Friday, November 27, 2015

Benarkah Islam Disebarkan Melalui Pedang (Kekerasan)?

Benarkah Islam Disebarkan Melalui Pedang (Kekerasan)?

Orang bukan Islam pada umumnya mendakwa bahawa Islam tidak akan memiliki jutaan pengikut di seluruh dunia jika tidak disebarkan dengan jalan kekerasan.

Islam dan Keganasan
Kanak-kanak Islam Palestin dibunuh tanpa perkemanusiaan.

Namun, fakta-fakta berikut akan menjelaskan bahawa Islam bukanlah disebarkan dengan "pedang" (kekerasan), melainkan dengan kebenaran, alasan-alasan yang masuk akal dan logik, yang menjadi media penyebaran Islam di seluruh dunia.

Islam bererti perdamaian

Islam berasal dari akar kata "salaam", yang bererti selamat. Kata tersebut juga bermaksud mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bagi yang mengucapkan salam mahupun penerima salam.

Oleh sebab itu Islam disebut sebagai agama perdamaian yang diperoleh dari pengharapan selamat dan sejahtera seseorang untuk diri sendiri dan orang lain kepada Sang Maha Pencipta, Allah SWT.

Terkadang kekerasan digunakan untuk mempertahankan kedamaian

Tidak semua manusia di dunia mudah mempertahankan perdamaian dan keamanan. Ramai di antara mereka yang menggunakan perdamaian untuk kepentingan peribadi atau kelompok mereka.

Namun, kadang-kala, kekerasan harus dilakukan demi mempertahankan perdamaian. Untuk alasan inilah, Islam mempunyai kebijakan dalam menggunakan kekerasan terhadap pelaku jenayah dan unsur-unsur anti sosial untuk mempertahankan perdamaian.

Islam memiliki tujuan untuk menjaga perdamaian dan di masa yang sama, Islam juga mengingatkan pengikutnya untuk melawan jika ada penindasan.

Dalam Islam, kekerasan hanya boleh digunakan untuk menjaga perdamaian, kebenaran dan keadilan.

Pendapat sejarahwan De Lacy O'Leary

Tanggapan terbaik yang menyanggah salah faham terhadap pendapat yang menyatakan bahawa Islam disebarkan dengan kekerasan diwacanakan oleh seorang sejarahwan bernama De Lacy O'Leary dalam bukunya, "Islam at the Cross Road" halaman 8:

"Sejarah telah menceritakan secara bohong bahawa cerita tentang umat Muslim yang menakluki seluruh dunia menggunakan kekerasan dan memaksa penduduk negara yang ditakluk untuk menganut Islam adalah mitos paling jijik yang diulang-ulang oleh sejarahwan."

Islam menguasai Sepanyol selama 800 tahun

Umat Islam menguasai Sepanyol kira-kira 800 tahun lamanya. Apa yang hebatnya, umat Islam di Sepanyol tidak pernah memaksa orang-orang di Sepanyol untuk menganut agama Islam secara paksa atau dengan kekerasan.

Kemudian, datang tentera Salib ke Sepanyol dan membunuh hampir semua umat Muslim. Pada saat itu, tidak ada seorang Muslim pun di Sepanyol yang bebas mengumandangkan azan, yakni seruan untuk ibadah solat bagi umat Islam.

Penduduk Jazirah Arab berjumlah lebih 14 juta beragama Kristian Koptik

Umat Islam adalah penguasa Arab selama 1,400 tahun. Untuk beberapa tahun Inggeris menguasai Arab dan untuk beberapa tahun pula Perancis.

Hingga ke hari ini, terdapat lebih 14 juta orang Arab yang beragama Kristian Koptik (Kristian sejak beberapa generasi sebelumnya).

Bila Islam disebarkan dengan menggunakan pedang, maka tidak akan ada seorang pun Bangsa Arab yang beragama Kristian.

Lebih 80% penduduk India adalah non-Muslim

Islam telah menguasai India selama ribuan tahun dan jika mereka mahu, mereka boleh menggunakan kuasa mereka untuk memaksa semua orang bukan Islam di India untuk memeluk Islam. Secara fakta, ketika ini lebih dari 80% populasi India adalah penganut Hindu.

Semua penduduk bukan Islam India menjadi saksi sehingga kini bahawa Islam tidak disebarkan menggunakan pedang mahupun kekerasan.

Indonesia dan Malaysia

Indonesia adalah negara yang memiliki jumlah umat Islam terbesar di dunia. Manakala majoriti penduduk Malaysia adalah Islam.

Seseorang bertanya, "Tentera Islam manakah yang pernah pergi ke Indonesia dan Malaysia untuk menyebarkan Islam dengan kekerasan dan paksaan?"

Pantai Timur Afrika

Hampir serupa, Islam telah menyebar dengan cepat di Pantai Timur Afrika. Seseorang mungkin bertanya, jika Islam disebarkan dengan pedang, "Tentera Islam manakah yang telah menyerang dan memaksa penduduk di Pantai Timur Afrika memeluk agama Islam?"

Tidak ada paksaan dalam beragama

Telah difirmankan oleh Allah dalam Al-Qur'an di surah berikut, "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat." QS 2:256

Pedang Intelektual

Sebenarnya, pedang intelektuallah yang mampu menguasai hati dan fikiran manusia. Al-Qur'an Surat An-Nahl ayat 125, "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik." Q.S 16:125

Islam adalah agama paling cepat berkembang di seluruh dunia

Ketika ini, agama dengan pertumbuhan paling pantas di Amerika Syarikat adalah Islam. Agama yang berkembang pesat di Eropah pun adalah Islam. Begitu juga agama yang paling pantas berkembang diseluruh dunia adalah Islam.

Populasi umat Islam berbanding jumlah penduduk di Eropah juga meningkat dengan begitu ketara. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, umat Islam jika dibandingkan dengan penduduk Eropah telah meningkat kira-kira satu peratus bagi setiap dekad iaitu daripada empat peratus pada 1990 kepada enam peratus pada 2010.

Corak peningkatan dan perkembangan ini dijangka berterusan sehingga 2030, ketika umat Islam dijangka membentuk lapan peratus daripada jumlah penduduk Eropah.

Menurut kajian yang dijalankan Pewresearch.org, bahawa pada tahun 2050, Rusia akan menjadi negara Islam.

Pada tahun 2050 juga, jumlah pengikut Islam akan menyamai agama Kristian, dan akan melebihi Kristian secara global pada tahun 2070.

Kajian ini mengambil-kira perbezaan pertumbuhan penduduk dan jumlah perpindahan agama.

Kajian ini mengatakan bahawa Kristian adalah agama terbesar di dunia pada tahun 2010, dengan perkiraan 2.2 bilion orang, mewakili hampir satu pertiga (31 peratus) dari semua populasi penduduk dunia.

Islam berjumlah 1.6 bilion pengikut mewakili 23 peratus dari populasi global.

Jika tren demografi ini terus berlanjutan, di pertengahan abad ini, populasi Muslim dijangkakan meningkat sekitar 73 peratus, 30 peratus dari populasi dunia (2.8 bilion).

Kristian pula mewakili 31 peratus dari populasi dunia (2.9 bilion).

Pertanyaannya, pedang manakah yang memaksa Masyarakat Barat dan dunia untuk menerima Islam dalam jumlah yang sangat besar?

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (yang demikian). Dialah yang megutuskan Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan-Nya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” Surah al-Saf, ayat 8-9.

BACA INI JUGA: Jika Agama Adalah Keganasan, Agama Mana Yang Paling Ganas?

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, November 22, 2015

Freemason, Perang Salib, Knight Templar Dan Buku Sihir

Freemason, Perang Salib, Knight Templar Dan Buku Sihir

Siri Perang Salib pada tahun 1099 adalah permulaan kepada dunia yang dikatakan moden ini. Ketika itu, Jurusalem telah jatuh ke tangan tentera Salib.

Freemason

Dan pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Kumpulan ini telah mengawal keadaan di Jurusalem dan juga telah mencipta satu sistem ekonomi sendiri.

Sesuatu yang unik telah berlaku kepada kumpulan ini yang ramai tidak pernah tahu. Kumpulan ini telah menemui 'harta' yang tidak ternilai di bawah Masjid Al-Aqsa ketika berada di Jurusalem.

'Harta' tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman. Semua buku sihir tersebut telah disimpan didalam sebuah bilik rahsia di bawah Al-Aqsa.

Knight Templar telah menemui bilik tersebut dan mempelajari simbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israil. Sihir-sihir tersebut dikatakan sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan upacara penyembahan Iblis.

Mereka dapat berhubung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi. Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala kenikmatan yang tiada tandingan.

Dan sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya, termasuklah membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan nanti.

Sejarah penubuhan kumpulan rahsia Freemason

Apabila Jurusalem berjaya dirampas semula oleh tentera Islam, The Knight Templar terpaksa lari ke Eropah. Mereka membina semula kekuatan di sana. Menyedari perkara ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Knight Templar.

Amalan sihir mereka terbongkar dan hampir semua ahli mereka ditangkap, dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Malangnya, dalam sejarah kita diajar kononnya mereka yang ditangkap itu adalah para saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan Eropah.

Namun, sebahagian kecil daripada mereka terselamat. Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi 'Freemason'..

Mari tonton video dibawah untuk mengetahui banyak lagi konspirasi kumpulan rahsia ini..



BACA INI JUGA: Freemason, Penipuan Teori Evolusi Darwin Dan Fitnah Dajjal

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, November 18, 2015

Freemason, Penipuan Teori Evolusi Darwin Dan Fitnah Dajjal

Freemason, Penipuan Teori Evolusi Darwin Dan Fitnah Dajjal

Zaman batu sebenarnya tidak pernah wujud. Zaman gangsa juga tidak pernah wujud. Zaman 'Paleolitik' hanyalah satu khayalan. Zaman 'Mesolitik' hanyalah satu istilah dongeng.

Penipuan Teori Evolusi

Dan tahukah anda siapa dalang disebalik penipuan sejarah ini? Charles Darwin dan para penyokong teori evolusi.

Teori evolusi hanyalah pembohongan semata-mata. Dan menjadi satu kewajipan untuk mengetahui sejarah sebenar kita.

Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada suatu zaman, akan kedatangan satu fitnah yang paling besar dalam sejarah tamadun manusia, iaitu fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.

Suatu zaman dan peluang terbaik untuk Iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka bersama-samanya. Dan zaman itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya sekarang.

Mari tonton video dibawah untuk mengetahui kebenarannya.



BACA INI JUGA: Teori Konspirasi Illuminati Disebalik Filem Minions dan Despicable Me

-SENTIASAPANAS.COM