Wednesday, November 04, 2020

Sean Connery, James Bond Pertama Meninggal Dunia

Sean Connery, James Bond Pertama Meninggal Dunia

Pemergian bintang Hollywood legenda, Sean Connery, 91, mati dalam tidur di kediamannya di The Bahamas, Kepulauan Caribbean, pada Sabtu (31 November 2020) diratapi keluarga, rakan selebriti, penerbit dan peminat seluruh dunia.

Sean Connery

Memetik laporan BBC, berita sedih berkenaan disahkan keluarga aktor kelahiran Edinburgh, Scotland itu, selain diumumkan dalam akaun Twitter rasmi, James Bond.

Isteri, Micheline Roquebrune dan dua puteranya, Jason dan Stephane mengesahkan Connery menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang ketika tidur dan dikelilingi ahli keluarga.

"Upacara pengebumian akan diadakan secara tertutup, diikuti dengan majlis peringatan yang masih dalam perancangan selepas pandemik COVID-19 berakhir," kata wakil keluarga.

Micheline, 91, menceritakan detik terakhir sebelum mendiang suaminya yang menderita penyakit Demensia meninggal dunia.

Penyakit Demensia atau lebih dikenali sebagai 'nyanyuk' yang berkaitan dengan daya ingatan disebabkan kematian sel otak secara abnormal.

Menerusi dailymail.co.uk, Micheline mengakui, penyakit Demensia mengorbankan suaminya, bagaimanapun sempat menghabiskan masa bersama pada saat akhir.

Pelukis Maghribi-Perancis itu memberitahu, "Tiada lagi kehidupan baginya. Beliau sudah tidak dapat menguruskan diri, sejak akhir ini. Mati dalam tidur, keadaannya amat tenang. Saya bersamanya sepanjang masa.

"Penyakit Demensia merugikannya. Bagaimanapun, beliau dapat menunaikan hasrat terakhir iaitu melarikan diri daripada keributan dunia selebriti.

"Dia lelaki hebat sepanjang kami hidup bersama selama 45 tahun. Bagi saya, beliau adalah lelaki yang boleh dijadikan teladan.

"Tentunya, kehidupan saya sukar tanpanya. Tetapi, saya tidak mampu menghalangnya pergi untuk selamanya. Biarlah beliau pergi dengan tenang," katanya kepada dailymail.co.uk.

Berikutan kematian Sean Connery, selebriti dan peminat berkumpul dalam media sosial untuk memberi penghormatan kepada aktor itu.

Sean Connery dilahirkan tanggal 25 Ogos 1930. Ibunya, Euphemia McBain berkerja sebagai tukang cuci, manakala bapa, Joseph Connery pula mencari rezeki dengan bekerja di kilang.

Dari seorang budak kampung yang bersekolah sehingga usia 14 tahun, Sean Connery pernah melakukan kerja kolar biru seperti pemandu trak, penjual susu dan mengelap keranda.

Siapa sangka namanya menjadi tersohor seluruh pelosok dunia sebagai aktor yang terkenal dengan watak ejen perisik James Bond pada 1962.

Pembabitan Sean Connery dalam dunia seni bermula pada 1950, ketika menyertai pertandingan bina badan, Mr Universe yang berlangsung di London.

Susuk tubuh yang tegap menyebabkannya dilamar untuk membintangi drama terbitan BBC, Requiem for a Heavyweight dan diberikan watak utama sebagai peninju.

Dari situ, Sean Connery ditawarkan kontrak di bawah syarikat penerbitan terkemuka di Hollywood, Paramount Pictures.

Pembabitan pertamanya dalam industri filem Hollywood bermula apabila penerbit Albert Broccoli dan Harry Saltzman mencari calon yang sesuai membawakan watak James Bond daripada kisah adaptasi novel kepada layar lebar.

Rezeki berpihak kepada Sean Connery apabila aktor, Cary Grant menolak tawaran berkenaan, memaksa penerbit mencari pengganti yang bersedia menerima tawaran murah dan kurang dikenali.

Dengan ketinggian 6 kaki 2 inci, Sean Connery dilihat paling layak, namun penulisnya Ian Fleming menganggap beliau tidak menepati ciri yang dicari.

Penonton nyata tidak bersetuju dengan pendapat Fleming, buktinya sebaik filem berkenaan muncul di pawagam berjaya mencatat kutipan pecah panggung, sekali gus mengangkat nama Connery.

"Beliau akan terus dikenang sebagai James Bond yang asli. Sejarah pembabitan dalam dunia filem akan kekal diingati sampai bila-bila.

"Ayat popularnya, 'The name's Bond, James Bond, masih segar diingati peminat hingga hari ini," kata penerbit siri James Bond, Micahel G Wilson dan Barbara Broccoli daripada EON Production.

Sean Connery licik dan cerdik dalam membawakan watak ejen perisik 007 itu. Malah kemampuannya sebagai ejen seksi dan berkarisma tidak boleh disangkal hingga dinobatkan gelaran 'Sexiest Man Alive' oleh majalah People pada 1989 ketika berusia 59 tahun.

Sementara itu, aktor kelahiran Australia, Geoge Lazenby yang pernah membawakan watak James Bond masih terkejut dengan berita pemergian Connery.

"Saya mengucapkan selamat ulang tahun ke-90 kepadanya, beberapa minggu lalu. Tetapi, sekarang saya dengan berat hati terpaksa menyampaikan ucapan takziah buat ahli keluarga dan teman rapatnya.

"Secara peribadi, Connery menjadi sumber inspirasi saya. Saya pernah bertemu dengannya beberapa kali dan amat berbesar hati apabila beliau memberikan restu kepada filem On Her Majesty's Secret Service. Apa yang mengagumkan, kerja yang dilakukan melangkaui filem James Bond.

"Beliau aktif melakukan kerja amal, sangat menyayangi keluarga, menyertai politik dan sukan golf. Seorang insan yang baik dan aktor yang hebat di layar perak.

"Kini, aktor yang tidak begitu dihargai sudah pun meninggalkan kita. Ingatan tulus ikhlas dari saya buat Lady Micheline, anak dan cucu Connery, " tulisnya menerusi laman Instagram (IG).

Seorang lagi bintang James Bond, Pierce Brosnan berkata, beliau amat mengagumi Connery yang membawakan watak ejek perisik itu ketika masih kecil. Connery menjadi dirinya sendiri.

Katanya, Sean Connery juga membawa bayang-bayangnya ke dalam watak berkenaan dan ia akan kekal sampai bila-bila.

"Sean Connery menunjukkan jalannya dan saya hanya mengikut jejak langkahnya. Setiap pelakon yang dipertanggungjawabkan membawakan watak Bond pasti akan melihat Connery dengan rasa kagum dan hormat.

"Anda seorang yang hebat daripada pelbagai sudut, sama ada aktor, manusia dan akan terus kekal diingati sampai bila-bila," katanya yang dipetik menerusi IG.

Daniel Craig berkata, dia amat sedih sebaik mengetahui berita pemergian aktor yang sangat hebat.

"Sean Connery akan terus diingati sebagai Bond. Beliau menterjemahkan watak ejen perisikan 007 itu dengan penuh bergaya, cerdik dan mempesona di layar lebar.

"Beliau mampu menggegarkan panggung dan akan terus menjadi aktor yang berpengaruh," katanya menerusi Twitter.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: bharian

Thursday, July 02, 2020

Penyesalan Mia Khalifa Menjadi Bintang Porno

Penyesalan Mia Khalifa Menjadi Bintang Porno

Salah seorang bintang porno yang paling banyak dicari dilaman web lucah, Mia Khalifa, telah merayu kepada gadis-gadis di luar sana untuk tidak memasuki industri toksik yang penuh noda dan dosa ini.

Mia Khalifa Bintang Porno
Mia Khalifa.

Pelakon berusia 27 tahun itu menggunakan platform TikTok untuk membincangkan tentang kerjaya lamanya yang memberi kesan teruk terhadap kesihatan mental.

Dalam klip pendek yang dikongsikan olehnya, dia dilihat berada di apartmennya dengan memakai gaun mandi, sementara muzik dimainkan di latar belakang dan lampu berkelip di sekelilingnya.

Dalam video itu tertera potongan ayat yang menunjukkan dia begitu menyesal setelah bergelar bintang porno.

Dipetik dari The Sun, Mia Khalifa mendedahkan dia telah membuat 11 filem dalam tempoh tiga bulan pada tahun 2014, dan mengatakan kesemua video itu akan "menghantui dirinya sehingga dia mati".

"11 video itu akan menghantui saya sehingga saya mati, dan saya tidak mahu gadis lain mengalaminya – kerana tidak ada yang seharusnya," katanya.

Bintang porno itu juga membalas pengguna TikTok lain yang bergurau tentang wang yang diperoleh dari hasil video lucah.

Pengguna itu menyangka pembuat video porno membayar pelakon dengan kadar yang tinggi walaupun tidak menunjukkan wajah.

Mia Khalifa membalas bahawa tidak berbaloi untuk terjebak dalam industri filem lucah semata-mata untuk memperoleh wang yang besar.

Mia Khalifa mengatakan dia hanya memperoleh £9,600 (RM50,000) untuk videonya, dan sejak itu tidak lagi mendapat bayaran.

Dia juga telah cuba membuang videonya dari beberapa laman web porno, tetapi tidak berjaya.

Salah satu video menunjukkan Mia Khalifa memakai tudung, yang menyebabkan pelakon itu menerima ugutan bunuh dan menimbulkan kemarahan umat Islam.

Mia Khalifa mendakwa dia sangat tertekan dan menyesal terlibat dalam membuat video dan itu bukan pilihannya.

3 Juta Tandatangan Petisyen Mia Khalifa

Mia Khalifa Change.org

Pelakon yang kini berusia 27 tahun ini memberitahu tentang perasaannya terhadap 11 video yang dia buat selama tiga bulan sepanjang dia bergelar bintang porno pada tahun 2014.

Walaupun sudah hampir enam tahun bersara dari industri porno, video-video ini telah menjadi antara carian yang popular di laman web dewasa seperti Pornhub.

Tak cukup dengan itu, wanita ini turut mendapat ugutan bunuh dari ISIS, kerana mengenakan penampilan sebagai perempuan berhijab dalam salah satu videonya.

Menurut Mia, dia telah dipaksa untuk melakonkan watak sebagai wanita berhijab walaupun dia beragama kristian.

Dia pun telah membuat rayuan agar video tersebut diturunkan namun tak berjaya.

"Hari-hari saya diingatkan yang beratus juta orang hanya ingat saya ketika saya ditahap paling rendah dan toksik dalam kehidupan saya selama tiga bulan diusia 21 tahun."

Dia turut memberitahu peminatnya yang dia tak nak gadis-gadis lain jadi seperti dirinya dan menyesal kemudian hari.

"Kesemua 11 video yang saya buat ini akan menghantui saya sampai mati. Saya tak nak gadis lain lalui perkara yang sama macam saya."

Kerana luahannya ini, peminatnya telah membuat petisyen di Change.org berjudul, "Justice for Mia Khalifa", meminta video-videonya dipadam dari laman web porno.

Setakat ini, petisyen tersebut telah menarik perhatian lebih 1.5 juta orang hanya dalam masa tiga hari.

Mia Khalifa terjebak dalam industri porno selama tiga bulan pada tahun 2014 di usia 21 tahun dan hanya dibayar USD12,000 dari berjuta-juta keuntungan yang dikaut oleh Pornhub dan BangBros melalui video-videonya.

Video memakai hijab telah menyebabkan dia menerima ugutan mati dari ISIS sehingga ke hari ini dan telah menjalani terapi kerana trauma, tekanan emosi dan sering dibuli selepas video-videonya keluar.

Mia dan kumpulannya telah menawarkan sejumlah wang untuk pemilik video-video tersebut namun tidak dilayan.

Syarikat-syarikat besar tidak memberikan Mia Khalifa peluang untuk membawa perkara ini ke mahkamah kerana mereka mempunyai wang yang banyak.

"Kami meminta agar video dia dipadam dan perkara ini dapat dibicarakan di mahkamah tanpa meminta Mia mengeluarkan wang yang banyak.

"Mia telah memberitahu tentang penyesalannya berhubung perkara ini beberapa kali.

"Sila tandatangan petisyen ini untuk bantu menyokong masa depan Mia."

Kerana memperolehi sambutan yang besar terhadap petisyen ini, Mia mengatakan semua yang tandatangan petisyen ini akan dijemput ke majlis hari jadinya kelak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Friday, August 25, 2017

Biodata Siapa Joy Revfa, Pengasas Merve Cosmetics

Biodata Siapa Joy Revfa, Pengasas Merve Cosmetics

Joy Revfa merupakan pengasas empayar komestik iaitu Merve Cosmetics dan sering digambarkan sebagai seorang wanita yang sempurna, muda, cantik, lemah lembut, kaya dan bergaya!

Joy Revfa

Malangnya, penyanyi ketuhanan Hafiz Hamidun dan isterinya terpalit kontroversi, kedua-dua pasangan itu memfailkan permohonan pembubaran nikah.

Sekalipun bagai pinang dibelah dua, kebahagiaan nampaknya jauh dari menyinggah dalam kehidupan kedua pasangan ini.

Jom kami kongsikan biodata siapa Joy Revfa dan empayar produk kecantikan miliknya disebali kontroversi rumah tangga yang sering melanda.

Biodata Joy Revfa

Fakta Menarik Tentang Joy Revfa
  • Graduan diploma dalam bidang fotografi dan solekan fesyen di Puspita Martha International Beauty School, Jakarta.
  • Selepas tamat pengajian, wanita ini dipilih sebagai jurusolek kesan khas untuk filem yang diarahkan oleh pengarah popular Indonesia, Affandi Abdul Rahman berjudul The Perfect House.
  • Turut diberi tanggungjawab untuk membuat solekan khas buat pelakon cantik Indonesia, Bunga Citra Lestari untuk filem pecah panggung berjudul Habibie & Ainun.
  • Merupakan anak kepada jurusolek terkenal, Sofia Abbas.
  • Figura ini bersama-sama ibu dan kakaknya turut membuka Akademi Kecantikan Artistik Diyana yang terletak di Shah Alam sejak tahun 1990 untuk membantu wanita-wanita di luar sana menjadi usahawan kecantikan yang berjaya.
  • Pasangan Joy Revfa dan Hafiz Hamidun melangsungkan pernikahan pada 1 Mei 2017.
  • Beliau menyifatkan suaminya sebagai lelaki yang sangat tenang dan penyayang.
  • Joy Revfa sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Dato’ Ray Imran dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
  • Memulakan perniagaan sendiri iaitu MERVE Group Holdings Berhad dan MERVE Skin Health Sdn Bhd (Merveilles) pada 11 Februari 2015.
  • Merupakan pengasas kepada empayar komestik Merve Cosmetics.
  • Mencipta produk kecantikan dan kesihatan yang bertemakan Fairy Tales termasuklah packaging produk yang sangat cantik.
  • MERVE kini mempunyai lebih 60 stokis serta lebih 1,000 agen dan dropship di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
  • Pernah digelarkan sebagai wanita kampung yang tidak tahu buat apa-apa dan tidak mungkin berjaya tanpa suami.
  • Seorang yang sangat gemar berselfie.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Kontroversi Kes Perkahwinan Joy Revfa Dan Hafiz Hamidun
  • 1 Mei 2017 - Joy dan Hafiz berkahwin.
  • 1 Jun 2017 joy ke majlis agama Islam Songkhla Thailand untuk membuat aduan taklik dgn bekas suami.
  • 6 Julai 2017 - Joy dan bekas suami perlu hadir ke pejabat agama islam Songkhla.
  • 13 Julai 2017 - Majlis Agama Islam Songhkla mengesahkan gugur talak 1 secara taklik di antara Joy dan bekas suami.
Joy Revfa

Adakah perkahwinan di antara Joy dan Hafiz sah dari segi Hukum Syarak?
  • Joy mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan bekas suami telah bercerai sejak dari tahun 2015 namun tiada bukti.
  • Merujuk kepada surat pengesahan cerai yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand, alasan taklik ialah suami telah meninggalkan isteri melebihi 2 tahun, bermaksud 2 tahun sebelum tarikh bercerai (cerai 13 Julai 2017).
  • Joy ditinggalkan dari tahun 2015 tetapi bukannya bercerai, sekadar ditinggalkan.
  • Tindakan meninggalkan isteri masih belum boleh dikatakan sah bercerai menurut Hukum Syarak.

Gambar Cantik Joy Revfa

Joy Revfa
Joy Revfa
Joy Revfa
Joy Revfa

Semoga Joy Revfa diberi ketabahan mengharungi dugaan.

BACA INI JUGA: Perbezaan Antara Dara Dan Janda

sumber: azhan