Wednesday, March 15, 2017

'Kebodohan Raja Bomoh Tiada Tebingnya, Khurafat Dan Memalukan Akal'

'Kebodohan Raja Bomoh Tiada Tebingnya, Khurafat Dan Memalukan Akal'

Mufti Perlis kali ini mengkritik keras aksi terbaru 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin yang 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing, khususnya Korea Utara.

Raja Bomoh
Malaysia jadi bahan lawak sekali lagi.

Sambil menyifatkan langkah itu sebagai khurafat dan memalukan akal, Datuk Dr Asri Zainul Abidin juga menegur langkah itu “dijadikan berita rakyat”.

“Padahal perbuatannya itu merupakan kebodohan yang tiada bertebing,” katanya.

Di tengah-tengah ketegangan hubungan Malaysia-Korea Utara, Ibrahim pada Ahad lalu mengadakan upacara untuk “melindungi” Malaysia di tepi pantai.

Beliau dan pengikutnya kali ini menggunakan buluh kecil yang dijadikan teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh untuk upacara itu.

Menulis di Facebook, Asri juga berkata Ibrahim membaca ayat dan doa dengan cara yang salah.

“Jika itulah dianggap 'raja bomoh', apakah kadar kebodohan pada bomoh yang bukan raja?” katanya.

Asri juga menegaskan Islam menentang kebodohan tanpa mengira siapa yang melakukannya, sekalipun pihak yang bergelar ustaz atau kiyai. -mk

Upacara 'raja bomoh' diharamkan

Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim menegaskan upacara pembomohan Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai "Raja Bomoh" telah diwartakan haram bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

Katanya, jawatankuasa fatwa negeri yang bersidang pada 17 hingga 19 September 2014 telah memutuskan bahawa amalan pembomohan yang dilakukan oleh Ibrahim berlawanan dengan hukum syarak.

Ibrahim terkenal menggunakan pelbagai peralatan dalam upacaranya seperti buluh, bubu, buah tembikai dan buah kelapa.

Zamri menegaskan mana-mana orang Islam di Perak yang mengingkari fatwa boleh diambil tindakan.

Kata Zamri, dalam konteks perubatan ritual yang dilakukan Ibrahim baru-baru ini sudah pasti beliau akan dikenakan tindakan sekiranya dilakukan dalam negeri Perak.

"Malah, mana-mana orang Islam atau kumpulan yang menjadi ahli atau pengikutnya juga boleh dikenakan tindakan di bawah enakmen tersebut.

"Jika perbuatan itu dilakukan di negeri lain maka pihak berkuasa negeri berkenaan perlu mengambil tindakan kerana urusan agama adalah di bawah urusan negeri masing-masing," Zamri dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian. -mk

BACA INI JUGA: Kenali Aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah Di Perlis

-SENTIASAPANAS.COM

Raja Bomoh Letak Nyawa Rakyat Malaysia Dalam Bahaya?

Raja Bomoh Letak Nyawa Rakyat Malaysia Dalam Bahaya?

Tindakan Raja Bomoh, Datuk Ibrahim Mat Zin memperolok-olokkan kekuatan tentera Korea Utara dengan upacara mistik melibatkan buah kelapa dan meriam buluh, boleh meletakkan keselamatan rakyat Malaysia dalam bahaya.

Raja Bomoh

Ibrahim Mat Zin berkata, beliau kononnya melakukan 'scan' untuk 'memagar Malaysia di udara, bumi dan air'.

Dalam upacara itu, Mat Zin juga dilihat mengocak dan menepuk permukaan air laut dengan menyebut kalimah Allahuakbar berulang kali.

Sementara itu, sebuah blog melaporkan Ibrahim sebagai berkata bahawa ritual itu bertujuan memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara, selain bertujuan melindungi negara ini.

Upacara itu juga bertujuan untuk melembutkan hati pemimpin tertinggi Korea Utara agar segera membebaskan 11 rakyat Malaysia yang ditahan sekaligus memulihkan isu yang semakin berlarutan.

Malangnya, mana mungkin berpuluh-puluh kapal selam, beribu-ribu jet pejuang, kereta kebal, artileri, pelancar roket dan peluru berpandu milik tentera Korea Utara, jika perang meletus, dapat dihalang dengan buah kelapa dan meriam buluh sahaja?

Sudah tentu upacara ini tidak lain dan tidak bukan untuk merendah-rendahkan kemampuan Korea Utara, malah boleh ditafsirkan sebagai mencabar negara komunis itu untuk menyerang negara kita.

Berdasarkan analisis pakar-pakar pertahanan, jika perang meletus antara Korea Utara dan negara ini, kita akan tumpas dengan mudah kerana kekuatan tentera kita langsung tidak setanding dengan Korea Utara.

Dari segala segi, kekuatan ketenteraan kita adalah jauh serba kekurangan jika dibandingkan dengan Korea Utara.

Tidak ada kuasa di muka bumi ini yang boleh membantu negara kita untuk selamat dari serangan Korea Utara.

Kalau dengan kekuatan tentera pun tidak terlawan, “dengan apa cara kuasa Raja Bomoh boleh menandingi kekuatan tentera Korea Utara setakat menggunakan jampi, buluh dan buah kelapa? -dialograkyat

Raja Bomoh Buat Ritual Di HKL Pula!

Raja Bomoh

Ibrahim Mat Zin yang baharu sahaja selesai ‘pasang pagar’ di pantai sekali lagi membuat ‘onar’ apabila beliau melakukan upacara ritual di luar pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkaitan kematian Kim Jong-nam.

Dalam kejadian terbaru ini, Ibrahim melakukan upacara ritual dengan menggunakan sepasang kayu sebagai teropong ketika membaca jampi sebelum beredar lima minit kemudian.

Menerusi rakaman, beliau bergerak ke kiri dan ke kanan bersama teropong azimat yang kemudian diselang selikan dengan bacaan doa secara duduk mencangkung.

Perbuatannya membuatkan para pengamal media yang berada di lokasi turut ‘ikut’ sama dengan gerakan Raja Bomoh itu. -mynewshub

BACA INI JUGA: Isteri Curang 'Melekat' Selepas Dibomoh Suami!

-SENTIASAPANAS.COM