Saturday, June 16, 2018

Ritual 'Lukat Geni' Bakar Diri Untuk Bersihkan Dosa Masyarakat Bali

Ritual 'Lukat Geni' Bakar Diri Untuk Bersihkan Dosa Masyarakat Bali

Kawasan padang di Kampung Dawan yang terletak di daerah Klungkung, Bali, Indonesia pada lewat malam itu sunyi sepi walaupun di tengah-tengah padang tersebut terdapat ratusan masyarakat Bali sedang duduk berkumpul, namun masing-masing dilihat diam membisu sementara bebola mata mereka asyik menyaksikan ritual Lukat Geni.

Ritual 'Lukat Geni' Bakar Diri Untuk Bersihkan Dosa

Tatkala jeritan seorang lelaki memecahkan kesunyian malam, beberapa orang remaja yang menyaksikan ritual tersebut mula menutup mata masing-masing.

Riak takut jelas terpancar pada wajah mereka. Ini kerana, pada waktu itu nyalaan api dilihat sedang marak menyala di belakang tubuh salah seorang peserta ritual Lukat Geni.

“Ini merupakan ritual tahunan yang wajib dilakukan oleh masyarakat di Bali terutamanya yang mendiami daerah Klungkung,” jelas salah seorang penduduk.

Menurut Puri, Luka Geni merupakan ritual menolak bala dan pembersihan dosa dalam kalangan masyarakat Bali.

Lukat Geni atau lebih popular dipanggil perang api dan Gebung Prapak dalam kalangan penduduk setempat memerlukan mereka membakar diri dengan api.

Lazimnya, ia dilakukan pada malam Pengrupukan iaitu sehari sebelum sambutan Hari Raya Nyepi yang pada jatuh pada minggu pertama bulan Mac.

Perkataan Lukat berasal daripada bahasa Jawa Kuno Indonesia yang membawa maksud membebaskan atau membersihkan kotoran batin, manakala Geni pula bermaksud api.

Selalunya, individu akan menjalani ritual Lukat Geni untuk membersihkan kekotoran jiwa dan mereka khabarnya akan mendapat kehidupan yang bahagia sepanjang hayat selepas ritual pembakaran dilakukan.

Air jampi

Ritual 'Lukat Geni' Bakar Diri Untuk Bersihkan Dosa

Seminggu sebelum ritual berlangsung, individu yang ingin mengambil bahagian dalam Lukat Geni perlu melalui beberapa adat.

Antaranya ialah mereka beramai-ramai perlu berendam dan membersihkan diri di sumber mata air tertua di daerah tersebut dan seterusnya bersembahyang bersama-sama di kawasan ibadah paling suci, Pura Marajan yang terletak di Ubud.

Upacara tersebut dilakukan bagi memohon restu daripada dewa api iaitu Ida Sang Hyang Widi Wasa dan roh-roh yang telah meninggal dunia supaya diberikan keselamatan sepanjang melaksanakan ritual tersebut.

Pada petang ritual berlangsung, individu-individu yang terlibat akan berkumpul di tapak ritual dan membuat undian untuk menentukan pasangan masing-masing.

Selepas mengetahui pasangan, mereka akan berehat di dalam sebuah khemah khas yang didirikan daripada jerami sambil meminum sejenis air yang telah dijampi oleh ketua adat.

Menurut kepercayaan masyarakat terdahulu, air tersebut mampu mengurangkan kesakitan individu ketika mereka dibakar.

Sementara menunggu hari berganti malam, para peserta yang berada di dalam khemah akan mula mempersiapkan diri dengan memakai topi yang dan kain sarung yang diperbuat daripada jerami.

Tubuh mereka pula akan dibiarkan tanpa seurat benang yang merupakan sebahagian etika berpakaian untuk ritual Lukat Geni.

Berdasarkan kepercayaan nenek moyang terdahulu, jenis pakaian tersebut dipilih bagi mempermudahkan nyalaan api merebak ke badan peserta dan seterusnya mempermudahkan proses menghapus dosa.

Biarpun begitu, seiring dengan peredaran waktu, pakaian tersebut tidak lagi dipraktikkan oleh peserta Lukat Geni, sebaliknya mereka menggantikan sarung yang diperbuat daripada jerami tersebut menggunakan kain sarung biasa sahaja.

Pada hari ritual dilaksanakan, kawasan tersebut akan mula dibanjiri oleh suku kaum lain yang ingin menyaksikan ritual tersebut bermula saat matahari terbenam.

Baik daripada golongan muda sehingga warga tua, masing-masing begitu teruja untuk melihat proses pembakaran dilakukan.

Setiap seorang daripada mereka akan diberikan kayu yang dililit dengan daun kelapa kering sebagai senjata.

Kayu tersebut kemudian akan dinyalakan dengan api dan sebaik ketua adat mengetuk gong bagi menandakan permulaan ritual, mereka akan saling pukul-memukul antara satu sama lain menggunakan kayu berapi yang sedang marak.

Selalunya aksi yang diiringi dengan paluan gendang itu akan kelihatan semakin mengerikan apabila badan masing-masing terbakar dan jeritan kesakitan kedengaran di merata kawasan.

Percikan api

Ritual 'Lukat Geni' Bakar Diri Untuk Bersihkan Dosa

Walaupun mereka saling pukul-memukul antara satu sama lain, namun masing-masing mempunyai satu tujuan iaitu membersihkan diri dari dosa dan menolak bala.

Menurut kepercayaan masyarakat Bali, percikan api yang menyala dan membakar tubuh peserta tersebut akan membakar dan menghilangkan dosa-dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Semakin besar nyalaan api pada tubuh peserta, semakin banyak dosa berjaya dihapuskan.

Uniknya mengenai ritual ini, walaupun badan peserta dilihat terbakar dan jeritan kesakitan kedengaran sepanjang ritual dilaksanakan, namun tiada satu kesan terbakar akan dilihat pada badan mereka sebaik upacara tamat.

Menurut kepercayaan masyarakat Bali, perkara tersebut berlaku ekoran kekebalan setiap peserta yang diperoleh daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebelum ini iaitu seperti berendam di dalam sumber air tertua, minuman air jampi dan juga restu dewa api.

Kesemua peserta hanya akan berhenti membakar diri masing-masing apabila kayu tersebut berhenti bernyala.

Pada waktu itu, ketua adat akan berdiri di tengah-tengah tapak pelaksanaan ritual sambil mulutnya terkumat-kamit membaca mantera.

Setiap seorang daripada peserta itu kemudian akan direnjis dengan sejenis air yang dianggap suci.

Ritual 'Lukat Geni' Bakar Diri Untuk Bersihkan Dosa

Difahamkan, perbuatan tersebut merupakan restu dan menunjukkan bahawa dosa-dosa si peserta telah diampunkan.

Akhir sekali sebelum kesemua peserta beredar, setiap seorang daripada mereka akan diberi minuman air suci bagi menyuntik roh-roh baik ke dalam diri masing-masing.

Ritual diakhiri dengan perarakan obor dalam kalangan penduduk setempat mengelilingi kawasan ritual.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Thursday, October 12, 2017

Tradisi Merotan Yang Menyakitkan Untuk Menghalau Roh Jahat!

Tradisi Merotan Yang Menyakitkan Untuk Menghalau Roh Jahat!

Setiap tahun, kira-kira 2,000 wanita akan berbaris selama enam jam sambil menahan kesakitan semata-mata kerana mahu dirotan dalam satu ritual untuk membebaskan mereka daripada `roh jahat’.

Tradisi

Upacara berkenaan diadakan di kuil di Trichy, selatan India, dimana mereka akan melutut untuk dipukul oleh sami.

Ramai yang menangis akibat kesakitan tetapi menahannya dengan harapan mereka akan sembuh.

Salah seorang daripada mereka ialah kanak-kanak sekolah yang disuruh oleh ibu bapanya untuk berbaris.

“Ibu bapa saya menyangka saya dirasuk hanya disebabkan saya tidak minat belajar.

“Kini kawan-kawan saya akan ketawakan saya apabila mereka melihat parut ini selepas menghadiri upacara untuk mengubati penyakit mental,” katanya sambil menangis.

halau hantu

Ada juga remaja perempuan yang dibawa oleh ibu bapa mereka ke situ sama ada disebabkan mereka belum datang haid atau mengalami haid yang tidak teratur.

Sami-sami di situ bagaimanapun mempertahankan tindakan memukul pesakit dan menyatakan ia bukan satu jenayah.

BACA INI JUGA: Tradisi Kecantikan Yang Sangat Menyeksakan

sumber: mynewshub

Wednesday, June 07, 2017

Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati

Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati

Majlis perkahwinan walau di mana sahaja pun akan disambut dengan meriah memandangkan ia merupakan satu hari yang bersejarah buat pasangan pengantin lelaki dan perempuan.

The Crystals of Love

Bagi mencipta satu ritual baharu yang akan diingati semasa majlis perkahwinan, sebuah syarikat perunding perkahwinan, Wedding Glass memperkenalkan ritual berjalan kaki di atas serpihan kaca semasa majlis perkahwinan.

Kononnya, pasangan pengantin yang sanggup untuk berkaki ayam dan berjalan di atas serpihan kaca akan mampu untuk melalui pelbagai cabaran dan rintangan lain dalam rumah tangga mereka kelak.

Syarikat yang berpangkalan di Sepanyol itu merupakan syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan ritual unik tersebut.

Hal itu kerana mereka percaya selepas ini, ritual berkaki ayam dan berjalan di atas serpihan kaca itu akan menjadi trend baharu kelak.

Melalui ritual yang dipanggil The Crystals of Love itu, kedua-dua pasangan pengantin akan berjalan ke arah satu sama lain di atas serpihan kaca sambil diperhatikan oleh ahli keluarga dan teman rapat.

Selepas proses itu selesai, kaki mereka akan dibersihkan menggunakan berus bagi memastikan tiada serpihan kaca yang melekat atau tertusuk ke dalam kaki.

Simbol cinta sejati

The Crystals of Love

Sebaik sahaja proses itu selesai, ia bermaksud pasangan pengantin itu sudah melepasi satu fasa sukar dan mencabar dalam perkahwinan.

Menurut salah seorang jurucakap syarikat Wedding Glass yang enggan didedahkan, serpihan kaca yang digunakan dalam majlis itu mempunyai maksud tersendiri.

"Serpihan kaca di bahagian yang mula-mula dipijak oleh pengantin melambangkan kehidupan mereka pada masa sekarang, manakala bahagian hujung yang menjadi titik pertemuan pengantin lelaki dan perempuan pula melambangkan kehidupan yang bakal ditempuhi oleh kedua-dua mereka selepas berkahwin," katanya.

Selain itu, serpihan itu juga menjadi lambang cinta sejati, keresahan serta cabaran dalam kehidupan berumah tangga.

Sekiranya cabaran itu berjaya diatasi, ia bermaksud pasangan sudah bersedia menjadi suami isteri yang sanggup susah dan senang bersama.

Tambah wakil syarikat itu lagi, rata-rata pasangan pengantin yang mencuba ritual itu berasa teruja dan sukakan pembaharuan yang diperkenalkan oleh Wedding Glass.

"Pengantin moden sudah jemu dengan ritual biasa di gereja dan mereka mahu mencuba sesuatu yang baharu," jelasnya.

The Crystals of Love

Begitu pun, berjalan dengan berkaki ayam di atas serpihan kaca sememangnya berbahaya dan kaki akan berisiko tinggi untuk terluka.

Oleh itu, Wedding Glass menyarankan supaya pasangan pengantin menjalani latihan terlebih dahulu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan dan ia boleh dilakukan sebanyak mana pun sehingga mahir.

Berjalan di atas serpihan kaca memerlukan keyakinan dan keberanian yang tinggi. Selain itu, seseorang itu perlulah memastikan dia berjalan dengan cara yang betul bagi mengelakkan kaki terluka.

"Kestabilan dan keseimbangan badan juga amat penting semasa ritual ini dijalankan," ujarnya.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Wednesday, April 29, 2015

Ritual Kematian Paling Ngeri Diserata Dunia

Ritual Kematian Paling Ngeri Diserata Dunia

Sudah menjadi lumrah manusia untuk merasa sedih diatas kehilangan orang tersayang. Namun, ada yang meluahkan kesedihan tersebut melalui cara yang mengerikan. Malah, ada yang menjadikan upacara memperingati kematian melalui ritual yang mengerikan.

Suku Kaum Dani
Papua New Guinea

Suku Kaum Dani

Bagi suku kaum Dani di Papua New Guinea, mereka memperingati kematian dengan memotong salah satu jari tangan. Ketika salah seorang kerabat terdekat mereka meninggal dunia, kaum wanita didalam keluarga tersebut akan memotong jari mereka sebagai hadiah kepada si mati.

Cara mereka memotong jari juga sangat unik. Jari yang akan dipotong, diikat sehingga kebas dan aliran darah terhenti. Kemudian barulah jari dipotong dengan pisau batu kecil.

Walaupun amalan tersebut sudah mula ditinggalkan ketika ini, namun anda masih boleh menemui wanita Dani yang telah kehilangan jari mereka.

Suku Kaum Merina
Madagascar

Suku Kaum Merina

Masyarakat tradisional Merina didataran tinggi Madagascar mempunyai tradisi yang unik. Setiap tujuh tahun sekali, mereka akan mengadakan upacara Famadihana disekitar tanah perkuburan.

Famadihana merupakan tradisi menggali semula mayat yang telah dikuburkan untuk menukar pakaian mayat tersebut. Mayat yang telah ditukarkan pakaian mereka kemudian diarak dan dibawa menari. Pakaian lama mayat tersebut diambil dan dijadikan azimat.

Kemuncak ritual ini adalah dengan salah seorang warga tua menari disekitar perkuburan si mati. Upacara ini adalah acara yang riang gembira serta jauh dari kesedihan.

Walau bagaimanapun, melihat mayat diarak dan dibawa menari tetap mengerikan, bukan?

Suku Kaum Ifugao
Filipina

Suku Kaum Ifugao

Biasanya ketika seseorang meninggal dunia, kaum keluarganya akan segera mengurus mayat tersebut sebelum dikebumikan atau dibakar, bergantung kepada kepercayaan yang dianuti.

Namun, berbeza dengan apa yang dilakukan oleh masyarakat Ifugao di Benguet, Filipina. Apabila berlaku kematian didalam masyarakat mereka, mayat tersebut akan didudukkan diatas kerusi dihadapan rumah. Lengan dan kaki mereka akan diikat untuk mengekalkan posisi, matanya ditutup agar tidak lagi perlu melihat penderitaan orang-orang yang masih hidup.

Seterusnya, selama lapan hari, orang-orang kampung akan berkabung dan melakukan ritual peralihan sebagai kepercayaan ianya untuk membantu roh si mati mencapai tempat terakhirnya.

Yang uniknya, masyarakat sama sekali tidak terganggu dengan bau bususk yang disebarkan mayat, malah menjadikan mayat tersebut sebagai bahan gurauan.

Suku Kaum Yanomami
Venezuela

Suku Kaum Yanomami

Yanomami merupakan suku kaum asli yang tinggal di hutan Venezuela. Mereka juga melakukan ritual mengerikan untuk memperingati kematian dikalangan mereka. Ketika seorang penduduk meninggal dunia, mayatnya akan dibawa jauh dari kampung kemudian dibakar hingga tinggal abu dan tulang.

Seterusnya, abu dan tulang tersebut dibawa semula ke kampung. Tulang-tulang yang belum hancur akan ditumbuk hingga lumat kemudian dicampur dengan abu lalu dimasukkan ke dalam sup pisang.

Sup pisang kemudiannya dibahagikan kepada semua penduduk kampung untuk diminum. Tujuannya adalah agar segala kenangan tentang simati akan terus kekal abadi bersama mereka.

BACA INI JUGA: Ngeri! Ritual Bunuh Diri Seppuku Masyarakat Jepun Yang Mengerikan

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, February 21, 2013

Ritual Pelik Mandi Darah Kambing Di Kazakhstan

Ritual Pelik Mandi Darah Kambing Di Kazakhstan

Info Pelik. Di Kazakhstan terdapat satu ritual pelik iaitu mandi darah kambing yang kononnya bertujuan untuk menjadi alat penyembuhan.


Tidak la pula diketahui penyembuhan untuk apa, namun ritual yang diamalkan kelihatan agak memualkan kerana darah kambing yang disembelih akan disiram keatas tubuh individu berkenaan.


Macam-macam..

[Sumber]