Wednesday, January 29, 2020

Narsistik: Sentiasa Menganggap Diri Lebih Penting Berbanding Orang Lain!

Narsistik: Sentiasa Menganggap Diri Lebih Penting Berbanding Orang Lain!

Apa itu narsistik? Ia adalah sejenis gangguan personaliti yang menganggap dirinya jauh lebih penting berbanding orang lain selain 'dahaga' pujian dan penghargaan daripada orang lain. Akan tetapi, individu yang mempunyai masalah ini sebenarnya tiada keyakinan diri dan mudah sentap jika ada yang mengkritik mereka.

Apa itu Narsistik

Gangguan ini dapat mempengaruhi pelbagai aspek dalam kehidupan jika tidak ditangani dengan baik. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, narcissism atau narsisisme bermakna perihal atau keadaan terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri.

Narsisistik sebenarnya merupakan masalah serius yang mempunyai ciri spesifik yang telah dikaji dan dikategorikan oleh pakar-pakar psikologi.

JENIS-JENIS NARSISTIK

1. Grandiose Narcissism

Grandiose Narcissism mempunyai tanda-tanda klasik yang dikaitkan dengan narsisisme. Ini termasuklah sikap ekstrovert, terdesak mahukan perhatian dan kecenderungan untuk menjadi dominan dalam apa-apa perhubungan.

Seseorang yang mengalami Grandiose Narcissism lebih cenderung untuk memilih kerjaya yang mempunyai kuasa seperti ahli politik dan selebriti. Tapi ini bukanlah bermakna kesemua ahli politik dan selebriti itu narsisistik.

Namun, seorang yang narsisistik berkemungkinan besar akan memilih kerjaya dalam bidang seperti ini untuk memiliki status tinggi dan mendapat perhatian daripada semua orang, termasuklah mereka yang tidak dikenali.

2. Vulnerable Narcissism

Vulnerable Narcissism pula adalah berbeza dengan Grandiose Narcissism. Mereka yang mempunyai narsisisme jenis ini adalah lebih pendiam dan tidak banyak bercakap. Namun, mereka ini adalah manusia yang jatuh dalam kategori 'diam-diam ubi berisi'.

Amat mudah berasa terhina sekiranya ada pihak yang membangkang pandangan mereka. Orang yang mengalami narsisisme jenis ini juga sukar untuk bertahan dalam perhubungan yang sihat kerana mereka sentiasa mengharapkan kesempurnaan daripada pasangan.

Kedua-dua jenis narsisisme mempunyai kesan negatif terhadap kehidupan seseorang. Seseorang dengan grandiose narcissism cenderung untuk membuat keputusan yang lebih berisiko dan berbahaya namun kurang rasa belas kasihan pada orang lain.

Manakala individu dengan vulnerable narcissism pula kebiasaannya tidak setia dalam perhubungan kerana mereka sering merasakan mereka berhak untuk mendapat pasangan yang lebih baik.

Kecelaruan Personaliti Narsisistik

Anda jangan keliru pula sifat narsisisme yang biasa dilihat setiap hari dengan 'penyakit' ini. 'Penyakit' kecelaruan personaliti narsisistik ini hanya terjadi kepada 1-2% sahaja daripada populasi dunia. Ia juga terjadi kepada lebih ramai lelaki dewasa berbanding wanita.

Menurut Manual Diagnostik dan Statistik edisi kelima Persatuan Psikiatrik Amerika, berikut merupakan ciri-ciri kecelaruan personaliti narsisistik:
  • Kurang rasa empati kepada orang lain kerana mereka sering dilihat seperti kurang berharga.
  • Terlalu meninggi diri dan mempunyai kepercayaan yang kukuh bahawa dirinya lebih penting daripada orang lain. Merasakan dirinyalah yang paling bijak dan paling menawan dalam apa jua keadaan.
  • Sentiasa mengimpikan kuasa yang tidak terbatas, kecantikan paling menawan dan percintaan yang ideal.
  • Perlu disukai dan disayangi secara berlebih-lebihan daripada orang sekeliling.
  • Merasakan mereka mempunyai hak dan keistimewaan yang tinggi. Semua jangkaan dan permintaannya mesti dipenuhi.
  • Sentiasa berasa cemburu dengan orang lain dan percaya bahawa orang lain pun berasa cemburu dengan dirinya.

Punca kecelaruan personaliti narsisistik

Pelbagai kajian telah dibuat untuk mengenalpasti punca terjadinya sifat narsisisme ini. Faktor genetik juga telah dikaji dengan meneliti kejadian kecelaruan ini dalam pasangan kembar.

Walaupun faktor genetik sedikit sebanyak mempengaruhi berlakunya penyakit ini, namun didikan dan asuhan ibu bapa sebenarnya merupakan salah satu punca ia terjadi.

Jika ibu bapa membesarkan anak-anak dengan penuh pujian dan pujaan sepanjang kehidupan mereka, anak-anak ini akan lebih cenderung untuk mendapat narsisisme grandiose.

Begitu juga sebaliknya, jika ibu bapa bersikap dingin dan tidak beremosi langsung terhadap anak-anak, mereka berkemungkinan mendapat vulnerable narcissism.

Budaya narsisistik

Selain didikan ibu bapa, budaya masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan manusia narsisistik ini.

Masyarakat yang mementingkan keindividuan berbanding dinamik kelompok mungkin banyak menghasilkan individu yang narsisistik.

Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, bilangan pesakit yang mengalami kecelaruan personaliti narsisistik semakin meningkat sejak tahun 1970.

Ini berbeza dengan tahun 60-an di mana masyarakat masih mengamalkan kehidupan berkomuniti yang tidak mementingkan diri sendiri.

Narsisistik dan media sosial

Banyak kajian psikologi yang cuba meneroka kaitan peningkatan narsisistik dengan penggunaan media sosial. Walaupun nampak seperti ia mempunyai hubung kait yang rapat, namun belum masih ada fakta sahih yang membuktikan dakwaan ini.

Media sosial sebenarnya hanyalah platform paling mudah yang memberikan peluang pada kesemua manusia narsisistik ini untuk menonjolkan diri pada dunia.

Narsisisme ini merupakan satu 'wabak' yang memakan diri dari dalam dan pada masa yang sama membuatkan orang sekeliling merana. Ia masih boleh diubati dengan rawatan psikoterapi namun mungkin agak sukar kerana sifat individu narsisistik yang bencikan kritikan ke atas diri mereka.

Kesimpulannya, jangan perasan sangat. Bawa-bawalah bertenang, tarik nafas dan cuba sekali-sekala selami serta fikirkan perasaan orang sekeliling anda.

Percintaan

Dalam sesuatu hubungan cinta pula, agak sukar untuk mengetahui sama ada pasangan anda mempunyai masalah ini namun anda boleh mengesannya daripada awal, cemburu buta adalah tandanya!

Kajian diterbitkan menerusi Journal of Psychology memberitahu, perasaan cemburu berlebihan boleh dikaitkan dengan narsistik dengan mengkaji tingkah laku seseorang.

Sikap sombong, merendah-rendahkan pasangan serta ego adalah antara ciri individu dengan masalah narsistik.

Namun paling bahaya jika pasangan anda menunjukkan tanda-tanda seperti sering cemas dan senang terpengaruh dengan apa yang didengar daripada orang lain.

Perkara itu dapat memberi kesan besar kepada hubungan cinta anda dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan masalah serius lain.

Penyelidik membuat kajian terhadap 473 pasangan untuk menilai keperibadian mereka, perilaku terhadap pasangan dan tahap cemburu.

Hasil kajian itu menunjukkan narsisme terkait rapat dengan masalah psikologi tetapi dalam cara berbeza.

Kajian sebelumnya juga menunjukkan individu yang mempunyai masalah narsistik sentiasa berwaspada dengan 'ancaman' dalam hubungan mereka.

Gangguan ini membuatkan mereka mudah berasa cemburu dan melakukan hal-hal yang diluar kawalan.

Bagaimanapun bukan semua cemburu itu adalah narsistik, tetapi ia boleh menjadi faktor yang harus diawasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Friday, December 06, 2019

16 Ciri-ciri Dan Karekter Individu Lahir Bulan Disember

16 Ciri-ciri Dan Karekter Individu Lahir Bulan Disember

Bagi yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Disember, Happy Birthday kami ucapkan. Antara selebriti popular yang meraikan hari lahir pada bulan ini termasuklah Tylor Swift, Christina Aguilera, Minho SHINee dan Seungri Bigbag.
Personaliti lahir Disember

Agak-agaknya macam mana karakter mereka yang lahir pada bulan Disember ya?

Jom kita lihat antara kajian dan pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan personaliti mereka:

1. Sangat setia dan pemurah.

2. Bersifat patriotik.

3. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.

4. Bercita-cita tinggi.

5. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.

6. Seronok didampingi.

7. Suka bercampur dengan orang.

8. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai.

9. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.

10. Tidak pandai berpura-pura.

11. Cepat marah.

12. Perangai yang berubah-ubah.

13. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi.

14. Benci pada kongkongan.

15. Suka berlawak.

16. Pemalas.

Semoga memberi manfaat.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Thursday, October 03, 2019

Ketahui Rahsia Maksud Hari Wanita Dilahirkan

Ketahui Rahsia Maksud Hari Wanita Dilahirkan

“Wanita tidak dijadikan dari urat rambut lelaki untuk dijulang dan dipuji. Tidak pula dijadikan dari tapak kaki untuk dihina dan dikeji. Tetapi wanita dijadikan dari rusuk kiri yang berada dekat dengan hati untuk didampingi, dilindungi dan juga disayangi.”

Wanita bertudung
Gambar hiasan.

Diturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu berdasarkan hari kelahiran mereka.

Jom kenali personaliti seorang wanita yang dilahirkan pada hari-hari berikut;

ISNIN
  • Bersikap jujur.
  • Tidak mudah menggelabah atau panik.
  • Berhati-hati.
  • Tidak mudah mengalah.
  • Pandai menjaga diri dan pergaulan.
  • Ramai lelaki dan wanita menyukainya.
  • Mudah memberi pertolongan.
  • Cergas.
  • Kuat berusaha.
  • Teliti dan pandai mengurus kewangannya.
  • Jika marah berapi-api dan menakutkan.
  • Jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.
  • Setia dan sedia berkorban.
  • Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai merangsangnya.

SELASA
  • Suka mencari salah orang lain.
  • Berpotensi menduakan suami.
  • Pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
  • Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya.
  • Hatinya keras dan sukar dilembutkan.
  • Mudah mengaku kalah.
  • Suka meminta pertolongan orang lain.
  • Pandai menyimpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya.
  • Keputusannya tidak teguh.
  • Mudah terpengaruh.
  • Mudah terperangkap dalam banyak perkara.
  • Pandai berjimat.
  • Tidak kedekut.
  • Rajin bekerja.
  • Bertanggungjawab.
  • Suka dipuji.
  • Perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
  • Suka berdendam.
  • Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu.
  • Pandai dalam pergaulan.
  • Pandai mengambil hati.
  • Pandai menghargai orang.
  • Suka mementingkan rakan daripada dirinya sendiri.
  • Berfikiran terbuka.
  • Tidak pandai menyimpan rahsia.
  • Tidak suka diperintah dalam bekerjaKeputusannya tidak seimbang.
  • Hatinya keras.
  • Tidak mudah termakan pujuk (hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya).
  • Pandai cari duit tapi tak pandai menyimpan.
  • Cintanya pandang pertama.
  • Rela berkorban demi cinta.
  • Seksualnya tinggi dan kuat.
  • Romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
  • Suka menyinggung hati orang lain.
  • Percakapannya kesat.
  • Kemahuan kuat.
  • Bersikap agresif.
  • Rajin dan tekun bekerja.
  • Tidak suka diganggu ketika bekerja.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami.
  • Tidak mudah jatuh cinta.
  • Suka menyelidik sebelum bercinta.
  • Hatinya tidak tetap.
  • Mudah terpedaya dengan pujuk rayu.
  • Pandai mengurus dan merancang kewangan.
  • Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami dan akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
  • Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
  • Berani menentang suami.
  • Bangga diri.
  • Suka berbelanja.
  • Suka dipuji.
  • Suka bergaul.
  • Suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.
  • Bersemangat waja.
  • Pandai menyimpan rahsia.
  • Tidak suka mengaku kesalahan sendiri.
  • Bersikap boros dan tidak pandai menyimpan wang.
  • Cintanya sejati dan tidak mudah berubah.
  • Tidak telus.
  • Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tidak suka dipaksa.

SABTU
  • Kuat cemburu.
  • Suka kebendaan.
  • Tidak gemar kanak-kanak.
  • Suka bertikam lidah.
  • Tegas pendirian.
  • Cerdas pemikiran.
  • Teliti dalam banyak hal.
  • Tidak pernah berasa puas.
  • Suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
  • Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan.
  • Suka menguji.
  • Pandai berjimat.
  • Sentiasa berfikir untuk masa depan.
  • Mengikut perintah suami.
  • Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
  • Sukakan kemewahan dan menunjuk-nujuk.
  • Taat pada suami.
  • Suka merendahkan kawan.
  • Bersikap bangga diri.
  • Tidak suka mendengar nasihat.
  • Mudah terpedaya dengan kata-kata.
  • Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.
  • Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka.
  • Pandai menyimpan rahsia.
  • Rajin berusaha dan bekerja.
  • Tidak mudah mengalah.
  • Bersikap pemboros.
  • Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

Sumber: 1001rahsiadiri

Sunday, September 15, 2019

6 Jenis Kucing Yang Sesuai Dengan Personaliti Anda

6 Jenis Kucing Yang Sesuai Dengan Personaliti Anda

Jika anda merancang untuk membela kucing tetapi tidak tahu bagaimana cara memilih kucing yang sesuai, di sini terdapat beberapa personaliti kucing yang mungkin berpadanan dengan apa yang anda inginkan.

Kucing (atau kucing-kucing) yang sesuai untuk anda akan membawa keceriaan, kemesraan dan tenaga positif pada seisi rumah anda.

Sebelum kita teruskan, anda harus ingat bahawa personaliti kucing tidak hanya bergantung pada jenis baka.

Seperti juga manusia, faktor-faktor lain seperti genetik, latar belakang peribadi, tahap keyakinan dan kepandaian akan mempengaruhi kelakuan seseekor kucing di rumah anda.

Terdapat banyak kucing liar dan tidak bertuan yang menjadi manja serta suka bermain sebaik sahaja dibiasakan berinteraksi dengan manusia, dan sebaik sahaja dimandulkan.

Kita disarankan membela kucing yang berada di pusat perlindungan haiwan dan bukan membelanjakan wang untuk membelinya.

1. Personaliti: Peramah

American Shorthair

Cadangan baka: Maine Coon, American Shorthair, Burma, Bombay

Banyak kucing yang memiliki sifat ramah dan setia — mereka boleh bergaul dengan sesiapa sahaja; muda atau tua, dan bertoleransi dengan haiwan peliharaan lain samada anjing, ikan emas mahupun kucing lain.

Kucing dengan personaliti ramah biasanya berperwatakan lembut dan sesuai untuk semua jenis rumah.

Namun jika anda berkongsi tinggal di rumah sewa , mungkin akan ada rungutan-rungutan dari rakan serumah. Maka lebih eloklah jika anda tinggal di pangsapuri studio jika ingin memelihara kucing.

2. Personaliti: Lincah

Bengal Cat

Cadangan baka: Abyssinian, Bengal, Egyptian Mau, Siam

Jika anda memilih baka kucing yang lincah, ini bermakna anda bersedia untuk menjaga seekor kucing yang berkelakuan seperti anjing.

Kucing yang lincah sukakan rangsangan — mereka berlari, memanjat, melompat, berjalan-jalan dengan tali cawak dan belajar membuat aksi apabila disuruh.

Kanak-kanak dan orang dewasa menggemari kucing yang seperti ini kerana boleh diajak bermain dan sama-sama mempelajari aksi baru.

Sesetengah baka seperti Bengal lebih sesuai menjadi haiwan peliharaan tunggal.

Cuma ingat, fikir betul-betul sebelum mengambil kucing yang aktif seperti ini!

3. Personaliti: Lembut

Birman Cat

Cadangan baka: Parsi, Birman, Chartreux, Manx

Walaupun kucing yang sudah biasa dengan manusia menjadi ramah atau aktif, ada juga yang masih berperwatakan lembut.

Kucing begini akan melarikan diri apabila suasana menjadi bising. Mereka tidak sesuai untuk isi rumah yang bingit dengan teriakan kanak-kanak dan jeritan orang dewasa.

Kucing bersifat lembut akan rapat dengan manusia yang menjaga mereka dengan hormat dan cermat, membalas budi dengan menyelit dan berkepit dengan anda di atas sofa untuk tidur.

4. Personaliti: Tenang

Selkirk Rex Cat

Cadangan baka: Russian Blue, British Shorthair, Selkirk Rex, Li Hua

Jika kucing berperwatakan lembut mudah terganggu dengan kekecohan, kucing yang tenang pula akan melihat kekecohan itu dari jauh.

Kali pertama anda membawa pulang kucing jenis ini ke rumah, usah harapkan apa-apa selain renungan kosong yang bermaksud, "Hei, saya belum kenal kamu, relakslah dulu okey?"

Setelah ia biasa dengan rumah anda, ia akan menjadi manja dan lembut. Jika anda berparti dengan rakan-rakan di rumah, ia mungkin mahu turut serta.

Jangan terkejut jika anda rasa sentiasa diekori, kerana ada seekor kucing yang ingin tahu setiap perkara yang anda lakukan di rumah.

5. Personaliti: Pemalu

Exotic Shorthair Cat

Cadangan baka: Exotic Shorthair, Himalaya, Parsi, Korat

Kucing yang pemalu sesuai untuk rumah tanpa kanak-kanak atau bunyi bising. Pasangan warga emas, penghuni tunggal dan pasangan yang tidak bercadang untuk memiliki anak amat cocok untuk kucing jenis ini.

Sebaik sahaja kucing pemalu menyedari yang ia dijaga rapi secara eksklusif, ia akan menjadi mesra dan bermanja dengan anda, tidur di atas riba atau mahu didakap.

Baka kucing seperti kucing Korat pula akan 'menyuarakan' pujian buat anda apabila berpuas hati.

6. Personaliti: Nakal

Scottish Fold Cat

Cadangan baka: Singapura, Bali, Scottish Fold, Cornish Rex

Kucing nakal bersifat ingin tahu dan peramah. Mereka juga bersifat penyayang dan mudah mesra dengan tuan mereka.

Mereka mahukan perhatian apabila anda tidak mengendahkan mereka; melompat ke riba anda ketika anda sedang bekerja, menonton TV atau tidur.

Apabila anda membersihkan kotak pasir atau mengelap lantai, mereka sentiasa mahu membantu (baca: menyibuk).

Jika anda tidak mahu kerap menukar tisu tandas dan kusyen sofa, pastikan mereka tak dapat bermain dengan barang-barang tersebut atau latih kucing anda untuk tidak menyentuhnya — tetapi ini memerlukan kesabaran dan kepintaran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iP

Wednesday, July 10, 2019

Rahsia Personaliti Penunggang Kapcai, Super-moped, Superbike Dan Vespa

Rahsia Personaliti Penunggang Kapcai, Super-moped, Superbike Dan Vespa

Mempunyai kenderaan sendiri adalah impian setiap orang. Tidak kiralah jika sekadar motor kapcai biasa atau jentera berprestasi tinggi yang merajai jalan raya, ia sentiasa memberi kepuasan kepada pemiliknya.

Ada yang memiliki motosikal untuk dijadikan pengangkutan seharian ke tempat kerja dan ada juga berpendapat memiliki motosikal adalah satu hobi yang memuaskan.

Tapi tahukah anda, sebenarnya jenis motosikal yang anda tunggang boleh memberi gambaran mengenai personaliti anda. Kapcai, Super-moped, Superbike ataupun Vespa, setiap pemiliknya mempunyai personaliti tersendiri yang menarik untuk kita perhatikan.

Kapcai

Kapcai Honda

Bagi yang memilih untuk memiliki motosikal jenis Kapcai tidak kisahlah jenama apa pun, mereka biasanya adalah orang yang simple dan ‘going with the flow’.

Selain itu, penunggang Kapcai juga merupakan seorang yang mengutamakan ‘practicality’. Bagi anda, asalkan boleh bergerak dari point A ke point B ia sudahpun memadai.

Nak cari pakir lebih senang dan anda tidak perlu terlalu memikirkan soal keselamatan kerana ‘pencuri-pencuri’ lebih cenderung menyasarkan motosikal dalam kategori seterusnya sebagai ‘mangsa’.

Lagipun, harga Kapcai dalam pasaran tempatan tidaklah terlalu mahal kan?

Super-moped

Personaliti penunggang Super-moped

Rekaan menarik, boleh memecut laju dan selesa ditunggang, Super-moped adalah jawapan untuk anda yang mempunyai jiwa muda dan sukakan kelajuan.

Selain itu, seperti Kapcai, pemilik super moped juga lebih memikirkan soal ‘practicality’ tetapi tidak kisah untuk berbelanja lebih untuk tampil bergaya berbanding rakan-rakan yang lain.

Pemilik Super-moped juga sebenarnya seorang yang suka kebebasan dan gemar mengembara. Anda tidak kisah untuk berhimpun beramai-ramai dengan rakan-rakan lain dan keluar berkonvoi kemana-mana.

Super-bike

Personaliti penunggang Super-bike

Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi apabila anda menunggang sebuah jentera berprestasi tinggi membelah jalan setiap hari.

Anda barangkali seorang yang sukakan sesuatu yang ekstrem dan berada pada tahap maksima setiap masa. Adrenalin yang memuncak setiap kali minyak dipulas habis memberikan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Selain itu, mempunyai sebuah Superbike juga menandakan anda seorang yang suka menjadi sebahagian daripada komuniti. Dengan kata lain, anda seorang yang peramah dan suka berdamping.

Maka tak hairanlah pemilik Superbike kebiasaannya menjadi ahli kepada kumpulan motosikal tertentu yang mempunyai ikatan rapat antara satu sama lain. Selain berkonvoi sama ada dalam atau ke luar negara, geng-geng moto ini juga biasanya turut mempunyai aktiviti kekeluargaan yang lain.

Satu lagi, memiliki Superbike juga lambang kepada status anda. Jadi tidak salah jika diandaikan bahawa pemilik Superbike mempunyai personaliti orang yang sukses dalam hidupnya.

Vespa/Skuter

Personaliti penunggang Vespa

Old school. Ya, penunggang Vespa adalah seorang yang sangat cool dan sukakan sesuatu yang nostalgik. Bagi anda, setiap yang berlaku dalam hidup sangat penting dan perlu dihargai. Pemilik Vespa juga adalah seorang yang setia.

Penunggang Vespa juga sukakan ketenangan dan santai-santai. Jika anda menggunakan Skuter atau Vespa untuk ke tempat kerja, anda mungkin tidak memecut terlalu laju dan memilih untuk menikmati perjalanan tersebut.

Selain itu, pemilik Vespa juga selalunya mempunyai penampilan diri yang menarik dan seringkali mengenakan pakaian yang bergaya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: siakapkeli

Monday, November 26, 2018

Ketahui Rahsia Personaliti Seseorang Melalui Punggung

Ketahui Rahsia Personaliti Seseorang Melalui Punggung

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi.

Rahsia Personaliti Melalui Punggung

Yang mana satu anda?

1. Punggung Bulat
  • Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental.
  • Idealistik.
  • Periang.
  • Sentiasa bersemangat.
  • Pandai mengawal perbelanjaan.
  • Suka bersosial.
  • Boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.
  • Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

2. Punggung Seimbang
  • Paha dan punggungnya seimbang.
  • Tidak terlalu besar.
  • Tidak terlalu kecil.
  • Tidak terlalu bulat.
  • Tidak terlalu rata.
  • Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.
  • Bakal ibu dan bapa yang baik.
  • Seorang ibu yang sangat penyayang.
  • Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya
  • Sangat berjaya dalam kerjayanya.
  • Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

3. Punggung Tinggi
  • Punggung tinggi ke atas.
  • Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi.
  • Sangat disukai ramai.
  • Tidak kisah dengan kata-kata negatiF orang lain.
  • Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain Suka berseronok.
  • Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati.
  • Sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Punggung Besar
  • Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik.
  • Subur.
  • Sihat.
  • Penuh rasa cinta.
  • Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita
  • Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan.
  • Baginya tidak ada yang mustahil
  • Segalanya boleh diatasi.
  • Jenis no problem.
  • Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Punggung Rata
  • Punggungnya rata atau hampir sama rata dengan badan.
  • Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik.
  • Tidak pandai mencari peluang berniaga.
  • Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu.
  • Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas.
  • Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

Sumber: 1001rahsiadiri

Sunday, May 13, 2018

10 Karakter Jika Anda Berkahwin Dengan Anak Sulung

10 Karakter Jika Anda Berkahwin Dengan Anak Sulung

Anak sulung yang biasanya kita selalu dengar, mereka ini adalah seorang yang garang, tegas dan menakutkan kerana terbawa-bawa gelaran ‘kak long’ ’abang long’, sehingga ramai yang menganggap anak sulung mempunyai karakter dominan dalam pergaulan.

10 Karakter Jika Anda Berkahwin Dengan Anak Sulung
Gambar hiasan.

Tapi, tak semua macam tu.

Berikut merupakan 10 karakter berdasarkan pemerhatian sekeliling yang perlu korang tahu sebelum memilih anak sulung sebagai pasangan hidup.

1. Matang

Biasalah anak pertama kan, perangai ‘kakak-kakak’ atau ‘abang-abang’ tu wajib ada.

2. Mudah memaafkan, tidak kedekut, murah hati

Tak berdendam, anak sulung ni jenis yang mudah memaafkan, tak kedekut pulak tu.

Paling penting, sentiasa murah hati.

3. Nampak garang tapi sebenarnya lembut hati

Dah jadi kakak atau abang, kena la tegas sikit kan?

4. Happy go lucky

Dengan adanya sikap matang tu membuatkan mereka sentiasa ceria dan tak suka terbawa-bawa emosi negatif.

5. Penyayang, mudah mesra

Dari kecil lagi mak ayah dah pupuk sifat penyayang pada anak pertama ni.

Iye la mana taknya, siapa lagi nak jaga dan sayang adik-adik kalau bukan kak long atau abang long kan? Hiks!

6. Suka tersenyum walaupun tengah sedih

Tak suka tunjuk dia sedang bersedih, so anak sulung ni lebih banyak tersenyum sepanjang masa.

7. Caring, susah nak lupakan orang yang dia sayang

Dah penyayang, mestilah caring.

Kalau dah sayang seseorang, mereka memang susah betul nak lupakan orang tu.

8. Manja tapi tak tunjuk

Jangan tak tahu, anak sulung pun sebenarnya manja juga tau.

Tapi tak tunjuk sangat pun. Baru nampak cool kan? Hehe..

9. Bertanggungjawab

Dah biasa galas tanggungjawab sejak kecil lagi.

Anak sulung la yang mak ayah selalu harapkan untuk membantu mereka buat kerja rumah dan jaga adik-adik yang lain.

10. Kadang-kadang degil

Bukan anak bongsu je degil, anak pertama ni pun ada degilnya juga. Tapi kadang-kadang je la.

Selebihnya mereka memang selalu beralah.

Apa-apa pun, ini hanyalah pemerhatian dan mungkin segelintir daripadanya mempunyai sikap yang berlainan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja