Sunday, October 28, 2018

Punca Dan Penyebab Sakit Tonsil

Punca Dan Penyebab Sakit Tonsil

Pasti ramai yang terkena masalah ini, sakit tekak. Nampak macam biasa, tapi bila dah terkena, azabnya diri sendiri sahaja yang tahu dan sebenarnya, sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks.

Punca Sakit Tonsil

Masalah sakit tekak sangat mudah berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira tua atau muda. Biasanya, apabila dah terkena, ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak dan lagi teruk kesakitan bila nak menelan. Sebab apa boleh jadi masalah ini?

Sakit tekak biasanya disebabkan oleh:

1. Jangkitan bakteria

Bakteria bernama Group A Beta-Hemolytic Streptococci atau singkatkannya GABHS adalah antara punca sakit tekak.

Tanda- tanda jangkitan bakteria ini adalah:
  • Demam panas.
  • Kelenjar bengkak.
  • Kurang selera makan.
  • Keletihan.

Perlu diingat, bakteria ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan penyakit lain seperti scarlet fever, penyakit jantung rheumatik dan keradangan di bahagian buah pinggang.

2. Jangkitan virus

Kebanyakan masalah sakit tekak berpunca daripada pelbagai jenis virus, contohnya Epstein Barr yang menyebabkan demam dan bengkak pada kelenjar di leher. Virus-virus ini juga mengambil masa beberapa hari untuk hilang.

3. Kelenjar limfa membengkak

Biasanya kelenjar limfa ini membengkak di bawah rahang dan leher.

4. Tonsilitis

Juga boleh dikategorikan sebagai keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku sekiranya banyak kerosakan pada tonsil.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, tonsil yang bengkak boleh menghalang laluan udara dan menyukarkan pernafasan dan menyebabkan sleep apnea dan pengumpulan nanah di antara tonsil dan tisu lembut di sekelilingnya.

Antara gejala tonsilitis ialah:
  • Tekak bengkak dan merah.
  • Ada tompokan putih pada tonsil.
  • Sakit tonsil.
  • Sukar atau sakit untuk menelan.
  • Sakit kepala.
  • Demam dan menggigil.
  • Hilang suara.
  • Sakit perut.
  • Mulut berbau.

Jadi, untuk mereka yang dah rasa-rasa macam nak sakit tekak, boleh segera berjumpa doktor untuk mengelakkan ia menjadi parah!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Thursday, October 25, 2018

Bahaya Penyakit Tonsil Boleh Meragut Nyawa

Bahaya Penyakit Tonsil Boleh Meragut Nyawa

Mengalami sakit tekak ketika demam merupakan satu senario biasa yang sering dihidapi orang dewasa mahupun kanak-kanak. Keadaan ini sudah pasti memberi ketidakselesaan kerana selain berasa sakit di bahagian tekak, pesakit juga akan mengalami masalah untuk menelan.

Bahaya Penyakit Tonsil

Lazimnya, jika masalah ini berlaku adalah berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.

Bagaimanapun menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa.

Ini kerana, apabila sampai tahap kritikal masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang.

Lazimnya, kanak-kanak yang mengalami demam, antara perkara pertama yang akan diperiksa oleh doktor ialah memastikan sama ada tonsil mereka membengkak ataupun tidak.

Sekiranya tonsil membengkak doktor akan mengenalpasti adakah itu jangkitan kuman virus atau bakteria dan jika bengkak tersebut disebabkan bakteria pesakit perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa maut.

Secara umumnya semua orang mempunyai tonsil yang merupakan bonjolan di tepi kiri dan kanan anak tekak.

Bonjolan ini tidak berbahaya kerana tonsil berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan badan daripada serangan kuman.

Begitupun, kebanyakan kanak-kanak mempunyai tonsil yang lebih besar berbanding orang dewasa kerana tubuh baru mengenali kuman dan bakteria.

Bagaimanapun, apabila meningkat dewasa bonjolan ini semakin mengecil dan fungsinya sebagai satu mekanisme pertahanan diri daripada kuman juga tidak penting lagi.

Walaupun pada dasarnya tonsil berperanan sebagai sistem pertahanan badan daripada serangan kuman, tetapi ia hanya berfungsi pada tahun pertama kelahiran.

Ini kerana selepas tahap tersebut, tonsil tidak lagi berfungsi dan sistem imuniti badan akan diambil alih oleh kelenjar limfa yang lain.

Pada dasarnya, tonsil akan membengkak akibat daripada jangkitan virus ataupun bakteria.

Begitupun sekiranya hanya jangkitan virus, tonsilitis boleh pulih sendiri kerana pesakit hanya akan mengalami bersin, hidung tersumbat, selesema dan juga batuk.

Secara amnya, tonsil membengkak boleh pulih dengan sendiri namun pengambilan antibiotik membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali setahun, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.

Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan selain tonsil tersebut akan bernanah.

Bagi yang mengganggu sistem pernafasan, ini dapat dilihat apabila pesakit akan berdengkur sewaktu tidur selain mulutnya berbau.

Yang pasti, pembuangan tonsil tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Friday, October 05, 2018

Merawat Bengkak Tonsil Dengan Vitamin

Merawat Bengkak Tonsil Dengan Vitamin

Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita yang bertindak menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan.

Merawat Bengkak Tonsil

Tompokan putih menunjukan jangkitan kuman dan hanya bertindak pada peringkat tahun pertama kita lahir sahaja. Selepas itu, limfa akan mengambil peranan untuk “menapis” semua bakteria yang cuba masuk.

Apabila tonsil dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus), dipanggil tonsillitis, ia akan membengkak dan menyebabkan kita sakit dan susah untuk menelan makanan. Ia boleh membawa kepada demam, batuk, pening dan muntah-muntah.

Lebih teruk, bengkak tonsil ini akan menyempitkan saluran penafasan kita dan akan menyebabkan nafas berbau.

Bengkak tonsil akan surut secara semulajadi tetapi dengan pengambilan antibiotik akan mempercepat proses penyembuhan.

Tonsil akan bengkak berulang kali jika sistem pertahanan badan lemah kerana jangkitan kuman dan sebenarnya ada kes yang kritikal apabila tonsil membengkak teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting iaitu ke bahagian jantung dan buah pinggang.

Saya kongsikan disini cara yang mudah, senang dan murah untuk menghilangkan bengkak tonsil.

Rawat dengan vitamin untuk bengkak tonsil (kuatkan sistem imunisasi)

Untuk mereka yang berulang kali tonsil membengkak, ini menunjukkan jangkitan kuman menyebabkan sistem pertahanan badan lemah.

Cadangan terbaik untuk merawat bengkak tonsil dan hilangkannya boleh mengambil Garlic, Vitamin C, GLA dan Omega.

1. Garlic

Garlic atau bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang sangat bagus, bertindak untuk menghalang jangkitan bintik-bintik putih ataupun kuman.

2. Vitamin C

Vitamin C dan Zink membantu untuk menyokong sistem imunisasi badan, iaitu mengurangkan demam, selesema dan batuk. Juga membantu sel darah putih menghalang bakteria yang wujud dalam badan.

3. GLA

Di dalam tubuh manusia, asid gamma-linolenik (GLA) digunakan untuk menghasilkan prostaglandin (hormon yang membantu untuk mengawal selia sistem imun).

Ia dapat meningkatkan fungsi metabolik dan memberikan penebatan dalam tubuh untuk membantu berfungsi dengan baik dan bertindak sebagai sistem pertahanan terhadap kuman dan penceroboh.

Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi fungsi prostaglandin.

Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

GLA boleh didapati di dalam minyak yang berasaskan tumbuhan seperti evening primrose oil, borage oil dan black currant seed oil.

GLA dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

4. Omega-6

Omega-6 adalah asid lemak penting (EFAs) yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh sebab itu, hanya ada satu cara untuk mendapatkannya iaitu melalui makanan dan makanan tambahan.

Walaupun omega-6 adalah EFA pro-radang, tubuh badan kita masih perlu mengambil kedua-duanya.

Omega-6 telah menunjukkan kepada:
  • Mengurangkan kesakitan saraf.
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Menyokong kesihatan tulang.
  • Menyokong kesihatan otak.

Asid lemak omega-6 dalam bentuk asid linoleik akan ditukar kepada GLA dalam badan.

Pembedahan

Ada sesetengah bengkak tonsil sampaikan perlu dibedah untuk mengelak jangkitan ke bahagian lain. Agak menakutkan sebenarnya kalau kita dengar.

Untuk bengkak tonsil ini, bergantung kepada sistem imunisasi badan untuk mengecut dan kembali kepada asal.

Vitamin membantu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kita. Jangan sampai dibedah padahal ada cara alternatifnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: azeniahmad