Saturday, July 15, 2017

Twitter Perkenal Ciri Baru Cegah Pembuli Dalam Talian

Twitter Perkenal Ciri Baru Cegah Pembuli Dalam Talian

Twitter dalam kemaskini terkini telah memperkenalkan ciri baharu dalam usaha membendung pembuli dalam talian yang menggunakan platformnya.

Twitter Bullying

Menurut laporan laman web Techcrunch, pengguna kini mempunyai pilihan untuk meredamkan pemberitahuan daripada akaun yang tidak diikuti serta akaun yang tidak mengikut mereka.

Pengguna juga dapat menapis twit berkualiti rendah seperti twit yang dipercayai dikeluarkan secara automatik atau yang mengandungi perkataan atau frasa tertentu.

Bagaimanapun, pengguna masih diberi pilihan untuk membaca balasan twit sekiranya mahu, dengan menekan butang khas pada bahagian bawah skrin.

Seterusnya ia akan menghalang individu yang akaunnya telah digantung bagi membuka akaun baru, ini akan menghentikan amalan membuka akaun pendua yang kemudian digunakan untuk meneruskan cacian.

Fungsi ini juga merupakan boleh menapis kandungan yang dianggap sensitif dari dipaparkan.

Ini adalah amat berguna bagi mereka yang tidak mahu terlihat kandungan berunsur lucah atau ganas yang boleh ditemui di dalam Twitter.

Twitter dan Facebook menghadapi kritikan kerana gagal menangani pembuli dalam talian, berita palsu dan propaganda pelampau pada platform masing-masing.

BACA INI JUGA: 7 Negara Yang Menyekat Akses Ke Akaun Media Sosial

sumber: mynewshub

Friday, February 07, 2014

AWAS! Facebook Baca SMS Pengguna Android!

AWAS! Facebook Baca SMS Pengguna Android!

Sebaik sahaja versi terbaru aplikasi Facebook dimuat turun di telefon pintar Android, kini ia akan meminta keizinan pengguna untuk “membaca teks mesej (SMS atau MMS)” anda.

Facebook-vs-Android

Menurut kenyataan dikeluarkan Kaspersky, permintaan ini yang mula keluar sejak beberapa hari lalu membuatkan sebilangan pengguna berasa tidak selesa.

Meskipun Facebook belum mengeluarkan sebarang kenyataan, secara logiknya arahan baru untuk membaca SMS ini adalah bagi memudahkan pengesahan nombor telefon berdasarkan kod yang dihantar kepada telefon bimbit pengguna.

Sebelum meminta untuk baca SMS, Facebook sebelum ini sudah pun meminta untuk “membaca kalendar dan maklumat sulit” yang membolehkan aplikasi tersebut mengemaskini jadual kalendar pengguna. -IBN

Twitter Catat Kerugian RM2.14 Bilion 2013

Twitter Lose USD645 Billion 2013

Laman sosial Twitter mencatat kerugian sebanyak USD 645 juta atau RM2.14 bilion tahun lalu.

Kerugian itu dicatatkan tiga bulan selepas sahamnya diapungkan di Bursa Saham New York (NYSE) kira-kira tiga bulan lalu.

Penganalisis telah menjangkakan kerugian berdasarkan laporan yang menunjukkan pertambahan jumlah pengguna yang perlahan sejak tahun lalu yang menimbulkan kegusaran pelabur sejak sekian lama.

Purata pengguna laman blog mikro itu direkodkan 241 juta sebulan pada suku akhir tahun lalu, peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding 10 peratus pada suku tahun pertama 2013.

Kajian mendapati, terdapat penurunan sebanyak 7 peratus dalam laman Twitter yang dikemas kini pengguna sekali gus mempersoal kedudukannya sebagai laman sosial arus perdana.

Saham Twitter jatuh 12 peratus selepas didagangkan pada Rabu. –Astro Awani

-Sentiasapanas.com