Monday, August 26, 2024

Resepi Kuah Dhal Sedap

Resepi Kuah Dhal Sedap

KUAH dhal bukan sahaja digemari oleh orang India, malah ia juga sering dinikmati oleh semua kaum di negara ini. Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Masyitah Shaariff turut berkongsi cara untuk memasak kuah dhal.

Resepi Kuah Dhal

Yang menariknya, Masyitah berkata sajian ringkas popular itu dipelajari daripada seorang rakan berbangsa India, pada tahun 2011.

"Dulu masa saya jadi pelajar praktikal, pernah duduk serumah dengan kawan berbangsa India. Dia ajar saya buat kuah dhal.

"Sampai sekarang saya simpan resipi ini. Hari ini buat sebab suami nak rasa. Alhamdulillah, menjadi juga," ujar wanita itu.

Bahan-bahan:

1. Kacang dhal

2. Bawang putih

3. Garam

4. Serbuk cili

5. Santan

Pilih sayur kegemaran anda seperti kentang, lobak merah, kacang panjang dan sebagainya.

Untuk tumis darat, anda perlukan halba campur, daun kari dan cili kering.

Cara penyediaan

1. Rendam kacang dhal semalaman.

2. Cuci dan tukar air. Kemudian rebus kacang dhal, masukkan seulas dua bawang putih.

3. Selepas 10 ke 15 minit, masukkan serbuk cili sesudu kecil. Kemudian masukkan sedikit garam dan santan.

4. Apabila kacang separa kembang, masukkan kentang dan lobak merah serta kentang, biarkan ia lembut.

5. Masak sampai kuah pekat dan kacang kembang sepenuh nya, perasakan secukupnya.

6. Untuk tumis darat, masukkan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan daun kari, cili kering dan halba campur.

7. Kemudian masukkan ke dalam kuah kacang dhal. Kacau dan tambah garam rasa masin belum mencukupi.

8. Satu petua penting, rendam dahulu kacang pada waktu malam sebelum memasak kuah dhal esoknya untuk memastikan ia cepat lembut dan mudah kembang.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Monday, March 20, 2023

6 Resipi Roti Bakar Ketika Sahur, Cepat Dan Mengenyangkan!

6 Resipi Roti Bakar Ketika Sahur, Cepat Dan Mengenyangkan!

Selain berkhasiat, sesuatu makanan itu juga haruslah ringkas serta mudah disediakan kerana di pagi hari ramai yang kelang-kabut untuk bersiap ke tempat kerja.

Pencipta kandungan masakan, Linda Safar ada berkongsi resepi roti bakar yang bukan sahaja sesuai untuk sarapan malah boleh dicuba ketika bersahur nanti disepanjang bulan Ramadhan.

Ayuh kita cuba sendiri di rumah dan rasai kelazatannya!

1. Roti bakar telur goyang

Roti bakar telur goyang

Bahan-bahan:
  • Roti, cheese, telur.

Cara penyediaan:
  • Lenyek bulat di bahagian tengah roti.
  • Tabur cheese di sekeliling bahagian roti.
  • Letak telur di tengah roti dan set suhu ketuhar untuk 180’c selama 17 minit.

2. Roti jagung cheese

Roti jagung cheese

Bahan-bahan:
  • Roti, hirisan chicken ham, jagung, cheese.

Cara penyediaan:
  • Campur dan sebatikan chicken ham dengan jagung dan mayonis.
  • Lenyek bahagian tengah roti.
  • Ratakan bahan tadi ke atas roti, lapis cheese di atas.
  • Set suhu ketuhar kepada 180’C selama 15 minit.

3. Roti bakar gula

Roti bakar gula

Bahan-bahan:
  • Roti, mentega, gula.

Cara penyediaan:
  • Hiris hiris bahagian atas roti dalam bentuk kotak seperti gambar di atas.
  • Tuang mentega (dicairkan) ke atas keseluruhan permukaan roti.
  • Tabur gula di atas, bakar dalam ketuhar 180’C selama 10 minit.

4. Roti bakar blueberry

Roti bakar blueberry

Bahan-bahan:
  • Roti, blueberry, yogurt, telur kuning.

Cara penyediaan:
  • Yogurt dan telur kuning digaul sekata di atas roti.
  • Lenyek bahagian tengah roti supaya jadi tenggelam sedikit dan ada ruang.
  • Tuang bancuhan tadi.
  • Susun blueberry.
  • Set suhu kepada 180’C selama15 minit.

5. Roti telur udang

Roti telur udang

Bahan-bahan:
  • Udang, telur, roti, susu, timun.

Cara penyediaan:
  • Campurkan telur, susu, garam.
  • Masak udang guna sedikit minyak.
  • Buat telur dadar dengan sedikit minyak.
  • Susun timun dengan potongan memanjang.
  • Susun telur dan udang di atas roti, kemudian letak sos jika suka.

6. Roti sosej cheese

Roti sosej cheese

Bahan-bahan:
  • Roti, sosej dan bawang, cheese parut.

Cara penyediaan:
  • Ratakan mayo dan sos tomato.
  • Tabur sedikit cheese.
  • Susun sosej.
  • Tabur daun bawang, cheese dan mayo.
  • Bakar suhu 180'c dalam ketuhar selama 15 minit.

Selamat mencuba!

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Monday, June 29, 2020

Bahan Rempah 5 Rasa

Bahan Rempah 5 Rasa

Dalam masakan tempatan di Malaysia, kita biasa mendengar penggunaan rempah 4 sekawan dalam hidangan sup dan kari, Chinese 5 spice pula digunakan dalam masakan Cina, manakala garam masala digunakan dalam masakan India.

Rempah 5 Rasa

Ketiga-tiga jenis rempah ini sebenarnya mengandungi rempah asas yang sama, cuma berbeza dari segi penambahan rempah-rempah lain.

REMPAH 4 SEKAWAN

Jika anda mahu mencarinya di pasaraya, memang takkan jumpa, kerana ia hanyalah nama yang diberi untuk merujuk kepada 4 jenis rempah yang sering diguna bersama iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.

Mari kita kenali serba sedikit fakta tentang rempah penting ini.

1. Kulit kayu manis

Nama saintifiknya ialah Cinnamomum verum, merupakan kulit kayu yang menggelupas dan kering, memberikan rasa pedas-manis serta aroma harum yang kuat.

Kulit kayu manis dimasukkan dalam masakan untuk memberikan rasa yang segar dan bau yang harum.

Jika dimasukkan dalam masakan berkuah, pastikan ia tidak lebih daripada 5 cm panjang bagi setiap 1 liter cecair (kuah).

Bagi masakan seperti kek, roti dan kuih, masukkan sesudu teh serbuk kayu manis ke dalam adunan. Elak menggunakannya berlebihan kerana boleh menghilangkan keaslian rasa dan aroma.

Selain penting dalam menyedapkan masakan, kulit kayu manis juga tinggi khasiat kepada kesihatan.

Simpan kulit kayu manis dalam bekas bertutup untuk tahan lebih lama dan mengekalkan rasa dan aromanya.

2. Bunga lawang

Nama saintifiknya Illicium verum, banyak digunakan dalam masakan India, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Bunga lawang sebenarnya sejenis buah yang apabila kering, akan menyerupai bintang dan berwarna perang kehitaman.

Dipercayai, kombinasi bunga lawang-bawang besar-kicap memberikan rasa lazat semula jadi kepada daging.

Contoh hidangan yang bertambah lazat dengan penggunaan bunga lawang adalah hidangan berdaging serta mengandungi buah seperti epal, oren atau plum, jika ingin dijeruk atau dibuat jem.

Untuk memeriksa kualiti bunga lawang, masukkannya ke dalam segelas air, kerana bunga lawang yang berkualiti baik akan terapung secara menegak manakala bunga lawang yang berkualiti rendah akan tenggelam atau terapung secara melintang.

3. Cengkih

Rempah ini memberi rasa unik yang hangat, manis dan beraroma terutamanya jika digunakan dalam roti halia atau pai labu.

Nama saintifiknya Eugenia caryophyllus, berasal daripada tunas yang dipetik dan dikeringkan hingga berubah kepada warna keemasan.

Lebih bagus digunakan dalam bentuk biji berbanding serbuk, kerana rasanya lebih kuat dalam bentuk biji.

Cengkih juga merupakan rempah yang versatil, boleh dimasukkan ke dalam hidangan manisan atau savuri.

4. Buah pelaga

Merupakan antara rempah termahal setanding vanila dan safron, terdapat dua jenis buah pelaga; iaitu yang berwarna hijau atau hitam.

Buah pelaga hijau biasanya dilunturkan warna menjadi putih lalu diedar dari India masuk ke pasaran Malaysia, manakala buah pelaga hitam, berwarna lebih kecoklatan, lebih besar dan panjang.

Sama seperti rempah lain, buah pelaga dimasukkan ke dalam makanan atau minuman untuk menyedapkan rasa.

Rasa buah pelaga yang manis, unik dan beraroma kuat; membuatkan ia diperlukan hanya dalam kuantiti sedikit.

Bagi masyarakat Bangladesh, India, Nepal dan Pakistan, mereka gemar meminum teh pelaga dan kayu manis.

Di negara-negara Nordic seperti Finland dan Sweden, buah pelaga diguna dalam resipi roti, manakala di Timur Tengah digunakan dalam hidangan savuri.

CHINESE 5 SPICE (Serbuk 5 Rempah)

Serbuk 5 Rempah Cina atau dikenali sebagai Ngo Hiong adalah campuran lima jenis rempah ratus yang dikisar halus.

Rempah ini adalah perasa asas dalam masakan masyarakat Cina dan dihasilkan dari bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, jintan dan lada hitam Szechuan.


Campuran kesemua rempah-rempah ini berdasarkan pada falsafah Tionghoa dalam menyeimbangkan Yin dan Yang dalam masakan.

Kebiasaannya, rempah ini digunakan sebagai bahan perapan atau dijadikan penambah rasa dalam masakan sayur goreng dan nasi.

Campuran kesemua ini memberi rasa manis, savuri, pahit dan masam yang seimbang, juga sering dimasukkan ke dalam hidangan daging dan sayur, lalu dibakar.

Serbuk perempah ini bagus diguna sebagai perapan atau sapuan kering pada daging lembu atau itik, dan boleh juga dibakar untuk memberikan rasa yang lebih hangat.

GARAM MASALA

Terdiri daripada campuran rempah-rempah seperti ketumbar, buah pelaga, lada hitam, jintan hitam, kayu manis, cengkih, jintan manis dengan sedikit cili merah kering.

Ada juga yang ditambah dengan caraway, cengkih Zanzibar, halia dan buah pala, memberikan aroma yang harum pada pelbagai masakan India.

Jika mahu rasa masakan yang lebih sedap, taburkan garam masala sejurus sebelum makan untuk mengelakkan kehilangan rasa.

Sering digunakan dalam masakan India yang bersup, berdaging dan bersayur, juga digunakan dalam kari, kuah dhal atau tabur sahaja di atas nasi panas atau telur hancur.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, June 21, 2020

8 Resepi Sambal Paling Sedap Anda Wajib Cuba

8 Resepi Sambal Paling Sedap Anda Wajib Cuba

Hidangan sambal bagaikan suatu kemestian setiap kali kita menjamah nasi bersama keluarga dirumah. Dalam tak sedar bertambah makan. Dan penyediaan sambal tidaklah sesusah mana dan boleh dipelbagaikan.

Resepi Sambal

Berikut kami kongsikan 8 resipi sambal yang boleh anda cuba. Ikutilah kreativiti dan cita rasa masing-masing.

1. SAMBAL KUNYIT

Bahan:
  • 1/2 kilo kunyit.
  • 1/2 kilo halia.
  • (Kunyit dan halia dibersihkan, hiris kasar dan goreng dengan sedikit minyak. Goreng garing kemudian dikisar. Boleh guna pengisar kering atau basah. Jika guna pengisar basah, tambahkan sedikit air).
  • 2 labu bawang putih, dihiris halus.
  • Bawang merah, hiris halus.
  • 4 sudu atau lebih lada hitam.
  • 1/4 cawan air asam pekat.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Ikan bilis - di goreng dan ketepikan. Boleh ditukar dengan ikan/daging rebus atau bakar.

Cara:
  • Kunyit halia yang dikisar terus dimasak tanpa minyak hingga sedikit kering.
  • Kacau selalu untuk elakkan hangit - lagi bagus jika guna non stick pan.
  • Apabila sudah kering, masukkan air asam. Garam gula secukup rasa.
  • Dikuali yang lain tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak - tumis hingga wangi - ketepikan.
  • Bila halia dan kunyit sudah kering, masukkan tumisan bawang putih dan bawang merah, masukkan juga lada hitam.
  • Kacau rata dan bolehlah dihidang dengan ikan bilis, daging, ayam atau ikan.

2. SAMBAL TEMPOYAK MENTAH

Bahan:
  • 10 tangkai cili padi.
  • 5 tangkai cili merah.
  • 1 mangkuk kecil tempoyak.
  • 1 sudu besar gula.
  • 4 ulas bawang merah.
  • Garam dan gula.

Cara:
  • Tumbuk cili padi, cili merah dan bawang merah.
  • Setelah lumat, masukkan gula, garam dan tempoyak.
  • Gaul hingga sebati.

3. SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

Bahan:
  • 1 mangkuk ikan bilis.
  • 5 tangkai cili padi.
  • 3 tangkai cili merah.
  • ½ labu bawang besar.
  • 1 ulas bawang putih.
  • 3 cm kunyit hidup.
  • ½ labu bawang besar – potong 8.
  • 1 helai daun kunyit.
  • 1 senduk tempoyak.
  • Garam dan gula.

Cara:
  • Tumbuk cili padi, cili merah, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
  • Kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk sehingga kering.
  • Selepas itu, barulah masukkan bawang besar, ikan bilis, daun kunyit, tempoyak, gula dan garam secukup rasa.
  • Masak hingga kering dan angkat.

4. SAMBAL NANAS

Bahan:
  • 300 gm nanas – racik halus.
  • ½ cawan cili padi.
  • 2 sudu kecil gula.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 sudu besar belacan.
  • ½ labu bawang besar.
  • ½ cawan asam jawa.
  • Sedikit air masak.

Cara:
  • Tumbuk cili padi, belacan dan bawang besar.
  • Kemudian masukkan belacan, tumbuk hingga hancur.
  • Akhir sekali masukkan gula dan garam diikuti air asam jawa.
  • Setelah sebati, masukkan nanas yang telah diracik halus.
  • Gaul rata.

5. SAMBAL KICAP

Bahan:
  • 20 tangkai cili padi.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 3 ulas bawang merah – mayang halus.
  • 1 sudu besar gula pasir.
  • 1 sudu kecil gula merah.
  • 1 cawan kicap manis.
  • 2 sudu air limau kasturi.

Cara:
  • Tumbuk cili padi dan bawang putih.
  • Kemudian masukkan kicap manis, gula pasir, gula merah dan bawang merah.
  • Setelah sebati, barulah masukkan air limau kasturi.

6. SAMBAL BELIMBING

Bahan:
  • 8 biji belimbing buluh – belah dua.
  • 1 labu bawang besar.
  • 1 sudu besar belacan.
  • 15 tangkai cili padi.
  • 3 sudu air asam jawa.
  • Gula dan garam.

Cara:
  • Tumbuk cili padi dan bawang besar, sehingga lumat.
  • Setelah hancur, masukkan belacan, tumbuk lagi hingga lumat.
  • Masukkan air asam jawa, belimbing, garam dan gula ikut rasa.
  • Sebatikan rasa.

7. SAMBAL BERLADA

Bahan:
  • 20 tangkai cili padi.
  • 10 tangkai cili merah.
  • ½ biji tomato.
  • Gula dan garam.
  • Minyak untuk menumis.
  • ½ cawan asam jawa.

Cara:
  • Tumbuk cili padi dan cili merah. Bila dah hancur baru tumbuk tomato. Tumis sehingga garing.
  • Akhir sekali, baru masukkan air asam jawa bersama garam dan gula.
  • Sebatikan rasa.

8. SAMBAL MANGGA

Bahan:
  • ½ biji mangga muda – racik.
  • ½ cawan cili padi.
  • 2 sudu kecil gula.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 sudu besar belacan.
  • 1 biji tomato.
  • ½ labu bawang besar.
  • ½ cawan asam jawa.
  • Sedikit air masak.

Cara:
  • Tumbuk cili padi hingga hancur, lepas itu masukkan bawang besar dan belacan.
  • Apabila sudah lumat, masukkan tomato, belacan, gula dan garam.
  • Tumbuk hancur, barulah letakkan air asam jawa dan mangga muda.
  • Gaul sebati.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sajionline

Monday, May 11, 2020

Resepi Sate Ayam Kuah Kacang Yang Sedap

Resepi Sate Ayam Kuah Kacang Yang Sedap

Selain Sate Kajang yang sememangnya sangat popular di Malaysia, terdapat pelbagai macam jenis sate lagi seperti sate arnab, sate hati, sate pedal, sate perut, sate ikan, sate lembu, sate ayam yang biasanya dimakan bersama ketupat nasi atau nasi himpit.

Sate Ayam Kuah Kacang

Namun, kelazatan sate tidak akan sempurna jika tidak dilengkapi dengan kuah yang biasanya dibuat daripada kacang tanah yang ditumbuk halus atau kasar mengikut selera.

Pada resepi kali ini kami akan berkongsi resepi sate ayam serta kuah kacang yang sangat lazat.

RESEPI SATE AYAM KUAH KACANG LAZAT

Bahan-bahan Yang Digunakan:
  • Ayam/Daging 2 kilo.
  • Bawang putih 1 labu.
  • Bawang besar 2 biji.
  • Halia 2 1/2 inci.
  • Serai 6 batang.
  • Lengkuas 2 inci.
  • Ketumbar 10 gram.
  • Jintan Manis 50 gram.
  • Jintan Putih 20 gram.
  • Kunyit serbuk 50 gram.
  • Kunyit hidup 3 inci.
  • Gula melaka 1 cawan.
  • Garam 3 sudu kecil.

Cara Membuat Sate Ayam:
  • Kisar semua bahan sate kecuali ayam.
  • Kemudian satukan bahan yang dikisar dengan ayam dan gaul sebati.
  • Rendamkan dahulu lidi sate 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.

Bahan Untuk Kuah Kacang:
  • Kacang tanah, goreng dengan minyak sedikit atau tanpa minyak dan kisar setelah sejuk.
  • Lada kering, kisar.
  • Gula melaka.
  • Garam.
  • Gula.
  • Halia.
  • Serai.
  • Asam keping.
  • Bawang besar dan bawang putih.

Cara Membuat Kuah Kacang:
  • Tumis bawang dan lada kering sehingga naik bau.
  • Masukan Kacang, gula melaka, halia, serai, asam keping, garam dan gula.
  • Akhir sekali masukkan air.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA:

sumber: saji

Wednesday, December 26, 2018

Resepi Pau Kukus Yang Gebu Dan Lembut

Resepi Pau Kukus Yang Gebu Dan Lembut

Pau sangat mengenyangkan dan sebahagian orang memakan pau untuk sarapan, menjadi kegemaran di kalangan kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Pau Kukus

Pau merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalam, sama ada manisan, daging ataupun sayur-sayuran.

Ciri pau ialah berwarna putih, bulat dan gebu serta lembut dimakan. Walaupun ada beberapa pau berwarna hijau misalnya, menandakan itu ialah pau pandan dengan inti kelapa.

Biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut.

Teknik popular memasak pau ialah dengan cara kukus dan selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilakukan.

Sila cuba resepi ini dirumah dengan cara kukus dan anda boleh meletakkan inti yang anda mahu seperti kaya, kacang merah, coklat, cendawan, ayam dan lain-lain.

Bahan-bahan Resepi Pau Gebu

Bahan A:
  • 1 kg tepung pau.
  • 1 sudu teh baking powder.

Kedua-dua bahan di atas diayak bersama.

Bahan B:
  • 1 sudu teh garam.
  • 1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak.
  • 2 1/4 cawan air.
  • 11 gram yis.
  • 1 sudu makan gula.
  • 2 sudu makan susu pekat manis.
  • 1 biji telur.

Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut.

Cara Membuat:

1. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk besar.

2. Tuangkan Bahan B cecair sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.

3. Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit.

4. Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pimpong (anggaran berat 35 gm).

5. Kemudian leperkan.

6. Masukkan inti yang telah dibulat-bulatkan sebesar guli (anggaran berat 12 gm).

7. Tutup dan kemaskan.

8. Letakkan doh di atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat atau bulat atau letakkan di atas paper cup yang dileperkan sedikit.

9. Susun dalam kukusan dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.

Tips:

Biarkan doh naik 1 kali ganda. Jangan terlalu naik, sebab ia akan mengecut pula bila di kukus dan membuatkan permukaannya mengerutu dan keras.

Pastikan kukusan telah di panaskan terlebih dahulu hingga airnya betul-betul mendidih.

Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari kukusan tidak menitis atas pau yang membuatkan permukaan pau berkawah.

Jika mahu buat ½ adunan, kurangkan jumlah air, gula, susu pekat, sukatan yis tetap sama.

10. Kukus pau selama 7 hingga 10 minit.

Tips Untuk Pau Frozen:

Setelah membeli pau sejuk dari kedai, simpan dalam bekas plastik yang kedap udara. Masukkan dalam beg plastik pun boleh. Simpan dalam peti ais.

Bila nak makan keluarkan dan kukus semula selama 1 minit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: saji

Sunday, September 23, 2018

Peniaga Burger Kongsi 12 Tips Masak Burger Luarbiasa Sedap!

Peniaga Burger Kongsi 12 Tips Masak Burger Luarbiasa Sedap!

Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang kita buat sendiri di rumah. Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakan dagingnya mahupun rotinya yang garing. Dan sebenarnya nak buat burger sendiri yang luar biasa sedapnya ada tipsnya tersendiri.

Tips Masak Burger Sedap

Berikut 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan namun asasnya, menurut penjual burger ini adalah, jika hendak buat berniaga, jual burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka dan jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.

1. Berat Daging

Wajib guna daging 70g. Tak payah la nak save sangat.Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahal, daging pula nipis.

2. Jangan Tekan

Masak daging, jangan tekan, bila tekan jus daging akan keluar, pasal tu daging jadi kering. Alih-alihkan saja, letak planta sikit-sikit ja.

Jangan sampai banjir sebab dalam daging tu sendiri dah ada minyak.

3. Letak Perasa

Daging tu lubang-lubangkan saja. Tak belah tengah pun tak apa. Pastu letak la seasoning. Aku suka Lea and peirin, betul ka eja ni? Maggi pun ok. Letak la lada sikit, terangkat la.

4. Letak Air Bawang Putih

Air bawang putih ni untuk menggantikan jus daging yang hilang. So, daging akan jadi juicy. Curah sikit masa daging dah masak.

Nak buat dia, potong bawang putih, letak dalam air kosong ja. Simpan dalam botol dan buat lubang-lubang sikit.

5. Api Sederhana

Guna api sederhana. Api yang kuat akan keringkan daging.

6. Roti Sapu Planta

Roti tu letak la planta bagi penuh. Tak payah nak save budget sangat. Roti letak ja atas kuali. Jangan tekan, geng lama-lama pakai kayu untuk pressure roti saja. Bukan meleperkan roti, lagi cantik gitu.

7. Lettuce Iceburg Ganti Kobis

Sayur tu ikut suka korang la, selalu orang pakai kobis la kan. Tapi masa aku niaga, aku pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi kot payah nak dapat hari-hari la. Mahal sikit.

8. Jenis Sos

Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai longson. Payah nak jumpa kot.

Kalau kat Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai longson. Pasal tu kebab diorang sedap.

9. Jenis Mayonis

Mayonis pula paling best pakai Nelly. Mahal, tapi sapu sikit ja, jangan creettt macam ladys choice tu. Sikit pun dah ok.

10. Jenis Keju

Untuk cheese, aku pakai smoke BBQ. Apa-apa brand pun takpa. Rona dia oren. Mahal sikit, tapi memang terasa cheese dia.

Pernah beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese dia, pasal guna cheese murah.

11. Sos Lada Hitam

Blackpaper sos kalau boleh masak la sendiri. Jangan harap yang dah siap ja. Tak berapa syahdu.

Mudah ja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap, bubuh la oyster, lada hitam kasar, kicap cair, chicken stock, garam dan gaul la sampai sedap di mulut. Celup daging dalam kuah blackpepper.

12. Susunan Lapisan Burger

Last sekali aturan bubuh sayur, sos, mayonis. Yang ni kajian sendiri la. Sos dengan mayonis kalau boleh asingkan. Mayonis bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang berbeza.

Kalau cheese tu, letak atas daging yang panas. Bagi dia cair melekat kat daging.

Senang cerita, kalau buat burger, cubalah try makan sendiri. Kita jual macam mana kita suka makan, baru orang lain pun suka.

Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap. Untung by volume, baru boleh kekal lama meniaga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mingguanwanita

Thursday, September 20, 2018

Resepi Malaysia Juara Piala Dunia Sushi

Resepi Malaysia Juara Piala Dunia Sushi

Resepi masakan Malaysia yang 'disuntik' dalam penyediaan sushi membawa tuah kepada Cef Tai Koon Siang apabila beliau dinobatkan juara Piala Dunia Sushi 2018 di Tokyo, Jepun.

Cef Sky Tai Sushi

Tai atau lebih dikenali sebagai Cef Sky Tai, menghasilkan sushi bertemakan 'Malaysia-Truly Asia' yang mempamerkan keunikan variasi rasa masakan Malaysia dalam pertandingan pada 23 dan 24 Ogos 2018 itu, berjaya menewaskan pesaing dari Brazil, Filipina dan tuan rumah, Jepun.

Beliau yang juga ketua cef di Singapore Standing Sushi Bar, berkata konsep itu dipilih untuk mengetengahkan warisan budaya makanan di Malaysia ke dalam makanan tradisonal negara matahari terbit itu.

Sushi yang dihasilkan menggunakan resepi masakan masyarakat tempatan seperti Nasi Lemak, Laksa, beberapa masakan Cina dan India serta Baba Nyonya.

Selain rasa yang unik, faktor utama yang dinilai juri adalah kemahiran peserta dalam penyediakan sushi seperti skil mengunakan pisau, skil pemiletan dan rolling skill, katanya.

Anak jati Kluang, Johor itu menjadi johan bagi kategori tradisional Edomae Sushi dan sushi kreatif dengan skor markah tertinggi yang sekali gus menggondol gelaran juara keseluruhan.

Selain Tai, seorang lagi peserta negara, Chef Steve Chua Kok Hua turut berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir dalam pertandingan sama.

Kedua-dua peserta itu mendapat latihan seni menghasilkan sushi menerusi Akademi Sushi Global tajaan NSC dengan kerjasama Institut Kemahiran Sushi Dunia.

Tai berkata kejayaan itu menebus kekecewaannya yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan sama pada tahun 2016.

RESEPI SUSHI

Tak susah sebenarnya nak buat sushi sendiri. Yang penting tau resipi dan cara nak buatnya. Paling penting puas hati nak makan banyak mana dan jimat tak perlu nak beli lagi. Iyalah kalau beli, harga sushi ni pun tak lah murah mana, nak makan pun berkira-kira.

Baiklah buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali ni, gerenti jadi.

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan beras calrose.
  • 4 cawan air.
  • 2 sudu besar cuka makan.
  • 1 sudu besar minyak bijan.
  • Sedikit lada hitam (optional).
  • Garam, gula.
Beras Calrose

Cara Membuat:
  • Basuh beras macam biasa dan tanak beras guna rice cooker.
  • Dah masak keluarkan nasi tadi dan letak dalam bekas.
  • Masukkan, garam, gula, kalau gantikan perasa secukup rasa pun boleh.
  • Kemudian, masukkan cuka makan, minyak bijan & lada hitam, campurkan dalam nasi dan kacau sekata.
Adun Sushi

Bahan-Bahan lain:
  • Telur Dadar dipotong memanjang.
  • Crab stick dicelup terlebih dahulu.
  • Sosej dicelup dahulu.
  • Salad.
  • Lobak dipotong memanjang dan dicelur sekejap.
  • Timun dipotong memanjang.
  • Udang dibuang kulit dan direbus atau dibakar.
  • Seaweed/yaki nori untuk menggulung.
  • Plastik & talam (untuk menggulung).
Bahan-bahan sushi 1
Bahan-bahan sushi 1

Cara Membuat:

1. Isi plastik besar atas talam/dulang.
2. Letak nori/Seaweed.

Cara membuat sushi 1

3.Letak nasi calrose tadi dan nipiskan nya (dalam gambar).

Cara membuat sushi 1

4. Letak bahan-bahan dan gulung menggunakan plastik yang disediakan. Gulung kemas-kemas.

Cara membuat sushi 1

5. Potong dan boleh dimakan dengan sos atau kicap lada.

Selamat Mencuba!

BACA INI JUGA:

sumber: bernama | MW


Sunday, May 27, 2018

Resepi Masak Taucu Ikan Ayam, Sheila Rusly Kongsi Hidangan Kegemaran Suami Ketika Berbuka

Resepi Masak Taucu Ikan Ayam, Sheila Rusly Kongsi Hidangan Kegemaran Suami Ketika Berbuka

Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly, pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya.

Resepi Masak Taucu Ikan Ayam

Shiela Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak didapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 14 tahun menghiasi kaca tv.

Sempena kedatangan Ramadan ini, Sheila Rusly ada kongsikan video resipi ‘Masak Taucu Ikan Ayam’ yang menjadi menu kegemaran suaminya, Pengarah Azman Hj Yahya atau lebih dikenali dengan nama Jinggo atau Tok Sidang ketika berbuka puasa.

Bahan-Bahan:
  • Ikan Ayam (Digoreng)
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Pes Taucu
  • Air
  • Asam keping
  • Timun
  • Serbuk Perasa
  • Cili Padi
  • Sedikit Gula
  • Minyak Masak

Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan 2 sudu pes taucu, tumis seketika dan masukkan segelas air.
  3. Masukkan asam keping dan timun.
  4. Kemudian masukkan serbuk perasa dan sedikit gula.
  5. Kemudian masukkan cili padi dan ikan ayam yang telah digoreng serta bawang merah.

Siap! Selamat mencuba!

Wah, menarik kan resipi ni, simple sangat. Mak-mak boleh cuba buat sendiri untuk hidangan waktu berbuka nanti.

Sesungguhnya air tangan isteri itu adalah pengikat kasih sayang suami. Rajin-rajinkanlah diri, masak menu kegemaran suami selalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mw

Thursday, May 24, 2018

Resepi Ayam Masak Merah, Sedap Dan Enak Di Bulan Ramadhan

Resepi Ayam Masak Merah, Sedap Dan Enak Di Bulan Ramadhan

Setiap kali bulan puasa tiba, pastinya ramai yang mencari juadah ini kala berkunjung ke bazar ramadhan, walhal anda boleh lakukannya sendiri di rumah.

Resepi Ayam Masak Merah

Ini resipi Ayam Masak Merah. Jom cuba!

Bahan-bahan:
  • 1/2 ayam
  • Secubit serbuk kunyit

Bahan – bahan untuk dikisar:
  • 4-5 keping cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • Sebiji bawang merah
  • Sebiji tomato (dipotong ke bentuk kiub)
  • 1/2 cawan sos tomato

Bahan hiasan:
  • 1/2 bawang merah (dihiris)

Langkah-langkah:

1. Cuci ayam dan cincang ke bahagian-bahagian lebih kecil.

2. Perap ayam di dalam serbuk kunyit dan goreng sehingga ia 2/3 masak.

3. Tidak termasuk tomato yang dipotong dan sos tomato, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga berbau wangi.

4. Masukkan tomato yang telah dipotong dan sos tomato, tumis sehingga lapisan minyak terbentuk.

5. Masukkan ayam dan biarkan sehingga sos berkurangan. Kacau campuran sekali-sekala.

6. Selepas sos telah berkurangan, masukkan bahan hiasan dan biarkan ia reneh selama 1-2 minit sebelum memadamkan api.

Siap untuk dihidang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Sunday, April 29, 2018

Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Sedap Dari Rumah

Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Sedap Dari Rumah

Sebenarnya bukannya susah nak buat aiskrim homemade kerana yang seronoknya, kita boleh menambah apa-apa bahan tambahan yang kita suka dan olah mengikut perasa serta perisa yang di minati.

Kami kongsikan cara-cara membuat aiskrim komersil yang macam Baskin Robbin tu dan juga cara membuat aiskrim paling popular di Malaysia.

1. Aiskrim Komersil

Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Sedap Dari Rumah

Cara-cara buat aiskrim ala-ala Baskin Robbin.

Bahan-bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin susu pekat (bergantung kepada kemanisan yang dimahukan)
  • 1 biji telur
  • Sedikit Essence Vanilla
  • 1 sudu besar Ovalett/Emulsifier
  • Perasa yang dikehendaki (Contoh: Milo, strawberry dll.)

Cara Membuatnya
  • Campurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalet dan essence vanilla ke dalam pengandun (mixer).
  • Adun selama 15-20 minit sehingga campuran bahan-bahan tadi sebati dan menjadi pekat.
  • Masukkan perasa yang anda mahukan seperti Milo ataupun strawberry.
  • Adun sekali lagi sehingga sebati.
  • Masukkan adunan tadi kedalam bekas.
  • Masukkan kedalam freezer sehingga keras.
  • Siap!

Kalau dah beku tu bolehlah dihidangkan kedalam bekas-bekas kecil. Taburkan sedikit cip coklat untuk kemasan. Barulah macam Baskin Robbin.

2. Aiskrim Malaysia

Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Sedap Dari Rumah

Sekarang kita cuba buat pula aiskrim paling evergreen di Malaysia, aiskrim Malaysia.

Bahan-Bahan
  • Air masak.
  • Gula.
  • Perasa yang dikehendaki: Sirap, Bandung, Milo, Asam Boi.
  • Plastik aiskrim king kong.

Cara Membuatnya
  • Bancuh perasa-perasa tadi bersama air yang telah dimasak. Langkahnya sama sahaja seperti anda ingin buat air untuk tetamu.
  • Kalau nak buat aiskrim asam boi, mungkin anda memerlukan asam untuk dimasukkan sekali.
  • Selepas selesai bancuhan tadi, masukkan kedalam plastik aiskrim. Simpul pada penghujung plastik, kemudian letakkan di dalam freezer.
  • Siap.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: caracara

Wednesday, April 04, 2018

Spicy Chicken Rendang Recipe By Chef Wan

Spicy Chicken Rendang Recipe By Chef Wan

A chicken rendang is basically a stew rendered with all our fresh Asian spices and herbs in coconut milk. This Chicken Rendang recipe is not grilled or pan fried.

Spicy Chicken Rendang Recipe By Chef Wan

Some people feel intimidates with making Rendang, but Don’t be! Making rendang is not difficult. The starting point to any Rendang is spice mix rich in lemongrass, galangal, shallot, garlic and chilies. Pieces of meat are slowly cooked in coconut milk and the spice mix until almost all of the liquid is gone, allowing the meat to absorb all of the complex flavours.

One thing, when you start making Rendang, your kitchen will smell delicious.

But remember, if you wanting the chicken skin crispy, it is like telling a French chef, why your coq au vin, chicken cooked in red wine, not having crispy skin.

Redzuawan Ismail or better known as Chef Wan, born January 6, 1958, is a Malaysian celebrity chef.

He has an associate degree in Professional Chef Training and Hotel Management from the California Culinary Academy and a Ritz Escoffier Diploma from the Hôtel Ritz Paris. In 2009, he won the Best Celebrity Television Chef of the Gourmand World Cookbook Awards.

INGREDIENTS
  • 1.5 kg Chicken cut into 12 pieces
  • 500ml Milk from starch of 1½ grated coconut with 500ml (2 cups) water
  • 110g Toasted coconut paste (kerisik)
  • Salt to taste
  • Sugar to taste
  • 1 Turmeric leaf, sliced
  • 2 Red chillies, composed of flowers
  • 1 Handful Kaffir lime leaves, torn

For Spice Paste
  • 8 Shallots, skin peeled
  • 3 cloves Garlic, skin peeled
  • 8 stalks Lemongrass, sliced
  • ¾ inch Ginger, skin peeled
  • ¾ inch Fresh turmeric, skin peeled
  • 6 Red chillies, deseeded
  • 5 Chilli padi, deseeded
  • 1½ tbsp Coriander powder
  • 1 tbsp Powdered aniseed
  • 1 tsp Cumin powder
  • 2 tbsp Chilli paste

METHOD
  • Combine the spice paste ingredients in a blender and blend until smooth.
  • Combine chicken, spice paste and coconut paste into the pot and simmer for 30 min or until the broth is almost dry.
  • Lower heat and stir in coconut paste. Season with salt and sugar.
  • Add turmeric and stir well before turning off the fire.
  • Decorate with red chilli and kaffir lime leaves. Serve with white rice.

Happy Cooking!

BACA INI JUGA: Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan

source: weekender

Thursday, October 26, 2017

21 Resepi Minuman Detox, Selamat Dan Menyihatkan Badan

21 Resepi Minuman Detox, Selamat Dan Menyihatkan Badan

Banyak kelebihan yang diperolehi melalui pengambilan air minuman detox ini terutamanya ia membantu menguruskan badan secara sihat tanpa mengambil sebarang produk pelangsingan badan.

Detox

Air detox memang sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan utama yang digunakan berasaskan air, campuran buah-buahan dan herba.

Antara kebaikan air detox:
  • mengawal keseimbangan paras gula dalam darah
  • membantu sistem pencernaan dan penghadaman lebih baik dan lancar
  • membantu mencairkan lemak
  • menyahtoksin dalam badan
  • menperkukuhkan sistem imun tubuh
  • mengatasi masalah sembelit
  • mengawal selera makan
  • mengempis dan menjadikan perut rata
  • pemulihan dan pembinaan semula sel dalam tubuh
  • menjadikan kulit lebih sihat dan berseri
  • sakit berkurangan dan alahan
  • membantu merawat pedih ulu hati
  • meningkatkan tenaga dan kadar metabolisme
  • menurunkan paras kolestrol
  • merawat stres dan sakit kepala

Tubuh kita mengandungi kira-kira 70 peratus air dan ini bermakna setiap hari, sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau bersamaan dengan 2 hingga 3 liter air yang perlu kita minum.

Minum air dengan secukupnya akan memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita. Ia membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh dan menjadikan kita lebih bertenaga, peka dan fokus. Di samping itu, ia menjadikan kulit kekal lembap dan berseri manakala rambut akan menjadi lebih kuat dan bersinar.

Tetapi mampukah kita minum air putih semata tanpa sebarang rasa? Pengambilan air yang disarankan boleh dicukupkan jika kita pandai mempelbagaikan rasanya dan penyediaannya.

Sekiranya anda dalam proses berdiet dan menguruskan badan, sebaik-baiknya elakkan pengambilan gula dalam makanan dan juga minuman. Kerana itulah diperkenalkan infused detox water atau lebih dikenali sebagai air detox.

Kami ingin kongsikan kepada anda 21 resepi minuman air detox yang telah dipelbagaikan dan anda mesti cuba dan buat sendiri di rumah.

Anda boleh minum air ini pada bila-bila masa sahaja seperti minum air kosong cuma air detox lebih menyihatkan, penyediaannya yang menarik dan berperisa, sedap baunya, malahan ianya juga amat menyegarkan.

21 Resepi Air Minuman Detox

1. Teh hijau + daun pudina + limau nipis

Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ini rendamkan 10 helai teh hijau dengan air panas.

Jika tiada daun teh hijau, boleh juga gunakan 2 sudu besar serbuk teh hijau. Rendam seketika dan tapis habuknya.

Kemudian ambil perahan jus sebiji limau nipis dan 5 helai daun pudina. Gaulkan semua bahan ini ke dalam teko yang berisi air.

Air ini sedap diminum ketika masih suam mahupun sejuk. Air detox ini membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan, melancarkan sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

2. Strawberi + kiwi + daun pudina

Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.

Campuran strawberi, kiwi dan daun pudina berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan lebih baik.

Resepi air minuman detox ini juga bagus diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Gabungkan hirisan 2 biji buah kiwi dengan beberapa biji buah strawberi dan 7 helai daun pudina ke dalam jag minuman anda. Sejukkan seketika di dalam peti sejuk untuk lebih sedap.

Kiwi kaya dengan Vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin, manakala strawberi pula bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

3. Timun + lemon + limau nipis

Air detox ini dipanggil juga sebagai ‘detox water 3-in-1’. Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan anda.

Jadi, kepada anda yang sedang berdiet, air minuman ini sangat sesuai untuk diamalkan kerana membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Kaedahnya, hiris sebatang timun, sebiji buah lemon dan sebiji limau nipis. Masukkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air.

Boleh simpankan ia di dalam peti atau masukkan beberapa ketul kiub ais untuk lebih kesegaran.

4. Limau nipis + buah oren + lemon

Sistem pertahanan dalam tubuh manusia sangat berguna bagi memastikan agar kita kekal sihat dan bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti harian.

Dengan adanya sistem imun yang kuat, ia dapat melindungi tubuh kita seterusnya terhindar dari pelbagai jenis penyakit.

Gabungan rendaman air detox ini terhasil daripada 1/2 biji limau nipis, 1/2 biji buah oren dan 1/2 biji buah lemon yang diperahkan jusnya atau boleh juga dibiarkan terendam selama beberapa jam di dalam gelas yang berisi air kosong.

Boleh juga ditambahkan 3 helai daun pudina jika suka.

Amalan minum air ini bukan sahaja dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh malahan memudahkan sistem perncernaan dan membantu melegakan pedih ulu hati.

5. Timun + lemon + halia + daun pudina

Resipi air ini sangat membantu bagi mereka yang memiliki perut boroi atau buncit yang berhasrat untuk kempiskan perut.

Resepi air ini sangat mudah untuk disediakan kerana bahan-bahannya juga senang diperolehi.

Gabungan antara timun, lemon, halia dan daun pudina sangat bagus untuk mendapatkan perut yang menawan.

Caranya, sediakan 1 jag air masak dan hiris sebatang timun, 1/2 biji lemon, 1/2 inci halia.

Rendamkan kesemua bahan bersama segenggam daun pudina. Biarkan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam sebelum nikmatinya ketika cuaca panas.

Wah, kesegarannya sampai bergetar tulang rusuk.

6. Grapefruit + halia + lemon + limau nipis + daun pudina

Ambil sebiji buah grapefruit, 1/2 batang timun, 1/2 biji buah lemon dan sebiji buah limau nipis, kemudian dihiris-hiris.

Campurkan kesemua bahan ini dengan beberapa helaian daun pudina ke dalam jag berisi air. Simpankannya di dalam peti sejuk selama 2 jam dan sedia untuk diminum.

Khasiat yang terkandung dalam buah grapefruit membantu dalam pembakaran lemak, manakala lemon dan limau nipis bertindak dalam penyingkiran toksin dalam badan.

Halia yang bersifat anti-radang membantu mempercepatkan penyembuhan serta membuang angin dalam badan. Daun pudina pula memudahkan aktiviti perkumuhan sistem badan.

7. Epal merah + epal hijau + kulit kayu manis

Masukkan hirisan sebiji buah epal merah dan sebiji epal hijau dengan 1 batang kayu manis ke dalam jag yang berisi air.

Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam. Anda boleh menggunakan bahan ini berulang kali sehingga 4 kali.

Campuran bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolestrol dan meningkatkan kadar metabolisme.

8. Strawberi + tembikai + daun pudina

Warnanya yang merah terang sudah tentu mampu memikat dan menaikkan hasrat anda untuk mencuba air detox hasil gabungan kedua-dua buah ini.

Campurkan secawan strawberi bersama 5 hirisan tembikai yang dipotong kecil dan rendamkannya ke dalam 1 jag air.

Untuk aroma yang lebih memikat, masukkan beberapa helai daun pudina. Sejukkan air minuman ini antara 4 hingga 6 jam di dalam peti sejuk dan nikmatinya pada bila-bila masa.

Khasiat air detox ini berfungsi sebagai anti-radang dan mencantikkan kulit.

9. Cuka epal + lemon + kulit kayu manis + epal

Cuka epal memang banyak khasiatnya. Tambahkan 2 sudu besar cuka epal pada pengisar yang sudah diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus.

Masukkan ke dalam setengah jag air dan jangan lupa letakkan sebiji epal yang telah dihiris nipis.  Gaul dan biarkan seketika supaya air sebati dengan bahan-bahan tersebut.

Buah epal kaya dengan serat yang membantu memudahkan perkumuhan sementara kayu manis pula membantu mengawal selera makan.

10. Halia + lemon

Halia merupakan penawar bagi banyak penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan pencernaan.

Masukkan jus perahan 1/2 biji lemon dan hirisan 1/2 inci halia ke dalam air. Cuba amalkan air detox ini pada setiap pagi dan ia mampu merawat segala kesakitan dalam badan.

Campuran halia dan lemon berhasil sebagai agen penyahtoksin dalam badan dan begitu berkesan sebagai ubat semula jadi dalam merawat selesema.

11. Aloe vera + lemon

Aloe vera membantu memudahkan penghadaman dalam perut, selain menghilangkan rasa letih dan meningkatkan tenaga.

Kaedah penyediaannya adalah dengan mengambil sebatang aloe vera dan ambil isi berserta lendirnya, lalu dikisar halus dengan campuran perahan jus lemon sedikit air.

Anda boleh juga menggunakan pati atau ekstrak aloe vera yang telah dijadikan gel sekiranya tidak tahan dengan rasa dan bau aslinya yang agak kuat.

Campurkan 3 sudu gel aloe vera dan 2 sudu besar jus lemon. Kacau rata dan minum ketika sejuk.

12. Lemon + limau nipis + oren + timun + halia + daun pudina

Bagi yang sering kembung perut, boleh cuba amalkan minuman detox ini dengan mencampurkan 1/2 biji lemon, 1/2 biji limu nipis, 1/2 biji oren, 1/2 batang timun dan 1/2 inci halia.

Hiriskan kesemua bahan dan rendamkan ke dalam 1 jag berisi air bersama-sama dengan segenggam daun pudina.

Simpan dan sejukkan air ini ke dalam peti sejuk selama 2 jam. Kelebihan air detox ini ia dapat mencuci buah pinggang anda.

Namun, sekiranya air detox ini tidak diminum dan dihabiskan dalam masa 24 jam, buangkan ia dan buat air menggunakan bahan-bahan yang baru.

13. Strawberi + nanas + cuka epal + daun basil

Corak gaya hidup masa kini yang kian mencabar sering membuatkan kita rasa stress dan tanpa sedar apa sahaja makanan atau minuman yang manis akan menjadi ‘santapan’ untuk kita tenangkan diri.

Tetapi, tahukah anda bahawa pengambilan gula yang berlebihan terutamanya dalam minuman bikarbonat akan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan terutamanya penyakit jantung, kegemukan dan diabetes.

Oleh itu, cara yang paling selamat dan berkesan untuk mengurangkan stres adalah dengan menggantikan segala manisan dengan minuman air detox yang berkhasiat iaitu campurkan 5 biji buah strawberi, 1/2 cawan nanas dipotong kecil, 2 sudu besar cuka epal, 5 helai daun basil dan beberapa kiub ais ke dalam jag yang berisi air.

Gaulkan kesemua bahan ini sehingga sebati dan nikmatilah air minuman segar ini dengan rasa yang sedikit masam dan manisnya.

14. Nanas + daun pudina

Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan artritis. Daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

Cara untuk membuat air ini ialah ambil 1/2 biji nanas dan potong kecil-kecil mengikut citarasa anda.

Masukkan potongan buah ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air dan tambahkan dengan segenggam daun pudina.

Tutup dan simpankan ia ke dalam peti ais. Biarkan semalaman agar campuran ini sebati sepenuhnya.

15. Strawberi + limau nipis + timun + daun pudina

Penyediaannya mudah malah ia juga rendah kalori. Hanya belahkan 7 biji strawberi, kemudian hiriskan sebiji limau nipis dan 1/2 batang timun.

Masukkan kesemuanya ke dalam jag yang berisi air. Letakkan beberapa kiub ais dan 5 helai daun pudina.

Strawberi terkenal dengan khasiat buahnya yang kaya dengan antioksidan, timun pula bersifat deuretik yang membantu dalam penyahidratan, manakala limau nipis adalah sangat baik yang bertindak sebagai agen anti-penuaan serta memulihkan kembali rambut, kulit dan kuku.

16. Tembikai

Buah tembikai biasanya dimakan sebagai pencuci mulut. Khasiatnya kaya dengan air, serat, mineral dan vitaminnya.

Jika ada lebihan buah ini, jangan biarkan ia tersimpan di dalam peti begitu sahaja. Potong buah tembikai ini kecil-kecil, masukkan air masak ke dalam jag pengisar separas buah dan kisar halus. Sejukkan seketika dan sedia untuk diminum.

Tetapi harus diingat, jus tembikai tidak mampu bertahan lama, jadi buangkan ia jika tidak diminum dalam masa 24 jam dan buat sahaja yang baru.

17. Lemon + daun pudina

Air detox yang paling cepat dan mudah penyediaannya ialah dengan mengambil setengah biji lemon, lalu diperahkan ke dalam segelas air masak. Rendam seketika dengan beberapa helai daun pudina.

Minum dan amalkan setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.

Amalan meminum air ini dapat memecahkan lemak di samping membantu sistem tubuh menyahtoksin yang terkumpul dalam badan. Ini akan menjadikan anda lebih sihat dan cergas.

Jadi, bagi anda yang berhasrat ingin segera kurus, air detox ini sangat membantu.

18. Epal + kulit kayu manis + rhubarb

Hiris sebiji epal dan sebatang rhubarb, lalu masukkan bersama sebatang kulit kayu manis ke dalam segelas air yang berisi 3 ketul ais.

Buah epal membantu dalam mengekalkan kesihatan tulang dan otot, manakala kayu manis pula merupakan salah satu herba yang paling berkesan sebagai penggalak metabolisme.

Rhubarb pula merupakan sayuran merah yang mengandungi vitamin K yang membantu dalam pembekuan darah.

Ia juga mengandungi beberapa antioksidan yang membantu meningkatkan kesihatan kulit, mata, jantung dan sistem imun pada tubuh badan serta membantu metabolisma lemak.

Ia digunakan untuk merawat buasir, darah beku, sembelit dan kolesterol tinggi.

Namun begitu, tumbuhan rhubarb ini tidak sesuai untuk mereka yang menghidap gout, batu karang, wanita hamil, ibu yang menyusukan anak dan sewaktu haid.

19. Timun + raspberi + anggur

Apa yang anda perlu sediakan ialah 1/2 batang timun dihiris nipis, 5 biji raspberi dan 10 biji anggur hitam dibelah dua.

Masukkan kesemuanya di dalam segelas air dan biarkan sejuk selama 1 jam di dalam peti. Air ini bertambah sedap sekiranya bahan-bahan ini dibiarkan lebih lama terendam.

Timun membantu mengembalikan kesegaran akibat penghidratan dan juga baik untuk sistem pencernaan selain membantu membersih dan menyingkirkan toksin dalam badan.

Raspberi pula bertindak sebagai agen anti-radang, manakala khasiat yang terkandung dalam anggur bertindak sebagai anti-kanser.

Gabungan ketiga-tiga bahan ini sangat membantu anda yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Air detox ini sangat sesuai bagi perokok tegar yang berazam untuk berhenti dari merokok.

20. Beri

Inginkan kelainan rasa selain strawberi? Jom cuba resepi istimewa ini dengan masukkan secawan beri sama ada gabungan acai beri, bluberi, mulberi, raspberi dan kranberi atau boleh juga dicampurkan kesemua buah-buahan ini ke dalam mesin pengisar dan isikannya dengan sedikit air separas buah.

Untuk kesegaran, tambahkan beberapa kiub ais. Biarkan seketika dan sedia untuk diminum.

Keluarga beri dikatakan mengandungi antosianin dan paras antioksidan yang tinggi selain kaya dengan sumber fiber yang berfungsi menambah baik sistem penghadaman.

Manakala Vitamin C yang terkandung di dalamnya pula membantu meningkatkan tenaga dan sistem imunisasi, sebagai anti-radikal bebas, membantu menyihat dan mencerahkan mata, merawat serangan asma serta mengurangkan kolesterol dan memecahkan lemak.

Malah berita baiknya terutamanya bagi kaum wanita, khasiat keluarga beri ini membantu membuatkan kulit anda lebih awet muda, sihat dan berseri.

Jadi, tidak hairanlah semua produk kesihatan, kecantikan dan pelangsingan banyak menggunakan beri sebagai ramuan khusus.

21. Campuran buah-buahan (cocktail)

Di sini anda mempunyai kebebasan dalam penyediaan minuman detox yang mana anda punya banyak pilihan untuk menggabungkan buah-buahan yang disukai atau boleh juga dengan menambah semua buah-buahan untuk nikmati rasa yang pelbagai.

Tetapi harus diingat, tiada penggunaan buah pisang sebagai minuman detox anda kerana kandungan gula dan karbohidratnya yang agak tinggi.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA: Salah Ramuan Punca Diet Teh Gagal

sumber: diarikurus

Monday, October 23, 2017

Resepi Detox Epal Hijau Buang Racun Dalam Badan

Resepi Detox Epal Hijau Buang Racun Dalam Badan

Pernahkah anda terfikir begaimana untuk menghilangkan toksin dari dalam badan dengan cara yang paling selamat tanpa memudaratkan badan?

Detox

Atau pernah mengikuti pelbagai cara tetapi tidak berkesan? Usah risau! Berikut adalah minuman yang paling mudah dibuat yang boleh membantu badan anda membersihkan semua toksin yang terkumpul!

Minuman berkhasiat ini akan menyerang toksin, memusnahkan mereka dan membersih keluar dari badan. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih segar dan ceria!

Malah, diet ini juga akan membantu sistem pencernaan dan memberi tenaga sepanjang hari!

Bahan-bahan
  • 1 biji lemon (dikupas)
  • 4 biji buah epal (sebaik-baiknya epal hijau)
  • 1 halia segar
  • 1 cawan air (tidak wajib)

Cara Penyediaan
  • Sila pastikan anda menggunakan bahan-bahan organik jika anda tidak mengupas.
  • Kisar limau, epal, dan halia dalam blender secara rata, dan mencampurkan air adalah pilihan.
  • Sediakan pada awal pagi dan minumlah dengan perut kosong sebelum sarapan pagi. Ia akan berkesan serta merta!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Rahsia Kurus Dan Cantik? Minum Air Kosong!

sumber: asapdapur

Thursday, August 17, 2017

Resepi Cucur Manis Yang Viral Di Media Sosial

Resepi Cucur Manis Yang Viral Di Media Sosial

Dari pinggan viral kini muncul satu lagi kegilaan iaitu cucur viral yang kini semakin mendapat tempat di hati netizen.

Resepi Cucur Manis

Kalau nak diikutkan cucur viral ni memang sebijik cucur yang biasa mak-mak kita buat masa minum petang.

Tapi tak tahulah kenapa baru-baru ini saja ia mula menjadi kecoh di kalangan netizen sehinggakan wujud hashtag #cucurviral di laman sosial.

Mungkin disebabkan resepinya yang cukup ringkas dan mudah telah menarik minat kebanyakan netizen untuk mencuba membuatnya sendiri.

Bagi anda yang nak cuba buat sendiri, di sini kami sertakan resipi cucur viral untuk rujukan.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung
  • 2 cawan air panas
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara-cara:
  • Masukkan tepung, gula dan Garam ke dalam bekas besar. Kacau rata.
  • Masukkan pula air panas. Kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga adunan sejuk sikit.
  • Bulat-bulatkan adunan. (letak air sikit di tangan supaya tak melekat).
  • Goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan.

Lepas cucur viral, agak-agak apa lagi makanan atau benda yang bakal jadi tular di media sosial selepas ini ya?

BACA INI JUGA: Resepi Cekodok Pisang Yang Rangup!

sumber: mynewshub

Saturday, February 04, 2017

Resepi Yee Sang, Makanan Wajib Tahun Baru Cina

Resepi Yee Sang, Makanan Wajib Tahun Baru Cina

Yee sang merupakan menu wajib setiap kali masyarakat Cina merai dan menyambut sambutan Tahun Baharu Cina.

Yee Sang

Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi yee sang diangkat ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.

Menu Yee Sang biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai simbol penyatuan dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.

Dalam bahasa Cina, perkataan Yee bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan Sang pula merujuk kepada mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan.

Pendek kata, hidangan yee sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur.

Inti yee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon), hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang ditumbuk, halia, buah abung (pomelo), jus limau, serbuk lima rempah dan keropok rangup.

Kesemua inti tersebut akan disusun secara rapi di atas sebuah pinggan bulat.

Sebelum proses menggaul yee sang dimulakan, sos plum yang mempunyai rasa masam dan manis akan dituang dan disusuli dengan tindakan memicit jus limau pada ikan mentah bertujuan untuk mengelakkan kemasukan bakteria selain menyedapkan rasa ikan itu.

Selepas sos dituang, tibalah detik-detik yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu proses menggaul yee sang.

Proses menggaul yee sang mempunyai cara yang tersendiri kerana semua inti yee sang digaul bersama secara agresif menggunakan penyepit oleh mereka yang berkumpul di sekeliling meja bulat.

Jeritan Lo Hei

Mereka yang berkumpul di keliling meja bulat digalakkan untuk menjerit perkataan 'lo hei' dimana 'lo' bermaksud menggaul manakala 'hei' pula ialah naik.

Semakin tinggi yee sang itu diangkat dan digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.

Selain kemakmuran yang ingin dicapai, masyarakat Cina turut percaya bahawa perkataan 'lo hei' dijerit dengan harapan ia dapat memberi kesihatan lebih baik kepada seseorang.

Resepi Sedap Yee Sang

Bahan:
  • Sedikit timun, betik, seleri yang telah dijerukkan
  • Sedikit halia jeruk merah dan putih
  • Sedikit keladi rangup dan daun bawang
  • Rumpai laut merah dan putih
  • 50 gram obor-obor
  • Sedikit asam mandarin kering
  • Sedikit daun sup, daun limau kasturi, lobak putih, lobak merah
  • 50 gram Tobiko
  • 100 gram Uni

Perisa:
  • 150 ml sos pelam
  • 30 ml cuka lemon
  • 30 ml cuka buah
  • 30 ml minyak zaitun
  • 100 gram kacang
  • 50 gram bijan goreng
  • 100 gram kepingan badam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 1/2 sudu teh serbuk rempah gabungan
  • 2 peket keropok yee sang

Cara Penyediaan:
  • Susun semua bahan dalam pinggan besar.
  • Lobak putih dan merah yang diparut diletakkan di bahagian tengah.
  • Perah jus lemon.
  • Gaulkan kesemua bahan segar dan perasa.
  • Sedia dihidangkan.

Selamat menjamu selera.

BACA INI JUGA: Yee Sang Sebagai Sajian Tahun Baru Cina, Apa Sebenarnya Sajian Imlek Ini?

Sumber: utusan