hebat berbanding bangsa-bangsa yang lain? Adakah mereka ini termasuk di dalam golongan manusia?

Untuk entri kali ini, kita akan merungkai mengenai sejarah asal usul bangsa Yakjuj dan Makjuj berdasarkan sumber daripada Kitab Kasyful Ghoibiyah sebagai santapan pengetahuan buat kita semua.

Keturunan Nabi Nuh a.s.

Bermulalah kisah Nabi Nuh a.s. mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Sam, Ham, Kan'an dan Yafis.

1. Sam menurunkan bangsa Arab Romawi dan Ajam.
2. Ham menurunkan bangsa Habsyi dan Zangi yang berkulit hitam.
3. Yafis menurunkan bangsa Turki, Mongol, Yakjuj dan Makjuj.
4. Kan'an pula tidak sempat menghasilkan zuriat kerana mati ditenggelami banjir.

Ham dikatakan telah menjadi raja di Mesir, Yafis telah menjadi raja di Hindustan dan Sam pula mungkin menjadi rakyat biasa sahaja.

Yafis mempunyai anak bernama Aaj, yang mempunyai anak bernama Auj, yang mempunyai anak bernama Unuk.

Kini bermulalah kisah kehidupan anak istimewa bernama Unuk ini. Unuk merupakan kanak-kanak yang menghidapi penyakit terlebih hormon tumbesaran tubuh badan (penyakit ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini).

Oleh kerana saiz tubuh badan manusia pada zaman dahulu adalah besar-besar, maka saiz badan Unuk pula adalah berkali-kali ganda lebih besar berbanding saiz badan manusia yang lain!

Ada satu lagi penyakit yang dihidapi oleh Unuk iaitu penyakit down syndrome iaitu tidak mampu berfikiran matang seperti orang dewasa. Cara pemikiran Unuk sentiasa seperti pemikiran kanak-kanak di dalam lingkungan usia 7-12 tahun.

Untuk pengetahuan, Nabi Nuh a.s. mempunyai umur yang sangat panjang iaitu mengjangkau 950 tahun!

Menurut riwayat, ketika zaman Nabi Nuh a.s., Unuk inilah yang ditugaskan untuk mengambil kayu terbesar di negara Mesir untuk dijadikan bahan binaan bahtera Nabi Nuh a.s.

Menurut riwayat lagi, ketika terjadi banjir besar di zaman Nabi Nuh, Unuk dikatakan tidak tenggelam (wallahualam).

Unuk hanya perlu memanjat sedikit sahaja gunung tinggi untuk menyelamatkan diri sedangkan putera Nabi Nuh a.s. sediri yang bernama kan’an pun tenggelam ditelan banjir walaupun berada di puncak gunung! Sungguh besar sekali badan Si Unuk ini.

Ketika banjir sedang berlaku, hanya puncak gunung Ararat di Turki sahaja yang timbul dari permukaan air bah. Di khabarkan berita bahawa bahtera Nabi Nuh akhirnya berlabuh di puncak gunung tersebut dan Unuk pula meninggal dunia ketika zaman Nabi Musa a.s.

Keturunan Unuk

Untuk dijadikan cerita, pada suatu hari Unuk tiba-tiba datang ke negeri Rom dan bertemu dengan raja di situ, untuk memenuhi fitrahnya sebagai lelaki yang telah akhil baligh (walaupun pemikirannya tidak matang).

Maka Unuk telah mengemukakan satu permintaan terhadap sang raja, "Carikan saya seorang gadis, tetapi awas! Jika tidak dapat memenuhi kehendak saya maka saya akan karamkan negeri ini dengan air laut (tsunami)."

Bukan main terkejutnya sang raja setelah mendengar permintaan Si Unuk itu. Fikiran raja mejadi kusut. Di mana mungkin beliau boleh mencari gadis yang tubuhnya sebesar badan Si Unuk itu!

Tetapi raja tidak kehabisan akal, beliau telah meminta tempoh selama dua belas tahun daripada Unuk untuk mencari gadis tersebut dan Unuk pun menerima permintaan sang raja tersebut.

Mulai saat itu, sang raja memulakan usaha dengan mengumpulkan pengukir batu dari seluruh pelusuk dunia untuk membuat sebuah patung gadis raksasa!

Ahli pengukir batu ditugaskan untuk memahat, mengukir, melukis dan mewarna sebuah gunung batu menyerupai seorang gadis jelita yang sedang berbaring.

Setelah diukir selama 12 tahun maka perut si gadis itu telah dikorek sehingga mempunyai ruang di dalamnya.

Di dalam perut gadis tersebut dimasukkan pula sisa-sisa daging mentah seperti haiwan ternakan yang mati, sisa makanan dan lain-lain daripada penduduk di situ kononnya untuk dijadikan sebagai isi perut patung gadis tersebut.

Daging-daging mentah itu telah dibawa masuk ke dalam perut si gadis melalui liang kemaluan patung gadis tersebut.

Setelah benar-benar siap lalu dipanggilnya Unuk untuk melihat si gadis yang dimintanya dahulu. Bukan main seronoknya hati Si Unuk setelah melihat patung itu, cantik dan mengghairahkan! Sehelai benang pun tidak menutupi tubuhnya.

Unuk tidak dapat menahan lagi perasaan ghairahnya, lalu dijimaknya patung itu seperti singa yang sedang lapar! Setelah puas, Si Unuk terus berlalu pergi tanpa kembali lagi (mungkin meninggal dunia).

Menurut riwayat lagi, air mani Unuk telah bersatu dengan daging mentah di dalam perut patung gadis tersebut lalu membusuk.

Maka dengan kuasa Allah SWT (kun faya kun, jika Allah SWT mengkehendakinya lalu jadilah ia) daging yang busuk tersebut akhirnya telah berulat sebesar saiz tubuh seorang bayi lalu menjadi kepompong.

Dari kepompong tersebut maka menetaslah seorang bayi manusia yang sempurna seperti manusia biasa! Jumlah kepompong itu teramatlah banyak sehingga tidak terkira!

Wajah mereka pula adalah bulat dan berkulit kuning dipercayai seperti wajah orang Asia Tengah (wallahu a'lam).

Setelah kesemuanya menetas dari kepompong, lalu mereka berasa sangat lapar dan dahaga lalu pergi mencari makanan.

Dengan melalui liang kemaluan patung itulah merupakan pintu gua tempat mereka keluar dan masuk. Mereka keluar dan memakan apa sahaja yang mereka temui terutama binatang ternakan penduduk di situ.

(Tafsir lain menyatakan bahawa, ketika Adam a.s. bermimpi lalu air maninya bercampur dengan tanah, darinya Allah menciptakan Yajuj dan Majuj).

Tembok Ditutup

Setelah itu, pada zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain, ditutuplah pintu gua itu dengan tembok besi lalu mereka tidak dapat keluar mengganggu lagi.

Sebagaimana keterangan di dalam entri Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj, pada saat kiamat hampir tiba, mereka akan keluar setelah tembok tutupan mereka hancur di korek.

Menurut hadis, ketika zaman Nabi Muhammad SAW, saiz lubang yang telah dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah sebesar bulatan yang berdiameter lebih kurang 3-inci! Agaknya sebesar manalah saiz bulatan yang telah dikorek oleh mereka ketika ini ya?

Sesetengah pengkaji Islam telah menyatakan bahawa mereka sudah lama terbebas ke dunia luar. Mereka adalah dari kalangan suku kaum Mongolia (Yakjuj) dan juga suku kaum Khazar (Makjuj) di selatan Rusia!

*Dipetik daripada kitab lama Kasyful Ghoibiyah oleh Sheikh Zainul Abidin Ibn Muhammad Al-Fathoni.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com

Friday, August 24, 2018

Yakjuj Makjuj Membawa Kerosakan Besar

Yakjuj Makjuj Membawa Kerosakan Besar

Persoalan membabitkan Yakjuj dan Makjuj menjadi misteri yang paling hangat diperdebatkan pengkaji, termasuk ilmuwan Islam sejak ribuan tahun berikutan ia menyimpan rahsia terbesar mengenai pengakhiran hidup manusia di dunia ini.

Yakjuj dan Makjuj

Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah wujud ribuan tahun lalu dan terus hidup pada waktu ini serta akan muncul semula untuk memusnahkan manusia ketika dunia terlalu hampir dengan kiamat.

Cerita berkenaan bukanlah dongeng lantaran peristiwa itu dicatatkan dalam hadis dan nas al-Quran yang diimani seluruh umat Islam, antaranya menerusi ayat ke-96 dan 97, surah al-Anbiya, Allah berfirman bermaksud, "Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kiamat) maka tiba-tiba terbeliaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): "Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang yang zalim."

Zulkarnian bina dinding

Asal kewujudan Yakjuj dan Makjuj pula tertera dalam ayat ke-92 hingga 98 daripada surah al-Kahfi yang bermaksud, "Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

"Mereka berkata, `Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'.

"Zulkarnain berkata, 'Apa yang dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan besi."

"Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain, Tiuplah (api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.

"Maka mereka tidak boleh mendakinya dan mereka tidak boleh (pula) melubangkannya. Zulkarnain berkata, 'Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar."

Keyakinan terhadap adanya Yakjuj dan Makjuj tidak sahaja dipercayai seluruh umat Islam tetapi turut dipercayai penganut agama lain. Justeru, kewujudan Yakjuj dan Makjuj terus dikaji penyelidik yang bingung memikirkan pelbagai misteri yang menyelubunginya - apakah ia sebenarnya? Di manakah ia berada ketika ini serta benarkah ia memiliki kemampuan luar biasa yang dapat memusnahkan manusia.

Bagi merungkai segala misteri itu, penyelidik menggunakan pelbagai petunjuk antaranya menerusi al-Quran, jelas dinyatakan Yakjuj dan Makjuj pernah hidup di suatu lokasi yang menjadi laluan Zulkarnain dan mereka `dikurung' di sebalik tembok besi di wilayah berkenaan.

Cari lokasi tembok

Lokasi Yakjuj dan Makjuj

Kawasan yang dikatakan menjadi lokasi Yakjuj dan Makjuj dikepung oleh Iskandar Zulkarnian mengikut kajian para ilmuan.

Justeru, penyelidik berusaha mencari lokasi berkenaan dengan harapan menggunung untuk melihat sendiri apa atau siapakah Yakjuj dan Makjuj itu.

Akan tetapi, walaupun banyak kajian dan ekspedisi dijalankan, tiada satu pun lokasi yang benar-benar disepakati sebagai lokasi tembok penghadang Yakjuj dan Makjuj.

Beberapa lokasi yang berkemungkinan menjadi wilayah Yakjuj dan Makjuj, antaranya terletak dari Samarkand dan India; sekitar Pergunungan Kaukasus dan di Turki.

Berikutan lokasi tembok besi binaan Zulkarnain gagal ditemui secara pasti, maka identiti sebenar Yakjuj dan Makjuj tidak dapat disahkan dan hanya dibayangi pelbagai teori dan spekulasi.

Terbaharu, terdapat pandangan mengatakan Yakjuj dan Makjuj sebenarnya bukan berupa makhluk, sebaliknya ia adalah lava gunung berapi.

Keturunan Nabi Nuh

Pandangan yang disebarkan menerusi internet itu dikemukakan berdasarkan logik akal dan pandangan geosains terhadap sifat Yakjuj dan Makjuj yang antara lain terletak antara dua gunung, merosakkan bumi, bersifat gelombang yang menyala, boleh disekat menggunakan tembok dan akan turun dari tempat yang tinggi.

Bagaimanapun, majoriti ulama silam dan pengkaji Islam termasuk Yusuf Abdullah Yusuf Al-Wabil, meyakini bahawa Yakjuj dan Makjuj ialah manusia berdasarkan penerangan mengenainya yang tertera dalam banyak hadis termasuk hadis sahih.

Dalam kitabnya Tanda-tanda Kiamat, Yusuf menjelaskan Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan Nabi Nuh as menerusi anak baginda iaitu Yafitz. Antara ciri bangsa Yakjuj dan Makjuj ialah bermata sepet, hidung kecil, berambut perang, dahi lebar dan tidak fasih berbicara.

Kekuatan luar biasa

Selain itu, terdapat juga pandangan bahawa Yakjuj dan Makjuj terus hidup dan berkembang biak hingga kini sebagai bangsa tertentu. Ilmuwan Islam, Sayyid Quthub misalnya berpandangan Yakjuj dan Makjuj mungkin bangsa Tartar dan Mongol.

Kronologi kemunculan Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman bermula selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa as.

Selepas tembok binaan Zulkarnain hancur, Yakjuj dan Makjuj muncul dan mendatangkan kerosakan yang teramat di muka bumi.

Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan makhluk itu.

Nabi Isa as memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di kawasan pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj.

Selepas itu baginda berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang bahagian belakang badan mereka sehingga mati.

Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati dan menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi.

Yakjuj Makjuj meluru turun dari tempat tinggi

Peristiwa turunnya Nabi Isa ke atas muka bumi pada akhir zaman adalah iktibar utama yang perlu diimani umat Islam.

Mengimbas lembaran kisah pada minggu lalu, tatkala Nabi Isa membunuh Dajal dan kematian 70,000 orang Yahudi disebabkan mereka tercium bau Nabi Isa itu.

Pada minggu ini, satu lagi perbincangan yang dikupas dalam rancangan Ibrah oleh Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman mengenai kisah Yakjuj dan Makjuj. Kebenaran ini dapat difahami melalui firman Allah yang bermaksud, "Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan di akhirat kelak). (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi." (Surah Anbiyaa', ayat 95-96)

Permohonan Nabi Isa

Sebelum berlakunya kedatangan Yakjuj dan Makjuj itu, Allah memerintahkan Nabi Isa untuk ke satu lokasi gunung dan Allah akan memakbulkan doa Baginda di sana.

Kemudian, pergilah Nabi Isa memohon agar Allah memberikan keamanan dan menjawab persendaan orang Yahudi itu yang menyatakan bahawa mereka itu telah menyalib Nabi Isa.

Maka, apabila Dajal terbunuh, maka Nabi Isa pun pergi bertemu dengan orang beriman serta Baginda pun mematahkan salib. Kemudian, pada waktu itulah, orang Yahudi pun beriman kepada Nabi Isa.

Dalam sebuah hadis, diriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW tidur di rumah Zainab, Baginda bangun daripada tidur, Baginda dalam keadaan merah mukanya dan mengucapkan, 'tiada Tuhan selain Allah' dan diulangi sebanyak tiga kali kemudian Baginda bersabda, 'Celakalah bagi kaum Arab daripada bala yang sangat hampir; pada hari ini sudah terbuka empangan Yakjuj dan Makjuj seperti ini.'

Nabi Muhammad SAW pun menunjukkan sepuluh jarinya. Zainab berkata, "Wahai Rasulullah, adakah kita tetap akan binasa meskipun di sisi kita masih ada orang salih?" Jawab Rasulullah: 'Ya, bahkan sekiranya terlalu banyak kemaksiatan berlaku.'

Kemudian Baginda menunjukkan tanda bulatan dengan mengenakan hujung ibu jari dengan hujung jari telunjuk sambil berkata, "Hari ini sebuah lubang sudah dibuat tembok."

Tembok yang dimaksudkan adalah tembok yang dibina oleh Zulqarnain. Maknanya ketika itu, pelepasan Yakjuj dan Makjuj sedang berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Al-Quran menegaskan dalam Surah al-Kahfi bahawa mereka itu dilepaskan sedikit demi sedikit seperti gelombang.

Dalam hadis sahih Muslim, Rasulullah SAW menceritakan bahawa gerombolan pertama yang keluar, akan melalui Tasik Tabariyah di Palestin.

Mereka akan meminum airnya. Apabila gerombolan yang terakhir melaluinya mereka akan berkata, "Dahulu pernah terdapat air di sini."

Pelepasan Yakjuj Makjuj ambil masa panjang

Oleh sebab perkara itu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan semua air di dalam tasik itu, ini bermakna pelepasan Yakjuj dan Makjuj akan mengambil satu jangka masa yang amat panjang. Mereka tidak dilepaskan serentak dalam satu waktu.

Permohonan Nabi Isa untuk diselamatkan daripada Yakjuj dan Makjuj itu dikabulkan oleh Allah SWT.

Biarpun kita tidak mengetahui apakah telah datang atau tidak Yakjuj dan Makjuj itu, tetapi keimanan terhadap perkara ini sebagaimana dirakamkan Allah dalam al-Quran menjadi pedoman dalam memahami peristiwa sebelum kewafatan Nabi Isa.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian | bharian2

Saturday, December 30, 2017

Bukti Yakjuj Dan Makjuj Adalah Bangsa Yahudi

Bukti Yakjuj Dan Makjuj Adalah Bangsa Yahudi

Kisah mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiya, ayat ke 96 dan 97.

Bukti Yakjuj Dan Makjuj Adalah bangsa Yahudi

Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi, "Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati dihadapan kedua-dua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. "Mereka berkata, "Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?"

"Zulkarnain berkata, "Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapanya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi. Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain, "Tiuplah (api itu)."

Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata, "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu." Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya.

Zulkarnain berkata, 'Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janjiTuhanku itu adalah benar."

Dalam ayat surah an-Anbiya pula, Allah berfirman, "Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kiamat) maka tiba-tiba terbeliaklah mata orang kafir (Mereka berkata), 'Aduhai celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim."

Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.

Tembok yang menyekat kaum Yakjuj dan Makjuj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948.

Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis.

“Penduduk” yang dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Baital-Maqdis, Yakjuj dan Makjuj adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj dan Makjuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah SWT malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Yakjuj dan Makjuj terbuka dan mereka telah berkuasa.

Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948.

Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Baital-Maqdis? Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Yakjuj dan Makjuj telah lama menguasai pemerintahan.

Orang Yahudi dikembalikan melalui agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Yakjuj dan Makjuj.

Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestin.

Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Yakjuj dan Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah SWT di bawah.

“…maka mereka.. tidak dapat menebuknya…” al-Kahfi:97

Ayat ini menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah SWT memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah SWT, iaitu apabila Allah mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.

Sebaliknya, telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan ShahihMuslim bahawa Nabi SAW bersabda, “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk." (HR. Al-Bukhari dari Zainab Jahsyin r.a.).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj dan Makjuj “tidak dapat menebuknya”?

Ini membuktikan Allah SWT telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok.

Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah SAW di Madinah, iaitu selepas Allah SWT menukarkan kiblat ke arah Ka'bah pada Rejab 2 AH (624 AD).

Mereka yang masih berpegang Yakjuj dan Makjuj dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat manakala Yakjuj dan Makjuj tetap tidak kunjung tiba.

"Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami). Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi." Surah Al-Anbiya Ayat 95-96

Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:
  • Penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. (al-Anbiyaa’:95-96) dan
  • Rasulullah SAW menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk. (al-Kahfi:97).
  • Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar?

Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang lagi tetap dan tidak berubah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Adakah Bangsa Yakjuj Dan Makjuj Makhluk Asing?

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, March 24, 2014

Adakah Bangsa Yakjuj Dan Makjuj Makhluk Asing?

Adakah Bangsa Yakjuj Dan Makjuj Makhluk Asing?

Diakhir zaman nanti akan muncul dua bangsa yang dipanggil Yakjuj Dan Makjuj yang akan membawa bersamanya kehancuran dan kemusnahan di muka bumi. Kemunculan mereka amat sesuai dengan cara hidup di akhir zaman nanti di mana rata-rata manusia telah lupa Allah serta hidup dalam kemungkaran. Ini adalah balasan dari Pencipta Alam di atas semua itu.

Bangsa Yakjuj Dan Makjuj
Gambar hiasan.

Jika dari zaman dahulu sehingga ke masa kini tiada ulama ataupun ilmuan yang dapat mengenalpasti kedua-dua bangsa tersebut dengan tepat, jadi adakah bangsa Yakjuj Dan Makjuj berkemungkinan adalah dua spesis makhluk asing yang berasal dari langit?

Siapa sebenarnya bangsa Yakjuj Dan Makjuj?

Ilmuan zaman silam mentafsirkan bahawa Yakjuj Dan Makjuj adalah daripada bangsa Mongol ataupun Tartar. Pihak barat pula berpendapat mereka mungkin bangsa Rusia. Jika mereka adalah daripada bangsa manusia, di manakah mereka mereka kini dan kenapa mereka tidak dapat dikesan?

Dan yang lebih penting lagi, kenapa mereka tidak menunjukkan belang sebenar pada masa kini. Mengapa perlu menunggu sehingga akhir zaman? Mungkin kerana mereka tidak ada di muka bumi pada masa ini!

Kemunculan makhluk asing di bumi mempunyai ciri manifestasi yang terbatas dari segi ruang dan masa. Mengikut kajian, radius operasi mereka terbatas dalam lingkungan hanya lebih kurang 25 kilometer sahaja.

Dunia Barat mengenali mereka sebagai Gog dan Magog

Waktu kemunculan di sesuatu lokasi terhad kepada beberapa jam sahaja. Durasi penampakan UFO dan makhluk asing adalah dalam tempoh 5 hingga 20 minit. Jadi, masa kemunculan mereka di atas permukaan bumi pada amnya tidak melebihi 2 jam sahaja.

Kemunculan pertama Yakjuj Dan Makjuj dicatat pada zaman Raja Zulkarnain. Lokasinya mungkin di daerah Persia atau Rusia. Kedua-dua bangsa tersebut dikatakan berada di suatu lembah di antara dua bukit.

Kedudukan mereka agak terbatas. Ini membawa maksud mereka tidak bergerak jauh dari tempat mereka ditemui. Keadaan ini ada persamaan dengan batasan geografi oleh sesuatu spesis makhluk asing.

Setiap spesis makhluk asing memilih hanya suatu lokasi spesifik di Bumi. Mereka tidak muncul di dua atau lebih lokasi yang berjauhan. Kemunculan pertama Yakjuj Dan Makjuj hanya terhad di satu tempat sahaja.

Jarak masa

Jika Yakjuj Dan Makjuj pernah ditemui pada sesuatu lokasi di zaman silam, kenapa kemunculan kedua tidak pernah dicatat hingga ke hari ini? Ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan kemunculan sejenis spesis makhluk asing. Malah, kebanyakan spesis makhluk asing hanya dilihat sekali dan kemudian tidak dilaporkan lagi.

Jarak masa dari satu penemuan ke penemuan yang lain mengambil masa yang panjang. Ini biasanya berlaku dalam tempoh puluhan atau ratusan tahun kemudiannya. Jarak masa yang sangat lama ini amat bertepatan dengan peredaran bintang-bintang di kosmos.

Bagi makhluk asing yang datang dari planet yang berasal dari galaksi yang jauh, ijtimak (conjunction) sangat kritikal. Ini bererti planet mereka dan bumi perlu berada pada garisan yang lurus dan tidak dilindungi oleh planet atau bintang lain.

Oleh kerana setiap planet, bintang serta galaksi sentiasa bergerak, ijtimak yang diperlukan mungkin mengambil masa yang lama untuk berlaku.

Sebagai contoh, Bumi, Bintang Kejora dan Matahari berada pada garisan selari hanya berlaku bagi setiap 105 tahun. Sebab itulah makhluk asing walaupun memiliki teknologi yang canggih, tidak mampu mengatasi batasan alam semulajadi alam. Mereka terpaksa menunggu masa yang paling sesuai untuk datang ke bumi.

Jika dahulu bangsa Yakjuj Dan Makjuj pernah muncul dan kemudian tidak kelihatan lagi hingga kini, mereka mungkin sedang menunggu masa yang sesuai untuk mucul bagi kali kedua.

Perkara yang sama terjadi kepada setiap spesis makhluk asing. Sesetengah makhluk asing hanya perlu menunggu beberapa bulan atau tahun. Ada yang perlu menunggu ratusan tahun. Ini semua bergantugn pada kedudukan planet mereka dengan bumi.

Sifat

Makhluk asing terdiri dari dua bentuk, yang baik dan yang jahat. Kebanyakan makhluk asing yang ditemui mempunyai satu etika yang sama. Mereka tidak memaksa manusia untuk mengikut mereka dan mereka mententeramkan manusia yang ketakutan apabila berdepan dengan mereka.

Bagi kes penculikan, makhluk asing mengurangkan tekanan serta trauma yang manusia alami dengan memadamkan ingatan mereka tentang episod penculikan tersebut. Jadi, mangsa tidak sedar yang dia telah diculik.

Akan tetapi, terdapat sekumpulan kecil makhluk asing yang bersikap kasar dengan manusia. Mereka menculik tanpa rasa belas kasihan dan memperlakukan mangsa seperti haiwan.

Ada yang memutilasikan manusia. Ada yang membunuh manusia untuk tujuan tertentu dan ada yang tidak memulangkan mangsa ke bumi selepas diculik.

Sikap kasar serta agresif ini mempunyai persamaan seperti yang pernah dicatat bagi bangsa Yakjuj dan Makjuj. Mereka adalah dua bangsa yang sangat agresif. Jika mereka adalah spesis makhluk asing, maka mereka adalah yang paling jahat di alam maya ini.

Untuk kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan di dunia, maka sebab itulah Allah belum mengizinkan mereka untuk bertapak di muka Bumi.

Bahasa

Menurut penduduk di mana Yakjuj dan Makjuj muncul pada zaman silam, mereka memaklumkan kepada Raja Zulkarnain bahawa kedua-dua bangsa tersebut bercakap dalam bahasa yang mereka tidak faham dan kedua-dua bangsa ini juga tidak faham bahasa tempatan.

Ini menunjukkan bahawa Takjuj dan Makjuj bukan dari daerah tersebut. Mereka adalah pendatang asing ataupun makhluk asing!

Pada zaman ini, ramai saksi bertemu dengan makhluk asing melaporkan bahawa makhluk asing bercakap dalam bahasa yang tidak dapat difahami. Oleh kerana makhluk terbabit bukan dari Bumi, sudah tentulah percakapan ataupun bahasa yang digunakan mereka adalah asing bagi kita.

Dua bangsa dalam satu kumpulan

Kehadiran Yakjuj dan Makjuj adalah unik kerna mereka terdiri daripada dua bangsa tetapi bergerak dalam satu kumpulan.

Di masa silam, setiap pengganas atau yang membawa kerosakan di muka bumi terdiri dari satu bangsa seperti kaum Monggol, Tartar, Viking dan sebagainya.

Di masa kini terdapat banyak laporan menceritakan terdapat dua jenis spesis makhluk asing di dalam sesebuah pesawat UFO. Ini memberi gambaran dua jenis spesis bekerjasama dalam satu kumpulan.

Cara untuk menghindari Yakjuj dan Makjuj

Kaedah yang diguna pakai oleh Raja Zulkarnain untuk menahan atau menghindari Yakjuj dan Makjuj daripada mengganggu penduduk tempatan ialah dengan membina tembok yang diperbuat dari besi dan diperkuatkan dengan tembaga. Ini adalah sesuatu yang unik serta ganjil untuk membina tembok sebegini.

Sejarah telah membuktikan bahawa dengan membina tembok dari batu, sudah memadai untuk menghalang sebarang penceroboh seperti Tembok Besar China. Tetapi kenapa untuk Yakjuj dan Makjuj, perlu pada suatu kaedah yang luar biasa?

Besi serta tembaga berkebolehan untuk membawa arus kuasa elektrik serta elektromagnet. Batu-bata tiada ciri tersebut. Seperti yang kita tahu, UFO dan makhluk asing sering bergantung pada kuasa elektromagnet untuk sistem penerbangan pesawat mereka serta persenjataan yang akan digunakan mereka.

Jika kita tahu atau ada blueprint pembinaan tembok yang dibina oleh Raja Zulkarnain, kita mungkin memperoleh rahsia penggunaan alat yang dapat melumpuhkan tenaga kuasa elektromagnet dari UFO. Ini dapat melemahkan mereka serta menghindari mereka daripada mendarat di sesuatu kawasan.

Adakah Yakjuj dan Makjuj makhluk asing?

Berdasarkan pemerhatian di atas, kita yakin bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa yang bersatu dan berasal dari langit.

Ini diperkuatkan dengan ayat Al-Qur'an, Surah Al-Anbiya: 96-97 yang bermaksud: "Hingga apabila dibukakan (pembatas) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.."

Ayat ini tentu merujuk kepada langit dan bukan bukit atau gunung kerana semua manusia dapat melihat mereka walaupun berada di pelosok manapun!

Jika Yakjuj Dan Makjuj berasal dari langit, maka mereka adalah dari spesis makhluk asing. Kita mungkin bernasib baik kerana hidup pada zaman ini. Bagi umat yang berada paling akhir zaman, mereka akan menyaksikan kemunculan Yakjuj Dan Makjuj dalam jumlah yang ramai di seluruh dunia. Kehidupan di dunia tidak akan sama lagi.

Ramalan Nostradamus bahawa akan berlaku kemusnahan dan api dari langit tentu ridak merujuk pada kedatangan Yakjuj Dan Makjuj kerana kemusnahan dan kerosakan yang besar telah disimpan untuk manusia akhir zaman.

Ia seperti suatu 'hadiah' istimewa buat mereka yang lupa kepada Allah! Yakjuj Dan Makjuj pasti datang!

Hanya masa yang akan menentukannya!

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Negara-negara Yang Paling Di Lawati Alien?

-Sentiasapanas.com

Sunday, May 26, 2013

Menanti Kemunculan Bangsa Yakjuj dan Makjuj Di Akhir Zaman

Menanti Kemunculan Bangsa Yakjuj dan Makjuj Di Akhir Zaman

Yakjuj berbangsa Tartar, manakala Makjuj berbangsa Monggol. Mereka berasal daripada satu keturunan bapa yang bernama Turk dan tinggal di bahagian Utara Asia.

Yakjuj dan Makjuj

Negara mereka adalah memanjang bermula dari Tibet, China hingga ke Laut Beku Utara dan di barat hinggalah ke negeri Turkistan.

Pakar sejarah Arab dan Perancis menyatakan Yakjuj dan Makjuj ini sering menyerang negara jiran yang berhampiran. Mereka sering melakukan kerosakan di muka bumi dan menghancurkan bangsa lain.

Di kalangan mereka ada bangsa yang ganas berasal dari bukit tinggi dari Asia Tengah dan berhijrah ke Eropah pada masa dahulu seperti bangsa Smith, Sumeria dan Hun. Mereka telah menyerang negeri China dan Asia Barat yang merupakan tempat menetapnya para nabi.

Selepas zaman pemerintahan nabi, mereka masih tetap berada di sempadan negara mereka dan tidak keluar dari negara mereka, sehinggalah muncul di kalangan mereka.

"Si malapetaka yang bertulang," Tamujin yang mendakwa (menggelar) dirinya dengan nama Gengis Khan (bangsa Moggol) yang bererti Raja Alam.

Pada awal abad ke-7 Hijrah, Tamujin keluar dari bukit yang tinggi, jauh di Asia Tengah. Perkara pertama yang dilakukannya ialah menundukkan China Utara, kemudian pergi ke negeri-negeri Islam, dengan menawan Sultan Qatb al-Din ibn Armilan, iaitu salah seorang Raja Saljuk, Raja Khawarizm. Kekejian yang dilakukan oleh Gengis Khan di negeri tersebut merupakan kekejian yang belum pernah berlaku dalam sejarah.

Selepas Gengis Khan mati, pemerintahannya digantikan oleh puteranya Aqtay. Manakala putera saudaranya iaitu Batu telah menyerang Rusia pada 732 Hijrah dan memusnahkan Polan serta menghancurkan negeri Majr.

Setelah Aqtay meninggal, pemerintahannya digantikan oleh Jaluk. Beliau telah memerangi Rom dan memaksa rajanya membayar ufti.

Setelah Jaluk meninggal, pemerintahannya digantikan oleh anak saudaranya, Manju yang telah menindas kedua-dua saudaranya, Kaylay dan berjaya menguasai China manakala Hulaku meneruskan penguasaannya ke atas kerajaan-kerajaan Islam dan menawan pusat pemerintahan Khalifah Abbasiyah. Ketika itu pemerintahan Abbasiyah diterajui oleh Musta'sim Billah.

Pemerintahan Baghdad mula lemah pada pertengahan abad ke-7 Hijrah. Dalam masa tujuh hari Baghdad berjaya dikuasai.

Sungai-sungai di Baghdad dipenuhi dengan darah rakyatnya yang mati, manakala buku-buku ilmiah telah dicampak ke dalam sungai Dajlah sehingga menjadi seperti jambatan untuk mereka lalui menurut khayalan mereka. Akhirnya pemerintahan Khalifah Abbasiyah di Baghdad berakhir.

Setelah Dinasti Gengis Khan berjaya menguasai seluruh Asia dan Eropah Timur, mereka membahagi daerah-daerah taklukan mereka dan mendirikan empat kerajaan.

Keluarga Kaylay menguasai China dan Monggol. Jafaqay, saudara Aqtay, mengetuai Turkistan. Dinasti Batarkhan menguasai negeri-negeri yang berada di tepi sungai Fajla sehinggakan Rusia terpaksa menyerahkan cukai kepadanya dalam tempoh yang panjang.

Hulaku merampas Parsi dan Baghdad hingga ke negeri Syam. Semua ini diringkaskan oleh penulis daripada ensiklopedia, Ibnu Khaldun, Ibnu Maskawayh dan risalah Ikhwan al-Safa.

Sebenarnya isu Yakjuj dan Makjuj adalah isu yang sentiasa menjadi perbualan dan perbincangan para ulama dan juga orang ramai. Ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang besar.

Oleh itu, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Zainab bin Jahsyim R.Anha bahawa Rasulullah SAW keluar dari rumahnya dalam keadaan amat serius seraya bersabda:

"Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah SWT. Celakalah orang Arab daripada kejahatan yang hampir tiba. Hari ini telah terbuka sebahagian tembok Yakjuj dan Makjuj seperti ini. Lantas Nabi mengisyaratkan bulatan dengan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari ibu. Zainab binti Jahsyim berkata: Aku bertanya, hai Rasulullah SAW, adakah kami akan binasa sedangkan di sisi kami ada orang-orang yang soleh. Jawab Baginda SAW: Ya, jika sekiranya banyak kejahatan".

Persoalan hangat tentang Yakjuj dan Makjuj

Adakah Yakjuj dan Makjuj daripada manusia?

Ya. Kedua-duanya daripada umat manusia. Iaitu dua kabilah. Dikatakan daripada Yaputh bin Nuh. Ini dikuatkan lagi daripada hadis Bukhari.

Apakah sifat Yakjuj dan Makjuj?

Antara sifat mereka ialah:
  • Kekuatannya yang amat luar biasa.
  • Mata mereka sepet.
  • Banyak bulu pada badan mereka.
  • Jumlah mereka tersangat ramai.

Manakala Ibnu Hajar menyebut tiga sifat iaitu:
  • Jasad mereka seperti pohon yang besar.
  • Jasad mereka empat hasta lebar x empat hasta tinggi.
  • Sebahagian mereka boleh duduk di atas telinga-telinga mereka seleret ke tanah.

Pun begitu, sifat ini tidak disandarkan pada riwayat yang sahih, tetapi didhaifkan sifat tersebut oleh sebahagian ulama.

Bilangan Yakjuj dan Makjuj?

Bilangan mereka teramat ramai. Ini berdasarkan hadis di mana bilangan mereka tanpa diketahui jumlahnya. Dalam hadis al-Hakim melalui kitabnya al-Istadrakh menyebut: Manusia dibahagikan kepada 10 juzuk dan 9/10 daripadanya Yakjuj dan Makjuj sedangkan sejuzuk yang lain adalah semua makhluk atau manusia.

Apakah agama Yakjuj dan Makjuj?

Mereka adalah bangsa yang kufur dengan Allah. Kalau tidak, nescaya tidak dihukum ke atas mereka serentak. Ini berdasarkan mafhum hadis.

Tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj?

Berdasarkan riwayat hadis, mereka dikurung dan disekat antara dua gunung yang besar di Turki. Apabila mereka keluar, mereka terus menuju ke Laut Mati dan meminum semua air tersebut. Kemudian mereka menuju ke Baitul Maqdis, Palestin.

Bilakah mereka keluar?

Mengikut riwayat yang sahih mereka keluar pada zaman Nabi Allah Isa bin Maryam selepas turunnya Nabi Isa dan dia membunuh Dajjal dan ketika itulah keluarnya Yakjuj dan Makjuj menyebabkan Nabi Isa telah membawa bersamanya orang yang beriman ke gunung yang berhampiran iaitu gunung Thur.

Ini bertujuan untuk berlindung kerana ramainya jumlah Yakjuj dan Makjuj seperti ombak laut yang tidak diketahui hujung dan pangkalnya.

Tempat tinggalnya sekarang?

Sekarang ini dengan kemudahan teknologi bahkan melalui udara dan satelit yang mungkin dapat mengesan tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj.

Dalam hal ini, kudrat Allah SWT yang boleh melakukan apa saja. Berdasarkan nas hadis menunjukkan mereka berada di dalam tanah dan percubaan untuk keluar berlaku dari semasa ke semasa. Samalah seperti kita beriman adanya jin dan di manakah mereka.

Bagaimana cara Yakjuj dan Makjuj dibinasakan?

Mengikut riwayat Nawwas bin Sam'an bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dibala dengan leher mereka dimakan ulat dan mereka mati serentak, selepas itu Nabi Isa dan pengikutnya turun ke bumi.

Mereka tiada tempat kerana dipenuhi jasad Yakjuj dan Makjuj dan bau jasad mereka yang tidak baik.

Kemudian Allah SWT utuskan burung seperti leher-leher unta memakan dan membawa mereka mengikut kehendak Allah SWT. Selepas itu Allah SWT menurunkan hujan membasuh bumi hingga menjadi suci.

Semoga Allah SWT selamatkan kita daripada sebarang fitnah dan menjadikan kita hamba-hamba-Nya yang mendapat keredaan daripada-Nya. Amiin.

BACA INI JUGA: Kononnya Dajjal Berusia 4000 Tahun Dan Sangat Menyusahkan

Sumber: Utusan.com.my