Wednesday, July 04, 2018

VAR Ragut Keaslian Piala Dunia 2018

VAR Ragut Keaslian Piala Dunia 2018

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mula memperkenalkan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) buat pertama kali pada kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

VAR Ragut Keaslian Piala Dunia 2018

Bagaimanapun, penggunaan VAR pada Piala Dunia kali ini telah menimbulkan banyak persoalan dan pertikaian yang tidak berkesudahan ekoran beberapa keputusan kontroversi berlaku pada perlawanan peringkat kumpulan lagi.

Apa tidaknya, teknologi tersebut telah menyumbang sejumlah 24 penalti setakat ini, sekali gus memecahkan rekod penalti paling tinggi sejak 28 tahun lalu.

Berbeza dengan kejohanan Piala Dunia 1990 di Itali, 1998 (Perancis) dan 2002 (Jepun dan Korea) yang menyaksikan hanya 18 penalti direkodkan, manakala Piala Dunia 2014 di Brazil mencatatkan 13 penalti.

Justeru, ramai pemain bola sepak, pengurus, jurulatih serta peminat mula mempersoalkan penggunaan teknologi tersebut termasuk hujah bahawa pengadil dan beberapa pembantu pengadil (pasukan VAR berpusat) masih melakukan kesilapan berdasarkan keputusan VAR.

Jadi, bagaimana keputusan akan menjadi jelas?

Setakat ini, sejumlah 10 daripada 24 penalti yang diberikan adalah menerusi keputusan semakan VAR.

Sebenarnya, teknologi VAR akan menjadi rujukan apabila berlaku tiga insiden utama iaitu gol, pemberian penalti dan layangan kad merah selain melibatkan kes mengenal pasti pemain jika berlaku kesilapan identiti.

Pertamanya, bila berlaku sesuatu insiden di atas padang, pengadil akan memaklumkan kepada pasukan VAR atau pasukan VAR sendiri akan mengesyorkan kepada pengadil bahawa keputusan mahupun kejadian itu harus disemak semula.

Seterusnya, pasukan VAR akan melakukan semakan dan kajian terhadap insiden terbabit menerusi rakaman video sebelum memberi nasihat kepada pengadil menerusi alat dengar yang terpasang di telinganya.

Jika pengadil masih ragu-ragu, dia boleh memutuskan untuk menyemak rakaman video yang disediakan di tepi padang sebelum membuat keputusan atau pengadil terbabit boleh menerima nasihat pasukan VAR untuk memutuskan tindakan yang sesuai.

Pasukan VAR pula terdiri daripada tiga pembantu pengadil (AVAR1, AVAR2 dan AVAR3) dan kesemua mereka merupakan pegawai tertinggi FIFA.

VAR Ragut Keaslian Piala Dunia 2018

Jawatankuasa Pengadil FIFA telah memilih 13 pengadil untuk pasukan VAR sepanjang kejohanan Piala Dunia di Rusia.

Pasukan VAR itu akan membantu pengadil daripada Bilik Operasi Video (VOR) yang berpusat di Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) di Moscow.

Segala rakaman yang relevan daripada 12 stadium akan dibekalkan kepada VOR menerusi rangkaian optik fiber, manakala pengadil di atas padang di setiap stadium pula boleh berhubung dengan pasukan VAR menggunakan sistem radio fiber yang canggih.

Pasukan VAR itu boleh mengakses 33 kamera penyiaran dengan lapan daripadanya merupakan kamera gerakan super perlahan termasuk empat kamera gerakan ultra perlahan. Sebagai tambahan, mereka juga boleh mengakses dua kamera offside.

Dalam memastikan semua peminat bola sepak di stadium mahupun yang menonton televisyen dapat maklumat, mereka akan dimaklumkan mengenai proses semakan VAR dan FIFA telah membangunkan sistem pemberitahuan kepada badan penyiaran, pengulas sukan serta infotainment.

Mungkin bagi FIFA, penggunaan VAR pada Piala Dunia kali ini dilihat cuba menjadikan perlawanan bola sepak itu sempurna, namun pada penulis, ia menyebabkan sukan itu hilang keindahannya.

Sebagai peminat bola sepak, sudah pastinya penulis ingin menjangkakan sesuatu akan berlaku setiap kali bola berlegar di kawasan kotak penalti kerana jika seseorang pemain terjatuh, ia akan membuat semua orang cemas.

Lazimnya, semua pandangan akan tertumpu kepada pengadil sama ada akan ada penalti atau sebaliknya.

Tetapi kini, setiap insiden itu akan disemak dan dikaji, akhirnya ia mempengaruhi keputusan pengadil untuk memberi atau tidak penalti itu berbanding tindakan secara spontan atau lebih semula jadi.

Bukan bermaksud menolak kemodenan, namun bukan semua perkara harus diasimilasi dengan teknologi bagi memastikan keasliannya tetap terpelihara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

5 Rekod Piala Dunia 2018 Yang Berjaya Dipecahkan

5 Rekod Piala Dunia 2018 Yang Berjaya Dipecahkan

Tahun ini, Rusia menjadi tuan rumah dan disebabkan perbezaan zon waktu dengan Malaysia, maka peminat bola sepak di Malaysia terpaksa bersengkang mata pada waktu malam dan tengah pagi untuk menonton perlawanan di kaca televisyen.

Jaringan gol pada lewat babak permainan, ketegangan antara pemain atas padang dan keputusan perlawanan yang mengejutkan merupakan antara drama wajib untuk pertandingan besar di Piala Dunia.

Setiap kali Piala Dunia juga, kita akan menyaksikan rekod-rekod baru yang dicipta atau dipecahkan.

Kali ini, kami ingin berkongi 5 rekod sepanjang zaman yang sudah berjaya di pecahkan pada penganjuran Piala Dunia 2018 di Rusia.

1. Gol jaringan sendiri paling banyak

5 Rekod Piala Dunia 2018 Yang Berjaya Dipecahkan

Kejohanan Piala Dunia 2018 ini juga menyaksikan satu rekod pelik terhasil, iaitu jumlah gol sendiri paling banyak terhasil.

Untuk perlawanan peringkat kumpulan sahaja, 7 gol jaringan sendiri telah direkodkan. Paling menarik, jumlah ini merupakan untuk perlawanan peringkat kumpulan sahaja.

Rekod sebelum ini adalah 6 gol jaringan sendiri yang direkodkan pada Piala Dunia 1998.

Jumlah gol jaringan sendiri yang dicipta pada kali ini mungkin bertambah memandangkan terdapat banyak lagi perlawanan peringkat kalah mati sehingga pusingan akhir.

2. Penalti paling banyak dalam Piala Dunia

Sepakan penalti merupakan antara peluang termudah bagi sesuatu pasukan untuk mendapatkan jaringan gol.

Tahukah anda, ketika perlawanan peringkat kumpulan baru sahaja tamat, kejohanan Piala Dunia kali ini sudahpun mencatatkan jumlah sepakan penalti paling banyak dalam sejarah penganjuran PIala Dunia.

Untuk perlawanan peringkat kumpulan sahaja, 22 sepakan penalti telah diberikan oleh pengadil.

Daripada 22 sepakan penalti ini, 17 gol berjaya dijaringkan sementara baki 5 lagi sepakan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol atau tersasar keluar.

Jumlah ini pastinya akan bertambah memandangkan terdapat banyak lagi perlawanan di peringkat kalah mati sehinggalah ke perlawanan akhir.

Walau bagaimanapun, rekod ini tidak mengejutkan memandangkan buat pertama kalinya Piala Dunia menggunakan teknologi Video Assistant Referee (VAR).

VAR ini membolehkan pengadil menyemak keputusan yang dibuat terhadap sesuatu kesalahan yang dibuat oleh pengadil.

3. Pengurus paling banyak hadir ke Piala Dunia dengan pasukan sama

5 Rekod Piala Dunia 2018 Yang Berjaya Dipecahkan

Pengurus pasukan Uruguay, Óscar Tabárez merupakan pengurus tertua di Piala Dunia edisi kali ini.

Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan pemegang rekod pengurus paling banyak hadir ke Piala Dunia iaitu sebanyak 4 kali.

Menariknya, kesemua ini dilakukan bersama satu pasukan sahaja, iaitu Uruguay.

Beliau sudah berada dalam pasukan pengurusan sejak 1980 lagi.

Selepas Piala Dunia 1990, beliau meninggalkan pasukan Uruguay untuk menguruskan pasukan kelab sehingga 2001 sebelum bersara selama beberapa tahun sebagai pengurus.

Selepas kegagalan pasukan Uruguay layak ke Piala DUnia 2006, beliau telah kembali memangku jawatan pengurus Uruguay dan sejak itu, Uruguay layak ke semua edisi Piala Dunia hinggalah Piala Dunia 2018.

Óscar Tabárez juga dianggap penyelamat bagi pasukan bola sepak Uruguay.

Selepas mengambil alih sebagai pengurus pada 2010, pasukan Uruguay berjaya menjadi juara Piala Copa America pada tahun 2011.

Malah, pencapaian Uruguay setakat ini di Piala Dunia sangat mengagumkan.

Dengan kehadiaran pemain hebat seperti Edinson Cavani dan Luiz Suarez pasukan Uruguay berkemungkinan besar boleh pergi lebih jauh.

4. Pemain paling tua menjaringkan hatrik

5 Rekod Piala Dunia 2018 Yang Berjaya Dipecahkan

Status Cristiano Ronaldo sebagai penyerang hebat tidak boleh dipertikaikan lagi sama ada diperingkat kelab mahupun antarabangsa.

Malah, beliau merupakan antara pemain yang memegang banyak rekod dalam bola sepak peringkat kelab dan antarabangsa.

Jaringan pertamanya daripada sepakan penalti pada perlawanan peringkat kumpulan menentang Sepanyol menjadikan beliau pemain ke 4 yang menjaringkan gol dalam 4 kejohanan Piala Dunia selepas Pele, Uwe Seeler dan Miroslav Klose.

Menariknya, selepas jaringan tersebut, Ronaldo menjaringkan 2 lagi gol bagi membolehkan Portugal seri dengan Sepanyol.

Jaringan hatriknya dalam perlawanan tersebut menjadikan beliau sebagai pemain paling tua yang menjaringkan hatrik di kejohanan Piala Dunia pada usia 33 tahun dan 131 hari.

Rekod sebelum ini dipegang oleh pemain Belanda yang menjaringkan hatrik ketika berusia 30 tahun dan 336 hari pada perlawan menentang Iran.

5. Pemain tertua bermain di Piala Dunia

5 Rekod Piala Dunia 2018 Yang Berjaya Dipecahkan

Kehebatan pemain hebat Mesir, Mohamed Salah di peringkat kelab tidak dapat diterjemahkan pada penampilannya untuk pasukan kebangsaan Mesir di Piala Dunia kali ini kerana faktor kecederaan.

Malah, beliau juga disisihkan pada perlawanan pertama yang menyaksikan Mesir tewas kepada Uruguay.

Menjelang perlawanan ketiga peringkat kumpulan, Mesir sudah pun tidak layak memandangkan mereka sudah tewas dua perlawanan pertama.

Menyedari realiti ini, Mesir mengambil keputusan menurunkan penjaga gol simpanannya Essam El-Hadary.

Ini menjadikan beliau sebagai pemain tertua yang bermain di Piala Dunia 2018 pada usia 45 tahun dan 61 hari.

Sebelum ini, rekod pemain tertua dipegang oleh penjaga gol pasukan Colombia, Faryd Mondragon yang masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan menentang Jepun pada Piala Dunia 2014.

Pada ketika itu, beliau berusia 43 tahun dan 6 hari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Monday, July 02, 2018

5 Pemain Bintang Yang Gagal Di Piala Dunia 2018

5 Pemain Bintang Yang Gagal Di Piala Dunia 2018

Sejak diperkenalkan, Piala Dunia menjadi medan buat para pemain handal bola sepak untuk menonjolkan bakat mereka bagi merebut peluang untuk menyertai pasukan terbaik dunia.

Kejohanan itu turut menjadi pentas untuk melihat nama-nama besar dalam bola sepak yang gagal mempamerkan potensi mereka.

Berikut adalah antara lima pemain yang diletakkan harapan tinggi sebelum Piala Dunia 2018 berlangsung, tetapi telah menghampakan peminat bola sepak sekali gus membuatkan nilai mereka turut terjejas:

1. Jerome Boateng

5 Pemain Bintang Yang Gagal Di Piala Dunia 2018

Sebelum Piala Dunia 2018 bermula, Manchester City dan Manchester United dikatakan sedang merancang untuk mendatangani pemain Bayern, Boateng.

Malangnya, persembahan yang diberikan ketika piala dunia kali ini memberi kemungkinan bahawa kelab-kelab bola sepak itu sudah tidak berminat untuk mengambilnya.

Corak permainan Boateng beralih daripada buruk kepada amat teruk dalam perlawanan Jerman menentang Sweden yang menyebabkan dia digantung dalam perlawanan akhir negara itu.

2. Adem Ljajic

5 Pemain Bintang Yang Gagal Di Piala Dunia 2018

Ramai yang menyangka Ljajic akan melakar kejayaan buat pasukan Serbia, tapi malangnya dia seperti tidak berbakat dan dilihat sebagai 'non-entity' untuk baki perlawanan kejohanan yang berlangsung di Rusia itu.

3. Manuel Neuer

5 Pemain Bintang Yang Gagal Di Piala Dunia 2018

Hampir sedekad bintang Bayern ini diangggap sebagai penjaga gol terbaik di dunia namun, selepas Jerman gagal melayakkan diri pada peringkat kalah mati, seluruh pasukan itu kini dalam pemerhatian yang ketat dan Neuer menerima kritikan yang hebat susulan kekalahan itu.

4. Raheem Sterling

5 Pemain Bintang Yang Gagal Di Piala Dunia 2018

Dalam perlawanan pembukaan England menentang Tunisia, Sterling bermain sangat lemah dan mensia-siakan banyak peluang mudah yang diberikan kepadanya.

Sebelum ini, Real Madrid dikhabarkan sedang mengintai Sterling, tapi persembahannya yang menghampakan pada Piala Dunia sudah tentu memberikan kesan pada harga pemain itu.

5. Nicolas Otamendi

5 Pemain Bintang Yang Gagal Di Piala Dunia 2018

Otamendi mungkin memperoleh banyak pujian bagi persembahannya untuk Manchester City ketika kempen kemenangan Liga Perdana mereka, tetapi prestasinya dilaporkan amat mengecewakan pada Piala Dunia 2018.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Friday, June 22, 2018

Video Gol Croatia Aibkan Argentina 3-0 Di Piala Dunia FIFA 2018

Video Gol Croatia Aibkan Argentina 3-0 Di Piala Dunia FIFA 2018

Croatia melakar kejutan terbesar Piala Dunia 2018 apabila atasi pasukan pilihan Agentina 3-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D Piala Dunia, sekali gus mengesahkan tempat ke peringkat 16 terakhir lebih awal.

Video Gol Croatia Aibkan Argentina 3-0 Di Piala Dunia FIFA 2018

Tiga gol dijaringkan oleh Ante Rebic pada minit ke-53, diikuti kapten Luka Modric 27 minit kemudian, sebelum Ivan Rakitic melengkapkan kemenangan bergaya pada masa kecederaan babak kedua di Stadium Nizhny Novgorod.

Juara dunia dua kali, Argentina yang dibintangi penyerang prolifik Barcelona, Lionel Messi berdepan dengan misi paling sukar untuk mara ke peringkat kalah mati selepas hanya memungut satu mata daripada dua perlawanan.

Manakala Croatia muncul pendahulu Kumpulan D dengan enam mata, menyebabkan bekas rakan sepasukannya, Pablo Zabaleta meminta Messi perlu bersara daripada peringkat antarabangsa jika Argentina terkandas.

“Saya berasa sangat kasihan dengan Lionel Messi,” katanya kepada BBC. Messi gagal menyerlahkan permainan terbaiknya ketika Argentina tewas kepada Croatia sekali gus berdepan dengan penyingkiran awal.

Zabaleta, yang merupakan sebahagian tonggak yang muncul finalis edisi 2014, percaya sudah tiba masanya bintang kelab Barcelona berkenaan menamatkan kerjaya antarabangsanya sekiranya mereka gagal mencapai pusingan 16.

“Ini peluang terakhir untuk memenangi sesuatu bersama Argentina jadi, saya tidak akan terkejut jika selepas ini dia bersara daripada bola sepak antarabangsa. Dia pasti sangat kecewa dan terpaksa tunggu empat tahun lagi di Qatar.”

Argentina tumbang susulan kesilapan Willy Caballero yang memberi ruang kepada jaringan pembukaan Rebic pada minit ke-53 manakala jaringan Modric dan Rakitic pada penghujung permainan menambah lagi duka Argentina.

Mengulas lanjut, Zabaleta berkata sukar untuk menjelaskan prestasi skuad kebangsaannya selain memberi amaran kepada barisan pemain bahawa penyokong tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang pencapaian buruk.

“Penyokong di Argentina pasti berasa sangat marah sekarang. Mereka menaruh harapan besar kepada barisan pemain ini. Mereka sangat dahagakan kejayaan Piala Dunia dan pasti tidak akan menerima keputusan ini.

“Saya tidak pernah melihat persembahan seperti ini yang dipamerkan oleh Argentina, langsung tidak pernah. Kurangnya semangat dan ia sangat aneh untuk disaksikan,” ujar beliau lagi.

Mario Kempes, sebahagian daripada pemenang Piala Dunia Argentina 1978, turut senada dengan Zabaleta serta melabel pemain-pemain mempamerkan prestasi cukup “memalukan”.

“Persembahan memalukan, penyingkiran semakin dekat dalam setiap perlawanan.

"Apabila kita jangka kebangkitan dalam perlawanan kedua, adalah sangat mengejutkan kerana berlangsung lebih buruk daripada yang pertama."

Sayonara Argentina.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: mynewshub

Wednesday, June 20, 2018

Sumpahan 'Juara Tak Bertahan' Piala Dunia FIFA

Sumpahan 'Juara Tak Bertahan' Piala Dunia FIFA

Status selaku juara bertahan Piala Dunia FIFA kerap menjadi sumpahan pada aksi pertama sesebuah pasukan 'juara tak bertahan' di kejohanan berprestij tersebut.

Sumpahan-juara-bertahan

Kali ini, pada tanggal 17 Jun 2018 di bumi Rusia, Stadium Luzhniki, menjadi saksi kekalahan juara dunia 2014, Jerman di tangan Mexico hasil jaringan tunggal Hirving Lozano pada minit ke 35.

Sebelum ini, antara juara bertahan lain yang pernah tumpas pada aksi pertama mereka ialah Argentina (1990, 1-0 kepada Cameroon) dan Perancis (2002, 1-0 kepada Senegal).

Namun, siapa yang menjangka Jerman yang mempunyai tradisi hebat dalam saingan Piala Dunia juga akan terkena "Sumpahan Juara Bertahan"?

Kini, sama ada Jerman mahu mengikut jejak Argentina pada 1990 yang bangkit selepas kekalahan pertama dan mara ke final ataupun mengikut jejak Perancis yang tersingkir di peringkat kumpulan pada 2002.

Apa pun, penulis bersetuju dengan pandangan bekas pemain Jerman, Christian Ziege yang mengatakan beliau tidak terkejut dengan kekalahan kepada Mexico.

Pandangan Ziege adalah berlandaskan peningkatan Mexico di peringkat antarabangsa dalam tempoh lima hingga enam tahun ini.

Perlu diingat, Mexico juga adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik London 2012 dan barisan remaja mereka juga pernah meraih kejuaraan Piala Dunia FIFA Bawah 17 Tahun pada 2005.

Hampir keseluruhan 23 pemain dalam skuad Mexico di Piala Dunia 2018 juga beraksi di luar negara mereka dan juga di Eropah yang membuktikan kualiti pasukan mereka.

Apa pun, ia hanya aksi pertama Jerman dalam saingan Kumpulan F dan bakal berdepan Sweden dan Korea Selatan selepas ini.

Di atas kertas, Joachim Low jelas mempunyai skuad bertaraf dunia dalam kalangan 23 pemain mereka di Piala Dunia kali ini.

Pemain-pemain seperti Thomas Muller, Mesut Ozil dan juga Mats Hummels turut mempunyai pengalaman untuk segera bangkit daripada situasi sukar yang mereka alami kini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: stadiumastro

Thursday, June 07, 2018

8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Kejohanan Piala Dunia edisi 2018 akan membuka tirainya tidak lama lagi dan sudah tentu tumpuan akan diberikan kepada pemain terkemuka dunia seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Namun begitu, Mirror Sport menyenaraikan beberapa pemain muda yang dijangka akan menyinar pada temasya empat tahun sekali itu.

1. Cristian Pavon
  • Negara: Argentina
  • Kelab: Boca Juniors
  • Umur: 22 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Pemain sayap muda ini adalah satu daripada tiga pemain yang berpangkalan di Rusia dan dimasukkan dalam senarai skuad kebangsaan untuk aksi final di Rusia.

Jorge Sampaoli menaruh harapan tertinggi terhadap pemain lincah, tangkas dan mengubah corak permainan untuk finalis 2014.

2. Rodrigo Bentancur
  • Negara: Uruguay
  • Kelab: Juventus
  • Umur: 20 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Bentancur jarang dinamakan dalam skuad kesebelasan utama Juventus sejak berhijrah dari Boca Juniors tetapi mendapat kepercayaan penuh ketika bertemu Barcelona dan Real Madrid pada aksi Liga Juara-Juara.

Disamakan dengan Nemanja Matic kerana saiz fizikal dan kelincahannya di bahagian tengah tetapi keupayaan teknikalnya berjaya menyerlahkan bakat pemain itu.

3. Kylian Mbappe
  • Negara: Perancis
  • Kelab: Paris Saint-Germain
  • Umur: 19 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Cemerlang semasa kejayaan Monaco pada Ligue 1 bagi musim 2016-2017 sebelum menyertai PSG musim panas lalu.

Menjaringkan 47 gol dalam 88 perlawanan di peringkat kelab sejak dua tahun lalu tetapi masih tercari-cari rentak di peringkat antarabangsa.

4. Timo Werner
  • Negara: Jerman
  • Kelab: RB Leipzig
  • Umur: 22 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Muncul penjaring gol terbanyak dalam Bundesliga apabila dia mengetuai musim pertama RB Leipzig yang menakjubkan dalam liga utama Jerman di mana mereka menamatkan kempen sulung di tempat kedua di belakang Bayern Munich.

5. Hirving Lozano
  • Negara: Mexico
  • Kelab: PSV Eindhoven
  • Umur: 22 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Menjaringkan 19 gol dalam semua perlawanan pada musim pertamanya ketika PSV menjulang trofi Liga Belanda.

Seorang yang lincah ketika di atas padang dan memainkan peranan besar dalam memacu Mexico melepasi peringkat kumpulan buat tujuh kali berturut-turut.

6. Ousmane Dembele
  • Negara: Perancis
  • Kelab: Barcelona
  • Umur: 21 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Pemain Perancis kedua dalam senarai, Dembele dalam proses untuk menyinar kembali selepas jarang diturunkan bersama Barcelona kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Menyertai Barcelona sebagai pengganti Neymar pada Ogos 2017 lalu tetapi bergelut dengan kecederaan paha sehingga terpaksa direhatkan selama empat bulan.

7. Sergej Milinkovic-Savic
  • Negara: Serbia
  • Kelab: Lazio
  • Umur: 23 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Menyertai Lazio dari Genk pada 2015, pemain tengah serba boleh dan mencipta rekod cemerlang pada musim 2017-2018.

Menjaringkan 15 gol ketika skuad kendalian Simone Inzaghi terlepas slot ke pentas Liga Juara-Juara.

8. Trent Alexander-Arnold
  • Negara: England
  • Kelab: Liverpool
  • Umur: 19 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Pemain muda Liverpool itu diserapkan dalam skuad utama dan menggantikan posisi Nathaniel Clyne yang mengalami kecederaan panjang.

Melakukan 33 penampilan termasuk 12 dalam aksi Liga Juara-Juara.

132 peminat fanatik dilarang ke Rusia

Sementara itu, Polis Metropolitan Scotland Yard London telah mengarahkan 132 peminat fanatik bola sepak negara itu agar menyerahkan pasport masing-masing, kerana berdepan larangan ke Rusia untuk menonton Piala Dunia 2018, lapor agensi berita Xinhua.

Warga London yang disabitkan dengan kesalahan berkaitan bola sepak tertakluk kepada peraturan tidak dibenarkan ke luar negara untuk menyokong pasukan England.

Jika gagal menyerahkan pasport, mereka bakal berdepan tindakan dan ditahan polis.

Bagi memudahkan urusan penyerahan dan pengumpulan pasport, pegawai polis akan ditempatkan di balai polis seluruh London.

Di samping itu, polis juga akan ditugaskan di Lapangan Terbang Heathrow untuk memantau.

Kira-kira 10,000 peminat England dijangka berlepas ke Rusia bagi menyaksikan Piala Dunia yang dijadual bermula 14 Jun.

Pihak berkuasa Rusia turut memperketatkan kawalan untuk memastikan kejadian tidak diingini berulang membabitkan peminat Rusia dan Inggeris seperti mana yang berlaku di Marseilles pada kejohanan Euro 2016.

BINTANG TERSOHOR TAPI TIDAK BERJAYA MASUK KE PIALA DUNIA 2018

Sementara itu, laman web Sportmails telah menyenaraikan nama-nama pemain hebat yang malangnya tidak akan menyertai Piala Dunia di Rusia pada musim panas ini.
  1. Jan Oblak (Atletico Madrid dan Slovenia)
  2. Antonio Valencia (Manchester United dan Ecuador)
  3. Virgil van Dijk (Liverpool dan Belanda)
  4. Leonardo Bonucci (AC Milan dan Itali)
  5. David Alaba (Bayern Munich dan Austria)
  6. Riyad Mahrez (Leicester dan Algeria)
  7. Marco Verratti (Paris Saint-Germain dan Itali)
  8. Leroy Sane (Manchester City dan Jerman)
  9. Gareth Bale (Real Madrid dan Wales)
  10. Karim Benzema (Real Madrid dan Perancis)
  11. Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal dan Gabon)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar | astroawani

Tuesday, June 05, 2018

Archilles, Kucing Yang Akan Meramal Pemenang Piala Dunia 2018

Archilles, Kucing Yang Akan Meramal Pemenang Piala Dunia 2018

Sepertimana peminat bola sepak lain yang cuba meramal keputusan perlawanan dalam Piala Dunia 2018 nanti, begitu juga dengan seekor kucing bernama Archilles.

Archilles, Kucing Yang Akan Meramal Pemenang Piala Dunia 2018

Kucing putih gebu yang tinggal di muzium Hermitage, St Pettersburg di Rusia itu akan membuat ramalan perlawanan untuk Piala Dunia Fifa yang akan berlangsung di Rusia.

Menerusi Piala Dunia pada 2010, sotong bernama Paul menjadi selebriti kerana kejayaannya meramal kemenangan pasukan Sepanyol.

Archilles sebelum ini pernah membuat ramalan keputusan untuk Piala Konfederasi 2017.

Malah, Archilles adalah seekor kucing yang pekak.

Ini bermakna dia tidak akan mudah terganggu dengan wartawan yang menunggu sewaktu dia membuat ramalan menggunakan dua mangkuk makanan yang dilekatkan dengan bendera pasukan.

Untuk sesi latihan, Archilles memakai jersi berwarna merah, melihat carta pasukan dan jadual perlawanan sebelum meneruskan latihan senaman beroda.

"Archilles kini sedang bekerja, dia sedang bersiap untuk piala dunia dan sedang dalam proses adaptasi.

"Dia selalu diberi makan melebihi apa yang sepatutnya.

"Apabila dia datang, dia kelihatan seperti bola.

"Jadi, kami bagi dia diet di sini," ujar veterinar, Anna Kondratieva.

Selain menjalani latihan, Archilles juga boleh ditemui sedang berposing untuk gambar di sekitar muzium, membina persona selebritinya yang akan menjadi perhatian ramai menjelang Piala Dunia tidak lama lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Friday, December 15, 2017

RM3 Bilion 'Hadiah' Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

RM3 Bilion 'Hadiah' Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

Pada 27 Oktober 2017 yang lalu, FIFA telah mengumumkan jumlah wang yang akan diagihkan kepada pasukan-pasukan yang layak ke Piala Dunia Russia 2018, selepas mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Khas FIFA ketika mesyuarat diadakan di Kolkata, India.

RM3 Bilion Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

Nilai agihan yang telah dipersetujui oleh FIFA adalah berjumlah USD791 juta (RM3.23 bilion), peningkatan sebanyak 40% dari jumlah nilai agihan – USD564 juta (RM2.31 bilion) ketika Piala Dunia 2014 di Brazil sebelum ini.

RM3 Bilion Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

Graf perbandingan diatas menunjukkan peningkatan nilai agihan yang telah diberikan oleh FIFA kepada pasukan-pasukan yang bertandingan dalam Piala Dunia 5 edisi terakhir.

3 Elemen Utama Agihan Dari FIFA Yang Perlu Diketahui

FIFA telah menetapkan 3 elemen utama agihan daripada nilai keseluruhan wang yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa seperti dibawah.

1. Agihan Kepada Pasukan Bertanding

Dari jumlah USD791 juta yang telah diluluskan, USD400 juta (RM1.64 bilion) adalah untuk agihan kepada semua 32 pasukan yang layak bertanding di Piala Dunia 2018 Russia nanti.

Nilai agihan kepada setiap pasukan telah ditetapkan seperti dalam jadual dibawah.

RM3 Bilion Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

Setiap pasukan akan menerima minimum USD8 juta (RM32.7 juta) sekiranya tersingkir pada peringkat kumpulan, USD12 juta (RM49 juta) jika berada dikedudukan 9 hingga 16, USD16 juta (RM65.4 juta) jika berada dikedudukan 5 hingga 8.

Pasukan ditempat ke 4 akan menerima USD22 juta (RM90 juta), tempat ketiga USD24 juta (RM98.1 juta), naib juara sebanyak USD28 juta (RM114.5 juta) dan juara akan membawa pulang USD38 juta (RM155.4 juta)!

Selain itu juga, FIFA juga memberikan bantuan kepada pasukan-pasukan yang bakal bertanding dengan menyalurkan sejumlah wang bagi mereka melakukan persiapan untuk beraksi dalam Piala Dunia.

Bagi bantuan persiapan ini, FIFA menetapkan setiap pasukan akan diberikan USD1.5 juta (RM6.13 juta) dan akan dibayar sebelum kejohanan bermula.

Untuk semua 32 pasukan, FIFA telah memperuntukkan sebanyak USD48 juta (RM196 juta).

Ini bermakna semua pasukan yang beraksi dipentas Piala Dunia Russia 2018 akan menerima ‘jaminan’ wang tunai minimum berjumlah USD9.5 juta (RM38.85 juta).

2. Kelab Bola Sepak Juga Menerima Agihan FIFA

Melalui satu inisiatif FIFA yang dikenali sebagai ‘Club Benefit Programme’, FIFA telah memperuntukkan USD209 juta (RM855 juta) untuk diberikan kepada kelab-kelab bola sepak yang terlibat ‘melepaskan’ pemain-pemain mereka untuk beraksi di Piala Dunia Russia 2018.

Semua agihan kepada kelab akan diberikan melalui persatuan bola sepak negara masing-masing untuk disalurkan.

FIFA akan mengira tempoh pelepasan pemain ini bermula 2 minggu sebelum sepak mula sehingga 1 hari selepas pasukan pemain tersebut tersingkir di Piala Dunia Russia 2018.

Menurut pengiraan kasar FIFA, mereka akan membayar USD8,530 (RM38,844) kepada kelab untuk setiap pemain bagi setiap hari sepanjang dalam tempoh seperti dinyatakan diatas.

Di pihak kelab pula, FIFA telah menetapkan setiap kelab yang terlibat wajib mendaftar dalam program ini untuk layak menerima bayaran. Jika tiada sebarang rekod pendaftaran, FIFA tidak akan membayar harga ‘pelepasan’ pemain kepada kelab tersebut.

Jika ada pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia dan pasukan negaranya layak beraksi di Piala Dunia Russia 2018, FIFA akan membayar wang ini kepada kelab pemain tersebut melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

3. Pampasan Kecederaan Pemain Sepanjang Kejohanan Berlangsung

Pemain bola sepak berhadapan dengan risiko kecederaan samada serius atau pun sebaliknya. Perkara berkaitan dengan kecederaan ini tidak boleh dijangka dan jika berlaku akan menyebabkan ‘kerugian’ terutama kepada kelab.

Dengan kewujudan ‘Club Protection Programme’, FIFA akan memberikan pampasan kepada kelab pemain yang terbabit dengan kecederaan ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia 2018 nanti.

USD134 juta (RM548 juta) telah diperuntukan untuk membantu mana-mana kelab yang kemungkinan tidak dapat menggunakan pemain mereka yang cedera ketika beraksi di Piala Dunia Russia 2018 nanti.

Secara keseluruhnya, FIFA dilihat semakin mengambil berat tentang kebajikan bukan sahaja untuk pemain tetapi juga kepada kelab-kelab yang terlibat untuk memberikan kerjasama serta komitmen terhadap kejohanan Piala Dunia.

Peningkatan jumlah agihan dari setiap edisi terdahulu juga membuktikan bahawa FIFA begitu komited untuk memberikan ‘added value’ kepada semua pihak terbabit untuk melancarkan lagi kejohanan 4 tahun sekali ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Wednesday, November 15, 2017

Fakta Menarik Piala Dunia FIFA 2018

Fakta Menarik Piala Dunia FIFA 2018

Piala Dunia FIFA 2018 adalah satu siri kejohanan yang dianjurkan oleh enam FIFA konfederasi untuk memutuskan 31 daripada 32 pasukan yang akan bermain di Piala Dunia FIFA 2018, dengan Rusia layak secara automatik sebagai tuan rumah dan perlawanan pertama akan berlangsung pada 14 Jun 2018.

Fakta Menarik Piala Dunia FIFA 2018

Semua baki 210 ahli persatuan FIFA layak memasuki proses kelayakan, dan untuk kali pertama dalam sejarah Piala Dunia, semua pasukan kebangsaan yang layak mendaftar untuk persaingan awal, tetapi Zimbabwe dan Indonesia telah hilang kelayakan sebelum bermain pertandingan pertama mereka.

Bhutan, Sudan Selatan, Gibraltar dan Kosovo membuat penampilan pertama dalam kelayakan Piala Dunia FIFA ini.

Ketika cabutan utama berlangsung di Istana Konstantinovsky di Strelna, Saint Petersburg, pada 25 Julai 2015, beberapa perlawanan kelayakan dimainkan sebelum itu yang pertama bermula di Dili, Timor Leste, pada 12 Mac 2015 sebagai sebahagian daripada kelayakan AFC, dengan pemain pasukan Timor-Leste Chiquito do Carmo menjaringkan gol pertama kelayakan. Pertandingan juga dimainkan di zon CONCACAF sebelum cabutan utama.

32 Negara Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

EROPAH
  1. Russia (tuan rumah)
  2. Belgium
  3. England
  4. Jerman
  5. Iceland
  6. Poland
  7. Serbia
  8. Sepanyol
  9. Perancis
  10. Portugal
  11. Switzerland
  12. Croatia
  13. Sweden
  14. Denmark

AFRIKA
  1. Mesir
  2. Nigeria
  3. Senegal
  4. Mahgribi
  5. Tunisia

ASIA
  1. Iran
  2. Jepun
  3. Arab Saudi
  4. Korea Selatan
  5. Australia

Amerika Utara, Tengah dan Caribbean
  1. Costa Rica
  2. Mexico
  3. Panama

Amerika Selatan
  1. Brazil
  2. Uruguay
  3. Argentina
  4. Colombia
  5. Peru

Playoff Eropah: Denmark lawan Republik Ireland

Playoff Antara Benua: Peru lawan New Zealand dan Australia lawan Honduras

Fakta Menarik FIFA 2018

1. Ini adalah penampilan ke-4 Rusia di Piala Dunia FIFA; Walau bagaimanapun, FIFA menganggap Rusia sebagai pasukan pengganti dari Kesatuan Soviet yang sendiri telah layak 7 kali.

2. Hasil terbaik Rusia di bawah nama sekarang adalah peringkat kumpulan di 1994, 2002 dan 2014. Walau bagaimanapun, FIFA menganggap Rusia sebagai pasukan pengganti akan Kesatuan Soviet.

3. Jerman antara 1951 dan 1990 sering disebut sebagai "Jerman Barat", sebagai negara Jerman Timur yang berasingan dari pasukan Jerman Timur.

4. Ini adalah penampilan kedua Serbia di Piala Dunia FIFA. Walau bagaimanapun, FIFA menganggap Serbia sebagai penerus pasukan Yugoslavia dan pasukan kebangsaan Serbia dan Montenegro, Serbia dan Montenegro, di mana mereka layak 10 kali.

5. Tiada pertandingan tempat ketiga.

Proses Kelayakan

Bilangan pasukan yang menyertai kejohanan akhir adalah 32. Walaupun proses kelayakan bermula pada bulan Mac 2015, peruntukan slot untuk setiap persekutuan telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada 30 Mei 2015 di Zürich selepas Kongres FIFA.

Ia telah memutuskan bahawa peruntukan yang sama seperti 2014 akan disimpan untuk pertandingan 2018 dan 2022.

Ringkasan kelayakan

Sementara semua ahli FIFA memasuki kejohanan, tidak semua bersaing. Zimbabwe telah diusir dari pertandingan pada 12 Mac 2015 kerana kegagalan membayar mantan jurulatih José Claudinei untuk bayaran pemecatan dan Indonesia dikecualikan daripada pertandingan kelayakan berikutan penggantungan persatuan bola sepak mereka oleh FIFA pada 30 Mei 2015.

Kuwait yang boleh bermain dalam kelayakan namun penyertaan mereka dibatalkan kerana mendapat penggantungan di waktu yang sama bermulanya ketika kempen mereka sedang berlangsung, yang akhirnya menyebabkan penyingkiran mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Perubahan Baru Buku Peraturan FIFA Yang Anda Perlu Tahu

sumber: wikipedia | bharian