Friday, August 26, 2016

Muat turun Pokémon Go Tidak Rasmi, Anda Berisiko Digodam!

Muat turun Pokémon Go Tidak Rasmi, Anda Berisiko Digodam!

Tahukah anda, menggunakan aplikasi Pokemon Go yang tidak rasmi serta tidak dikemaskini, mendedahkan anda kepada bahaya di internet? Perkara ini didedahkan oleh Fortinet, pakar keselamatan siber.

Pokemon Go

Sebelum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, ramai pemain telah memasang aplikasi Pokemon Go menerusi lamanweb pihak ketiga. Ia adalah langkah merbahaya dan tidak dijamin keselamatannya.

Pemasangan sebegini boleh mendedahkan pemain kepada kebocoran maklumat peribadi, serta kemasukan rangkaian trafik yang tidak diingini.

Ia boleh berlaku apabila penceroboh mempakejkan semula aplikasi Pokemon Go, dengan pelbagai jenis malware dan mengedarkannya menerusi pelbagai saluran tidak rasmi di internet.

Beberapa risiko yang ditemui Makmal FortiGuard Fortinet berkaitan muat turun Pokemon Go tidak rasmi ini adalah:

Risiko #1 - Aplikasi dijangkiti malware

Berwaspada dengan versi yang dijangkiti malware seperti Android/SandrC.tr yang digelar DroidJack RAT. Lebih daripada 8,800 telah dikesan dalam setahun, dengan 160 dikesan pada bulan lepas sahaja.

Risiko #2 – Akses ke Akaun Google

Walaupun Niantic sudah membaiki kesilapan akses penuh ke akaun Google, pengguna dinasihatkan untuk menghapuskan kebenaran dari akaun dan menaik taraf aplikasi Pokémon Go ke versi rasmi terkini.

Risiko #3 – Trafik Rangkaian yang tidak diingini

Kebanyakan aplikasi Android digabungkan dengan kit pihak ketiga (seperti analisis, laporan crash, platform enjin pencarian, dll) yang menelan data menerusi penghantaran dan penerimaan maklumat.

Data seperti model dan nombor telefon boleh dibocorkan melalui aplikasi yang dijangkiti, lebih-lebih lagi Pokemon Go memerlukan rangkaian internet aktif sepanjang masa.

Risiko #4 – Aktiviti Pelayan Palsu

Niantic telah mempertingkat komunikasi dua hala pengguna dan pelayan, dengan memperkenalkan certificate pinning dalam versi 0.31.0.

Ini untuk memastikan aplikasi bertukar maklumat dengan pelayan Pokémon yang sebenar, melalui rangkaian terjamin HTTPS.

Berhati-hati

Sentiasa amalkan penggunaan internet yang sihat, dan pastikan anda menggunakan aplikasi yang dijamin keselamatannya, menerusi saluran rasmi.

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa penjenayah siber.

BACA INI JUGA: 8 Perkara Tentang Pokemon Go Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Theskop

Thursday, August 18, 2016

iPhone 6S Caviar Edisi Pokemon Go Ini Berharga RM11,000!?

iPhone 6S Caviar Edisi Pokemon Go Ini Berharga RM11,000!?

Dengan menumpang ‘hype’ Pokemon GO yang sangat popular ketika ini, sebuah syarikat daripada Russia telah menghasilkan iPhone 6S khas buat peminat Pokemon GO yang dinamakan sebagai iPhone 6S Caviar Pokemon GO Edition.

iPhone 6S Pokemon GO Edition

Apa yang menarik mengenai iPhone 6S Caviar Pokemon GO Edition ini adalah panel belakang iPhone yang digantikan dengan rekaan bercirikan Pokemon serta diperbuat daripada titanium.

Logo pasukan seperti Mystic, Valor dan Instinct antara yang tertera di bahagian panel.

Penggunaan material yang premium pastinya membuatkan iPhone 6S Caviar Pokemon GO Edition ini dijual dengan harga yang mahal.

Harganya memang sangat tidak munasabah namun sangat sesuai buat peminat Pokemon berkategori elit.

iPhone 6S Pokemon GO Edition

Untuk menjadikan iPhone ini sangat exclusive, hanya 77 iPhone 6S Caviar Pokemon GO Edition dihasilkan dan boleh didapati melalui pra-pesanan di laman web Caviar.

Sanggupkah anda?

BACA INI JUGA: Kenapa Masyarakat Maki Mufti Bila Pokemon Go Diharamkan?

Sumber: Thevocket

Tuesday, August 09, 2016

Kenapa Masyarakat Maki Mufti Bila Pokemon Go Diharamkan?

Kenapa Masyarakat Maki Mufti Bila Pokemon Go Diharamkan?

Pokemon Go ialah sejenis permainan baru yang menjadi kegilaan masyarakat di seluruh dunia dan baru dilancarkan di Malaysia beberapa hari yang lepas. Isu Pokemon Go rancak dibahaskan di kalangan kita hanya disebabkan satu insiden.

Pokemon+Go+Weird

Insiden tersebut membuatkan dari yang tidak tahu kepada tahu. Dari yang tidak minat kepada cuba minat.

Insiden itu ialah tindakan beberapa pihak termasuklah mufti yang telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan 'masa depan' Pokemon Go di Malaysia.

Susulan dari perjumpaan tersebut, disebarkan hasil pertemuan dengan media melaporkan secara berleluasa bahawanya Mufti Wilayah mengharamkan Pokemon Go, mufti pertama yang meletakkan fatwa tentang Pokemon Go. Kononnya.

Disebabkan itu;

Mereka yang tak pernah minat nak download game Pokemon Go, download semata-mata nak sindir keputusan mufti.

Ada yang dengan galaknya memaki hamun mufti.

Dikatakan ada yang serang peribadi mufti.

Ada satu posting screenshot dari pembangkang tegar yang tersebar secara meluas kerana memaki hamun Mufti Wilayah.

Tindakan dia, didorong oleh laporan yang salah. Tetapi bukan hanya dia, ramai juga membaca laporan berita yang sama, cuma kepelbagaian reaksi itu wujud disebabkan kepelbagaian sikap dan level of kesabaran.

Review Pokemon Go.

1. First time main game neh. Aku pun tak faham sebenarnya apa yang addictted gila.

2. Selepas bermain dan berjaya tangkap 2 Pokemon yang ada dalam rumah, masih tak rasa macam nak addictted pun. Maybe masih baru atau boleh jadi minat belum ada.

3. Ya juga tak tau nak main. Bila tanya pada kengkawan, rupanya kena cari Pokemon kat luar. Aku macam 'WHAT'? Tak penat ke? Patutlah kena on GPS. Aku sebetulnya suka game relax-relax macam tanam-tanam ke, kuiz-kuiz ke, sodoku ke layan juga janji simple-simple.

4. Setelah memahami cara permainan ini, baru la aku faham serba sedikit kenapa dibincangkan tentang permainan Pokemon Go.

5. Ini kerana terdapat pemain-pemain yang hampir merosakkan diri sendiri dan orang lain disebabkan Pokemon Go. (rujuk sini).

6. Dalam link berita yang dirujuk aku itu, seorang peniaga telah ditahan polis kerana sambil memandu sambil bermain Pokemon Go. What the hell la kau neh. Game aje pon. Perlu ke bahayakan diri. Kalau diri sendiri mampos takpe juga. Buatnya terlanggar orang lain, macam mana? BODOH NAK MAMPOS.

7. Dalam insiden yang berbeza pula, (rujuk sini) pemain Pokemon Go turut menyebabkan ketakutan pada orang lain apabila tiba-tiba muncul dan berlegar-legar kat rumah orang semata-mata nak tangkap Pokemon Go. Aiyooo..

8. Nampak sangat di kalangan kita, taksub gamers memang taksub tak tentu arah.

9. Jadi, tidak menjadi aneh kenapa ianya dibincangkan oleh sesetengah pihak secara berleluasa, bagi menanggani sikap gamers yang taksub.

10. Pendapat Mufti Wilayah secara mudahnya dibaca begini. Game itu haram pada yang merosakkan diri. Kalau korang rasa diri korang terjejas, merosakkan diri sendiri dan orang lain, lalai dan sewaktu dengannya, maka haramlah kau bermain game tersebut. Sebab kau taksub, bodoh, gile dan bengap.

11. Dan ya, aku setuju dengan pendapat Mufti Wilayah. Bukan haramkan game tapi pengharaman (actually tak haram pun just gunakan perkataan mudarat) ke atas individu disebabkan masalah sikap dan penerimaan.

Selain itu sikap individu yang taksub, game Pokemon Go turut menjadi highlight disebabkan ada orang masuk masjid semata-mata nak tangkap Pokemon. Bukan masjid je, kuil, tokong, gereja pun ada.

Di Singapura, badan agama di sana menasihatkan orang awam yang nak masuk masjid untuk tangkap Pokemon mestilah;

i. Tidak boleh berbuat bising.

ii. Jangan kotorkan masjid.

iii. Jangan lupa solat (jika belum/bagi muslim).

iv. Sila tinggalkan masjid dalam keadaan aman selepas menangkap Pokemon.

Pendekatan tidak menghukum dan lembut ini disambut baik oleh penggemar-penggemar game Pokemon Go. Bahkan jadi perbandingan dengan institusi keagamaan di Malaysia.

Malangnya, kenapa orang kita menyindir institusi keagamaan, fatwa dan mufti disebabkan penegasan dan pendapat mereka dalam soal Pokemon Go? Boleh ke syurga ke dengan Pokemon Go? Boleh tolong bayar GST ke?

Hehe.

Jangan begitu mudah meletakkan kesalahan pada orang awam. Ini kerana apa yang terjadi pada hari ini adalah apa yang institusi keagamaan usahakan sendiri. Bagaimana pokok, begitulah tuannya.

Pokok yang berbuah lebat, sudah tentu dijaga elok oleh tuannya.

Pokok yang rosak dan mati tanpa hasil, sudah tentulah juga disebabkan kegagalan tuannya.

Masyarakat pada hari ini tipikal dan negatif pada institusi keagamaan adalah disebabkan mereka-mereka yang berauthoriti selama ini seringkali melakukan amalan double standard ketika menghukum.

Umum tahu game Pokemon Go melibatkan satu permainan yang dimainkan oleh rakyat jelata. Dan badan keagamaan begitu laju dalam memutuskan hukum tentangnya.

Umum juga tahu bahawa Najib terpalit kontroversi 1MDB dan terkini isu tuntutan harta dek saman DOJ (dan pelbagai lagi skandal, permasalahan lainnya) tetapi umum tidak melihat pula badan keagamaan laju-laju mengadakan perjumpaan bagi membincangkan kemaslahatan rakyat disitu.

Kenapa? Amalan double standard ini menyakiti rakyat hingga ke akar hati mereka. Terlalu sakit. Mereka jadi marah, memberontak dan melawan.

Jadi mereka tak fikir mereka patut bersikap rasional melalui kata-kata dan tindakan terhadap pihak-pihak tertentu yang mempergunakan agama bagi memperkukuhkan kuasa pemimpin yang bermasalah (yakni, isu ini lebih besar dan mendatangkan kemudaratan yang teruk ke atas masyarakat) dan menghukum rakyat yang mendatangkan mudarat disebabkan permainan.

Bukan. Bukan fatwa yang laju-laju diminta rakyat. Bukan fatwa yang rakyat mahu badan keagamaan keluarkan. Kerana kita tahu dalam Islam, amalan seperti rasuah, merompak, pemimpin zalim, tidak amanah, cuai hukuman telah tersedia ada.

Tetapi, kita minta sebagai badan keagamaan, sila tunjukkan perlawanan yang tegas dengan menolak kemungkaran secara nyata lagi terbuka terhadap pihak-pihak tertentu yang menyeleweng dari tugas pemimpin.

Jangan nampak rakyat buat salah kau tegur laju-laju.

Bila pemimpin buat salah kau arr errr arrhh errhhh oorrrkk.. macam tercekik tulang, berkira-kira, playsafe dan sebagainya.

Kata kau sayangkan agama kau.
Kata kau takutkan Tuhan kau.
Kata kau follow Islam dalam denyutan nadi dan darah.

Tapi kenapa tindakan tak selari dengan kata-kata?

Itu yang orang marah.

Aku simpulkan disini ialah, aku memahami kenapa orang kita persoalkan hukum tentang permainan Pokemon Go dan aku tak nafikan juga ketagihan pada Pokemon Go merupakan ancaman.

Ia membabitkan tentang masalah keselamatan bila gamers asyik sangat. Sambil memandu pun main game. Gilew.

Tetapi, aku tidak meletakkan kesalahan ke atas rakyat. Kesalahan terletak di atas badan keagamaan di negara kita.

Kegagalan mereka memainkan peranan mencegah kemungkaran dan kejahatan yang terserlah dilarang oleh Islam seperti riba, rasuah, pecah amanah, seleweng dan sebagainya menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat.

Masyarakat kelas atasan yang tidak tahu erti kesusahan mungkin berbeza cara mereka berfikir dengan masyarakat yang ditindas oleh sistem kelas dan karenah biokrasi.

Itu tak masuk lagi jika wujudnya campurtangan politik dan kuasa dalam menentukan hala tuju kehidupan sesuatu kelas masyarakat (kasta alaf baru).

Sebab itu ada baiknya badan keagamaan cermin kelemahan diri sendiri.

Kerosakan apa yang korang dah bawa kepada masyarakat kita sehinggakan masyarakat kita menjadi sebegini rebel hanya disebabkan Pokemon Go?

Artikel yang cukup menarik ini kami petik dari blog amenoworld.

BACA INI JUGA: Nick Johnson Pemain Pertama Berjaya Menangkap Semua Watak Pokemon Go!

Monday, August 08, 2016

Akaun Twitter CEO Pokemon Go Digodam!

Akaun Twitter CEO Pokemon Go Digodam!

His password was too easey "nopass", itulah di antara tweet yang dibuat oleh penggodam selepas berjaya merampas akaun twitter John Hanke, pemilik kepada permainan Pokemon Go.

Akaun twitter John Hanke [2]

Serangan kepada pemilik akaun berprofil tinggi seperti ini mengingatkan kita kepada Jack Sparrow yang dulu pernah merampas beberapa akaun stesen radio dan artis tempatan seperti Hot.Fm, Kru Studio dan Diva AA.

Berbalik kepada kes pencerobohan akaun twitter pemilik permainan Pokemon Go, mungkin kerana terlalu sibuk dengan 'Pokemon Go!' Hanke langsung tidak sedar bahawa akaun twitternya telah digodam.

Tiada apa-apa tindakan dibuat walaupun selepas 12 jam tweet itu disiarkan.

Akaun twitter John Hanke

Ini merupakan kes pencerobohan yang ke 5 akaun sosial berprofil tinggi digodam kumpulan yang sama dimana sebelum ini Ceo Facebook, Mark Zurkeberg, Ceo Google, malah Ceo Twitter sendiri digodam oleh kumpulan ini.

Angkuh dikenali dengan nama Ourmine, kumpulan penggodam yang popular dikenali dengan moto 'Keselamatan Akaun Sosial' ini dikatakan kumpulan yang sama dengan Saudi Arabian Hackers.

BACA INI JUGA: 5 Penggodam Paling Dikehendaki FBI

Sumber: Omghackers