Sunday, May 17, 2020

Diskaun 50% Saman PDRM Pada 18 Hingga 21 Mei 2020

Diskaun 50% Saman PDRM Pada 18 Hingga 21 Mei 2020

Memahami kekangan yang dihadapi orang ramai ketika ini, pihak Polis Diraja Malaysia pada telahe mengumumkan diskaun sehingga 50 peratus bagi pembayaran saman terpilih yang dibuat secara dalam talian.

Diskaun Saman PDRM

Tempoh diskaun itu akan berlangsung selama empat hari dari 18 hingga 21 Mei 2020 ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Selain diskaun pembayaran saman secara atas talian, PDRM juga akan membuka kaunter perkhidmatan untuk memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan.

Ia akan dilakukan secara berperingkat juga bermula 18 Mei 2020 ini di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen seperti yang disenaraikan di bawah dengan mereka yang hadir perlu mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan.

Jadi, kepada anda yang menunggu peluang untuk membayar saman dan mengambil dokumen berkaitan kemalangan bolehlah berbuat demikian bermula Isnin ini yang hanya akan berlangsung selama empat hari sahaja.

Di samping itu, anda juga tidak perlu risau dengan penularan wabak COVID-19 ketika ini kerana pihak PDRM memang ada menawarkan perkhidmatan pembayaran secara online, sekali gus mengelakkan anda daripada risiko jangkitan dan bertemu orang ramai.

Mereka yang ingin melakukan pembayaran secara online dan menikmati diskaun tersebut, boleh mengunjungi portal www.myeg.com.my.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, May 13, 2016

Panduan Semak Saman Trafik PDRM Dan JPJ, Sms Dan Online

Panduan Semak Saman Trafik PDRM Dan JPJ, Sms Dan Online

Ada beberapa cara bagi pesalah mahupun individu untuk memeriksa saman trafik PDRM dan JPJ yang boleh dibuat sama ada melalui online ataupun SMS.

Cara+Semak+Saman+Online+Sms

Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Melalui MyEG
  1. Sila Masuk ke laman web http://www.myeg.com.my/
  2. Sebelum anda menggunakan perkhidmatan ini, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu.
  3. Selepas pendaftaran selesai, anda bolehlah login menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
  4. Selepas itu pilih semakan saman yang anda ingin lihat.
  5. Anda boleh terus membuat bayaran mana yang ingin anda lakukan.

Semak Saman Trafik PDRm dan JPJ Melalui Sistem Rilek e-services
  1. Masuk ke laman web: https://www.rilek.com.my/rilek/users/login
  2. Daftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ini.
  3. Selepas daftar barulah anda login menggunakan nama dan kata laluan anda.
  4. Semak saman melalui menu yang diberikan.
  5. Selain itu, anda boleh membuat bayaran terus melalui pekhidmatan perbankan online seperti Maybank2u, Cimbclick dan Rhbonline.

Semak Saman Melalui JPJ

Laman semakan khas yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula adalah khas untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ.

Ini bermaksud, anda tidak boleh menyemak saman PDRM dan polis trafik.

Cara semakan melalui portal JPJ adalah seperti berikut:
  1. Masuk ke laman web: http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
  2. Pilih melalui menu yang diberikan sama ada semak NO ID sahaja ataupun No ID dan No kad Pengenalan sekali.
  3. Selepas itu, akan keluar paparan pilihan. Jika anda rakyat Malaysia, pilih Mykad atupun pilih pilihan lain yang berkenaan dengan anda.
  4. Selepas itu masukkan captcha (kod keselamatan)
  5. Dan Klik Semak.

Paparan semakan adalah seperti di bawah ini;

Semakan+Saman+PDRM

Semakan melalui portal ini juga bolehlah dikatakan sebagai semakan yang tidak memerlukan anda mendaftart seperti semakan pada portal lain.

Secara peribadi, kami lebih menyukai semakan saman melalui portal ini. Akan tetapi, kekurangannya adalah, ia cuma boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh JPJ

Semak Saman Polis Melalui SMS

Selain melalui online, anda juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS). Cara semakan melalui SMS adalah seperti berikut:
  • Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon anda dan hantar SMS ke 15888 atau 32728.

Di bawah ini ditunjukkan infografik cara semakan saman trafik, JPJ dan PDRM secara sistem pesanan ringkas.

Semakan+Saman+PDRM [2]

Contoh:
  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>891020103453 atau
  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>BGW1234

Mengenai pengurangan bayaran saman, pihak JPJ di laman web mereka menyatakan bahawa saman yang dikenakan tidak boleh dikurangkan jumlah bayarannya.

Selamat menyemak saman trafik PDRM dan JPJ anda.

Semoga anda dapat membayar saman tanpa sebarang masalah dan seterunsya dapat mengelakkan anda daripada dimasukkan ke dalam senarai blacklist PDRM dan juga JPJ.

BACA INI JUGA: Bayar Saman Anda Jika Tidak Mahu Lesen Memandu Di Batalkan!

sumber: semaksaman

Wednesday, May 13, 2015

Polis Buru Pesalah Trafik Enggan Bayar Saman

Polis Buru Pesalah Trafik Enggan Bayar Saman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan operasi waran tangkap bermula minggu depan, kata Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohd. Fuad Abd. Latiff.

Trafik-Saman

Menurut beliau, operasi itu terpaksa dilakukan kerana terdapat sebilangan besar pesalah trafik enggan menyelesaikan waran tangkap dan saman-saman mereka.

“Saya menasihatkan golongan ini supaya berfikir bijak dengan mengambil peluang yang kami beri untuk menyemak dan membayar saman-saman mereka.

“Bermula minggu depan, pegawai dan anggota cawangan trafik akan mengesan dan menangkap pesalah-pesalah trafik yang masih mempunyai waran tangkap,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan oleh Pusat Media PDRM.

Justeru, Mohd. Fuad memberi amaran kepada pesalah trafik terbabit supaya segera menyelesaikan saman mereka untuk mengelak mereka dibawah ke mahkamah.

Katanya, pesalah trafik juga diminta memberi kerjasama penuh ke atas prosedur tangkapan yang akan dibuat termasuk tindakan menggunakan gari ke atas mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta pesalah trafik mengambil peluang untuk membayar saman-saman mereka sebelum tempoh tiga hari ini berakhir.

“Pilihan untuk membayar atau tidak adalah hak setiap individu dalam tempoh tiga hari ini. Mulai minggu depan, pilihan ini sudah tidak ada lagi,” katanya.

BACA INI JUGA: Apa itu Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, June 13, 2014

Saman Hanya Notis, Berhenti Ugut Pesalah Trafik, Banteras Rasuah!

Saman Hanya Notis, Berhenti Ugut Pesalah Trafik, Banteras Rasuah!

Saman ialah notis meminta orang yang disaman hadir ke mahkamah dan kompaun hanyalah suatu tawaran penyelesaian bukan suatu kewajipan untuk membayar.

Bayar Saman

Saya ingin menarik perhatian SAC Hj. Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ], Kementerian Pengangkutan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan seluruh rakyat Malaysia berkaitan pengumuman operasi besar-besaran bagi mengesan “pesalah trafik yang enggan menyelesaikan kira-kira 1.9 juta saman “tertunggak” dan waran tangkap yang belum diselesaikan yang diumumkan dalam siaran media PDRM pada 11 JUN 2014.

Sila rujuk kepada mana-mana perundangan samada Kanun Tatacara Jenayah atau pun Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan saman dan waran tangkap nescaya perkara berkaitan “saman tertunggak” dan waran tangkap yang belum selesai ini tidak akan berbangkit.

Saya tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan “saman tertunggak”. Jumlah kira-kira 1.9 juta “saman tertunggak” itu adakah “saman” atau “notis”?

Saya mohon SAC Hj. Mohd Fuad Abd Latif jelaskan kepada masyarakat apa status sebenarnya.

Sudah acap kali saya jelaskan sebelum ini malah telah beberapa kali juga saya mencabar Pemangku Menteri Pengangkutan atau Peguam Negara atau Ketua Pengarah JPJ atau sesiapa sahaja yang berkaitan untuk membuktikan kepada saya kewajipan membayar saman dan kewajipan membayar kompaun selagi tidak diputuskan oleh Mahkamah.

Jika ada peruntukkan mewajibkan kompaun dan saman dibayar, saya bersedia untuk membayar semua kompaun dan saman yang telah dikeluarkan, sebaliknya jika tiada maka saya memohon dilupuskan saman-saman lapuk yang telah dikeluarkan dan hentikan sebarang ugutan kepada pengguna.

Sehingga hari ini tiada sebarang respon cabaran saya tersebut.

Untuk kesekian kalinya saya ingin maklumkan bahawa saman ialah notis meminta orang yang disaman hadir ke mahkamah dan kompaun hanyalah suatu tawaran penyelesaian bukan suatu kewajipan untuk membayar.

Saman bukan seperti invois yang wajib dibayar yang mana kegagalan membayar dianggap hutang yang tertunggak.

Bayar Saman [2]

Malah melabel penerima saman sebagai pesalah trafik juga adalah suatu label yang pra-matang dan tidak bertanggungjawab.

Saman bukan bukti kesalahan. Setiap penerima saman bukan pesalah melainkan Mahkamah memutuskan mereka bersalah melakukan kesalahan. “Seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah”.

Saya tidak menentang sebarang penguatkuasaan undang-undang tetapi untuk menguatkuasakan undang-undang juga perlu mengikut undang-undang.

Pihak berkuasa undang-undang tidak boleh sewenang-wenang menguatkuasakan undang-undang tanpa mereka terlebih dahulu mengikut undang-undang.

Yang dituduh melakukan kesalahan perlu dihadapkan ke mahkamah untuk diadili. Jika mereka mengambil pilihan membayar tawaran kompaun, itu hak yang diberikan kepada mereka.

Jika mereka tidak membayar tawaran kompaun, itu juga hak yang diberikan oleh undang-undang kepada mereka.

Saman tidak akan tertunggak jika semua saman dibawa ke Mahkamah untuk diadili. Jika penerima saman hadir Mahkamah dan mengaku salah, maka Mahkamah akan perintahkan membayar denda.

Selesai saman. Jika penerima saman tidak hadir Mahkamah maka waran tangkap dikeluarkan supaya penerima ditangkap dan dibawa ke Mahkamah.

Apabila ditangkap dan dibawa ke Mahkamah, maka proses yang sama berjalan. Jika penerima saman mengaku salah, maka Mahkamah perintahkan hukuman denda dan sebagainya. Selesai saman. Tiada tertunggak.

Polis keluarkan saman kemudian saman tersebut tidak dibawa ke Mahkamah. Apabila bertimbun saman dalam simpanan Polis maka dituduh dan dilabel penerima saman enggan selesaikan saman menyebabkan saman tertunggak.

Yang menyebabkan saman tertunggak itu pihak berkuasa bukan yang menerima saman. Anda tidak buat kerja jangan salahkan orang lain.

Bagi menyelesaikan isu ini, saya cadangkan kepada PDRM atau JPJ untuk membawa semua saman dan daftarkan di mahkamah berkenaan.

Apabila saman didaftarkan di mahkamah, saya percaya tidak akan timbul lagi isu ini. Kita hidup berpandukan undang-undang.

Gunakan saluran undang-undang yang betul dan jangan jadi ketam.

BACA INI JUGA: 1MDB dan RM2.6 Bilion Soal Integriti Kepimpinan!

Wednesday, January 08, 2014

Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 JUTA!

Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 JUTA!

Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak) berjaya memenangi kes tuntutan saman terhadap pengarah drama, Mohd Javed Mohd Nizar menerusi syarikat Juara Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan mencederakan aktor tersebut di kepala.

Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 JUTA!

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Gok Yam di sini pada Selasa bagaimanapun menetapkan 23 Januari depan bagi menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar oleh pihak defendan selepas plaintif menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini.

Dalam pada itu mahkamah turut mengarahkan defendan untuk mengeluarkan kenyataan maaf terhadap plaintif secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik.

Bagaimanapun permohonan defendan membuat tuntutan balas terhadap Johan dengan menuntut wang RM2 juta dibatalkan.

(Baca: Amalan Terbalik Masyarakat Malaysia)

Pada perbicaraan kes tersebut berlangsung, Johan hanya diwakili peguam Zahrin Ishak dan pembantu peguam berkenaan, Suhaimi Saad.

Manakala pihak defendan pula diwakili peguam Baljit Singh.

Pada Jun 2010, Johan membuat tuntutan saman terhadap pengarah Mohd Javed menerusi syarikat produksi Juara Filem Productions Sdn Bhd agar membayar RM1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan di dahi pada Mei 2010.

Dia menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.

Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Mohd Javed dalam tuntutan berkenaan turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan e-mel yang diedarkan kepada persatuan-persatuan seni dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut.

Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik.

Johan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah berkenaan.

Sumber: mStar Online