Wednesday, February 13, 2019

Mati Pucuk Angkara Sihir?

Mati Pucuk Angkara Sihir?

Allah SWT telah berfirman dalam surah Al Baqarah, ayat 102, ”...dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua (Harut dan Marut) ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka...”

Sihir mati pucuk

Berdasarkan ayat di atas, antara perkara-perkara yang sering dilakukan oleh syaitan dan iblis ialah meretakkan hubungan suami isteri melalui pelbagai cara.

Selain mengapi-apikan perasaan dan menimbulkan rasa cemburu atau curiga dalam hati pasangan, syaitan juga menjadi dalang dalam penggunaan ilmu sihir yang bertujuan untuk mengganggu hubungan kelamin antara suami dan isteri.

Antara bentuk gangguan tersebut ialah hilang tenaga kelakian, mati pucuk dan lemah syahwat.

Penyakit mati pucuk atau impotens ditakrifkan sebagai kegagalan zakar mencapai ketegangan atau keadaan ereksi yang secukupnya untuk perhubungan seks yang memuaskan.

Penyakit ini merupakan satu igauan buruk dan amat ditakuti oleh kaum lelaki, dan bagi mereka yang mengidapi masalah ini, usaha akan dilakukan bagi mencari penawarnya tanpa mengira berapa harga yang perlu dibayar.

Perubatan moden menjelaskan bahawa, punca berlakunya mati pucuk atau anaphrodisiacs banyak dipengaruhi oleh faktor usia, tekanan emosi, corak pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan.

Namun, kita juga tidak boleh menolak adanya unsur-unsur penggunaan ilmu sihir dan ilmu hitam untuk menghalang berlakunya persetubuhan.

Menurut Dato Dr. Amran Kasimin dalam bukunya Tanda Sihir & Kekuatan Roh Untuk mengatasinya, jenis sihir yang biasa digunakan untuk tujuan ini ialah sihir santau dan sihir jerutan.

Penggunaan ilmu sihir untuk menyebabkan mati pucuk bukanlah satu perkara yang baru dikenali di zaman ini kerana ianya sudah berlaku ribuan tahun dahulu.

Menurut Walter Farber dalam bukunya Witchcraft, magic and divination in Ancient Mesopotamia, gejala ini telah pun wujud sejak zaman tamadun Mesopotamia (zaman Nabi Ibrahim a.s) atau lebih awal lagi.

Kaum lelaki pada zaman itu yang mengalami masalah tersebut akan mengamalkan jampi tertentu yang dikenali sebagai Šaziga (potency) bagi menaikkan kembali alat kelamin yang tiba-tiba tidak berfungsi.

Antaranya ialah:
Let the wind blow, let the palm grove away,
Let the clouds mass together, and a rainstorm pour down!
Let my potency flow like river water!
Let my penis be (as taut as) a harp string, So that it will not slip out of her.

Di dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW juga pernah disihir sehingga Baginda SAW merasakan seolah-olah telah mendatangi isterinya walhal hakikatnya ianya tidak berlaku.

Peristiwa ini diceritakan oleh Syaidatina Aisyah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhāri dalam Ṣahīhnya, “Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah SAW telah disihir sehingga baginda merasa seolah-olah telah mendatangi isteri-isterinya, padahal baginda tidak mendatangi mereka, dan hal ini adalah akibat dari sihir yang kuat.”

Di Eropah, Ivo of Chartres adalah antara ahli teologi yang menegaskan kemungkinan wujudnya unsur sihir bagi kes-kes mati pucuk.

Beliau menyatakan, ”The Catholic faith teaches that there are demons and that by their doings they can inflict injury to men and prevent carnal copulation.”

Richard Keickhefer dalam bukunya, Magic in the Middle Ages, turut menyentuh persoalan ini dengan menyatakan, ”Could they cause sexual impotence? Yes, Thomas Aquinas and other authorities concluded. As a lawyer in the late fifteenth century, Ulrich Molitoris encountered many cases in which women charged their husbands with impotence, but physicians testified that there was no natural cause, and thus they must be bewitched.”

Gajala mati pucuk akibat terkena sihir kelihatan seolah-olah tidak masuk akal dan sukar untuk dipercayai.

Sebenarnya, kerjasama syaitan dan penyihir memang berlaku dan ianya merupakan syarat utama keberhasilan amalan sihir.

Menurut Syeikh Wahid Abdussalam Baly dalam bukunya Ilmu Sihir dan Penangkalnya: Tinjauan Al Quran, Hadith dan Ulama, khadam sihir (yang terdiri dari jin dan syaitan) akan bersarang di otak atau lebih tepatnya di pusat pembangkit nafsu seks yang mengirimkan isyarat kepada organ seks.

Kemudian ia membiarkan organ seks itu berfungsi secara biasa dan apabila seorang suami mendekati isterinya dan ingin melakukan hubungan seks, maka khadam sihir tersebut menghentikan aktiviti pusat pembangkit nafsu seks yang ada di otak, sehingga isyarat-isyarat yang diberikannya tidak sampai kepada organ seks yang mengalirkan darah ke zakar.

Dengan demikian, darah akan kembali dengan cepat dari zakar sehingga membuatnya mengendur dan mengkerut.

Biasanya tanda terkena sihir ialah apabila keupayaan lelakinya hilang apabila hendak melakukan hubungan seks dengan orang lain selain isterinya, atau mengalami masalah mati pucuk apabila dia hendak bersama-sama dengan isterinya tetapi tidak pula apabila bersama isteri-isterinya yang lain atau pelacur ataupun perempuan simpanan.

Dalam perubatan moden, ini dinamakan sebagai impotens situational.

Peter Bankart dalam bukunya Talking cures: A history of Western & Eastern psychotherapies, turut memuatkan panduan untuk mengenali antara gejala mati pucuk yang disebabkan oleh sihir dan mati pucuk yang disebabkan oleh oleh faktor semulajadi dengan berkata:

”When the member is in no way stirred and can ever perform the act of coition, this is a sign of frigidity of nature; but when it stirred and becomes erect, yet cannot perform, it is a sign of witchcraft.”

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mahyuddin09

Friday, February 01, 2019

5 Kitab Sihir Yang Pernah Wujud Di Dunia

5 Kitab Sihir Yang Pernah Wujud Di Dunia

Buku ilmu sihir sering disebut pada zaman moden sebagai "Grimoires", istilah yang awalnya hanya mengacu pada semua jenis buku yang ditulis dalam bahasa Latin, berasal dari kata "grammaire" bahasa Perancis Kuno, yang bererti "tata bahasa".

Kitab sihir
Gambar hiasan.

Ia kemudiannya dikaitkan dengan teks magik yang muncul dalam banyak budaya di seluruh dunia dan mencakup beragam topik misteri.

Seseorang dikatakan mampu mendapatkan kekuatan ghaib, mentera, petunjuk untuk membuat barang sakti, azimat atau artifak yang berisi sesuatu yang mistik.

Berikut adalah beberapa kitab atau buku tentang ilmu sihir yang pernah wujud di dunia.

1. Kitab Galdrabok

Kitab Galdrabok

Manuskrip ini menjadi kitab kuno yang ia dikenalpasti mula dicatat dan dikumpulkan sekitar tahun 1550-1650 Masihi.

Kitab ini kononnya berisikan 47 buah jenis mantera sihir yang dikumpulkan dari empat orang penyihir legenda Iceland.

Beberapa pakar yang mengkaji buku ini menyimpulkan bahawa isi Kitab Galdrabok terdiri dari pelbagai mantera sihir seperti mantera yang memberikan kesan positif dalam penyembuhan tubuh badan manusia, namun di sebalik itu, mantera di dalam buku ini juga terisi dengan mantera yang dicipta untuk tujuan jahat seperti membunuh.

Hanya tiga buah mantera sahaja yang dikenalpasti digunakan oleh ahli sihir sebagai resipi untuk membuat ‘potion’ atau untuk tujuan perubatan.

Lapan buah mantera dalam buku ini pula digunakan untuk mendapatkan kekuatan yang mampu mengalahkan manusia atau musuhnya sehingga ianya dikategorikan sebagai mantera yang mematikan.

Buku ini diterbitkan kepada umum buat pertama kali pada tahun 1921 oleh Adolf Natanael Lindqvist yang diterjemahkan ke dalam bahasa Sweden.

Edisi pertama terjemahan bahasa Inggeris pula diterjemahkan oleh Stephen Flower pada tahun 1989.

Pada tahun 1995, Stephen Flower mengeluarkan buku ini ke dalam edisi kedua dengan beberapa pembetulan tatabahasa disertai dengan nota.

Setiap mantera yang ada di dalam kitab ini berisikan pelbagai bait-bait ayat sihir bangsa yang menetap di Iceland sejak zaman dahulu.

2. The Black Pullet (La Poule Noire)

The Black Pullet

Kitab the Black Pullet ini menjadi kitab ilmu sihir yang cukup terkenal di kalangan bangsa Eropah kuno, khususnya di belahan negara Perancis.

Dikisahkan, buku ini mula ditulis oleh salah seorang tentera dari pasukan Napoleon Bonaparte yang ketika itu sedang menakluki Mesir.

Tentera ini tercedera dalam sebuah pertempuran lalu beliau diselamatkan oleh seorang lelaki misteri (berkemungkinan ahli sihir).

Lelaki misteri itu kemudiannya mengajar beliau cara-cara untuk menghasilkan azimat atau tangkal dari bahan seperti sutera dan besi serta seni ilmu hitam Kabbalah melalui sebuah manuskrip sihir Mesir kuno yang diambil dari perpustakaan Alexandria ketika era Ptolemy I.

Ilmu sihir lelaki misteri tersebut dicatatkan kembali oleh tentera ini dan dikumpulkan di dalam buku yang dikenali sebagai La Poule Noire.

Mengikut pelbagai sumber, buku ini mengandungi 22 cara untuk menghasilkan azimat ke dalam bentuk cincin ataupun tangkal yang masing-masing memberi keistimewaan kepada pemakainya.

3. Kitab Picatrix (Ghayat al-Hakim)

Kitab Picatrix

Picatrix yang kebanyakannya menerangkan tentang ilmu astrologi, sebenarnya terkenal sebagai sebuah buku yang menjelaskan teori pembentukan alam semesta atau dikenali sebagai teori kosmologi.

Kitab aslinya dalam bahasa Arab bertajuk Ghayat al-Hakim ini ditulis pada pertengahan abad ke-11.

Jika nama ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris ianya berbunyi, ‘The Aim of the Sage’ atau ‘The Goal of the Wise’.

Buku ini awalnya diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1256 Masihi oleh seseorang untuk dihadiahkan kepada Raja Alfonso the Wise dengan menyandang nama sebagai buku ‘Picatrix’.

Buku ini mengumpulkan koleksi pelbagai manuskrip kuno ilmu sihir yang digunakan secara meluas pada abad ke sembilan dan kesepuluh sebelum Masihi.

Pacitrix dibahagikan kepada empat buah bahagian utama iaitu Book I, Book II, Book III dan Book IV, yang mana setiap bahagiannya mempunyai pelbagai cabang ilmu sihir melalui 55 buah sihir astrologi, 22 buah kebaikan azimat, cara membuat ‘potion’ cinta, mencari harta karun, menyuburkan hasil tanaman dan lain-lain lagi.

Namun, beberapa orang percaya buku Picatrix adalah sebuah kitab ilmu sihir yang mengajar pembacanya untuk mendapatkan kekuatan sihir dengan mengetahui melalui penyelarasan kitaran bulan, waktu dan tata atur tertentu dari beberapa planet yang terdapat di dalam sistem suria.

Salah satu ajaran ataupun ilmu sihir yang didapati di dalam buku ini melalui terjemahan John Michael Greer adalah,

“Ambil empat gram darah anjing hitam, dua gram darah babi beserta otaknya dan satu gram otak keldai. Campurkan kesemua bahan tersebut sehingga hancur. Jadikan ia sebagai minuman dan berikan minuman ini kepada mangsa. Mangsa yang meminum minuman ini akan membenci kamu seumur hidup.”

4. Kitab Abramelin

Kitab Abramelin

Kitab Abramelin atau lebih dikenali dengan nama ‘The Book of Abramelin’ juga diyakini sebagai kitab yang mengajarkan tentang ilmu sihir.

Kitab ini diawali dengan sebuah kisah yang menceritakan seorang ahli sihir Mesir bernama Abra-Melin atau lebih dikenali sebagai Abramelin.

Namanya menyamai dengan nama ahli sihir mitos ‘Merlin’.

Abramelin digambarkan sebagai sosok yang zuhud, tidak terpengaruh kepada harta duniawi. Hanya hidup beribadah kepada Tuhannya.

Sekitar tahun 1362 M – 1458 M.

Abramelin merupakan seorang ahli sihir semi-mitos yang terkenal mengajarkan ilmu sihir Kabbalah ke atas masyarakat Mesir dan segala mantera sihirnya ini dimuatkan ke dalam bukunya yang bertajuk ‘The Book of Abramelin’.

Abramelin dikenal pasti tinggal di padang pasir luar wilayah Arachi (sebuah kota kuno Tamadun Mesir yang berhampiran dengan sungai Nil).

Abramelin mempunyai seorang anak murid bernama Abraham the Worm dan beliau memberikan dua buah manuskrip sihir iaitu ‘Divine Science’ dan ‘True Magic’ kepada anak muridnya ini setelah Abraham mengikat janji setia untuk mengubah hidupnya kepada seorang yang warak dan menyembah ajaran Tuhan Abramelin ‘The Way and Law of the Lord’.

Dua buah manuskrip ini hanya diberikan kepada orang yang dipercayainya sahaja.

Pengamal sihir ajaran Abramelin harus melakukan sebuah ritual misteri seperti bertemu dengan malaikat penjaga untuk mendapatkan ilmu sihir secara langsung dan kuat.

Buku ini dipercayai terisi dengan ajaran-ajaran untuk mengawal kekuatan iblis dan membuatnya menuruti semua perintah ahli sihir, menemui harta karun, terbang di langit, menjadi halimunan dan kemampuan-kemampuan lainnya yang tidak terjangkau akal manusia.

Buku ini akhirnya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Samuel Liddell MacGregor Mathers di bawah tajuk ‘The Book of Abramelin the Mage’ pada tahun 1898 yang dibahagikan kepada tiga buah fasa iaitu Book I mengandungi 12 tajuk, Book II pula mengandungi 20 tajuk dan terakhir Book III mengandungi 30 tajuk kesemuanya.

5. Kitab Luratus Honori (Liber Juratus)

Kitab Luratus Honori

Kitab yang ditulis oleh ahli sihir bernama Liber Juratus Honorii ini diyakini sebagai buku petunjuk ilmu sihir yang paling dahsyat pada abad pertengahan.

Ini kerana segala isi di dalam buku ini menjelaskan cara-cara untuk mendapatkan ilmu sihir yang mengerikan.

Menurut sumber, isi kitab yang juga dikenali dengan nama ‘The Sworm Book of Honorius’ ini mengajarkan cara menyeru iblis, malaikat atau roh untuk berdamping dengan ahli sihir bagi mendapatkan kemampuan tertentu seperti meramal masa hadapan seperti tukang tilik (fortune teller).

Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Latin dengan pelbagai versi seperti:
  • The Sworn Book of Honorius: Liber Iuratus Honorii oleh Joseph H. Peterson.
  • The Sworn Book of Honourius the Magician oleh Daniel Driscoll.
  • Liber Iuratus Honorii: A Critical Edition of the Latin Version of the Sworn Book of Honorius oleh Gosta Hedegård.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Sunday, November 11, 2018

Kuasa Hati Mampu Mematahkan Sihir

Kuasa Hati Mampu Mematahkan Sihir

Sebut sahaja santau, tuju-tuju, voodoo, santet termasuk entiti yang berkaitan dengannya seperti polong, pelesit, hantu raya, sudah pasti timbul suatu perasaan seram dan takut kepada orang yang mendengarnya, kerana ilmu hitam atau sihir antara ilmu yang digeruni oleh kebanyakan orang.

Mematahkan Sihir

Bukan niat untuk menakutkan tetapi hakikatnya perkara ini wujud dalam semua bangsa di dunia. Cuma ketakutan kita terhadap perkara ini selalunya tidak bertempat dan menyalahi hakikat yang sebenarnya.

Ditambah lagi dengan filem dan cerita seram di televisyen serta tokok tambah lidah yang tidak berasas menjadikan ilmu hitam ini berada di suatu kedudukan yang tinggi dalam indeks seram manusia.

Ilmu sihir ajaran syaitan

Iblis dan syaitan telah merancang pelbagai misi untuk menyesatkan manusia. Mereka tidak akan melaksanakan sesuatu pelan kecuali dengan tujuan untuk memastikan manusia mengikut mereka masuk ke neraka.

Mereka mengajarkan pelbagai ilmu yang menyebabkan manusia jadi jahat dan kufur. Antaranya ialah melalui ajaran sihir.

Fakta ini dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya dalam surah Al Baqarah ayat 102:

”...puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia akan ilmu sihir...”

Persepsi masyarakat terutama bagi kita yang beragama Islam tentang kehebatan ilmu hitam ini perlu dikikis.

Ini kerana ilmu tersebut tidaklah sehebat dan sekuat seperti yang disangkakan. Ianya mudah diatasi sekiranya kita mengetahui rahsia dan kelemahannya.

Malangnya, kejahilan kita terhadap perkara ini menyebabkan kita cepat melatah apabila diancam sihir. Mulalah kita berikhtiar dan mencari pelbagai kaedah rawatan yang kadang-kadang menyalahi ajaran Islam.

Secara tidak langsung misi syaitan dan iblis untuk menyesatkan manusia telah berjaya.

Allah SWT tidak akan menurunkan suatu masalah dan musibah kecuali pasti Allah menyediakan panduan untuk mengatasinya sama ada melalui Al-Quran atau Sunnah Nabi.

Al-Quran sendiri mengemukakan beberapa kisah pertarungan antara ahli sihir dan para utusanNya dan antara yang paling hebat ialah kisah Nabi Musa a.s. melawan ahli sihir Firaun yang sangat hebat.

Kisah Nabi Musa Mengalahkan Ahli Sihir Firaun

Nabi Musa a.s. telah diutuskan oleh Allah SWT bukan sahaja untuk berdepan dengan Firaun yang amat zalim dan kejam, tetapi juga untuk berdepan dengan ahli-ahli sihir terhebat.

Allah tidak mengutuskan Nabi Musa dengan tangan kosong, tetapi dibekalkan dengan dua perkara yang menjadi mukjizat kepada Nabi Musa a.s. iaitu tongkat yang boleh bertukar menjadi ular dan tangan Baginda yang boleh mengeluarkan cahaya.

Kisah ini dirakamkan dalam Al Quran, surah Ta-Ha, ayat 17-22 yang bermaksud:

“Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?” Nabi Musa menjawab: “Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa berjalan dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu”.

Allah Taala berfirman, “Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!” Lalu ia mencampakkannya. Maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.

Allah berfirman, “Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal. Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.

Apakah rahsia tongkat dan tangan Nabi Musa?

Sekarang, marilah kita meneliti rahsia apabila Allah berfirman, “apa yang ditanganmu wahai Musa.”

Imam Fakhru Al-Razi dalam tafsirnya mengatakan, oleh kerana tajalli pandangan Allah jatuh kepada kedua objek tersebut iaitu tangan dan tongkat, maka kedua-duanya menjadi mukjizat yang sangat hebat.

Lalu kedua-duanya bertukar dari keadaan yang biasa menjadi sesuatu yang luarbiasa dengan izin-Nya.

Tongkat Nabi Musa yang merupakan batang kayu yang telah mati dan kering tiba-tiba boleh bertukar menjadi ular yang hidup. Tangan Nabi Musa bertukar menjadi bercahaya gilang gemilang.

Kedua-dua perkara luar biasa ini sangat ajaib. Bagaimana ia boleh berlaku?

Ini tidak lain dan tidak bukan kecuali kerana rahmat pandangan Allah yang jatuh ke atas tongkat kayu dan tangan Nabi Musa a.s. lalu ia bertukar menjadi hebat dan mampu mengalahkan tipu daya ahli sihir Firaun.

Imam Ar-Razi seterusnya menyambung bahawasanya Allah SWT memandang kepada hati hambanya sebanyak 360 kali pada setiap hari.

Jika hati manusia dipandang oleh Allah sebanyak itu dalam sehari, sudah pasti hati orang itu akan hidup dan menjadi lebih hebat dari tongkat Nabi Musa.

Malangnya, kerana hati kita selalu alpa dan lalai dari mengingati Allah, maka hati tersebut berterusan dalam keadaan mati.

Apabila berdepan dengan ancaman sihir yang kecil pun, kita sudah mula mengelabah dan tiada kekuatan untuk melawannya.

Oleh itu, salah satu cara terbaik untuk menentang kejahatan ilmu hitam ialah dengan menghidupkan hati untuk menerima kesan rahmat dan tajalli pandangan Allah ke atasnya.

Hati ini bukan sahaja akan hidup, malah berupaya mengalahkan segala tipu daya penyihir.

Bagaimana untuk menghidupkan hati?

Tanyalah kepada ahli-ahli zikir dari kalangan ahli sufi kerana pada mereka ada ilmu dan petua untuk menghidupkan hati yang mati, menyembuhkan hati yang berpenyakit, mencelikkan hati yang buta, melembutkan hati yang keras, menyinari hati yang kelam.

Kisah Nabi Muhammad SAW mengatasi sihir

Nabi Muhammad SAW sendiri telah beberapa kali cuba disihir oleh kaum Yahudi. Dalam kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim, terdapat satu riwayat tentang kisah Rasulullah SAW yang disihir oleh Labib bin Al-A’sam.

Bahan sihir yang digunakan ialah rambut Nabi SAW yang diikat pada mayang kurma dan ditanam dalam sebuah telaga bernama telaga Za’rawan.

Akibat sihir tersebut, baginda SAW merasakan seolah-olah sudah bermalam di rumah salah seorang isterinya sedangkan Baginda SAW tidak melakukan demikian.

Perkara ini berlarutan untuk suatu tempoh hinggalah Baginda SAW diberitahu oleh malaikat bahawa Baginda terkena sihir.

Maka Nabi SAW telah meminta para sahabat untuk pergi mendapatkan bahan-bahan sihir yang ditanam itu dan meleraikannya. Sebaik sahaja simpulan sihir tersebut dileraikan, maka kesan sihir itu telah hilang.

Kisah nabi disihir ini merupakan satu panduan untuk kita berdepan dengan masalah sihir.

Langkah pertama yang Nabi tunjukkan ialah dengan melerai dan memusnahkan bahan-bahan sihir yang digunakan untuk menyihir seseorang.

Ini bermakna, selagi mana bahan tersebut masih dalam keadaan tidak dileraikan, maka selagi itulah kesan sihir itu akan dirasai oleh mangsa.

Cara meleraikan bahan sihir itu juga mesti mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW iaitu dengan pergi mendapatkan sendiri bahan-bahan tersebut, bukannya dengan cara menarik dari jauh melalui khidmat pawang atau bomoh.

Kadang-kadang, mangsa sihir akan mendapat petunjuk tentang bahan-bahan yang digunakan.

Mungkin kadang-kadang bermimpi tempat ianya ditanam, mungkin terbayang-bayang lokasi ianya dilakukan, mungkin menyebut suatu petanda tentang bahan tersebut dikala tidak sedar akibat rasukan.

Nabi SAW diperlihatkan kedudukan mayang kurma yang diikat rambut Baginda SAW dan baginda meminta para sahabat untuk pergi mengambil dan meleraikannya.

Mengenali Bahan-bahan Sihir

Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk menyihir boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
  • ‘Bahan Luaran’ iaitu bahan yang bukan berasal dari diri mangsa atau orang yang hendak menyihirnya.
  • ‘Bahan dalaman’ iaitu bahan yang berasal dari diri mangsa atau penyihirnya.

1. Bahan Luaran

Jenis-jenis ‘bahan luaran’ dan cara penyediaannya adalah berbeza-beza mengikut amalan tukang sihir itu.

Bahan-bahan ini lebih merupakan satu simbolik yang menggambarkan bentuk kesan yang hendak dikenakan kepada mangsa.

Antara bahan-bahan luaran yang digunakan oleh tukang sihir adalah:

Bahan-bahan kotor dan busuk seperti darah, najis, bangkai, tengkorak, kain kafan mayat, air kencing, abu mayat digunakan untuk menjadikan seseorang itu gila, dibenci, mengalami gangguan perasaan.

Bahan-bahan yang berbisa dan beracun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, ubur-ubur, katak puru bertanduk, bisa kala jengking digunakan untuk menyakiti dan menyebabkan penderitaan kepada fizikal mangsa dan boleh jadi untuk membunuh mangsa.

Bahan-bahan tajam dan melukakan seperti kaca, mentol lampu, kelonsong telur ayam, benang sutera, berus besi, kawat sental periuk, tali sabut yang direndam, pisau, paku, ranting bunga kertas, kuku manusia atau binatang digunakan untuk menyakiti dan menyebabkan penderitaan kepada fizikal mangsa, dan boleh jadi untuk membunuh mangsa secara perlahan.

Bahan-bahan gatal dan miang seperti miang buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni dan ulat bulu mati beragan digunakan untuk mendatangkan kemudaratan kepada tubuh mangsa terutama organ dalaman.

Bahan-bahan simpulan seperti kain, benang, rambut, tali sabut, tali yang mempunyai warna-warna tertentu, biasanya merah, hitam, kuning dan putih digunakan untuk mengurung atau mengawal kehendak dan mental seseorang dari berfikir secara waras.

Bahagian tertentu dari anggota badan manusia seperti tengkorak, tulang belulang atau apa-apa yang terhasil darinya seperti rambut, kuku, air liur, air mani dan darah haid digunakan untuk mengawal atau menundukkan seseorang supaya mengikut segala kehendaknya.

Bahagian tertentu dari anggota haiwan seperti taring harimau, gading gajah, tanduk kerbau, taring babi hutan digunakan untuk menjadikan mangsa itu garang ditakuti orang. Bulu kongkang, hati mawas putih, hati kura-kura dan tulang dagu kera duku digunakan untuk menjadikan mangsa itu bodoh dan malu apabila melihat orang.

Bahan-bahan yang diambil dalam keadaan tidak stabil seperti benda-benda yang memusing di tengah-tengah air seperti daun, kayu atau haiwan mati, atau benda-benda seperti bangkai semut, labah-labah atau lipas yang tersangkut di sarang labah-labah, atau benda-benda bergantung yang sentiasa berpusing ke kanan dan ke kiri, atau sampah, daun kayu atau binatang kecil yang telah mati diambil dari air yang berpusar. Ianya digunakan untuk menjadikan mangsa bingung, tidak keruan, gelisah dan tidak tentu arah.

Patung-patung yang dibentuk dari tanah liat, lilin atau jerami, kemudian dicucuk dengan jarum atau duri nibung, disalai dan dibakar dan sebagainya bertujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.

Bahan Dalaman

‘Bahan dalaman’ pula merujuk kepada barang peribadi milik mangsa yang hendak disihir atau milik orang yang hendak melakukan sihir itu sendiri seperti rambut, bulu roma, kuku, pakaian dalam, baju, kain, seluar, tisu dan tuala yang pernah dipakai oleh mangsa.

Bahan-bahan tersebut mengandungi sampel DNA mangsa dan ini memudahkan jin dan syaitan untuk mengesan mangsanya dengan tepat.

Justeru, Islam telah menyeru agar umatnya mengambil berat soal penjagaan barangan peribadi.

Antaranya ialah dengan menanam rambut dan kuku yang bercerai dari tubuh. Sudah pasti perkara ini ada seribu hikmah.

Kesimpulan

Oleh yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa Al-Quran dan hadis telah menunjukkan beberapa kaedah yang praktikal untuk mengatasi gangguan ilmu hitam dalam kehidupan kita.

Allah SWT juga telah menegaskan bahawa ilmu hitam tidak akan memberi apa-apa kesan mudarat kepada manusia melainkan dengan izinNya.

Justeru, kita perlu sentiasa berdoa memohon agar Allah menjauhkan kita dari ancaman sihir.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mahyuddin09

Wednesday, November 29, 2017

Sihir Jerutan Menghalang Hubungan Seksual Suami Isteri

Sihir Jerutan Menghalang Hubungan Seksual Suami Isteri

Sihir jerutan ditujukan kepada pasangan suami isteri supaya tidak dapat melakukan persetubuhan tanpa sebab-sebab tertentu, disebabkan oleh lemahnya alat kelamin suami apabila hendak melakukan persetubuhan atau kedinginan dan rasa kesakitan oleh pihak isteri.

Sihir Jerutan Menghalang Hubungan Seksual Suami Isteri

Rangsangan seks yang dialami oleh kaum lelaki berlaku apabila hormon-hormon yang dikeluarkan oleh pundi-pundi jantina bersatu dan mengalir di seluruh badan.

Apabila hormon tersebut tiba pada otak, ia akan diterjemahkan pada bahagian pusat ransangan otak menyebabkan berlakunya keinginan seks.

Maklumat ini dihantar melalui tulang belakan (spinal cord) ke bahagian alat kelamin dan ini menyebabkan alat kelamin lelaki menegang.

Sihir Jerutan

Jin, iblis atau syaitan apabila mereka berjaya memasuki tubuh pesakit, mereka akan bertindak dengan menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak.

Dari sini mereka bertindak mengacau bahagian utama yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai pusat ransangan seks, kerana dari bahagian pusat inilah semua isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelamin lelaki.

Keadaan alat kelamin yang menegang mampu bertindak balas sebagai lazimnya namun sebaik-baik sahaja suami hendak menyetubuhi isteri, jin atau iblis tadi akan mematikan atau mengganggu ransangan seks dengan serta merta.

Apabila ia berlaku, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan terganggu ataupun terputus hubungannya dengan alat kelamin lelaki yang boleh menyebabkannya ia mengecut dan menjadi lemah.

Simptom Pesakit yang mengalami sihir jerutan ini mungkin akan mengalami Simptom-simptom berikut:

1. Alat sulit layu

Suami tidak berupaya bersetubuh dengan isteri biarpun pada awalnya mempunyai ketegangan alat kelamin suami.

Kemaluan suami akan menjadi lemah atau layu sebaik-baik sahaja hendak bersatu.

Ada pesakit yang mempunyai dua isteri yang hanya boleh bersatu dengan seorang isteri, tetapi tidak dapat bersetubuh dengan isteri yang lagi satu.

2. Peha isteri terkapit

Kedua-dua belah peha isteri terkapit erat bukan atas kehendaknya menyebabkan suami gagal bersetubuh.

3. Nafsu dingin

Isteri terasa dingin dan dalam kebingungan, tidak merasa apa-apa nikmat daripada persetubuhan yang dilakukan.

4. Keluar darah dari kemaluan

Keluar darah setiap kali suami hendak bersetubuh dengan isterinya.

5. Sakit apabila bersetubuh

Isteri merasa sakit ketika disentuh oleh suami, biarpun dengan sentuhan yang sedikit, apatah lagi ketika bersetubuh.

Darah terus keluar setelah bersetubuh untuk jangka masa yang tidak dapat dipastikan.

6. Ketulan daging dalam faraj

Suami rasa macam ada penghalang atau adanya ketulan daging dalam faraj menyebabkannya gagal untuk menyetubuhi isteri seperti biasa.

Ada pasangan suami isteri yang telah bernikah bertahun-tahun tetapi isterinya masih lagi dara dan belum pernah disetubuhi.

Apabila sihir itu dikeluarkan dengan keizinan Allah s.w.t maka pasangan itu dapat hidup sebagai suami-isteri seperti biasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: quranhealing

Sunday, November 26, 2017

Apa Itu Saka?

Apa Itu Saka?

SAKA adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut dan berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.

Apa Itu Saka

Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu.

Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional.

Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.

Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya.

Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.

Keadaan seperti ini dikenali sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia.

Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan.

Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Saka telah meninggalkan impak yang sangat besar dan meluas dalam kehidupan manusia kerana ia merangkumi dalam semua aspek jenis kehidupan sama ada dari segi fizikal, spritual, keagamaan, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Walaupun saka lebih dilihat ilmu atau amalan yang melibatkan makhluk halus seperti jin dan syaitan tetapi kesan penglibatan saka ini merebak ke segenap aspek kehidupan manusia.

Dengan sebab saka, manusia boleh mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan suami isteri, menyebabkan manusia tidak bekerja, melakukan aktiviti yang bercanggah dengan Islam dan sebagainya.

Saka ini pula hidup semakin kuat dan angkuh hasil daripada kerjasama manusia dengan jin dan syaitan sepertimana yang diterangkan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-An’am, ayat 128 yang bermaksud:-

“Dan ingatlah hari kiamat padanya Allah himpunkan mereka semua (lalu Allah berfirman) “Wahai sekelian jin dan syaitan sesungguhnya kamu telah menyesatkan ramai manusia. Maka berkata manusia yang menjadi penolong-penolong jin dan syaitan itu; “Wahai Tuhan kami, sebahagian kami telah dapat kesenangan dengan sebahagian yang lain tapi dalam keadaan itu ajal kami yang Engkau tetapkan sampai (kami mati tanpa sempat bertaubat). Maka Allah berfirman “nerakalah tempat kamu, kamu kekal didalamnya kecuali apa yang Allah kehendaki”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: darulkahfi

Tuesday, November 21, 2017

Tanda-tanda Terkena Sihir Ilmu Pengasih

Tanda-tanda Terkena Sihir Ilmu Pengasih

Zaman sekarang ini ilmu hitam dan jampi masih lagi wujud. Sebab itu masih ada tanda seseorang tu terkena sihir cinta atau ilmu pengasih. Tapi apakah tanda-tanda tersebut?

Tanda-tanda Terkena Sihir Ilmu Pengasih

Bacalah artikel di bawah untuk penerangan yang lebih jelas, tentang sihir cinta atau ilmu pengasih.

Tanda disihir

Orang yang dari dulu kita tidak suka, tiba-tiba jadi suka sangat dan nak kahwin. Sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari. Perkahwinan tiba-tiba dibatalkan kerana suka orang lain, tiba-tiba malas melayan suami, isteri.

Bagaimana disihir

Selalunya orang akan menggunakan minyak dagu. Korek kubur orang mati kemalangan atau mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dengan berita dalam newspaper untuk tahu dimana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah dan nyalakan api di dagu. Keluarlah minyak jadi minyak dagu. Nauzubillah.

Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa atau di baju mangsa dan ada juga dicalit di baju jemuran.

Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (terutamanya yang belum berbasuh dan ada peluh), baju dalam, gambar dari Facebook (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh).

Ikatan Jin Pengasih (Pemikat)

Lazimnya jin pengasih yang digunakan oleh pemakai untuk memikat wanita atau lelaki lain dalam merealisasikan niatnya.

Pengakhirannya adalah ikatan perkahwinan tanpa rela. Pemakai menikmati kehidupannya seperti biasa dengan kemegahan dan mangsa akan menuruti segala perintah suami atau isteri seperti kerbau dicucuk hidungnya.

Penghantaran Jin adalah melalui

Angin (gambar mangsa).

Minyak Pengasih (lazimnya terdiri daripada air mandian mayat, minyak bunga tanjung, minyak zaitun atau minyak wangi biasa).

Minyak akan dipuja terlebih dahulu dan di masukkan signal untuk jin bertindak apabila minyak ini telah dicalitkan kepada si mangsa.

Kezaliman ini selalunya tidak kekal lama. Ianya bergantung kepada jangka masa perjanjian yang telah dimeterai.

Berdasarkan pengalaman perawat, perjanjian biasanya berkekalan sehingga 3-5 tahun. Sepanjang masa itu, pemakai terpaksa melayan karenah jin pengasih selagi dia terikat dengan perjanjian tersebut.

Lokasi rumah jin di dalam badan mangsa
  • Kemaluan (lazimnya wanita).
  • Belakang badan (tulang belakang).
  • Pinggang.
  • Bawah ketiak.
  • Jantung.
  • Bawah dagu.
  • Kepala.
  • Perut.

Diantara simptom terkena jin pengasih
  • Lupa atau sentiasa dalam keadaan khayal.
  • Mimpi lelaki atau wanita penyihir berulang kali.
  • Mimpi kenduri, berkahwin, mimpi berahi, syahwat
  • Mimpi seperti diikat benda tertentu (Binatang, berjumpa jin jantan bagi wanita dan jin perempuan bagi lelaki).
  • Mimpi budak-budak, kanak-kanak.
  • Sering menghidu bau busuk pada masa dan hari tertentu. Contohnya: Maghrib, Asar, bau telur hanyir, lumpur, selut, darah, bau badan orang yang biasa kita dekati.
  • Sukar mengandung.
  • Sering sakit apabila datang bulan. Kemaluan seperti diikat, terasa pergerakan di dalam rahim.
  • Kemaluan menjadi kecil secara tiba-tiba.
  • Hilang nafsu makan.
  • Sukar solat, tidak khusyuk.
  • Sering bercakap seorang diri.
  • Murung, stress keterlaluan.
  • Merasa diri seperti berada di dalam sangkar, sukar bernafas.
  • Sering merindui pemakai.
  • Sukar tidur sekiranya pemakai tiada disisi.

Apabila perjanjian ini terbatal, tawar pesakit atau mangsa akan tersedar dari kehidupannya sebelum ini.

Dia akan mengingati kembali peristiwa-peristiwa sebelum ini dan menyedari bahawa selama ini dirinya telah disihir.

Lazimnya, mengikut pengalaman perawatan, mangsa akan merasa benci, marah dan dendam apabila rahsia pemakai (tukang sihir) terbongkar. Ketika inilah penceraian dan pergaduhan besar akan berlaku.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Minyak Kayu Balabak Ilmu Pengasih Paling Ampuh

-Sentiasapanas.com

Sunday, November 19, 2017

Apa Sebenarnya Santau?

Apa Sebenarnya Santau?

Pastinya anda sendiri tertanya-tanya, apa itu santau? Apa sebenarnya ilmu yang sangat menakutkan ini? Untuk makluman pembaca, santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin.

Apa Sebenarnya Racun Santau?

Mangsa yang terkena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau dan bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

1. Bahan Bisa

Boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang, Gatal

Antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup.

Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan)

Santau ini akan menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Ada juga pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau Angin

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai 'santau angin' atau 'santau seru', akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin.

Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Ada 2 jenis santau

1. Santai yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan.

Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin.

Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu.

Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.

Tanda-tanda terkena Santau

Simptom tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk dan merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau.

Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak.

Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa.

Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya.

Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

Sintom atau kesan yang lain termasuk:
  • Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
  • Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
  • Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
  • Kurang daya ingatan.
  • Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
  • Sakit di bahagian tengkuk.
  • Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan.

Sekiranya kuku seseorang itu berwarna hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis.

Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain.

Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Akodessewa Market' Pasar Ilmu Hitam Terbesar Di Dunia

sumber: quranhealing

Sihir Pemisah Dan Pembenci Suami Isteri

Sihir Pemisah Dan Pembenci Suami Isteri

Sihir pemisah dan pembenci dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.

Sihir Pemisah Dan Pembenci Suami Isteri

Perpisahakan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan dan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah SWT ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya.

Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.

Sihir Jerutan

Kadangkala pesakit akan dikenakan Sihir Jerutan dan ini lebih dahsyat akibatnya sehingga pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan.

Tanda-tanda terkena Sihir Pemisah, Pembenci

Antara simptom-simptom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1. Benci

Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Perselisihan faham

Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Was-was

Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya.

4. Cemburu

Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun enggan tidur sebilik.

5. Tidak tenang

Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Berubah rupa

Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.

7. Meminta cerai

Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang suami telah melafazkan cerai, padahal tiada hasrat langsung berbuat demikian.

Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal.

Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri.

Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal diantara suami dan isteri.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Kitab Kuno 'Grand Grimoire' Untuk Memanggil Syaita

sumber: quranhealing

Friday, November 17, 2017

Santau Busung Paling Digeruni

Santau Busung Paling Digeruni

Penyakit busung ialah suatu keadaan di mana perut seseorang itu menjadi besar secara tiba-tiba dan pada kebiasaanya, mereka yang terkena santau atau sihir jenis busung akan merasa sakit di bahagian perut.

Santau Busung

Sihir busung merupakan salah satu cabang sihir kategori santau bisa di gunakan oleh pengamal tukang sihir yang paling di geruni dan boleh membawa maut. Bomoh-bomoh sakai asli selalu mengunakan sihir busung melalui pelbagai kaedah.

Santau Busung terbahagi kepada dua jenis iaitu;
  1. Busung Air
  2. Busung Angin

1. Busung Air

Busung air ialah sejenis santau tuju di mana barang santau seperti gambar mangsa akan dipuja oleh bomoh, pawang, dukun dan kemudiannya direndam di dalam air

2. Busung Angin

Busung angin ialah sejenis santau tuju yang dihantar melalui udara, angin dan selalunya barang santau mangsa digantung

Membawa Maut

Salah satu contoh santau busung menggunakan katak yang baru mati dibunuh lalu diletakkan bisa ke dalam perut katak dan darah atau angin lalu di puja untuk mengenakan mangsa.

Tanda gangguan boleh dikenal pasti apabila menjelang lepas asar hingga ke malam perut pesakit tiba-tiba buncit mengeras dan berasa benda bergerak serta mencucuk-cucuk.

Ia boleh menjadi sesak nafas tersekat-sekat. Ada masa perut pesakit akan seperti sediakala dan bersilih ganti busungnya seolah-olah seperti permainan.

Pesakit juga akan mengalami mimpi kubur, tempat kotor, mimpi ular hitam atau anjing hitam dan binatang berbisa.

Ada juga bermimpi makhluk hodoh dan sering nampak kelibat atau lintasan banyangan lembaga hitam.

Malah, ada juga pesakit yang lemah semangat bila terkena busung, mereka akan meracau seperti kerasukan tambah-tambah lagi bila maghrib menjelang.

Sakit tidak terperi seperti kejang urat di sekitar perut dan mengeras seperti batu, berguling-guling tidak tentu arah dan biasanya akan beransur kurang sakit selepas waktu Isyak.

Menjelang tengah malam, pesakit akan mula merasai sakit berulang kali seperti tadi. Kadang-kadang terdengar suara sayup-sayup memanggil nama mereka.

Masalah busung ini mestilah dirawat dengan segera kerana ia dikhuatiri akan menyebabkan kanser usus dan sebagainya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Ilmu Bitas Bisaya Mampu Menghilangkan Kemaluan Lelaki

sumber: walinursyifa

Wednesday, November 15, 2017

9 Jenis Sihir Dan Bagaimana Cara Mengenalinya?

9 Jenis Sihir Dan Bagaimana Cara Mengenalinya?

Tahukah anda bahawa sihir ada macam-macam jenis dan jenis-jenis sihir ini bergantung kepada tujuan sihir itu dihantar. Contohnya, jika orang yang menghantar sihir itu untuk memastikan seseorang lelaki atau perempuan terhalang jodohnya, maka sihir yang dihantar itu dikenali sebagai sihir penghalang jodoh.

9 Jenis Sihir Dan Bagaimana Cara Mengenalinya?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 9 jenis sihir yang biasa dituju dengan tujuan untuk memusnahkan kerjaya atau kehidupan mangsa.

1. Sihir Pemisah Suami Isteri

Sihir jenis ini memang sudah terang-terang wujudnya berdasarkan dalil al-Quran. Allah menerangkan di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 102, yang bermaksud:

“…dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”

Selain ayat di atas, sihir jenis ini ada juga disebut di dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:

“Dari Jabir r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Iblis telah meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya. Maka yang paling dekat kedudukannya diantara mereka kepadanya (Iblis) ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seorang daripada mereka datang seraya berkata: Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis menjawab: Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah SAW bersabda: Kemudian salah seorang dari mereka datang seraya berkata: Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya daripada isterinya. Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata: Ya kamu (baik). al-A’masy (perawi) berkata. Aku melihat Rasulullah SAW bersabda: Kemudian dia menjadi pembantu setianya.” (Hadis riwayat Muslim: 5032)

Antara tanda-tanda jika seseorang itu terkena sihir jenis ini ialah:

  • Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
  • Berlaku keraguan antara suami dan isteri.
  • Enggan meminta maaf.
  • Membesarkan perselisihan faham walaupun penyebabnya kecil.
  • Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. Sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh. walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan. Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.


2. Sihir Guna-Guna (Sihir Percintaan)

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

  • Gelora cinta yang membuak-buak, keterlaluan.
  • Sukar mengawal cintanya.
  • Rindu bayang yang berlebihan.
  • Patuh secara membuta-tuli.


3. Sihir Memperdayakan Pandangan

Tanda-tanda jika seseorang telah terkena sihir jenis ini ialah:

  • Mereka melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
  • Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.


4. Sihir Membuat Seseorang Menjadi Gila

Tanda-tanda jika seseorang telah terkena sihir ini ialah:

  • Jadi bingung, bodoh dan pelupa.
  • Cakap merapu.
  • Mata layu.
  • Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.
  • Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
  • Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
  • Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan dan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.


5. Sihir Membuatkan Seseorang Tidak Bermaya

Tanda-tanda mereka yang telah terkena sihir ini ialah:

  • Suka berseorangan.
  • Menutup, memencilkan diri sepenuhnya.
  • Diam berterusan.
  • Tidak suka bertemu orang.
  • Fikiran melayang.
  • Selalu pening.
  • Lesu dan tidak bermaya.


6. Sihir Panggilan

Tanda-tanda jika seseorang itu terkena sihir jenis ini pula ialah:

  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan mengejarnya.


7. Sihir Membuat Penyakit

Untuk sihir ini pula, mangsa yang disihir akan menderita penyakit tertentu. Contohnya jika disihir menjadi lumpuh, maka orang yang terkena sihir benar-benar lumpuh.

Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simptom yang menyebabkannya lumpuh.

Tanda-tanda seseorang yang menjadi mangsa sihir ini ialah:

  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Lumpuh menyeluruh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.


8. Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya.

Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.”

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

Tandanya mudah. Seorang perempuan yang terkena sihir ini akan mengalami masalah kedatangan haid yang tidak berhenti-henti, ataupun tempohnya lebih panjang dari kebiasaan.

Dan sebelum-sebelum ini masalah haid begini tidak pernah berlaku kepada dirinya.

9. Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya.

Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:

  • Takut yang bersangatan.
  • Marah yang tidak terkawal.
  • Lalai berlebihan.
  • Di puncak gelora nafsu syahwat.


Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:

Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir ‘menipu penglihatan’ dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut. Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberapa hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

  • Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
  • Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang).
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.


Bagaimana Nak Merawat Sihir-Sihir Di Atas?

Tidak kiralah apa sahaja jenis sihir yang dialami, sebabnya satu, jin yang ditugaskan untuk menyihir telah masuk ke dalam badan orang itu.

Jadi, tidak ada jalan lain untuk merawat melainkan dengan melakukan terapi ruqyah syar’iyyah di mana-mana pusat rawatan berhampiran anda.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 41 Tanda Dalam Badan Anda Ada Jin

sumber: perawatislam

Friday, June 21, 2013

Membongkar Jenayah Sihir Melalui Sains

Membongkar Jenayah Sihir Melalui Sains

Info Agama. Luluhnya hati seorang mangsa apabila penjenayah atau tertuduh yang terang-terangan bersalah tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan, malah dibebaskan tanpa jaminan oleh pihak mahkamah.

Jenayah sihir telah diamalkan sejak dahulu, namun masih tiada 
undang-undang bagi menyekat kesalahan itu . - Gambar hiasan

Bukan hanya satu atau dua, tetapi dikatakan terdapat pelbagai kejadian seumpama yang diklasifikasi sebagai kes jenayah dan sivil itu dilaporkan ke muka pengadilan, namun terlepas begitu sahaja.

Sebabnya, tiada isu atau bukti kukuh yang dapat diketengah bagi membuktikan tertuduh benar-benar bersalah. Badan kehakiman hanya memutuskan apa yang zahir di hadapan mereka.

Akhirnya, pesalah tersenyum puas kerana motif perbuatan tercapai kesan daripada ketiadaan bukti kukuh bagi menyabitkan kesalahan yang dilakukan.

Manakala, mangsa pula terpaksa terus hidup dalam menderita.

Inilah dilema yang berlaku apabila jenayah yang dilakukan di luar logik akal manusia iaitu membabitkan unsur ilmu sihir.

Sehingga dilaporkan terdapat kes jenayah sihir yang mengakibatkan maut mahupun derita sepanjang hayat.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr. Mahyuddin Ismail berkata, isu jenayah membabitkan sihir yang dilihat semakin serius boleh diatasi dengan mewujudkan satu undang-undang khas bagi menanganinya.

Beliau yang juga mengetuai unit kajian khas dalam meneliti undang-undang sihir berkata, kaedah pembuktian dan pendakwaan yang menjadi keraguan utama dalam kes membabitkan sihir juga diyakini mampu diselesaikan melalui kaedah yang telah dipersetujui.

Kaedah tersebut katanya, melalui gabungan kepakaran antara pengamal perubatan Islam dan juga pakar sains.

"Kepakaran pengamal perubatan Islam itu daripada Gabungan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Gapimma). Pakar sains pula adalah dengan kerjasama ahli forensik dan juga peralatan teknologi bio-feedback.

"Setiap mangsa yang disihir mempunyai 'khadam sihir' kepada tuannya yang juga penghantar sihir itu ke dalam tubuh mangsa.

"Gapimma bertindak mengenalpasti tuan yang menghantar khadam sihir tersebut melalui pengakuan mangsa semasa proses rawatan yang ketika itu sedang dikawal oleh khadam sihir.

"Pengakuan daripada mulut mangsa akan dirakamkan untuk dijadikan bukti sebelum langkah seterusnya dijalankan.

"Manakala, bahan yang dihantar oleh penyihir seperti rambut, kuku, kaca dan sebagainya yang diperoleh ketika rawatan pula akan disiasat oleh Jabatan Forensik melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Ini untuk mengenalpasti pemilik, penyimpan dan penghantar barangan itu.

"Seterusnya, teknologi bio-feedback pula digunakan bagi menguji dan melihat tindak balas mangsa melalui isyarat atau tanda yang diterima daripada tubuh mangsa menerusi alat tersebut," kata Dr. Mahyuddin ketika ditemui, baru-baru ini.

Tambahnya, alat pengesanan bio-feedback yang telah diuji keberkesanannya itu dinilai melalui enam aspek iaitu gelombang otak, teknik pernafasan, denyutan hati, tindak balas kulit, ketegangan otot, dan juga peluh tubuh.

Bagaimanapun katanya, keputusan yang diperoleh daripada siasatan ketiga-tiga kaedah itu perlu selari dan menunjukkan kesan yang benar sebelum diklasifikasikan dalam jenayah sihir.

"Jika rawatan daripada Gapimma mengesahkan bahawa seseorang itu disihir dan mengenalpasti siapa dalang di sebalik kejadian itu, maka ujian forensik dan pengesanan bio-feedback juga harus selari dengan dalang yang dikenalpasti itu," katanya.

Mahyuddin berkata, penjenayah sihir sama ada penghantar sihir dan individu yang mengupah ahli sihir tidak lagi bebas melakukan perbuatan tersebut sewenang-wenangnya dengan wujudnya undang-undang tersebut.

Muhyiddin yang juga penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung berkata, jenayah sihir sekiranya dibiarkan tanpa sebarang tindakan akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk.

Ini katanya berdasarkan statistik terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sebanyak 69 peratus rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari (PTK) berbanding perubatan moden.

"Walaupun pada zaman moden, jenayah membabitkan sihir dilihat semakin popular. Sihir menjadi pilihan kerana merupakan kaedah halus untuk menjatuhkan seseorang dengan mudah dan lebih berkesan malah tanpa disyaki.

"Begitu juga statistik kes penipuan oleh bomoh pada 2012 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kerugian yang dialami mangsa meningkat 63.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu melibatkan amaun RM12,494,665.27.

"Berleluasanya kes-kes sebegini memerlukan satu pendekatan yang holistik untuk membanterasnya kerana selain menipu, ada juga pengamal yang menawarkan khidmat sihir atas nama perawat tradisional dan komplementari," katanya.

Oleh itu, Muhyiddin berkata, sudah tiba masanya sebuah akta bagi menyekat kebebasan jenayah membabitkan sihir perlu diwujudkan melalui penubuhan undang-undang sihir.

Nyata kesediaan

Dr. Muhyiddin berkata, kajian secara dasar mengenai isu-isu penguatkuasaan, pendakwaan, pembuktian dan kepakaran daripada akar umbi untuk menubuhkan undang-undang tersebut telah diadakan dan rata-rata pihak terlibat menyatakan kesediaan dalam mewujudkan akta tersebut.

"Sesi perbincangan secara berkala dengan pihak berkuasa seperti bersama Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Mufti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan Jabatan agama Islam Negeri telah pun diselaraskan.

"Ini bertujuan pengemaskinian prosedur, tatacara dan aspek teknikal dalam pelaksanaan undang-undang tersebut. Dan kesemua badan berkenaan menunjukkan persetujuan dan memberi jawapan positif.

"Saya yakin, melalui geran Program Pemindahan Ilmu yang diluluskan, isu-isu tersebut akan dapat diperhalusi dan diselesaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut," jelas Dr. Mahyuddin.

Manakala, daripada segi penguatkuasaan dan pendakwaan diakui masih kurang berkemahiran. namun dengan adanya kerjasama daripada semua pihak yang terlibat, latihan dan pendedahan boleh diberikan selain mewujudkan Prosedur Kendalian Standard (SOP) khas, ini boleh diatasi.

"Daripada segi kepakaran pula, saya tidak berasa ia suatu yang sukar untuk diwujudkan kerana ramai pakar-pakar perubatan PTK yang sedia untuk membantu. Cuma yang menjadi isunya ialah pengiktirafan oleh pihak berkuasa.

"Alhamdulillah dengan adanya Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplemetari (BPTK) Kementerian Kesihatan Malaysia, berupaya menjadi salah satu badan rujukan dalam perlaksanaannya.

"Selain itu, Gappima sendiri telah menyatakan pendirian untuk membantu pihak kerajaan untuk memerangi jenayah sihir dan perkara ini telah dijadikan sebagai salah satu agenda perjuangan mereka.

"Namun, saya tetap menaruh harapan agar isu ini diberi perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana terdapat kes-kes jenayah yang melibatkan sihir seperti menipu, mencuri, menceroboh, merompak, merogol menggunakan ilmu sihir berbentuk pukau.

"Jika penggunaan sihir pukau tidak dibanteras, maka jenayah-jenayah tersebut akan dapat dilakukan dengan lebih mudah tanpa sebarang tentangan daripada mangsa," ujar Dr. Mahyuddin.

Beliau mencadangkan, pada peringkat awal akta tersebut boleh dilaksanakan melalui kes jenayah membabitkan sihir di dalam pernikahan dan perceraian.

Sumber: Utusan.com.my