Friday, August 09, 2019

Petua Pisang Tahan Lama, Balut Tangkainya Dengan Plastik

Petua Pisang Tahan Lama, Balut Tangkainya Dengan Plastik

Semua sedia maklum, pisang mudah lebam jika dibiarkan selama beberapa hari dan pisang yang sudah terlalu masak memang sedap untuk dibuat kek atau jemput-jemput tapi, tidak semua orang suka makan pisang yang sudah lebam. Jadi, bagaimana caranya untuk mengekalkan kesegaran pisang dan memastikan ia tahan lebih lama?

Petua Pisang Tahan Lama

Pisang adalah antara buah yang mengeluarkan gas etilena iaitu sejenis hormon tumbuhan yang menyebabkan buah cepat masak.

Cara paling senang untuk mengekalkan kesegaran pisang adalah dengan membalut tangkainya dengan plastik untuk menghalang pembebasan gas etilena.

Jika plastik yang dibalut tidak ketat, ikat sekali lagi dengan menggunakan gelang getah di luar balutan plastik itu.

Selepas itu, masukkan pisang ke dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar


Tuesday, February 26, 2019

Petua Menghilangkan Panas Dalam Badan Secara Semulajadi Apabila Demam

Petua Menghilangkan Panas Dalam Badan Secara Semulajadi Apabila Demam

Apabila demam, panas dalam badan sebenarnya bukan penyakit, tetapi merupakan suatu keadaan di mana berlaku ketidakseimbangan suhu di dalam tubuh namun, jika tidak diatasi maka panas dalam boleh menjadi semakin parah dan dalam beberapa kes, panas dalam juga boleh menjadi petanda datangnya suatu penyakit, terutama yang berkaitan dengan penyakit pada saluran pencernaan dan saluran pernafasan.

Petua Buang Panas Badan
Gambar hiasan.

Oleh itu, anda harus berwaspada jika panas dalam yang anda alami tidak kunjung sembuh atau bertambah parah. Panas dalam boleh menyerang siapa saja, dari bayi hinggalah orang lanjut usia.

Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab terjadinya panas dalam, antara lain kerana tubuh kekurangan cecair, penurunan daya tahan melawan penyakit, pengambilan makanan yang pedas dan banyak mengandungi lemak, kekurangan serat, ketidakstabilan hormon dalam tubuh, faktor cuaca yang panas atau sejuk melampau, tekanan atau akibat proses keradangan.

Gejala yang dialami oleh orang yang mengalami panas dalam antara lain iaitu bibir pecah, bau mulut, tekak kering atau terasa sakit, rasa tidak selesa di perut (loya, kembung), susah membuang air besar dan berlakunya peningkatan suhu badan.

Cara Merawat Panas Dalam Badan Dengan Bahan-Bahan Semulajadi

Untuk merawat panas dalam, anda boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di sekitar kita.

Ketika panas dalam muncul, sebaiknya jangan langsung mengambil ubat-ubatan kimia kerana belum tentu akibat suatu penyakit.

Anda boleh mengatasinya terlebih dahulu dengan cara berikut ini dengan tujuan untuk menyeimbangan nutrisi, cecair, elektrolit dan memperbaiki sistem kekebalan tubuh anda.

Pelbagai cara mengubati panas dalam secara semulajadi seperti berikut:

1. Air kelapa muda

Air kelapa muda mempunyai kandungan elektrolit tinggi yang berkesan untuk menyembuhkan panas dalam.

Selain itu minum air kelapa muda juga dapat mengatasi kekeringan, selain tubuh akan merasa segar dan meneutralkan suhu badan, serta mengimbangi cecair elektrolit.

Cara merawat panas dalam menggunakan air kelapa muda iaitu dengan mengambil air yang terkandung di dalam kelapa yang masih muda, dengan atau tanpa isinya.

Anda boleh mencampurkan madu untuk menambah khasiatnya.

2. Lemon dan madu

Lemon merupakan buah yang mempunyai kandungan vitamin C yang cukup tinggi. Sebagaimana kita ketahui bahawa vitamin C sangat penting dalam meningkatkan daya tahan tubuh serta untuk mengatasi panas dalam.

Selain itu pengambilan lemon juga dapat memberikan rasa segar di dalam tubuh. Ditambah lagi dengan khasiat madu yang berfungsi untuk mencegah dari serangan penyakit.

Cara merawat panas dalam menggunakan lemon dan madu iaitu sediakan sebiji buah lemon, perah airnya dan masukkan ke dalam 1 gelas air biasa. Tambah 6 sudu madu dan gaul sehingga rata.

Pengambilan secara teratur 2 kali sehari maka panas dalam yang anda hidapi akan segera sembuh.

3. Kacang hijau

Kacang hijau merupakan jenis kekacang yang diketahui mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi. Dengan kandungan serat ini maka ia meredakan panas dalam sekali gus melancarkan pencernaan.

Selain itu, dengan pengambilan kacang hijau juga dapat memperbaiki sistem imuniti dalam tubuh anda.

Cara merawat panas dalam dengan kacang hijau iaitu dengan menyediakan 2 genggam kacang hijau dan masukkan ke dalam 3 gelas air, lalu rebus sehingga airnya tinggal 1 gelas sahaja.

Kemudian tapis untuk diambil airnya dan minumlah secara rutin air rebusan kacang hijau tersebut untuk menyembuhkan panas dalam.

4. Cincau

Cara merawat panas dalam yang seterusnya iaitu dengan Cincau, merupakan bahan yang diperbuat dari tumbuhan yang diproses secara semulajadi dan biasa digunakan sebagai campuran minuman untuk mencipta kesan yang menyegarkan.

Selain menyegar dan menghilangkan dahaga, penggunaan cincau ternyata juga dapat meredakan panas dalam.

Caranya, anda boleh mencampurkan cincau ke dalam minuman seperti biasa, tetapi tidak perlu menggunakan ais.

Sebab, campuran ais boleh mencetuskan keradangan sehingga panas dalam yang anda alami menjadi semakin teruk.

5. Yogurt

Yogurt merupakan susu yang diperam dengan bantuan bakteria baik dan sangat bermanfaat bagi kesihatan khususnya untu menjaga saluran pencernaan dengan menambah bakteria baik atau disebut probiotik supaya dapat melawan bakteria jahat.

Dengan minum yogurt juga berkhasiat untuk merawat panas dalam.

6. Strawberi

Cara merawat panas dalam juga boleh dilakukan dengan mengambil buah Strawberi.

Buah ini mempunyai kandungan nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh tubuh antara lain iaitu kalsium, magnesium, zat besi, asid folik, sodium, potasium, beta karoten, vitamin A, B dan C.

Kandungan vitamin C dalam buah Strawberi cukup tinggi dan sangat baik untuk meredakan panas dalam.

7. Minum air secukupnya

Untuk mencegah terjadinya panas dalam, perkara yang boleh anda lakukan antara lain iaitu dengan mengambil banyak air putih (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).

8. Buah-buahan Superfood

Memperbanyakkan pengambilan buah-buahan tinggi kandungan vitamin C selain diatas seperti epal, kurma, anggur, jambu batu dan goji serta sayur-sayuran untuk melancarkan pencernaan.

9. Elak Rokok dan Alkohol

Jauhi rokok dan alkohol, serta elakkan makanan yang boleh mencetuskan terjadinya panas dalam seperti makanan yang terlalu pedas dan banyak mengandungi lemak.

10. Kawal stres

Faktor stres juga boleh mencetuskan terjadinya panas dalam, maka elakkan juga hal-hal yang boleh menimbulkan stres dan urus fikiran anda agar sentiasa tenang dan selesa.

11. Mandi Air Suam

Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.

Jika tak sembuh juga? Makan ubat Paracetamol atau berjumpa doktor.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: herbatiwasir

Sunday, September 23, 2018

5 Petua Hilangkan Batuk Dari Orang Tua-tua

5 Petua Hilangkan Batuk Dari Orang Tua-tua

Cuaca yang kering dan panas adakalanya membuatkan kita dihinggapi pening kepala, sakit tekak dan terutamanya batuk, yang bukan sahaja menyakitkan dada, tapi juga akan menyebabkan rasa tak selesa dan perit di tekak.

Petua Hilangkan Batuk
Gambar hiasan.

Yang paling stres, apabila nak tidur di malam hari, sepatutnya masa untuk kita berehat, tapi bila batuk, terus tak dapat tidur! Alahai..

Dah bermacam ubat kita guna, tapi batuk masih berpanjangan. Seksanya rasa!

Apa kata anda cuba petua orang-orang ini! Manalah tahu mujarab dan berkesan untuk kurangkan batuk anda tu. Jom baca!

1. BERENDAM DALAM AIR HANGAT

Mandi dengan air panas memang mendamaikan, terutamanya bagi anda yang seharian di tempat kerja dan setiap hari stres dengan kerja yang banyak, apa kata cuba berendam dalam air hangat.

Memang boleh rasa relaks dan tenang. Rasa nak tertidur pun ada.

Sama jugalah macam batuk. Mandi dengan air hangat juga digalakkan bagi mereka yang batuk berpanjangan, kerana wap panas membantu melonggarkan sinus dan melancarkan sistem pernafasan serta tekak. Cubalah!

2. TIDUR PAKAI BANTAL TINGGI

Ada orang bila nak tidur, kena pakai bantal lembut dan rendah, ada orang kena pakai bantal keras dan tinggi baru boleh lena.

Tapi, jangan tak tahu, tidur menggunakan bantal yang tinggi juga boleh membantu mengurangkan batuk!

Bila kahak di tekak berkumpul, ia akan membuatkan kita rasa tak selesa dan kerap batuk.

Jadi, dengan posisi kepala yang lagi tinggi dari bantal, akan membuat lendir di tekak dan hidung berpindah dari saluran pernafasan tersebut.

Siapa yang batuk tu, bolehlah cuba dengan menambah bilangan bantal ketika tidur ya!

3. BUAH BADAM DAN MENTEGA

Kalau anda nak tahu, buah badam juga terkenal sebagai penawar batuk kerana khasiat dan kelembapannya yang membantu meredakan rasa sakit tekak.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, ambil 5-8 biji buah badam, rendamkannya di dalam air dan campurkan dengan sedikit mentega sehingga menjadi paste.

Kemudian, makan dan amalkan sehari tiga kali.

4. LIMAU NIPIS DAN KICAP

Petua ni agak popular dalam meredakan batuk. Dengar macam pelikkan kombinasi limau nipis dan kicap. Tapi sedap!

Caranya, perah sebiji limau nipis ke atas sesudu kicap, campurkan dan minum. Anda juga boleh ulangi cara ini dengan kerap. Sedap, murah dan selalunya berkesan!

5. MAKAN MADU

Batuk yang paling perit adalah batuk kering atau dry cough yang boleh menjadi sangat teruk pada malam hari dan waktu pagi.

Bukan saja tekak tak selesa, dada dan perut pun turut sama sakit. Confirm tak boleh tidur malam!

Cuba amalkan makan madu, yang dikatakan efektif dalam melegakan batuk dan sakit tekak kerana ia dapat melembapkan tekak yang kering dan gatal dengan fungsi hidrasinya.

Caranya, ambil segelas air suam dan campurkan sesudu madu, lalu minum. Anda boleh ulangi cara ini sebanyak 2 atau 3 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan tekak.

Nak lagi sedap, anda juga boleh campurkan madu dengan segelas teh lemon. Yums!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: siraplimau

Sunday, June 24, 2018

7 Petua Elak Rendang Cepat Basi

7 Petua Elak Rendang Cepat Basi

Rendang adalah makanan sinonim orang Melayu yang pada kebiasaannya dimakan bersama-sama ketupat ketika sambutan Hari Raya. Pasti seronok kalau dapat menyediakan rendang yang sedap dan dapat tahan lama tapi, rendang yang dimasak cepat basi walaupun sudah berulang kali dipanaskan.

7 Petua Elak Rendang Cepat Basi

Semestinya anda mahu rendang yang dimasak dapat tahan lama supaya dapat dihidangkan beberapa kali untuk menjamu selera.

Terdapat petua yang dapat dikongsikan untuk menjadikan rendang anda tahan lama dan tidak cepat basi.

1. Penggunaan Santan

Jika anda tahu, tidak semua resepi rendang menggunakan santan kerana penggunaan kerisik yang menggantikan santan mengandungi lemak yang tersendiri.

Sebaiknya kalau anda mahu menggunakan santan, seeloknya mengurangkan kuantiti yang biasa digunakan supaya rendang tahan lebih lama.

Anda dinasihatkan untuk menggunakan santan yang segar dan berkualiti untuk menikmati rendang yang lazat dan tidak cepat basi.

2. Alat Perkakas Kering

Penggunaan alat perkakas untuk memasak rendang juga dianggap penting kerana boleh memberi kesan terhadap masakan anda.

Alat perkakas seperti senduk, periuk, kuali dan lain-lain perlu dikeringkan dahulu agar rendang yang dimasak tidak terjejas dan tahan lebih lama.

3. Goreng Separuh Masak

Anda disyorkan menggoreng ayam atau daging hingga separuh masak sebelum memasak rendang.

Boleh juga jika dimasak tanpa air atau minyak dengan membakar makanan tersebut ataupun digaulkan dengan rempah.

Cara ini dilaksanakan untuk mengeringkan makanan tersebut supaya rendang yang dimasak nanti lambat basi.

4. Pecah Minyak

Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali.

Jadi, semasa anda menumis, perlu pastikan bahan-bahan betul-betul sudah garing dan pecah minyak.

Kemudian, barulah masukkan daging atau ayam yang hendak dimasak.

5. Rendang Kering

Cara terbaik memasak rendang adalah memasaknya sehingga kering dan tidak berkuah.

Selain rendang dapat tahan lebih lama, daging yang dimasak akan rasa lebih lembut dan sedap.

6. Periuk Tidak Tutup Rapat

Selepas selesai memasak rendang, wap air akan terkumpul dan akan jatuh semula ke dalam rendang.

Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi, sama juga dengan lauk dan makanan lain.

Cara yang terbaik adalah membuka sedikit penutup agar terdapat ruang untuk wap tersebut keluar dari periuk.

Jika rendang sudah sejuk, anda boleh menutup rapat periuk tersebut.

7. Menyejukkan Rendang

Rendang sudah siap dimasak yang ingin disimpan hendaklah diletakkan dalam peti sejuk untuk bertahan lebih lama.

Digalakkan untuk disimpan dalam bekas-bekas kecil mengikut kadar penggunaan hidangan.

Cara ini disyorkan supaya tidak menyimpan dalam bekas yang besar bagi mengelakkan rendang tersebut keluar masuk peti sejuk beberapa kali untuk dipanaskan.

Jadi, anda hanya perlu mengambil satu bekas kecil sahaja keluarkan dari peti sejuk untuk dipanaskan dan yang lain tidak akan bersentuh.

Semoga petua yang dikongsikan ini membantu anda menghasilkan rendang yang tahan lebih lama dan tidak mudah basi.

Jangan hidangkan rendang yang basi pula pada tetamu, nanti diri anda yang malu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Tuesday, May 22, 2018

7 Cara Mengesan Anai-anai Dirumah Dan Petua Menghalaunya

7 Cara Mengesan Anai-anai Dirumah Dan Petua Menghalaunya

Walaupun sudah bermacam-macam cara telah digunakan untuk menghapuskan serangga perosak ini, semuanya tak berkesan kerana anai-anai sememangnya musuh nombor satu di rumah kerana ia boleh merosakkan barangan lain seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.

7 Cara Mengesan Anai-anai Dirumah Dan Petua Menghalaunya

Kos untuk menghapuskan serangga perosak ini pula mampu mencecah ribuan ringgit.

Jadi sebelum masalah anai-anak ini melanda, kami kongsikan cara mengesan kehadiran serangga ini serta petua menghapuskannya tanpa menggunakan racun yang bukan saja selamat sekaligus menjimatkan kos.

5 Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

1. Laluan Anai-anai

Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot.

Laluan ini selalunya bersaiz pensil.

Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

2. Kesan Perubahan Tekstur Warna

Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai parquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ.

Contohnya warna kayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

3. Kehadiran Kelkatu

Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu.

Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.

4. Rekahan atau Lubang

Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu.

Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda.

Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

5. Mengesan melalui pendengaran

Biasanya kaedah ini boleh dilakukan diwaktu malam sahaja. Hanya pada waktu itu anda dapat mendengar bunyi sesuatu dikawasan yang diserang.

Jika rumah anda menggunakan lantai kayu pakir, anda mengesyaki sesuatu telah berlaku, sila periksa kawasan itu dengan segera.

5 Petua Menghalau Anai-Anai

1. Garam Dapur

Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada dipermukaan saja.

Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.

2. Air Kapur Sirih

Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.

Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai.

Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras

Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.

4. Minyak Tanah

Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.

Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai.

Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau

Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman.

Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mw | kk

Monday, February 12, 2018

7 Cara Buang Angin Dalam Badan

7 Cara Buang Angin Dalam Badan

Kita boleh rasa angin dalam badan banyak apabila terasa badan jadi sangat lemah dan loya. Perut kembung boleh berlaku disebabkan oleh angin yang disimpan di dalam usus yang disekat dan tidak berupaya untuk keluar sehingga anda boleh berasa loya dan perut terasa kembung.

7 Cara Buang Angin Dalam Badan

Gas berlebihan yang terdapat di dalam perut di mana gas senyap dalam penghadaman membuatkan perut anda kembung dan biasanya akan cuba untuk mengeluarkannya melalui angin atau burps.

Selain daripada perut kembung, angin dalam badan juga boleh menyebabkan penurunan semangat kerja kerana sebahagian badan mengalami kesakitan reumatik dan berasa sangat tidak bertenaga, yang ditandakan dengan kenaikan suhu badan.

1. Makan Vitamin C

Siapa tahu ternyata Vitamin C boleh buang angin dalam badan kerana Vitamin C boleh meningkatkan imun badan supaya ketahanan badan akan bertambah dan anda boleh merasa badan kembali sihat.

Vitamin C sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dalam ketahanan badan.

Anda boleh makan jambu batu dicampur dengan amoi kerana buah ini mengandungi Vitamin C paling tinggi antara semua buah-buahan.

2. Ambil halia

Halia adalah petua buang angin dalam badan secara tradisional yang sangat mudah, kerana kini banyak halia sudah dalam pelbagai jenis seperti minuman halia, halia merah yang terlarut dalam air suam, ada juga susu halia yang rasa lebih lazat dibandingkan dengan ubat-ubatan kimia.

Tetapi jika anda suka halia semulajadi juga tidak menjadi masalah kerana ia juga berkesan membuang angin dalam badan.

3. Ambil bawang putih

Selain digunakan sebagai perasa pada masakan, bawang putih menjadi petua buang angin dalam badan.

Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mrengusir angin dalam badan dengan cepat dan dengan memakan bawang putih, boleh membuang angin dalam badan.

Orang tua yang mempunyai bayi yang mengalami angin masuk atau kembung biasanya membalurkan bawang putih sekitar bahagian-bahagian badan dan menggosokannya.

4. Minum rebusan daun betik

Ternyata bahawa meminum air rebusan daun betik boleh juga hilangkan angin dalam badan.

Caranya dengan merebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air.

Biarkan air yang bercampur dengan daun betik dan minum rebusan air dalam keadaan suam.

Walaupun pahit, petua ini lagi mujarab.

5. Makan sup panas

Inilah petua buang angin dalam badan yang sedap, iaitu dengan memakan sup hangat apabila kita mengalami angin dalam badan.

Kesan panas dalam badan ini boleh menghilangkan lesu yang disebabkan dari mendapat angin supaya anda berasa lebih segar.

6. Bekam

Satu perkara yang sangat biasa dan meluas dilaksanakan untuk buang angin dalam badan iaitu dengan berbekam.

Teknik bekam dilakukan dalam beberapa cara. Salah satu cara dengan alat khas yang menghisap udara supaya menarik bahagian kulit anda keluar yang dipercayai untuk menarik angin dalam tubuh melalui liang-liang kulit badan.

Ada juga yang menggunakan kaca untuk mengurangkan tekanan udara dalam kaca supaya bahagian kulit akan tertarik.

Untuk mengeluarkan darah dan angin, dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan cara menindik bahagian tubuh yang di bekam dengan jarum atau hanya dilakukan bekam.

Menindik bahagian tubuh dengan jarum juga dikenali sebagai sebagai akupunktur yang ditambah pula dengan teknik bekam juga untuk memulihkan stamina dan boleh menghilangkan penyakit tertentu.

7. Bersenam

Ramai tidak tahu juga bahawa kadang-kadang orang mendapat angin dalam badan kerana jarang melakukan aktiviti atau gerakan supaya badan terasa lesu dan kaku.

Bilakah anda hanya kerap lakukan pergerakan sederhana seperti berjoging atau berjalan kaki semata-mata, atau dengan gimnastik kecil sekurang-kurangnya anda keluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Selalu Buang Angin, Sihat Atau Penyakit?

sumber: maskulin

Thursday, February 08, 2018

8 Cara Terbaik Buang Angin Dalam Badan Secara Semulajadi

8 Cara Terbaik Buang Angin Dalam Badan Secara Semulajadi

Apabila kita merasakan angin dalam badan begitu banyak, akan terasa badan menjadi sangat lemah dan loya disebabkan angin yang tersimpan di dalam usus yang tersekat tidak berupaya keluar sehingga perut terasa kembung.

8 Cara Terbaik Buang Angin Dalam Badan Secara Semulajadi

Gas berlebihan yang terdapat di dalam perut di mana gas senyap dalam penghadaman membuatkan perut anda kembung dan kita biasanya akan cuba untuk mengeluarkannya melalui angin atau sendawa.

Selain daripada perut kembung, angin dalam badan juga boleh menyebabkan penurunan semangat kerja kerana sebahagian badan mengalami kesakitan reumatik dan tidak bertenaga yang ditandakan dengan kenaikan suhu badan.

Berikut adalah beberapa petua bagaimana untuk membuang angin dalam badan.

1. Ubat-ubat herba

Ubat-ubat herba bukan lagi digunakan secara semulajadi, malah komposisi produk ubat-ubatan herba kini semakin meluas dan turut digunakan dalam bidang perubatan.

Banyak bahan-bahan herba dijadikan sebagai ubat-ubatan penyakit dan menghilangkan angin dalam badan dan tersedia dalam bentuk cecair atau tablet di farmasi.

2. Halia

Ini adalah petua buang angin dalam badan secara tradisional yang mudah kerana kini banyak halia digunakan dalam pelbagai jenis seperti minuman halia, halia merah yang terlarut dalam air suam, ada juga susu halia yang rasa lebih lazat jika dibandingkan dengan ubat-ubatan kimia.

Halia sememangnya berkesan untuk membuang angin dalam badan.

3. Bawang Putih

Selain daripada perasa pada masakan, bawang putih juga merupakan salah satu daripada petua buang angin dalam badan.

Kandungan bahan dalam bawang putih mampu mengusir angin dalam badan dengan cepat.

Jika bayi mengalami angin masuk atau kembung biasanya ibu bapa boleh menggosokkan bawang putih di sekitar bahagian badan anak.

4. Air rebusan daun betik

Meminum air rebusan daun betik juga mampu menghilangkan angin dalam badan.

Caranya dengan merebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air dan minum air rebusan tadi dalam keadaan suam.

Walaupun rasanya sedikit pahit, inilah cara paling mujarab.

5. Sup panas

Ini adalah petua buang angin yang paling sedap iaitu dengan memakan sup panas. Kesan panas dalam badan boleh menghilangkan lesu yang disebabkan kemasukkan angin dan anda akan berasa lebih segar.

6. Vitamin C

Vitamin C sebenarnya membantu membuang angin dalam badan kerana Vitamin C boleh meningkatkan imuniti badan agar ketahanan badan akan bertambah dan badan menjadi lebih sihat.

Vitamin C sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dalam ketahanan badan.

7. Bekam

Cara berbekam adalah suatu perkata yang sangat biasa dilakukan untuk membuang angin dalam badan. Teknik bekam dilakukan dalam beberapa cara.

Salah satu cara adalah dengan alat khas yang menghisap udara supaya menarik bahagian kulit anda yang dipercayai untuk menarik angin dalam tubuh melalui liang-liang kulit badan.

Cara lain adalah menggunakan kaca untuk mengurangkan tekanan udara dalam kaca supaya bahagian kulit akan tertarik.

Untuk mengeluarkan darah dan angin, ia dilakukan dengan dua cara. Cara pertama ialah dengan menindik bahagian tubuh yang dibekam dengan jarum dan cara kedua hanya berbekam sahaja.

Menindik bahagian tubuh dengan jarum juga adalah sebagai akupuntur membantu memulih stamina dan boleh menghilangkan penyakit tertentu.

8. Bersenam

Ramai tidak tahu bahawa kadang-kadang orang mendapat angin dalam badan kerana jarang melakukan aktiviti atau gerakan dan badan akan terasa lesu dan kaku.

Bila anda kerap lakukan pergerakan sederhana seperti berjoging atau berjalan kaki, sekurang-kurangnya anda mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: abangbrian