Monday, April 25, 2022

 Remaja Dianggap Penjelmaan Dewa Selepas Di Tumbuhi Ekor!

Remaja Dianggap Penjelmaan Dewa Selepas Di Tumbuhi Ekor!

Seorang remaja lelaki di Nepal dianggap sebagai penjelmaan semula dewa selepas dia tular dalam aplikasi TikTok kerana memiliki ekor berbulu yang tumbuh pada belakang badannya, lapor akhbar Daily Star.

Deshant Adhikari Jelmaan Dewa

Deshant Adhikari, 16, tular kerana memiliki ekor sepanjang 70 sentimeter (sm) yang dijalin sehingga membuatkan penduduk tempatan di kampung halamannya terpegun.

Bulu berkenaan mula dikesan oleh ibu bapanya sejurus selepas dia dilahirkan.

Deshant berkata, dia pada awalnya malu dengan bulu tambahan itu dan pernah menyembunyikannya daripada orang lain.

Semasa masih kecil, ibu bapa Deshant membawanya ke hospital dan kemudahan tempatan di luar negara dalam usaha untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, seorang sami tempatan telah membuat ekor itu dilihat dari sudut yang berlainan.

Paderi itu mencadangkan bahawa Deshant adalah penjelmaan semula dewa, menyebabkan mereka lebih menerimanya, lapor akhbar The Mirror.

"Ibu bapanya tidak tahu keadaan itu sehingglah dia dibawa pulang dari hospital selepas lima hari dilahirkan.

"Mereka membawanya ke beberapa hospital untuk dirawat, namun gagal untuk menghalang ekornya daripada tumbuh.

"Sami itu menasihati mereka untuk tidak menyikat atau menggunakan sebarang alat untuk memotong ekor itu. Mereka kemudian membiarkan ekor itu tumbuh secara semula jadi dan berhenti mendapatkan rawatan," jelas seorang pembuat filem, Puskar Nepal setelah menemu bual Deshant.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Wednesday, July 22, 2020

Wanita Hanya Sedar Dirinya Hamil Sejam Sebelum Lahirkan Anak!

Wanita Hanya Sedar Dirinya Hamil Sejam Sebelum Lahirkan Anak!

Kisah pelik tapi benar apabila seorang wanita di Jawa Barat, Indonesia, heboh diperkatakan di media sosial selepas dia mendakwa hanya hamil selama sejam sebelum melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat.

Tak sedar mengandung
Heni Nuraeni.

Bayi dinamakan Lingga Cipta Radeva seberat 3.4 kilogram itu dilahirkan Heni Nuraeni, 28, dari Desa Mandalasari, Kecamatan Puspahiang, kabupaten Tasikmalaya pada Sabtu lalu (18/7/2020).

Wanita yang mempunyai anak berusia 10 tahun dan 19 bulan itu mendakwa dia tidak menyedari dirinya hamil sepanjang sembilan bulan lalu, malah dia sedang mengalami menstruasi sebelum proses kelahiran terbabit.

Kisah luar biasa itu turut dikongsi oleh pengguna Taufik Romdoni di Facebook.

"Inilah tanda kebesaran ALLAH SWT yang telah menganugerahkan seorang bayi lelaki kepada sepasang suami isteri dengan proses kehamilan hanya selama 60 minit.

"Bahkan ia dilahirkan dalam keadaan menstruasi. Semoga menjadi anak yang soleh dan beriman. Amin," menurut Taufik pada kapsyen video ibu dan bayi terbabit.

Sementara itu, Heni juga berkongsi cerita tentang detik kelahiran anak ketiganya itu.

"Saya mengalami sakit perut pada bahagian kanan. Ia mengeras dan berlaku gerakan secara tidak teratur. Perut saya rasa seperti memulas selang sejam kemudian.

"Ibu bapa saya segera memanggil bidan sebelum melahirkan bayi tersebut secara normal," katanya.

Jelas Heni, dia tidak mengalami pertambahan berat badan dan kitaran haidnya juga teratur sepanjang tempoh sembilan bulan.

Kehamilan Kriptik

Dalam dunia perubatan, keadaan wanita yang tidak menyedari dirinya hamil digelar sebagai kehamilan Kriptik yang disebabkan oleh kadar hormon gonadotrofin korion manusia (hCG) yang rendah dalam darah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Wednesday, March 11, 2020

Tumbung Kelapa Pelik Menyerupai Wajah Manusia Memakai Tengkolok

Tumbung Kelapa Pelik Menyerupai Wajah Manusia Memakai Tengkolok

Batu kecil berukuran lebih kurang sebesar telapak tangan berwarna putih seakan-akan batu kapur ini yang mempunyai tunas sepanjang hampir empat sentimeter ini kelihatan pelik, kerana tunasnya seakan-akan wajah manusia memakai tengkolok.

Tumbung Kelapa Pelik

"Asalnya benda ni ialah tumbung kelapa. Ada juga yang panggil geliga kelapa. Semasa mula-mula ditemui lebih 10 tahun dulu, ia berupa hanya seketul batu kecil.

"Tapi lama kelamaan saiznya makin bertambah dan tunas mulai tumbuh dengan rupa aneh begini," kata pemilik geliga kelapa ini, Ustaz Jamil Hussain.

Menurut beliau yang juga merupakan pengetua Madrasah Kota Tauhid di Kalumpang, Selangor, tumbung itu ditemuinya lebih 10 tahun yang lalu, sewaktu dia dan beberapa rakannya sedang berguru dengan seorang alim ulama di Gunung Jerai, Kedah.

"Masa itu lebih kurang pukul 1 pagi. Ada satu upacara untuk kami diuji berdekatan dengan kawasan batu kapal di puncak gunung itu. Sebiji kelapa yang dibawa dihempaskan ke tanah hingga pecah," cerita Ustaz Jamil.

Ketika kelapa itu berderai pecah, Ustaz Jamil perasan ada satu objek yang agak bersinar keluar dari kelapa itu. Apabila diamati, ia rupa-rupanya adalah tumbung kelapa tersebut.

Entah kenapa, hatinya kuat menyuruh untuk mengambil tumbung yang seperti sebiji batu kecil itu. Ia dibawa pulang dan disimpan dalam sebuah kotak kecil.

Selepas itu, Ustaz Jamil seakan-akan terlupa dengan tumbung itu sehinggalah beberapa tahun kemudian, dia teringat semula.

Tumbung Kelapa Pelik Ustaz Jamil
Ustaz Jamil.

"Setelah bertahun-tahun menyimpannya, saya tergerak hati nak melihatnya semula. Bila saya buka semula kotak tu, saya terkejut kerana rupa tumbung itu dah berubah.

"Ia semakin besar, keras dan tak ubah seperti batu. Lebih aneh ia bertunas dan rupa tunas itu pula seperti orang yang memakai tengkolok.

"Saya tak tahu apa fungsinya. Saya tunjukkan pada rakan-rakan dan tiada yang tahu apa kegunaannya.

"Ramai juga yang tawarkan hendak membelinya, tapi waktu itu saya belum terbuka hati hendak menjualnya. Walaupun saya bukan penggemar barang-barang pelik, tapi saya simpan saja tumbung aneh ini," jelasnya lagi.

Ketika itu ramai yang menawar hendak memiliki tumbung itu. Bahkan, ada yang sanggup membayar jutaan ringgit kerana kata mereka, tumbung ini boleh dijadikan 'ibu duit' atau sebagai 'penarik' harta karun.

Disebabkan itu juga Ustaz Jamil enggan menjualnya kerana tidak mahu ia digunakan untuk amalan yang salah.

Dia juga teringat pesan seorang ulama yang ditemuinya yang menyuruhnya jangan terburu-buru untuk menjual tumbung ini. Tunggu sampai satu ketika apabila firasat datang.

Kata Ustaz Jamil, kesibukannya dengan kuliah dan kelas agama membuatkan dia terlupa tentang tumbung itu.

Tumbung Kelapa

Baru-baru ini, Ustaz Jamil agak sibuk dengan perancangan untuk membina sebuah madrasah baharu bagi golongan pelajar lelaki.

"Nak bina madrasah perlukan dana yang besar. Ketika sibuk mencari dana inilah, saya mendapat firasat dari mimpi, tumbung ini boleh menjadi maharnya.

"Jika ada yang sudi membelinya, hasil jualan itulah yang akan saya gunakan untuk membangunkan madrasah baru kelak," kata Ustaz Jamil yang berharap impiannya untuk menubuhkan sebuah lagi madrasah akan tercapai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Tuesday, January 07, 2020

Kisah Gay Indonesia Yang Merogol 138 Orang Lelaki Di Britain!

Kisah Gay Indonesia Yang Merogol 138 Orang Lelaki Di Britain!

Reynhard hadir ke Manchester sejak tahun 2007, sudah lebih tujuh tahun menetap di Manchester dalam sebuah apartment yang terletak tidak jauh daripada sebuah kelab malam bernama Factory Nightclub sejak tahun 2012.

Reynhard gay rogol lelaki
Reynhard.

Berumur 36 tahun (semasa artikel ini ditulis), Reynhard sangat cemerlang dalam pelajarannya. Dia sudah menamatkan pengajian peringkat ijazah sebanyak empat kali dan sedang menyambung pengajian dalam peringkat doktor falsafah.

Kehidupan siangnya dipenuhi dengan kelas dan tugasan, dikenali sebagai seorang pelajar pintar yang mesra, baik budi pekerti dan gemar hidup bebas. Reynhard juga terkenal gemar mengunjungi gereja berdekatan.

Jadi, tidak ada sesiapa mengesyaki hidupnya jauh berbeza pada waktu malam, apabila dia menggunakan apartmentnya untuk dijadikan sarang seks, mengumpan lelaki-lelaki kurang bernasib baik untuk dijadikan pemuas nafsu.

Modus operandi Reynhard

Berikutan tubuhnya yang tinggi dan langsing serta tidak kelihatan mampu mengancam sesiapa, agak mudah bagi Reynhard mendekati mangsa. Sasarannya lelaki heteroseksual atau dalam bahasa kasarnya, lelaki normal. Lelaki yang suka wanita.

Ini kerana Reynhard merasakan ada kepuasan lebih sekiranya dia berjaya menodai lelaki-lelaki yang lurus, tidak sama sepertinya seorang homoseksual.

Taktiknya sama saja setiap kali, dengan membawa perwatakan baik dan ingin membantu, Reynhard akan menyapa mana-mana lelaki yang sedang menunggu di sekitar Factory Nightclub.

Selepas menegur mangsa, Reynhard akan mula menaburkan simpati terhadap nasib mangsa yang terpaksa menunggu di luar lalu menawarkan rumahnya untuk mereka berteduh sementara. Lebih selesa, lebih mudah dan mangsa diyakinkan tidak perlu berada di luar lagi.

Setelah hadir ke dalam apartment, Reynhard akan berbual-bual sebelum menawarkan minuman kepada mangsa.

Majoriti mangsa yang hadir membuat laporan polis hanya ingat setakat itu sahaja, kerana mereka tidak lagi sedarkan diri selepas itu. Besar kemungkinan, ramai masih lagi tidak tahu apa yang telah Reynhard lakukan pada mereka bila mereka pengsan.

Apa yang pelik, kebanyakan mangsa tidak menyedari mereka telah dirogol, sebaliknya beranggapan mereka pengsan disebabkan kesan arak yang diminum semasa berada di kelab.

Jadi, ada antara mereka yang mengucapkan terima kasih pada Reynhard kerana membenarkan mereka menginap semalaman, sebelum pulang ke rumah seperti biasa.

Tidak diketahui sejak bila mula merogol lelaki

Berasal dari Depok, Jakarta dari keluarga berada, masalah kewangan tidak pernah membelenggu hidup Reynhard, membolehkan dia menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Dia menamatkan pengajian ijazah dalam senibina di Universiti Indonesia, Depok, sebelum berpindah ke Manchester bagi menyambung pengajian.

Dia berpindah randah dari Manchester ke Leeds, menamatkan tiga lagi kursus ijazah sebelum menetap di apartment yang menjadi markasnya sejak tahun 2012. Hanya pada 2 Jun 2017, kegiatannya selama ini terbongkar.

Seorang remaja yang dipancing untuk hadir ke sarang Reynhard selepas gagal menghubungi kumpulan rakannya, melalui kejadian serupa, pengsan secara tiba-tiba selepas diberikan bahan GHB, sejenis dadah jenis cecair tanpa warna yang lebih dikenali di Britain sebagai 'chemsex'.

Diambil dalam dos kecil akan menyebabkan rasa keinginan syahwat. Dalam dos lebih besar - seseorang boleh kehilangan kesedaran diri. Dalam sukatan melampau? Boleh mati.

Remaja itu yang tidak dinamakan tersedar semasa Reynhard sedang melakukan aktiviti seksual ke atas dirinya, menyebabkan remaja itu bertindak menyerang Reynhard.

Selepas beberapa kali berjaya menyerang Reynhard yang berlakon seakan remaja itu pula mencerobohi rumahnya, remaja itu berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.

Polis yang hadir pada mulanya mempercayai kisah Reynhard bahawa rumahnya diceroboh, sebelum penemuan telefon pintar miliknya berjaya menemukan pihak polis dengan aksi Reynhard sedang merogol remaja tersebut.

Sebuah lagi telefon milik Reynhard ditemui dan kesemua 'koleksi' video miliknya merogol mangsa, berjumlah lebih 800 video semuanya.

Reynhard gemar merogol mangsanya berulang kali, dalam tempoh beberapa jam dalam keadaan mangsanya tidak sedarkan diri. Yang berdengkur pun ada.

Majoriti video yang ditemui merekodkan aktiviti ganas Reynhard bermula pada tahun 2015, namun pihak polis percaya Reynhard sudah menjalankan aktivitinya lebih lama.

Dibicarakan dan dihukum

Sepanjang perbicaraannya, Reynhard tidak menampakkan wajah penyesalan, sebaliknya nampak seperti biasa, tersenyum, mesra dan terbuka untuk berbual dengan sesiapa.

Berikutan kelakuan jenayahnya yang sangat luar biasa, hakim memerintahkan agar hukuman minima 30 tahun penjara dikenakan ke atasnya, di atas hukuman penjara 20 tahun yang telah berjaya dijatuhkan dalam perbicaraan lebih awal pada tahun 2018.

Kes yang berjaya dibicarakan setakat artikel ini ditulis, hanya melibatkan 48 orang lelaki pelbagai usia, melibatkan 136 tuduhan rogol, 8 tuduhan cubaan merogol, 14 tuduhan serangan seksual dan 1 tuduhan serangan penetrasi seksual.

Daripada video yang berjaya ditemui, pihak polis menganggarkan terdapat lebih 70 orang lagi mangsa yang gagal dikenali, masih lagi besar kemungkinan tidak menyedari mereka telah pun dirogol, beberapa kali.

Jadi, sekiranya ada antara anda pernah melawat Manchester, hadir ke kawasan yang disebutkan dan disapa seorang lelaki Indonesia yang lembut perwatakannya kemudian diajak ke rumahnya, cuba ingat kembali adakah wajah yang kami paparkan dalam artikel ini serupa dengan individu yang anda kenali?

Jika ya, mungkin itu tanda anda pun pernah dinodai. Arghh..

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Monday, December 30, 2019

Hotel Mewah Khas Untuk Orang Yang Telah Mati!

Hotel Mewah Khas Untuk Orang Yang Telah Mati!

Kadar kematian tahunan di Jepun meningkat sebanyak 0.94 peratus. Pada tahun 2010 sahaja, seramai 1.2 juta orang penduduk di negara matahari terbit itu dilaporkan meninggal dunia. Rekod ini adalah jauh lebih tinggi daripada purata kematian dunia sebanyak 0.84 peratus setahun.

Keranda Hotel Lastel

Akibat kadar kematian yang semakin bertambah, rumah mayat dan tempat membakar mayat di Jepun menghadapi masalah untuk menguruskan jasad si mati.

Atas sebab itu, seorang lelaki bernama Hisayoshi Teramura terpanggil untuk membina sebuah hotel istimewa diberi nama Lastel, yang terletak di pinggir bandar Yokohama di Jepun.

Sekali pandang dari luar, bangunan tempat penginapan berkenaan tiada bezanya dengan hotel-hotel lain. Malah, para pelancong dan pasangan bercinta sering tersilap memilih hotel ini untuk menginap. Teramura terpaksa berkali-kali menjelaskan kepada para pengunjung bahawa hotel tersebut bukan hotel biasa, tetapi memberi alasan 'hotel kami sangat sejuk'.

Hotel Lastel sebenarnya hotel khas untuk orang mati. Dengan kata lain, kesemua penghuninya terdiri daripada mereka yang telah meninggal dunia. Hotel Lastel mempunyai 18 buah bilik 'sejuk'.

Sistem bilik berkenaan dilengkapi dengan keranda istimewa untuk si mati. Sistem penyimpanan mayat yang digunakan juga adalah canggih dan automatik.

Setiap kali menerima tetamu yang tidak bernyawa, mayat-mayat tersebut akan diawet dan disimpan dalam keranda sejuk. Keranda si mati kemudian diletakkan di ruang yang boieh dilihat oleh ahli keluarga.

Semasa mendiami hotel itu, ahli keluarga dan rakan-rakan si mati boleh datang melwat pada bila-bila masa untuk memberi penghormatan terakhir.

Hotel mewah dan berkeadaan sunyi sepi ini menawarkan kamar untuk si mati dengan bayaran sewa sebanyak 12,000 yen (RM482) sehari. Ahli keluaraa perlu membayar sewa untuk menyimpan atau mungkin memberi hiburan kepada si mati sementara menunggu giliran untuk dikebumikan.

Rakyat Jepun dikatakan antara penduduk dunia yang cenderung berbelanja besar dengan purata sebanyak 1.2 juta yen hanya untuk membayar bunga, tempayan, keranda dan perbelanjaan pengebumian.

Hotel Lastel

Justeru, bayaran sebanyak 12,000 yen sehari (RM453) untuk sewa penginapan terakhir bagi ahli keluarga yang telah meninggal dunia bukanlah diangqap sebagai satu isu besar.

Persoalannya, kenapa tidak dibina sahaja lebih banyak rumah mayat dan tempat membakar mayat? Bukankah itu lebih mudah? Bunyinya mungkin mudah.

Namun, satu permasalahan yang dihadapi oleh negara Jepun ialah tanah di sana sangat terhad. Tambahan pula, tiada siapa yang mahu lokasi pembakaran atau bilik mayat berdekatan dengan rumah mereka.

Masalah menguruskan si mati mungkin menghadapi lebih kesukaran kerana kadar kematian tahunan Jepun dijangka meningkat kepada 1.7 juta pada tahun 2040. Jangkaan ini berdasarkan trend menunjukkan generasi tua paling ramai berbanding kadar kelahiran bayi yang menyusut.

Sekiranya teori ini benar, maka populasi penduduk Jepun dianggarkan akan menurun kira-kira 20 juta orang.

Jumlah ini mengejutkan dunia kerana kadar kematian seperti itu tidak mungkin berlaku dalam sebuah negara maju dari segala segi seperti Jepun.

Juga dikatakan agak mustahil terjadi sekali pun negara yang mengalami peperangan atau kebuluran. Tapi itulah realiti kehidupan yang bakal dihadapi oleh rakyat Jepun.

Oleh itu, Teramura mengambil kesempatan daripada kematian ini dengan memberikan perkhidmatan untuk menyimpan mayat dalam keadaan selesa dan terpelihara. Walaupun dikenakan bayaran yang agak mahal, penduduk Jepun seperti tiada pilihan lain.

Di Yokohama, setiap tubuh yang meninggal dunia terpaksa menunggu giliran yang agak lama iaitu lebih daripada empat hari sebelum dihantar ke tempat pembakaran mayat.

Ketika dalam tempoh menunggu giliran, ahli keluarga menghadapi kesukaran untuk menempatkan mayat.

Hotel Mayat Lastel

Orang Jepun biasanya enggan meletakkan si mati di dalam rumah kerana bimbang mayat membusuk dan reput sebelum tiba giliran untuk dibakar. Tambahan pula, tidak ada ruang untuk meletakkan mayat kerana ruang yang ada sangat terbatas dan sempit.

Untuk menghormati si mati, mereka merasakan adalah lebih baik mayat-mayat itu diletakkan di tempat yang sesuai walaupun berbayar seperti Hotel Lastel.

Di tempat penginapan mayat itu, si mati dirawat dan dijaga agar tidak reput atau membusuk. Tubuh si mati kekal terpelihara sehingga sampai masa untuk dibawa ke tempat membakar mayat.

Oleh kerana perkhidmatan yang diberikan sangat memuaskan, hotel untuk si mati mendapat permintaan tinggi.

Teramura memutuskan untuk membina sebuah lagi hotel ekslusif seumpamanya tidak lama lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, December 19, 2019

Suku Kaum Wanita Apatani, Berwajah Hodoh Dan Pelik

Suku Kaum Wanita Apatani, Berwajah Hodoh Dan Pelik

Suku kaum wanita Apatani atau Tani di daerah Arunachal Pradesh, India sengaja mencacatkan wajah sendiri untuk nampak hodoh bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa nafsu lelaki, namun dengan tatu bergaris di muka, dagu dan memakai penyumbat hidung, mereka dianggap suku kaum yang mempunyai wajah paling pelik.

Suku Kaum Wanita Apatani

Mengikut cerita lama, wanita Apatani pada asalnya terkenal dengan kecantikan paras rupa hingga menjadi dambaan lelaki suku kaum lain menyebabkan ada yang sanggup menceroboh masuk ke kampung dan melarikan mereka.

Sebagai taktik melindungi diri, golongan tua dalam masyarakat itu mengarahkan semua wanita tidak kira sama ada muda atau tua, perlu mencacah muka mereka dengan tatu dan memakai penyumbat hidung.

Penyumbat hidung itu disumbat pada kedua-dua hidung mereka dan biasanya dipotong mengikut saiz lubang hidung masing-masing.

Ia kelihatan agak ngeri apabila hidung yang digunakan untuk bernafas, disumbat pula dengan objek seperti kayu.

Namun, lama-kelamaan ia menjadi satu kebiasaan buat masyarakat itu atas faktor menjaga keselamatan diri sendiri daripada menjadi mangsa culik dan seterusnya hilang tanpa khabar berita.

Kawasan terpencil yang menjadi tempat tinggal sejak beberapa abad lalu, membolehkan mereka meneruskan kesinambungan tradisi dalam tempoh sebelum 1970-an selain mengamalkan agama Donyi-Polo yang menyembah matahari dan bulan.

Bagi wanita muda pula, adat pelik itu wajib dilakukan ketika usia mereka mencapai akil baligh sebagai simbol memasuki ke alam dewasa.

Seorang jurugambar warga Britain, Pete Oxford sempat membidik beberapa keping gambar yang menunjukkan keanehan rupa paras suku kaum Apatani itu.

Dia yang dipetik The Sun melaporkan, ia adalah pengalaman pertama dia melihat perkara seperti itu dan keadaan mereka agak mengejutkan.

“Pada mulanya saya terkejut dan pelik dengan keadaan mereka. Namun, saya tidak mengambil masa lama untuk membiasakan diri dan mengambil gambar wanita yang disumbat penyumbat kayu dalam hidung.

“Saya difahamkan, hampir setiap wanita suku kaum ini yang berusia 40-an mempunyai wajah pelik seperti ini,” katanya.

Bagaimanapun, generasi lebih muda yang lahir selepas 1970-an pula tidak lagi meneruskan adat pelik itu kerana tidak sanggup kelihatan hodoh, malah adat itu dianggap akan merencatkan masa depan mereka sekiranya ingin berhijrah dan keluar bekerja di bandar.

Kerajaan India dilaporkan mengharamkan amalan itu pada 1970-an menyebabkan ia lama-kelamaan semakin terhapus.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Tuesday, October 08, 2019

5 Penjara Paling Pelik Di Dunia

5 Penjara Paling Pelik Di Dunia

Penjara. Sesiapa pun gerun mendengarnya. Seolah-olah burung yang terbang bebas, terkurung di dalam sangkar tanpa boleh terbang ke mana-mana. Begitulah gambaran kehidupan di balik tirai besi, namun ironinya, jangan tak tahu masih wujud juga penjara yang menggunakan pendekatan ihsan dalam menyantuni penghuninya.

Penjara Pelik

Berikut adalah perkongsian mengenai lima penjara unik dalam artikel ini memberi dimensi baru buat anda, mengenai kisah pelik lima tirai besi di dunia.

1. Penjara San Pedro, Bolivia

Penjara San Pedro, Bolivia

Penjara paling unik, kerana bukan sahaja banduan malah keluarga pun boleh turut serta dan menginap di dalam sel tahanan. Aneh bukan?

Setiap banduan yang baru pertama kali melangkah masuk ke dalam penjara ini, perlu membayar wang pendaftaran kepada ketua penjara tersebut, bagi membayar kos penginapan mereka di sel penjara.

Bagi banduan yang membawa anak dan isteri mereka menetap bersama, mereka terpaksa menanggung risiko berdepan dengan penjenayah seksual berhati kering yang dipenjarakan atas kesalahan rogol, bunuh dan jenayah seksual lain.

Untuk menampung kos penginapan dan hidup selama di penjara, banduan perlu bekerja.

Antara pekerjaan yang ditawarkan adalah tukang kebun, tukang kasut serta bekerja di unit pembuatan dadah yang sah; iaitu salah satu punca penjana ekonomi penjara tersebut.

Sel di penjara itu terbahagi kepada kategori paling daif, sederhana dan berkelas mewah.

2. Penjara Halden, Norway

Penjara Halden, Norway

Bak hotel lima bintang! Penjara ini amat menitik beratkan keselesaan penghuninya. Dikenali sebagai penjara paling ‘manusiawi’ di dunia dilihat menawarkan servis berkelas lima bintang kepada tahanannya.

Reka bentuk penjara yang moden, dimana penghuninya tidak mempunyai pakaian seragam banduan sepertimana di penjara lain.

Tahanan bebas melakukan aktiviti bersukan, bermain muzik di studio khas, bersenam di dalam gimnasium yang lengkap dengan fasiliti terkini, bilik sel yang selesa persis bilik asrama dan diberi kebenaran menggunakan dapur untuk memasak makanan sendiri.

Tujuan tahanan ini diberi layanan sebaiknya agar mereka menghargai kebebasan dan berazam untuk menjalani hidup yang lebih positif dan bebas jenayah sebaik melangkah keluar dari penjara.

Hasilnya, bilangan pesalah yang direkodkan kembali semula ke penjara hampir tiada.

3. Penjara Aranjuez, Sepanyol

Penjara Aranjuez, Sepanyol

Mendapat jolokan penjara mesra keluarga, banduan yang mempunyai anak mendapat keistimewaan untuk membawa anak dan isteri sama-sama menetap di dalam sel dikhususkan untuk keluarga yang mempunyai 36 unit kesemuanya.

Di dalam bilik tersebut katil khusus untuk bayi yang dihiasi dengan permainan comel menjadi penyeri buat anak-anak mereka.

Sebaik anak mereka berusia tiga tahun, ibu bapa tersebut perlu berpindah ke sel lain dan anak-anak di serahkan kepada penjaga atau keluarga.

Lazimnya, sebelum anak-anak kecil tersebut berusia tiga tahun, ramai banduan wanita ataupun isteri si pesalah lelaki, akan berusaha untuk hamil dan melahirkan anak lagi.

Dengan harapan mereka boleh sama-sama tinggal dalam sel yang sama seperti keluarga normal lain.

4. Apac, Association for Protection & Assistance to Convict, Brazil

Apac, Brazil

Sekali lagi elemen kekeluargaan menjadi sebahagian dari identiti pusat pemulihan di Brazil ini.

Adalah normal, keluarga pesalah akan hadir menziarahi pesalah terutamanya apabila melibatkan hari-hari perayaan tertentu.

Sebaliknya di pusat pemulihan ini, mereka menggunakan pendekatan berbeza, di mana pesalah dibenarkan pulang menziarahi keluarga mereka untuk beberapa hari.

Tujuannya bagi mencambahkan rasa ingin berubah dikalangan banduan dan mereka boleh kembali kepangkuan keluarga dan masyarakat dengan semangat positif.

Apac juga menggalakan pesalah ini bekerja di dalam penjara dengan melakukan aktiviti pertanian, pertukangan, menjahit dan pelbagai ilmu kemahiran lain yang mana boleh dimanfaatkan sebaik mereka melangkah keluar dari pusat ini.

5. Penjara Bastoy, Norway

Penjara Bastoy, Norway

Penjara yang mendapat gelaran ‘penjara paling baik’ di dunia kerana layanannya terhadap tahanan.

Keselesaan penghuni penjara menjadi fokus utama penjara ini, setiap seorang tahanan layak menghuni sel selesa sendirian. Mereka perlu berkongsi penggunaan dapur untuk memasak makanan mereka sendiri.

Setiap hari, tahanan akan diberi makan hanya sekali sahaja dan sekiranya rasa lapar, mereka diberi kebenaran membeli bekalan makanan di pasar raya tertentu dengan menggunakan wang elaun yang diberi oleh pihak penjara berjumlah $90 sebulan.

Selain itu, untuk mendapatkan duit tambahan, tahanan ditugaskan menguruskan tanaman, menjaga kuda, membaiki basikal, melakukan kerja-kerja pertukangan dan pemuliharaan kemudahan yang terdapat di Pulau Bastoy.

Penjara yang terletak di pulau itu mempunyai hanya 69 kakitangan penjara yang mengawal hamper 115 tahanan. Hanya lima pegawai ditugaskan bagi menjaga tahanan ketika sesi malam.

Tahanan diberi kelonggaran untuk pergi ke gereja, perpustakaan dan melibatkan diri dengan aktiviti riadah seperti memancing, menunggang kuda dan bersukan.

Pelik tapi benar.

BACA INI JUGA:

sumber: MW