Monday, December 04, 2017

Fenomena Supermoon Terakhir Tahun 2017

Fenomena Supermoon Terakhir Tahun 2017

Fenomena Supermoon atau dirujuk sebagai perigee iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan Bumi yang terakhir tahun 2017 ini boleh dapat disaksikan pada waktu petang hari Isnin di Malaysia (4/11/2017).

Fenomena Supermoon Terakhir Tahun 2017

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat berkata, imej bulan itu akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang ketika ia berada berhampiran dengan Bumi.

“Masa untuk menyaksikan Supermoon bermula pukul 08:45 GMT pada 4 Disember (4.45 petang waktu Malaysia) ketika bulan berada pada jarak 357,492 kilometer dari Bumi,” menurut kenyataan diterbitkan NASA.

Bagaimanapun, pakar NASA, Lyle Tavernier turut mengingatkan bahawa walaupun bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi, ia mungkin tidak kelihatan sebesar yang disangkakan oleh kebanyakan pihak.

“Perlu diingat bahawa peningkatan dalam saiz yang jelas boleh diliputi dengan tangan tidak akan menjadikannya kelihatan lebih besar. Membandingkan Supermoon dengan bulan penuh biasa adalah sesuatu yang sukar,” katanya.

Kali terakhir bulan dekat dengan Bumi ialah pada 14 November 2016 lalu apabila berada hanya 356,511 kilometer iaitu jarak paling hampir dalam tempoh tujuh dekad selepas kali terakhir pernah direkodkan sejak 26 Januari 1948.

Tahun 2017, fenomena Supermoon skala kecil turut dapat disaksikan di seluruh dunia pada 24 Jun lalu dan saintis astronomi global meramalkan keadaan sebegini cuma akan muncul semula pada 25 November 2034 kelak.

Situasi alam semesta tersebut berlaku apabila pergerakan orbit bulan berada pada kedudukan perigee iaitu ketika tempoh fasa purnama menyebabkan saiznya kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan normal.

Namun saiz fizikal bulan berkenaan sebenarnya langsung tidak berubah sama sekali dan ia dijangka memberi kesan langsung kepada keadaan pasang surut ketinggian ombak di laut selain mempengaruhi cuaca semasa.

Bulan ialah satelit semula jadi dengan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz Bumi dan beredar mengelilingi Bumi lengkap satu pusingan setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi.

Ia tiada sumber cahaya kecuali hasil pantulan cahaya matahari. Bulan memiliki 1/4 garis pusat Bumi bersamaan dengan 3,476 kilometer manakala kekuatan gravitinya cuma 1/6 berbanding Bumi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Fenomena Supermoon?

sumber: mynewshub

Sunday, November 13, 2016

Saksikan Fenomena Supermoon Terbesar Dalam Sejarah Pada 14-11-2016

Saksikan Fenomena Supermoon Terbesar Dalam Sejarah Pada 14-11-2016

Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau 'perigee', iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada Isnin depan, 14 November 2016.

Amazing Supermoon

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan berkata, fenomena Supermoon kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.

"Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar.

"Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikan Supermoon kali ini kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang," demikian menurut Angkasa.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa fenomena Supermoon pada Isnin ini akan berlaku pukul 7.24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.54 malam.

"Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa.

"Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter Angkasa untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berkongsi koleksi imej berkaitan Supermoon.

BACA INI JUGA: Apa Itu Fenomena Supermoon?

Sumber: SH

Friday, November 11, 2016

Gambar-gambar Supermoon Paling Menakjubkan Di Seluruh Dunia

Gambar-gambar Supermoon Paling Menakjubkan Di Seluruh Dunia

Keindahan pemandangan saat berlakunya fenomena Supermoon dimana ketika itu bulan berada paling hampir dengan Bumi menjadikannya kelihatan 'membesar' sangat memukau mata.

Keindahan Supermoon

Kali ini kami ingin berkongsikan dengan pembaca gambar-gambar menakjubkan Supermoon dari serata dunia.

Gambar-gambar Supermoon ini adalah gambar sebenar dan bukannya lukisan atau di edit melalui komputer. Saksikan..

1. Gambar Supermoon kelihatan sangat besar seperti lukisan kartun.

Supermoon [1]

2. Gambar Supermoon diantara Tower Bridge di London.

Supermoon [2]

3. Gambar Supermoon di California ini kelihatan seperti planet makhluk asing.

Supermoon [3]

4. Supermoon berwarna merah yang sangat indah di Sydney, Australia.

Supermoon [4]

5. Gambar Supermoon seumpama cahaya lampu suluh di pantai Sepanyol.

Supermoon [5]

6. Pemandangan Supermoon yang diambil dari Stesen Angkasa Antarabangsa (International Space Station).

Supermoon [6]

7. Gambar gergasi Supermoon!

Supermoon [7]

8. Gambar Supermoon yang seolah-olah dipancarkan melalui spotlight dari menara Eiffel Tower.

Supermoon [8]

9. Gambar Supermoon yang diambil dari menara Masjid seakan-seakan bermisai.

Supermoon [9]

10. Gambar Supermoon di Glastonbury, England, yang cukup menakjubkan!

Supermoon [10]

11. Ramai menyangka gambar Supermoon yang cukup luarbiasa ini adalah palsu, tapi ia sebenarnya gambar Supermoon sebenar!

Supermoon [11]

12. Gambar Supermoon yang sungguh klasik diambil dari Brighton, England.

Supermoon [12]

13. Dua insan sedang berbual berlatar belakangkan Supermoon di Madrid, Sepanyol.

Supermoon [13]

14. Supermoon 'berdekatan' kuil kuno Poseidon Greek di ape Sounion, selatan Athens.

Supermoon [14]

15. Fenomena Supermoon terbit di Memorial Perang Marine Corp US, Arlington, Virginia.

Supermoon [15]

16. Fenomena Supermoon yang kelihatan di Salgotarjan, Hungry.

Supermoon [16]

BACA INI JUGA:

Thursday, November 10, 2016

Apa Itu Fenomena Supermoon?

Apa Itu Fenomena Supermoon?

Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang.

Fenomena Supermoon

Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa. Istilah Supermoon pertama kali dikemukakan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979.

Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun dan pastinya sangat-sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi.

Kedudukan Bulan Semasa Fenomena Supermoon

Perigee

Fenomena Supermoon akan menyebabkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi berbanding biasa.

Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena Supermoon.

Jarak yang dekat dengan Bumi ini dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogee.

Apabila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.

Namun, saiz sebenar bulan masih sama cuma apa yang berlaku adalah kesan ilusi yang juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri horizon.

Kesan Supermoon Terhadap Bumi

Supermoon

Tidak dinafikan, bulan menjadi punca air pasang surut disebabkan interaksi graviti yang kuat antara bulan dan Bumi.

Timbul persoalan yang mengatakan fenomena Supermoon akan mencetuskan bencana yang lebih besar.

Persoalan ini mempunyai kesahihannya kerana kesan tarikan graviti yang lebih kuat ekoran jajaran Bumi dan bulan yang dekat. Akibatnya paras air laut akan dijangka meningkat dan air pasang besar akan berlaku.

Meskipun begitu, ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana ia tidak akan mencetuskan bencana.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Wikipedia