Tuesday, January 16, 2018

Kurang Iodin (Iodium) Punca Penyakit Tiroid Dan Rawatannya

Kurang Iodin (Iodium) Punca Penyakit Tiroid Dan Rawatannya

Iodin (Iodium) merupakan mikronutrien yang digunakan oleh badan untuk mengeluarkan hormon tiroid iaitu Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang berfungsi mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) sepanjang hayat. Kekurangan Iodin (Iodium) dalam diet dipanggil Penyakit Kekurangan Iodin (IDD).

Kurang Iodin (Iodium) Punca Penyakit Tiroid Dan Rawatannya

Iodin atau Iodium, adalah unsur kimia yang memiliki simbol 'I' dengan nombor atom 53. Unsur ini diperlukan oleh hampir semua mahkluk hidup.

Badan tidak boleh membuat Iodin (Iodium), oleh itu iodin adalah sutu nutrien yang penting dalam diet. Iodin (Iodium) ditemui dalam pelbagai jenis makanan.

Jika kita mengalami kekurangan Iodin (Iodium), badan kita tidak boleh membuat hormon tiroid yang mencukupi.

Oleh itu, kekurangan Iodin (Iodium) boleh menyebabkan pembesaran tiroid (gioter/beguk), hipotiroidisme dan kecacatan mental pada bayi dan kanak-kanak yang ibunya mengalami kekurangan Iodin (Iodium) semasa mengandung.

Kepentingan Iodin (Iodium) kepada tubuh
  • Membakar lebihan lemak.
  • Tumbesaran yang normal.
  • Memberi tenaga.
  • Memperbaiki keupayaan mental.
  • Kesihatan rambut, kuku, kulit dan gigi.

Kesan Kekurangan Iodin (Iodium)
  • Tindakbalas mental menjadi lambat.
  • Peningkatan berat badan.
  • Kekurangan tenaga.
  • Beguk
  • Tiroid.

Sumber Iodin (Iodium) Daripada Makanan
  • Keju
  • Susu lembu
  • Telur
  • Yogurt beku
  • Ais krim
  • Multivitamin yang mengandungi iodin
  • Garam yang mengandungi iodin
  • Ikan air masin
  • Rumpai Laut
  • Kerang
  • Susu soya
  • Kicap
  • Yogurt

Kekurangan Iodin (Iodium) adalah perkara biasa, tetapi jika tidak dicegah dengan cepat, boleh menyebabkan kerosakan otak.

Daripada satu bilion orang – kira-kira 15 peratus daripada populasi dunia mengalami gangguan kekurangan iodin (IDD).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan pengambilan Iodin (Iodium) yang optimum – diukur daripada kepekatan median (UI) iodin air kencing (urin) iaitu 100-199 μg/L.

Masalah Kekurangan Iodin Di Malaysia

Kajian Kawalan dan Pencegahan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) Kebangsaan (1995) yang dijalankan dalam kalangan kanak-kanak sekolah yang berumur antara 8-10 tahun di seluruh Negara mendapati bahawa prevalen goiter(beguk) dalam kalangan kanak-kanak sekolah di Semenanjung Malaysia adalah 2.2% manakala Sabah adalah 17.9% dan di Sarawak adalah 0.4%.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang prevalen goiternya melebihi 5 peratus dan hal ini menyebabkan keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Pencegahandan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) secara menyeluruh di negeri-negeri yang telah dikenalpasti bermasalah.

Selain itu, pelbagai strategi dan aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah IDD di Semenanjung Malaysia.Program seperti agihan garam beriodin kepada ibu hamil dan kanak-kanak yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan di Perlis dan daerah tertentu Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Di samping itu, usaha membasmi Gangguan Akibat Kekurangan Iodin turut menitikberatkan pendidikan serta runding cara pemakanan berkenaan kesihatan untuk meningkatkan taraf pemakanan golongan yang menghadapi IDD.

Pengukuran Analisis Iodin (Iodium) dalam air kencing merupakan kaedah yang paling biasa untuk menilai sama ada parasiodin mencukupi untuk seluruh populasi.

Hal ini demikian kerana lebih daripada 90 peratus daripada Iodin (Iodium) dalam pemakanan dikumuhkan dalam air kencing.

Oleh itu, kepekatan Iodin (Iodium) dalam air kencing adalah mencerminkan pengambilan iodin seseorang.

Kaedah makmal yang digunakan untuk mengukur paras Iodin (Iodium) di dalam air kencing adalah kaedah Standard Spectrophotometric dan Inductively Coupled Plasma–Mass Spectrometry (ICP-MS).

Berapa banyak Iodin (Iodium) diperlukan oleh tubuh?

Seseorang dewasa hanya memerlukan 150 mikrogram (μg) Iodin (Iodium) setiap hari. Jumlah ini amat sedikit seumpama satu kepala pin peniti kecil.

Memakan makanan yang kaya dengan zat Iodin (Iodium) atau menggunakan garam beriodin di dalam masakan boleh memenuhi keperluan zat Iodin (Iodium) harian kita.

Punca Dan Risiko Kekurangan Iodin (Iodium) 

Kurang mengambil makanan yang kaya dengan Iodin (Iodium) iaitu makanan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam, kerang dan rumpai laut.

Makan makanan yang mengandungi bahan yang boleh menghalang penyerapan zat Iodin (Iodium) seperti pucuk ubi, ubi kayu dan kobis secara berlebihan.

Kekurangan iodin dan tanda-tandanya

Satu daripada tanda-tanda kekurangan Iodin (Iodium) yang paling ketara ialah bengkak di pangkal leher.

Keadaan ini dikenali sebagai goiter (beguk) yang disebabkan oleh pembesaran kelenjar tiroid. Pada peringkat awal, tidak semua goiter dapat dilihat tetapi hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan rapi.

Cara mengelakkan kekurangan Iodin (Iodium)

Kekurangan iodin amatlah mudah untuk dicegah dengan:
  • Memakan makanan yang kaya dengan zat Iodin (Iodium) iaitu sumber makanan laut seperti ikan, kerang, ketam, udang, sotong dan rumpai laut.

Menggunakan garam beriodin dalam masakan setiap hari
  • Garam beriodin ialah garam biasa yang diperkaya dengan zat iodin. Sifatnya sama dengan garam biasa dari segi rasa, warna dan bau.

Mengurangkan kekerapan mengambil makanan yang tinggi kandungan goitrogen
  • Goitrogen adalah sejenis bahan yang boleh menghalang penyerapan zat iodin oleh kelenjar tiroid. Makanan yang kaya dengan goitrogen adalah pucuk ubi, ubi kayu, kobis, bunga kobis, brokoli dan rebung.
  • Memakan terlalu banyak dan kerap makanan yang tinggi kandungan goitrogen untuk jangkamasa panjang boleh memberi kesan kekurangan zat iodin yang teruk.

Menggunakan air beriodin
  • Air beriodin ialah air biasa yang ditambah zat iodin melalui sumber iodin yang diletak dalam alat iodinator.
  • Alat iodinator ini dipasang pada sistem bekalan air di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sukar mendapat sumber makanan yang kaya dengan zat iodin.
  • Air beriodin hendaklah digunakan dalam masakan dan minuman harian.

Punca Penyakit Tiroid

Hormon Tiroksin (T4) merupakan hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid yang terletak dibahagian trakea dan selain menghasilkan tiroksin, kelenjar tiroid juga menghasilkan Triiodotironin (T3) dan Kalsitonin.

Mineral Iodin (Iodium) adalah zat paling penting sebagai kunci pembentukan kedua-dua hormon ini, kerana jika kadar Iodin (Iodium) berlebihan atau kurang, akan mempengaruhi jumlah hormon T4 dan T3.

Hormon yang dihasilkan oleh T3 dan T4 memiliki peranan yang penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan tubuh.

Dalam proses pertumbuhan dan perkembangan sangat dipengaruhi dari tenaga yang dihasilkan dari metabolisme sel.

Kedua-dua hormon tiroid mengawal kadar metabolisme di dalam sel yang berkaitan dengan proses laju metabolisme sel, T3 dan T4 akan mengawal bekalan oksigen yang akan digunakan dalam metaboisme sel.

T3 dan T4 juga terlibat dalam mengawal suhu tubuh melalui panas yang dihasilkan dari proses metabolisme.

Laju metabolisme yang dipengaruhi oleh T3 dan T4 akan mempengaruhi fungsi kerja sel-sel lain di dalam tubuh.

Oleh itu, T3 dan T4 akan memelihara denyutan jantung dan tekanan darah dan juga mempengaruhi otot, sistem perncernaan dan juga perkumuhan.

Apabila tubuh mengalami kekurangan hormon tiroid (T3 dan T4) disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan Iodium (iodin), stress dan gangguan pelepasan TRH atau TSH, makan berlakulah masalah metabolisme yang menjadi punca penyakit Tiroid.

Rawatan Asas Tiroid Dengan Makanan Semulajadi

Jadi, berdasarkan kepada pengalaman sendiri, jika anda adalah salah seorang pesakit Tiroid, yang pertama adalah mendapatkan bekalan Iodin (Iodium) yang mencukupi untuk mengatasi masalah T3 dan T4 melalui makanan yang tersenarai diatas, kemudian makanlah Badam (Almond) untuk menguatkan antibodi bagi merawat masalah TSH.

Sangat penting untuk meneruskan pengambilan ubatan hospital namun, jika anda seorang pesakit Hypertiroid dan TSH anda kembali normal selepas ujian darah, pengambilan ubat sakit jantung bolehlah dihentikan dan hanya makan jika perlu,

Bolehkah Tiroid Disembuhkan Melalui Rawatan Alternatif?

Insyaa Allah, boleh. Dan tanpa perlu menjalani pembedahan atau rawatan radioaktif iodin.

Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama iaitu:
  1. Hipertiroidisme/Tirotoksikosis (hormon tiroid berlebihan)
  2. Hipotiroidisme (hormon tiroid rendah)

Hipertiroidisme adalah keadaan berlebihan hormon tiroid dalam badan, ini paling kerap disebabkan penyakit “Graves disease” yang mana sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi yang merangsangkan kelenjar tiroid untuk mengeluarkan hormon tiroid yang berlebihan. Rawatan alternatif dengan pengambilan kacang Badam (Almond) dan madu, untuk menguatkan semula antibodi tubuh.

Hipotiroidisme pula adalah keadaan kekurangan hormon tiroid dalam badan. Keadaan ini selalunya berlaku disebabkan kegagalan fungsi kelenjar tiroid (primary hypothyroidism). Kadangkala hipotiroidism berpunca dari kegagalan fungsi kelenjar pituitary (secondary or central hypothyroid) yang mengeluarkan isyarat kepada kelenjar tiroid untuk membentuk dan mengeluarkan hormone tiroid. Rawatan alternatif dengan makanan tinggi Iodin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myhealth | facebook

Monday, January 08, 2018

Memahami Fungsi Penting Tiroid Kepada Kesihatan

Memahami Fungsi Penting Tiroid Kepada Kesihatan

Kelenjar tiroid merupakan kelenjar endokrin berlobus, biasanya dua lobus. Ia berbentuk rama-rama dan terletak pada bahagian leher di bawah larynx yang terdiri daripada folikel-folikel yang setiap satunya dikelilingi oleh satu lapisan sel folikular.

Memahami Fungsi Penting Tiroid Kepada Kesihatan

Sel folikular berfungsi menghasilkan hormon tiroid dan disimpan di bahagian tengah folikel sebagai koloid.

Bahagian interstitium terdiri daripada saluran darah yang membekalkan darah kepada kelenjar tiroid.

Terdapat juga sel parafolikular yang merembeskan hormon calcitonin. Hormon calcitonin berfungsi untuk mengawal paras kalsium dalam darah. Ia tidak bertindak bersama-sama hormon tiroid yang lain. Saiz kelenjar tiroid berubah mengikut umur, jantina, status nutrisi dan lain-lain.

Fisiologi Tiroid

Hormon tiroid dihasilkan daripada komponen asid amino tirosin yang bergabung dengan iodin di dalam sel folikel.

Dua jenis hormon yang terhasil dikenali sebagai tiroksin (T4) dan tri-iodothyronine (T3). Kedua-dua hormon ini terikat kepada sejenis protein dikenali sebagai tiroglobulin.

Mekanisme pengawalan rembesan hormon tiroid

Penghasilan dan rembesan hormon T3 dan T4 ke dalam edaran darah dikawal melalui mekanisme maklumbalas negatif dikenali sebagai ‘negative feedback mechanism of the hypothalamic-pituitary-thyroid axis’.

Rangsangan oleh hormon pelepas tirotrofin(TRH ) daripada hipotalamus akan menyebabkan hormon perangsang tiroid(TSH) dari kelenjar pituitari mengaktifkan kelenjar tiroid, seterusnya merembeskan hormon T3 dan T4 ke dalam edaran darah.

Rembesan TSH dirangsang oleh TRH yang mana sensitiviti kelenjar pituitari kepada TRH berubah bergantung kepada faktor-faktor seperti puasa, suhu, emosi dan sebagainya. Paras hormon T3 dan T4 di dalam edaran darah yang tinggi akan merencat aktiviti TSH dan TRH.

Tindak balas hormon tiroid

Hormon tiroid memainkan peranan penting yang mempengaruhi kebanyakan fungsi tubuh.Tindakbalas hormon tiroid boleh dikategorikan kepada beberapa jenis tindak balas iaitu :

Tindakan kalorigenik
  • Ia meningkatkan penggunaan oksigen oleh hampir semua organ dalam tubuh kecuali otak, nodus limfa, pituitari anterior, gonad, timus dan limfa.
  • Secara langsung, tindakbalas ini meningkatkan kadar penghasilan haba dan suhu tubuh badan.

Tindakan Metabolik
  • Hormon tiroid terlibat dalam semua aspek metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.Ia bertindak membantu mengawal paras glukosa dan kolesterol dalam darah. Ia juga terlibat dalam sintesis protein untuk pertumbuhan somatik normal.
Tindakan ke atas pertumbuhan
  • Ia diperlukan untuk merangsang pertumbuhan dan pematangan tulang rangka.Bagi bayi, hormon tiroid membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan otak sehingga awal usia kanak-kanak.

Tindakan ke atas sistem kardiovaskular
  • Ia meninggikan kadar denyutan jantung dan daya pengecutannya. Hormon tiroid menambah gerak balas jantung terhadap katekolamin iaitu adrenalin dan noradrenalin yang dirembeskan oleh hipotalamus.

Kegagalan fungsi kelenjar tiroid menyebabkan sama ada metabolisme tubuh menjadi lebih cepat atau perlahan daripada kadar sebenar keperluan tubuh. Keadaan abnormal tersebut dikategorikan sebagai hipotiroidisme atau hipertiroidisme.

Hipotiroidisme

Adalah keadaan kekurangan hormon tiroid dalam darah dan menyebabkan metabolisme tubuh menjadi perlahan.Ia boleh disebabkan oleh faktor seperti:
  • Pembinasaan dan pengecutan kelenjar.
  • Penindasan pembentukan hormon oleh bahan kimia dan bahan semulajadi.
  • Kekurangan iodin dalam diet.
  • Kekurangan enzim yang terlibat dalam pembentukan hormon.
  • Penyakit autoimun seperti ‘Hashimoto’s Thyroiditis’.

Dalam keadaan ini,paras hormon TSH menjadi lebih tinggi manakala T4 lebih rendah daripada julat normal.

Hipertiroidisme

Adalah keadaan di mana rembesan hormon tiroid berlebihan dalam darah dan menyebabkan mekanisme tubuh menjadi lebih cepat.Faktor penyebab keadaan tersebut adalah seperti:
  • Kehamilan.
  • Penyakit hati kronik.
  • Kegagalan pituitari yang menjejaskan mekanisme maklumbalas negatif untuk mengawal rembesan. hormon tiroid.
  • Penyakit autoimun seperti ‘Grave’s disease’.

Dalam keadaan ini, paras hormon TSH menjadi lebih rendah manakala T4 lebih tinggi atau normal berbanding julat normal.

Ujian Fungsi Tiroid

Memahami Fungsi Penting Tiroid Kepada Kesihatan

Bilakah ujian fungsi tiroid perlu dijalankan?

Antara tanda-tanda seseorang individu mengalami hipotiroidisme atau hipertiroidisme adalah seperti berikut:
  • Mudah letih serta penat.
  • Mudah mengantuk.
  • Insomnia (sukar tidur).
  • Perubahan berat badan yang ketara sama ada menurun atau meningkat.
  • Sembelit atau diarrhoea dalam jangkamasa panjang.
  • Menorrhagia.
  • Bengkak pada bahagian leher.
  • Lemah otot dan sendi yang menjejaskan keupayaan untuk bergerak.
  • Kemurungan.
  • Hilang selera makan.
  • Perubahan kulit menjadi kasar dan kering.

Persediaan sebelum pengambilan darah

Pesakit tidak perlu berpuasa. Selain itu, pesakit perlu memaklumkan kepada doktor jika ada mengambil sebarang jenis ubat sebelum pengambilan sampel darah.

Ujian-ujian yang dijalankan di makmal

Ujian darah dijalankan bagi mengetahui fungsi tiroid dalam tubuh seseorang individu. Ujian-ujian makmal keatas darah pesakit yang boleh dianalisa adalah seperti berikut:

TSH
  • Ujian paras TSH sangat penting bagi mengetahui status fungsi tiroid. Paras TSH yang tinggi atau rendah (di luar julat normal) menunjukkan ada kemungkinan kelenjar tiroid tidak berfungsi.

T4

Dalam edaran darah, hormon T4 terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

Free-T4
  • Hormon tiroksin yang tidak terikat kepada tiroglobulin. Free T4 adalah hormon T4 bentuk aktif dan bertindakbalas dengan memasuki sel-sel tisu badan. Bagi analisa fungsi tiroid, ujian Free-T4 perlu diberi keutamaan dan dijalankan bersama-sama ujian TSH.

Total-T4
  • T4 yang terikat kepada tiroglobulin dan tidak aktif kerana tidak boleh memasuki sel-sel tisu untuk bertindakbalas.

T3
  • Ujian T3 dilakukan untuk pendiagnosan hipertiroidisme serta mengetahui keseriusan tahap hipertiroidisme. Kebiasaannya ujian T3 jarang dilakukan bagi pesakit hipotiroidisme.

Antibodi tiroid
  • Antibodi yang biasa diukur ialah antibodi tiroid peroksidase dan antibodi tiroglobulin. Kebiasaannya dilakukan setelah ujian TSH, T4 dan T3 menunjukkan fungsi tiroid yang tidak normal. Ia bertujuan mengesan punca penyakit autoimun sama ada berkaitan tiroid atau organ lain yang menjejaskan fungsi tiroid.

Tiroglobulin
  • Dijalankan bagi mengetahui keberkesanan rawatan kanser tiroid. Kegunaannya dalam diagnosa hipotiroidisme atau hipertiroidisme adalah kurang signifikan.

Julat normal bagi setiap ujian adalah berbeza mengikut metodologi dan mesin analisa yang digunakan di makmal. Interpretasi keputusan ujian perlu disokong dengan diagnosa klinikal oleh doktor.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myhealth

Friday, June 30, 2017

Apa Itu Penyakit Autoimun, Sistem Pertahanan Tubuh Yang Menyerang Diri Sendiri

Apa Itu Penyakit Autoimun, Sistem Pertahanan Tubuh Yang Menyerang Diri Sendiri

Sebenarnya sistem imun tubuh atau disebut imuniti (kekebalan) adalah sistem yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari ‘ancaman’ yang membahayakan tubuh seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.

Autoimun

Penyakit autoimun (AI) adalah penyakit dimana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.

Ia terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan menganggap sel tersebut adalah sel asing dan disebabkan kegagalan tersebut maka ia menyerang pelbagai organ dan tisu.

Tanda-tanda seseorang mungkin menghidap penyakit autoimun;
  1. Sakit sendi, sakit otot atau kelemahan otot.
  2. Susut berat badan.
  3. Ruam yang berulang, amat sensitif pada cahaya matahari, ruam berbentuk rama-rama pada hidung dan pipi.
  4. Sukar untuk memberikan perhatian atau tumpuan.
  5. Rasa letih, berat badan bertambah atau tidak tahan sejuk.
  6. Rambut gugur ataupun keputihan pada kulit.
  7. Kekeringna pada bahagian mata, mulut dan kulit.
  8. Kebas pada bahaian tangan dan kaki.
  9. Kerap mengalami keguguran.

Untuk mengesahkan kehadiran gangguan autoimun pada manusia biasanya memerlukan beberapa ujian darah.

Punca Autoimun

Secara realitinya penyebab penyakit autoimun hingga saat ini belum diketahui meskipun beberapa teori telah diutarakan.

Secara umumnya penyakit autoimun disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-
  1. Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit autoimun.
  2. Jantina dan status hormone (75% penyakit autoimun berlaku di kalangan wanita).
  3. Jangkitan virus atau bakteria.
  4. Pendedahan kepada persekitaran dan bahan kimia toksik.
  5. Tekanan (stress) dan trauma.
  6. Merokok.
  7. Kekurangan nutrisi.

Satu teori menarik yang dikemukan oleh Dr. Stephen B. Edelson (salah seorang pakar penyakit autoimun di USA) menyatakan penyakit autoimun adalah kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran. Faktor genetik menyumbang kepada penyakit autoimun dan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.

Satu lagi teori menarik yang dikemukakan oleh Dr. Thomas Nissen (pakar kesihatan alam sekitar) mengatakan bahawa semua manusia mempunyai faktor genetik yang cenderung kepada satu-satu penyakit.

Jika seseorang terlalu lama terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat (toksin) ia akan mencetuskan pembentukan radikal bebas dalam tubuh manusia.

Radikal bebas ini akan merubah pH tubuh manusia yang memudahkan virus,bakteria dan fungus untuk hidup dan merangsang pembentukan radikal bebas yang berperanan merosakkan sel-sel dalam tubuh manusia.

Autoimmuniti akan terhasil apabila sistem imun badan bertindak menyerang sel-sel yang rosak ini.

Jenis-jenis penyakit autoimun

1. Anemia hemolitik autoimun

Punca
  • Sel darah merah

Implikasi
  • Anemia (penurunan dalam tahap sel-sel darah merah di dalam darah), keletihan, lemah, pening. Pembesaran limpa. Anemia boleh berlaku dalam keadaan yang sangat teruk dan kadang-kadang menyebabkan kematian pesakit.

2. Pemphigoid Bullous

Punca
  • Kulit

Implikasi
  • Lepuh besar berwarna merah, radang kulit; gatal-gatal.

3. Sindrom Goodpasture

Punca
  • Paru-paru dan buah pinggang

Implikasi
  • Gejala: sesak nafas, batuk kahak yang mengandungi darah, lemah, bengkak dan gatal-gatal. Boleh disembuhkan jika rawatan dimulakan segera sebelum berlaku kerosakan serius paru-paru dan buah pinggang.

4. Penyakit Graves

Punca
  • Tiroid

Implikasi
  • Ini adalah penyakit autoimun yang menyerang kelenjar tiroid iaitu kelenjar di leher yang menghasilkan hormon tiroid. Antara tanda-tandanya: suhu badan yang tinggi, bergegar, pengurangan berat badan, cemas.

5. Penyakit Hashimoto

Punca
  • Tiroid

Implikasi
  • Berbeza dengan Grave’s disease, Hashimoto’s disease umumnya menyebabkan kelenjar tiroid kurang aktif (hipotiroid) sehingga tidak menghasilkan cukup hormon tiroid. Gejala yang akan timbul di antaranya adalah peningkatan berat badan, gangguan emosional, keletihan tanpa sebab yang jelas, susah mengingat serta mengantuk.

6. Multiple Sclerosis (MS)

Punca
  • Axion

Implikasi
  • Sistem imun pesakit akan menyerang pelindung saraf (mielin) otak atau tulang belakang (medulla spinal) sehingga mengganggu fungsi saraf untuk berkomunikasi dengan saraf lain di otak, tulang belakang atau bahagian lain tubuh.

7. Myasthenia Gravis

Punca
  • Kelemahan otot

Implikasi
  • Dalam bahasa yunani dan latin Myasthenia gravis di ertikan sebagai kelemahan otot. Myasthenia gravis adalah penyakit autoimun yang menyebabkan kelemahan otot yang serius.

8. Pemphigus

Punca
  • Kulit

Implikasi
  • Kemunculan lepuh besar pada kulit yang boleh mengancam nyawa.

9. Anemia

Punca
  • Sel-sel lapisan dalam dinding perut

Implikasi
  • Kerosakan kepada membran sel perut, yang merupakan ciri gangguan autoimun ini, penyerapan vitamin B12 adalah perlu bagi sel-sel darah dan mengekalkan sel-sel saraf.

10. Rheumatoid Arthritis (RA)

Punca
  • Sendi dan tisu-tisu lain, seperti tisu paru-paru, saraf, kulit dan hati.

Implikasi
  • Rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun sistemik yang menyerang sendi-sendi bukan kelenjar eksokrin.

11. Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Punca
  • Sendi, buah pinggang, kulit, paru-paru, jantung, otak dan sel darah

Implikasi
  • Systemic lupus erythematosus (SLE) adalah penyakit autoimun yang paling popular. SLE merupakan penyakit autoimun yang melibatkan lebih dari satu organ. Oleh itu kesan dari penyakit ini amat berat kerana melibatkan banyak organ dan gejala-gejala yang timbul adalah tidak spesifik.

12. Diabetes Mellitus jenis 1

Punca
  • Beta-sel pankreas (yang membuat insulin)

Implikasi
  • Antara tanda-tanda: dahaga yang melampau, kerap membuang air kecil, selera makan meningkat dan pelbagai komplikasi jangka panjang. Pesakit perlu dirawat dengan insulin sepanjang hayat mereka.

13. Vaskulitis

Punca
  • Saluran darah

Implikasi
  • Vaskulitis boleh memberi kesan kepada saluran darah di dalam satu atau lebih bahagian badan. Prognosis bergantung kepada jenis Vaskulitis dan tahap kerosakan tisu.

14. Scleroderma

Punca
  • Kulit

Implikasi
  • Seperti Psoriasis, Scleroderma adalah juga penyakit autoimun yang menyerang kulit. Kulit penderita Scleroderma akan menjadi pengerasan berbentuk oval atau memanjang.

Myasthenia Gravis

Punca
  • Otot

Implikasi
  • Dalam bahasa yunani dan latin Myasthenia gravis di ertikan sebagai kelemahan otot. Myasthenia gravis adalah penyakit autoimun yang menyebabkan kelemahan otot yang serius.

15. Sjögren’s Syndrome

Punca
  • Kelenjar

Implikasi
  • Sjögren’s syndrome adalah penyakit autoimun sistemik yang menyerang kelenjar eksokrin yang menghasilkan cairan pelembab seperti air mata, air liur dan peluh.

16. Celiac Disease

Punca
  • Usus.

Implikasi
  • Adalah penyakit autoimun yang menyerang usus kecil sebagai respon dari intoleransi terhadap produk gluten iaitu bahan yang terdapat dalam gandum. Ia akan menyebabkan gangguan absorpsi (malabsorpsi) sehingga pesakit tidak mendapatkan gizi yang cukup. Pada kanak-kanak, keadaan ini menyebabkan gangguan pertumbuhan dan perkembangan. Gejala-gejala lain adalah seperti penurunan berat badan, ketidakselesaan perut, kembung, cirit dan Anemia.

17. Addison’s Disease

Punca
  • Kelenjar

Implikasi
  • Addison’s disease, sistem imun akan menyerang kelenjar adrenal yang letaknya diatas ginjal yang menghasilkan hormon steroid berupa mineralokortikoid, glukokortikoid serta gonadokortikoid.

Diagnosis

Diagnosis untuk penyakit autoimun adalah amat mencabar. Ia memerlukan kombinasi di antara tanda-tanda dan gejala yang dialami oleh pesakit serta disokong oleh penyiasatan makmal.

Ujian Makmal

Prinsip asas penyiasatan makmal adalah mengesan kehadiran antibodi dalam darah pesakit.

Ada 2 kaedah yang sering dijalankan dimakmal iaitu:
  1. Ujian Elisa
  2. Ujian Immuno Flourescent (IF)

Rawatan
  • Vitamin D
  • Cahaya matahari
  • Teh Hijau Organik
  • Normalisasi Tabiat kebersihan diri (jangan fanatik memantau kebersihan)
  • Mengurangkan penggunaan minyak wangi
  • Mengurangkan penggunaan aspartame
  • Diet yang mengurangkan keradangan

Objektif rawatan penyakit autoimun adalah;
  1. Mengurangkan simtom.
  2. Mengawal proses autoimun (ubat immunosuppressive –kawal atau kurangkan tindakbalas imun.
  3. Mengekalkan kebolehan badan menentang penyakit.
  4. Rawatan mana yang akan digunakan bergantung kepada gejala dan penyakit AI tertentu.

Untuk merawat gangguan autoimun adalah dengan menggunakan ubat-ubatan yang melawan sistem imun

Walau bagaimanapun, banyak ubat-ubatan ini akan mengganggu keupayaan badan untuk melawan penyakit.

Immunosuppressants, seperti azathioprine, chlorambucil, cyclophosphamide, cyclosporin, methotrexate, mycophenolate perlu diambil untuk masa yang lama dan sepanjang rawatan ia akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit, termasuk kanser.

Kortikosteroid bukan sahaja menekan sistem imun, jika digunakan dalam jangka masa yang panjang, ia menyebabkan banyak kesan sampingan.

Etanercept, infliximab dan adalimubab menyekat aktiviti faktor nekrosis tumor, bahan yang boleh menyebabkan keradangan di dalam badan.

Ubat-ubatan ini adalah sangat berkesan dalam rawatan artritis reumatoid, tetapi ia boleh menyebabkan bahaya jika digunakan untuk merawat penyakit tertentu yang lain autoimun seperti multiple sclerosis.

Kadang-kadang rawatan penyakit autoimun menggunakan plasmapheresis, dari darah antibodi yang tidak normal kemudiannya dikeluarkan, selepas itu darah dipindahkan semula k edalam badan pesakit .

Sesetengah penyakit auto-imun boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes kronik pesakit akan memerlukan rawatan sepanjang hayat mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Daun Ajaib Rerama Hijau Penawar Kanser Dan Penyakit Kronik!

sumber: myhealth

Friday, January 15, 2016

Rawat Tiroid Dengan Minyak Kelapa Dara

Rawat Tiroid Dengan Minyak Kelapa Dara

Hypothyroidism dan hipertiroidisme adalah dua keadaan utama yang mempengaruhi kelenjar tiroid.

PENAWAR-TIROID [2]

Hypothyroidism adalah gangguan mana kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan jumlah hormon tiroid yang mencukupi.

Apabila kelenjar tiroid tidak aktif menyebabkan kadar metabolisma juga menurun. Ini menyebabkan tenaga semakin menurun dan boleh meyebabkan peningkatan berat badan.

Keadaan ini menyebabkan peningkatan risiko beberapa masalah seperti obesiti, osteoporosis dan penyakit jantung.

Setiap penyakit atau masalah kesihatan yang dialami oleh seseorang dalam tempoh yang lama menyebabkan sel tidak mampu melalui proses penyembuhan semulajadi dengan segera kerana metabolisma yang kurang aktif.

Minyak kelapa dara mampu mencegah masalah tiroid kerana ia membantu meningkatkan kadar metabolisma.

Ini membolehkan peningkatan pengeluaran hormon tiroid dan megaktifkan metabolisma.

Selain itu, lemak pada minyak kelapa dara tidak menyebabkan terkumpulnya lemak dalan tubuh, sehingga meminimumkan kemungkinan kenaikan berat badan dan pembentukan selulit.

Asid lemak rantaian sederhana yang terkandung didalam minyak kelapa dara mudah diserap oleh tubuh untuk ditukar dalam bentuk tenaga.

Ini dapat membantu memperkuat kemampuan tubuh untuk melawan penyakit.

DAPATKAN Minyak Kelapa Dara BioVCO

BACA INI JUGA: Herba Rawatan Terbaik Merawat Penyakit Tiroid

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, October 21, 2014

Apa Itu Penyakit Tiroid Dan Cara Merawatnya

Apa Itu Penyakit Tiroid Dan Cara Merawatnya

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

Penyakit Tiroid

Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.

Kelenjar tiroidSecara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3).

Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.

Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.

Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.

Penyakit hipotiroidisme

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.

Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis.

Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.

Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Kesan, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat.

Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Hipertiroidisme

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid.

Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar.

Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting.

Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan.

Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Penyakit tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.

Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.

Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis.

Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan.

Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental.

Kes ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan dipantau di 'combine clinic' iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Usah gusar, ia selamat dan mudah dirawat.

BACA INI JUGA: Merawat Penyakit Beguk Anak Anda

sumber: utusan