Saturday, March 05, 2016

TPPA, Mengapa Lebih Percaya Kepada Amerika?

TPPA, Mengapa Lebih Percaya Kepada Amerika?

Amerika adalah imperialis dan kolonialis yang licik. Ia superpower. Bangsa lain ada hambanya. Jepun, Arab Saudi, Jerman dan semua bangsa di dunia diperas ugutnya.

TPPA TRAP

Yang menguasai politik dan ekonomi Amerika ialah elit Yahudi yang mengikut Islam satu bangsa yang melakukan keroskan di bumi sepanjang masa. Setiap inci dunia ini mahu dikuasainya.

Mereka tahu Najib berdepan dengan berbagai kelemahan. Hutang negara yang bertimbun, ekonomi dan pentadbiran yang tidak terkawal, rasuah, penyelewengan kekayaan dan wang negara, skandal Altantuya.

Perdana menteri terlalu manja dan berbelanja mewah, membiarkan ketirisan. Mudah digula-gula dengan duit.

Jika dia sudah diketahui sedia menerima derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, maka banyak mana lagi derma yang pernah diterimanya.

Apakah Amerika tidak boleh peras ugut dan menyuap orang yang suka bermewah? Bukan mustahil memerangkap sesiapa yang boleh diperangkap dan ia kemudian dipaksa buat apa yang disuruh dan jika tidak dituruti, CIA boleh mengenakan ancaman kepada kuasa.

Amerika membenarkan Hosni Mubarak dirasuah dan menyalahgunakan bantuan dari Amerika, kemudian hanya melihat Mubarak dijatuhkan secara malu.

Pemimpin Vietnam Selatan, Ngo Denh Diam dan Ngo Denh Who disuap dan digulingkan. Suharto juga jadi boneka yang dirosakkan oleh Amerika.

Tidak mustahil pemimpin BN sudah masuk perangkap Amerika. Ia mesti lebih suka mendengar kemahuan Amerika dari suara, nasihat dan bantahan rakyat sendiri.

Jika mahu selamat dan terus berkuasa, ikut arahan Amerika.

Rata-rata rakyat membantah. Pandangan dan teguran di Parlimen tidak dipedulikan kerana Najib berdalih mereka tidak mewakili kerajaan dan kemahuan rakyat teramai.

Ada yang bertanya, Vietnam itu teruk dibom Amerika tetapi mengapa ia setuju TPP. Kita kena faham Vietnam amat cemburu dengan pengaruh China. Bagi mengelakkan ia ditelan gergasi ekonomi China, ia perlukan perlindungan Amerika.

Apakah Malaysia juga diancam oleh kebangkitan China? Mungkin Amerika kata pada Najib begitu, tetapi Malaysia lebih selamat sekadar berbaik dengan Amerika tanpa menjadi sebahagian dari wilayah tak langsung Amerika.

BACA INI JUGA: Kisah Pembohongan Penjelajah-penjelajah Terkenal Dunia

Sumber: Harakahdaily

Tuesday, January 05, 2016

'TPPA Bukan Perdagangan Bebas' - Tun Mahathir

'TPPA Bukan Perdagangan Bebas' - Tun Mahathir

Kerajaan tidak kisah apa jua tentangan yang disuarakan oleh sesiapa sahaja di Malaysia atau di luar negara terhadap menandatangani TPPA. Ia akan terus menandatanganinya.

Tun Mahathir TPPA

Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) cuba meyakinkan kita bahawa kita boleh keluar daripada perjanjian itu pada bila-bila masa yang kita mahu.

Ya, memang kita boleh. Tetapi ianya tidak akan menjadi semudah itu dan kosnya boleh mufliskan kita.

Dalam perjanjian TPPA ini syarikat boleh menyaman Kerajaan kerana kehilangan keuntungan, termasuk keuntungan masa depan, jika tindakan Kerajaan mengakibatkan kerugian itu.

Dalam satu kes di sebuah negara Amerika Latin, atas sebab-sebab pencemaran besar-besaran, Kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan operasi perlombongan yang diberi kepada sebuah syarikat Amerika. Syarikat itu kemudian menyaman Kerajaan beberapa bilion Dolar AS kerana kehilangan keuntungan, termasuk keuntungan masa depan.

Sesuatu keputusan untuk menarik diri daripada TPPA sudah pasti akan menyebabkan kehilangan keuntungan dan keuntungan masa depan oleh syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia atau berdagang dengan Malaysia.

Penarikan diri ini akan melibatkan banyak syarikat dan jangkaan kerugiannya dikatakan boleh mencecah beratus-ratus bilion.

Mahkamahnya bukan milik kita di mana kita boleh bergantung untuk simpati dan prihatin terhadap apa yang akan berlaku kepada ekonomi dan kewangan kita.

Tidak ada cara di mana kita boleh memberi tekanan atau merasuah mahkamah. Kita akan terpaksa membayar berbilion-bilion.

Oleh itu, tidaklah perlu bercakap tentang melepaskan diri daripada perjanjian bagi mengawal perdagangan dan pelaburan ini, yang dipanggil TPPA.

Ianya bukan untuk menggalakkan perdagangan bebas. Ia adalah khusus untuk mengawal selia perdagangan sepenuhnya.

Berbanding dengan ini, mungkin kita perlu ingat bahawa apabila kita tidak memeterai sebarang perjanjian seperti ini, kita menjadi negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia.

Kita bebas untuk melindungi diri kita sendiri dan merangka dasar yang memberi manfaat kepada kita semua rakyat Malaysia.

Kita tumbuh dengan pesat pada masa itu. Kita berniaga dengan sesiapa sahaja yang kita suka.

Saya boleh banyak berbicara tentang perkara-perkara lain yang tidak baik mengenai TPPA. Tetapi Kerajaan sudah tentu tidak akan mengambil berat.

Kerajaan akan melakukan apa saja yang ia mahu lakukan. Jangan soal mengapa.

Anda tahu apa jawapan yang anda akan dapat apabila anda bertanya kepada Kerajaan sebarang soalan.

BACA INI JUGA: 'Orang Politik Memang Kata TPPA Bagus, Penyelamat'

Sumber: Chedet.cc

Tuesday, October 13, 2015

'Orang Politik Memang Kata TPPA Bagus, Penyelamat'

'Orang Politik Memang Kata TPPA Bagus, Penyelamat'

Orang-orang politik memang akan mengatakan bahawa perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sebagai penyelamat kepada situasi negara ini meskipun hakikatnya adalah sebaliknya.

Hentikan TPPA

Pemimpin veteran, Tan Sri Sanusi Junid berkata, ketika dalam keadaan terdesak, manusia akan menggunakan apa sahaja jalan yang ada di depan mata untuk menyelamatkan diri.

“Kalau orang yang hampir lemas dalam sungai, dia jumpa kayu pun dia pegang, najis pun dia pegang. Dia dah tak peduli apa dah.

"Waktu itu, dia tidak fikir dah tentang kepentingan bangsa, kepentingan apa...dia dah lemas, jadi, apa orang bagi...nak berkawan, dia akan peganglah (terima). Tak fikir dah kepentingan bangsa.

“Sekarang ini sudah tidak ada kepentingan bangsa. Jadi, kalau kita tanya pada orang politik, mereka akan jawab banyak manfaat.

"Tanpa TPP, kita akan hancur. TPP lah penyelamat kita. Jadi, kita kena sokonglah sebab ia penyelamat kita.

Itu cakap orang politik. Saya pun dulu orang politik tapi sekarang taubat banyak,” katanya ketika menjawab soalan salah seorang penonton dalam program Bicara Minda & Sesi Dialog, ‘Perpaduan: Mengapa kita masih keliru?’, di Kumpulan Media Karangkraf.

Menurutnya, sejak awal lagi beliau telah melahirkan keyakinan bahawa Malaysia akan menandatangani TPP untuk berkawan dengan AS.

“Semua orang kata benda ini (TPP) tidak elok. Saya daripada awal lagi kata, tentu mereka (kerajaan) tandatangan. Elok atau tidak elok, dia (kerajaan) akan tandatangan kerana yang penting dia (kerajaan) nak berkawan dengan Amerika Syarikat (AS).

“Jika nak berkawan dengan AS, kena tandatangan tapi kita lupa AS itu negara pokai. AS ada senjata, jika kita nak berkawan dengan orang yang ada senjata, kita boleh berkawanlah tapi tiada manfaat kepada kita,” katanya.

Sanusi Junid

Mengulas lanjut, beliau berkata, kapitalisme di AS mampu berdiri kukuh kerana bantuan musuh-musuh sistem itu sendiri seperti negara-negara Arab, Islam dan China.

“(Vladimir) Lenin pernah cakap, satu hari nanti, kapitalis akan dikuasai oleh komunis. Hari ini dah jadi dah. Jika bukan kerana komunis, ekonomi AS sudah lingkup.

“Kapitalism AS hidup kerana didukung oleh musuh-musuh kapitalism...komunis China beli saham dia, Islam beli saham dia, Arab beli bon, China beli bon.

“Jika Rusia, China tidak mahu pakai Dolar AS, sudah (tentu) lingkup AS. Sebab itu AS naikkan harga bunga supaya nilai duitnya naik dan orang tak mahu jual dah kerana orang berharap ia akan naik lagi. Itu sahaja cara dia berniaga,” katanya.

BACA INI JUGA: TPPA, Cara Merompak Kekayaan Secara Sah!

Sumber: Sinarharian.com.my

Friday, December 27, 2013

Rundingan TPPA Hampir Sampai Ke Kemuncak

Rundingan TPPA Hampir Sampai Ke Kemuncak

Perjanjian utama perdagangan bebas abad ke-21, yang sedang dirundingkan oleh 12 negara dalam Lingkaran Pasifik, termasuk Malaysia, dijangka dimuktamadkan seawal 2015.


Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) itu penuh kontroversi dan menarik banyak kritikan dan bantahan daripada pelbagai pihak berkepentingan, yang berhujah bahawa perjanjian itu dijangka memberi manfaat kepada Amerika Syarikat (AS), perbadanan besar dan mengancam kedaulatan negara manakala penyokongnya pula mendakwa ia mampu merangsang perdagangan.

Ini kerana TPP, yang melibatkan Malaysia, Singapura, Jepun, Vietnam, Brunei, Australia, New Zealand, Peru, Mexico, Chile, Amerika Syarikat dan Kanada, yang menyumbang kepada 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia, akan memansuhkan halangan perdagangan dan membuka akses pasaran.

(Baca: Misteri Laut Mati Yang Gagal Di Rungkai Dunia Sains)

Pegawai Kanan Ekonomi Asean UBS Investment Bank Edward Teather berkata kerajaan di rantau Asean lebih bersedia untuk melibatkan diri dalam rundingan TPPA dan mengambil beberapa risiko politik yang merupakan sebahagian daripada agenda pembaharuan mereka untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi berikutan peningkatan unjuran terhadap ekonomi AS dan Eropah tahun depan.

“Kami menjangkakan eksport akan menyokong pertumbuhan ekonomi Asean tahun depan ketika kitaran kredit yang perlahan dan menyebabkan kurang keyakinan ke atas hutang dan defisit hutang semasa,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjelaskan bahawa kadar faedah yang terlalu rendah dan lanjutan kredit, mendorong rakyat untuk berbelanja terlalu banyak.

Bagaimanapun, Teather berkata krisis tidak berlaku di rantau ini disebabkan lembaran imbangan di kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara masih bersih.

Dalam kes Malaysia, beliau berkata, pemulihan dalam eksport dijangka menguasai ketika penyepaduan fiskal berterusan dengan kerajaan dijangkakan meneruskan agenda pembaharuannya, beralih daripada perbelanjaan subsidi yang membazir serta memberi tumpuan terhadap persekitaran perniagaan.

Dalam hal ini, beliau berkata TPPA merupakan petunjuk pembaharuan mengenai kesediaan Malaysia untuk mengambil bahagian dalam rundingan yang mencerminkan kesediaan untuk berubah pada tahun-tahun akan datang.

Teather mengunjurkan TPPA akan dilaksanakan seawal-awalnya pada 2015, dengan manfaat ekonomi dalam kalangan negara yang mengambil bahagian, diperoleh selepas itu.

Sementara itu, Wakil Perdagangan AS Michael Froman berkata kemajuan besar dicapai dalam empat hingga lima bulan lepas dalam memuktamadkan isu, mengurangkan perbezaan dan menumpukan perhatian kepada isu berkaitan politik dalam TPP.

Kami ingin memastikan perjanjian itu baik untuk semua negara yang terlibat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini semasa melawat Malaysia. Beliau turut membincangkan dan berkongsi perspektif dengan menteri, Kaukus parlimen TPPA dan pihak berkepentingan.

Froman bagaimanapun tidak memberi petunjuk mengenai garis masa tertentu untuk memuktamadkan TPP, sebaliknya menyatakan bahawa kehadiran negara anggota berbincang dan mencari jalan untuk menangani sensitiviti, perbincangan boleh dimuktamadkan.

“Ini konsisten dengan standard tinggi keseluruhan perjanjian, dorongan untuk integrasi perdagangan di seluruh rantau ini dan selaras dengan matlamat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC),” katanya.

Dari segi sensitiviti dan isu-isu tertunggak, Froman berkata Bab Harta Intelek merupakan isu paling sukar dan mencabar.

Dalam rundingan menteri TPPA di Singapura dari 7 hingga 10 Disember, 2013, kenyataan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia menyatakan bahawa jurang yang luas masih wujud dalam banyak isu, dan memerlukan rundingan lanjut

Banyak isu mengenai perusahaan milik negara, alam sekitar, hak harta intelek (IPR) dan akses pasaran, masih belum jelas dan perunding telah ditugaskan untuk meneroka penyelesaiannya, kata MITI.

(Baca: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi)

Tarikh sasaran akhir tahun untuk memuktamadkan rundingan TPPA yang ditetapkan oleh pemimpin pada Mesyuarat Pemimpin-pemimpin APEC di Bali pada Oktober 2013, terbukti sukar dicapai.

Malaysia terus berunding pada pusingan ke-18 dan 19 di Kota Kinabalu, Sabah dan Brunei tahun ini, menonjolkan kebimbangan khusus dan sensitiviti dalam bidang perolehan kerajaan, perusahaan milik negara, isu-isu Bumiputera, IPR, alam sekitar dan penyelesaian pertikaian pelabur serta keperluan untuk memberi fleksibiliti termasuk tempoh peralihan dan komitmen tertentu negara.

Malaysia terus bekerjasama dengan lain-lain anggota TPPA mengenai butiran pelonggaran ini.

Pada mesyuarat menteri TPPA di Singapura membabitkan rundingan akses pasaran, mencatat beberapa kejayaan dalam penawaran anggota TPPA, namun Malaysia meneruskan usaha untuk mendapatkan pakej yang lebih baik.

Malaysia membuat pendirian bahawa rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan sepatutnya menjadi sumber rujukan pada rundingan TPPA yang sedang berjalan.

Perunding kini menyediakan jadual waktu kerja rundingan TPP akan datang.

Sementara itu, mesyuarat TPPA akan datang dijangka berlangsung pada Januari.

TPPA yang dikaitkan dengan serampang dua mata atau Kuda Trojan untuk dominasi ekonomi, pastinya mencetuskan minat besar. Namun ia merupakan senjata berbahaya dan berkuasa atas nama ‘perdagangan bebas’ Abad ke-21.

Sumber: Bernama