Friday, May 20, 2022

AEON iCash Pinjaman Tanpa Penjamin Dan Tidak Perlu Pengesahan Majikan!

AEON iCash Pinjaman Tanpa Penjamin Dan Tidak Perlu Pengesahan Majikan!

AEON iCash Personal Financing merupakan pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad, adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya berlandaskan konsep Bai Al-Inah, yang telah disahkan oleh penasihat Syariah yang dilantik oleh AEON.

AEON iCash

Pinjaman ini juga adalah pinjaman tidak bercagar (unsecured loan). Oleh itu pemohon tidak perlu mengemukakan cagaran atau menyediakan penjamin untuk memohon pinjaman peribadi AEON iCash.

Antara ciri menarik yang membuatkan pinjaman peribadi AEON ini sangat diminati adalah kerana syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak AEON tidak terlalu ketat.

Anda hanya perlu mempunyai gaji minimum tahunan sekurang-kurangnya RM18,000, iaitu RM1,500 sebulan.

AEON Credit juga menawarkan skim pembiayaan peribadi ini kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengambil kira jenis pekerjaan.

Pelan ini ditawarkan kepada mereka yang Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta, Pesara, Tentera, dengan had umur dari 18 hingga 65 tahun.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, bolehkah saya mohon AEON iCash Personal Financing?

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan.

Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik - boleh cuba memohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan atau perumahan - anda dinasihatkan MENUNGGU tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan.

Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

KELEBIHAN PEMBIAYAAN PERIBADI AEON iCash

1. Kelulusan Segera

Rata-rata bank menyatakan kelulusan segera, tetapi ini adalah tertakluk kepada beberapa faktor seperti kelayakan pemohon, dokumen yang diberikan dan beberapa faktor-faktor lain.

Mengikut pengalaman, tempoh kelulusan AEON Kredit iCash adalah antara 1-3 hari bekerja. Ini sudah dikira pantas berbanding bank lain.

2. Kadar Rendah

Pinjaman peribadi AEON iCash menawarkan kadar terendah daripada 0.8% hingga 1.5% setiap bulan. Kadar ini bergandung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.

3. Kelayakan had umur yang fleksibel

Selain jumlah pembiayaan dan tempoh pembiayaan yang fleksibel, kelayakan had umur yang dibenarkan untuk memohon juga tidak membebankan.

Mereka yang berumur semuda 18 tahun boleh mohon pinjaman ini, bagi memudahkan mereka yang baru menjawat jawatan dan ingin memohon pelan pembiayaan peribadi.

Had umur maksimum pula ditetapkan pada 65 tahun pada tempoh matang pinjaman.

4. Kadar keuntungan yang berpatutan

Oleh kerana AEON iCash adalah pinjaman peribadi Islamik – caj kadar keuntungan yang dikenakan adalah berpatutan.

AEON hanya mengenakan kadar keuntungan tahunan tetap antara 7.92% p.a hingga 14.4% p.a.

5. Pembiayaan sehingga RM100,000

Dengan jumlah pinjaman serendah RM1,000 sehingga mencecah RM100,000, pinjaman peribadi AEON iCash sesuai untuk semua golongan.

6. Tempoh Pembayaran Sehingga 84 bulan

AEON iCash memberi tempoh pembayaran pinjaman yang begitu fleksibel. Anda boleh memilih untuk membayar dari 6, 9, 12, 15, 18, 24, 30, 36, 48, 60, 72 dan 84 bulan.

7. Dokumen Yang Ringkas

Anda cuma perlu menyediakan dokumen yang ringkas seperti slip gaji, penyata bank, penyata EPF (Jika perlu).

8. Tidak Perlu Penjamin Atau Pengesahan Majikan

Pinjaman peribadi AEON iCash tidak memerlukan penjamin, cagaran atau pengesahan majikan.

9. Lulus Syariah

Oleh kerana AEON iCash adalah berasaskan konsep Bai Al Inah, pembiayaan peribadi ini lulus syariah. Anda tidak perlu ragu-ragu untuk memohon AEON iCash.

SYARAT LAYAK MEMOHON

Sekiranya anda berminat dan ingin mohon pinjaman ini, berikut ialah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing.

1. Syarat umum
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas.
  • Gaji bersih minimum RM800 setiap bulan.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah seliaan AKPK.

2. Syarat untuk kakitangan awam

Status pekerjaan ialah tetap.

3. Syarat untuk pekerja swasta
  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.

4. Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri
  • Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun.
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai akaun bank syarikat dengan jumlah transaksi bulanan RM5,000 ke atas.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan dokumen adalah lengkap dan seperti yang diminta untuk melancarkan urusan permohonan AEON iCash anda.

1. Kerja makan gaji (gaji dibayar ke bank)
  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  • Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Penyata KWSP (EPF) terkini.

2. Kerja makan gaji (gaji dibayar tunai)
  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  • Penyata KWSP (EPF) terkini.

3. Kerja makan gaji (tiada potongan EPF)
  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  • Penyata bank 6 bulan terkini.

4. Pendapatan tidak tetap/Penerima komisen
  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  • Penyata komisen 6 bulan terkini atau Penyata KWSP (EPF) terkini.

5. Bekerja sendiri
  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  • Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  • Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.

Dokumen-dokumen yang diperlukan sangat ringkas.

CAJ PEMBIAYAAN

Berikut ialah bayaran dan caj yang dikenakan terhadap peminjam pinjaman peribadi AEON iCash:
  • Untuk pinjaman berjumlah RM1,000 hingga RM10,000 – caj pemprosesan sebanyak 4% dari jumlah pinjaman.
  • Untuk pinjaman berjumlah RM10,100 hingga RM100,000 – caj pemprosesan sebanyak 2% dari jumlah pinjaman. Caj maksimum dihadkan kepada RM400.

AEON Credit tidak mengenakan sebarang caj jika anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh kontrak (early termination fee).

Walau bagaimanapun, caj lewat bayar dikenakan antara RM18 hingga RM40, bergantung kepada syarat dan terma.

Caj-caj ini mungkin berubah tertakluk kepada terma & syarat oleh AEON Credit Service (M) Berhad.

JADUAL PEMBAYARAN SEMULA

1 Jadual Pembayaran AEON

Jadual Pembayaran AEON

Jadual Pembayaran AEON

Jadual Pembayaran AEON

Jadual Pembayaran AEON

Jadual Pembayaran AEON

CARA MEMOHON PINJAMAN PERIBADI AEON iCash

Tips: Sebelum memohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat yang telah dinyatakan.

Tiada guna memohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi AEON iCash.

Anda boleh memohon pembiayaan peribadi AEON iCash dengan cara:

1. Walk in ke kaunter AEON Credit

Anda boleh pergi ke cawangan AEON Credit terdekat untuk memohon.

Untuk memudahkan proses permohonan, sila sediakan dokumen seperti yang dinyatakan di atas terlebih dahulu.

2. Mohon secara online

Anda boleh memohon secara online menerusi laman web AEON melalui pautan ini – KLIK DI SINI

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)(2)

Thursday, August 23, 2018

Pinjaman Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Pinjaman Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Seperti yang kita tahu, rumah pada zaman kegemilangan ini kebanyakannya mahal-mahal. Ada kawasan perumahan betul-betul mewah yang orang lain tak mampu nak beli.

Pinjaman Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Tambahan, ada pula rumah yang semuanya diibaratkan “goreng pisang” panas. Baru gantung iklan dah “sold out”.

Apapun alasannya, kami nak kongsikan maklumat untuk menggunakan pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan untuk membina rumah diatas tanah sendiri atau istilah pinjaman LPPSA.

Geran Tanah Sendiri

Membina rumah perlu atas tanah nama pemohon atau bersama pasangan sahaja. Selain daripada itu tidak dibenarkan.

Jenis Pinjaman
  • Pinjaman Jenis ke-2: Membeli rumah diatas tanah sendiri.
  • Pinjaman Jenis ke-6: Membina rumah diatas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan.

Jika belum mempunyai tanah, anda boleh membuat pinjaman untuk membeli tanah dan kemudian baru bina rumah sendiri.

Melantik Peguam

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah melantik peguam dan kontraktor.

1. Peguam

Menjadi keperluan melantik peguam yang berpengalaman atau pun sudah biasa berurusan dengan LPPSA;
  • Untuk membuat perjanjian pembinaan (S & P).
  • Membuat CARIAN/LAND SEARCH di pejabat tanah.
  • Membantu membuat permohonan secara online.
  • Memberi cadangan kontraktor dan arkitek yang pengalaman.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

2. Kontraktor

Menjadi keperluan dalam melantik kontraktor yang mempunyai lesen, mempunyai CIDB dan yang berpengalaman berurusan dengan LPPSA;
  • Supaya pinjaman perumahan tidak berlaku kelewatan dalam proses membina rumah dan mengikut undang-undang.
  • Membuat pembinaan mengikut plan yang disediakan oleh arkitek bertauliah.
  • Menyediakan laporan tuntutan bayaran kepada peguam untuk diserahkan kepada LPPSA.
  • Kontraktor akan melantik arkitek berdaftar bagi menyiapkan plan.
  • Mendapatkan kelulusan daripada pihak PBT.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

3. Jika nak jimat, lantik arkitek sambilan tetapi apa pun perlu berhati-hati

Jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu mendapatkan pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.

4. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan LPPSA

JADUAL BAYARAN BERPERINGKAT (JADUAL G)

Bayaran Kemajuan (Progress Payment) perlulah mengikut jadual seperti di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian untuk pinjaman jenis 2 dan jenis 6.


Carta aliran untuk membina rumah di atas tanah sendiri.


Langkah 1:

Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang biasa berurusan dengan pihak LPPSA.

Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak biasa berurusan dengan pihak LPPSA, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah.

Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua-dua belah pihak berkenaan.

Berdasarkan pengalaman, kebanyakan masalah timbul akibat tersalah memilih peguam dan kontraktor yang tidak pernah berurusan dengan LPPSA.

Langkah 2:

Arkitek akan membuat pelan rekabentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor.

Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes dimana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan (kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut dengan LPPSA melalui peguam dan jika kontraktor itu mempunyai modal, tuntutan boleh dibuat selepas rumah siap dibina).

Langkah 3:

Setelah pemohon dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan rekabentuk, pemohon @ peguam @ kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian.

Pemohon boleh mengisi permohonan pinjaman SPPB secara online.

Borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan bolehlah diserahkan kepada saya untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke LPPSA.

Pemeriksaan ini penting untuk mengelak berlakunya masalah dalam permohonan yang boleh menyebabkan berlaku kelewatan dalam kelulusan.

Langkah 4:

Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat surat kelulusan dari LPPSA, Lampiran E (surat setuju terima) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.

Panduan untuk ubah suai rumah (Renovation)

Jika anda ingin mengubahsuai rumah anda, terdapat beberapa dokumen yang perlu anda sediakan.
  1. Pelan mestilah mendapat kelulusan daripada arkitek dan sah digunakan dalam tempoh 12 bulan.
  2. Salinan lesen kontraktor dan CIDB/SSM yang disahkan dan belum tamat tempoh.

Nota:
  • Dahulu dikenali sebagai BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan), sekarang dikenali sebagai Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Pembendaharan.
  • Dahulu dikenali sebagai Lampiran E, tetapi sekarang dikenali sebagai Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Pembendaharan.

Kesimpulan

Membina rumah di atas tanah sendiri bermaksud anda bebas untuk mereka bentuk rumah mengikut selera dan kepuasan masing-masing.

Malah anda juga boleh menjimatkan kos peruntukan untuk membina rumah. Tetapi jika tersilap boleh meningkatkan kos.

Jika tanah dibeli 2 lot, 1 atas nama isteri dan 1 lagi atas nama suami dan rumah akan dibuat atas kedua-dua lot, hanya 1 lot harta dibenarkan untuk membuat pinjaman.

Sebaiknya, satukan lot berkenaan, jika tidak anda perlu masuk ke dalam kes rayuan.

Anda juga boleh menggunakan kontraktor dari kalangan ahli keluarga, tetapi pastikan kontraktor tersebut mempunyai lesen daripada khidmat kontraktor CIDB atau ROC yang masih belum tamat tempoh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mohdelam

Tuesday, August 21, 2018

Kebaikan Dan Keburukan Pinjaman MBSB Bank 70% Kelayakan

Kebaikan Dan Keburukan Pinjaman MBSB Bank 70% Kelayakan

Untuk memastikan kakitangan kerajaan tidak meminjam melebihi kemampuan, kerajaan menetapkan had kelayakan berdasarkan ansuran bulanan yang tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan kasar (gaji pokok campur elaun tetap).

Kebaikan Dan Keburukan Pinjaman MBSB Bank 70% Kelayakan

Semua institusi kewangan kecuali MBSB mengambil had 60% ini untuk mengira jumlah pinjaman yang layak untuk setiap peminjam.

MBSB Bank

Asian Finance Bank (AFB) kini dikenali sebagai MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) selepas pengambilalihan sepenuhnya oleh Malaysia Building Society Bhd (MBSB).

Menerusi pengambilalihan itu, MBSB Bank kini adalah bank Islam kedua terbesar di Malaysia dengan jumlah aset sebanyak RM43.7 bilion sewaktu pengambilalihan pada awal April 2018.

Apakah perbezaan kiraan kelayakan MBSB berbanding dengan institusi lain?

MBSB mengira jumlah pinjaman yang layak berdasarkan 70% kelayakan. Ini bermaksud peminjam MBSB layak dapat pinjaman yang lebih berbanding dengan institusi lain.

Kakitangan kerajaan yang sudah meminjam sehingga had kelayakan 60% masih lagi boleh membuat pinjaman di MBSB.

Adakah Potongan Di Slip Gaji melebihi 60% untuk peminjam MBSB?

Tidak. Potongan ansuran masih dihadkan kepada 60% yang ditentukan oleh kerajaan. Tetapi selepas 5 tahun, ansuran bulanan akan secara automatik meningkat.

MBSB telah menjangka selepas 5 tahun, gaji kakitangan kerajaan akan naik dan ansuran selepas 5 tahun tidak akan melebihi had 60%.

Kelebihan dan Kelemahan Pakej MBSB 70%

Kelebihan Pakej Pinjaman 70%
  • Peminjam layak meminjam lebih.
  • Peminjam yang tidak layak kerana sudah sampai had 60% masih dapat meminjam.

Keburukan Pakej Pinjaman 70%
  • Ada kemungkinan peminjam MBSB menghadapi kesusahan memohon fasiliti kredit seperti kad kredit atau pinjaman kereta kerana komitmen masa depan tinggi.
  • Pakej MBSB 70% sangat susah untuk overlap. Ianya akan memakan masa yang sangat lama (8 – 10 tahun atau lebih lama) untuk overlap.
  • Ansuran MBSB akan naik secara otomatik selepas 5 tahun dan gaji bersih anda akan turun.

Nasihat

Pinjaman MBSB 70% kelayakan sesuai untuk situasi dimana:
  • Peminjam sudah pinjam sehingga 60% tetapi amat memerlukan pinjaman.
  • Peminjam masih layak meminjam kerana belum sampai had 60% tetapi jumlah pinjaman tidak mencukupi.

Selain daripada dua situasi di atas, pakej pinjaman lain lagi sesuai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: smartpinjaman

Thursday, August 09, 2018

3 Bank Pinjaman Peribadi Terbaik 2018 Di Malaysia

3 Bank Pinjaman Peribadi Terbaik 2018 Di Malaysia

Pada Julai 5, 2013, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan satu set langkah yang bertujuan untuk mengelak hutang isi rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.

3 Bank Pinjaman Peribadi Terbaik 2018 Di Malaysia

Salah satu langkah ialah penguatkuasaan tempoh pinjaman maksimum selama 10 tahun untuk pembiayaan bagi kegunaan peribadi.

Dengan peraturan ini, peminjam perlu membayar balik hutang serta kadar faedah dalam masa yang singkat.

Oleh itu, bank gemar memberikan pinjaman peribadi kepada mereka yang kaya atau mempunyai skor kredit yang tinggi.

Jadi, bagaimana pula nasib golongan berpendapatan rendah yang memerlukan pinjaman peribadi untuk membayar perbelanjaan atau memulakan perniagaan kecil sendiri?

Jangan risau, beberapa bank sekarang menawarkan produk pinjaman peribadi kepada individu yang mempunyai pendapatan sederhana atau rendah.

Berikut adalah 3 pinjaman peribadi terbaik dari segi ciri-ciri produk dan kelayakan pendapatan minimum:

1. RHB Pembiayaan Peribadi – Easy-Pinjaman Ekspres

Ciri-ciri:
  • Kadar rata setahun: Dari 11.63% setahun.
  • Jumlah pinjaman maximum: RM150,000.
  • Kategori pinjaman: Tingkat 1 – RM2,000 sehingga RM10,000 manakala Tingkat 2 – RM11,000 sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 5 tahun.
  • Tempoh kelulusan: 10 minit.
  • Pendapatan/gaji minimum: RM1,500 sebulan.
  • Umur: 21-60 tahun.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja.

Analisi produk:

Proses untuk mendapatkan kelulusan pinjaman peribadi RHB adalah mudah dan cepat jika anda memenuhi kesemua kriteria di atas.

Produk ini sesuai untuk graduan yang baru mula bekerja.

Sebelum golongan muda sudah boleh memperolehi pendapatan yang tinggi, mereka sudah dibebani dengan pembayaran balik hutang PTPTN, kenderaan dan juga perbelanjaan telefon bimbit.

Kondisi untuk memohon pinjaman peribadi ini termasuk pendapatan minimum RM1,500 dan kewarganegaraan Malaysia.

Tetapi, pinjaman peribadi ini ada keburukannya juga. Kadar faedah rata pinjaman peribadi ini lebih tinggi berbanding dengan pinjaman peribadi dari bank-bank lain.

Jika anda memohon untuk kategori pinjaman Tingkat 1, kadar faedah rata setahun ialah 13.38% manakala kadar faedah efektif ialah 24% setahun.

Oleh sebab itu, pinjaman ini terbaik untuk golongan yang boleh menjelaskan pinjaman penuh dalam tempoh yang pendek.

Kebaikan Dan Keburukan:
  • Kriteria untuk pendapatan/gaji minimum adalah rendah.
  • Jumlah pinjaman peribadi yang terhad dan kadar faedah yang tinggi.

Walaupun begitu, kebaikannya tetap mengalahkan keburukannya.

Proses permohonan produk ini senang untuk difahami, di mana jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM50,000 dan tempoh kelulusan tidak lebih daripada 10 minit!

2. Mach Pinjaman Peribadi I.O.U

Ciri-ciri:
  • Kadar faedah: 7% p.a. – 13.5% setahun.
  • Jumlah pinjaman maximum: RM250,000.
  • Tempoh kelulusan: Sehingga 1 jam.
  • Tempoh pinjaman: 2 hingga 7 tahun.
  • Pendapatan/gaji minimum: RM2,000 sebulan.
  • Umur: 21-60 tahun.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja.

Analisi produk:

Mach I.O.U pinjaman peribadi dari Hong Leong Bank terkenal untuk kadar kelulusan pinjaman yang tinggi.

Jika pinjaman peribadi anda ditolak oleh bank-bank lain, anda masih berpeluang untuk mendapatkan pinjaman produk ini.

Dengan permohonan online di laman web Mach by Hong Leong , ia mempercepatkan proses penglulusan pinjaman ini.

Anda hanya perlu mengemukakan kad pengenalan, slip gaji, EPF, penyata bank dan juga bil utiliti.

Kadar faedah pinjaman peribadi Mach I.O.U. mencecah sehingga 13.5% setahun, jadi anda perlulah membayar ansuran bulanan tepat pada masa.

Dengan itu, anda akan mendapat 20% pulangan tunai sebagai ganjaran.

Kebaikan Dan Keburukan:
  • Kadar kelulusan yang tinggi.
  • Kadar faedah yang tinggi.

Jika anda mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000, anda boleh memohon untuk pinjaman sehingga RM250,000!

Pinjaman ini terbaik untuk usahawan-usahawan baru atau peniaga kecil.

3. Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Aslah Swasta

Ciri-ciri:
  • Kadar faedah efektif: 9.22% – 23.38% setahun.
  • Jumlah pinjaman maximum: RM150,000.
  • Tempoh kelulusan: 5 hari bekerja.
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 10 tahun.
  • Pendapatan/gaji minimum: RM1,000 sebulan bagi jawatan tetap/RM8,000 bagi jawatan kontrak.
  • Umur: 18-60 tahun.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia yang bekerja di sektor swasta.

Analisi Produk:

Pinjaman peribadi ini sedikit berbeza daripada yang lain.

Hanya kakitangan sektor swasta yang berjawatan tetap boleh memohon untuk pinjaman peribadi ini.

Jika anda dalam lingkungan tersebut, tahniah!

Pinjaman peribadi Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Aslah Swasta terbaik untuk anda.

Kadar faedahnya lebih rendah berbanding dengan bank-bank lain. Anda tidak perlu peningkan kepala untuk menjelaskan ansuran bulan.

Permohonan pinjaman peribadi ini juga dikatakan mempunyai kadar kelulusan yang tinggi.

Malangnya, produk ini ada sedikit keburukannya. Tempoh kelulusan mengambil masa yang lama, dari 5 hari sehingga 2 minggu.

Tambahan pula, cara bayaran ansurannya tidak berapa sama dengan bank-bank yang lain.

Ia menawarkan kadar faedah yang lebih rendah jika peminjam memilih cara pembayaran seperti Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji majikan (PGM), dan pindahan gaji ke Bank Rakyat dan tunai.

Kebaikan Dan Keburukan:
  • Kadar faedah rendah.
  • Tempoh penglulusan yang panjang.

Walau bagaimanapun, ia juga menerima pembayaran secara tunai, dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Ini ialah pinjaman peribadi yang memberikan anda kadar faedah yang paling rendah berbanding bank lain.

Tunggu apa lagi? Mohon untuk pinjaman peribadi yang paling sesuai untuk anda sekarang!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: imoney