Monday, October 30, 2017

Cara Menanam Pokok Stevia Teknik Keratan Batang

Cara Menanam Pokok Stevia Teknik Keratan Batang

Pokok stevia boleh dibiak menggunakan pelbagai cara iaitu melalui biji benih, pembiakan hortikultur dan sistem fertigasi.

stevia

Untuk biji benih stevia, ia hanya perlu ditanam di dalam medium penanaman yang baik sebelum dipindahkan ke kawasan lebih luas.

Berikut adalah langkah-langkah mudah menanam pokok Stevia melalui batang dan dahan Stevia.

1. Pembiakan pokok stevia dengan keratan dahan
  • Keratan boleh diambil dari pokok yang sihat dan yang mempunyai kandungan‘stevioside’ yang tinggi.
  • Keratan boleh disemai mengunakan coco peat atau bahan semaian yang lain.
  • Untuk pertubuhan yang baik siram juga dengan air yang mengandungi ‘chelated iron’.
  • Apabila keratan menunjukan ciri ciri untuk hidup, keratan perlu dibajakan dengan baja untuk tanaman mengunakan keratan.

2. Jarak tanaman pokok stevia
  • 24 inci 550mm)

3. Jenis tanah untuk pokok stevia
  • Tanah yang subur dan mengandungi banyak bahan organik.
  • Sekiranya tanah berpasir, anda perlu tambah baja kompos aatau bahan organik.

4. Pengairan cahaya matahari
  • Elakkan terlalu banyak air.
  • Elak air bertakung.

5. Penghadang cahaya matahari
  • 50% chahaya matahari

Cara lain menanam pokok Stevia
  • Dalam pasu
  • Hidroponik
  • Fertigasi

Contoh bergambar cara menanam pokok Stevia menggunakan keratan dahan.

Langkah 1

1. Basahkan habuk sabut kelapa (coco peat)

Habuk sabut kelapa

2. Masukan habuk sabut kelapa kedalam baldi berisi air.

Basahkan sabut kelapa

3. Habuk sabut kelapa yang sudah basah.

Sabut kelapa basah

Langkah 2

Sabut dalam tray

Masukan habuk kelapa basah kedalam dulang tanaman.

Langkah 3


Penggalak akar

Celup keratan stevia ke dalam hormon penggalak akar.

Langkah 4

Stevia dalam tray

Semai keratan stevia ke dalam dulang semaian.

Langkah 5

stevia

Keratan stevia yang sudah disemai sedia untuk di pindahkan ke dalam tapak semaian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Stevia, Kelebihan Sebagai Pengganti Gula Dan Cara Menanamnya

sumber: agrobiosolution

Saturday, February 04, 2017

Cara Memproses Daun Stevia Sebagai Pengganti Gula

Cara Memproses Daun Stevia Sebagai Pengganti Gula

Pokok Stevia adalah sejenis pokok herba yang tumbuh renek dan mempunyai kandungan gula yang tinggi berbanding gula biasa.

Stevia

Daun Stevia boleh digunakan untuk mengantikan gula dan amat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kencing manis dan darah tinggi.

Sekiranya anda mempunyai pokok stevia, anda boleh biakkan menggunakan keratan batang dengan memotong dahan kira-kira 4 inci, pastikan batangnya agak tua untuk memudahkan pengeluaran akar.

Menuai daun-daun stevia tidaklah susah. Petik saja pucuk mudanya kira-kira 4 atau lima helai yang selari.

Anda juga boleh memotong menggunakan pisau dengan sekali potong. Jangan risau, pokok stevia anda akan bertunas semula malah lagi rimbun daunnya.

Stevia

Jangan lupa bubuh baja atau kompos selepas pemotongan daun dan batang. Tetapi sebelum tu gembur tanah agar serapan zat makanan mudah dilakukan.

Seterusnya cuci daun stevia sehingga bersih dan toskan di atas tisu. Kemudian letakkan daun stevia tersebut di atas dulang atau nyiru dan keringkan di bawah sinaran matahari selama 2 hari atau sehingga daun stevia benar-benar kering.

Setelah daun stevia kering, masukkan daun-daun kering itu di tempat botol kedap udara atau kontena plastik bertutup dan simpan di tempat selamat. Guna bila perlu.

Cara menggunakan daun Stevia

Stevia

Oleh kerana daun stevia agak manis berbanding gula biasa maka ambil 4 hingga 5 helai daun stevia, masukkan ke dalam gelas dan tuang dengan air panas kemudian masukkan uncang teh atau kopi, tutup gelas dengan penutup bersesuaian dan tunggu sehingga 5 hingga 10 minit.

Kacau seketika, tapis air dan daun stevia tersebut. Sedia untuk dinikmati air minuman panas dengan rasa stevia.

Anda boleh tambah jumlah daun stevia dalam campuran minuman panas anda jika manisnya kurang atau mengurangkan daun stevia jika terlalu manis.

Setiap individu berbeza kesukaan rasa manis dalam minuman. Anda boleh tentukan tahap kemanisan yang anda sukai.

Anda juga boleh menghancurkan daun stevia tersebut sebelum di simpan dalam bekas kedap udara. Hanya guna 1 setengah sudu kecil untuk campuran minuman panas anda.

Gula stevia juga sesuai untuk minuman sejuk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Stevia, Kelebihan Dan Cara Menanamnya

Sumber: tanomkinotuan

Saturday, January 28, 2017

Apa Itu Stevia, Kelebihan Sebagai Pengganti Gula Dan Cara Menanamnya

Apa Itu Stevia, Kelebihan Sebagai Pengganti Gula Dan Cara Menanamnya

Daun Stevia sebenarnya telah digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu lagi, namun kajian meluas terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke-19.

Stevia

Pengkaji dan penyelidik Brazil menyedari bahawa sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Biar betul? Memang manis Stevia ni.

Pokok Stevia sudah digunakan oleh puak Quarani sejak 1500 tahun yang lalu di Amerika Latin sebagai ubat tradisional dan juga sebagai pemanis makanan.

Kini, pokok Stevia telah tersebar luas ke negara-negara lain hingga ke negara Malaysia selepas satu artikel jurnal mengenai pokok ini diterbitkan pada tahun 1955.

Apa itu Stevia?

Stevia adalah pemanis semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan berasal daripada keluarga bunga matahari ataupun nama saintifiknya Astereacea.

Stevia yang digunakan sebagai pemanis gula semulajadi adalah Stevia daripada species Stevia Rebaudiana.

Stevia yang diluluskan dalam Akta makanan untuk dijadikan sebagai pemanis dan pengganti gula pasir adalah ekstrak Stevia.

Apa itu Ekstrak Stevia?

Ekstrak Stevia adalah komponen yang telah diasingkan daripada daun stevia yang akan digunakan sebagai bahan pemanis.

Bahan yang bertanggungjawab memberikan kemanisan pada daun Stevia adalah Steviol Glycoside yang mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

Kemanisan ekstrak Stevia ini adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula tebu dan walaupun ia lebih manis daripada gula pasir, tetapi Stevia tidak mengandungi kalori (zero calorie).

Stevia juga tidak mengandungi karbohidrat, tiada lemak dan tiada kolesterol.

Ekstrak Stevia (Stevia Extract) telah meluas digunakan di seluruh dunia selepas diluluskan oleh FDA.

Di Malaysia, Ekstrak Stevia tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ia bukannya ubat atau supplemen, tetapi Stevia adalah sejenis bahan pemanis yang terletak di bawah Akta Makanan.

Disebabkan Stevia selamat digunakan dan tahan suhu tinggi, telah ramai pengguna Malaysia yang menggunakan pemanis semulajadi ini menggantikan gula pasir dalam pemakanan harian mereka.

Selain Ekstrak Stevia berfungsi sebagai pemanis makanan dan minuman, ia juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan seperti mengawal berat badan, mengelak dan mengawal Kencing Manis (Diabetes) dan juga mampu mengawal tekanan darah dalam badan. -steviamalaysia

Berikut adalah faedah kesihatan menggunakan herba Stevia:

1. Rendah kalori

Mengandungi kompaun glycoside yang juga terdiri daripada stevioside, steviolbioside, rebaudioside A-E dan juga dulcoside.

2. Mengurangkan glukosa dan kaborhidrat

Stevioside adalah glycoside non-kaborhidrat yang boleh mengurangkan glukosa dan kaborhidrat lain yang dimiliki. Reboudioside A yang terkandung dalam daun stevia 300 kali ganda lebih manis berbanding gula biasa dan ianya kimia yang bukan terproses. Ia juga tahan suhu tinggi dan bukan melalui proses penapaian.

3. Mengandungi sterols dan antioksidan

Pokok stevia mengandungi sterols dan kompoun antioksidan seperti triterpenes, flavonoid dan tannins.

Kandungan flavonoid polyhenolic antioksidan phyto-chemicals dalam daun pokok ini ialah seperti kaemferol, isoquercitrin, isosteviol, quercetin, chlorogenic asid dan caffeic acid.

Kaemferol dikatakan boleh mengurangkan masalah radang pangkreas pada pesakit.

4. Baik untuk salur darah

Sebahagian ekstrak glycoside pada pokok stevia dapat meluaskan atau mengembangkan saluran darah, meningkatkan sodium dan air kencing yang sihat, juga dapat menurunkan tekanan darah.

5. Menurunkan tahap gula

Chlorgenic acid dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah.

6. Mengawal bakteria

Pemanis non-kaborhidrat pokok stevia tidak menggalakkan pembiakan bakteria pada mulut manusia malah pemanis dalam pokok stevia mampu menjejaskan pertumbuhan bakteria yang mengakibatkan kerosakan gigi.

7. Mengandungi vitamin dan mineral

Pokok stevia juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Cara Menanam Pokok Stevia

Pokok stevia ditanam menggunakan keratan batang. Ambil batang pokok stevia yang sederhana matang. Potong kira-kira 6 inci.

Rendam ke dalam air 1 jam dan sedia untuk ditanam sama ada dalam pasu atau tanah di laman rumah.

Untuk menuainya hanya petik pucuk muda dan keringkan simpan dalam bekas sesuai dan simpan ditempat selamat. Guna bila perlu. -tanomkinotuan

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Gula Punca Segala Penyakit

-SENTIASAPANAS.COM