Thursday, December 15, 2016

Apa Itu Sistem 'Pin and Pay' Kad Debit Dan Kad Kredit?

Apa Itu Sistem 'Pin and Pay' Kad Debit Dan Kad Kredit?

Bermula 1 Julai 2017, tiada lagi transaksi yang melibatkan kad debit dan kad kredit yang memerlukan tandatangan, sebaliknya digantikan dengan hanya memasukkan 6 digit pin (password) untuk transaksi urusniaga tersebut diterima.

Sistem 'Pin and Pay'

Pengguna yang menggunakan sistem Pin and Pay ini juga akan memperoleh kemudahan pembayaran tanpa swipe, hanya sentuh dan pembayaran (dengan had tertentu) akan dilaksanakan secara automatik. Tiada pin perlu dimasukkan.

Selain itu, beberapa lagi info tambahan yang perlu anda tahu mengenai penukaran ke sistem Pin and Pay ini:

  • Transaksi melalui internet dan telefon tidak memerlukan kita memasukkan nombor pin.
  • Transaksi tanpa sentuh kurang dari RM250, tidak memerlukan kita memasukkan nombor pin, anda juga boleh hadkan jumlah nilai untuk transaksi ini.
  • Transaksi di pam stesen minyak layan diri tidak memerlukan anda memasukkan nombor pin. Jumlah prapembayaran (autodebit) akan dikenakan pada kad terlebih dahulu sebanyak RM200.
  • Transaksi di terminal kad yang tidak menyokong sistem Pin and Pay, masih perlu menurunkan tandatangan untuk pengesahan. 
  • Namun, dengan penetapan 1 Julai 2017 sebagai tarikh akhir penukaran sistem, saya pasti banyak peruncit akan tukarkan ke sistem baru.

Info Tentang Pin Sistem 'Pin and Pay'

1. Tentang PIN Sistem 'Pin and Pay'

a. Apa itu PIN?

PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, ialah kod rahsia yang diberikan kepada pemegang kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan mereka ialah pemilik sah kad pembayaran tersebut.

b. PIN untuk kad Malaysia mempunyai enam digit dan PIN anda mestilah sentiasa dirahsiakan dan jangan sekali-kali dicatatkan di mana-mana.

c. Mengapakah PIN lebih selamat daripada tandatangan?

Penggunaan PIN boleh membantu melindungi pengguna daripada penipuan akibat kehilangan atau kecurian kad kerana kedua-dua kad dan PIN diperlukan untuk membuat pembayaran. Oleh itu, anda perlu sentiasa merahsiakan PIN anda.

d. Mengapakah saya perlu mendapatkan kad baharu untuk menggunakan PIN?

Anda akan diberikan kad baharu kerana kad semasa anda tidak menyokong PIN untuk membolehkan pembayaran dibuat.

2. Cara Mendapatkan Pin Baru Sistem 'Pin and Pay'

a. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan PIN?

Pengeluar kad sepatutnya menghantarkan kad baharu kepada anda atau mengkehendaki anda memilih PIN baharu untuk kad PIN baharu anda. Hubungi pengeluar kad anda untuk maklumat lanjut.

b. Bolehkah saya menukar PIN saya?

Ya. Ikuti arahan yang disertakan oleh pengeluar kad. Hubungi pengeluar kad anda untuk maklumat lanjut.

c. Bolehkah saya terus menggunakan kad tandatangan saya selepas menerima kad PIN?

Tidak boleh. Semua pengeluar kad di Malaysia adalah dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia untuk menaik tarafkan kad pembayaran kepada PIN.

Pengeluar kad kredit anda akan menghantar kad kredit PIN baharu kepada anda sebelum penghujung 2016. Kad kredit tandatangan lama anda akan ditolak selepas 3 bulan pengeluar kad kredit anda telah menghantar kad PIN baharu.

Bagi kad debit PIN baharu, pengeluar kad anda akan sama ada meminta anda mengunjungi cawangan terdekat untuk mengambil kad PIN baharu, atau menghantarnya kepada anda. Anda mesti berhenti menggunakan kad debit tandatangan lama anda sebelum penghujung 2016, atau ianya mungkin ditolak.

d. Adakah PIN yang saya gunakan untuk membuat pembelian sama dengan PIN yang digunakan di ATM?

Ya. Setiap kad hanya mempunyai satu PIN yang boleh digunakan untuk pengeluaran wang tunai di ATM dan pembelian di tempat jualan.

e. Apakah yang akan berlaku jika saya memasukkan PIN yang salah?

Anda dibenarkan untuk membuat beberapa percubaan sebelum PIN anda disekat. Percubaan PIN yang terhad melindungi anda daripada kemungkinan kad anda digunakan oleh penjenayah. Jika PIN anda disekat, hubungi pengeluar kad anda untuk mendapatkan atau memilih sendiri PIN baharu.

f. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya terlupa PIN saya?

Apabila anda menggunakan kad PIN baharu sebelum 1 Julai 2017, tandatangan anda masih boleh digunakan jika anda terlupa PIN semasa membuat transaksi di tempat jualan.

Peruncit boleh membantu anda menyempurnakan transaksi dengan menggunakan tandatangan. Selepas 1 Julai 2017, anda tidak lagi dibenarkan menggunakan tandatangan di terminal tempat jualan di Malaysia jika anda tidak mengetahui PIN anda.

Sebagai langkah keselamatan, anda mesti memasukkan PIN anda di dispenser petrol automatik dan di terminal lain tanpa pengendali jika anda diminta memasukkan PIN, walaupun sebelum 1 Julai 2017.

Jika anda terlupa PIN anda, anda tidak akan dapat menggunakan kad di terminal tanpa pengendali ini.

Jika terlupa PIN, hubungi pengeluar kad anda untuk mendapatkan atau memilih sendiri PIN baharu.

3. Tentang Pembayaran Dengan PIN Sistem 'Pin and Pay'

a. Bolehkah saya menggunakan kad PIN untuk transaksi tanpa sentuh?

Ya. Jika kad tanpa sentuh anda mempunyai PIN, terminal akan meminta PIN selepas kad anda diimbas pada pembaca tanpa sentuh untuk amaun transaksi yang melebihi had tertentu. Walau bagaimanapun, transaksi tanpa sentuh yang bernilai kecil tidak memerlukan PIN atau tandatangan.

b. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui bila PIN diperlukan?

Anda hanya perlu mengikuti arahan pada terminal. Terminal pembayaran akan menentukan dan meminta PIN jika diperlukan.

c. Apakah yang akan berlaku jika saya menggunakan kad PIN baharu di terminal yang tidak menyokong PIN?

Dalam kes ini, terminal akan memproses kad PIN baharu anda tanpa meminta PIN dan tandatangan anda perlu disahkan.

d. Adakah PIN digunakan untuk transaksi kad melalui Internet atau telefon?

Tidak. PIN yang anda gunakan di terminal tempat jualan atau mesin ATM sama sekali tidak boleh didedahkan di Internet atau diberikan melalui telefon. Kad PIN anda tidak akan memberi kesan atau mengubah transaksi yang dibuat melalui Internet atau telefon.

e. Adakah saya perlu memasukkan PIN setiap kali saya menggunakan kad saya di Malaysia?

Tidak, bukan semua transaksi di tempat jualan memerlukan PIN:

  • Transaksi tanpa sentuh yang bernilai kecil tidak memerlukan PIN.
  • Transaksi yang dijalankan di terminal yang tidak menyokong PIN masih akan menggunakan tandatangan.

f. Adakah saya perlu memasukkan PIN setiap kali saya menggunakan kad di kios atau terminal layan diri di Malaysia?

Jika kios atau terminal layan diri tersebut menyokong PIN, ia akan meminta PIN apabila anda memasukkan kad ke dalam terminal.

Jika terminal meminta PIN, anda perlu tahu PIN anda dan mesti memasukkan PIN tersebut untuk menyempurnakan transaksi.

Jika anda tidak tahu PIN anda, atau anda tidak mempunyai kad dengan PIN, anda tidak boleh menggunakan kad anda di kios atau terminal layan diri yang menyokong PIN.

Contoh terminal layan diri ialah terminal pembayaran pada pam layan diri di stesen minyak.

Sehingga 1 Julai 2017, anda masih boleh menandatangani resit di terminal berjaga jika anda tidak tahu PIN anda.

Walau bagaimanapun, langkah ini tidak boleh dilakukan di terminal layan diri kerana ianya tidak berjaga, iaitu tiada juruwang atau pengendali untuk mengesahkan tandatangan anda.

Oleh itu, anda perlu sentiasa memasukkan PIN jika terminal layan diri itu menyokong PIN.

Jika anda tidak tahu PIN anda, atau anda tidak mempunyai kad dengan PIN semasa menggunakan pam layan diri di stesen minyak, anda boleh masuk ke dalam kedai untuk membayar dan menandatangani resit di terminal berjaga.

g. Adakah saya perlu memasukkan PIN apabila saya menggunakan kad di luar negara?

Jika anda telah menerima kad PIN yang baharu dan akan ke luar negara, pastikan anda mempunyai PIN untuk kad anda sebelum meninggalkan Malaysia.

Negara-negara yang belum berhijrah ke PIN akan masih memerlukan tandatangan anda sebagai pengesahan pembayaran kad.

Namun begitu, sesetengah negara akan memerlukan PIN untuk menyempurnakan transaksi pembayaran kerana kad anda disokong oleh system PIN.

Sekiranya anda masih belum mempunyai PIN untuk kad PIN anda, ikuti arahan yang telah diberikan oleh pengeluar kad anda tentang cara-cara untuk mendapatkan PIN, atau hubungi pengeluar kad anda untuk keterangan lanjut.

h. Malaysia telahpun beralih kepada PIN 6 digit. Adakah saya akan menghadapi masalah apabila menggunakan kad pembayaran PIN saya di negara-negara yang menggunakan PIN 4 digit?

Peraturan skim kad antarabangsa memerlukan kesemua terminal menerima PIN 4 hingga 6 digit secara global.

Anda tidak sepatutnya menghadapi apa-apa isu apabila menggunakan kad PIN 6 digit anda di luar negara.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah di mana-mana terminal luar negara yang tidak mematuhi peraturan skim, anda boleh memohon peniaga untuk membenarkan anda menyempurnakan transaksi tersebut menggunakan tandatangan, atau anda boleh memilih kaedah pembayaran yang lain sekiranya peniaga enggan membenarkan penggunaan tandatangan.

Untuk apa-apa kesulitan dengan terminal luar negara, sila hubungi bank pengeluar anda untuk bantuan.

4. Tentang Isu Keselamatan Sistem 'Pin and Pay' Anda

a. Bagaimanakah saya dapat memastikan PIN saya selamat?

Penting bagi anda untuk merahsiakan PIN supaya kad anda dilindungi daripada penipuan akibat kehilangan dan kecurian.

Pastikan PIN anda tidak mudah diteka dengan mengelakkan penggunaan nombor yang boleh dikaitkan dengan anda seperti tarikh peribadi yang penting (contohnya, hari lahir atau hari ulang tahun anda), nombor telefon atau nombor lesen pemandu.

Antara langkah-langkah lain bagi memastikan keselamatan PIN anda termasuk:
tidak menyimpan rekod bertulis tentang PIN anda;

  • Tidak membenarkan orang lain melihat PIN anda semasa anda memasukkannya atau semasa ia dipaparkan;
  • Tidak menyimpan PIN anda dalam bentuk yang mudah dikenal pasti sebagai PIN;
  • Tidak mendedahkan PIN anda kepada sesiapa pun (termasuk pihak berkuasa, ahli keluarga atau pasangan);
  • Tidak mendedahkan PIN anda akibat kecuaian atau kelalaian;
  • Memaklumkan pengeluar kad dengan segera jika anda menyedari bahawa PIN anda telah diketahui oleh orang lain; dan
  • Memastikan mana-mana pemegang kad tambahan yang boleh mengakses mana-mana Akaun Kad anda dengan menggunakan PIN supaya memastikan kerahsiaan PIN mereka dengan cara yang dinyatakan di atas.

Untuk info tambahan bagi anda memahami sistem Pin and Pay ini, boleh layari laman web berikut, https://pinandpay.com.my/bm/pemegangkad.html

Jadi, kepada anda yang masih belum menukar kad debit atau kredit ke sistem Pin and Pay ini, sila lakukan dengan segera.

BACA INI JUGA: Rahsia Kenapa Bank Kekurangan Wang Tunai Dan Bagaimana Wang 'Atas Angin' Dicipta!

-SENTIASAPANAS.COM

Apa Itu Kad Debit, Adakah Ianya Selamat Dan Bagaimana Kad Berfungsi?

Apa Itu Kad Debit, Adakah Ianya Selamat Dan Bagaimana Kad Berfungsi?

Kad debit adalah kad plastik yang membolehkan anda untuk mendebit, membayar atau menggunakan wang terus dari akaun anda tanpa perlu mengeluarkan wang kertas.

Kad Debit

Ini kerana bagi sebahagian dari kita, membawa wang tunai fizikal adalah sangat berisiko, menjadikannya bukan sahaja menyusahkan tetapi sukar untuk menguruskan cara anda berbelanja. Itulah salah satu sebab mengapa kad debit diperkenalkan.

Seperti buku cek, kad debit biasanya diberikan bersama-sama dengan produk perbankan yang lain (cth. apabila anda membuka akaun semasa atau simpanan baru).

Dalam beberapa cara, kad debit adalah sama dengan kad kredit, tetapi ia hanya berfungsi apabila terdapat wang di dalam akaun anda.

Kelebihan kad debit adalah ia membolehkan pemegangnya iaitu anda untuk mendebitkan atau membayar di mana-mana kedai yang mempunyai lesen tertentu asalkan akaun anda mempunyai cukup wang di dalam akaun.

Kadang-kala, kad debit dikatakan sebagai setengah kad ATM dan setengah kad kredit disebabkan kad debit yang dikeluarkan oleh bank-bank membolehkan anda untuk menikmati hak eksklusif dan diskaun yang diberikan kepada pemegang kad kredit.

Bagaimanakah Kad Debit Berfungsi?


Apabila anda membuat transaksi dengan menggunakan kad debit, wang ditolak serta-merta daripada akaun semasa atau simpanan anda kerana kad tersebut dikaitkan terus ke akaun bank anda dengan cara elektronik.

Apabila kad debit digunakan di mana-mana kedai yang menerima kad debit, ia menolak wang daripada akaun anda secara online dan dimasukkan secara automatik ke akaun pekedai tersebut. Kedai tersebut menerima wang (masuk secara online ke dalam akaunnya) serta merta.

Transaksi jenis ini adalah berlainan daripada penggunaan kad kredit, yang menggunakan wang yang dipinjam dari bank atau institusi kewangan.

Sesetengah kad debit akan memerlukan tandatangan anda apabila transaksi sedang diproses seperti kad kredit, manakala kad debit yang lain menggunakan nombor pin untuk pengesahan.

Ini dilakukan sebagai langkah keselamatan tambahan kerana hanya anda akan tahu nombor PIN anda.

Sistem Pin and Pay

Bagaimanapun, bermula 1 Januari 2017, semua bank-bank di Malaysia akan mula menggunakan sistem Pin and Pay untuk semua jenis kad debit dan kad kredit, atas arahan Bank Negara Malaysia.

Sistem ini dipercayai berupaya untuk mengekang penipuan kad kredit, dan kad debit.

Ini bermakna setiap transaksi menggunakan kad kredit dan debit hanya perlu memasukkan nombor pin untuk pengesahan. Manakala tiada tandatangan diperlukan.

Semua pemegang kad ATM yang lama WAJIB menukar kepada kad MyDebit kerana bermula 1 Januari 2017, penggunaan kad yang tidak ditukar kepada MyDebit akan terjejas dalam urusniaga pengeluaran di mesin ATM atau pembelian runcit di terminal Pin & Pay.

Terdapat beberapa faktor yang anda perlu tahu apabila anda memilih kad debit seperti;

Had

Sesetengah kad debit tidah dibenarkan untuk digunakan untuk semua jenis transaksi. Contohnya, anda tidak boleh membuat urus niaga dalam talian atau pembelian kad debit daripada peniaga tertentu.

Kad debit biasanya mempunyai had maksimum yang anda boleh dicaj, walaupun ia adalah pilihan anda untuk menetapkan had yang dikehendaki.

Akaun Simpanan Yang Dikaitkan

Ia adalah idea yang baik untuk mempertimbangkan untuk menghubungkan kad debit anda kepada akaun yang sepadan dengan tabiat berbelanja anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua akaun bank boleh 'link' dengan kad debit.

Yuran Dan Bil

Kad debit mungkin mempunyai yuran yang anda perlu bayar apabila anda memohon untuk kad debit. Kebanyakan orang biasanya tidak mempertimbangkan yuran ini.

Bayaran boleh termasuk:

Yuran Tahunan:

  • Bank yang mengeluarkan kad debit mungkin memerlukan anda untuk membayar yuran tahunan seperti yang dilakukan dengan kad kredit. 
  • Walau bagaimanapun, yuran tahunan kad debit biasanya adalah lebih kurang daripada kad kredit.

Pengeluaran ATM:

  • Beberapa bank boleh menawarkan bilangan percuma pengeluaran ATM tertentu, tetapi mula mengenakan caj selepas itu.

Yuran Penggantian Kad:

  • Jika anda menghilangkan kad anda dan mahu penggantian, bank mungkin mengenakan anda caj untuk ini.

Kepentingan Dan Faedah Kad Debit

Pemegang kad debit akan menikmati keistimewaan dan diskaun tertentu seperti;

Rebat Tunai:

  • Manfaat rebat tunai pada kad debit biasanya adalah kurang baik daripada yang ditawarkan oleh kad kredit.

Mata Ganjaran:

  • Sama seperti kad kredit, sesetengah kad debit memberikan anda mata ganjaran setiap kali anda menggunakan kad anda.

Diskaun:

  • Sebagai pemegang kad debit, anda juga boleh menikmati diskaun dan keistimewaan yang ditawarkan oleh bank-bank dan peniaga yang terbabit.

Kelebihan Dan Keburukan Kad Debit

Apabila anda menggunakan kad debit, anda tidak akan berada dalam hutang dengan bank kerana jumlah pembelian ditolak terus dari akaun simpanan yang dikait dengannya.

Satu kelemahan menggunakan kad debit adalah bahawa anda hanya boleh menggunakan wang yang anda ada di dalam akaun simpanan yang dikait dengan kad debit.

Sebarang transaksi yang melebihi baki bank anda akan sama ada tidak diluluskan, atau menyebabkan bank mengenakan anda yuran overdraf.

Istilah Biasa Kad Kredit

PIN:

  • Ini bermaksud “Personal Identification Number” (Nombor Pengenalan Peribadi). 
  • PIN adalah seperti kata laluan – ia adalah satu siri digit yang digunakan semasa urus niaga untuk mengesahkan bahawa anda adalah pemegang kad.

Pengeluar Kad Debit:

  • Ini merujuk kepada bank atau mana-mana institusi kewangan lain yang mengeluarkan kad debit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara 'Meletakkan' Gambar Pilihan Sendiri Di Kad ATM Maybank

Sumber: iMoney