Sunday, September 30, 2018

SKMM Kongsi Cara Hentikan SPAM SMS Telco Di Malaysia

SKMM Kongsi Cara Hentikan SPAM SMS Telco Di Malaysia

Semua orang benci spam SMS. Bukan rakyat Malaysia sahaja, satu dunia membencinya. Ia merupakan iklan SMS yang dipaksa kepada kita walaupun tidak diminta. Paling teruk, kredit dipotong tanpa kebenaran sampai licin habis!

STOP SMS ADVERTISING

SKMM sebelum ini telah mendedahkan rahsia bagaimana untuk menyekat terus daripada menerima spam SMS. Cara ini juga dikongsikan kepada consumer info atau persatuan pengguna.

Ini bukan arahan global opt out maksudnya, tidak ada satu arahan yang dapat dihantar bagi menyekat semua spam SMS sampai bila-bila. Pekhidmatan auto opt out tiada di Malaysia.

Ini kerana kerajaan hendak menggalakkan syarikat pembekal kandungan berkembang dalam industri Telco Malaysia. Oleh itu arahan opt out cuma dapat diberi apabila kita sudah menerima spam SMS.

Shortcode

Syarikat pembekal kandungan menghantar spam SMS menggunakan gateway tertentu yang sudah melanggan nombor kod khas atau shortcode.

Cara untuk mengenali shortcode di Malaysia:
  • 1XXX – kerajaan
  • 2XXX – Telco
  • 3XXX – pembekal kandungan
  • 6XXX – bulk SMS

Setiap shortcode pula mungkin dikongsi oleh beratus syarikat yang menggunakan servis syarikat pembekal.

Jadi jangan terkejut jika anda terima spam SMS daripada bank dan juga spammer menggunakan shortcode yang sama.

Arahan Shortcode

Ini adalah arahan rahsia yang tidak banyak pembekal kandungan akan beritahu anda dalam iklan mereka di media walaupun ia merupakan undang-undang SKMM.
  • OUT
  • STOP
  • STOP ALL
  • HELP

Jika anda terima spam katakan daripada 3XXX.

Anda boleh hantar arahan OUT kepada 3XXX untuk berhentikan SPAM daripada syarikat tersebut.

Banyak syarikat menghantar SPAM promosi perkhidmatan yang baru dilancarkan. Arahan OUT ini adalah satu-satunya arahan untuk menghentikan segala jenis promosi daripada shortcode tersebut.

Arahan untuk no 2 dan 3 adalah khas untuk SMS premium. Maksud servis premium ini adalah servis berbayar dan ia berbentuk langganan. Ada langganan bulanan, mingguan dan juga harian.

Siapa yang guna khidmat Telco pra bayar susah nak kesan servis langganan ini, tahu-tahu sahaja baki sudah habis. Kalau anda guna khidmat pasca bayar, anda boleh rujuk dalam bil bulanan anda dan terus hantar arahan dibawah.

Arahan STOP biasanya perlu ditambah dengan nama servis contohnya RING. Jadi kita hantarkan STOP RING kepada 3XXX bagi memberhentikan servis langganan SMS premium.

Arahan STOP ALL adalah langkah terbaik jika anda tidak tahu nama servis dan anda geram kerana sudah kena caj sampai habis baki setiap kali top up.

Kadang kala kita tidak sedar anak-anak yang main telefon terlanggan servis. Kadang-kadang secara tak sedar pula kita terlanggan servis apabila menggunakan khidmat semak saman contohnya.

Hati-hati apabila anda di minta hantar kod YES kepada mana-mana shortcode. YES ini biasanya adalah arahan untuk melanggan.

Berwaspada juga apabila memuat turun aplikasi mobile percuma daripada internet atau Google Play. Anda mungkin terus akan melanggan servis tertentu.

Arahan terakhir HELP akan menerangkan arahan-arahan lain kepada anda. Arahan ini tidak boleh dicaj premium oleh syarikat pembekal.

Mungkin ada ahli keluarga, rakan dan kenalan yang tidak tahu mengenai rahsia menghentikan spam SMS dan servis langganan premium SMS.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan semua orang yang mungkin menghadapi masalah ditipu syarikat TELCO di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iklanlahpercuma

Thursday, January 15, 2015

Senarai Penipuan Syarikat Telco Didedahkan PPIM

Senarai Penipuan Syarikat Telco Didedahkan PPIM

Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang munasabah, ianya didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara.

Telefon-pintar

Tindakan syarikat telekomunikasi yang dilihat tidak telus dalam urusan perkhidmatan data internet disifatkan satu penipuan yang harus ditangani segera oleh kerajaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkenaan hal berkenaan dan ia dilihat semakin berleluasa.

Telco juga mengamalkan bentuk perniagaan yang tidak sihat dalam pelan perniagaan data yang ditawarkan mereka.

Menurut beliau lagi, apa yang dialami para pengguna kini merupakan satu bentuk penipuan telco dan ada kes juga di mana pelanggan melanggan data tetapi langsung tidak menerima perkhidmatan seperti yang dijanjikan.

“Itu penipuan lah tu, patutnya jika pelanggan melanggan 3 gigabyte (GB) patutnya tiga, dapatnya 1.5GB kadang-kadang tidak dapat langsung, orang pun marah pilih syarikat telekomunikasi lain tetapi perlu menandatangani kontrak selama dua tahun.

Datuk Nadzim Johan PPIM
Datuk Nadzim Johan.

“Jika ada pengguna tidak bayar, tiap-tiap bulan dikenakan penalti pula setiap bulan RM50… Akhirnya ada pengguna sampai perlu membayar RM20,000 lebih bermula daripada hanya RM200 yang tidak dibayar,” katanya.

Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Perayauan Antarabangsa (Roaming) - Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada syarikat telekomunikasi (TELCO), pihak TELCO mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.

Kehilangan Kredit Pra-Bayar - Syarikat TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan.

Pelan Data Internet - Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.

Kesahihan Baki Data Internet - Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh syarikat TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet.

Penalti Bayaran Lewat - Ada aduan diterima PPIM, pelanggan syarikat TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.

Panggilan Tidak Berjawab - Panggilan pelanggan syarikat TELCO jika tidak dijawab, ianya tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.

Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO - Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.

Mesej Berbayar Yang Tidak Dilanggan - Tambahan kepada penipuan syarikat TELCO di Malaysia seperti yang dialami oleh SP sendiri, kredit sebanyak RM1 akan dipotong selepas membuka mesej yang dihantar oleh penyedia rangkaian sedangkan tiada langganan pernah dilakukan. Kejadian hanya disedari selepas berbulan-bulan menerima mesej beberapa kali seminggu. Sial punya selkom..

Siapa Pantau Kesahihan Penggunaan Data?

Mudah untuk syarikat telekomunikasi (Telco) sekadar menghantar SMS memberitahu kita sudah habis guna dan sila beli lagi kalau nak guna lagi. Nampak macam kaedah marketing untuk perah duit pelanggan sendiri.

Kalau perkiraan data yang dirakam dalam telefon bimbit dikatakan tidak sama dengan jumlah yang dikira syarikat telekomunikasi (Telco), maka siapa yang harus dipercayai untuk memastikan pengguna mendapat jumlah data yang tepat seperti yang dijanjikan?

Di mana pengguna hendak periksa dengan tepat dan dipercayai jumlah yang telah mereka gunakan?

Untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak yakni pengguna dan telco agar tidak wujud sebarang syak wasangka atau curiga, maka satu mekanisme pemantauan bebas perlu diwujudkan.

Pelanggan harus ada cara untuk mengetahui jumlah sebenar penggunaan dan bukannya bergantung kepada kata-kata telco semata-mata.

Kesimpulan

Sudah terlalu lama pengguna ditipu hidup-hidup dengan caj-caj mengarut oleh syarikat TELCO dan bukan sedikit yang sudah menjadi mangsa.

Apa gunanya ada kementerian berkaitan telekomunikasi atau pengguna kalau benda penting begini tidak diperbetulkan.

Telco kita adalah antara penipu berlesen terbesar tetapi sering kali terlepas!

BACA INI JUGA: Astro Tipu Rakyat Dan Kerajaan!

-SENTIASAPANAS.COM