AEON iCash Personal Financing merupakan pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad, adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya berlandaskan konsep Bai Al-Inah, yang telah disahkan oleh penasihat Syariah yang dilantik oleh AEON.
Pinjaman ini juga adalah pinjaman tidak bercagar (unsecured loan). Oleh itu pemohon tidak perlu mengemukakan cagaran atau menyediakan penjamin untuk memohon pinjaman peribadi AEON iCash.
Antara ciri menarik yang membuatkan pinjaman peribadi AEON ini sangat diminati adalah kerana syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak AEON tidak terlalu ketat.
Anda hanya perlu mempunyai gaji minimum tahunan sekurang-kurangnya RM18,000, iaitu RM1,500 sebulan.
AEON Credit juga menawarkan skim pembiayaan peribadi ini kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengambil kira jenis pekerjaan.
Pelan ini ditawarkan kepada mereka yang Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta, Pesara, Tentera, dengan had umur dari 18 hingga 65 tahun.
Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, bolehkah saya mohon AEON iCash Personal Financing?
Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan.
Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik - boleh cuba memohon.
Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan atau perumahan - anda dinasihatkan MENUNGGU tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan.
Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.
KELEBIHAN PEMBIAYAAN PERIBADI AEON iCash
1. Kelulusan Segera
Rata-rata bank menyatakan kelulusan segera, tetapi ini adalah tertakluk kepada beberapa faktor seperti kelayakan pemohon, dokumen yang diberikan dan beberapa faktor-faktor lain.
Mengikut pengalaman, tempoh kelulusan AEON Kredit iCash adalah antara 1-3 hari bekerja. Ini sudah dikira pantas berbanding bank lain.
2. Kadar Rendah
Pinjaman peribadi AEON iCash menawarkan kadar terendah daripada 0.8% hingga 1.5% setiap bulan. Kadar ini bergandung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.
3. Kelayakan had umur yang fleksibel
Selain jumlah pembiayaan dan tempoh pembiayaan yang fleksibel, kelayakan had umur yang dibenarkan untuk memohon juga tidak membebankan.
Mereka yang berumur semuda 18 tahun boleh mohon pinjaman ini, bagi memudahkan mereka yang baru menjawat jawatan dan ingin memohon pelan pembiayaan peribadi.
Had umur maksimum pula ditetapkan pada 65 tahun pada tempoh matang pinjaman.
4. Kadar keuntungan yang berpatutan
Oleh kerana AEON iCash adalah pinjaman peribadi Islamik – caj kadar keuntungan yang dikenakan adalah berpatutan.
AEON hanya mengenakan kadar keuntungan tahunan tetap antara 7.92% p.a hingga 14.4% p.a.
5. Pembiayaan sehingga RM100,000
Dengan jumlah pinjaman serendah RM1,000 sehingga mencecah RM100,000, pinjaman peribadi AEON iCash sesuai untuk semua golongan.
6. Tempoh Pembayaran Sehingga 84 bulan
AEON iCash memberi tempoh pembayaran pinjaman yang begitu fleksibel. Anda boleh memilih untuk membayar dari 6, 9, 12, 15, 18, 24, 30, 36, 48, 60, 72 dan 84 bulan.
7. Dokumen Yang Ringkas
Anda cuma perlu menyediakan dokumen yang ringkas seperti slip gaji, penyata bank, penyata EPF (Jika perlu).
8. Tidak Perlu Penjamin Atau Pengesahan Majikan
Pinjaman peribadi AEON iCash tidak memerlukan penjamin, cagaran atau pengesahan majikan.
9. Lulus Syariah
Oleh kerana AEON iCash adalah berasaskan konsep Bai Al Inah, pembiayaan peribadi ini lulus syariah. Anda tidak perlu ragu-ragu untuk memohon AEON iCash.
SYARAT LAYAK MEMOHON
Sekiranya anda berminat dan ingin mohon pinjaman ini, berikut ialah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing.
1. Syarat umum
2. Syarat untuk kakitangan awam
Status pekerjaan ialah tetap.
3. Syarat untuk pekerja swasta
4. Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan dokumen adalah lengkap dan seperti yang diminta untuk melancarkan urusan permohonan AEON iCash anda.
1. Kerja makan gaji (gaji dibayar ke bank)
2. Kerja makan gaji (gaji dibayar tunai)
3. Kerja makan gaji (tiada potongan EPF)
4. Pendapatan tidak tetap/Penerima komisen
5. Bekerja sendiri
Dokumen-dokumen yang diperlukan sangat ringkas.
CAJ PEMBIAYAAN
Berikut ialah bayaran dan caj yang dikenakan terhadap peminjam pinjaman peribadi AEON iCash:
AEON Credit tidak mengenakan sebarang caj jika anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh kontrak (early termination fee).
Walau bagaimanapun, caj lewat bayar dikenakan antara RM18 hingga RM40, bergantung kepada syarat dan terma.
Caj-caj ini mungkin berubah tertakluk kepada terma & syarat oleh AEON Credit Service (M) Berhad.
JADUAL PEMBAYARAN SEMULA
CARA MEMOHON PINJAMAN PERIBADI AEON iCash
Tips: Sebelum memohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat yang telah dinyatakan.
Tiada guna memohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi AEON iCash.
Anda boleh memohon pembiayaan peribadi AEON iCash dengan cara:
1. Walk in ke kaunter AEON Credit
Anda boleh pergi ke cawangan AEON Credit terdekat untuk memohon.
Untuk memudahkan proses permohonan, sila sediakan dokumen seperti yang dinyatakan di atas terlebih dahulu.
2. Mohon secara online
Anda boleh memohon secara online menerusi laman web AEON melalui pautan ini – KLIK DI SINI
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: (1)(2)

- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
- Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas.
- Gaji bersih minimum RM800 setiap bulan.
- Tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
- Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
- Bukan di bawah seliaan AKPK.
2. Syarat untuk kakitangan awam
Status pekerjaan ialah tetap.
3. Syarat untuk pekerja swasta
- Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
- Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.
4. Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri
- Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun.
- Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Mempunyai akaun bank syarikat dengan jumlah transaksi bulanan RM5,000 ke atas.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan dokumen adalah lengkap dan seperti yang diminta untuk melancarkan urusan permohonan AEON iCash anda.
1. Kerja makan gaji (gaji dibayar ke bank)
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
- Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
- Penyata bank 3 bulan terkini.
- Penyata KWSP (EPF) terkini.
2. Kerja makan gaji (gaji dibayar tunai)
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
- Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
- Penyata KWSP (EPF) terkini.
3. Kerja makan gaji (tiada potongan EPF)
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
- Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
- Penyata bank 6 bulan terkini.
4. Pendapatan tidak tetap/Penerima komisen
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
- Penyata komisen 6 bulan terkini atau Penyata KWSP (EPF) terkini.
5. Bekerja sendiri
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
- Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
- Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
- Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.
Dokumen-dokumen yang diperlukan sangat ringkas.
CAJ PEMBIAYAAN
Berikut ialah bayaran dan caj yang dikenakan terhadap peminjam pinjaman peribadi AEON iCash:
- Untuk pinjaman berjumlah RM1,000 hingga RM10,000 – caj pemprosesan sebanyak 4% dari jumlah pinjaman.
- Untuk pinjaman berjumlah RM10,100 hingga RM100,000 – caj pemprosesan sebanyak 2% dari jumlah pinjaman. Caj maksimum dihadkan kepada RM400.
AEON Credit tidak mengenakan sebarang caj jika anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh kontrak (early termination fee).
Walau bagaimanapun, caj lewat bayar dikenakan antara RM18 hingga RM40, bergantung kepada syarat dan terma.
Caj-caj ini mungkin berubah tertakluk kepada terma & syarat oleh AEON Credit Service (M) Berhad.
JADUAL PEMBAYARAN SEMULA
CARA MEMOHON PINJAMAN PERIBADI AEON iCash
Tips: Sebelum memohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat yang telah dinyatakan.
Tiada guna memohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi AEON iCash.
Anda boleh memohon pembiayaan peribadi AEON iCash dengan cara:
1. Walk in ke kaunter AEON Credit
Anda boleh pergi ke cawangan AEON Credit terdekat untuk memohon.
Untuk memudahkan proses permohonan, sila sediakan dokumen seperti yang dinyatakan di atas terlebih dahulu.
2. Mohon secara online
Anda boleh memohon secara online menerusi laman web AEON melalui pautan ini – KLIK DI SINI
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Apa Itu OPR Dan Interest Rate Bank Negara Dan Kesannya Kepada Nilai Wang?
- Ketahui 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tapi Ramai Tak Tahu
sumber: (1)(2)