Saturday, July 06, 2019

Angkara Video Lucah, Murid Tahun 6 Nodai Budak Empat Tahun

Angkara Video Lucah, Murid Tahun 6 Nodai Budak Empat Tahun

Seorang murid lelaki darjah 6 ditahan polis dipercayai menodai kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa, Batu Gajah. Kejadian itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan kepada ibunya berusia 31 tahun akibat disentuh oleh suspek yang dipanggilnya abang, Khamis minggu lalu.

Kanak-kanak merogol
Gambar hiasan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek ialah anak sulung kepada pengasuh dan mangsa dijaga oleh ibu suspek sejak berusia 2 tahun.

"Mangsa menceritakan suspek ada membuka seluar dan memegang bahagian tersebut tetapi mangsa tidak dapat menceritakan keseluruhan melainkan mengadu berasa sakit.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sebanyak tiga kali bermula awal bulan puasa di mana tarikh sebenar tidak pasti, 31 Mei dan 17 Jun lalu," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan Pakar Obstetrik dan Ginekologi mendapati terdapat kesan koyakan pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah.

"Terdapat kesan kemerahan pada bahagian 'introitus' dan kawasan dubur mangsa disyaki berlaku kemasukan objek tumpul dalam kemaluan mangsa.

"Suspek direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Ahmad Adnan berkata, teransang menonton video dalam telefon bimbit dipercayai menjadi punca perbuatan suspek itu.

"Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak terutama dalam melayari internet yang mana akan memberi kesan negatif kepada mereka kelak," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Wednesday, June 26, 2019

Remaja Perempuan Dirogol 7 Lelaki Selama Lima Hari Di India

Remaja Perempuan Dirogol 7 Lelaki Selama Lima Hari Di India

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tujuh orang lelaki di sebuah rumah di Ongole, India, yang menurut laporan portal berita, mangsa yang berasal dari Nalapadu, Guntur, dikurung selama lima hari dan dirogol secara bergilir-gilir oleh mereka.

Dirogol 7 Lelaki

Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudiannya dibiarkan berseorangan di stesen bas Ongole selepas lima hari diculik.

Polis tempatan berjaya memberkas empat orang lelaki dewasa dan tiga remaja lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan kejam itu.

Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku apabila remaja perempuan itu ditipu oleh seorang kenalan yang baru dikenalinya untuk bertemu di Ongole.

Namun, setibanya di sana, lelaki tersebut tidak muncul dan dia ditawarkan oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya untuk tumpang bermalam di rumahnya.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak atas Kesalahan Seksual (POCSO), untuk kesemua suspek diheret ke muka pengadilan.

Berikutan kejadian itu, Menteri Dalam Negeri, Andhra Pradesh, Mekathoti Sucharitha berkata, langkah pencegahan akan diambil bagi memastikan kejadian seperti itu tidak lagi berulang pada masa depan.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Tuesday, June 18, 2019

4 Kes Rogol Paling Sadis Di Malaysia

4 Kes Rogol Paling Sadis Di Malaysia

Jenayah rogol diklasifikasikan atas kesalahan jenayah menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat. Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 13,272 kes rogol atau 59.7 bagi tempoh tahun 2010 hingga Mei 2018.

Kes Rogol Malaysia

Dalam tempoh yang sama, Johor menjadi negeri paling tinggi mencatatkan kes rogol iaitu 2,089 kes atau 15.73 peratus diikuti Selangor.

Ini merupakan sebahagian kes jenayah rogol beramai-ramai yang amat menakutkan pernah berlaku di Malaysia.

1. Dua gadis dirogol 38 lelaki

Ini mungkin jenayah rogol paling “gila” pernah dilaporkan pada tahun 2014 lalu, melibatkan dua gadis remaja berusia 14 tahun dari Guchil, Kuala Krai dan seorang rakannya berusia 17 tahun dari Ketereh.

Difahamkan, pada malam malang dan penuh kengerian itu, pelajar tingkatan tiga itu dibawa keluar oleh rakan lelakinya lalu dibawa ke sebuah rumah kosong.

Tidak berapa lama berada dalam rumah yang dipercayai tempat penagih melepaskan gian, sekumpulan lelaki, dipercayai seramai 38 lelaki mulai merogol kedua-dua gadis ini tanpa perasaan belas kasihan langsung.

Pengsan dan mengalami kecederaan di bahagian kelamin, mungkin masih naif dengan jenayah yang berlaku padanya, di sebalik tubuh yang kesakitan, mangsa telah pulang ke rumah dan mandi.

Tetapi, kecederaan di tubuhnya membuatkan mangsa kesakitan sebelum dibawa ke hospital dan lebih malang, dalam kejadian ini, dua beranak, antara yang ditahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 18-22 tahun kepada kebanyakan suspek yang merogol mangsa ini selepas sabit tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Sangat menyedihkan kerana ada antara perogol itu remaja lelaki berusia di bawah usia 18 tahun semasa kejadian.

2. Gadis 14 Tahun Dirogol Dalam Tandas Awam

Nasib malang menimpa seorang gadis berusia 14 tahun apabila dia dirogol beramai-ramai dalam sebuah tandas awam taman rekreasi di Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bharu antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.

Sepanjang tempoh perbicaraan sejak Disember 2015, seramai 16 saksi pendakwaan dan pembelaan dipanggil.

Akhirnya, akibat kerakusan nafsu, empat pemuda dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati salah atas pertuduhan merogol gadis bawah umur secara beramai-ramai, tahun 2016 lalu.

3. Gadis 13 Tahun Diculik Dan Dirogol

Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari 2017 lalu.

Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak hanya 20 meter dari rumahnya. Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.

Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.

Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.

Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol kumpulan lelaki terbabit.

Polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam dan siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

4. Janda Anak Tiga Mangsa Rogol Beramai-ramai

Polis menahan tujuh pemuda yang dipercayai terlibat dalam kes rogol beramai-ramai seorang janda beranak tiga di sebuah rumah kosong di Lambor Kanan, Parit.

Pihak polis telah menahan 7 lelaki berusia antara 21 hingga 26 tahun dalam kejadian ini dan mangsa mengakui telah dirogol beramai-ramai dalam sebuah rumah kosong kira-kira jam 11 malam.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan mengikut teman lelakinya berusia 20-an keluar bersiar-siar menaiki sebuah kereta sebelum ditahan oleh seorang daripada suspek di tepi jalan di Lambor Kanan.

Ketika ditahan, suspek memaksa mangsa mengikutnya ke sebuah rumah kosong dengan enam lagi rakannya sedang menunggu di situ manakala teman lelakinya tidak dapat berbuat apa-apa kerana diugut oleh kumpulan lelaki berkenaan.

Suspek kemudian merogol mangsa secara bergilir-gilir sebelum meninggalkannya.

Selepas kejadian itu, wanita malang terbabit membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan ketujuh-tujuh suspek, manakala siasatan polis mendapati teman lelakinya tidak terlibat dalam kejadian tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Saturday, April 27, 2019

Lelaki Rogol Pelacur Tanpa Kondom Dipenjara 12 Tahun

Lelaki Rogol Pelacur Tanpa Kondom Dipenjara 12 Tahun

Seorang lelaki, Lee Hogben, 35, dipenjara 12 tahun atas kesalahan merogol pekerja seks apabila membuang kondom semasa mereka 'bersama' dan tidak menghiraukan mangsanya ketika wanita itu memberitahu dia 'tak buat seperti ini'.

Rogol Pelacur
Lee Hogben.

Dia menghubungi wanita itu yang ditemui di laman web, yang mana secara khusus mensyaratkan bahawa pelanggan mesti menggunakan 'perlindungan' turut diugut ketika cuba melepaskan diri.

Mereka bertemu di Royal Bath Hotel di kampung halamannya di Bournemouth, Dorset, pada 19 Januari 2018 lalu, selepas bersetuju dengan harga selama dua jam. Wanita itu bagaimanapun tidak pernah menerima bayaran.

Pendakwa Jodie Mittell berkata Hogben mengancam pekerja seks itu dengan keganasan apabila dia cuba menghalang.

"Hogben melampaui apa yang telah dipersetujui dengan membuang pelindung, yang mana pengadu telah menetapkan syarat supaya memakainya ketika bersama.

"Dia berulang kali membantah "saya tak buat seperti ini, tolonglah jangan".

"Dia cuba melawan tetapi lelaki itu mengugutnya supaya berhenti dengan memberitahunya dia kaki pukul dan perompak.

"Mangsa akhirnya meninggalkan hotel, memberitahu polis dan Hogben ditangkap pada hari berikutnya sebelum dikaitkan dengan rogol," kata pendakwa.

Mangsa juga memberitahu mahkamah bahawa dia pernah terfikir untuk mencederakan diri akibat dirogol.

Hogden, yang dihukum kerana melakukan gangguan dan kesalahan memandu, disabitkan dengan rogol dan dua tuduhan serangan.

Dia mengaku mengancam untuk memusnahkan harta benda, mendedahkan gambar-gambar peribadi, melanggar perintah tahanan dan membuat komunikasi yang berniat jahat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Wednesday, September 03, 2014

Suami Berhati Syaitan Serah Tubuh Isteri Kepada Bangla!

Suami Berhati Syaitan Serah Tubuh Isteri Kepada Bangla!

Terkedu seketika ketika membaca satu artikel bagaimana seorang suami merelakan tubuh isteri sendiri di'ratah' seorang lelaki berbangsa bangla.

Diperkosa
Gambar hiasan.

Agaknya suami mana yang tergamak merelakan seorang wanita bergelar isteri diperlakukan sedemikian?

Akibat tidak tahan menjadi mangsa kerakusan seks suaminya sendiri, seorang wanita yang sarat mengandung telah membuat laporan polis mengatakan dirinya dipaksa suami untuk melakukan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Ali Ahmad menyatakan wanita berusia 27 tahun itu telah melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan telefon daripada suaminya, mengatakannya membawa balik seorang pekerja Bangladesh untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya.

“Takut dengan permintaan suaminya itu, wanita tersebut telah meninggalkan rumah dan meminta pertolongan daripada pihak polis,” katanya memetik The Star.

Ini bukan kali pertama suaminya memaksa mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Nizam.

“Dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan Nizam sebanyak tiga kali sebelum ini.

“Wanita itu sedang sarat hamil tujuh bulan semasa dipaksa suaminya melakukan hubungan seks dengan Nizam pada Julai lalu,” katanya.

Wanita itu mendakwa suaminya lebih mudah teransang jika melihatnya mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.

Dia turut menambah suaminya tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada Nizam kerana menidurinya.

Wanita itu kemudiannya telah dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.

-mynewshub

Inilah namanya suami berhati dan berperangai syaitan!

BACA INI JUGA: Takut Video Disebar, Terpaksa Layan Nafsu Mat Bangla!

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, May 29, 2014

Video Perogol Kena Sebat Di Kelantan!

Video Perogol Kena Sebat Di Kelantan!

Peragut yang ditangkap orang ramai lalu dibelasah sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa adalah kejadian biasa dalam masyarakat kita.

Video Perogol Dihukum Sebat Ibu Mangsa Rogol Di Kelantan

Namun dalam satu video yang dikongsikan di YouTube, seorang lelaki didakwa suspek kes rogol disebat banyak kali sekuat hati oleh seorang wanita menggunakan rotan di Pantai Tujuh Tumpat, Kelantan.

Wanita itu dikatakan ibu kepada mangsa yang dirogol lelaki tersebut.

Orang ramai yang berdiri mengelilingi kejadian tersebut kelihatan tidak berbuat apa-apa untuk membantu lelaki yang terikat kaki tangan dan terlondeh seluarnya itu.

(Baca: 14 Hari Diperkosa Tanpa Henti!)

Sambil merotan, wanita tersebut menyuarakan kemarahannya atas pebuatan lelaki itu terhadap anaknya.

Jika benar lelaki tersebut sememangnya telah merogol anak wanita tersebut, memang patutlah dia kena belasah sebelum diserahkan kepada polis.

Kalau kita berada di tempat makcik tersebut tentu kita pun berasa sangat marah kan? -Mynewshub.my


UPDATE!

Wanita Sebat Suspek Perogol Anaknya Diberkas

Wanita yang menyebat suspek kes rogol anak perempuannya yang berusia 13 tahun kini ditahan polis.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan bersama-sama suaminya, 40, dan anak lelaki mereka, 22.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Komisioner Lai Yong Heng berkata ketiga-tiganya ditangkap di rumah mereka di Kampung Gong Bayor, Kampung Raja, Terengganu pada pukul 9 malam.

“Mereka ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah dari Polis Kontinjen Kelantan dan direman selama tujuh hari.

“Mereka adalah suspek kerana menyebabkan kecederaan parah kepada dua orang lelaki. Ini adalah satu jenayah yang serius dan ia menjadi tugas polis untuk bertindak dan menyiasat kes itu,” kata ACP Lai di sini, Sabtu.

Polis katanya, perlu melakukan tugas untuk menegakkan undang-undang walaupun orang ramai menyatakan simpati dan sokongan untuk wanita itu dan keluarganya.

Lelaki tersebut yang mengalami kecederaan di punggung, tangan dan muka sebelum itu ditangkap oleh anak wanita berkenaa dan suaminya.

Mereka kemudiannya menghantar lelaki itu ke balai polis.

Namun polis terpaksa menghantar lelaki itu ke Hospital Universiti Sains di Kubang Kerian selepas dia mengalami darah beku di kepala.

Dia ditangkap bersama-sama dengan lelaki lain berhubung kes rogol seorang gadis di Tawang, Bachok, pada 22 Mei lalu.

Seorang lagi lelaki yang terlibat sebelum ini juga diserang oleh sekumpulan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Kedua-dua lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan itu beberapa kali dalam sebuah rumah.

-Sentiasapanas.com

Monday, May 26, 2014

Rakaman CCTV Penuntut Malaysia Selepas Dirogol

Rakaman CCTV Penuntut Malaysia Selepas Dirogol

Seperti pernah disiarkan sebelum ini pada 17 Mei lalu merupakan tarikh yang menjadi detik ngeri buat seorang penuntut Malaysia di Indonesia apabila dirogol tiga lelaki tidak dikenali.

Pelajar-Malaysia-Kena-Rogol-Di Bandung

Mahasiswi kedoktoran dari Universiti Padjadjaran, Bandung itu diculik ketika mahu mengeluarkan wang di ATM berhampiran rumah sewanya.

Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki dalam kereta yang dipandu sebelum ditinggalkan 40 kilometer dari tempat dia diculik di tempat letak kereta RM Grafika, Tangkuban Perahu.

Kejadian ini rupa-rupanya sempat dirakam sebuah kamera CCTV yang terdapat pada salah satu restoran di situ.

Amat menyedihkan apabila dapat dilihat, mangsa berjalan terhuyung hayang selepas ditinggalkan sambil meminta pertolongan.

Dia kemudiannya diselamatkan pasangan suami isteri yang membawanya ke hospital.


Selain dirogol, mangsa juga disamun penjenayah terbabit yang turut mengambil wang tunai, telefon bimbit dan komputer riba miliknya.

Kereta penjenayah turut dapat dilihat dalam rakaman CCTV memecut meninggalkan lokasi selepas menurunkan mangsa.

Sudah pasti, insiden ini merupakan satu pengalaman pahit buat mangsa yang berusia 20 tahun dan baru berada di semester satu pengajiannya.

Didoakan semoga penjenayah kejam yang terlibat dalam kes ini akan segera dapat ditahan dan dibawa ke muka pengadilan.

Sumber: Mynewshub.my