Wednesday, March 04, 2020

Black Mamba Ular Paling Digeruni Di Afrika

Black Mamba Ular Paling Digeruni Di Afrika

Mamba atau nama saintifiknya, Dendroaspis, adalah ular bertubuh panjang, sangat pantas, agresif, tersebar di Afrika tengah dan selatan dan namanya berasal dari legenda Afrika, untuk ular berukuran panjang yang mampu bergerak pantas ketika terancam atau ketika mengejar mangsanya.

Black Mamba

Mamba adalah sebutan umum untuk empat spesies ular berbisa dari spesies ular Mamba yang semuanya diklasifikasikan sebagai genus Dendroaspis, dan semua jenis mamba adalah ular berbisa yang mampu membunuh mangsanya.

3 spesies mamba yang lain biasanya lebih gemar mencari makanan diatas pokok pada waktu siang, manakala Black Mamba suka memburu diatas tanah pada waktu malam.

Black Mamba

Black Mamba Garang

Black Mamba menjadi terkenal melalui siri pertama filem Kill Bill, adalah ular paling pantas di atas muka bumi yang mampu bergerak dengan kelajuan mencecah 20 kilometer sejam (18 kaki sesaat)!

Semua jenis ular Mamba boleh memanjat, juga tinggal di atas pokok (arboreal), kecuali Mamba hitam. Aktif pada waktu siang, mangsanya adalah mamalia kecil (terutama tikus), burung dan kadal.

Spesis ular Mamba sangat agresif dan mampu menyerang dengan ketepatan tinggi dan kemungkinan untuk menyerang bertubi-tubi.

Malah, ular Mamba mempunyai keupayaan menyerang mangsa sehingga 12 kali dalam satu patukan, yang cukup beracun untuk membunuh 10 hingga 25 orang dewasa.

Racunnya, seperti kebanyakan ular beracun lain adalah neurotoksin yang mengandungi LD50, yang mampu menyalurkan purata 125mg hingga 400mg racun dalam satu patukan.

Sangat Agresif

Black Mamba

Ular Mamba jika diganggu, akan memberi memberi amaran dengan mengangkat kepala, memipihkan leher dan membuka mulutnya lebar-lebar sehingga terlihat jelas bahagian dalam mulutnya yang berwarna hitam pekat, namun tidak dapat mengembangkan lehernya seperti ular tedung.

Dan jika dipukul, ular Mamba akan mendesis keras dan akan mengejar sesiapa saja yang mengganggunya.

Mangsa patukan akan mula berasa seperti sengat pada badan diikuti dengan masalah penglihatan dan menjadi keliru.

Mangsa tidak dapat mengawal otot dan tanda-tanda yang menyebabkan kematian berlaku dengan cepat membuatkan rawatan segera diperlukan.

Kelumpuhan atau serangan jantung akan berlaku dan akhirnya mangsa akan koma atau mati. Jika antivenin tidak diberikan, hampir 100% jaminan bahawa mangsa akan mati. Kematian akibat racun Black Mamba boleh berlaku dalam masa 15 minit sahaja.

Setakat ini mangsa yang dipatuk Black Mamba mencatatkan rekod 100% kematian jika tiada rawatan kecemasan segera dilakukan.

Ular Mamba juga merupakan salah satu dari 15 spesies ular paling berbisa di dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, April 27, 2016

Mengenal Jenis-jenis Ular Berbisa Di Malaysia

Mengenal Jenis-jenis Ular Berbisa Di Malaysia

Sejak dahulu lagi ular telah dikaitkan dengan kejahatan dan kehinaan, maka disebabkan oleh perasaan iniah kebanyakan orang akan merasa geli atau takut terhadap ular dan reaksi spontan biasanya menjadi punca ramai orang tidak teragak-agak membunuh ular tanpa memikirkan sama ada ia daripada jenis yang berbisa atau tidak.

Snake group

Di Malaysia terdapat kira-kira 141 jenis ular yang berhabitat sama ada di air atau di darat. Daripada jumlah ini hanya 16 jenis ular di darat dan 21 jenis ular laut yang dikenal pasti berbisa.

Ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan ular kapak tergolong daripada ular yang berbahaya dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja. Manakala ular laut, hampir kesemuanya mempunyai bisa dan boleh dianggap berbahaya.

Ular yang berbisa biasanya mempunyai taring sama ada panjang dan boleh digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap (bagi Ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di bahagian atas rahang.

Taring-taring ini biasanya beralur (bagi Elapidae) ataupun alur yang bertaup membentuk seperti jarum hipodermik (bagi kumpulan Viperidae) supaya bisa dapat disuntik ke dalam tubuh mangsa.

Racun atau bisa ular tersimpan pada kelenjar yang terletak di kiri dan kanan pipi dan disalurkan ke taring melalui duktus. Seekor ular berkeupayaan mengawal jumlah bisa yang disuntikkan ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu gigitan.

Bisa ular biasanya mengandungi bahan-bahan racun haemotoksin, neurotoksin dan myotoksin. Kesemua racun ini terdapat pada setiap ular tetapi hanya salah satu daripadanya lebih dominan dan mendatangkan kesan kepada mangsa - bergantung kepada jenis ular.

Ular dari keluarga Elapidae mempunyai bahan racun saraf (neurotoksin), keluarga Viperidae pula bahan racun jenis darah (haemotoksin) manakala keluarga Hydropidae pula mempunyai bahan racun otot (myotoksin).

Di samping bahan-bahan ini, bisa juga mengandungi sejenis enzim yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai mangkin bagi meningkatkan penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf.

Bisa ular mempunyai dua fungsi yang utama:
  • Bertujuan melumpuhkan atau membunuh mangsa.
  • Bertindak sebagai ejen penghadaman.

Ular berbisa terbahagi kepada 3 keluarga yang utama.

1. Keluarga Elapidae

Ular Tedung Selar

Jenis ular yang tergolong di dalam keluarga ini ialah: UIar katam tebu, ular katam belang, ular katam kepala merah, ular matahari biru, ular pantai belang, ular pantai bintik, ular pantai bintik kecil, ular tedung hitam dan ular tedung selar.

Ular jenis ini mempunyai taring yang tetap di bahagian hadapan rahang atas. Kesemua ahli keluarga Elapidae adalah berbisa dan amat berbahaya pada manusia. Bisa ular kumpulan Elapidae bertindak kepada sistem saraf mangsa.

Antara tanda-tanda keracunan bisa ular jenis ini ialah:

1.1 Jenis tedung:
  • Kesakitan pada tempat gigitan dalam masa setengah jam.
  • Bahagian bekas gigitan membengkak (selepas 1 jam digigit).
  • Lemah-lemah badan.
  • Pengeluaran air liur yang berlebihan.
  • Mengantuk.
  • Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan.
  • Tekanan darah menurun.
  • Mata kuyu (ptosis).
  • Pandangan menjadi kabur.
  • Sawan (konvulsi).
  • Badan berpeluh.

Dalam kes-kes teruk tanda-tanda berikut adalah nyata:
  • Komplikasi kardiovaskular.
  • Hipotensi.
  • Sakit yang amat sangat pada bahagian perut.

1.2 Jenis katam tebu
  • Biasanya gigitan ular jenis ini tidak meninggalkan kesan kesalutan yang teruk.
  • Jangka masa kesakitan juga tidak berlarutan.
  • Tiada kesan bengkak atau perubahan warna kulit pada tempat gigitan.
  • Tanda-tanda lain adalah serupa dengan kesan gigitan tedung.

1.3 Ular matahari
  • Kesakitan pada bekas gigitan.
  • Bekas gigitan membengkak.
  • Kudis terjadi pada tempat gigitan.
  • Gangguan pernafasan

Nota: Keracunan yang teruk dapat dikenal pasti dengan tanda-tanda toksin saraf dalam masa 1 jam.

2. Ular Keluarga Viperidae

Ular kapak

Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular kapak bodoh, ular kapak sumatra, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak kapak hidung pipeh, ular kapak bakau, ular kapak hijau.

Ular dari keluarga ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua beleh pipinya dan biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan samn ada di luar atau di dalam.

Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:
  • Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit).
  • Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
  • Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
  • Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
  • Darah tidak membeku.
  • Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.

3. Ular keluarga Hydropidae

Ular laut

Terdapat 21 jenis ular laut di Malaysia dan kesemuanya tergolong di dalam keluarga ini. Ular laut mempunyai ekor yang pipeh seperti dayung dan biasanya berkepala kecil.

Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam.

Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: prn.usm

Friday, November 30, 2012

Saintis Temui Ular Menyerupai Kemaluan Lelaki

Saintis Temui Ular Menyerupai Kemaluan Lelaki

Para saintis telah menemui spesis ular yang digelar “blind snake” di Sungai Brazil yang menyerupai kemaluan manusia.


Reptilia unik ini dinamakan “atretochoana eiselti” ditemui selepas jurutera sedang mengeringkan air empangan hidroelektrik yang merentangi sungai yang bersambungkan ke Sungai Amazon.

Biologi mendapati terdapat enam makhluk yang kelihatan luar biasa dan setiap seekor sepanjang 1 meter ditemui pada dasar Sungai Madeira di Rondonia, Brazil.

Reptila ini ditemui pada bulan November, walau bagaimanapun ianya mengambil masa sehingga kini buat ahli sains untuk klasifikasikan gen ular ini.

Untuk memastikan ianya reptilia yang jarang ditemui sejak pertama kali dikesan pada tahun 1968.

Spesis ini hampir menyerupai salamanders dan katak, tetapi rupa luarannya kelihatan seperti ular.

Biologi Julian Tupan, yang bekerja untuk Santo Antonio Tenaga, syarikat yang membina empangan berkata:

“Daripada enam kami temui, seekor mati, seekor lagi telah dilepaskan kembali ke dalam hutan dan dua lagi disimpan untuk kajian.

BACA INI JUGA: 10 Spesies Ular Paling Berbisa Di Dunia!