Sunday, November 05, 2017

Kenali Jiu-Jitsu, Seni Bela Diri Paling Popular Di Brazil

Kenali Jiu-Jitsu, Seni Bela Diri Paling Popular Di Brazil

Jiu-Jitsu (juga dieja jujitsu atau jujutsu) merupakan sebahagian daripada seni bela diri berasal dari Jepun, namun mula dipopularkan adalah di Brazil dan secara dasarnya, Jiu-Jitsu melibatkan teknik menuas, mengilas dan menekan lawan ke tanah.

Jiu-Jitsu

Sedikit berbeza daripada kebanyakkan seni bela diri yang lain, pergerakkan Jiu-Jitsu kurang melibatkan pukulan, sebaliknya adalah pergerakkan mengunci lawan dengan mencekik sehingga lumpuh.

Terdapat banyak versi yang menuntut teknik Jiu-Jitsu, ada yang mengatakan ianya sudah wujud sejak zaman purba dan ada berpendapat ia sebenarnya adalah teknik bertarung yang digunakan samurai sejak zaman dahulu lagi.

Namun apa pun, Jiu-Jitsu merupakan pecahan daripada seni bela diri Jepun iaitu Kodokan Judo dan kemudiannya dikembangkan.

Menurut sejarah, pencipta seni bela diri ini bernama Kano Jigoro pernah menghantar 5 muridnya ke seluruh dunia untuk memperkenalkan seni bela diri tersebut.

Dan salah seorang daripadanya adalah Mitsuyo Maeda yang datang ke Brazil pada tahun 1914. Semasa di Brazil, seorang pemuda bernama Carlos Gracie tertarik dengan seni bela diri ini kemudian meminta Mitsyo Maeda mengajar dan mengambilnya sebagai murid.

Mula Berkembang

Sebagai satu-satunya individu yang membawa Judo di Brazil, Carlos Gracie kemudiannya mengajarkan teknik tersebut kepada adik bongsunya bernama Helio Gracie.

Namun, meskipun dapat menguasi tenik Judo dengan baik, Helio Gracie berhadapan satu masalah iaitu tubuhnya kecil. Ia menyukarkan Helio untuk menumpaskan lawan bersaiz lebih besar daripadanya.

Ini kerana teknik yang dipraktikalkan Judo memerlukan kekuatan yang kuat untuk menumpaskan musuh, maka di sinilah punca wujudnya Jiu-Jitsu.

Helio akhirnya membuat beberapa perubahan dan menambah baik lagi teknik tersebut sehinggalah lahirnya apa yang disebut sebagai Brazilian Jiu-Jitsu atau Gracie Jiu Jitsu.

Hasil daripada modifikasi tersebut, ia berjaya membuatkan ramai orang tertarik sampaikan dua beradik ini mula terkenal di Brazil.

Bukan itu sahaja, malah mereka mula berani mencabar beberapa jaguh dari seni bela diri yang lain dalam satu pertarungan rasmi. Salah satunya adalah pertarungan bersama penggiat seni bela diri Judo dari Jepun pada tahun 1951.

Selepas itu, ramai petarung dari seni bela diri lain datang mencabar adik-beradik Gracie dan semuanya berjaya ditewaskan dengan mudah.

Sebelum tersebarnya Jiu-Jitsu seperti yang dilihat pada hari ini, teknik ini pertama kali diajarkan secara rasmi hanya kepada anak dan cucunya sahaja. Ketika itu, keluarga Gracie amat di segani di Brazil.

Jiu-Jitsu hari ini merupakan salah satu seni bela diri yang popular di dunia dan mula dikembangkan ke persada antarabangsa.

Bahkan, dalam pertandigan Ultimate Fighting Championship (UFC), semua perserta diwajibkan untuk menguasi teknik ini.

Menpelajari Jiu-Jitsu

Jiu-Jitsu

Walaupun teknik Jiu-Jitsu dilihat sederhana dan bersahaja, namun terbukti Jiu-Jitsu sangat berbahaya hingga boleh mematahkan tulang lawan dengan mudah termasuk membunuhnya.

Lebih bahaya, teknik Jiu-Jitsu ini sangat praktikal dan boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja meskipun bertubuh kecil.

Tenik bertarung yang lebih kepada ground fight seperti ini sangat praktikal dipelajari oleh sesiapa terutama kaum wanita atau mangsa buli atau juga mereka yang takut terlibat dalam sesuatu pergaduhan.

Menurut Helio sendiri, dalam situasi sebenar pergaduhan di jalanan (street fight), ia terbahagi kepada tiga keadaan iaitu pukul, bergelut dan pertarungan di lantai.

Salah satu teknik dalam Jiu-Jitsu memang dicipta untuk berhadapan dengan situasi sebegini, ia adalah satu kemudahan bagi mereka yang tidak memiliki pukulan yang kuat atau daya tindak balas yang cepat.

Senang kata, jika anda merasakan tidak mempunyai daya tindak balas yang cepat atau tidak mempunyai kekuatan memukul, mempelajari Jiu-Jitsu sangat praktikal digunakan bila berhadapan musuh secara ‘satu lawan satu’, tetapi tidak lebih daripada itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenali ‘Krav Maga’ Seni Tempur Tentera Israel

sumber: thevocket

Tuesday, October 24, 2017

Kenali Tekpi ‘Raja Segala Senjata’ Seni Bela Diri Melayu

Kenali Tekpi ‘Raja Segala Senjata’ Seni Bela Diri Melayu

Terdapat beberapa senjata yang sinonim digunakan dalam seni bela diri Melayu. Antaranya adalah keris (senjata yang menjadi simbolik dalam persilatan Melayu), buku lima atau senjata sulit yang juga dikenali dengan nama ‘tapak harimau’, kerambit, sundang, pedang, golok termasuk tekpi.

Tekpi

Uniknya, tekpi bukan digunakan dalam seni bela diri Melayu sahaja. Tekpi atau juga disebut sai atau tjabang (sebutan: chabang dalam bahasa Indonesia) ini turut digunakan oleh kebanyakkan seni bela diri antarabangsa yang lain.

Namun, di dalam seni bela diri Melayu, tekpi lebih terkenal digelar sebagai Raja Segala Senjata. Ini adalah kerana fungsi dan reka bentuknya terbukti mampu memerangkap serta menangkis segala ancaman daripada senjata lain. Baik yang bersifat pendek, panjang atau tajam.

Tekpi selalunya diperbuat daripada besi, memiliki bentuk cabang 3 yang mana cabang utama berbentuk lurus dan panjang (tidak tajam) dan 2 cabang lagi berbentuk seperti huruf ‘U’ atau seperti tanduk kerbau yang dipanggil sampir.

Teknik penggunaan tekpi sebagai senjata dalam seni bela diri berbeza mengikut corak permainan seni bela diri masing-masing.

Sebagai contoh, teknik penggunaan tekpi dalam silat dan karate adalah berbeza. Meskipun begitu, fungsi tekpi sebagai senjata melibatakan pergerakan memukul, menusuk, menghentak atau mengunci boleh dikatakan hampir sama sahaja.

Senjata yang tidak dituntut

Tekpi

Tidak seperti kerambit atau keris, sehingga ke hari ini masih lagi belum ada mana-mana seni bela diri di dunia yang mengiktiraf tekpi sebagai senjata asli mereka.

Ini kerana terdapat pelbagai pendapat yang membahaskan asal usul kewujudan tekpi. Sebahagian daripada pengiat seni bela diri mempercayai bahawa tekpi berasal dari China kemudian tersebar ke Malaysia melalui Kedah semasa perdagangan India, China di utara Malaysia iaitu sempadan Malaysia dan Thailand.

Dalam pendapat yang lain mendakwa, tekpi sebenarnya berasal dari Indonesia sebelum tersebar ke Malaysia, India, China , Indochina dan Okinawa iaitu wilayah Jepun yang paling selatan.

Manakala, satu lagi pendapat mengatakan tekpi ini sebenarnya senjata yang diadaptasi daripada trisula (tombok bermata tiga) berasal dari Benua India sebelum tersebar ke Indonesia dan Malaysia.

Secara kasar, asal usul tekpi mempunyai 3 pendapat yang berbeza. Pertama, tekpi berasal dari China kemudian tersebar ke Malaysia.

Kedua, tekpi berasal daripada Indonesia kemudian tersebar ke Malaysia, China, Indochina dan Jepun. Dan yang ketiga, tekpi berasal dari Benua India kemudian tersebar ke Indonesia dan Malaysia.

Menurut salah seorang pengiat seni bela diri tanah air, Tuan Mohd Asnan selaku tenaga pengajar di Persatuan Lingkaran Gerak Lian Malaysia di Muzium Seni Kuantan, Pahang, bersetuju bahawa sejarah berkenaan asal usul tekpi masih tidak boleh dibahas secara terperinci oleh kerana terlalu banyak pendapat yang berbeza.

Bagi pengiat seni bela diri, memiliki kefahaman serta kemahiran yang tinggi untuk mengendali ‘Raja Segala Senjata’ ini adalah perkara yang paling utama.

Tanpa ilmu dan kemahiran, tiada ada apa yang menjadikan senjata ini istimewa berbanding senjata yang lain.

Antara seni bela diri Melayu yang menggunakan tekpi sebagai senjata dalam latihan ialah, Silat Warisan Tekpi Endau, Silat Kuntau Tekpi, Silat Sendeng, Silat Gayong, Silat Harimau Berantai dan banyak lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Manuskrip Tok Pulai Chondong Bongkar Rahsia Keris Tuah Dan Jebat!

sumber: thevocket

Saturday, May 27, 2017

Kenali ‘Krav Maga’ Seni Tempur Tentera Israel

Kenali ‘Krav Maga’ Seni Tempur Tentera Israel

Di Malaysia, Krav Maga tidak begitu popular seperti seni bela diri yang lain namun di negara luar, Krav Maga terkenal antara top ten martial arts di dunia.

Krav Maga

Mengikut acuan, Krav Maga merupakan seni bela diri yang dibangunkan di Israel melibatkan pelbagai teknik seperti bergusti, bergelut dan memukul sebagai tindak balas kepada musuh dengan serangan yang kejam.

Secara dasarnya, Krav Maga bermaksud ‘pertempuran jarak dekat’ yang dikhususkan ketika pertarungan sebenar ‘real fight’, bukan hanya untuk aksi-aksi gempak seperti yang ditonton dalam filem. Dalam erti kata lain, Krav Maga adalah kemahiran teknik bertempur di jalanan.

Krav Maga pertama kali dikembangkan di Chekoslovakia oleh Imi Lichtenfeld sekitar tahun 1930-an.

Tujuan asalnya diajarkan kepada kaum Yahudi untuk mereka mempertahankan diri ketika itu. Kemudian ia terus bergembang dan menjadi satu latihan pertahanan yang diterapkan kepada tentera Israel termasuk unit angkatan khas IDF.

Tidak hanya di Israel, Krav Maga turut menjadi latihan dan dipelajari tentera Amerika dan terus merebak ke seluruh dunia seperti yang anda lihat pada hari ini.

Sesuai dengan tujuan mempertahankan diri, Krav Maga tidak termasuk dalam cabang olahraga dan tidak dipertandingkan.

Dalam Krav Maga, pelatih akan diajar cara menumbangkan musuh dalam waktu paling cepat.

Menyelesaikan perkelahian cara berdiri, duduk atau berhadapan dengan musuh yang bersenjata seperti pisau atau pistol.

Gerakan Krav Maga menerapkan gaya sederhana dan refleksif yang akan bekerja secara automatik ketika terdesak.

Sistem tempur Krav Maga beragam, namun tersusun. Ianya terdiri dengan pelbagai teknik yang di ubah suai mengikut keadaan tertentu baik dari hit & run sehinggalah the real deal.

Yang menarik dalam Krav Maga berbanding seni bela diri yang lain adalah tekniknya yang terus menerus diuji dan diperbaharui termasuk membuat penambahbaikan baru.

Tiada istilah sensei atau master dalam Krav Maga. Semua pelatih Krav Maga digelar Krav Maga Practitioner.

Gaya latihan Krav Maga kadang-kala boleh berubah, selalunya berlaku apabila disuaikan mengikut undang-udang tertentu di sesebuah negara sehingga mustahil untuk mengajar Krav Maga dalam sistem originalnya.

Terdapat satu pepatah dalam Krav Maga, “Krav Maga bukan tentang 400 teknik atau gerakan yang cantik dilihat, Krav Maga itu brutal, cepat dan efektif”.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket