Friday, April 29, 2022

'Bach Long' Jambatan Kaca Terpanjang Di Dunia!

'Bach Long' Jambatan Kaca Terpanjang Di Dunia!

Sebuah jambatan kaca yang diberi nama Bach Long sepanjang 632 meter, dipercayai merupakan jambatan kaca terpanjang di dunia, akan dibuka kepada pelancong bermula pada 30 April 2022 sempena cuti Hari Penyatuan Semula, di Vietnam.

Jambatan kaca Bach Long

Butiran mengenai Bach Long diserahkan kepada Guinness World Records untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai jambatan kaca terpanjang di dunia.

Jambatan kaca Bach Long

Rekod semasa kategori itu menjadi milik jambatan kaca sepanjang 429.98 meter yang dibina di atas Ngarai Besar Zhangjiajie di wilayah Hunan, China.

Ketinggian jambatan Bach Long dari atas tanah adalah kira-kira 150 meter.

Jambatan kaca Bach Long

Menurut pihak berkuasa pelancongan Vietnam, hanya 500 pelancong sahaja dibenarkan untuk berada di atas jambatan itu pada satu-satu masa sebagai langkah keselamatan.

Geladak jambatan itu diperbuat daripada kaca kukuh yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka Perancis, Saint Gobai dan mempunyai tiga lapisan setebal 40 milimeter.



BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Thursday, November 01, 2018

Permatang Kristal Bukit Tabur Terpanjang Di Dunia Terletak Di Malaysia

Permatang Kristal Bukit Tabur Terpanjang Di Dunia Terletak Di Malaysia

Bukit Tabur adalah lokasi yang mana terletaknya Klang Gates Quartz Ridge sepanjang 16 kilometer, merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia, dengan ketinggian lebih kurang 800 meter dan bakal tersenarai dalam Tapak Warisan Sedunia UNESCO.

Permatang Kristal Bukit Tabur

Bukit Tabur terletak di Taman Melawati, Malaysia, juga dikenali sebagai Bukit Hangus dan amat menonjol serta boleh dilihat dari Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).

Bukit ini setinggi 396 meter (1,300 kaki), merupakan genting quartz, mempunyai hutan Dipterokarp dan boleh ditemui banyak flora yang mempunyai nilai perubatan.

Hiking

Pendaki akan masuk melalui denai Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu Empangan Klang Gates, di belakang Taman Melawati bagi pendakian cepat 3-4 jam.

Hutan Simpanan Gombak dan Empangan Klang Gates terletak di sisi bukit.

Puncaknya memberikan pemandangan empangan yang mengagumkan dan bukit ini mempunyai beberapa puncak yang boleh disusuri.

Namun begitu apabila sudah melalui beberapa puncak, pendaki akan menuju ke satu jalan mati. Disitulah puncak terakhir dimana pendaki dapat melihat keseluruhan pemandangan disekelilingnya.

Biasanya bukit tabur didaki untuk tujuan latihan bagi pendaki-pendaki yang akan mendaki gunung yang lebih tinggi.

Namun begitu, ketika tahun baru, ramai pendaki akan berada di bukit ini pada pukul 12.00 malam untuk menyambut tahun baru.

Dari puncak ini akan kelihatan keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur dan sekelilingnya.

Mereka boleh melihat dan menikmati keindahan pertunjukan bunga api dengan menikmati angin puncak bukit yang nyaman sekali.

Kepada pendaki yang ingin melihat panorama matahari terbit disarankan memulakan pendakian seawal 6.30 pagi.

Bagi pendaki yang masih baru, bukit tabur ini mempunyai jalan "trek" yang agak berbahaya. Dengan batuan-batuan granit yang keras serta dakian dan penurunan sehingga 90 darjah pasti membuat pendaki merasa gayat.

Adalah dinasihatkan kepada sesiapa yang ingin mendaki bukit ini supaya memastikan tahap kecergasan dalam keadaan baik disamping peralatan yang lengkap dengan menggunakan peralatan terutama pakaian dan kasut yang sesuai.

"Trek" perjalanan di Bukit Tabur amat berbeza sekali dengan laluan gunung di malaysia kerana walaupun laluan agak pendek sekitar 1 jam setengah pendakuan, namun oleh kerana laluan yang mencabar dan tebing-tebing yang berbahaya membuatkan perjalanan ke puncak terasa amat perit sekali.

Ada dua laluan dimana pendaki perlu menuruni jalan curam menggunkan tali dimana jurang setinggi 100 kaki.

Permatang Kristal Bukit Tabur

Dikawasan tebing inilah sering berlaku kemalangan kepada pendaki terutama kepada pendaki yang tidak berpengalaman.

Namun, keperitan pendakian terasa hilang sedikit demi sedikit apabila tiba di puncak gunung di mana disitu pendaki dapat merehatkan badan di atas "grass carpet" yang lembut dan sejuk.

Dinasihatkan kepada pendaki yang ingin menawan bukit ini agar membuat persiapan rapi.

Dikatakan bahawa, walaupun pendaki adalah seorang profesional, jika tidak mementingkan aspek keselamatan, maka pendakian boleh menjadi malapetaka buat mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Monday, December 11, 2017

Pelangi Bertahan 9 Jam Catat Rekod Dunia!

Pelangi Bertahan 9 Jam Catat Rekod Dunia!

Di Taiwan, satu pembentukan pelangi paling lama direkodkan adalah selama sembilan jam walaupun pada kebiasaannya, pelangi yang terbentuk selepas hujan atau apabila cahaya matahari dipancar ke atas partikel air hanya berlaku dalam tempoh sekitar sejam.

Pelangi Bertahan 9 Jam Catat Rekod Dunia!

Pelajar dan kakitangan di Chinese Culture University (CCU) di Taipei cukup bertuah dapat mengamati kejadian yang berlaku pada Khamis lalu (7/12/2017).

Prof Chou Kun-hsuan, pensyarah Jabatan Sains Atmosfera di universiti berkenaan, rakaman menunjukkan pelangi itu bertahan selama lapan jam 58 minit, iaitu bermula jam 6.57 pagi sehingga 3.15 petang.

Pelangi itu sekaligus memecah rekod pelangi paling lama yang dicatatkan dalam Guinness World Records sebelum ini, iaitu enam jam di Yorkshire, England pada 14 Mac 1994.

Kewujudan pelangi yang bertahan untuk tempoh yang lama di Taiwan ini dikatakan berpunca dari monsun bermusim yang memerangkap angin lembap, kekurangan angin kencang dan langit yang mendung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Gunung Pelangi Warna-warni Paling Menakjubkan Di Dunia

sumber: astroawani

Friday, October 06, 2017

Mangkuk Dinasti Song Berusia 1000 Tahun Dilelong RM169 Juta

Mangkuk Dinasti Song Berusia 1000 Tahun Dilelong RM169 Juta

Sebuah mangkuk berusia 1,000 dari Dinasti Song, China dijual pada harga AS$37.7 juta (RM169 juta) dalam satu lelongan di Sotheby, Hong Kong.

Mangkuk Dinasti Song

Mangkuk kecil bertarikh antara 960-1127 memecahkan rekod yang dicipta gelas wain Dinasti Ming yang menjadi milik taikun terkemuka Shanghai pada 2014.

Gelas tersebut dibeli pada harga AS$36.05 juta (RM153 juta).

Namun, individu yang berjaya memiliki mangkuk tersebut enggan namanya didedahkan.

Malah, penganjur acara lelongan itu turut tidak mendedahkan sama ada pembeli itu berasal dari China atau sebaliknya.

“Ia penanda aras baharu bagi industri seramik China dan kita melakar sejarah dengan mangkuk tersebut hari ini,” kata Timbalan Pengerusi Sotheby Asia, Nicolas Chow.

Bidaan bermula pada harga AS$10.2 juta (RM43 juta) dengan proses lelongan hanya berlangsung selama 20 minit.

Pemenang bukan di kalangan individu yang hadir tetapi bidaan dilakukan menerusi telefon.

Mangkuk tersebut yang sebenarnya direka khas untuk mencuci berus adalah contoh proselin China yang jarang ditemui dari era Dinasti Song Utara.

Berukuran diameter 13 sentimeter, mangkuk itu turut mempunyai saduran berwarna biru.

BACA INI JUGA: Mangkuk Purba China RM11 Berjaya Dilelong RM116,000!

sumber: mstar

Saturday, September 23, 2017

Millau Viaduct Jambatan 'Vehicular' Paling Tinggi Di Dunia

Millau Viaduct Jambatan 'Vehicular' Paling Tinggi Di Dunia

Jambatan Millau (le Viaduc de Millau) adalah sebuah jambatan jalan bersanggahkan kabel menyeberangi lembah Sungai Tarn, Millau, yang terletak di selatan Perancis.

Millau Viaduct

Projek pembinaan jambatan ini dirancang dan direka oleh seorang jurutera jambatan Perancis, Michel Virlogeux, dengan kerjasama bersama arkitek Britain, Lord Foster.

Millau merupakan jambatan "vehicular" tertinggi di dunia, dengan puncak menaranya yang berketinggian 341 meter (1.118 kaki); tinggi sedikit dari Menara Eiffel dan hanya 40 meter (132 kaki) lebih rendah dari Bangunan Empire State.

Millau telah dibuka secara rasmi pada tanggal 14 Disember 2004 dan dibuka untuk lalu lintas pada 16 Disember 2004.

Millau Viaduct

Sebelum jambatan Millau ini dibina, pengguna yang menggunakan jalan daripada Sepanyol ke Paris terpaksa mengharungi kesesakan trafik di kawasan Lembah Tarn berdekatan bandar Millau terutamanya pada cuti musim panas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Beipanjiang Jambatan Paling Tinggi Di Dunia

sumber: wikipedia

Tuesday, July 25, 2017

Qingdao Haiwan Bridge, Jambatan Rentas Laut Paling Panjang Di Dunia

Qingdao Haiwan Bridge, Jambatan Rentas Laut Paling Panjang Di Dunia

Jambatan Qingdao Haiwan, China, selepas tujuh tahun pembinaan, jambatan merentas laut terpanjang di dunia akan dibuka hujung tahun 2017 ini, menghubungkan Hong Kong, Zhuhai dan Macao.

Jambatan Qingdao Haiwan

Jambatan sepanjang 54.7 kilometer (26.4 batu) itu akan memendekkan masa perjalanan dari Hong Kong ke Zhuhai kepada 30 minit berbanding tiga jam sekarang.

Pengarah biro yang mengendalikan jambatan itu, Zhu Yongling, mengesahkan jambatan berkenaan yang menggunakan 420,000 tan keluli, cukup untuk membina 60 Menara Eiffel.

Pembinaan jambatan itu yang menelan belanja HK$112 bilion (£12 billion) itu tetap ada masalah, termasuk tujuh pekerja maut dan 129 cedera sejak pembinaan bermula pada 2011.

Kebanyakan kemalangan itu tergelincir dan terjatuh dari tempat tinggi.

BACA INI JUGA: 10 Jambatan Paling Panjang Di Dunia

sumber: hmetro

Wednesday, March 29, 2017

Juara Taekwondo Cipta Rekod Baru Dunia Pecah Bata Dengan Kepala!

Juara Taekwondo Cipta Rekod Baru Dunia Pecah Bata Dengan Kepala!

Seorang juara muda taekwondo memecahkan 111 blok bata dengan kepalanya untuk membolehkan namanya tercatat dalam Buku Rekod Dunia Guinness.

Kerim Ahmetspahic

Kerim Ahmetspahic, 16, dari Bosnia, berjaya memecahkan bata itu yang disusun sebaris dalam 16 longgok dan dia hanya mengambil masa 35 saat untuk melakukannya.

Rakaman cabaran yang dilakukan Kerim di bandar Visoko, menunjukkan pemegang tali pinggang hitam itu melompat ke atas bata dengan kepalanya jatuh dahulu untuk memecahkan bata berkenaan.

Seorang juruacara kedengaran mengira jumlah bata yang dipecahkannya sambil penonton bersorak untuk memberi semangat kepada Kerim.

Sebaik dia menamatkan cabaran itu, dewan tempat acara tersebut diadakan bergema dengan sorakan, meraikan kejayaan remaja berkenaan.

Seorang wakil Buku Rekod Dunia Guinness turut hadir untuk menyaksikan rekod baru itu.

BACA INI JUGA: Kisah Tentang Bruce Lee Yang Tidak Semua Orang Tahu

sumber: hmetro