Pengkaji antarabangsa mengumumkan penemuan menakjubkan tujuh planet terbaharu seakan-akan Bumi, yang dikesan mengelilingi sebutir bintang kecil di galaksi Bima Sakti.
Penemuan luar biasa planet baru itu merupakan harapan paling cerah setakat ini bagi kehidupan di luar Sistem Suria, menurut laporan kumpulan pengkaji angkasa yang diterbitkan menerusi jurnal saintifik ternama Nature.
Tujuh planet terbaharu itu sama saiz dan jisim planet bumi, malah hampir keseluruhan kawasannya berbatu-batu.
Tiga daripada planet baru tersebut sesuai sekali dengan lautan-lautan air yang menggalakkan kehidupan wujud.
Paling penting, lokasinya hampir dengan Bumi dan kemalapan bintang kerdil merah ini yang dipanggil Trappist-1, akan membolehkan saintis astronomi mengkaji atmosfera setiap satu planet itu dan mencari isyarat kimia bagi aktiviti biologi.
“Kami sudah mengambil langkah yang penting terhadap usaha pencarian kehidupan di luar sana,” kata pengarang bersama kajian tersebut, Amaury Triaud, seorang saintis di Universiti Cambridge, Britain.
“Sehingga sekarang, saya tidak rasa kami mempunyai planet-planet yang sesuai sebelum penemuan ini. Kini kami ada sasaran yang betul,” katanya dalam satu taklimat media.
Sistem Trappist-1, yang hanya sejauh 39 tahun cahaya jaraknya daripada Bumi, didapati mempunyai jumlah terbesar planet bersaiz Bumi dan diketahui mengelilingi sebutir bintang.
Ia juga dikenal pasti mempunyai jumlah paling banyak “zon iklim sederhana” – tidak terlalu panas hingga air menyejat dan tidak terlalu sejuk hingga air menjadi beku.
Penemuan Trappist-1 adalah bukti bahawa galaksi Bima Sakti, mungkin dihuni berpuluh-puluh bilion dunia sama seperti bumi kita – lebih banyak daripada yang disyaki sebelum ini.
Yang menakjubkan, pakar ilmu falak mungkin melihat ke tempat yang salah ketika membuat kajian mereka selama ini, jelas Michael Gillon, seorang profesor di Universiti Liege di Belgium.
“Idea bagus pendekatan ini ialah mengkaji planet-planet di sekeliling bintang-bintang paling kecil galaksi ini, dan yang hampir dengan kita,” kata beliau yang juga pengarang utama kajian itu.
“Itu sesuatu yang belum dilakukan oleh sesiapa sebelum kami – kebanyakan ahli astronomi biasanya cuma fokus terhadap bintang-bintang seperti Matahari,” katanya lagi.
Gillon dan pasukannya mula jejaki Trappist-1 – bintang kerdil “ultracool” dengan kurang 10 peratus jisim Matahari – menerusi teleskop khas pada tahun 2010 dan tahun 2016 yang lalu melaporkan ada tiga planet berada di dalam orbitnya.
BACA INI JUGA: Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?
Sumber: mynewshub