Sunday, June 02, 2019

2 Sebab Kenapa Cap Jari Setiap Manusia Berbeza

2 Sebab Kenapa Cap Jari Setiap Manusia Berbeza

Keistimewaan bentuk cap jari manusia bermula dari fasa pembangunan janin dan persekitaran rahim yang menentukan cap jari anda, malah ketika janin masih kecil di dalam rahim, jari-jari tangan dan jari kaki anda telah dibangunkan dalam tempoh 6 bulan pertama.

Keunikan Cap Jari

Pada ketika ini, garisan samar pada jari dan jari kaki sudah ada. Selama 3 bulan terakhir sebelum dilahirkan, garis-garis ini semakin mendalam dan dengan itu, cap jari anda telah selesai.

Cap jari adalah bukti yang paling menarik dalam makmal forensik di seluruh dunia. Kenapa ianya unik?

Bagaimanakah cap jari terbentuk?

Menghairankan, walaupun ahli saintis boleh menentukan masa cap jari dicipta, mereka tidak mempunyai pemahaman yang jelas tentang proses itu.

Kebanyakan ahli sains bersetuju dengan teori bahawa lapisan tengah kulit (lapisan basal) digulung di antara lapisan dalaman (dermis) dan lapisan luar (epidermis).

Lapisan basal tumbuh jauh lebih cepat daripada lapisan kulit yang lain.

Ketidakseimbangan dalam pertumbuhan ini menjadikan kulit mengikat, membentuk lipatan dalam epidermis dan dermis. Lipatan dari luar kelihatan sebagai corak rerabung, berombak pada jari.

Oleh sebab corak ini terbentuk semasa janin, ia tidak boleh berubah dan tidak boleh dimusnahkan dari luar. Tidak kira apa kecederaan kulit, struktur dalaman cap jari tidak akan berubah.

Jadi, bagaimana pula dengan corak, pola yang dilihat pada kulit jari kita?

Rerabung ini boleh berubah jika anda kerap melakukan aktiviti yang sama, seperti menggigit kuku, bahagian kulit yang kerap mengelupas dan menjadi tidak dapat dikenali.

Oleh sebab kelemahan kulit luar ini, ramai penjenayah membakar cap jari mereka untuk tidak meninggalkan apa-apa tanda semasa melakukan jenayah.

Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, oleh kerana akar cap jari berada di lapisan kulit yang lebih dalam, jika anda membiarkan jari untuk sembuh dari masa ke masa, rerabung akan tumbuh kembali dengan baik.

Mengapa cap jari unik?

Corak cap jari diputuskan oleh dua komponen iaitu faktor genetik dan persekitaran.

Faktor persekitaran yang menentukan cap jari adalah:
  • Tekanan darah.
  • Tahap oksigen darah.
  • Nutrisi yang diperoleh kanak-kanak daripada ibu.
  • Tahap cecair hormon.
  • Kedudukan janin.
  • Kedudukan tangan.
  • Tekanan cecair amniotik.

Dengan begitu banyak pembolehubah yang menentukan corak cap jari, bagi dua orang mempunyai set cap jari sepadan adalah sangat jarang berlaku.

Itulah sebabnya cap jari akan sentiasa menjadi salah satu ciri yang paling unik bagi setiap individu di dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Sunday, January 13, 2019

20 Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

20 Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Anda mungkin fikir kebanyakan restoran McDonald’s di seluruh dunia kelihatan lebih kurang sama dan yang membezakannya hanyalah sama ada ia terletak dalam bangunan sendiri, di lot-lot kedai atau dalam pusat beli-belah.

Dari segi susun atur, kerusi dan meja, kaunter pesanan serta perkara-perkara lain, nampak tak banyak bezanya, tetapi tahukah terdapat beberapa restoran McDonald’s di seluruh dunia yang benar-benar unik dan ini 20 di antaranya.

1. Canal Street, New York City

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Sangat hitam anda boleh terlepas pandang restoran ini pada waktu malam. Ia tidaklah menarik sangat tetapi tetap masuk senarai kerana warnanya hitam dengan pada binaan lebih dari satu abad.

2. Jurong Central Park, Singapura

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

McDonald's pertama dibuka di Liat Towers, Singapura pada tahun 1979, dan sejak itu lebih dari 120 restoran McDonald’s telah dibuka di pulau itu. McDonald's hijau pertama di Singapura dibuka di Jurong Central Park pada 2011.

Ia menerima Anugerah Green Mark yang pertama untuk Restoran dari Autoriti Pembinaan Bangunan Singapura.

Dengan suasana yang damai, pokok palm, dan ruang makan patio yang berangin, ini menjadi salah sebuah restoran McDonald’s paling santai di dunia.

3. Sochi, Rusia

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Berhampiran Laut Hitam, McDonald's ini mempunyai teres besar dan balkoni di tingkat dua.

Restorann McDonald's ini adalah salah satu daripada lima yang dibina untuk Sukan Olimpik Sochi pada 2014; satu langkah yang membantu mengembangkan perniagaan McDonald's di Rusia dan membolehkannya bukan sahaja menambah restoran untuk portfolio Rusia tetapi juga menambah item dalam menu, termasuk smoothie, parfait dan griled chicken wrap.

4. Bangkok, Thailand

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Estetika di sini lebih tertumpu kepada banglo berbanding hidangan burger. Ia menawarkan air pancut air yang menenangkan, lantai kayu jati dan beranda berangin dan terbuka.

5. Sedona, Ariz

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Walaupun hampir semua 37,000 lokasi McDonald's di seluruh dunia memaparkan lengkungan syarikat itu yang berwarna kuning keemasan, premis di sini digelar sebagai ‘McDonald’s turquoise’ oleh penduduk setempat kerana logo di gerbangnya berwarna turquoise.

Bandar ini berpandangan bahawa warna keemasan yang terkenal itu tidak menonjol dan bertentangan dengan dengan warna semulajadi kawasan tersebut.

McDonald's menawarkan untuk menukar warna kuning dengan turquoise supaya ia serasi dengan penduduk tempatan.

6. Ulsan, Korea Selatan

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Kita seakan tidak boleh berhenti memandang ke arah restoran berbentuk seperti kapal angkasa ini dengan lampu menerangi bahagian sayap.

Gabungan restoran drive-thru dan stesen minyak adalah sesuatu yang menarik untuk dilihat di tenggara Korea Selatan.

7. Ho Chi Minh City, Vietnam

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Outlet McDonald's yang ke 10,000 di rantau Asia Pasifik ini juga menjadi yang pertama di Vietnam. Ini menjadi restoran drive-thru pertama di negara ini, dibuka selama 24 jam sehari.

Pada hari pembukaan tahun lepas, beratus-ratus peminat makanan segera ini datang dengan skuter mereka untuk memesan Big Mac, kentang goreng, dan sandwic McPork.

8. Savannah, Ga

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Walaupun luarannya pada mulanya nampak tipikal untuk Selatan, bahagian dalam yang menjadikannya salah satu McDonald's paling sejuk.

Apabila dibuka pada tahun 2005, ini adalah McDonald's hijau yang pertama (memperolehi pensijilan LEED), dan ia mempunyai tingkap besar yang meliputi 75 peratus bahagian dalaman (mengurangkan keperluan pencahayaan dan pemanasan elektrik), tandas tanpa air dan tangki yang memanfaatkan air hujan untuk pengairan.

Di luar, terdapat tempat letak kereta untuk kereta hibrid dan rak basikal.

9. Paris, Perancis

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Walaupun Perancis, sebuah negara yang penuh dengan restoran berbintang Michelin, ‘McDo’ (panggilan penduduk tempatan) menjadi rantaian makanan segera yang terbesar.

Gergasi makanan segera ini telah memperkenalkan makanan inspirasi Perancis seperti McBaguette dan bilik makan McDonald's yang direka khas yang mempunyai kerusi berkusyen yang selesa dan hiasan dalaman ala galeri seni.

Sebuah outletnya di Paris McDonald’s - Rue Saint-Lazare (gambar), mempunyai ruang luar dari sebuah dewan bir era 1900, Au Roi de la Biere (The King of Beer) dan mengekalkan semua perhiasan pada binaan itu, termasuk sebuah patung pencinta bir Gambrinus.

10. Sydney, Australia

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Lokasi Strand di George Street di Sydney kelihatan seperti ruang menelaah di sebuah seni bina moden, bukan sebuah restoran makanan segera.

Firma rekabentuk, Juicy menggunakan cetakan seni grafik berwarna oren, pink, putih, dan hitam, serta perabot seperti lounge nampak ‘cool’.

Eksterior kaca dan keluli sangat cantik, mencerminkan cahaya dalaman.

11. Dewan Bandaran Bray, Bray, County Wicklow, Ireland

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Di sebalik gambar indah bangunan di Ireland yang terbina sejak abad ke-19 ini, McDonald's sekali lagi menemui sebuah lokasi menarik di sebuah bangunan bersejarah.

Disebabkan ia terletak betul-betul di dalam Dewan Bandaran, anda pasti tahui ia berada di tengah di bandar!

12. New Hyde Park, NY

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Rumah agung Georgia yang indah sekitar tahun 1795 adalah salah satu restoran McDonald’s yang paling indah di AS.

McDonald’s pada asalnya membeli rumah itu dengan niat untuk merobohkannya dan membina sebuah restoran standard, tetapi warga New Hyde Park berjaya membantah bagi mengekalkan status kediaman ini.

Ini menjadikannya salah satu restoran paling elegan untuk francais McDonald's, lengkap dengan kawasan beranda berkaca dan tangga besar.

13. Rom, Itali

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Restoran yang dipenuhi marmar dan mosaik ini adalah antara lokasi McDonald's yang diketahui paling terkenal dan telah menjadi tarikan pelancong dengan ciri tersendiri.

Terletak di kawasan bersejarah Piazza di Spagna, bertentangan dengan Spanish Steps, restoran yang mempunyai bar salad besar ini mencetuskan kegemparan ketika dibuka pada tahun 1986 tetapi sejak itu berjaya menyesuaikan diri dengan seni bina bandar kuno.

14. Melbourne, Australia

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Art Deco McDonald's di Clifton Hill, Victoria, dulunya adalah sebuah hotel lama. Hari ini ia menyajikan burger, kentang goreng dan milk shake di ruang makan retro.

15. Roswell, N.M

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Roswell mempunyai kisah tentang penampakan UFO dan alien yang pertama pada tahun 1947.

Restoran McDonald’s di sini menawarkan binaan berbentuk UFO lengkap dengan lampu neon. Restoran ini juga mempunyai roket terbang dengan Ronald McDonalds di ruang permainan.

16. Porto, Portugal

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Restoran McDonald's mewah di bandar bukit Porto di utara Portugal terletak dalam bekas Kafe Imperial, sebuah kedai kopi bersejarah tahun 1930-an.

Ia telah menjadi tempat pelancongan popular bagi pelawat yang mengagumi tingkap kaca Art Deco, facade yang dihias dan candelier.

17. Dallas, Texas

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Mereka kata segala-galanya lebih besar di Texas, dan untuk sebuah restoran McDonald's, itu benar! Memandu ke Montfort Drive, anda akan melihat Happy Meal terbesar di dunia.

Di dalam restoran ini terdapat candelier kristal Austria, kertas dinding Ralph Lauren, lantai granit, booth mahogany dan bilik permainan.

18. Taupo, New Zealand

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Taupo, New Zealand, diberi penghormatan untuk mempunyai satu-satunya restoran yang merangkumi pesawat yang dilupuskan sebagai sebahagian daripada restoran.

Bekas pesawat penumpang DC-3 itu dibina pada tahun 1943 dan membawa penumpang di seluruh negara untuk syarikat penerbangan New Zealand, SPANZ pada tahun 1950-an dan 1960-an.

Selepas menjadi pesawat penumpang, ia membawa baja. Penerbangan terakhir pesawat itu adalah pada Oktober 1984, dan dibawa melalui jalan ke Taupo oleh seorang peminat pesawat tempatan dan diletakkan di kedudukannya sekarang.

Pada asalnya ia hanya sebagai daya tarikan untuk pengedar kereta yang dikenali sebagai Aeroplane Car Company.

McDonald's membeli pesawat itu pada tahun 1990 apabila mereka membina McDonald's, yang dibuka pada November. Walaupun restoran itu berasingan dari pesawat, pengunjung boleh menikmati makanan mereka di dalamnya.

19. Guantamano Bay, Cuba

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Hanya ada satu McDonald's di Cuba, dan ia berada di pangkalan tentera Laut Guantanamo Bay, terletak di kawasan seluas 45 batu persegi di tenggara Cuba, telah disewa oleh Amerika Syarikat sejak tahun 1903, dan mungkin paling terkenal dengan penjara tenteranya, yang telah beroperasi sejak tahun 2002.

Pada tahun 1986, sebuah McDonald's dibuka di pangkalan itu dan ia tetap menjadi satu-satunya McDonald’s di Cuba.

20. Orlando, Fla

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Digelar ‘McDonald’s hiburan terbesar di dunia’ restoran berkeluasan 18,716 kaki persegi yang dibina di Orlando beberapa tahun lalu berhampiran tapak McDonald's yang terdahulu, adalah satu pemandangan yang patut dilihat.

Ia mempunyai ketinggian 48 kaki; mempunyai struktur permainan 22 kaki tinggi dan keluasan 2,000 kaki persegi, arked yang paling canggih; Ronald McDonald berketinggian 30 kaki; nyanyian animatronic Mac Tonight dan menu unik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Saturday, December 08, 2018

Perkampungan Umoja Yang Diharamkan Untuk Lelaki

Perkampungan Umoja Yang Diharamkan Untuk Lelaki

Dimana-mana kawasan perkampungan di seluruh dunia, kita akan mendapati kaum lelaki dan wanita dapat hidup aman dalam satu keluarga namun, pemandangan seperti itu tidak dapat dilihat di Umoja, sebuah perkampungan di bahagian utara Kenya dimana penduduknya terdiri daripada wanita sahaja.

Wanita Umoja

Di Umoja, kaum lelaki diharamkan sama sekali. Kampung Umoja bukanlah satu kawasan perkampungan baru sebaliknya telah wujud semenjak 25 tahun dahulu.

Perkataan Umoja itu merupakan bahasa Swahili yang membawa maksud perpaduan.

Sejarah asal-usul Umoja

Mengikut sejarah, kawasan perkampungan ini dimulakan sekitar tahun 1990 oleh kira-kira 15 orang wanita yang pernah menjadi mangsa keganasan seksual kaum lelaki terutamanya oleh golongan askar British yang menjajah kawasan ini suatu ketika dahulu.

Kini, kampung ini sudah mempunyai kira-kira 50 orang penduduk.

Antara golongan wanita yang mendiami kampung ini termasuklah mangsa rogol dan wanita yang diusir keluarga kerana melarikan diri daripada perkahwinan secara paksa yang diatur oleh keluarga masing-masing.

Kampung ini diketuai oleh Rebecca Lolosoli, seorang pejuang hak asasi wanita. Beliau sendiri pernah dipukul lelaki kerana lantang mempertahankan hak asasi wanita.

Sementara itu, penduduk kampung ini menjana pendapatan melalui aktiviti membuat kraftangan dan mengukir batu permata.

Selain itu, mereka turut menerima sumbangan daripada masyarakat setempat, selain turut menyediakan urusan penginapan kepada pelancong yang melawat kampung tersebut.

Bagi mengawal keselamatan kampung tersebut, ia dikelilingi oleh pagar berduri.

Dari segi undang-undang, penduduk Umoja merupakan pemilik sah tanah di kampung tersebut kerana mereka telah membelinya daripada kerajaan Kenya.

Walaupun terdapat cubaan daripada kaum lelaki untuk mengurangkan jumlah pelancong daripada melawat Umoja dengan menjual hasil kraftangan pada harga lebih murah, Umoja masih tetap bertahan sehingga ke hari ini.

Pendidikan seks untuk kaum wanita

Sebagai pejuang hak asasi wanita, kaum wanita di kampung ini bergiat aktif mengajar kaum wanita daripada komuniti dan kampung berdekatan mereka tentang hak asasi wanita dan pendidikan seks.

Mengikut budaya tempatan, adalah menjadi kebiasaan wanita dikahwinkan dalam usia yang sangat muda.

Penduduk kampung ini percaya bahawa adat dan budaya tersebut perlulah diubah memandangkan perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang besar. Menjadi seorang ibu pada usia yang muda bukanlah satu tanggungjawab yang ringan.

Malah, mereka percaya pada umur belasan tahun seorang wanita belum cukup kuat daripada segi fizikal untuk melahirkan seorang bayi.

Adakah mereka membenci kaum lelaki?

Wanita Umoja

Seperkara yang mungkin pelik bagi masyarakat luar adalah kewujudan ramai kanak-kanak di Umoja.

Persoalannya, dari manakah asalnya kanak-kanak ini sekiranya semua penduduk di perkampungan ini adalah perempuan?

Bagaimanakah boleh wujudnya kanak-kanak ini sedangkan kaum wanita disini tinggal tanpa kaum lelaki?

Dengan kewujudan kampung yang dikhaskan untuk wanita ini, ramai orang beranggapan bahawa mereka sangat membenci kaum lelaki.

Realitinya, mereka tidaklah membenci lelaki tetapi mungkin lebih berhati-hati dengan lelaki kerana pengalaman lampau.

Adalah normal bagi setiap wanita untuk mempunyai keinginan seksual dan mempunyai anak. Begitu juga golongan wanita yang hidup di Umoja.

Menurut penduduk Umoja, mereka bebas untuk bergaul dan berhubungan dengan kaum lelaki di luar perkampungan tersebut.

Walaupun mempunyai anak hasil hubungan dengan lelaki luar, mereka kekal tidak berkahwin sebaliknya menjaga anak tersebut secara sendirian.

Bagi golongan lelaki yang tinggal berdekatan kampung itu pula, mereka mengakui berhubungan dengan 3-4 orang wanita daripada perkampungan Umoja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, August 07, 2018

Keunikan Tangan Gergasi 'Pegang' Jambatan Di Vietnam

Keunikan Tangan Gergasi 'Pegang' Jambatan Di Vietnam

Bayangkan sepasang telapak tangan dengan jari jemari gergasi di kiri kanan laluan ketika melintas salah satu tarikan pelancongan baharu di Vietnam yang mula mendapat perhatian dunia apabila dibuka kepada umum.

Keunikan Tangan Gergasi 'Pegang' Jambatan Di Vietnam

Rata-rata media di seluruh dunia menyiarkan artikel keunikan rekabentuk jambatan itu, sepanjang 150 meter yang dibina di pinggir gunung di Da Nang dan ‘dipegang’ sepasang tangan emas gergasi.

Terletak pada ketinggian 1,400 meter di atas paras laut di gunung Ba Na, Jambatan Emas ini dihiasi indah bunga Lobelia Chrysanthemums.

Keunikan Tangan Gergasi 'Pegang' Jambatan Di Vietnam

Menelan pelaburan RM8 bilion, kerajaan Vietnam memperuntukan dana itu untuk mempromosikan kawasan pergunungan Annamese.

Rekaan jambatan berkenaan hasil idea syarikat TA Landscape Architecture, manakala ukiran tangan itu sebenarnya bukan diperbuat daripada batu.

Keunikan Tangan Gergasi 'Pegang' Jambatan Di Vietnam

“Tulang rangka tangan itu disaluti jaringan keluli, kemudian kami letakkan gentian kaca.

"Keseluruhan pembinaan jambatan ini mengambil tempoh selama setahun,” kata wakil jurucakap syarikat berkenaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Monday, August 06, 2018

4 Jenis Buah Unik Yang Hanya Terdapat di Sabah Dan Sarawak

4 Jenis Buah Unik Yang Hanya Terdapat di Sabah Dan Sarawak

Borneo sememangnya terkenal dengan keunikannya, baik dari segi kebudayaan, tradisi, adat resam dan kaya dengan pelbagai hasil alam floranya.

Kekayaan hasil bumi ini boleh dilihat dari segi kepelbagaian jenis buah-buahan yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah 4 jenis buah yang enak dimakan dan hanya boleh ditemui di Sabah dan Sarawak.

1. Buah Dabai

4 Jenis Buah Unik Yang Hanya Terdapat di Sabah Dan Sarawak

Buah dabai yang sudah masak biasanya berwarna kehitaman (berwarna putih sebelum masak). Warna kehitaman itu juga petanda bahawa ia sudah boleh dipetik daripada pokoknya.

Sebenarnya buah dabai ini agak keras, jadi, untuk menikmati buah tersebut, biasanya ia akan direndam dalam air suam untuk beberapa minit bagi melembutkan isinya.

Sesudah itu, ia boleh dimakan dan anda juga boleh memilih untuk mencicahnya dengan garam atau kicap bercampur gula bagi menambahkan lagi rasanya.

Memang sedap dan rasa lemak-lemak manis akan membuatkan anda cukup berselera.

Bahkan di Sarawak terdapat juga menu nasi goreng dabai, itu pun jika musim adanya buah dabai sahaja.

Apa yang lebih menarik tentang buah dabai atau nama saintifiknya Canarium Odontophyllum yang juga punyai jolokan buah zaitun Sarawak, ia didapati kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Penerokaan potensi buah dabai juga membawa kepada penghasilan dan pengeluaran pelbagai produk komersial seperti ais krim dabai, sos pencicah dabai dan sebagainya.

2. Buah Bambangan @ Buah Mawang

4 Jenis Buah Unik Yang Hanya Terdapat di Sabah Dan Sarawak

Buah bambangan @ mawang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Haruman buah bambangan yang sudah masak ini cukup kuat sekali.

Sungguh pun kulitnya belum dikopek, haruman buah yang sudah masak boleh dihidu tatkala masih berada jauh darinya.

Buah bambangan mempunyai kulit yang tebal dan isinya pula berwarna kuning keemasan.

Buah bambangan yang sudah masak boleh dimakan terus. Isinya cukup manis dan harumannya akan berikan kepuasan kepada siapa-siapa saja yang menikmatinya.

Ada juga yang memakan buah ini dengan mencicahnya dengan kicap, garam atau sambal serta dibuat jeruk. Memang sedap!

3. Buah Tarap @ Buah Lumuk

4 Jenis Buah Unik Yang Hanya Terdapat di Sabah Dan Sarawak

Buah tarap atau buah lumuk sememangnya digemari oleh warga Borneo kerana aroma isi buahnya. Pokok buah ini banyak didapati di Sabah dan Sarawak.

Buah tarap mempunyai lapisan kulit berduri yang menyerupai buah durian, namun, permukaan duri-duri ini sebenarnya lembut.

Ada juga yang mengatakannya menyerupai buah cempedak atau nangka namun, sebenarnya rasa buah tarap dengan buah cempedak atau nangka adalah jauh berbeza.

Permukaan kulit buah tarap yang sudah masak adalah lembut dan ia boleh dikopek begitu saja.

Setelah kulitnya dikopek, isi buah tarap boleh dijamu terus. Biji buah tarap juga boleh dimakan setelah ia digoreng.

4. Durian Merah atau Pakan

4 Jenis Buah Unik Yang Hanya Terdapat di Sabah Dan Sarawak

Sekiranya di Semenanjung Malaysia terkenal dengan durian Musang King, di Sabah dan Sarawak pula kita terkenal dengan durian yang mempunyai isi berwarna oren yang dinamakan sebagai durian Pakan atau durian merah atau durian “ngekak” oleh komuniti setempat.

Durian ini sememangnya menjadi kegemaran anak-anak Borneo dan sentiasa dinantikan setiap kali menjelangnya musim buah-buahan.

Durian Pakan tumbuh liar di hutan dan ia biasanya berbuah serentak dengan musim durian di Sabah dan Sarawak.

Luarannya adalah seperti durian biasa, cuma saiz setiap biji durian adalah lebih kecil daripada durian biasa.

Rasa durian ini pula adalah jauh berbeza dengan durian yang biasa kita makan. Ia mempunyai aroma tersendiri, tidak mempunyai bau “gas” yang kuat seperti durian biasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: borneodihati

Thursday, April 12, 2018

Keunikan Suku Kaum Rikbatsa Bertelinga Kayu

Keunikan Suku Kaum Rikbatsa Bertelinga Kayu

Suku Rikbatsa yang tinggal dalam daerah Amazon di Brazil sangat terkenal sebagai kaum yang memiliki keunikan tersendiri, bertelinga kayu!

Keunikan Suku Kaum Rikbatsa Bertelinga Kayu

Telinga mereka dilebarkan dengan menindik dan memasukkan kayu bulat yang besar untuk melebarkan lubang telinga.

Semakin besar lubang telinga dan semakin besar bulatan kayu yang digunakan, kian tinggi darjat mereka.

Keunikan Suku Kaum Rikbatsa Bertelinga Kayu

Anda berani?

BACA INI JUGA: Keunikan Suku Kaum Karen, Leher Panjang Sebagai Lambang Kecantikan

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, April 01, 2018

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Disebalik pelbagai kelebihan Amerika Syarikat sebagai salah satu kuasa besar di dunia, wujud beberapa lokasi di negara itu yang seolah-olah masih lagi ketinggalan zaman.

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Lokasi tersebut seolah-olah masih lagi ketinggalan zaman seperti suasana ketika era American Old west yang wujud pada abad ke 18 lalu.

Apa yang pasti, wujud satu lokasi yang diduduki satu populasi masyarakat yang terkenal dengan panggilan nama 'Amish People' atau orang Amisah.

Siapa Amish People ini? Dari mana asal mereka? Mengapa mereka ketinggalan zaman dan menolak cara hidup moden?

Gelaran Amisah People wujud selepas tercetusnya konflik keagamaan di Eropah sekitar tahun 1525, berikutan munculnya satu gerakan radikal digelar Anabaptist.

Kumpulan Anabaptist ini dipercayai mengamalkan upacara penyucian untuk orang dewasa.

Fahaman tersebut dikatakan bertentangan dengan ajaran asal sebuah agama yang melakukan upacara penyucian semasa bayi.

Upacara yang dijalankan telah menimbulkan kebimbangan ekoran dakwaan mengatakan bahawa gerakan radikal ini turut menjalankan beberapa upacara ekstrem sehingga menyebabkan kejadian yang meragut nyawa.

Selepas ajaran itu ditentang sekeras-kerasnya oleh masyarakat, gerakan ini dipercayai telah melarikan diri ke utara Amerika Syarikat dan memulakan kehidupan baru di negeri Pennsylvania.

Ditempat baru itu, gerakan radikal ini telah diketuai oleh seorang individu bernama Jakob Ammann dari Switzerland.

Pada penghujung tahun 1600an, sebuah rumah ibadat telah dibina untuk kegunaan kumpulan Amish ini dan dinamakan sempena nama pemimpin tersebut.

Sejak bertapak di Amerika Syarikat, orang Amish terkenal dengan cara hidup mereka sendiri.

Ketika masyarakat lain mengikut arus kemodenan hari ini, mereka tetap mengamalkan gaya hidup secara sederhana.

Teknologi Moden Bukan Keperluan

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Masyarakat Amish menganggap kemajuan teknologi hari ini bukan keperluan penting dalam kehidupan seharian mereka, jadi tidak hairanlah mereka menolak sebarang kemasukan elemen teknologi seperti telefon bimbit, kemudahan elektrik, kenderaan, internet dan macam-macam lagi.

Amalan orang Amisah berkait rapat dengan ajaran agama yang dianuti oleh masyarakat ini.

Oleh itu, kemodenan dianggap punca kelalaian yang boleh menyebabkan mereka jauh daripada Tuhan.

Walau bagaimanapun, orang Amisah tidaklah menolak sepenuhnya teknologi. Ada masanya mereka menggunakannya, namun cuma untuk tujuan yang memberi manfaat sahaja.

Selain itu, orang Amisah sangat berpegang teguh kepada peraturan sendiri berbanding undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pemulauan Sebagai Hukuman

Sebarang kes salah-laku akan dirujuk kepada sebuah komuniti khas yang terdiri dari kalangan ahli agama, yang menjadi penentu sama ada individu tertuduh bersalah atau tidak.

Sesiapa yang didapati tidak bersalah akan dilepaskan tanpa menerima sebarang hukuman.

Dan jika didapati bersalah, mereka akan dikenakan hukuman paling popular dikalangan masyarakat Amisah, iaitu pemulauan.

Pemulauan bukan bermaksud hanya pesalah sahaja yang akan dipulaukan, tetapi akan melibatkan seluruh keluarga!

Apa yang menarik tentang masyarakat Amisah ialah, mereka merupakan sebuah kumpulan masyarakat yang saling bantu-membantu dan dilarang sama sekali bersikap individualistik, sebaliknya mengekalkan keakraban sesama sendiri.

Apa saja keperluan akan dikongsi bersama meliputi semua perkara dalam kehidupan termasuklah perbelanjaan harian, pekerjaan, pembinaan rumah, kos rawatan hospital dan sebagainya.

Perkahwinan

Dalam perkahwinan, orang Amisah hanya dibenarkan berkahwin sekali sahaja seumur hidup.

Jadi, tidak hairanlah setiap pasangan Amisah yang berkahwin memiliki jumlah anak yang ramai. Secara purata setiap pasangan akan memiliki tujuh hingga lapan anak.

Pendidikan

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Orang Amisah hanya dibenarkan menduduki persekolahan sehingga berusia 14 tahun sahaja.

Kebanyakan proses pembelajaran bukannya disekolah biasa tetapi berkonsep 'homeschool' atau pembelajaran dirumah.

Kebiasaannya, ibu-ibu bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka.

Pada usia yang telah ditetapkan, anak-anak lelaki Amisah diwajibkan menjalani latihan berbentuk vokasional seperti bertani, bertukang dan sebagainya.

Dengan sistem latihan begini, orang Amisah mampu melahirkan komuniti yang terkenal dengan hasil kerja kayu yang bermutu tinggi.

Berdasarkan rekod kerajaan Amerika Syarikat, populasi orang Amisah semakin bertambah setiap tahun.

Bermula pada tahun 1998, bilangan orang Amisah ialah sebanyak 128,150 orang dan rekod bancian terbaharu pada tahun 2017 berjumlah 318,400 orang meliputi 31 buah negeri di Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Satu-satunya Suku Kaum Yang Tinggal Di Pulau Buatan Terapung

-SENTIASAPANAS.COM