Thursday, February 26, 2015

Makna Disebalik Tatu Zlatan Ibrahimovic

Makna Disebalik Tatu Zlatan Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic meraikan jaringan keduanya di Parc des Princes, beberapa minggu lalu dengan menanggalkan jersi Paris Saint-Germain yang mendedahkan nama 50 orang paling dekat dengan hatinya.

Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [2]

Disebabkan itu dia dilayangkan kad kuning oleh pengadil Franck Schneider dan terlepas perlawanan Ligue One dengan Monaco.

Namun, tahukah anda semua makna disebalik semua tatu pada badan Zlatan Ibrahimovictersebut?

Tatu-Zlatan-Ibrahimovic
Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [3]
Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [5]
Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [6]

MAKNA DI SEBALIK TATU IBRAHIMOVIC

Pergelangan tangan kiri dan kanan: ‘Ibrahimovic Code’ tarikh lahir keluarganya. Pergelangan tangan kanan menunjukkan bila bapa, abang, adik lelaki dan dua anak lelakinya dilahirkan.

Lengan kanan: Nama bapanya ‘Sefik’ dan dua anak lelakinya ‘Maximilian’ and ‘Vincent’.

Lengan kiri: Tarikh lahir ibu dan kakaknya. Dia menggunakan tangan kanan untuk menulis mengenai lelaki kerana ia menunjukkan kekuatan dan lengan kiri untuk wanita yang dekat di hatinya.

Perut kanan: Dua daun terup, ace of hearts dengan huruf ‘H’ dipercayai melambangkan tunangnya Helena Seger. Ace of clubs melambangkan spiritualiti.

Kanan tubuh: Naga merah melambangkan personalitinya. Dalam masyarakat Jepun, naga melambangkan pahlawan.

Kiri tubuh: ‘Only God Can Judge Me’

Dada dan perut: 50 nama yang mewakili 805 juta penduduk yang kelaparan, antaranya ‘Antoine’, ‘Omar’ dan ‘Yovana’ untuk meningkatkan kesedaran mengenai penderitaan mereka seiring dengan Program Makanan Dunia.

Lengan kiri: Nama ibunya ‘Jurka’

Bahu kiri: Koi Jepun yang berenang melawan arus, simbol maskulin.

Belakang badan (atas): Bulu pelepah helang, berasal dari Amerika Utara dan melambangkan kekuatan dan keberanian.

Belakang kanan (atas): Yant Prajao Khao Nirote dari agama Buddha bagi perlindungan daripada penderitaan.

Bahu kanan: Simbol suku kaum Maori untuk melindungi diri dan keluarganya.

Belakang badan (kiri): Vitruvian Man hasil Leonardo Da Vinci melambangkan manusia sempurna.

Belakang badan (tengah): Lukisan ‘Five Deva Faces Yantra’ - mewakili lima elemen.

BACA INI JUGA: Floyd Mayweather Ahli Sukan Paling Kaya Di Dunia

Sumber: Hmetro.com.my

Thursday, March 06, 2014

Obses Cacah Tatu Peta Dunia Di Badan!

Obses Cacah Tatu Peta Dunia Di Badan!

Seorang bekas peguam dari Louisiana, Amerika Syarikat memiliki cara tersendiri untuk mengabadikan kegemarannya melancong dan mengembara ke seluruh dunia.

Bill Passman Tattoo
Proses mencacah tatu.

Bill Passman, 59 tahun mencacah tatu di bahagian belakangnya dengan corak peta dunia kerana obsesnya kepada penggembaraan.

Sejak mula melancong pada usia 51 tahun, kini Bill sudah pun menjejaki sekurang-kurangnya separuh jumlah negara yang ada di bumi ini.

Untuk mengikuti perjalanan beliau, setiap kali Bill tiba di sebuah tempat yang belum pernah dijejaki ia akan diwarnakan oleh artis tatu dengan warna berbeza.

Setakat ini, kira-kira 60 buah negara di belakang badan Bill sudah diwarnakan sementara bakinya bakal diwarnakan tidak lama lagi.

Bill Passman Tattoo [2]
Lokasi yang sudah dilawati.

Perjalanan pertama Bill selepas mendapat pasportnya ialah ke Tanzania dan kemudian membuat keputusan untuk mengembara sepenuh masa.

Pada tahun 2010, beliau berhenti bekerja sebagai peguam dan mula melancong.

Beliau berada jauh dari rumahnya hampir sepanjang tahun, Bill hanya kembali ke rumahnya selama kira-kira tiga bulan dalam masa setahun.

Menurut beliau, negara kegemaranya ialah Guatemala.

“Saya mendapatkan tatu ini untuk diukit di belakang saya sebagai menunjukkan kesukaan saya kepada pelancongan.

“Ia adalah sebagai satu memori abadi berkenaan semua tempat menarik yang sudah saya kunjungi,” katanya.

Bill Passman Tattoo [3]
Salah satu lokasi dilawati Bill.

Selain tatu, Bill merupakan seorang penulis blog yang aktif. Di laman webnya, beliau menulis berkenaan inspirasinya membuat tatu berkenaan ialah seorang wanita yang ditemuinya di Antigua.

Wanita itu juga memiliki cacahan tatu berbentuk peta dunia di belakangnya, dan pada setiap lokasi yang dilawatinya ia akan ditandakan dengan titik berwarna merah. -Mynewshub

Wednesday, February 06, 2013

'Saya Mahu Dia Mentatu Setiap Inci Tubuh Saya'

'Saya Mahu Dia Mentatu Setiap Inci Tubuh Saya'

Seorang lelaki yang gemarkan tatu mengabadikan namanya di wajah teman wanitanya kurang daripada 24 jam selepas mereka bertemu buat kali pertama.

'Saya Mahu Dia Mentatu Setiap Inci Tubuh Saya'
Wajah Lesya yang ditatu kurang daripada 24 jam selepas bertemu kekasihnya buat kali pertama.

Lesya Toumaniantz dari Saransk, Russia membenarkan Rouslan Toumaniantz mengukir nama ‘Ruslan’ di wajahnya menerusi tulisan gergasi Gothik pada hari mereka bertemu.

Pasangan itu yang bertemu di laman sembang dalam talian berkata, mereka serta-merta ‘jatuh cinta’ dan kemudian segera bertemu di Moscow, tempat di mana mereka akan berkahwin.

“Ia adalah simbol kesetiaan abadi kami. Saya mahu dia mentatu setiap inci tubuh saya,” kata Lesya.

BACA INI JUGA: Giler! Gadis Buat Tatu di Lubang Punggung!

-SENTIASAPANAS.COM