Monday, December 31, 2018

4 Pantang Larang Apabila Makan Suplemen Untuk Kesan Maksimum

4 Pantang Larang Apabila Makan Suplemen Untuk Kesan Maksimum

Anda baru sahaja melaburkan wang untuk vitamin untuk kesihatan yang lebih baik namun, masih tidak merasa manfaatnya setelah mengambil suplemen dan vitamin setelah beberapa lama.

Panduan Makan Suplemen

Mari kita ‘check-it-out‘ sama-sama senarai semak dan pantang larang tentang pemakanan suplemen ini kerana mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang atau anggap remeh.

Beberapa Faktor Kenapa Vitamin Tidak Berkesan

Saya memang yakin ramai yang tahu tentang keberkatan amalan yang istiqamah. Dalam hal supplemen atau vitamin pun konsepnya sama.

Kita perlu beristiqamah atau konsisten bagi mendapatkan kesan optimum hasil dari pengambilan supplemen. Berapa lama kita perlu istiqomah itu?

Menurut pakar nutrisi, kita disarankan untuk makan suplemen ini secara konsisten sekurang-kurangnya selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian dan kesan yang optimum.

Tambah pula, sel-sel tubuh kita kita hidup antara 90 ke120 hari.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan mereka tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau suplemen.

Setelah diselidik, ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi iaitu:

1. Memandang Remeh Pengambilan Air Kosong Seperti Yang Disarankan

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka minuman yang bergula dan berperisa.

Air yang manis bukan sahaja meningkatkan kepekatan darah malah punca utama masalah kegemukan atau obesiti.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik iaitu sekurang 3 liter sehari (lebih kurang 8 gelas).

Sebenarnya pengambilan air masak yang mencukupi ini bukan sahaja untuk pengambilan vitamin, tetapi memang disyorkan oleh pakar perubatan untuk kesihatan berkekalan.

Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan sel tubuh keliru sama ada kita berasa lapar atau haus.

2. Elakkan Makan Vitamin Secara Banyak Sekali gus Dalam Satu Masa

Apabila kita makan semua sekali vitamin secara sekali gus, ini akan meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu sahaja.

Biasanya, ramai yang suka amalkan perkara ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.

Justeru, cubalah untuk agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan tubuh agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa sahaja.

Ini untuk membantu buah pinggang tidak terlalu dibebankan untuk bekerja pada satu-satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan Pengambilan Vitamin Bersama Ubat

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam.

Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas anggaran masa 1 jam ke 2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan Pengambilan Kafein Dalam Diet Harian

Tahukah anda pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sudah sedia ada dalam badan?

Maka pengambilan minuman yang berkafein tinggi seperti kopi secara berterusan, boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini.

Kita mungkin tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan penyerapan vitamin terjejas disebabkan pengambilan kafein secara berterusan.

Namun, bukan bermakna tidak boleh minum kopi. Boleh. Cuma hadkan kepada 1 cawan sehari atau jangan minum kopi sekurang-kurangnya 3 jam sebelum makan vitamin atau suplemen.

BAHAYA MAKAN UBAT BANYAK-BANYAK SERENTAK

Apabila menghidap sesuatu penyakit, kadangkala kita mungkin diberikan dengan lebih dari satu jenis ubat. Selain itu, mungkin ada antara kita yang ada mengambil vitamin atau suplemen tambahan setiap hari.

Timbul persoalan samada ubat-ubatan tersebut boleh diambil secara serentak atau tidak. Sebagai contoh, seorang pesakit darah tinggi tercedera dan luka dengan teruk. Doktor kemudiannya mempreskripsi ubat tahan sakit dan antibiotik.

Kini, selain dari ubat darah tinggi, pesakit itu perlu mengambil ubat tahan sakit dan antibiotik. Jadi bagaimana caranya untuk mengetahui cara yang betul untuk mengambil ubat-ubat tersebut?

Ubat-ubatan boleh memberi interaksi antara satu dengan lain apabila dua atau lebih ubat diambil pada satu-satu masa. Ia boleh menyebabkan kesan ubat bertambah, kesan sampingan menjadi teruk atau kesan sesuatu ubat berkurangan. Ia juga dipanggil sebagai interaksi ubat-ubat ( drug-drug interaction).

Interaksi ubat-ubat

Kebanyakan ubat akan diproses di dalam hati dengan bantuan enzim-enzim tertentu. Ia kemudian akan dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil dan disingkirkan melalui buah pinggang.

Namun, sesetengah ubat berupaya mengganggu proses metabolisme dan penyingkiran ubat lain.

Sekiranya ubat A boleh menghalang enzim yang memproses ubat B di dalam hati, ia akan menyebabkan kepekatan ubat B di dalam darah menjadi tinggi.

Ini boleh menyebabkan risiko kesan sampingan berlaku lebih tinggi. Dalam situasi ini, dos ubat B akan dikurangkan untuk mengelakkan kesan sampingan.

Pada keadaan lain, sekiranya ubat A meningkatkan aktiviti enzim yang memproses ubat B, kepekatan ubat B dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan menyebabkan ubat B kurang berkesan dan sekiranya ia berlaku, dos ubat B akan dinaikkan.

Interaksi ubat-ubat juga boleh berlaku dengan cara yang lain. Contohnya, menyebabkan perbezaan kadar serapan dari usus dan kadar penyingkiran melalui buah pinggang.

Interaksi ini boleh menyebabkan situasi kepekatan ubat menjadi tinggi atau rendah seperti yang diterangkan di atas.

Ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan yang sama boleh menyebabkan kesan sampingan menjadi lebih teruk sekiranya diambil serentak.

Contohnya, ubat selsema yang boleh menyebabkan mengantuk, diambil dengan ubat tahan sakit yang juga menyebabkan mengantuk, kesannya akan lebih tinggi.

Sewaktu anda mengambil ubat dari ahli farmasi, mereka akan menyemak interaksi ubat-ubat ini sebelum mendispen ubat kepada anda.

Oleh itu, amat penting untuk anda mendapatkan ubat dari sumber yang betul dan ubat anda diperiksa sebelum sampai kepada anda.

Bagaimana untuk mengelakkan ia dari berlaku?

Sebagai pesakit, anda juga boleh memainkan peranan bagi mengelakkan interaksi ubat-ubat yang boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini berlaku kepada anda.

Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah:-

1. Sentiasa baca label dan patuh pada arahan pemakanan ubat. Selain dos, waktu pengambilan ubat juga perlu dipatuhi.

2. Baca sisipan ubat dalam bungkusan ubat yang diberi kepada anda. Beri perhatian pada amaran-amaran yang diberikan.

3. Beritahu ahli farmasi sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan lain, selain yang dipreskrib oleh doktor. Interaksi ubat-ubat boleh berlaku diantara ubat yang dipreskrib dan suplemen atau ubat tradisional.

4. Dapatkan rawatan dari satu klinik atau ambil semua ubat dari satu farmasi sahaja. Ini untuk memastikan rekod ubat-ubatan anda tepat dan mudah untuk disemak.

5. Simpan preskripsi ubat-ubatan anda dengan baik.

6. Rekodkan semua ubat yang anda ambil termasuk suplemen dan ubat tradisional beserta dengan dos yang terkini.

7. Elakkan dari membeli ubat dari sumber yang tidak sah.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam memahami cara pengambilan ubat yang betul.

Interaksi ubat-ubat ialah satu perkara yang perlu diambil serius. Tanya ahli farmasi sekiranya anda tidak pasti.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Monday, June 26, 2017

Bukan Semua Orang Perlukan Supplemen! Rujuk 12 Perkara Ini Sebelum Buat Keputusan

Bukan Semua Orang Perlukan Supplemen! Rujuk 12 Perkara Ini Sebelum Buat Keputusan

Perlu atau tidak pengambilan makanan tambahan atau supplemen? Pada saya untuk soalan tersebut jawapanya adalah YA dan TIDAK.

Supplemen

Ya. Supplemen hanya diperlukan untuk golongan-golongan tertentu.

Antara golongan tersebut adalah:
  • Ibu mengandung dan juga ibu yang menyusu
  • Wanita yang bercadang untuk mengandung
  • Warga emas
  • Kanak- kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun
  • Penyakit–panyakit yang dicadangkan oleh doktor seperti penyakit buah pinggang, tirod dan sebagainya.

Tidak bagi mereka yang sihat.

Ini kerana orang yang sihat tidak memerlukan supplemen. Sebenarnya anda boleh memperolehi segala nutrient yang diperlukan oleh badan dengan hanya mengambil pelbagai variasi makanan dengan betul.

Harus diingat, tidak seperti ubat yang telah dijalankan kajian klinikal, supplemen bukan untuk menyembuh, merawat dan juga mencegah penyakit.

Banyak kajian telah dijalankan membuktikan supplemen tidak boleh merawat atau mengurangkan progress penyakit kronik.

Antara supplemen yang popular adalah seperti multivitamin, calcium, Vit B complex, calcium, vitamin D, pengurusan berat badan. Harus diingat penggunaan supplemen yang berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan.

Berikut pula adalah antara soalan yang perlu anda tanya diri sendiri sebelum mengambil mana-mana produk supplemen:

1. Pastikan anda menerima nasihat pengamal perubatan bertauliah. Jika doktor tidak sarankan, baiklah anda berfikir dahulu. Tetapi ingat, cuba elakkan dari berjumpa pengamal perubatan yang mempunyai conflick of interest.

2. Pilihlah produk yang mendapat kelulusan KKM. Jika anda ingin membeli supplemen, pastikan ianya mendapat kelulusan dari KKM. Jika mendapat kelulusan pastikan ianya yang asli. Kalau nak tahu berdaftar ke tidak, kena tengok hologram meditag dan nombor pendaftaran MAL supplemen ada N di belakang.

3. Hati- hati jika 1 supplemen mampu merawat puluhan penyakit. Ini kerana tiada benda dalam dunia ini yang mampu merawat puluhan penyakit. Jika ya, anda mungkin ditipu.

4. Hati-hati jika supplemen mampu merawat atau mengurangkan sakit dengan pantas. Kekemungkinan besar terdapat bahan-bahan yang terlarang seperti steroid, siburtramine, chlorpheramine dan sebagainya.

5. Elakkan dari membeli produk dari orang yang bukan dari bidangnya. Lebih baik membeli supplemen dari orang yang arif.

6. Jangan tinggalkan ubat yang diberikan oleh doktor. Walaupun anda mengambil supplemen, jangan anda tinggalkan ubat doktor seperti apa yang saya terangkan di nombor 1.

7. Lakukan ujian darah secara berkala. Ini untuk memastikan semua bacaan darah berada dalam julat yang normal.

8. Berhenti segera jika mempunyai kesan sampingan selepas menggunakan supplemen seperti ruam- ruam di badan, muka, bibir dan bengkak badan, kegatalan dan lain lain simptom yang dirasakan selepas mengambil supplemen.

9. Testimoni adalah paling lemah, dengar boleh percaya jangan. Dalam sesuatu kajian, testimoni adalah merupakan yang paling bawah dalam piramid sesuatu kajian. Jadi, dengar boleh percaya nanti dulu.

10. Elakkan dari membeli supplemen yang dikeluarkan dari luar negara, yang tiada pengesahan yang sah. Sebagai contoh produk luar negara yang dijual di kaki lima.

11. Jangan terlalu berharap sesuatu supplemen mampu untuk mecegah atau mengurang sesuatu simptom.

12. Baca kandungan supplemen dengan teliti sebelum membeli. Jika anda tidak memahami bahasa perubatan yang digunakan, sila ambil gambar dan bertanya kepada yang pakar.

Jika anda ingin ambil supplemen, fikir-fikirkan sebelum bertindak. Jangan kita menjadi mangsa kerakusan sesetengah pihak yang bertujuan mendapat keuntungan.

Apa yang penting hindari stress, ambil makanan dengan diet yang seimbang, lakukan senaman secara berkala, berhenti merokok dan kurangkan pengambilan alkohol adalah cara yang lebih efektif untuk menghindarkan diri dari pelbagai penyakit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 9 Makanan Tidak Perlu Dalam Diet Dan Wajib Dielakkan

sumber: thevocket

Apa Itu Vitamin D Serta Fungsi Pentingnya Kepada Kesihatan

Apa Itu Vitamin D Serta Fungsi Pentingnya Kepada Kesihatan

Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang memainkan peranan penting dalam tubuh manusia, misalnya untuk pembentukan struktur tulang dan gigi yang baik, penyelenggaraan kesihatan tulang dan menjaga fungsi organ tubuh lainnya.

Apa itu Vitamin D

Ada lima bentuk vitamin D, iaitu vitamin D1, D2, D3, D4, D5, akan tetapi hanya ada dua Vitamin D yang paling penting kepada tubuh kita, iaitu vitamin D2 (Ergocalciferol) dan D3 (cholecalciferol).

Mengapa kita Memerlukan Vitamin D?

Fungsi Vitamin D bagi Tulang

Vitamin D sangat penting untuk pembentukan, pertumbuhan dan pembaikan tulang dan untuk penyerapan kalsium secara normal.

Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosforus dalam tulang dan meningkatkan aliran kalsium ke dalam aliran darah.

Tanpa vitamin D, kalsium tidak akan diserap ke dalam tubuh.

Multiple sclerosis (MS)

Dalam tempoh bertahun tahun, pakar mengesyaki hubungan antara cahaya matahari, vitamin D dan gangguan autoimun yang merosakkan saraf ini.

Satu kajian menunjukkan kaitan antara tahap rendah vitamin D dalam badan dengan risiko MS, walau bagaimanapun, pernyataan itu masih memerlukan bukti dan penyelidikan lanjut.

Membantu Sistem Kekebalan Tubuh

Vitamin D mempunyai peranan penting untuk mempertahankan fungsi beberapa sistem organ serta sistem kekebalan tubuh terhadap penyakit seperti selesema biasa, menurut pendapat saintis dari University of Colorado Denver School of Medicine.

Vitamin D boleh membantu mengekalkan fungsi kognitif yakni dengan membantu otak tetap berfungsi dengan baik sehingga hari tua, termasuk melindungi warga tua terhadap penyakit Alzheimer dan Parkinson.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat, demikian menurut kajian yang dilakukan di Medical College of Georgia, Amerika Syarikat.

Vitamin D boleh mengurangkan gejala dan kekerapan asma juga kemungkinan dimasukkan ke hospital kerana asma, menurut penyelidik dari Harvard Medical School selepas melakukan kajian terhadap 616 kanak-kanak di Costa Rica.

Mengurangkan risiko kanser

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa individu dengan tahap vitamin D yang cukup mempunyai risiko lebih rendah terkena kanser, berbanding mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah.

Menurut Cancer Treatment Centers of America, kekurangan vitamin D lazim ditemui pada pesakit kanser tanpa memandang status pemakanan mereka.

Menurut kajian haiwan dan data epidemiologi, manfaat vitamin D boleh diperolehi oleh badan ini adalah untuk mencegah kanser kolon, kanser prostat, dan kanser payudara.

Hormon Active vitamin D dipanggil calcitriol dipercayai mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser dengan meningkatkan kematian sel-sel kanser, memperlahankan pertumbuhan dan perkembangan saluran darah baru dalam tisu kanser, serta pertumbuhan dikurangkan, pertambahan, dan penyebaran sel-sel kanser.

Membantu pemulihan pesakit batuk kering

Dos vitamin D yang tinggi boleh mempercepatkan penyembuhan pesakit batuk kering, menurut penemuan penyelidik di AS tahun 2012.

Diabetes

Beberapa kajian menunjukkan tahap yang lebih tinggi vitamin D dalam badan, lebih rendah risiko diabetes jenis 2.

Dalam diabetes jenis 2, tahap vitamin D kesan buruk yang tidak mencukupi pada rembesan insulin dan toleransi glukosa.

Satu kajian juga menunjukkan vitamin D yang mencukupi dalam zaman kanak-kanak menjadikan anak-anak mengelakkan diabetes jenis 1.

Kemurungan

Vitamin D telah dikaitkan dalam pembangunan dan fungsi otak. Satu kajian menunjukkan jika dos besar vitamin D boleh mengurangkan tanda-tanda kemurungan yang sederhana.

Walau bagaimanapun, kajian lain menunjukkan hasil yang pelbagai.

Sumber Vitamin D

Untuk mengelakkan dijangkiti pelbagai penyakit, anda boleh mendapatkan vitamin D dari sumber-sumber berikut:
  • Cahaya matahari. Apabila cahaya matahari ke dalam kulit, badan akan membuat vitamin D sahaja. Tetapi, jangan berjemur terlalu lama di bawah matahari, terutama jika dalam keadaan panas terik. Jangan lupa untuk memakai pelindung matahari supaya kulit tidak terbakar.
  • Minyak ikan. Vitamin D boleh didapati dalam ikan berminyak (salmon, sardin, ikan kembung), telur, susu, cendawan, hati lembu, minyak ikan kod, tuna, yogurt, dan lain-lain.
  • Suplemen.

Punca Kekurangan Vitamin D
  • Berumur 50 tahun ke atas.
  • Bukan penggemar susu dan laktosa.
  • Masalah hati dan pencernaan.
  • Masalah berat badan berlebihan.
  • Kesalahan ketika pengambilan ubat.

Cadangan keperluan Vitamin D
  • 600 iu kepada yang berumur sehingga 70 tahun.
  • 800 iu kepada yang berumur 71 tahun ke atas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ostematrix Suplemen Kalsium Terbaik 2017

sumber: facebook

Wednesday, May 10, 2017

Pentingnya Kalsium dan Magnesium Pada Tubuh, Dua 'Kembar' Ajaib Yang Diabaikan!

Pentingnya Kalsium dan Magnesium Pada Tubuh, Dua 'Kembar' Ajaib Yang Diabaikan!

Sangat sedikit masyarakat yang tahu pentingnya kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia.

Magnesium and Calcium

Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik.

Fungsi Magnesium sangat penting, tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Malah, magnesium juga dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet”.

Kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua.

Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang artikelnya dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause.

Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang tidak normal.

Dari data mangsa serangan jantung mendadak yang dilaporkan oleh Majalah Science tahun 1980, didapati bahawa magnesium yang ditemui dalam serum darah pada otot-otot jantung adalah sangat kurang dari jumlah yang sepatutnya.

Ini membuktikan bahawa kekurangan Magnesium juga mempengaruhi kesihatan jantung anda.

Kalsium dan Magnesium Kembar Ajaib

Kalsium dan Magnesium akan saling membantu dalam penyerapan apabila terdapat dalam jumlah yang mencukupi dan seimbang.

Jika dilihat dari fungsi dan prosesnya, kedua-dua mineral ini bekerja secara berlawanan (antagonistik).

Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular). Fungsi magnesium dalam metabolism sel ialah meningkatkan tenaga dalam tubuh.

Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari.

Angka ini adalah bagi orang yang sihat yang ingin mengekalkan kesihatan mereka.

Angka ini berbeza bagi orang yang mengalami masalah kerapuhan tulang, Osteoporosis dan mereka yang memerlukan kalsium magnesium yang lebih dari biasa.

Keperluan kalsium magnesium bagi wanita hamil disarankan supaya ditambah, begitu juga dengan wanita yang telah mengalami menopause serta tubuh yang sedang mengalami stress.

Bagaimana nak memilih kalsium terbaik untuk anda?

i. Pastikan produk tersebut mengandungi Vitamin D dan Magnesium.

ii. Elakkan produk yang dihasilkan dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.

iii. Elakkan produk yang mengandungi mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Kajian telah membuktikan, suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Kebaikan pengambilan konsisten suplemen Kalsium Magnesium adalah:

1. Menguatkan Tulang: Kalsium menghalang Osteoporosis, menguatkan kuku, menguatkan tulang, menguatkan gigi serta sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, Osteomalacia (rickets dewasa), kerapuhan kuku, ekzema, kekejangan otot, gusi berdarah dan meransang darah untuk pekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas: Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

3. Mengurangkan Stress dan Tekanan: Ianya mengimbangi tekanan darah, Memberikan rasa tenang, membantu menenangkan saraf dan membantu saraf untuk berehat supaya anda mendapat tidur yang selesa, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, memperbaiki masalah jantung berdebar dan gementar. Pengambilan bersama B Complex sangat membantu mengatasi sakit kepala dan masalah pitam.

4. Memperbaiki Masalah Haid: Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan kesakitan sewaktu haid dan membantu masalah membuang air kecil.

5. Pengalkalian Tubuh: Kalsium adalah mineral alkali dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang kegemukan dan obesiti diusia tua.

6. Mengatasi Masalah Sembelit: Kalsium membantu sel menyerap nutrisi dan merangsang detoksifikasi. Wanita hamil sangat digalakkan mengambil suplemen untuk mengelakkan masalah sembelit.

7. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

Kebaikan kandungan mineral lain yang terdapat di dalam suplemen kalsium dan magnesium adalah seperti berikut:

1. Vitamin D: Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk memaksimakan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka tulang, memperbaiki penyakit periodontal, baik untuk Vegetarian, baik untuk mereka yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas serta baik untuk wanita yang melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak.

2. Magnesium: Ia adalah ion positif yang kedua penting di dalam tubuh manusia. Ia mengalakkan komposisi tulang rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan anzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesait jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, MENGHALANG ENDAPAN KALSIUM, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum: Memelihara metabolism kerangka tulang dan pertumbuhan otot. Menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.

Pilihan di tangan anda untuk mengambil yang terbaik serta mudah dan yang paling penting kesihatan tetap terjaga dalam kesibukan kita bekerja dan menguruskan keluarga.

BACA INI JUGA:

sumber: diaryummiadam