Apabila demam, panas dalam badan sebenarnya bukan penyakit, tetapi merupakan suatu keadaan di mana berlaku ketidakseimbangan suhu di dalam tubuh namun, jika tidak diatasi maka panas dalam boleh menjadi semakin parah dan dalam beberapa kes, panas dalam juga boleh menjadi petanda datangnya suatu penyakit, terutama yang berkaitan dengan penyakit pada saluran pencernaan dan saluran pernafasan.
Gambar hiasan.
Oleh itu, anda harus berwaspada jika panas dalam yang anda alami tidak kunjung sembuh atau bertambah parah. Panas dalam boleh menyerang siapa saja, dari bayi hinggalah orang lanjut usia.
Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab terjadinya panas dalam, antara lain kerana tubuh kekurangan cecair, penurunan daya tahan melawan penyakit, pengambilan makanan yang pedas dan banyak mengandungi lemak, kekurangan serat, ketidakstabilan hormon dalam tubuh, faktor cuaca yang panas atau sejuk melampau, tekanan atau akibat proses keradangan.
Gejala yang dialami oleh orang yang mengalami panas dalam antara lain iaitu bibir pecah, bau mulut, tekak kering atau terasa sakit, rasa tidak selesa di perut (loya, kembung), susah membuang air besar dan berlakunya peningkatan suhu badan.
Cara Merawat Panas Dalam Badan Dengan Bahan-Bahan Semulajadi
Untuk merawat panas dalam, anda boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di sekitar kita.
Ketika panas dalam muncul, sebaiknya jangan langsung mengambil ubat-ubatan kimia kerana belum tentu akibat suatu penyakit.
Anda boleh mengatasinya terlebih dahulu dengan cara berikut ini dengan tujuan untuk menyeimbangan nutrisi, cecair, elektrolit dan memperbaiki sistem kekebalan tubuh anda.
Pelbagai cara mengubati panas dalam secara semulajadi seperti berikut:
1. Air kelapa muda
Air kelapa muda mempunyai kandungan elektrolit tinggi yang berkesan untuk menyembuhkan panas dalam.
Selain itu minum air kelapa muda juga dapat mengatasi kekeringan, selain tubuh akan merasa segar dan meneutralkan suhu badan, serta mengimbangi cecair elektrolit.
Cara merawat panas dalam menggunakan air kelapa muda iaitu dengan mengambil air yang terkandung di dalam kelapa yang masih muda, dengan atau tanpa isinya.
Anda boleh mencampurkan madu untuk menambah khasiatnya.
2. Lemon dan madu
Lemon merupakan buah yang mempunyai kandungan vitamin C yang cukup tinggi. Sebagaimana kita ketahui bahawa vitamin C sangat penting dalam meningkatkan daya tahan tubuh serta untuk mengatasi panas dalam.
Selain itu pengambilan lemon juga dapat memberikan rasa segar di dalam tubuh. Ditambah lagi dengan khasiat madu yang berfungsi untuk mencegah dari serangan penyakit.
Cara merawat panas dalam menggunakan lemon dan madu iaitu sediakan sebiji buah lemon, perah airnya dan masukkan ke dalam 1 gelas air biasa. Tambah 6 sudu madu dan gaul sehingga rata.
Pengambilan secara teratur 2 kali sehari maka panas dalam yang anda hidapi akan segera sembuh.
3. Kacang hijau
Kacang hijau merupakan jenis kekacang yang diketahui mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi. Dengan kandungan serat ini maka ia meredakan panas dalam sekali gus melancarkan pencernaan.
Selain itu, dengan pengambilan kacang hijau juga dapat memperbaiki sistem imuniti dalam tubuh anda.
Cara merawat panas dalam dengan kacang hijau iaitu dengan menyediakan 2 genggam kacang hijau dan masukkan ke dalam 3 gelas air, lalu rebus sehingga airnya tinggal 1 gelas sahaja.
Kemudian tapis untuk diambil airnya dan minumlah secara rutin air rebusan kacang hijau tersebut untuk menyembuhkan panas dalam.
4. Cincau
Cara merawat panas dalam yang seterusnya iaitu dengan Cincau, merupakan bahan yang diperbuat dari tumbuhan yang diproses secara semulajadi dan biasa digunakan sebagai campuran minuman untuk mencipta kesan yang menyegarkan.
Selain menyegar dan menghilangkan dahaga, penggunaan cincau ternyata juga dapat meredakan panas dalam.
Caranya, anda boleh mencampurkan cincau ke dalam minuman seperti biasa, tetapi tidak perlu menggunakan ais.
Sebab, campuran ais boleh mencetuskan keradangan sehingga panas dalam yang anda alami menjadi semakin teruk.
5. Yogurt
Yogurt merupakan susu yang diperam dengan bantuan bakteria baik dan sangat bermanfaat bagi kesihatan khususnya untu menjaga saluran pencernaan dengan menambah bakteria baik atau disebut probiotik supaya dapat melawan bakteria jahat.
Dengan minum yogurt juga berkhasiat untuk merawat panas dalam.
6. Strawberi
Cara merawat panas dalam juga boleh dilakukan dengan mengambil buah Strawberi.
Buah ini mempunyai kandungan nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh tubuh antara lain iaitu kalsium, magnesium, zat besi, asid folik, sodium, potasium, beta karoten, vitamin A, B dan C.
Kandungan vitamin C dalam buah Strawberi cukup tinggi dan sangat baik untuk meredakan panas dalam.
7. Minum air secukupnya
Untuk mencegah terjadinya panas dalam, perkara yang boleh anda lakukan antara lain iaitu dengan mengambil banyak air putih (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
8. Buah-buahan Superfood
Memperbanyakkan pengambilan buah-buahan tinggi kandungan vitamin C selain diatas seperti epal, kurma, anggur, jambu batu dan goji serta sayur-sayuran untuk melancarkan pencernaan.
9. Elak Rokok dan Alkohol
Jauhi rokok dan alkohol, serta elakkan makanan yang boleh mencetuskan terjadinya panas dalam seperti makanan yang terlalu pedas dan banyak mengandungi lemak.
10. Kawal stres
Faktor stres juga boleh mencetuskan terjadinya panas dalam, maka elakkan juga hal-hal yang boleh menimbulkan stres dan urus fikiran anda agar sentiasa tenang dan selesa.
11. Mandi Air Suam
Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
Jika tak sembuh juga? Makan ubat Paracetamol atau berjumpa doktor.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber:
herbatiwasir