Sunday, November 26, 2017

13 Manfaat Potassium Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

13 Manfaat Potassium Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

Potassium atau kalium adalah mineral ketiga terbanyak dalam badan manusia dan sinonim sebagai insuran kesihatan tubuh, mengandungi kualiti untuk mengekalkan tahap kesihatan manusia yang tinggi dan kehidupan yang ceria. Kita tidak harus mengabaikan pengambilan potassium dalam diet seharian.

13 Manfaat Potassium Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

Manfaat Potassium untuk kesihatan termasuklah mencegah; angin ahmar (stroke), tekanan darah tinggi, keresahan dan tekanan, kekuatan otot, metabolisme, masalah jantung dan buah pinggang, imbangan air (water balance), fungsi-fungsi elektrolitik, sistem saraf dan banyak lagi.

Selain dari bertindak sebagai electrolit, Potassium juga diperlukan untuk mengekalkan jantung, otak, buah pinggang, tisu-tisu otot dan organ-organ penting yang lain dalam badan supaya berada dalam keadaan baik.

Potassium klorida ialah kelainan yang utama mineral ini. Potassium dan sodium menjalankan beberapa fungsi badan yang kritikal.

Tanda-tanda kekurangan Potassium

Kekurangan Potassium di dalam diet akan mengakibatkan tanda-tanda seperti kelesuan dan otot-otot menjadi lemah. Tanda-tanda yang lain termasuklah tindakbalas refleks yang tidak aktif (inactive reflexes), denyutan jantung luarbiasa, anemia dan pening yang teruk.

Seseorang itu juga boleh mengalami tekanan darah tinggi, sakit pada usus, bengkak pada gelenjar (glands) dan kencing manis sebagai kesan serius kekurangan potassium.

Sumber-sumber penting Potassium

Makanan yang seimbang mesti mengandungi kuantiti potassium yang bersesuaian seperti yang dicadangkan oleh pakar pemakanan.

Dalam menyenaraikan sumber makanan penting yang kaya potassium, kita boleh bermula dengan buah-buahan citrus (buah-buahan yang menghasilkan jus yang tinggi kandungan asidnya), sayur-sayuran dan bijirin.

Selain itu, ikan salmon, ayam, susu penuh, jus buah-buahan segar dan almonds dikenali sebagai sumber yang kaya dengan potassium.

Kekacang, ubi dan ternakan ayam dan itik (susu dan daging) juga termasuk dalam senarai ini.

Walau bagaimanapun, sumber potassium yang paling penting ialah pisang.

13 Manfaat Potassium

Potassium boleh dianggap sebagai satu zat yang penting dan membawa beberapa manfaat mencegah penyakit seperti:

1. Angin ahmar (stroke)

Potassium memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi otak yang normal. Ia adalah sangat penting dalam mencegah berlakunya angin ahmar dalam otak manusia.

Seseorang yang diserang penyakit ini biasanya didapati kekurangan potassium.

2. Paras gula rendah dalam darah

Turunnya paras potassium dalam darah menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah, menyebabkan kita berpeluh, pening kepala, badan lemah, menggeletar dan cemas.

Pengambilan potassium klorida dan sodium mampu memberi kelegaan segera.

3. Masalah otot

Potassium memainkan peranan penting dalam penguncupan otot. Jumlah potassium yang mencukupi diperlukan untuk penguncupan dan pengenduran otot.

Kebanyakan ion potassium dalam badan manusia hadir dalam sel-sel otot bagi mengekalkan fungsi otot dan mengoptimakan (menjadikannya lebih baik) sistem saraf.

4. Kekejangan otot

Kekejangan otot disebabkan oleh kekurangan potassium di dalam darah, juga dipanggil hypokalemia. Dengan memakan sebiji pisang setiap hari mencegah kekejangan otot.

Pisang adalah kaya dengan potassium.

5. Fungsi otak

Saluran-saluran potassium memainkan peranan penting untuk mengekalkan pengaliran elektrik pada otak dan seterusnya memberi kesan pada fungsi otak.

Ia juga terlibat dengan fungsi otak yang lebih rumit seperti daya ingatan dan pembelajaran. Penyakit yang serius seperti epilepsy berkaitan dengan fungsi saluran-saluran potassium.

6. Tekanan darah

Potassium dapat membantu mengurangkan kesan sodium dalam mengakibatkan tekanan darah yang tidak stabil dan bertindak sebagai komponen yang penting dalam mengekalkan tekanan darah yang normal dalam badan manusia.

Jadi, ia mengurangkan lagi kemungkinan menghidapi sakit jantung dan tekanan darah tinggi.Mineral ini berfungsi menstabilkan tekanan darah.

7. Keresahan dan tekanan

Potassium amat penting kepada orang yang mengalami keadaan mental yang tidak diingini seperti keresahan dan tekanan. Ia dianggap sebagai penghapus tekanan yang sempurna.

Oleh itu, ia memastikan fungsi otak yang berkesan.

8. Kekuatan otot

Inilah manfaat potassium yang amat penting. Ia memastikan pertumbuhan tisu-tisu otot dan penggunaan tenaga yang dibebaskan semasa metabolisme dengan baik.

Ini menambahkan lagi kepentingannya dalam membantu menguatkan otot, termasuk otot jantung yang terdedah kepada bahaya lumpuh (paralysis) disebabkan kekurangan potassium dalam makanan.

9. Metabolisme

Potassium membantu dalam proses metabolik pelbagai zat seperti lemak, protein dan karbohidrat jadi, potassium amat bernilai dalam menyerap tenaga dari zat-zat yang dimakan manusia.

10. Masalah jantung dan buah pinggang

Manfaat potassium mengekalkan kesihatan yang baik untuk jantung dan buah pinggang. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam melancarkan fungsi jantung dan buah pinggang.

Selain daripada itu, potassium membantu buah pinggang mengeluarkan sisa-sisa buangan melalui proses perkumuhan.

Adalah dinasihatkan supaya anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang cadangan dos.

11. Imbangan air

Potassium mempunyai satu lagi peranan penting iaitu mengekalkan imbangan air yang diperlukan dalam badan kerana terdapat pelbagai sel memerlukan imbangan air yang baik untuk berfungsi.

Potassium membantu sel-sel ini mendapatkan imbangan airnya.

12. Elektrolit (Electrolyte)

Potassium memainkan peranan yang penting sebagai elektrolit (sejenis cecair di mana arus elektrik mengalirmelaluinya).

Ia membantu mengawal tahap cecair (fluids) dalam badan, juga bagi menjalankan beberapa fungsi badan yang kritikal.

13. Sistem saraf

Potassium membantu meningkatkan tindakbalas saraf untuk menghantar pesanan dari satu sel ke sel yang lain, seterusnya membantu penguncupan otot dalam melakukan pelbagai aktiviti harian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: facebook

Saturday, November 25, 2017

Bahaya Kekurangan Potassium Dalam Tubuh

Bahaya Kekurangan Potassium Dalam Tubuh

Pengambilan potassium yang mencukupi adalah sangat penting kerana nutrien ini membantu mengimbangi kesan hipertensi akibat pengambilan garam.

Bahaya Kekurangan Potassium

Ketidakseimbangan nisbah garam dan potassium boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan boleh menyumbang kepada beberapa penyakit lain, termasuk penyakit jantung dan strok.

Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan potassium kerana iamampu menurunkan risiko strok dengan cara mengimbangkan tekanan darah, pH cecair dalam badan serta melancarkan saluran darah.

Makanan yang kaya sumber potassium dan mudah didapati:
  • Bayam yang dimasak (839 mg/cawan)
  • Avokado (710 mg/cawan)
  • Brokoli
  • Tauge
  • Asparagus
  • Labu (pumpkin)
  • Betik
  • Prun
  • Tembikai
  • Pisang

Bagaimanapun, jangan makan pisang secara keterlaluan kerana kandungan gulanya dan sayuran hijau sebenarnya mengandungi DUA KALI GANDA kandungan potassium berbanding pisang pada berat yang setara!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ketahui Bahaya Potassium Dan Phosphate Kepada Buah Pinggang!

sumber: UVM

Saturday, November 18, 2017

Fakta Tentang Potassium (Kalium)

Fakta Tentang Potassium (Kalium)

‘Kalium’ adalah nama lain kepada ‘Potassium’ sejenis bahan kimia dalam jadual berkala, yang mempunyai unsur-unsur atau bahan yang terdapat padanya dan telah sedia disusun dalam bentuk jadual.

Fakta Tentang Potassium

Simbolnya ialah ‘K’ iaitu ‘Kalium’ dari bahasa Latin yang di ambil dari bahasa Arab ‘Al Qaliah’ yang bermaksud ‘Abu tumbuh-tumbuhan’.

Pernahkah anda mendengar tentang ‘NPK’, terutamanya jika anda terlibat dalam sektor pertanian atau terlibat secara langsung dalam dunia agrikultur, pasti anda mengetahui.

‘NPK’ adalah singkatan kepada tiga bahan penting untuk keperluan tumbuhan, iaitu ‘Nitrogen’, ‘Phosphorous’ dan ‘Kalium’.

Potassium sebenarnya adalah sejenis logam alkali berwarna putih keperakan, sejenis logam yang sangat lembut dan ringan.

Potassium adalah bahan logam yang sensitif, teroksida dengan cepat di dalam udara, sangat reaktif terutamanya di dalam air.

Apabila Potassium terdedah kepada udara atau air, ia akan bertindakbalas dan mengeluarkan haba yang sangat panas yang mana udara atau air yang mengandungi Hydrogen dan oxigen akan memberikan reaksi disebabkan haba yang terlalu panas, lalu gas Hydrogen terbakar dan mengeluarkan api bewarna unggu pudar.

Potassium wujud hanya sebagai ion di dalam garam, seperti mana ia ditemui dalam laut.

Terdapat 0.04% Potassium dianggarkan dalam kadar berat terdapat didalam air laut, menjadi sebahagian dari bahan yang membentuk menjadi mineral.

Potassium boleh ditemui secara semulajadi di dalam makanan, buah buahan, sayur sayuran, daging dan di dalam batang pokok.

Potassium adalah bahan yang sangat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dan hidupan termasuk tubuh badan manusia.

Ditemui oleh ‘Sir Humphrey Davy’ pada tahun 1807, beliau adalah peneroka kaedah ‘electrolysis’ menggunakan ‘voltaic pile’ iaitu kaedah dimana batang besi yang dialirkan elektrik. Beliau mempraktikan kaedah ini keatas bahan mineral yang dipanggil ‘potash’.

Bahan yang terhasil dari kaedah itu dipanggil ‘Potassium’ mengikut nama bahan asalnya ‘Potash’ ataupun mungkin juga dari gabungan perkataan Arab moden ‘Butasyum’.

‘Potassium’ kemudianyan diklasifikasikan sebagai bahan logam (metal) dan merupakan logam pertama yang dihasilkan melalui proses electrolysis.

Dalam dunia perindustrian, Potassium digunakan sebagai bahan ‘solution’ atau bahan boleh larut tahap tinggi dan digunakan dalam keadaan yang khusus sahaja kerana ia sangat merbahaya.

Dengan itu, kebanyakan fungsinya telah digantikan dengan bahan lain dan antara bahan yang khusus sebagai pengganti adalah ‘Sodium Metal’.

Kegunaan Potassium yang paling utama adalah dalam industri agricultural, yang mana 95% pengeluaran Potassium diseluruh dunia adalah untuk sektor pertanian ini.

Potassium digunakan sebagai baja, bahan yang sangat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Apabila tanah untuk tanaman tiada lagi kandungan Potassium, ia akan digantikan oleh petani dengan baja Potassium.

Disinilah Potassium amat diperlukan kerana ia tidak boleh digantikan dengan bahan lain atau digantikan dengan bahan ‘sodium’, kerana tumbuhan menolak sodium.

Sodium hanya diperlukan oleh tumbih-tumbuhan dalam kadar yang sangat sedikit kecuali tumbuhan yang tumbuh di kawasan yang berair masin seperti rumpai laut.

Potassium adalah bahan yang sangat diperlukan oleh kebanyakan makhuk dibumi ini dan belum ada bahan lain yang mampu menggantikan ia setakat ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Potassium Dan Kepentingannya Kepada Tubuh?

sumber: pokehbusu

Wednesday, November 15, 2017

Apa Itu Potassium Dan Kepentingannya Kepada Tubuh?

Apa Itu Potassium Dan Kepentingannya Kepada Tubuh?

Potassium adalah mineral yang mana fungsinya adalah untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot di dalam tubuh manusia, yang mana salah satu otot paling penting iaitu jantung, berdenyut dengan rentak yang normal adalah disebabkan oleh potassium.

Apa Itu Potassium

Selain itu, potassium juga diperlukan untuk menjaga keseimbangan cecair dan elektrolit dan juga tahap pH.

Untuk memastikan agar potassium melakukan fungsi-fungsi ini dengan baik, tahap darah mestilah dijaga supaya berada diantara 3.5 dan 5.5 mEq/L.

Buah pinggang pula berfungsi untuk membantu memastikan agar potassium berada pada tahap yang normal, kerana sekiranya potassium berada pada tahap yang tinggi atau rendah ianya boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh.

Bagaimana untuk mengetahui Potassium berada pada tahap yang tinggi atau rendah?

Potassium Rendah

Kandungan potassium datangnya dari sumber makanan kita. Buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan ke dalam urin untuk membantu mengekalkan tahap potassium yang normal di dalam darah.

Oleh kerana kebanyakan makanan kita mengandungi potassium, potassium rendah (hypokalemia) jarang berlaku kepada mereka yang mengamalkan pengambilan diet yang sihat.

Pengambilan makanan yang kurang zat, muntah dan cirit-birit berlebihan dan mengambil ubat-ubatan tertentu seperti deuretik boleh menyebabkan berlakunya kekurangan potassium dalam tubuh.

Beberapa kesan akibat potassium rendah ialah:

  • Otot menjadi lemah.
  • Kekejangan.
  • Kebingungan.
  • Masalah dengan koordinasi otot.
  • Denyutan jantung menjadi tidak teratur.
  • Jantung gagal berfungsi.


Masalah potassium rendah jarang berlaku kepada mereka yang gagal fungsi buah pinggangnya kerana buah pinggang telah kehilangan kemampuan untuk menghilangkan potassium.

Ujian darah akan dilakukan bagi membantu doktor untuk memastikan tahap potassium.

Potassium Tinggi

Apabila buah pinggang anda sudah gagal untuk berfungsi, ia tidak lagi dapat mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan dan akan menyebabkan potassium berkumpul di dalam tubuh.

Potassium tinggi dikenali sebagai hiperkalemia, suatu keadaan yang selalunya berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tahap kronik (CKD).

Kesan-kesan yang timbul akibat dari potassium tinggi ialah:

  • Rasa mual.
  • Rasa lemah.
  • Rasa kebas atau sensasi kesemutan.
  • Denyutan menjadi perlahan.
  • Degup jantung tidak teratur.
  • Kegagalan jantung.
  • Kematian mengejut.


Bagi mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap 5 (juga dikenali sebagai tahap akhir penyakit buah pinggang ESRD), rawatan dialisis diperlukan untuk membantu mengawal tahap potassium.

Rawatan dialisis adalah rawatan yang paling berkesan untuk menghilangkan lebihan potassium di dalam darah walau bagaimanapun, ada diantara rawatan ini yang tahap potassium masih tinggi.

Oleh itu pengambilan makanan yang tinggi kandungan potassiumnya mestilah dihadkan agar kandungan potassium tidak terlalu tinggi sehingga sesi rawatan dialisis yang seterusnya.

Potassium tinggi selalunya berlaku apabila rawatan dialisis dilangkaui atau dipendekkan dan terlepas sesi rawatan dialisis akan menyebabkan potassium meningkat ke tahap yang merbahaya di dalam darah.

Keadaan ini akan menyebabkan degupan jantung menjadi tidak teratur bahkan jantung anda boleh berhenti berdenyut.

Ketahui Tahap Potassium Anda

Makanan tinggi Potassium

Pastikan agar tahap potassium anda diperiksa secara teratur.Tanyakan kepada pakar diet buah pinggang atau doktor tentang keputusan potassium anda.Dengan selalu memeriksa tahap potassium anda akan membantu doktor untuk mengekalkan tahap potassium anda sentiasa berada di tahap yang selamat.

JULAT UKURAN MAKMAL UNTUK CKD

  • Ukuran rendah (kurang dari 3.5 mEq/L)
  • Ukuran selamat (3.5 – 5.0 mEq/L)
  • Ukuran tidak selamat (5.1 – 6.0 mEq/L)
  • Bahaya melebihi 6.0 mEq/L)


Jika didapati tahap potassium anda terlalu tinggi, doktor akan mencari penyebabnya dan akan menetapkan masa untuk rawatan dialisis sekiranya perlu.

Pakar diet buah pinggang akan sentiasa memantau pengambilan makanan anda dan akan menunjukkan cara-cara bagaimana untuk mengurangkan tahap potassium dalam diet.

Tahap potassium seseorang adalah tidak sama dan mengikut kepada keperluan individu tersebut.

Oleh itu pakar diet anda akan membantu untuk menentukan tahap potassium yang sesuai untuk diambil dalam diet seharian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ketahui Bahaya Potassium Dan Phosphate Kepada Buah Pinggang!

sumber: nabilaomar

Saturday, February 18, 2017

Ketahui Bahaya Potassium Dan Phosphate Kepada Buah Pinggang!

Ketahui Bahaya Potassium Dan Phosphate Kepada Buah Pinggang!

Potassium dan Phosphate merupakan mineral yang terdapat di dalam kebanyakan makanan yang kita makan, manakala buah pinggang pula berfungsi untuk mengawal jumlah kedua-dua mineral ini di dalam darah.

Potassium Dan Phosphate

Namun, awas bagi pesakit buah pinggang, kedua-dua mineral ini boleh menjadi terlalu tinggi bagi mereka.

Tahap potassium yang tinggi di dalam darah boleh membawa kepada komplikasi lain seperti lemah badan, kekejangan otot, kesukaran bernafas, degupan jantung yang tidak teratur dan paling buruk boleh menyebabkan serangan jantung.

Manakala tahap phosphate yang tinggi dalam darah boleh menarik keluar kalsium dari tulang dan mengakibatkan tulang rapuh, gatal-gatal, sakit sendi, radang mata dan saluran darah menjadi keras.

Jadi, adalah sangat penting untuk pesakit kegagalan buah pinggang mengetahui tahap kedua-dua mineral ini dalam makanan mereka untuk mengelakkan bahaya berganda!

Makanan yang kaya dengan potassium kebanyakannya adalah daripada sumber tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tertentu, namun sangat berbahaya jika dimakan secara berlebihan terutamanya kepada pesakit buah pinggang.

Manakala makanan yang tinggi phosphate biasanya daging, ayam, ikan dan pelbagai makanan laut.

Makanan yang tinggi kandungan kedua-dua mineral ini terdapat dalam produk tenusu, kacang, biji, coklat dan produk bijirin penuh.

Sila rujuk jadual berikut untuk tahap kandungan Potassium dan Phosphate dalam pengambilan makanan harian;

1. Pengkelasan Sayur-sayuran berdasarkan kandungan potassium

Rendah Potassium (< 150 mg)
  • Kangkung
  • Kobis
  • Petola
  • Peria
  • Taugeh

Sederhana Potassium (150-200 mg)
  • Asparagus
  • Kacang Buncis
  • Kacang Bendi
  • Kacang Panjang
  • Labu Merah
  • Lobak Merah
  • Salad
  • Sengkuang
  • Terung
  • Tomato

Tinggi Potassium (> 200 mg)
  • Bayam
  • Brokoli
  • Cekur manis
  • Jantung pisang
  • Kailan
  • Petai
  • Sawi hijau
  • Ubi (kentang, keledek, keladi)

*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1/2 cawan sayur yang sudah dimasak.

2. Pengkelasan buah-buahan berdasarkan kandungan potassium

Rendah Potassium (< 150 mg)
  • Epal (1 biji)
  • Jambu batu
  • Nenas
  • Pir (1 biji)

Sederhana Potassium (150-200 mg)
  • Laici
  • Pisang kaki
  • Rambutan
  • Tembikai
  • Betik
  • Limau Tempatan (1 biji)

Tinggi Potassium (> 200 mg)
  • Anggur
  • Nangka
  • Ciku
  • Durian
  • Longan
  • Pic
  • Plum
  • Pisang (semua)
  • Oren import (1 biji)
  • Mangga
  • Kurma (5 biji)

3. Pengkelasan minuman berdasarkan kandungan potassium

Rendah Potassium (< 150 mg)
  • Minuman bersirap

Sederhana Potassium (150-200 mg)
  • Minuman barli
  • Teh cina
  • Air tebu

Tinggi Potassium (> 200 mg)
  • Jus buah-buahan
  • Minuman bercoklat
  • Air kelapa

*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1 gelas minuman.

4. Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat dalam minuman

Rendah Potassium (< 150 mg)
  • Air tebu
  • Krimer bukan tenusu
  • Sirap ros
  • Teh cina

Sederhana Potassium (150-200 mg)
  • Minuman kacang soya
  • Minuman kola
  • Minuman bercoklat/koko

Tinggi Potassium (> 200 mg)
  • Teh tarik
  • Kopi susu

*Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat bagi setiap 1 gelas minuman.

5. Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat dalam makanan daripada kumpulan bijirin

Rendah Potassium (< 150 mg)
  • 1 cawan Kueh teow
  • 1 cawan Laksa
  • 1 cawan Mee kuning/bihun
  • Idli (1 keping)
  • Oats (2 sudu besar)

Sederhana Potassium (150-200 mg)
  • 1 cawan Mee goreng
  • 1 cawan Nasi
  • Roti putih (2 keping)
  • Putu mayam (1 keping)

Tinggi Potassium (> 200 mg)
  • 1 cawan Makaroni
  • 1 cawan Mee segera
  • 1 keping Chapati/Tosai
  • 1 keping Roti canai

6. Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat makanan sumber protein (lauk-pauk)

Rendah Potassium (< 150 mg)
  • Putih telur (1 biji putih telur ≈ 5mg fosfat)

Sederhana Potassium (150-200 mg)
  • Ayam (90 gram)
  • Telur (1 biji dengan kuning telur)
  • 2 sudu makan Ikan bilis & Udang kering

Tinggi Potassium (> 200 mg)
  • 1/2 cawan Dhal & Kacang soya
  • Kebanyakan ayam, ikan & daging (> 90gram)

BACA INI JUGA: Tanda-tanda Buah Pinggang Sedang Rosak Dan Rawatannya

sumber: chedacheyu