Tuesday, May 12, 2020

Tips Simpan Sayur Dalam Peti Sejuk Agar Tahan Lama

Tips Simpan Sayur Dalam Peti Sejuk Agar Tahan Lama

Menyimpan sayur-sayuran dengan cara yang betul mampu membuatkan ia terus kekal segar bugar, tahan lama dan tidak mudah rosak, sekali gus menjimatkan belanja dapur dan mengelakkan pembaziran.

Sayur tahan lama

Perkongsian tips dari Puan Rozlyn Farah Diana ini sangatlah membantu, terutamanya buat mak-mak yang jenis beli sayur banyak untuk seminggu dan tak perlu berulang alik ke pasaraya.

Boleh ikut tip ini sebagai panduan:

Dah seminggu beli sayur ni tapi tetapi tetap dalam keadaan segar bugar lagi. Caranya senang saja.
  1. Sebelum nak simpan, potong sayur kecil-kecil. Jangan basuh sayur tu ye. Nak guna baru basuh.
  2. Lepas tu ambil bekas kedap udara.
  3. Dah ada bekas kedap udara, boleh lapik tisu dalam bekas, lepas tu isi sayur yang sudah dipotong-potong tadi.
  4. Akhir sekali, letak sekali lagi tisu untuk bahagian paling atas sayur tu. Tujuannya untuk menyerap wap-wap air yang akan muncul nanti.
  5. Lepas tu tutup dengan penutup dan simpan elok-elok dalam peti ais.

Info Ekstra!

Untuk halia dan lengkuas boleh guna cara ini:
  • Rendam halia dan lengkuas dalam bekas yang berisi air.
  • Rendam sampai tenggelam, lepas tu tutup dengan penutup bekas dan simpan dalam peti. Insyaa Allah, tahan satu bulan.
  • Rajin-rajinlah tukar air dalam bekas tu agar tahan lagi lama.

LAGI TIPS

Ini pula tips dari Butterkicap untuk menyimpan sayur-sayuran supaya tahan lama.

Terdapat tips lain dalam menyimpan sayuran agar tahan lama sehingga tempoh 2 minggu dan ia masih kekal segar untuk digunakan. Kebiasaannya, apabila anda menyimpan sayuran dalam peti sejuk, ia akan bertukar warna kekuningan dan menjadi layu walaupun anda baru membelinya.

Sayur-sayuran yang mudah rosak dan cepat layu seperti bayam, brokoli, sawi dan sebagainya seeloknya disimpan terlebih dahulu dalam plastik sebelum anda memasuknya dalam peti sejuk.

Bagi sayur-sayuran yang dibersihkan, anda perlu menyimpannya dalam satu bekas kedap udara dan diletakkan dalam peti sejuk. Ia akan mengekalkan kesegaran sayur tersebut dan ia akan tahan lebih lama.

Bagi sayuran yang hendak dibungkus dengan 'paper towel', anda perlu mencucinya terlebih dahulu sehingga bersih bagi membuang pasir atau kekotoran pada sayuran.

Kemudian anda bungkuskan sayuran tersebut dengan 'paper towel', bertujuan mengurangkan kelembapan pada sayuran supaya ia lebih tahan lama dan masih segar digunakan untuk tempoh yang panjang sedikit.

Salah satu petua yang boleh dilakukan untuk tujuan penyimpanan sayur-sayuran lebih tahan lama ialah dengan cara berikut:

Merendam sayur-sayuran

Langkah pertama, anda perlu merendamkan sayuran selama lima hingga 10 minit. Kemudian, biarkan sehingga sayur-sayuran tersebut tenggelam. Bagi sayuran seperti kangkung dan bayam kebiasannya akan diasingkan kerana ia berpasir.

Kekalkan akarnya dan jangan potong. Ia hanya boleh dipotong apabila anda ingin memasak sayur tersebut dan bersihkan sekali lagi sebelum menggunakannya.

Tambahkan garam

Selain itu, anda boleh taburkan secubit garam ketika mencuci sayur-sayuran tersebut. Garam berfungsi untuk menghilangkan segala sisa-sisa bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayur-sayuran tersebut.

Anda hanya perlu rendamkan seketika dalam rendaman air garam selama lebih kurang 10 minit sebelum digunakan.

Apabila sayuran tersebut siap untuk digunakan, toskan sayuran dan biarkan dahulu selama 5 minit.

Simpan dalam bekas

Bagi sayuran yang tidak digunakan dan ingin disimpan dahulu, sediakan satu bekas kedap udara dan susunkan sayur-sayuran tersebut ke dalamnya.

Kalau anda ingin menjimatkan ruangan dalam peti sejuk, anda boleh juga menggunakan plastik kedap udara atau anda gunakan sahaja 'ziplock bag'.

Walaupun ia sudah 2 minggu dibeli, sayur-sayuran tersebut akan kekal segar seperti baru dibeli dari pasar.

Selain itu, bagi sayuran seperti daun bawang, anda boleh mengekalkan kesegarannya dengan menyimpan dalam botol plastik. Anda hanya perlu memotong daun bawang kecil-kecil dan jemurkan seketika.

Kemudian, masukkan potongan daun bawang tersebut dalam botol plastik dan letakkan ia dalam peti sejuk.

Cara mudah yang lain untuk menyimpan sayuran lebih tahan lama ialah dengan membungkus sayur-sayuran tersebut dalam kertas aluminium foil. Ia akan menjamin ketahanan sayuran selama 2 hingga 3 minggu jika disimpan rapi dalam peti sejuk. Tips ini sesuai digunakan bagi mengekalkan kesegaran daun saderi, brokoli, dan salad.

Kebiasaannya, ruangan untuk sayuran dalam peti sejuk di bahagian paling bawah. Sayur-sayuran akan mudah layu dan jika anda ingin mengekalkan kesegaran dengan cara membungkus sayuran dalam plastik atau surat khabar yang telah dilembabkan dengan rapi.

Anda diingatkan supaya tidak meletakkan sayuran dalam ruangan dingin beku kerana ia akan menyebabkan sayur-sayuran lebih cepat layu dan rosak. Pastikan suhu yang digunakan untuk menyimpan sayur-sayuran bersesuaian.

Bagi sayuran yang memerlukan suhu yang sejuk seperti jagung, buahan beri, dan cendawan, ia perlu disimpan dalam plastik dan dibalut dalam kertas dengan rapi.

Bagi sayuran yang perlu mengekalkan kelembapan, ia hendaklah disimpan dengan baik dalam ruangan laci untuk sayuran dalam plastik atau bekas kedap udara yang sesuai. Contoh sayuran seperti lobak merah, timun, sayuran hijau, sayuran kekacang dan sayur asparagus.

Bagi mengekalkan kesegaran dan kerapuhan sayuran jenis ulam-ulaman, anda hanya perlu merendam ulam-ulam dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis.

Kemudian biarkan seketika dan tos ulam-ulaman tersebut. Ulam-ulaman tersebut akan kekal segar dan rangup walaupun dibiarkan lama sebelum dimakan.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, April 22, 2020

Cara Saman Pembuli Siber

Cara Saman Pembuli Siber

Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

Saman pembuli siber

Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat, manakala insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.

Jenis-jenis buli siber:
  • Mesej yang mengganggu dan mengancam.
  • Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain.
  • Memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain.
  • Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.
  • Sexting(tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).
  • Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kumpulan internet dengan sengaja.

Perbandingan antara buli siber dengan buli yang lain

Perbuatan buli siber lebih dahsyat daripada perbuatan membuli yang lain:
  • Pembuli siber sukar untuk dikenalpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar.
  • Pembuli siber tidak seperti pembuli yang lain kerana ia berlaku dalam dunia siber yang tidak bersempadan. Ini menyukarkan mangsa untuk melindungi diri mereka.
  • Pembuli siber lebih mudah bersekongkol berbanding pembuli jenis lain kerana bilangan individu yang boleh turut serta tidak dihadkan dalam dunia siber.
  • Buli siber boleh berlaku selama-lamanya, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

Apakah kesan buli siber?

Buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Buli siber adalah salah di sisi undang-undang.

Bagaimana mencegah buli siber?
  • Amalkan keselamatan internet.
  • Didik anak anda atau pelajar tentang keselamatan internet dan etika melayari internet atau menggunakan telefon yang betul.
  • Jangan kongsi butiran peribadi anda di internet.
  • Awas! Nada dan makna mesej yang ditulis boleh disalah tafsir.
  • Menghantar atau memanjangkan mesej yang kesat atau berunsurkan ancaman adalah tidak wajar dan boleh menyalahi undang-undang.

Apakah tanda-tanda buli siber?

Tanda-tanda buli siber termasuklah:
  • Mengalami tekanan emosi semasa atau selepas menggunakan internet.
  • Mengasingkan diri dari rakan-rakan dan ahli keluarga.
  • Menjauhkan diri dari perhimpunan sekolah atau kumpulan.
  • Keciciran gred dan mudah marah apabila berada di rumah.
  • Mengalami perubahan emosi, tingkah laku, tidur, atau selera makan.
  • Mahu berhenti menggunakan komputer atau telefon bimbit.
  • Kelihatan gelisah apabila mendapat mesej teks atau e-mel.
  • Mengelakkan perbincangan mengenai aktiviti komputer atau telefon bimbit.

Sekiranya anda adalah mangsa buli siber:
  • Bincang dengan ibubapa anda, kaunselor sekolah atau guru.
  • Simpan e-mel, mesej atau imej buli sebagai bahan bukti.
  • Jangan balas mesej teks atau e-mel buli.

Apa langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita sebagai mangsa buli atau fitnah di media sosial/internet?

1. Bertindak segera

Simpan segala bukti yang ada sebelum dipadamkan. Kadangkala ada status dipadamkan dalam beberapa hari mungkin kerana pelaku dinasihatkan oleh pihak lain untuk memadamkan.

Sebab, kalau dipadamkan, anda sudah tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan anda dan berkemungkinan melemahkan kes.

2. Screenshot bukti-bukti penting

Screenshot penyataan fitnah sebagai bukti bahawa terdapat kenyataan yang memburukkan anda.

Screenshot senarai jumlah 'like', jumlah 'share' dan segala komen-komen pembaca yang berbentuk marah, kebencian, perli atau apa sahaja yang berbaur negatif.

Screenshot profil pelaku yang menunjukkan senarai rakan, senarai follower.

Sebab, berapa jumlah like atau share bagi status yang muat naik adalah bukti berapa banyak orang telah membaca dan kongsi status itu. Sekali gus menunjukkan setakat mana cerita buruk tentang anda telah disebarkan.

Profil pelaku menunjukkan siapa identiti pelaku untuk kita ambil tindakan. Berapa jumlah kawannya dalam sosial media menunjukkan berkemungkinan berapa jumlah pembaca.

Status kebencian menunjukkan bahawa tulisan si pelaku telah berjaya menimbulkan kebencian serta rasa marah oleh orang awam.

Ini semua boleh menjadi pemfaktoran untuk menaikkan jumlan tuntutan ganti rugi saman malu.

3. Buat laporan polis

Selepas lengkap simpan bukti-bukti ini, lebih elok jika dapat 'save' dalam komputer kerana sekiranya telefon anda hilang, sekurang-kurangnya anda ada 'back up'. Buat laporan polis sebagai cover report.

4. Jumpa peguam untuk konsultansi guaman

Dapatkan pendapat peguam sama ada, bukti-bukti anda itu cukup untuk memulakan tindakan di mahkamah.

5. Tindakan Peguam

Peguam akan memulakan tindakan kebiasaannya melalui surat tuntutan bagi permohonan maaf, memadamkan status, akujanji tidak mengulangi dan ganti rugi.

Sekiranya si penulis enggan berbuat demikian di peringkat ini, anda boleh meneruskan saman sehingga ke mahkamah bagi satu tuntutan ganti rugi dan membersihkan semula nama anda.

Sekiranya atas faktor kos, anda tidak dapat meneruskan langkah 4 dan 5 di atas, apa yang anda boleh lakukan adalah simpan semua bukti dan hubungi pelaku.

Minta dia padamkan status tersebut jika gagal anda teruskan dengan tindakan undang-undang. Jika dia enggan, simpan bukti-bukti tersebut kerana anda mempunyai masa 6 tahun untuk memulakan tindakan saman berdasarkan Akta Had Masa 1953.

Sebaiknya status fitnah itu dipadam segera supaya reputasi dan nama baik anda tidak terus tercemar sepanjang status itu berada di media sosial. Berhati-hati sewaktu menulis, jangan kerana tulisan badan binasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, May 15, 2019

Tips Daging Ayam Beku Tahan Setahun Di Freezer!

Tips Daging Ayam Beku Tahan Setahun Di Freezer!

Ramai antara kita menyangka setiap makanan yang disejuk beku akan bertahan buat selamanya selagi ia disimpan dalam peti ais. Sebenarnya terdapat jangka hayat untuk sesuatu bahan basah itu jika ia disimpan dalam peti sejuk dan panduan ini dapat membantu anda pada masa hadapan.

Cara simpana Ayam Beku tahan lama

Berapa lama ayam dapat bertahan dalam peti sejuk beku? Menurut Ketua Chef Hello Fresh, Claudia Sidoti, ayam boleh disimpan dalam peti sejuk beku sehingga setahun manakala bahagian daging yang dipotong boleh bertahan sehingga sembilan bulan.

Ayam yang dibungkus dalam plastik kedap udara adalah lebih baik.

Ini bermakna, sekiranya ayam itu dipotong menjadi bahagian kecil ia mengurangkan jangka hayatnya sebanyak tiga bulan.

Perlukah ayam dibungkus dalam cara tertentu bagi menjaga kesegaran?

Kaedah paling sesuai untuk membungkus ayam adalah menggunakan bungkusan kedap udara atau menggunakan plastik biasa namun pastikan ia tidak mempunyai udara sebelum di simpan.

Selain itu cuba tandakan bungkusan itu dengan tarikh ia mula disimpan bagi membolehkan anda menyemak tempoh ayam itu berada dalam peti sejuk beku.

Namun kata Claudia, walaupun ayam boleh bertahan selama setahun namun rasanya tidak akan segar apabila ia disimpan terlalu lama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Sunday, March 10, 2019

Pramugara Kongsi 7 Tips Pilih Tempat Duduk Paling Best Dalam Flight

Pramugara Kongsi 7 Tips Pilih Tempat Duduk Paling Best Dalam Flight

Persekitaran dalam flight kadang kala boleh membantutkan mood excited nak pergi travel disebabkan oleh beberapa perkara. Laluan tempat duduk yang sempit atau keadaan yang terlalu sejuk menjadi salah satu faktor, lebih-lebih lagi untuk penerbangan yang jauh, keselesaan dalam flight tu memang sangat penting.

Flight-Attendant

Jadi kalau korang boleh spend duit lebih sikit, (tapi tak ada la sampai nak beli yang business class punya) korang boleh pilih seat sendiri dan ikut 7 tips yang telah dikongsi oleh pramugara dari Hawaiian Airlines, seperti yang dilaporkan oleh Insider.

1. Kalau suka tidur dalam flight, pilih seat tepi tingkap

Bagi mereka yang letak saja kepala boleh terus tidur, rasanya seat bersebelahan dengan tingkap adalah yang terbaik untuk korang, lebih-lebih lagi untuk perjalanan jarak jauh.

Kedudukan ini paling selesa kerana kalau tak mahu terlentok pada bahu orang lain, korang boleh menyandarkan kepala di bahagian tingkap tersebut.

2. Pilih aisle seat kalau kerap ke tandas

Jika korang memang sejenis yang gemar ke tandas, pilih aisle seat kerana ia adalah tempat duduk paling hujung dari tingkap so tak ada la korang menganggu penumpang lain yang terpaksa bangun untuk beri laluan.

3. Jauhi seat yang berdekatan dengan pintu kecemasan

Untuk yang tak tahan sejuk tu, lebih baik kalau korang elakkan ambil seat yang berhampiran dengan pintu atau tingkap kecemasan sebab udara dari luar boleh masuk daripada celah-celah pintu dan membuatkan korang akan rasa lebih sejuk.

4. Nak ruang kaki yang luas tapi tak nak bayar, pilih berdekatan pintu kecemasan

Kalau ada duit lebih korang boleh je beli seat yang ada ruang kaki lebih luas, tapi kalau tak nak bayar lebih, cari seat yang berhampiran pintu kecemasan.

5. Elakkan pilih bulkhead seat kalau nak letak kaki pada tempat yang lebih selesa

Bulkhead seat ialah tempat duduk di depan sekali atau seat di bahagian depan yang memisahkan seksyen-seksyen di dalam flight.

Ruang kaki memang agak luas tapi korang tak boleh lunjurkan kaki sedikit untuk lebih selesa.

6. Tak tahan turbulence, pilih seat di bahagian depan

Turbulence adalah situasi yang mungkin mencemaskan dan tidak digemari oleh sesetengah individu.

Namun begitu, ia bukanlah dalam keadaan bahaya cuma berlaku sedikit gegaran akibat aliran udara bergerak dengan cepat.

So, kalau korang rasa tak selesa dengan keadaan seperti ini, pilihlah seat dibahagian depan flight.

7. Pilih seat bahagian depan kalau nak makanan yang best

Biasanya, flight attendant akan mula daripada bahagian depan untuk menghidangkan makanan dan minuman.

Untuk penerbangan yang menyediakan makanan percuma, orang di hadapan terlebih dahulu boleh memilih makanan dan bila tiba je di barisan belakang, korang terpaksa la ambil apa yang tinggal kan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Monday, August 20, 2018

5 Tips Tunai Haji Di Usia Muda

5 Tips Tunai Haji Di Usia Muda

Bila melihat rombongan jemaah haji berlepas ke kota suci Makkah, hati mula terdetik “Bila la masa aku pula nak menunaikan haji.”

5 Tips Tunai Haji Di Usia Muda

Semua sedia maklum bahawa nak tunggu giliran ke sana boleh cecah sampai berpuluh-puluh tahun tapi, tak ada yang mustahil.

Afyan Mat Rawi telah pun berkongsi tip tentang bagaimana nak menunaikan haji pada usia muda kerana dia telah berpeluang untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini.

Harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua.

1. Daftar

Paling penting, perlu daftar terlebih dulu melalui Tabung Haji. Ramai orang ingat dengan membuka akaun Tabung Haji, bermakna kita sudah mendaftar untuk menunaikan haji.

Tapi sebenarnya membuka Tabung Haji bermaksud kita mulakan simpanan di dalam akaun Tabung Haji dengan minimum simpan RM2 saja.

Manakala, mendaftar giliran menunaikan haji pula perlu minimum simpanan RM1300 dalam akaun Tabung Haji, barulah layak mendaftar bagi memohon giliran menunaikan haji.

Jika sebulan kita simpan RM100, hanya perlu setahun sebulan saja untuk cukupkan RM1300 tu.

Kita juga boleh gunakan wang KWSP untuk tujuan ini.

Dan jika baru hendak daftar sekarang, giliran menunaikan haji sekitar 50 tahun akan datang. Ya, 50 tahun akan datang.

Jadi, usah bertangguh untuk mendaftarkan giliran haji. Jika masih ada anak kecil, daftar cepat-cepat supaya mereka tak menerima nasib seperti kita menunggu giliran yang lama untuk menerima panggilan Baitullah.

2. Simpanan

Kos sebenar menunaikan haji ialah lebih kurang RM19,950 dan kita di Malaysia bertuah kerana lebih separuh ditanggung oleh pihak Tabung Haji.

Kita hanya perlu membayar RM9,980 apabila nak menunaikan haji nanti.

Jika nak dibandingkan dengan negara-negara serantau lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei yang jumlahnya RM20,000 ke atas.

Jadi langkah seterusnya, selepas daftar haji kita kena pastikan mempunyai sekurang-kurangnya Rm9,980 di dalam akaun Tabung Haji.

Jika sebulan simpan RM100, kira-kira 7 tahun selepas kita daftar haji duit dah cuku RM9,980 dengan anggaran keuntungan purata Tabing Haji 6%.

3. Rayuan

Langkah seterusnya, ialah membuat rayuan untuk menunaikan haji. Secara normal, tempoh menunggu untuk mendapat giliran menunaikan haji boleh mencecah sehingga 50 tahun.

Tempoh ini adalah untuk jemaah yang ingin menunaikan haji menggunakan perkhidmatan Tabung Haji melalui mu’assassah Arab Saudi.

Jadi nak tak nak, kita perlu usahakan untuk merayu giliran dipercepatkan sebab dalam tempoh 10 ke 50 tahun macam-macam perkara boleh berlaku.

Selalunya, tiga atau empat bulan sebelum musim haji bermula, pihak Tabung Haji mula memproses surat-surat rayuan dan menghantar surat balas.

Jadi, hantarlah surat rayuan dengan lebih awal. Sebaiknya selepas tamat musim haji, boleh terus siapkan surat rayuan untuk dihantar.

Mengikut pengalaman peribadi Afyan, dia mula buat rayuan kira-kira 5 atau 6 tahun lepas apabila wang di dalam akaun dah cukup untuk membayar kos menunaikan haji kira-kira RM10,000.

Dan setiap tahun juga apabila menerima surat balasan rayuan ditolak, dia akan hantarkan surat bar uke Tabung Haji untuk merayu lagi.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun merayu akhirnya rayuannya diterima.

Setiap tahun pasti ada kuota yang kosong atas pelbagai sebab seperti:
  • Bakal jemaah haji meninggal dunia.
  • Bakal jemaah haji mengandung.
  • Bakal jemaah haji mempunyai masalah kesihatan.
  • Bakal jemaah haji menolak atau pelbagai sebab.
  • Kuota ditambah.

Sebaiknya, rayuan dilakukan apabila sudah betul-betul cukup wang simpanan untuk membiayai kos haji supaya ada kredit untuk Tabung Haji menerima rayuan kita.

4. Datang kursus haji

Ini juga adalah salah satu tip dimana apabila kita menghadiri kursus haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji melalu masjid-masjid dalam kariah kita, nama kita akan dimasukkan dalam senarai kehadiran.

Jadi, ia memberi kredit kepada kita apabila pihak Tabung Haji membuat penilaian terhadap rayuan haji.

Namun begitu, perkara ini tidak disahkan oleh Tabung Haji, ia hanya berdasarkan pengalaman peribadi Jemaah haji saja.

5. Doa

Ini merupakan harapan utama dan terakhir jika benar-benar berhasrat untuk menunaikan haji. Segala pergantungan hanyalah kepada Allah SWT.

Doa ini bukan bermaksud doa sebelum musim haji sahaja. Terus-terusan berdoa sehingga hari-hari akhir penerbangan jemaah haji Malaysia ke Arab Saudi.

Ada jemaah haji yang menerima panggilan Tabung Haji kira-kira seminggu sebelum penerbangan! Ya, seminggu saja untuk memberi jawapan dan buat persiapan.

Jadi, jangan berhenti berdoa. Allah pun sudah berjanji akan memakbulkan doa hamba-Nya, dengan pelbagai cara.

Ada banyak kisah jemaah haji yang menerima jemputan-Nya dgn pelbagai cara.

Ada jemaah haji muda dapat menunaikan haji sebagai mahram ibunya kerana ayahnya yang patut pergi bersama baru meninggal dunia.

Ada juga suami yang lambat daftar haji tapi disebabkan isterinya daftar lebih awal dan dapat giliran, suami dapat pergi sebagai mahram. Dalam masa sama, ada juga yang punya wang ratus-ratus ribu tapi masih belum terima panggilan-Nya.

Ada juga seorang sahabat saya katanya sudah ikut semua tip yang saya kongsikan di atas, malah beberapa tahun sertai kursus haji. Tapi masih belum ada rezeki dijemput oleh-Nya.

Malah ada juga yang sudah terima surat tawaran, sudah buat persediaan, kenduri doa selamat, datang ke Tabung Haji Kelana Jaya tapi tak dapat pergi sebab visa gagal dikeluarkan. Point penting di sini, jangan berhenti berdoa.

Amacam, dah ada rasa semangat nak menyimpan dekat Tabung Haji tak? Jangan risau, masih belum terlambat lagi kalau nak mulakan sekarang.

In Sha' Allah, siapa tahu ada rezeki kan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Tuesday, March 20, 2018

5 Cara Menghilangkan Jerawat Paling Pantas Secara Semulajadi

5 Cara Menghilangkan Jerawat Paling Pantas Secara Semulajadi

Ada banyak cara untuk menghilangkan jerawat dengan pantas, namun juga memerlukan anda menjaga kesihatan badan secara keseluruhan, tidur yang cukup, kurang stress.

Cara Menghilangkan Jerawat

Jangan memecit jerawat nanti bertambah banyak dan pastikan anda mendapat maklumat yang cukup cukup jelas, sebelum menggunakan sebarang bahan kosmetik untuk membersihkan jerawat dengan cepat.

Jerawat memang merupakan masalah besar terutama kepada remaja dan golongan dewasa kerana mampu mengurangkan keyakinan diri.

Jadi, bagaimana cara menghilangkan jerawat dengan cepat serta mudah?

1. Menggunakan madu

Madu memang merupakan anugerah untuk kecantikan. Sebaiknya gunakan madu asli. Dengan menggunakan kapas, sapu madu pada keseluruh wajah dan biar selama 30 minit.

Sesudah itu bilas dengan air bersih. Lap muka atau wajah dengan tuala bersih. Tekapkan secara perlahan-lahan sehingga kering. Lakukan sehingga jerawat tidak ada lagi dari wajah anda.

2. Menggunakan Lemon

Lemon segar merupakan antara buah terbaik yang boleh digunakan untuk mengatasi jerawat. Beli buah lemon segar, potong dan perah airnya.

Sapukan air lemon pada wajah atau muka sebelum tidur dan basuh keesokkan harinya.

Jerawat batu yang besar akan mengecut dengan cepat bila disapukan dengan air lemon.

3. Menggunakan Bawang Putih

Bawang putih boleh menghilangkan jerawat dengan cepat. Bawang putih mengandungi antioksidan serta anti bakteria.

Kekuatan bawang putih sebagai anti bakteria dan juga anti kulat menyebabkan ia boleh digunakan untuk menghilang atau merawat jerawat.

Potong bawang putih dengan menggunakan pisau yang bersih. Sapukan dengan perlahan lahan dikawasan muka yang berjerawat. Biarlah sehingga 10-15 minit.

Lepas tu bilas muka dengan menggunakan air yang bersih. Penggunaan maksimum boleh menyebabkan jerawat hilang dengan pantas.

4. Menggunakan aloe vera

Lidah buaya atau aloe vera merupakan tumbuhan yang sangat mesra dengan kulit manusia. Sapuan lendir aloe vera boleh menyebabkan wajah menjadi segar serta bersih.

Ambil satu batang aloe vera, belah batangnya dan keluarkan lendirnya. Sapukan lendir disekitar wajah yang berjerawat.

Biar selama 20-30 minit, bilas dengan air bersih.

5. Menggunakan buah tomato

Carik tomato masak, belah dan keluarkan isinya. Sapu isi tomato ke wajah yang berjerawat. Biarlah selama 30 minit, bilas dengan air bersih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 12 Cara Menghilangkan Parut Dengan Selamat Dan Semulajadi

sumber: lovehijau

Tuesday, November 28, 2017

6 Petua Nampak Lebih Muda Tanpa Botox

6 Petua Nampak Lebih Muda Tanpa Botox

Ramai yang inginkan wajah mereka kelihatan 10 ke 20 tahun lebih muda berbanding umur sebenar. Tak kurang juga ada yang sanggup cucuk botox untuk menghilangkan kedut yang mula muncul di wajah seiring bertambahnya usia.

6 Petua Nampak Lebih Muda Tanpa Botox

Tapi hakikatnya jika ingin kelihatan lebih muda, ia bukan hanya memerlukan penjagaan luaran tapi juga disiplin diri dalam menjaga aspek mental dan kesihatan dalaman.

Yang penting konsisten dan istikhamah mengamalkan 5 perkara berikut:

1. Buang kepercayaan mitos bahawa makin tua diri kita, makin tak berguna

Apa yang kita fikir, itulah diri kita. Para ilmuan berpendapat jika kita percaya ketajaman akal makin berkurang bila umur menuju senja, maka itulah yang akan benar-benar berlaku.

Professor Becca Levy, pemegang Ph.D dan penyelidik dalam bidang kesihatan umum dari Universiti Yale mendapati pengaruh psikologi dan persepsi tentang pertambahan umur memberi kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang individu.

Mereka yang berpandangan negatif mengenai penuaan memberi keputusan ujian yang lebih teruk berbanding mereka yang berpandangan positif dan menerima umur yang bertambah sebagai satu perjalanan hidup yang harus dihargai.

Dari penelitian Professor Becca juga, individu berusia lanjut dengan persepsi positif mampu hidup 7 tahun lebih lama berbanding mereka yang negatif. Kesimpulannya, terima diri kita seadanya, hargai perubahan dan sayangi diri kita.

Peningkatan usia seharusnya diterima sebagai sebahagian daripada perubahan hidup yang harus dinikmati. Lagipun hidup adalah satu perjalanan, just enjoy the ride.

2. Latih diri bersikap positif

Bersikap positif perlukan latihan dan sebaiknya dimulakan seawal yang boleh. Dalam erti kata lain, latih mental dan hati kita dengan cara membaca dan melihat sesuatu yang positif setiap hari.

Dan di waktu yang sama berusahalah untuk bersangka baik, setiap hari. Ia bukan satu perkara yang mudah untuk berubah bila sudah terlalu lama kita dihidangkan dengan kisah sedih, kemalangan, kematian dan persekitaran yang mengundang kemarahan.

Tapi di akhirnya tetap hanya diri sendiri yang harus memilih sisi hidup mana yang mahu kita lihat – negatif atau positif.

Sejak tahun 1986, David Snowdon dari Universiti Kentucky telah meneliti dan membuat kajian bagi mendapatkan hubungkait antara kesihatan mental dan pertambahan usia.

Salah satu penemuannya adalah keadaan emosi positif pada usia tua dapat membantu menghilangkan rasa cemas dan di waktu yang sama memanjangkan umur seseorang individu.

Dalam erti kata lain, sikap positif bukan hanya dapat memanjangkan umur, ia juga dapat membuat kita hidup lebih gembira dan seterusnya melambatkan proses penuaan.

Sentiasa ceria dan cergas adalah antara rahsia kelihatan lebih muda.

3. Sentiasa asah otak dan pemikiran kita

Kajian oleh Dr. Yakov Stern, ketua bahagian Cognitive Neuroscience di Sergievsky Center, Universiti Columbia menunjukkan individu yang terus bergiat aktif di hari tua sama ada melalui pendidikan, pekerjaan dan apa saja hobi yang menggerakkan otot dan badan dapat mengurangkan risiko nyanyuk (Alzheimer) sebanyak 35% ke 40%.

Merangsang minda dengan permainan seperti teka silang kata, sudoku, catur dan apa saja aktiviti yang memerlukan kita menyelesaikan masalah dan mengatur strategi dapat merendahkan risiko penyakit Alzhemer.

Membaca buku motivasi dan melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti diri serta pemikiran turut mempengaruhi cara kita melihat dunia.

Ini akan menjadikan kita lebih menghargai hidup, sentiasa bersemangat dan mempunyai sebab untuk melalui hari tersebut dengan lebih baik.

4. Bersenam

Sama ada berlari, mengeluarkan peluh di gym atau sekadar berjalan kaki, bersenam sememangnya memberi kesan yang baik dari sudut mental (dalaman) dan fizikal (luaran).

Selain menjadikan jantung lebih sihat, bersenam juga dapat mencegah risiko penyakit darah tinggi, strok, diabetes, mengawal berat badan, mengurangkan stress dan risiko tulang reput. Bila bersenam, badan mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil endorfin.

Endorfin ini berinteraksi dengan reseptor di otak, dan ini akan mengurangkan persepsi badan terhadap kesakitan.

Endorfin juga mencetuskan perasaan positif dalam badan, sama seperti morfin. Ini secara langsung akan meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan hidup lebih ceria.

5. Makan buah-buahan dan makanan anti oksida

Antara makanan yang dikenal pasti kaya anti oksida adalah buah-buahan berrie seperti blueberry, blackberry, strawberry, raspberry, cranberry dan kismis merah yang sangat kaya dengan vitamin antioksidan dan mineral.

Tapi bagaimana pula dengan buah tempatan? Manggis merupakan antara buah tempatan yang diakui mengandungi anti oksida yang tinggi.

Buah-buahan tempatan lain seperti rambutan, langsat, duku, mangga dan durian juga mempunyai berbagai vitamin, mineral dan serat yang dapat membantu memberi kesihatan yang lebih baik.

Dr. Mehmet C. Oz, M.D., salah seorang penulis buku Staying Young: The Owner’s Manual for Extending Your Warranty berkata salah satu cara untuk kelihatan lebih muda adalah dengan menjaga kesihatan penghadaman.

Untuk menjaga sistem penghadaman ini, badan kita memerlukan 25 gram serat setiap hari. Serat bekerja dengan menjaga semua nutrisi yang dimasukkan ke dalam tubuh dan melepaskan nutrisi tersebut bila ia diperlukan.

Antara bahan semulajadi yang mengandungi serat adalah sayur kobis, brokoli, tomato, sawi, bayam dan keledek.

6. Bekalkan badan dengan kolagen

Kajian menunjukkan penghasilan kolagen oleh badan berkurang pada kadar 1.5% setiap tahun selepas kita berumur 25 tahun.

Dan apabila umur meningkat antara 45 hingga 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.

Ini menyebabkan kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Jika kita mahu kulit kekal sihat dan anjal, maka kita perlu mengambil makanan yang boleh membantu meningkatkan kolagen di dalam badan.

Antara makanan yang dikenalpasti dapat meningkatkan pengeluaran kolagen oleh badan adalah produk berasaskan soya, sayur-sayuran hijau dan berwarna gelap, kekacang, buah-buahan dan sayuran berwarna merah seperti tomato dan lobak merah, serta buah yang mengandungi vitamin C seperti oren dan buah prune.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, November 24, 2017

6 Punca Berat Badan Meningkat Secara Mendadak

6 Punca Berat Badan Meningkat Secara Mendadak

Menurut Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet mengatakan ketika berasa lapar, gula dalam darah akan rendah menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah kita akan berusaha mencari makanan atau snek.

6 Punca Berat Badan Meningkat

Data dari National Health and Nutrition Examination Survey di Amerika (1999-2002) mengatakan, wanita yang mengunyah lebih daripada dua kali sehari telah mengambil 192 kalori dalam setiap kali kunyahan. Ini sudah tentu mengganggu program diet yang dilakukan.

Penambahan berat badan juga disebabkan oleh beberapa faktor dan ia perlu diperhatikan agar tidak terus meningkat tanpa dapat dikawal.

1. MAKAN KERANA STRES

Kajian yang dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37 peratus responden mengatakan stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat sehinggakan anda ingin mengambil makanan yang enak.

2. MAKAN TENGAH hARI DI LUAR

Sebanyak 20 peratus responden mengatakan makan tengah hari di luar pejabat turut menambahkan berat badan.

Ini kerana kita tidak tahu kuantiti bahan pengolah makanan dan berapa jumlah kalori daripada makanan yang disediakan.

3. MELEWATKAN WAKTU MAKAN

19 peratus pekerja mengatakan mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila lapar anda lebih cenderung untuk makan berlebihan.

4. MENYAMBUT PERAYAAN

Ketika rakan anda dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan lain, anda lebih cenderung untuk meraikan rakan dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat atau pizza.

Bayangkan dalam sebulan ada lima hingga enam sambutan yang dilakukan, tentunya ia boleh menambahkan kalori dalam badan.

Untuk mengatasinya, kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama dengan rakan yang lain.

5. TIDAK TAHAN GODAAN UNTUK MENGUNYAH

Sebanyak 16 peratus responden mengatakan mereka tidak tahan dengan godaan yang ada di atas meja terutamanya kek, coklat atau jeli.

Walau bagaimanapun, anda boleh gantikan dengan snek yang sihat seperti kacang almond, buah kering atau biskut bersama sebotol air.

6. SNEK DARIPADA KAWAN SEPEJABAT

10 peratus responden mengatakan tidak mampu menahan godaan apabila rakan sekerja membawa sekotak donat atau sebekas kek yang enak. Anda boleh makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Makanan Untuk Turunkan Berat Badan

sumber: sinarharian

Sunday, November 19, 2017

12 Cara Menghilangkan Parut Dengan Selamat Dan Semulajadi

12 Cara Menghilangkan Parut Dengan Selamat Dan Semulajadi

Siapa yang tidak rasa tertekan jika wajah dipenuhi jerawat, ditambah pula jerawat itu meninggalkan parut dan bekas berlubang pada wajah, akan membuatkan anda hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai.

12 Cara Menghilangkan Parut Dengan Selamat Dan Semulajadi

Untuk menghilangkan bekas jerawat ini, anda boleh ikuti tips dan petua menggunakan bahan-bahan semulajadi yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.

Tidak perlu membazir dengan membeli produk-produk mahal kerana ternyata petua ini cukup mudah dan menjimatkan untuk menghilangkan parut di badan.

1. Madu

Madu sememangnya terkenal sebagai pelembap semulajadi yang memberi banyak manfaat dalam bidang kecantikan.

Selain membantu mengurangkan parut jerawat, ia juga boleh menjadikan wajah tampak lebih bersinar dan cerah.

Untuk mengurangkan parut jerawat, sapu madu asli pada bahagian parut jerawat di wajah anda. Urut wajah secara lembut dan biarkan selama 15 minit.

Setelah itu bilas dengan air bersih.

2. Daun senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

3. Lemon

Lemon mempunyai kandungan yang boleh mencerahkan tona kulit, membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit wajah lebih elastik.

Malah patinya juga boleh membantu mengurangkan parut jerawat pada wajah.

Sapu pati lemon pada parut berjerawat dan biarkan selama 15 minit sebelum membasuhnya dengan air bersih.

4. Guna timun

Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

5. Minyak Zaiton

Minyak zaitun bukan sahaja berkhasiat untuk kesihatan malah bagus untuk menghilangkan kesan jerawat.

Sapukan minyak zaitun terutamanya pada bahagian wajah yang berparut jerawat.

Selain mengurangkan parut jerawat, penggunaan yang konsisten juga boleh menjadikan wajah awet muda dan berseri.

6. Putih Telur

Sediakan sebiji telur ayam kampung, kemudian pisahkan antara kuning dan putihnya. Campurkan putih telur dan pukul hingga mengembang.

Kemudian oleskan pada kulit wajah terutamanya yang bernoda hitam disebabkan oleh parut jerawat.

Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air.

7. Kulit Kayu Manis Dan Bedak Sejuk

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus.

Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.

Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang.

Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

8. Lidah Buaya

Lidah buaya dipercayai memiliki banyak khasiat semula jadi terutamanya untuk menghilangkan parut di wajah.

Kajian saintifik membuktikan bahawa lidah buaya mempunyai bahan yang dapat mempercepatkan proses pembentukan sel kulit baharu.

Untuk menggunakannya, anda perlu potong daun lidah buaya dan sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke parut jerawat. Biarkan lendir itu kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.

Selepas itu, anda boleh mencuci wajah dengan air suam sehingga bersih.

9. Masker Beras

Beras juga tidak ketinggalan menawarkan banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Untuk membuat masker beras, ambil segenggam beras yang belum dicuci dan tumbuk hingga halus. Rendamkan semalaman dengan segelas air.

Keesokan harinya, buang air jernih yang terdapat di bahagian atas. Gunakan mendapan pekat putih pada lapisan bawah.

Campurkan bahan tadi bersama satu sudu kecil madu. Sapukan ke wajah terutamanya pada bahagian yang berparut. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air suam.

Amalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

10. Asam Jawa

Asam jawa yang sering digunakan dalam pelbagai menu masakan juga boleh membantu menjaga kulit wajah dan mengurangkan kesan jerawat. Caranya mudah sahaja.

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan air masak. Pastikan bancuhan itu tidak terlalu cair.

Kemudian sapukan ramuan tadi pada kulit yang berparut kira-kira 20-30 minit. Biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih.

Walau bagaimanapun petua ini kurang sesuai diamalkan bagi anda yang miliki kulit kering.

11. Jus Timun

Timun sangat bagus sebagai penyegar semula jadi untuk kulit, selain memperbaiki tekstur kulit, menyembuhkan, melembapkan wajah dan membuatkan kulit wajah kelihatan awet muda.

Kandungan airnya boleh menyegarkan kulit wajah, malah cara pemakaiannya juga mudah. Anda hanya perlu hiris timun segar dan tepekkan pada wajah yang berparut.

Biarkan selama 20-30 minit kemudian cuci wajah anda dengan air sejuk. Amalkan setiap hari agar kesan parut itu hilang.

12. Daun Sirih Muda

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Tuesday, November 14, 2017

Ketahui Tarikh 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing Ikan!

Ketahui Tarikh 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing Ikan!

Hobi memancing bukan bukan hobi sembarangan. Ia perlukan ilmu untuk mengetahui waktu mana yang sesuai untuk memancing bagi mendapatkan pulangan yang lumayan.

Kenapa Tarikh 6, 7, 8, 26, 27 Dan 28 Ikut 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing?

Waktu bila ikan lebih agresif dan memberi lebih keterujaan untuk bertarung dengan ikan-ikan tersebut. Tak guna kalau aksesori mahal kalau ilmu memancing kosong kan?

Satu page yang dikenali sebagai Dunia Memancing telah berkongsi info bagaimana untuk menentukan waktu ikan lebih agresif dan memberi pulangan yang lebih lumayan untuk kaki pancing berdasarkan perkiraan dalam kalendar.

Jom ikuti perkongsiannya.

Elakkan kumpau berdarah kerana ia akan terus menjatuhkan semangat anda ketika memancing.

Perkongsian masa bila air terbaik untuk pancing. Sebelum ni memang dah pernah share dan jadual yang saya buat tu pun ada tersilap sebab bulan Melayu tiada 31 haribulan so abaikan part itu.

Kenapa Tarikh 6, 7, 8, 26, 27 Dan 28 Ikut 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing?

Pengalaman sebelum-sebelum ini yang mana saya telah belajar dengan nelayan terdahulu dan telah dipraktikkan sekian lama.

Air pancing ataupun air merawai senang cerita air yang ikan mencari umpan sangat agresif adalah 9,10,11 @ 25,26,27 mengikut bulan Melayu.

Selain dari hari itu bukan tak boleh tapi tak berapa cun kerana ikan kurang agresif untuk memakan umpan.

Air besar arus terlalu deras dan jika air bani ikan kurang agresif kerana kandungan oksigen kurang dalam air.

Fenomena ini terjadi kerana air laut yang sebelum ini bani (tidak berarus/air mati) bertukar menuju ke air besar.

Senang cerita air nyorong besar, boleh perhatikan bulan jika terang sekali, gelap sekali, atau separuh ia tidak sesuai untuk pancingan.

Ia lebih kepada aktiviti lain untuk nelayan dengan alat tangkapan yang berbeza.

Bagaimana untuk memahami jadual tersebut adalah. Cuma perlu ingat 9,10,11 @ 25,26,27 hari bulan Islam dan ditukarkan ke kalendar biasa untuk memudahkan perkara selanjutnya.

Kenapa Tarikh 6, 7, 8, 26, 27 Dan 28 Ikut 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing?

1 hari akan berlaku 2 kali air pasang dan 2 kali air surut, setiap sesi pasang surut juga ada misi tersendiri.

Jika air surut kering pagi bermakna ia sesuai untuk pancing tepi atau sungai pada waktu tu.

Dan sebelah malam sesuai untuk pancingan laut dalam kerana arus tidak berapa kuat di sebelah malam.

Dan jika air surut kering petang bermakna kalau awak mancing tengah laut agak sukar kerana arus deras.

Semua elemen ini perlukan segala gabungan jadual untuk betul-betul spot masa yang terbaik untuk pancing, ia adalah benar belaka.

Diibaratkan seperti anda berniaga ketika orang sedang gaji, tiada tawar menawar tak lecehnya terus jatuh duit, jadi perumpamaan ia sama seperti memancing umpan dah lunyai pun dia sebat.

Jika anda mengikuti jadual ini pasti akan terasa ia benar-benar fakta yang betul, sampai lenguh tarik ikan dengan hasil yang luar biasa.

Faktor kita pakai langgar sahaja hari pancing kerana kita bekerja jadi, waktu cuti sahaja yang sesuai.

Laut tidak akan ikut masa kita sebaliknya kita yang perlu ikut fenomena tersebut. Kebanyakan tekong tahu perkara ini cuma ia sukar untuk cerita satu persatu.

Biasa hari-hari tersebut dah kena booking oleh otai-otai berpengalaman atau owner tu sendiri yang turun pancing sebab hasil pancing pada waktu tu boleh cover segala kos.

Kenapa Tarikh 6, 7, 8, 26, 27 Dan 28 Ikut 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing?

Surut kering bermaksud laut surut jauh kalau tengok jadual air tu akan nampak berapa meter paras air surut, ia tak sama tahap jauh surutnya. Jadi kalau nak pancing tu pilih masa air pasang leleh atau air gerak slow.

Kenapa fenomena ini terjadi, beberapa idealogi mengatakan kebanyakan ikan hendak berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana ketibaan air besar nanti membantu dia untuk bergerak dengan lebih laju tanpa penat lelah untuk berenang. Hanya ikut arus kemana pergi.

Dan dalam masa yang sama ikan perlukan banyak makanan untuk bekalan kerana ikan akan berlindung di suatu tempat untuk berehat ketika air surut kerana tidak mahu kebelakang kembali.

Sebab tu pemancing akan dapat ikan pelik-pelik pada waktu ini.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA: Doa Memanggil Ikan Untuk Kaki Pancing

sumber: siakapkeli

Thursday, November 02, 2017

3 Jenis Daun Untuk Menghalau Tikus Di Rumah

3 Jenis Daun Untuk Menghalau Tikus Di Rumah

Rimas dengan kehadiran si tikus di kediaman dan pelbagai langkah sama ada pengunaan racun perangkap telah di lakukan tapi bukannya semakin berkurangan malah semakin banyak.

Kalau nak guna racun pula, bila tikus mati di tempat-tempat tersorok susah pula nak mencari bangkainya. Biasanya satu rumah habis di pungah.

Tapi ada 3 bahan semulajadi ini mampu menyelesaikan masalah anda. Ia tidak membunuh, tetapi mencegah kehadiran tikus daripada datang ke rumah kediaman.

1. Daun durian belanda

Durian belanda

Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum di letakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut.

Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus. Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.

Bukan sekadar berjaya mencegah kehadiran tikus di kediaman, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan mula menjauhi kediaman anda.

2. Buah mengkudu

Buah mengkudu

Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai ubatan sama ada secara tradisional mahupun moden. Tapi mesti ramai tak tahu, buah mengkudu pun boleh mengelak kehadiran tikus di rumah kan?

Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.

3. Daun pudina

Daun pudina

Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.

Namun, kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tubuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis.

Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sesiapa yang ada banyak tikus di ceruk-ceruk rumah itu, boleh la gunakan cara di atas itu dan pastikan rumah anda selalu bersih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Kencing Tikus? Punca Jangkitan, Simptom Dan Rawatannya

sumber: ohduniawi

Saturday, October 28, 2017

4 Tips Menjadi Penumpang Lima Bintang Uber Dan Grab

4 Tips Menjadi Penumpang Lima Bintang Uber Dan Grab

Walaupun penumpang mempunyai hak menentukan 'rating' kepada pemandu Grab dan Uber, namun mereka perlu sedar implikasi yang timbul apabila kurangnya jumlah kenderaan 'ride-hailing' ini di lokasi mereka.

Uber Grab

Tempoh masa menunggu akan menjadi lebih panjang dan besar kemungkinan tiada langsung kenderaan yang mahu mengambil mereka.

Untuk itu, pemberian rating yang wajar dapat membantu meningkatkan perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu.

Sepertimana anda mahukan yang terbaik sepanjang perjalanan ke destinasi, begitu jugalah yang diharapkan pemandu terhadap anda.

Tahukah anda yang pemandu ride-hailing juga boleh menetapkan rating kepada penumpang?

Penarafan penumpang yang terlalu rendah boleh mengakibatkan perjalanan anda jauh lebih sukar dan permintaan anda mungkin ditolak.

Bagi memastikan ‘rating’ anda sebagai penumpang adalah tinggi, berikut tip untuk menjadi penumpang yang 5-star.

1. Bersedia di lokasi ‘pick up’

Kebanyakan penumpang akan memasukkan alamat tepat pada aplikasi Uber atau Grab. Namun begitu, bagi mereka yang berada di bangunan besar, pusat beli-belah dan rumah yang terletak di tengah-tengah blok, adalah amat sukar untuk pemandu mengenal pasti lokasi sebenar anda.

Tip Pro:
  • Turunkan pin lokasi ‘pick up’ anda secara manual pada aplikasi Uber/Grab. Walaupun ia memerlukan sedikit usaha tambahan, langkah ini dapat menjimatkan masa dan mengelakkan kekeliruan apabila pemandu cuba mencari lokasi anda.

2. Beri ‘rating’ berdasarkan perkhidmatan, bukan jenama kereta

Adakah jenama kenderaan pemandu itu penting? Jangan berfikiran cetek dan hanya memikirkan kemegahan.

Terimalah hakikat yang kenderaan itu adalah hak milik pemandu yang digunakannya untuk mencari nafkah, dan bukan kereta anda.

Tip Pro:
  • Janji selesa dan sampai destinasi dengan selamat.
  • Berikan ‘rating’ berdasarkan kualiti perkhidmatan mereka.

3. Pakai tali pinggang keledar

Pemakaian tali pinggang keledar adalah untuk tujuan keselamatan dan penumpang yang didapati tidak memakainya akan dikenakan denda RM300.

Tip Pro:
  • Tiada undang-undang istimewa yang menyatakan penumpang Uber atau Grab tidak perlu memakai tali pinggang keledar. Jadi pakailah tali pinggang keselamatan yang disediakan.
  • Jangan memudaratkan pemandu anda yang mungkin akan dikenakan denda disebabkan oleh perbuatan anda yang tidak bertanggungjawab.

4. Hargai pemandu anda

Anda perlu ingat pemandu anda juga manusia biasa yang punya perasaan, dan sepertimana anda, masa mereka juga berharga.

Tip Pro:
  • Adakah pemandu anda sudah tiba? Jangan buat pemandu anda tunggu terlalu lama.
  • Bersopan-santun. Jangan tinggikan suara dan elak gunakan bahasa kasar.
  • Jangan hempas pintu.
  • Jaga kebersihan kenderaan. Makan, minum dan merokok adalah dilarang sama sekali!
  • Jangan bawa haiwan peliharaan kecuali dibenarkan

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Sunday, August 20, 2017

4 Tips Psiko Penemuduga Supaya Mental Anda Tak 'Koyak'

4 Tips Psiko Penemuduga Supaya Mental Anda Tak 'Koyak'

Awas. Sudah menjadi kebiasaan penemuduga untuk buat mental anda koyak supaya mereka dapat lihat bagaimana anda mengawal tekanan yang mereka berikan.

Tips Psiko Penemuduga

Adakah anda bakal tempuhi cabaran temuduga lagi dalam masa terdekat? Jika ya, di sini kami ingin kongsi beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk tingkatkan keyakinan diri sebelum anda bertemu para penemuduga.

Sebelum ini pun, anda pasti merasa kecewa apabila penemuduga dengan mudahnya buat diri anda mental breakdown hanya dengan soalan yang remeh.

Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada anda sewaktu proses temuduga nanti.

1. Warna pakaian main peranan tonjolkan imej diri

Warna pakaian

Sebenarnya setiap warna pemakaian cerminkan tanggapan yang berbeza. Jadi mari kita lihat Apa maksud warna baju untuk setiap warna yang anda pilih sebelum proses temuduga.
  • Coklat: Anda seorang yang berkaliber dan boleh diharap.
  • Merah: Simbol kekuatan.
  • Biru: Team player.
  • Hitam: Anda ingin tonjol bakat kepimpinan dalam diri.
  • Kelabu: Bersikap logik dan sentiasa ingin tahu.
  • Putih: Kemas dan tak serabut.

Sudah nampak warna pilihan anda? Kalau ya, cuba pakai untuk proses temuduga yang akan datang.

2. Beri jawapan selari dengan umur penemuduga

Penemuduga

Cara menjawab pun dah boleh pengaruh tanggapan penemuduga terhadap anda, jadi janganlah suka hati sembur jawapan.

Perhatikan saja lingkungan umur mereka:
  • Generasi Y (20an – 30an): Tekankan keupayaan multitask dan bawa sample kerja-kerja lama.
  • Generasi X (30an – 50an): Fokus pada tahap kreativiti dan kepentingan work-life balance dalam mempengaruhi prestasi kerja.
  • Baby Boomer (50an dan 70an): Anda perlu buktikan bahawa diri rajin berusaha dan hormati pencapaian mereka terhadap syarikat.
  • Silent Generation (70an dan 90an): Tonjolkan kesetiaan dan komitmen terhadap kerjaya sebelum ini.

3. Tiada salahnya kalau beri pujian pada syarikat tanpa perlu ‘try hard’

Try hard

Sudah terbukti melalui kajian daripada University of Washington dan the University of Florida bahawa calon pekerja yang cuba promote diri dengan dengan gaya selamba mempunyai potensi tinggi untuk diambil kerja.

Jadi, penting untuk anda kaji dahulu syarikat yang ingin ambil anda bekerja supaya anda tahu di mana anda perlu puji bakal majikan anda itu nanti.

Tak salah untuk anda beri kredit kepada bakal majikan anda, cuma jangan berlebihan. Nanti nampak macam anda terlalu desperate pula.

4. Tenang ketika perjelaskan kelemahan diri

Tenang

Soalan yang paling digeruni setiap job seeker – “What’s your greatest weakness?” Waktu inilah bermacam-macam jawapan yang akan muncul. Rata-rata semuanya klise di telinga sesiapa pun.

Hati-hati kerana melalui soalan saja, penemuduga mampu mengagak kejujuran diri anda. Kurangkan keraguan penemuduga, jawab saja soalan secara santai dan sempoi.

Tambah juga dengan berkata kelemahan anda itu boleh dibaiki di masa akan datang.

Selamat berjaya!

BACA INI JUGA: 5 Tips Temuduga Paling Berkesan

sumber: thevocket

Monday, July 10, 2017

Cara Lembutkan Daging Dan Ayam Beku Dalam Masa 5 Minit

Cara Lembutkan Daging Dan Ayam Beku Dalam Masa 5 Minit

Memang agak melecehkan apabila terpaksa menunggu daging yang kita bekukan dalam peti sejuk menjadi lembut sebelum dimasak.

Cara+lembutkan+daging+beku

Biasanya, daging direndam dalam air untuk dilembutkan namun ia mengambil masa yang lama (kira-kira sejam) untuk menjadi lembut.

Antara cara paling cepat dan mudah ialah dengan memasukkan daging ke dalam microwave namun kebiasannya kesegaran daging akan sedikit “lari” dan kemungkinan juga masakan anda akan menjadi overcooked.

Apa kata anda cuba petua dibawah. Peralatan yang anda perlukan adalah dua periuk jenis steel.

1. Terbalikkan periuk pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5-10 minit)

Secara fizik, logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang baik dan haba yang dihasilkan melalui proses ini sudah cukup kuat untuk melembutkan daging.

Cara+lembutkan+daging+beku

Tekanan dari air juga menekan logam di atas daging sekaligus meningkatkan kawasan permukaannya supaya ia boleh menyalurkan lebih banyak haba dari yang mempercepatkan daging menjadi lembut.

Jadi proses memasak anda akan menjadi lebih cepat selepas ini.

Tak perlu gusar lagi kalau anda terlupa untuk merendam daging lebih awal ataupun membatalkan niat anda untuk memasak gara-gara perlu menunggu lama. Selamat mencuba!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Awas! Hidangan Steak Daripada Gam Daging!

sumber: wanista

Thursday, June 22, 2017

Tips Beli Lemang Dari 'Pakar' Yang Anda Patut Baca

Tips Beli Lemang Dari 'Pakar' Yang Anda Patut Baca

Lama tak post thread panjang-panjang. Kali ni nak post tips nak membeli lemang. Untuk kawan-kawan dan rakyat marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai-gerai tepi jalan pilihan korang.

Tips+Beli+Lemang

Sepanjang 15 tahun tolong family bakar lemang, tahun ni first time aku tak jual lemang sebab wife due bersalin minggu raya.

So ada ilmu sikit-sikit ni tak salah kita share ramai-ramai kan?

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang.

Sesetengah org, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Jangan pilih lemang yg terlalu besar dan lemang yg terlalu kecil. Ambil yg sedang-sedang, sebab yg besar x semestinya dimasak dengansempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak.

Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi.

Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yg sedang2. Errr… Paham dak ni?

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Inikerana, nak bakar lemang ,orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak.

Sesetengah org jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.

4. Cuba minta diskaun kalau belibanyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat rm50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila.

Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…

5. Jangan dan jangan singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang.

Sebabnya,Gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan?

Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai-anai makan.

So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.

6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering.

Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.

Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dahterkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin-masin sikit dan berlemak. Dappp uummhhh…

7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana2 pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?

8. Sebelum korang beli lemang,pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

9. Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang.

Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang.

Sekarang zaman viral, lemang x masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.

Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan-tuan, kopi hipster rm20 secawan beli tak komplen pun.

*Pengalaman saya menjual dan membakar lemang sejak umur 10 tahun pun rasanya tak cukup lagi ni. Setakat 100 batang sekali bakar, 35 minit je.

Tapi, sejak dah berkecimpung dengan dunia perkapalan, susah sikit nak bagi komitmen meniaga lemang sekarang, dengan rezeki anak sulung lagi.

*Tak ramai anak muda yang pandai bakar lemang. Kepakaran membakar lemang ni patut dipelajari generasi muda.

Benda-benda macam ni boleh menjana pendapatan time-time nak raya. Walaupun tahun ni saya tak buka gerai Lemang Cukup Tua (boleh search kat fb) di Permatang Pauh, saya still supply buluh kepada mereka-mereka yang nak meniaga lemang.

Boleh pm saya kalau sesiapa nak meniaga lemang. Akhir kalam, saya Harris Rosli izinkan sapa-sapa nak share artikel ni.

Selamat Hari raya semua!

BACA INI JUGA: Fakta Kenapa Makanan Segera Bahaya Untuk Kesihatan

sumber: mynewshub