Saturday, September 22, 2018

Scam Dana Datuk Lukman

Scam Dana Datuk Lukman

Hari ini saya nak siarkan semula tulisan dari blog yang dipetik dari tahun 2016 lagi pasal penipuan manusia melalui pelaburan membawa wang bertrilion ringgit kononnya dari luar negara dan nampaknya terus segar menipu pada saat ini.

SKIM CEPAT KAYA

Saya disiarkan semula sebab hati ini rasa terpanggil dan kesian dengan nasib orang Islam yang tertipu oleh manusia yang tak berhati perut.

Paling mengejutkan jika korang sendiri terlibat, mangsa-mangsa scam ini adalah dari golongan bijak pandai, hakim, guru, ustaz malah anggota polis sendiri.

Nak dijadikan cerita, adalah pelaburan entah apa, macam-macam nama yang di dengar dan ditukar-tukar tapi corak permainan sama saja.

Lukman lah, Jasman lah, tapi 'man' tu tetap sama. Nanti letak lah Seman, Jeman yer.

TAK KISAHLAH MANA-MANA PELABURAN yang kita nak highlightkan disini, jangan guna ISLAM untuk keuntungan haram!

Kononnya, corak pelaburan ni, orang muslim je yang boleh join. Kalau kau bukan Islam tak boleh join (selamat laaa orang yang bukan islam).

So, kau bagi dulu sejumlah duit, tak kisah lah, RM1000, RM2000 atau lebih, yang penting labur lepas tu dapat pulangan berjuta.

RM100 pun ada dan ko boleh dapat 3 juta. Mak ai, kayo mok bapok aku.

Sedihnya. Betapa senangnya kita tertipu dengan duit juta-juta tu. Terus kabur. Logik tak?

Sebab apa mangsa percaya? Mulut longkang dorang la. SANGAT LEMBUT DAN MEMANIPULASIKAN AGAMA UNTUK PUJUK KITA.

DIORANG AKAN CAKAP;

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua AJK dan SH yang saya hormati dan kagumi.

Alhamdullilah, dengan berakhirnya 13hb petang kelmarin, dengan izin Allah program BPIP, perkembangan adalah sangat positive dan hanya menunggu masa untuk proses seterusnya yang mana duit dikeluarkan pada bila-bila masa.

Apa pun kita jangan berhenti untuk berdoa agar smuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Walau bagaimanapun, pada yang ingin mengambil peluang di ambang kejayaan ini, untuk menyumbang masih di terima sehingga jam 12 tengahari ini, bersamaan 14hb September 2018.

*Sekian harap maklum*

NI CONTOH LAGI:

Asslamulaikum AJK n Share Holder semua.

Mohon dari anda agar bersabar serta teruskan berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa lagi yang sangkut di saat saat penghujung kejayaan program kita ini.

Menurut pengamatan saya sendiri, perjalanan projek kita ini, memperlihatkan bahawa sudah pun game.

Cuma kena ikuti prosedur pengeluaran yang selamat sahaja melalui KDN dan pengeluaran lori disusun atur oleh “XXXXX SECURITY”.

Surat setiap PO2 juga telah ditandatangani semalam termasuk Sabah dan salinan ada saya hantar sama Tn xxxxx dan Ustaz xxxxxx (SULIT!!!3x).

Kini kita hanya menunggu surat daripada KDN untuk proses pengeluaran lori yang dilaksanakan oleh “XXXXX SECURITY” mungkin hari ini atau mungkin minggu depan.

Setakat ini, belum ada cerita daripada atasan yang perlu di top up ($$$$). Pun demikian untuk yang SH ingin memanfaatkan ini sebgai peluang, saya masih menerima sebrang penambahan atau sumbangan sama ada ACC atau HARD CASH dengan nilai seperti nilaian yang terkini.

Pada AJK2 semua, jangan risau ya. Insyallah akan saya panggil juga mengikut giliran ya. Sabar... Sabar... Sabar ya...

*****

NAMPAK TAK? Lembutkan cara diorang ni. Lepas tu masalah timbul di mana;

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua AJK dan Share Holder yang dihormati.

Berikut dimaklumkan;

Alhamdullilah penghujung urusan BPIP akan tiba. Kita hanya perlu menunggu dalam beberapa hari saja lagi.

Sementara menunggu hari pengeluaran tersebut, kita terpaksa berhadapan dengan bayaran warehouse selama 4 hari (14hb-17hb) sebanyak 96K.

Oleh itu mohon pada Tn XXX buka scoreboard di group AJK dan wajib kepada setiap AJK dengan kerjasama Share Holder untuk buat kutipan RM4K yang akan kita lengkapkan jam 5.00 pm esok (17.09.2018).

Arahan menyeluruh daripada Dato Owner, mana-mana Share Holder yang tidak mengendahkan kewajipan ini, Dato Owner tidak akan mengeluarkan Hard Cash (HC) kepada kumpulan berkenaan.

Pembayaran terakhir ini adalah wajib untuk pengeluaran Hard Cash pada minggu depan.

Kerja sama serta tindakan segera daripada semua AJK serta share holder amat-amatlah diperlukan sesegera yang boleh.

Sekian harap maklum.

KEMUDIAN, AYAT PAHIT MANIS;

MOHON KERJASAMA AJK DAN SH SEMUA UNTUK BUAT COLLECTION SECEPAT YANG BOLEH SEBAB KITA CUMA ADA MASA HARI INI SAJA.

NILAIAN UNTUK SETIAP SUMBANGAN MASIH SAMA IAITU;
  • HARD CASH LUMP SUM 2.6K = 150J 200K
  • RM100 = 300K
  • ACC/HIBAH 1K = 4T
  • RM100 = 3BILION

TAWARAN ISTIMEWA.

MANA-MANA AJK ATAU SHARE HOLDER YANG DAPAT BUAT COLLECTION SEBANYAK RM4K SEBLUM JAM 5 PTG INI, HADIAH TAMBAHAN MENANTI ANDA;
  • HC= 50JUTA
  • ACC=1TRILION

Wassalam.

TIBA-TIBA;

Assalamualaikum dan selamt malam AJK dan SH yang saya hormati.

Memandangkn jumlah collection masih belum mencapai sasaran, maka tempoh dilanjutkn sehingga jam 11.30 malam ini. Mohon kerjasama untuk terus buat sumbangan.

Jika malam ini tidak selesai juga maka, collection terpaksa dianjakkan ke hari esok 18.09.2018 yang kini berbaki 45K lagi setakat ini.

Kerjasama daripada anda semua amat saya harapkan dan hargai demi kejayaan kita bersama.

Wassalam.

AYAT-AYAT MENIPU DITERUSKAN LAGI;

Assalamulaikum dan selamat pagi semua.

Terima kasih yang tidak terhingga atas commitment semua AJK serta Share Holder yang telah berkerja keras untuk membuat collection meskipun tidak mencapai sasaran, namun itu telah membuktikan kesungguhan anda, demi melihat kejayaan semua pihak.

Hari ini adalah jadual untuk pengeluaran HARD CASH untuk 6 PO sahaja yang di susuli oleh po po lain dihari-hari berikutnya dalam jangkaan jam 2.30pm.

INGAT. KENYATAAN SaYA INI AMAT-AMAT SULIT!!!3x.

Namun itu, ada sedikit lagi tugasan yang perlu kita semua selesaikan iaitu bayaran yang tidak cukup semalam berjumlah hanya 15K lagi.

Oleh itu, collection diteruskan untuk menjayakan pelepasan Hard Cash seperti yang di rancang.

Sekian dan harap maklum.

Wassalam.

BAYARAN PARKING LORI;

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua AJK serta Share Holder yang di hormati.

Syukur Alhamdulillah, bayaran ware house telah selasai bayar petang tadi, kelewatan bayaran menyebabkan hari ini hard cash tidak sempat dikeluarkan.

Dato owner menyatakan, esok adalah mula pengeluaran 60 buah lori untuk diagihkan kepada semua PO2.

Masing2 PO kena bayar parking lori.

Lumpsum perlu dibayar RM10K sebelum jam 9.00 malam ini dan di maklumkan bahawa yang sebenarnya kutipan ini tidak ada nilainya.

Walau bagaimanapun, akan diberi nilai daripada Hard Cash sahaja dari pada saya sendiri seperti nilai sebelumnya iaitu rm100=300k.

Mohon kerjasama AJK serta Share Holder untuk percepatkan kutipan ini seawal yang boleh sebelum jam 9 malam ini.

Nota penting:- Semua share holder dilibatkan.

Sekian dan terima kasih.

KEMUDIAN MASALAH KESELAMATAN;

Terkini;

Dari maklumat diterima petang tadi pihak KDN Putrajaya membuat keputusan belum membenarkan lori-lori dilepaskan bergerak diatas jalanraya atas sebab faktor keselamatan masih belum memenuhi SOP dikehendaki.

Salah satu faktor ialah isu info yang viral di media sosial dan blog-blog menyebut hari bakal dilepas, masa lori akan bergerak keluar dari Ware house dan satu lagi ialah ada pihak dikalangan para SHARE HOLDER dan kumpulan masing-masing yang membuat tinjauan hendap di sekitar kawasan berdekatan Ware house dan terus menyebarkan mesej dan info tentang kedudukan Ware house kepada rakan-rakan lain atau grup masing-masing di media sosial.

Keadaan sebegini sangat merbahaya dari sudut atau aspek keselamatan pemilik dan petugas-petugas berkaitan urusan pelepasan lori-lori berkaitan maka pihak Securiti/Keselamatan KDN tidak mahu mengambil risiko sekiranya berlaku sesuatu perkara tidak diingini dan luar jangka sewaktu pelepasan terjadi.

Pihak Pengurusan BPIP disarankan tidak menyebarkan kaitan bila masa tempoh pelepasan bakal berlaku dan mengawal SHARE HOLDER masing-masing dari menyebarkan perihal urusan pelepasan sewenangnya bagi memastikan keselamatan pengendalian proses pelepasan tidak diganggu anasir-anasir tidak diingini.

Semua pihak terlibat diminta kunci mulut, diam dan tunggu dengan sabar sahaja sehingga berlaku pelepasan tanpa ada sebarang gangguan lagi.

PENGELUARAN TERTANGGUH

Assalam semua. Info confidential. Sedikit saja yang dapat disampaikan. Harap makluman ini tidak diviralkan sekalipun pada SH.

Cukup menghubungi diorang sahaja secara private demi keselamatan supaya pengeluaran tidak diketahui ramai terutama mereka yang nak menggagalkan urusan ini.

Pengeluaran hari ini tertangguh. Setiap PO/Leaders kena isi borang Pengesahan Ketidak Terlibatan Kegiatan Dibawah Akta 613 dan Akta A1467 yang saya hantar secara private. Semua PO n leaders dikenakan membayar 6.5K.

Perlu diingatkan semua ahli tidak dibenarkan menunggu atau berkumpul dimana-mana terutama di kawasan ke****. Tunggu saja ditempat masing-masing sehingga ada arahan.

Sekian terima kasih.

***

Tarikh dikemaskini pada 26.9.2018.

***

MANGSA SCAM TERUS MENGHARAP

Mangsa pula asyik top up dan menghabiskan duit belanja demi bayar bermacam masalah tu.

Yang ni belum sampai ke kemuncak lagi. Part paling best, mangsa kena buka akaun bank international untuk urusan agihan duit tu.

Bank tu pula ada satu je kat Malaysia ni, kat Kuala Lumpur!!!!

Difahamkan dana ini sudah wujud dari tahun 2009 lagi. Ada yang sudah meninggal dunia tunggu benda mengarut ni.

Kalau pelaburan ni betul dan sahih, takkan la dalam beribu-ribu seorang pun tak dapat sampai dah tahun 2018.

Kalau benda ni betul, mana hitam putih perjanjian/surat untuk segala urusan?

MANA LESEN KAU? Pelaburan kena ada lesen! Kenapa tak tampil dan tunjukkan muka DATUK OWNER tu? Sebab alasan rahsia kerajaan? Takut kena culik? Takut dirompak? Piirahh!!!

Sekarang makin ramai yang tertipu di seluruh Malaysia dengan aplikasi Whatsapp, Telegram dan melupakan urusan hitam putih.

Inilah punca mangsa lebih senang tertipu dan bergantung dengan ayat-ayat manis jilake ni.

Diorang cakap duit ni untuk orang muslim, hak orang muslim. Kalau tau diri tu muslim, ko tak buat la benda mengarut ni. Kalau ko pegang agama kau, ko tak tipu duit seagama dengan ko.

Dalam pelaburan ko guna nama Islam, tapi ko tak guna nama Islam untuk urusan harian.

Di dunia ko kenyanglah makan duit dorang ni, tapi duit haram yang ko makan tu la yang akan membinasakan kau kat akhirat nanti.

Mangsa dah join dari tahun 2014 sehingga sekarang dan ada sedikit maklumat tentang dana lain.

Tolong baca dan sebarkan ye demi adik-adik, kakak-kakak, abang-abang pak cik mak cik kat luar tu.

Aku pohon la buat mereka yang merancang nak join, tolong la, aku merayu sangat ni, fikir 200 kali, 300 kali atau fikir sampai mampos sebelum join.

Sebab benda ni berkaitan dengan duit. DUIT BRO.

Benda ni merenggangkan keluarga dan menjarakkan manusia serta membangkrapkan!! Demi nak kaya, semua pun sanggup buat apa saja!

INGATLAH bahawa duit tak datang bergolek ngadap muka. Duit datang dengan usaha (BUKAN USAHA TOP UP YER) dan doa selepas kita rajin berusaha dengan tangan yang Allah bagi kat kita.

Duit tak datang dengan doa je. Itu kita kena faham.

Kepada yang dah tertipu tu, dah terlambat nak tuntut balik duit sebab diorang takkan bagi balik punya. Gerenti siot.

Dan kepada yang masih percaya dana-dana jasman ni, lukman ke atau pelaburan lain tu, korang tunggu je sampai akhir dan aku nasihatkan supaya tak top up dah.

Nak melabur juga, laburlah duit korang tu untuk ASB atau pelaburan yang berlesen.

Kalau dah teringin sangat nak jadi jutawan, laburlah ke syarikat-syarikat besar. Kaya teruss..

Alangkah indahnya kita titipkan rasa bersyukur dengan kehidupan yang sudah sedia ada untuk kita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: najwadivian

Wednesday, September 19, 2018

Ketahui Scam Pelaburan Membawa Bertrilion Ringgit Dari Luar Negara!

Ketahui Scam Pelaburan Membawa Bertrilion Ringgit Dari Luar Negara!

Pernahkah anda mendengar adanya skim pelaburan kononnya untuk membawa bertrilion wang dari luar negara yang menjanjikan pulangan berjuta-juta ringgit hanya dengan modal serendah RM100?

DANA HAJI JASMAN

Pernah juga scam seperti ini tidak mengenakan sebarang bayaran berbentuk pakej, sebaliknya hanya deposit sebanyak RM50, dengan syarat menyerahkan salinan geran tanah.

Apa pun bentuk penipuannya, modus operandi tetap sama. MEMBAWA MASUK WANG YANG SANGAT BANYAK DARI LUAR NEGARA!

Ingat, tiada jalan pintas untuk menjadi kaya dan pulangan yang terlalu luar biasa pulangannya adalah satu penipuan.

Artikel dibawah ini adalah salah satu scam yang telah menipu ratusan ribu orang di Malaysia.

SCAM PELABURAN DANA HAJI JASMAN

Skim pelaburan 'Dana Haji Jasman' suatu ketika dahulu adalah sindiket scam untuk menipu orang ramai yang telah dikesan dan disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2012.

Sindiket itu yang diketuai individu sama tetapi kononnya kini sudah bergelar Tan Sri Haji Jasman, mendakwa ada sejumlah dana milik Raja-Raja Melayu yang tersimpan di England.

Dia mendakwa, pada awal kurun ke-20 kerajaan British berjanji akan memulangkan harta berkenaan yang berjumlah RM2,400 trilion selepas cukup 100 tahun.

Bagi meyakinkan bakal pelabur, sindiket itu menunjukkan surat perjanjian ditandatangani kerajaan British, selain keratan akhbar mengenai harta berkenaan ketika memberi taklimat.

Bagaimanapun, dana berkenaan tidak dapat dikeluarkan kerana pihak berkuasa di negara itu mengenakan caj serta kos penghantaran pulang dana berkenaan.

Berikutan itu, sindiket terbabit menawarkan pelbagai pakej pulangan kepada pelabur yang boleh menyumbangkan untuk membawa pulang dana berkenaan.

Terbaru, pelabur ditawarkan pulangan RM1.5 juta bagi setiap RM100 yang dilabur.

Pelaburan itu diserahkan kepada ejen sindiket terbabit yang dikenali sebagai 'Pay Master'.

Pelabur dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diminta menandatangani baiah (akujanji) untuk tidak melanggar 10 syarat termasuk taat kepada kerajaan dan juga tidak melakukan maksiat.

Difahamkan, kira-kira 160,000 pelabur Melayu di seluruh negara menyertai skim pelaburan berkenaan.

Taktik itu didedahkan oleh seorang pelabur yang mahu dikenali sebagai Ujang.

Dia berkata, Jasman yang dikatakan menetap di Sepang, Selangor, menganjurkan beberapa siri taklimat dan makan malam di Damansara, Bandar Tasik Selatan dan Kepong Bestari, baru-baru ini.

Ribuan pelabur dari pelbagai latar belakang pekerjaan seperti pemandu teksi, bekas tentera, profesional dan ahli perniagaan menghadiri majlis berkenaan.

Bagaimanapun, penganjur tidak membenarkan pelabur membuat rakaman sepanjang taklimat itu.

Pelabur perlu menyerahkan wang sekurang-kurangnya RM500 sebagai usaha membantu Jasman mengeluarkan 'dana Melayu' itu di England.

Ujang melabur hampir RM800 dan dijanjikan pulangan modal hampir RM10 juta.

Ujang berkata, bagi meyakinkan pelabur bahawa kegiatan itu sah, mereka menunjukkan kira-kira 4,000 laporan polis terhadap Jasman berhubung kutipan berkenaan, tetapi masih beroperasi sehingga kini.

Sementara itu, jurucakap Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkata, sindiket pelaburan terbabit dilaporkan bergiat aktif sejak tahun 2007.

Di peringkat awal, sindiket itu mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit menerusi skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM).

TERPENGARUH KERANA ORANG KENAMAAN & SELEBRITI

Orang ramai yakin dengan skim pelaburan Dana Haji Jasman kerana ia turut disertai individu kenamaan, ilmuan agama, pensyarah, selebriti dan polis.

Seorang pelabur dana itu yang mahu dikenali sebagai Amin, berkata mereka terpengaruh apabila menghadiri majlis yang diatur ejen skim itu dan melihat ramai profesional yang turut serta.

"Bagaimanapun, sebahagian besar adalah golongan miskin dan terdesak seperti kami, yang bekerja 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'," katanya.

Amin, mendedahkan beliau membuat pelaburan RM2,500.

"Ada pelabur sehingga ke nafas terakhir menantikan Jasman tunai janji, namun tidak menerima apa-apa pun.

"Saudara wanita saya yang berasal dari Johor berusia 59 tahun melabur RM1,000 dan tidak menikmati pulangan sebanyak RM1 juta yang dijanjikan ketika membuat pelaburan pada 2011 dan langsung tidak mendapat pulang walaupun telah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, sepertinya ratusan ribu pelabur di negara ini tertipu kerana yakin dengan dakwaan wujudnya dana orang Melayu, selepas dijanjikan dengan bermacam-macam keuntungan.

Dana milik Raja-Raja Melayu yang tersimpan di England

Amin berkata, sepertinya ramai masih mempercayai dana itu wujud kerana kegiatan berkenaan tidak disekat menerusi laman sosial atau Youtube yang menunjukkan semua dokumen sejarah dana orang Melayu wujud.

Skim pelaburan itu dikatakan wujud sejak 30 tahun lalu dan masih bertahan sehingga hari ini walaupun sudah banyak laporan polis dan pendedahan media dibuat.

Ia bermula sebagai Dana Haji Jasman, kini dipecahkan kepada Dana Raja Melayu dan Dana Ummah, namun menggunakan rangkaian serta sistem yang sama.

Pelabur sudah didoktrin mengenai kekayaan Melayu yang disimpan di England dan selagi pihak berkuasa tidak bertindak, selagi itulah penipuan ini akan berterusan.

PELABUR DIWAJIBKAN BERBAIH

Pelabur Dana Haji Jasman mendakwa sindiket berkenaan mirip gerakan ajaran sesat kerana menyalahgunakan terjemahan hadis dan pelaburnya turut diwajibkan berbaiah (akujanji).

Sindiket itu dikatakan menyasarkan golongan yang dilihat 'terdesak' kewangan, tidak banyak bertanya dan dipengaruhi mengenai kewajipan membantu golongan yang berjuang untuk mengeluarkan 'Dana Melayu' yang kononnya disimpan di England.

Baiah itu dibuat kononnya supaya pulangan yang diperoleh nanti tidak disalah guna di jalan yang tidak diredai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian | bharian2

Friday, September 14, 2018

Kenapa Skim Pelaburan Haram Sangat Sukar Di Banteras, Benarkah Pihak Berkuasa Tidak Mengambil Tindakan?

Kenapa Skim Pelaburan Haram Sangat Sukar Di Banteras, Benarkah Pihak Berkuasa Tidak Mengambil Tindakan?

Seringkali kita mendengar beribu-ribu orang telah tertipu selepas menyertai skim pelaburan (baca scam), yang menjanjikan keuntungan lumayan dengan harapan menjadi jutawan segera hanya dengan modal kecil.

Kenapa Skim Pelaburan Haram Sangat Sukar Di Banteras

Pasti kita tertanya-tanya, kenapa seolah-olah tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa untuk menghalang atau menangkap dalang skim-skim scam pelaburan ini kan?

Pandangan saya ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian ringkas dari sudut perundangan tentang kenapakah seolah-olah tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap scammers tersebut.

Daripada kajian ringkas dan pemerhatian saya, sebenarnya tindakan ada diambil oleh pihak berkuasa terhadap skim-skim scam tersebut.

Misalnya Bank Negara sendiri di dalam laman web mereka telah menyenaraikan beratus-ratus syarikat dan skim-skim scam pelaburan tidak sah dan meragukan.

Penyenaraian ini bertujuan untuk memastikan agar orang awam lebih berhati-hati dan dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan skim-skim scam yang meragukan tersebut.

Bukan itu saja, daripada pemerhatian saya, memang terdapat beberapa kes yang telah disiasat oleh pihak Bank Negara atas dakwaan menerima atau mengambil deposit haram dan beberapa dakwaan lain di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989.

Cuma memang saya akui, daripada tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa tersebut, ianya hanya mewakili sejumlah kecil sahaja daripada kes-kes scam yang dilaporkan atau diheboh-hebohkan di media massa dan internet.

Bahkan, walapun setelah pihak-pihak yang telah tertipu dengan skim-skim scam tersebut membuat pengakuan terang-terangan bahawa mereka adalah mangsa kepada skim-skim tersebut sekalipun, seolah-olah tidak banyak langkah penyelesaian yang diambil oleh pihak berkuasa khususnya untuk membela pihak-pihak yang menjadi mangsa tersebut atau membawa scammers tersebut kemuka ke pengadilan.

Sebenarnya, saya tidak menyalahkan Pihak Berkuasa sepenuhnya dalam hal ini cuma saya berpendapat, masalah ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor:

1. Undang-undang yang ada di Negara kita berkenaan dengan skim-skim scam ini masih tidak establish sepenuhnya.

Kita belum ada satu undang-undang khusus untuk membanteras mahupun mendakwa pelaku-pelaku skim-skim scam tersebut, tanpa mengira apakah jenis dan method scam yang mereka lakukan.

Perkara ini mungkin juga berpunca daripada percanggahan dari segi bidang kuasa pihak-pihak berkuasa yang terbabit mahupun percanggahan dari segi prinsip undang-undang itu sendiri.

Misalnya, bidang kuasa yang ada pada pihak polis dan pihak Bank Negara sendiri mungkin tidak sama.

Ini kerana apabila berlaku sesuatu kes penipuan melibatkan skim-skim tersebut, laporan biasanya akan dibuat kepada pihak polis.

Pihak polis akan membuat siasatan terperinci atas laporan tersebut dan akan mengenalpasti dibawah peruntukan undang-undang mana satu kah kes tersebut akan disiasat dan didakwa.

Jika ianya bukan dibawah bidang kuasa pihak polis untuk membuat siasatan terperinci, kes mungkin akan dirujuk kepda pihak-pihak berkuasa lain seperti Bank Negara, SPRM dan lain-lain.

Dan apabila kes tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa yang lain, mereka pula akan memperhalusi sama ada laporan tersebut termasuk dalam bidang kuasa peruntukan undang-undang yang di peruntukkan kepada mereka atau sebaliknya.

Sebagai orang awam, kita mungkin merasa pelik dan bertanya, kenapa tidak diseragamkan terus tindakan yang boleh diambil, memandangkan kesemua agensi-agensi penguatkuasaan tersebut adalah di bawah Kerajaan.

Memang betul, dari segi teorinya, saya sendiri pun akan bertanggapan begitu, tetapi dari segi praktikalnya, ianya tidak semudah yang disangkakan.

Apabila tiadanya satu peruntukan undang-undang khusus dan seragam yang akan mengikat semua agensi-agensi penguatkuasaan yang terbabit berkaitan dengan kes-kes scam ini, proses penyeragaman dalam urusan penguatkuasaan dan tindakan-tindakan perundangan yang boleh diambil juga sudah pasti akan terjejas.

2. Percanggahan dari segi prinsip perlaksanaan undang-undang juga boleh menyebabkan tindakan mungkin sukar diambil terhadap kes-kes scam ini.

Misalnya percanggahan antara prinsip undang-undang jenayah dan prinsip undang-undang sivil.

Kes-kes yang melibatkan scam ini kadang-kadang agak sukar untuk kita klasifikasikan sama ada ianya adalah kes jenayah ataupun kes sivil.

Misalnya, banyak keadaan saya dapati, skim-skim scam ini mempunyai satu perjanjian bertulis diantara syarikat perlaksana dan ahli-ahli yang terlibat.

Bahkan, yang lebih mengejutkan lagi, perjanjian-perjanjian bertulis tersebut disediakan oleh peguam mereka sendiri.

Bukan itu saja, dari segi teori undang-undang kontraknya, skim scam tersebut mungkin mematuhi elemen-elemen kontrak yang menjadikan ianya satu kontrak sivil yang nampak sah, seperti adanya dua pihak yang berkontrak, adanya balasan dan kedua-dua mempunyai niat untuk mengikat antara satu sama lain sebagai satu ikatan kontrak.

Mungkin kita akan berkata, kontrak yang menyalahi undang-undang adalah tidak sah sejak dari awal, tetapi bagaimakah kita hendak katakan kontrak tersebut melanggar undang-undang sedangkan sebagaimana yang saya nyatakan di atas tadi, tiada satu undang-undang khusus pun yang memperincikan secara perundangan yang ianya adalah satu bentuk scam dan menyalahi undang-undang.

Maka apabila ini berlaku, sudah pasti pihak berkuasa mungkin kekurangan jurisdiction (bidang kuasa) untuk mengambil tindakan sewajarnya, memandangkan kes-kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes sivil sahaja.

Ini kerana kebanyakan pihak berkuasa hanya mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat dan mendakwa sesuatu kes yang bersifat jenayah sahaja.

Jika ianya diklasifikasikan sebagai kes sivil, maka pihak-pihak yang merasa tidak berpuas hati dengan kontrak tersebut, hanya boleh memfailkan tindakan sivil sahaja terhadap syarikat-syarikat pelaksana skim-skim scam ini dan individu-individu dibelakangnya.

Kalaupun kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes jenayah, siasatan perlu dilakukan dengan terperinci dan bukti perlu dianalisis dengan cermat sebelum pendakwaan boleh dibuat.

Ini kerana beban pembuktian dalam kes jenayah memerlukan pembuktian melampaui keraguan munasabah.

Ertinya, jika terdapat keraguan atau pertikaian pada kes tersebut walaupun sedikit, maka kes tersebut akan ditolak oleh mahkamah.

Selain itu, untuk mengambil tindakan sivil pula, mangsa-mangsa terpaksa melantik peguam dan mereka terpaksa mengeluarkan kos guaman untuk memfailkan tindakan tersebut.

Tindakan sivil tersebut bukanlah satu jaminan penuh yang mereka akan dapat semula hak-hak atau wang yang mereka telah keluarkan.

Silap haribulan, kalau pun mereka berjaya mendapat perintah mahkamah, ianya sekadar perintah atas kertas semata-mata dan bakal berhadapan dengan masalah untuk dikuatkuasakan.

Yang pasti, mangsa-mangsa yang terlibat terpaksa nengeluarkan kos untuk mendapatkan balik sesuatu yang belum pasti.

3. Pelaksana skim-skim scam ini pun bukannya orang biasa.

Ada sesetengah mereka terdiri daripada golongan intelek yang mengkaji loopholes (kelompong) yang ada dalam undang-undang negara kita berkaitan dengan skim scam yang mereka ingin laksanakan.

Tak dapat buat dari sudut ini, mereka buat dari sudut lain pula.

Otak mereka sentiasa ligat mencari peluang atas kelompong yang ada pada sistem undang-undang negara.

Bahkan, lebih mengejutkan mereka sendiri ada panel peguam yang akan menasihati mereka apa yang boleh dan apa yang tidak boleh di buat.

Dan kelompong-kelompong dalam undang-undang tadi akan dimanipulasi oleh mereka sepenuhnya untuk memperkenalkan skim-skim scam yang menarik perhatian orang awam.

4. Masalah penguatkuasaan juga mungkin menjadi rumit dan sukar diambil apabila mangsa-mangsa skim scam tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Atau mereka juga mungkin malu untuk tampil ke depan untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pelaksana skim-skim scam tersebut.

Mereka juga mungkin bimbang diugut atau dicabar semula oleh individu-individu tertentu disebalik skim scam tersebut jika mereka memulakan tindakan perundangan terhadap mereka.

Oleh yang demikian, mereka hanya mendiamkan diri dan redho sahaja dengan apa yang berlaku.

Jika tiadanya kerjasama yang diberikan oleh mangsa-mangsa terbabit, bagaimana tindakan boleh diambil terhadap scammers tadi?

Maka saya berpendapat, langkah pencegahan dan tindakan mengelakkan diri daripada terlibat dengan skim-skim scam yang meragukan ini adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Pengusaha-pengusaha skim-skim scam ini berani aktif kerana mereka tahu masyarakat kita mudah sangat “kena kencing”.

Nampak imej Islam sikit mula cair dan terpengaruh, nampak orang tunjuk duit berkepuk dan kereta-kereta mewah terus ketar seluruh badan, sanggup berhutang piutang untuk ikutkan kehendak-kehendak scammers.

Nampak artis glamer jadi duta produk-produk mereka terus rasa teruja hendak join.

Pendek kata, langkah-langkah memberi kesedaran dari segi perundangan dan kesan-kesan kewangan yang timbul daripada masalah skim-skim scam ini harus dipertingkatkan.

Jadi saya fikir, jika kita hendak masalah ini di atasi, sama-samalah kita sendiri memainkan peranan menyedarkan orang-orang disekeliling kita supaya tidak terjebak dengan skim-skim scam tersebut.

Kita jangan terlalu mengharapkan pihak berkuasa untuk melindungi kita.

Sebaliknya, kekuatan dalaman kita sendiri di samping ilmu dan kesedaran yang tinggi mampu mengelakkan diri kita daripada terjerumus dengan skim-skim tersebut.

Justeru, marilah bersama-sama memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat dari segi perundangan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan skim-skim scam yang meragukan dan memberi kefahaman kepada masyarakat agar mengikut amalan sebenar dalam setiap urusniaga yang disertai untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan dan penyelewengan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Salkukhairi Abd Sukor adalah peguam dan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Thursday, July 26, 2018

Pejabat MonSpace Diserbu Atas Dakwaan Skim Pelaburan Haram

Pejabat MonSpace Diserbu Atas Dakwaan Skim Pelaburan Haram

Pegawai penguatkuasa dari 3 agensi; KPDNKK, Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia melakukan serbuan di 16 premis yang dikaitkan dengan syarikat e-dagang Monspace Sdn. Bhd dan anak syarikatnya atas dakwaan menjalankan pelaburan secara haram atau skim “permainan wang”, lapor The Sun Daily.

MonSpace Diserbu Atas Dakwaan Skim Pelaburan Haram

Sumber mengatakan operasi besar-besaran itu dilakukan di Lembah Kelang bermula pada 11.30 pagi dan berakhir pada 5 petang.

Difahamkan, serbuan tersebut telah merampas berdozen dokumen, kereta, malah akaun-akaun bank syarikat berkenaan turut dibekukan.

Antara premis yang diserbu adalah ibu pejabat MonSpace di Bukit Jalil dan kediaman pengarah syarikat tersebut.

Kes tersebut disiasat di bawah undang-undang akta Penjualan Langsung dan Anti-Piramid.

Sementara itu, peguam MonSpace, Andy Yong menaikkan hantaran di facebook beliau mendakwa beliau dihalang oleh polis dan pegawai KPDNKK dari bercakap dengan pekerja klien beliau.

Menurut Andy Yong, pegawai-pegawai tersebut menuduh beliau menghalang penjawat awam dari melakukan tugas.

Beliau juga mendakwa dikasari oleh pegawai apabila beliau enggan memberikan kad pengenalan dan telefon bimbitnya.

“As a lawyer, I was prevented by the police (& KPDNKK officers) to speak to the employees of my client during a raid yesterday. I was also rebuked for taking photos (but subsequently medias allowed to do so). They accused me of obstructing the duties of their 40+ personnels. One of the officer asked for my IC & handphone. When I refused, he shouted & pushed me. He even threatened to hand-cuff me. Behaving like thugs!I could not retrieve the CCTV footage of the commotion as they unplugged the same.Imagine how would they intimidate an ordinary citizen who is vulnerable & ignorant on his rights and the law? High time for some of these enforcement officers to stop behaving like gangster esp PDRM!” – Andy Yong.

MonSpace telah melakukan perniagaan beberapa tahun berhadapan masalah apabila 19 warga China melakukan laporan polis terhadap syarikat tersebut pada Mei bulan lepas kerana mendakwa kerugian ratusan ribu ringgit wang pelaburan.

2 minggu kemudian, lebih 70 warga China muncul di sini dan membuat dakwan yang sama.

MonSpace telah disenaraihitam dalam senarai “Bank Negara MonSpace Financial Consumer Alert".

Senarai tersebut mengandungi syarikat dan laman web yang tidak diberikuasa atau diluluskan di bawah undang-undang relevan dan regulasi yang ditadbirkan oleh Bank Negara Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ttkm

Sunday, February 25, 2018

10 Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia

10 Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia

Skim ponzi atau skim cepat kaya pertama diasaskan oleh Charles Ponzi, dari seseorang yang tidak dikenali menjadi jutawan Boston terkenal dalam tempoh enam bulan melalui skim cepat kaya pada tahun 1920.

Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia

Keuntungan sepatutnya datang dari pertukaran kupon jawapan pos antarabangsa dengan dia menjanjikan 50% faedah (pulangan) keatas pelaburan dalam tempoh 45 hari atau “gandakan wang anda” dalam tempoh 90 hari.

Sekitar 40,000 orang melabur $15 juta (sekitar $150 juta dalam nilai dolar 2006), akhirnya hanya satu pertiga wang tersebut dipulangkan semula kepada pelabur.

Selain skim Ponzi, skim piramid lain paling terkenal dalam sejarah termasuk:

1. Sindiket Franklin

Sebelum Ponzi, pada tahun 1899 William "520 Peratus" Miller membuka perniagaannya sebagai "Sindiket Franklin" di Brooklyn, New York.

Miller menjanjikan faedah 10% seminggu dan menggunakan sebahagian tema utama skim Ponzi, seperti pelanggan melabur semula faedah yang mereka terima.

Dia menipu pelabur sebanyak $1 juta dan dihukum penjara selama 10 tahun. Apabila dibebaskan, dia membuka kedai runcit di Long Island.

Semasa siasatan, Miller diwawancara oleh Boston Post untuk membandingkan skimnya dengan Ponzi's — wawancara mendapati caranya hampir sama tetapi Ponzi menjadi lebih mahsyur kerana mendapat tujuh kali ganda wang.

2. Dona Branca

Antara 1970 dan 1984 di Portugis, seorang wanita dikenali sebagai Dona Branca menjalankan skim cepat kaya yang membayar faedah 10% sebulan.

Pada tahun 1988 dia dipenjarakan selama 10 tahun dan sentiasa mendakwa bahawa dia hanya membantu orang-orang miskin, tetapi semasa perbicaraan terbukti dia menerima bayaran sebanyak 85 juta Euro.

3. MMM

MMM adalah syarikat Rusia yang muncul pada tahun 1990-an dan dianggarkan antara 5-10 juta orang kehilangan semua wang simpanan mereka.

Skim cepat kaya ini menjanjikan pulangan antara 3,000 - 30,000 peratus setahun.

Kerugian dianggarkan antara 500 juta dolar sehingga 1.5 bilion dollar.

4. European Kings Club (EKC)

Pada musim gugur 1994, European Kings Club (EKC) runtuh, menyebabkan kerugian sekitar AS$1.1 bilion. Penipuan ini diketuai oleh Damara Bertges dan Hans Günther Spachtholz.

Dalam siri penipuan ini, 1 daripada sepuluh orang dewasa melabur dalam EKC.

Penipuan ini adalah dengan cara membeli "surat" bernilai 1,400 francs yang membolehkan pembeli menerima bayaran sebanyak 200 francs sebulan selama 12 bulan.

Organisasi ini berpangkalan di Gelnhausen, Jerman.

5. Yayasan Kedermawanan Era Baru

Pada Mei 1995, pendakwa raya Pennsylvania bertindak membekukan aset Yayasan Kedermawanan Era Baru dan menahan pengerusinya, John G. Bennett, Jr. Organisasi ini telah mengaut wang melebihi USD500 juta dari 1,100 penyumbang.

Ahlinya termasuk Palang Merah, percaya mereka terbabit di dalam program matching-gifts melalui New Era tetapi, sebenarnya ia adalah skim Ponzi.

Kerugian dianggarkan sekitar $135 juta.

6. Bennett Funding Group

Pada awal tahun 1996, SEC mengfailkan saman umum (civil action) terhadap Bennett Funding Group, pegawai ketua kewangannya (chief financial officer), Patrick R. Bennett dan syarikat lain yang dikawal Bennett, berkaitan dengan skim Ponzi berskala besar.

Syarikat itu secara menipu mengaut beratus juta dollar, dengan mengaku membeli jaminan sewa peralatan dan promissory notes.

7. Albania

Pada tahun 1997, kerajaan Albania secara rasmi mengesahkan beberapa siri dana pelaburan skim piramid.

Apabila kerugian tidak lagi dapat dielakkan, penduduk Albania yang kerugian hampir USD1.2 bilion, menunjuk perasaan di jalanan dalam pemberontakan yang menggulingkan kerajaan.

8. Reed Slatkin

Pada tahun 2000, skim Ponzi yang diuruskan oleh Reed Slatkin, paderi Gereja Saintologi, terbongkar apabila pegawai Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat menyedari bahawa Slatkin bukannya seorang penasihat pelaburan berlesen.

Reed Slatkin telah mengutip kira-kira AS$600 juta daripada lebih 500 orang pelabur kaya, dengan kebanyakan mereka merupakan tokoh-tokoh terkenal Hollywood.

9. Larry Toshio Osaki

Pada bulan Disember 2005, Larry Toshio Osaki yang mengendalikan sebuah skim Ponzi di Los Angeles, California menawarkan pelaburan-pelaburan palsu dalam "pemfaktoran" akaun belum terima, walaupun telah diperintahkan oleh seorang hakim persekutuan supaya menghentikan kegiatannya, dipenjarakan di penjara persekutuan selama 20 tahun.

Kerugian dianggarkan sebanyak USD200 juta dari lebih 1,000 pelabur.

Selain hukuman penjara, Hakim Stephen V. Wilson juga memerintahkan Larry supaya membayar AS$145 juta kepada mangsa-mangsanya.

10. SwissCash

Pada bulan Oktober 2006, dua individu terkenal di Malaysia, bersama-sama orang lain, ditahan oleh pihak berkuasa kerana mengendalikan SwissCash atau Dana Bersama Switzerland (1948) yang dikatakan bersifat komplot.

SwissCash menawarkan pulangan sehingga 300% dalam tempoh pelaburan selama 15 bulan.

Difahamkan skim pelaburan haram itu menerima deposit antara RM380 juta sehingga RM3.8 bilion daripada kira-kira 100,000 pelabur Malaysia.

Pelaburan HYIP tersebut ditawarkan kepada warganegara Malaysia, Singapura dan Indonesia, dengan penganjur skim cepat kaya ini mendakwa bahawa dana-dana pelabur disalurkan ke dalam perniagaan yang merangkumi cari gali minyak, perkapalan dan pertanian di Caribbean.

Syarikat ini mendakwa bahawa mereka berpusat di New York dan diperbadankan di Dominica.

BACA INI JUGA: Skim Cepat Kaya 'Pak Man Telo' Yang Pernah Menggegar Malaysia!

sumber: wikipedia

Tuesday, January 02, 2018

Skim Cepat Kaya 'Pak Man Telo' Yang Pernah Menggegar Malaysia!

Skim Cepat Kaya 'Pak Man Telo' Yang Pernah Menggegar Malaysia!

Pak Man Telo ialah nama gelaran kepada Osman Hamzah, seorang pengendali skim cepat kaya yang paling popular di Malaysia pada era 1980-an. Skim cepat kaya biasanya beroperasi secara haram, menerima wang deposit daripada orang ramai (pelabur) dengan menjanjikan pulangan dividen yang besar kepada mereka dalam tempoh yang singkat.

Skim Cepat Kaya 'Pak Man Telo' Yang Pernah Menggegar Malaysia!

Pak Man Telo dikatakan menjalankan operasi skim cepat kaya yang dinamakan Skim Pestama Berhad sejak penghujung dekad 1970-an. Skim cepat kaya tersebut juga dikenali dengan nama Skim Pak Man Telo.

Pak Man Telo berasal dari Taiping, Perak, pernah bertugas sebagai wartawan akhbar Warta Negara pada 1960-an kemudian menjadi wartawan sambilan di Bernama pada 1970-an sebelum menceburi ‘bidang’ skim cepat kaya.

Sejak beroperasi pada hujung 1970-an, Skim Pak Man Telo semakin meningkat popular dan mendapat kepercayaan daripada orang ramai kerana ia dikatakan berjaya mengekalkan pembayaran dividen dengan lancar kepada setiap pelaburnya dalam tempoh bertahun-tahun lamanya.

8 Mac 1992

Namun, kelancaran operasi Skim Pak Man Telo mula goyah pada penghujung dekad 1980-an. Pada 1 Oktober 1989, beberapa pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyerbu rumah Pak Man Telo di Taiping bagi menyiasat kegiatan skim cepat kaya yang dikendalikannya.

BNM menyerbu rumah Pak Man Telo buat kali kedua pada 23 November 1989 dan merampas wang tunai hasil deposit orang ramai sebanyak RM1.7 juta.

Dengan bukti yang ada, Pak Man Telo berserta isterinya (Maimunah Taib) dan anak lelaki mereka (Abdul Rahman Osman) bakal menghadapi masalah.

Berikut ialah rentetan detik-detik terakhir Skim Pak Man Telo:

11 Januari 1990

Pak Man Telo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melanggar Akta Bank & Industri Kewangan 1989 kerana mengambil deposit berjumlah RM20 juta daripada orang ramai tanpa memiliki lesen.

Isteri dan anak lelaki Pak Man Telo pula dituduh bersubahat namun ereka bertiga tidak mengaku bersalah.

Pak Man Telo dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dan pasportnya dirampas, manakala isterinya dan anak lelaki mereka dibebaskan dengan ikat jamin setiap seorang RM200 ribu dengan seorang penjamin. Kes mereka bakal dibicarakan.

13 Mac 1990

Pak Man Telo, isterinya dan anak lelaki mereka dibicarakan di mahkamah. Pak Man Telo mengaku bersalah atas tuduhan mengambil deposit tanpa memiliki lesen.

Hukuman ke atas Pak Man Telo akan dijatuhkan keesokan harinya. Isteri dan anak lelaki Pak Man Telo dibebaskan. Hakim memerintahkan supaya wang tunai RM1.7 juta yang dirampas dari rumah Pak Man Telo dipulangkan kepadanya kerana tiada peruntukan yang membolehkan BNM berbuat demikian.

14 Mac 1990

Pak Man Telo dijatuhkan hukuman denda RM250 ribu atau setahun penjara. Beliau membayar denda itu dengan wang tunai.

Walaupun Pak Man Telo bersalah, tetapi para penyokongnya yang berada di mahkamah menyambut ‘kebersalahan’ Pak Man Telo dengan penuh kegembiraan dan berkali-kali melaungkan “Hidup Pak Man”!

Para pemerhati menjangka yang Skim Pak Man Telo akan hancur selepas itu tetapi sebaliknya skim cepat kaya itu telah mendapat pendedahan yang semakin meluas dan menjadi sangat popular.

April hingga Ogos 1990

Skim Pak Man Telo beroperasi seperti biasa, deposit tetap diterima daripada orang ramai yang jumlahnya semakin meningkat.

Pulangan dividen berjumlah 10 peratus daripada nilai pelaburan telah dibayar tanpa gagal, malah kadar dividen itu kemudiannya telah dinaikkan kepada 12 peratus!

Mungkin ramai orang yang berjaya menjadi kaya dengan cepat dalam tempoh ‘gemilang’ itu.

September 1990

Para pelabur Skim Pak Man Telo mula mengesan yang pulangan dividen mereka sudah tidak dimasukkan ke dalam akaun bank seperti bulan-bulan sebelumnya.

Ada sesetengah pelabur pula hanya menerima separuh daripada pulangan dividen yang sepatutnya. Manakala pelabur-pelabur yang menerima pulangan dividen melalui cek pula mendapati ia adalah ‘cek tendang’.

19 September 1990

Para pelabur menyerbu rumah Pak Man Telo di Taiping bagi meminta penjelasan mengenai status pelaburan mereka.

20 September 1990

Pak Man Telo mengumumkan penurunan kadar dividen daripada 12 peratus kepada cuma 5 peratus. Beliau memberi alasan bahawa ia berpunca daripada kemelesetan ekonomi dunia akibat Perang Teluk (yang meletus pada 2 Ogos 1990). Selain itu beliau menyalahkan kejadian penyelewengan di kalangan “ajen-ajen”.

15 Januari 1991

Keadaan semakin teruk, Pak Man Telo gagal membayar pulangan dividen yang dijanjikan. Para pelabur berkerumun di rumahnya bagi menuntut kembali wang pelaburan masing-masing. Kekecohan terjadi dan kereta Pak Man Telo turut dirosakkan.

28 Februari hingga 5 Mac 1991

Enam orang lelaki telah menculik anak lelaki Pak Man Telo, Abdul Razak Affendi (19 tahun), dan mengurungnya di Hotel Tropicana, Kuala Lumpur, namun mereka semua berjaya diberkas oleh pihak polis.

15 Mac 1991

Para penculik anak Pak Man Telo telah dihadapkan ke mahkamah.

6 April 1991

Seorang pelabur Skim Pak Man Telo akhirnya membuat laporan polis mengenai penyelewengan yang berlaku.

Pak Man Telo kemudian telah ditahan selama beberapa minggu oleh pihak polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur. Selepas itu Pak Man Telo telah dibuang daerah di Kuala Terengganu, Terengganu.

17 Julai 1991

Hasil siasatan lanjut, Bank Negara Malaysia telah mendakwa Pak Man Telo di mahkamah atas tuduhan mengambil deposit sebanyak RM99.09 juta daripada orang ramai (dianggarkan 50 ribu orang) tanpa memiliki lesen.

Pak Man Telo tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Beliau dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2 juta sementara menunggu perbicaraan pada awal 1992.

2 Mac 1992

Setelah perbicaraan selesai, Pak Man Telo yang ketika itu berusia 65 tahun telah didapati bersalah buat kali kedua, dan mahkamah menjatuhkan hukuman ‘penjara setahun’ dan ‘denda RM500 ribu atau penjara setahun’.

Pak Man Telo akhirnya merengkok dalam penjara selama setahun bermula pada tarikh beliau ditahan (17 Julai 1991).

Bagi hukuman kedua, Pak Man Telo gagal membayar denda RM500 ribu dan beliau dipenjarakan lagi selama setahun bermula pada 2 Mac 1992.

Akhbar melaporkan kes skim cepat kaya Pak Man Telo sebagai “salah satu skandal kewangan yang terbesar” di Malaysia, setanding dengan kes Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dengan kehilangan lebih RM22 juta dari Bank Negara Malaysia.

Bezanya, Pak Man Telo hanyalah seorang bekas wartawan dan bukanlah pakar dalam bidang ekonomi atau pun berkemahiran dalam sistem kewangan, tetapi dengan hanya bersandarkan kepercayaan daripada orang ramai, beliau mampu ‘berskandal’ (walaupun akhirnya tumpas) melibatkan jumlah wang yang sangat melampau.

Nota tambahan:

Menurut Kamus Dewan, skim bermaksud “rancangan”, dan skim cepat kaya bermaksud “skim pelaburan yang kononnya boleh memberikan pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”.

Asal usul nama gelaran “Pak Man Telo” (Osman Hamzah) tidak diceritakan dalam artikel yang dirujuk.

Dalam arena hiburan tempatan, seorang pelawak pentas pada hujung 1980-an pernah menggunakan nama Pak Man Telo (beliau pernah berlakon filem Janda Meletup pada 1990), tetapi beliau bukanlah Osman Hamzah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: syahrilkadir

Tuesday, November 07, 2017

Questra World Skim Cepat Kaya

Questra World Skim Cepat Kaya

Jika saat ini anda sedang dipujuk untuk menyertai satu lagi Sim Cepat Kaya dari syarikat Questra World yang mendakwa mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan, jangan sesekali berfikir dua kali. Kenapa? Sebab Questra World adalah satu lagi Skim Penipuan Terancang, Skim Piramid yang sedang giat mencari mangsa.

Questra World skim penipu

Skim Cepat Kaya Questra World sudah dibuktikan bersalah diseluruh dunia dengan pelbagai pendedahan dari pihak berkuasa mahupun individu.

Cuba lihat senarai pendedahan di bawah ini;

BNM (MALAYSIA) - Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites;

AMARAN daripada Financial Conduct Authority (FCA), UNITED KINGDOM:

AMARAN daripada Financial Services and Markets Authority (FSMA), BELGIUM:

AMARAN daripada Financial Market Authority (FMA), AUSTRIA:

AMARAN daripada Czech National Bank (CNB), REPUBLIK CZECH;

PENDEDAHAN daripada SCAMQUESTRA.COM:

Kalau dengan satu pendedahan saja pun sudah lebih dari cukup untuk membuktikan bahawa Questra World adalah pelaburan yang meleburkan wang PELEBUR, apatah lagi dengan senarai panjang diatas kan.

Jadi, jangan sesekali memperbodohkan diri dengan tertipu sewenang-wenangnya.

SAY NO TO SKIM PIRAMID Questra World!

Apa Yang Ditawarkan Oleh Skim Penipuan Questra World?

Questra World mendakwa kononnya syarikat yang telah ditubuhkan sejak 7 tahun yang lepas dan mempunyai wakil-wakil di Sepanyol, Rusia, Kazakhstan, Dubai, Singapura dan kini di Malaysia.

Berbeza dengan syarikat pelaburan yang lain, perniagaan utama Questra World adalah dalam pembelian dan penjualan debentur, memberi sokongan kewangan (financial support) kepada syarikat-syarikat start-up, memberi dan menjual hartanah dan jual beli di pasaran IPO.

Sejak 7 tahun yang lepas, keseluruhan urusan perniagaan oleh Questra World telah menamppakkan purata keuntungan sebanyak 88%!

Pakej-Pakej Pelaburan Questra World

Mari kita lihat beberapa pelan pelaburan yang ditawarkan oleh Questra World. Pelan-pelan pelaburan ini dikategorikan mengikut kategori-kategori atau pakej-pakej yang berikut:
  1. Pakej White – 90 EURO (RM500)
  2. Pakej Yellow – 270 EURO (RM1,485)
  3. Pakej Green – 810 EURO (RM4,455)
  4. Pakej Blue – 2,430 EURO (RM13,365)

Setiap pelaburan adalah selama setahun atau dikira dalam minggu iaitu 52 minggu, dimana setiap minggu pelabur boleh memperolehi keuntungan minima 4% dan keuntungan tersebut dibayar pada setiap hari Jumaat! Wah, SAH Skim Cepat Kaya macam kebiasaan!

Anda boleh sahaja mengambil keuntungan pada setiap minggu dan mengakhiri pelaburan anda pada akhir tahun pelaburan tersebut. Atau hilang terus?

Tetapi anda pasti akan tertarik dengan program “Compounding” yang mana keuntungan anda akan dilaburkan sekali lagi supaya jumlah pelaburan anda akan meningkat, dan secara tidak langsung, keuntungan anda juga akan berlipat kali ganda banyaknya!

'COMPOUNDING' bermaksud anda carilah rakan seramai mungkin supaya boleh menangis bersama-sama!

Dan sekiranya anda mampu melabur mengikut pakej BLUE, ganjarannya RM27 JUTA! PERGHH!

Anda nak join bisnes Skim Penipu yang bakal tersontot? Cepat-cepatlah join. Kah.. Kah..

BACA INI JUGA:

sumber: facebook