Monday, October 16, 2023

Perang Enam Hari 1967, Permulaan Satu Kemusnahan Negara Palestin!

Perang Enam Hari 1967, Permulaan Satu Kemusnahan Negara Palestin!

Ianya bermula pada pukul 7:10am, 5hb Jun 1967, waktu Israel. Enam belas jet Magister Fouga buatan Perancis, pelatih-pelatih era 1950an dilengkapi roket berlepas dari lapangan Hatzor. Jet-jet Fouga tersebut bertransmisi seperti mana jet Mystere dan Mirage. Mereka berlepas mengikut rutin patrol harian.

Perang Enam Hari 1967

4 minit kemudian, skuadron sebenar - Ouragan Bombers berlepas dari Hatzor, selang 5 minit diikuti pula oleh skuadron Mirages dari Ramat David dan 15 Vatours dari Hatzerim. Dalam pukul 7:30am sebanyak 200 buah pesawat pelbagai jenis sudah memenuhi ruang udara Israel.

Tersandar di atas bahu skuadron Israel ini arahan daripada Komander Udara Motti Hod:

"The spirit of Israel's heroes accompany us to battle. From Joshua Bin-Nun, King David, the Maccabees and the fighters of 1948 and 1958, we shall draw the strength and courage to strike the Egyptians who threaten our safety, our independence and our future. Fly, soar at the enemy, destroy and scatter him throughout the desert so that Israel may live, secure in its land for generations."

Mereka terbang rendah, tidak lebih dari 15 meter untuk mengelak dari dikesan radar tentera Mesir - ada 82 buah semuanya di serata tempat. Kebanyakan pesawat mengarah ke Barat - ke Laut Mediterannean sebelum membelok kembali ke arah Mesir. Selainnya pula mengarah ke Laut Merah menuju sasaran di kawasan pedalaman Mesir.

Komunikasi radio sama sekali tidak dibenarkan - arahan yang sangat penting untuk di patuhi. Komunikasi hanya dengan isyarat tangan! Tujuan mereka adalah "is to reaching the Egyptian coast without being spotted".

Kol. Rafi Harlev, Cif Israel Air Force telah mengarahkan tiada komunikasi radio diantara juruterbangnya, biarpun terdapat kerosakan mekanikal, jika terpaksa terhempas ke laut maka ke lautlah!

Sungguhpun begitu juruterbang Israel lebih terlatih berbanding saingan mereka di Mesir. Mereka lebih berpengalaman dan mempunyai lebih masa penerbangan.

Hampir kesemua pesawat mereka 65 Mirages, 35 Super Mysteres, 35 Mysteres Mark IV, 50 Ouragans, 20 Vatour light bombers dan 45 Fougas boleh beroperasi dengan baik.

Mereka sebenarnya sudah berulang kali membuat latihan peperangan dengan bersimulasikan lapangan terbang Mesir - secara rahsia! Hanya segelintir menteri yang tahu mengenai hal itu.

Walaupun begitu, maklumat dan sasaran lokasi tentera Mesir memang dalam tangan Israel - lokasi setiap jet pejuang Mesir serta nama dan pangkat sehinggakan kepada suara juruterbang Mesir juga mereka tahu!

Kesemua maklumat ini telah dibocorkan oleh Wolfgang Lotz, seorang yahudi kelahiran German yang mendapat maklumat dari hubungan baiknya dengan pegawai dan ketua staf tentera Mesir sebelum dia berjaya dicekup pada 1964.

Selain itu, sumber risikan Israel juga disalurkan oleh pegawai Inteligen Yahudi di Mesir bernama Anwar Ifrim dan 'Ali al-'Alfi, masseur (ini maksudnya tukang urut) peribadi Gamal Nasser.

Inilah yang dikatakan oleh Hod sebagai: "Israel's real time intelligence on Egypt's aircraft."

Mesir Lena DiUlik Mimpi

Mesir pula langsung tidak menghiraukan keselamatan jet pejuang mereka. Rata-rata buatan Russia - MIG, Ilyushin, Topolov, dilonggok dalam satu pangkalan. Memudahkan Israel mensasarkan serangan mereka.

Walaupun sebelum ini sudah dicadang pembinaan hangar konkrit, tapi cadangan itu dipandang sepi oleh pemerintah atasan tentera Mesir. Pesawat pejuang Mesir dibiar berpanas di tengah lapang tanpa sebarang perlindungan, waima sandbags pun kurang!

"A fighter jet is the deadliest weapon in existence - in the sky, but on the ground it is utterly defenseless," kata Hod Ketua Staff IAF.

Dalam masa musuh semakin mara, hampir kesemua pesawat Mesir dalam keadaan sejuk enjin dibasahi embun pagi dan semua juruterbang sedang menikmati sarapan pagi.

Walaupun begitu, pihak Mesir memang menjangkakan jika ada serangan Israel maka ia akan berlaku di awal subuh, oleh itu sebagai rutin mereka telah pun menghantar skuad tinjau untuk mengawasi ruang udara mereka pada waktu-waktu tersebut.

Pesawat tinjau pulang dan mendarat seawal 8:15am, rondaan cepat sejam dari pesawat Israel yang mendatang dan gagal mengesan kehadiran mencurigakan dari skuadron Israel.

Rutin harian tentera Mesir ni juga sudah diambil kira oleh perisik Israel sebelum memulakan serangan mengejut pada pagi 5 Jun tersebut!

Ada juga sumber mengatakan bahawa pada malam sebelumnya, pimpinan tentera Mesir telah dihiburkan dengan wanita-wanita cantik agen pengintip Yahudi sehingga mereka mabuk dan lupa diri untuk tegak menghadapi serangan Yahudi.

Andaian ini boleh dianggap benar kerana pagi itu tentera Mesir seumpama masih lalok, tidak berdaya menahan asakan skuadron Yahudi.

Taktik perempuan cantik ini pun memang selalu diguna pakai dan menjadi kegemaran untuk cerita perisikan seperti James Bond. Wanita cantik juga selalu dijadikan umpan merosakkan pimpinan peringkat tertinggi angkatan tentera sesebuah negara!

Radar Jordan

Radar paling canggih dalam dunia Arab dimiliki oleh Jordan - buatan British, telah mendapat isyarat mengenai kemasukan pesawat dalam kuantiti luar biasa ke ruang udara Mesir di Sinai.

Sangkaan mereka, ini hanyalah rutin biasa tentera Israel, tetapi dalam ketidaktentuan itu, amaran masih juga disampaikan kepada pihak Mesir.

Satu kelemahan tentera-tentera Arab adalah kurang koordinasi yang tepat. Maka maklumat penting seperti itu tidak dapat disampaikan dengan segera kepada tentera Mesir.

Sementelah pula, malam itu tentera Mesir sudahpun mengubah frekuensi kod mereka tanpa memberitahu pihak Jordan. Sungguhpun begitu pihak Jordan terus juga menghantar kod amaran berkali-kali ke Mesir.

Di pihak Mesir pula, walaupun maklumat itu berjaya disampaikan, Shams Badran - Menteri Pertahanan Mesir tidak dapat untuk dihubungi, kerana beliau pergi masuk tidur beberapa jam sebelum itu dan memerintahkan supaya tidak diganggu!

Begitu juga Kol. Mas'ud al Junaydi yang bertanggungjawab untuk decoding dan juga Ketua Operasi Udara General Gamal 'Afifi - mereka ini orang penting yang tidak dapat dihubungi pada waktu itu.

Ruang udara dan tentera Mesir masih telanjang, tidak tahu bahana yang akan menimpa! Kemana mereka dalam saat-saat genting seperti ini?

Taktik Hail Mary

Di pihak Israel, masa-masa berikut adalah paling mendebarkan buat mereka. "The suspend was incredible," kata Ezer Weizman:

"For five years I had been talking of this operation, explaining it, hatching it, dreaming of it, manufacturing it link by link, training men to carry it out. Now, in another quarter of an hour, we would know if it was only a dream, or whether it would come true."

Rancangannya, menggunakan sedozen skuadron udara daripada beberapa pengkalan, bergabung secara senyap. Sasarannya musnahkan sebelas target yang telah dikenalpasti dalam masa 20-45 minit! Taktik Israel ini agak berbahaya kerana meninggalkan ruang udara mereka, langsung tanpa pertahanan.

Dan inilah yang dinamakan Hail-Mary taktik - sempena taktik permainan American Football - apabila semua naik menyerang dengan tiada pertahanan di bawah.

Keyakinan bahawa seluruh kekuatan Mesir akan musnah dalam serangan mengejut ini menyebabkan rancangan Hail-Mary diluluskan oleh pihak atasan tentera Israel.

Walaupun begitu, komando-komando mereka sudah pun ditempatkan di seluruh sasaran strategik tentera Mesir dan bersedia meletupkan sasaran itu melalui darat jika rancangan udara mereka gagal.

Adakah ini disedari oleh pihak Mesir?

Gelombang Pertama

Tepat 7:30am. Sasaran pertama kelihatan - pengkalan Fa'id dan Kibrit. Pesawat Israel bertali arus menjunam melepaskan bom meletupkan landasan tarmac, sudah terlambat bagi pihak Mesir untuk menyerang balas. Sebuah pesawat pun tidak dapat diterbangkan!

Para juruterbang Mesir terkejut, tidak menyangka Israel berjaya melepasi kawalan radar mereka. Pesawat juang mereka terperangkap menjadi sitting duck bahan ujikaji Israel.

Gelombang pertama serangan ini berakhir jam 8:00am. 25 serangan telah dilancarkan ke sasaran utama, termasuklah pengkalan Fa'id dan Abu Suweir, empat lapangan terbang di Sinai dan dua di Mesir, berjaya dilumpuhkan sama sekali!

Yang bodohnya Mesir, tiada satu pun serangan balas dilancarkan dari darat ke arah skuadron Israel. Kesemua 100 artileri anti kapal terbang, 27 SAM-2 (Surface to Air Missiles) tidak diberi arahan untuk dilepaskan oleh Amer, kerana takut tersilap tembak kapal terbang mereka sendiri!

Abdul Hakem Amer adalah Timbalan Ketua Perang kepada General Gammal Nasser, dia kemudian mati membunuh diri dalam tahanan kerana disyaki berkomplot menggulingkan Presiden Nasser selepas kekalahan dalam Perang Enam Hari.

Dia jugalah yang mengarahkan pengunduran tentera Mesir dari Sinai kerana panik dengan kejatuhan Abu Ageila.

Mesir sewaktu Perang Enam Hari, sebenarnya berada dalam konflik politik orang No 1 dan No 2 dan kerana itu jugalah cadangan-cadangan bernas diantara kedua-dua kem tidak sampai untuk dilaksanakan.

Gelombang Kedua

Kali ini walaupun pihak Israel mendapat tentangan hebat, mereka berjaya melakukan 164 sorties (serangan) dan memusnahkan 107 pesawat.

Dalam serangan pagi itu keseluruhannya pihak Israel berjaya memusnahkan 286 pesawat - 30 Tupolev-16s, 27 Ilyushin-28 medium bombers, 12 Sukhoi-7 fighter-bombers, 90 MIG-21 interceptors, 20 MIG-19's, 75 MIG-17's, 32 pesawat angkut dan helikopter - suku dari pilot Mesir terkorban dalam serangan itu. 13 pengkalan musnah, 23 radar hancur termasuklah pusat anti kapal terbang.

Pada jam 10:35am Hod melaporkan kepada Rabin: "The Egyption air force has ceased to exist."

Tentera Arab Terkangkang

Kemusnahan dahsyat di pihak Mesir, menyebabkan seluruh negara Arab terkedu! Tragedi paling dahsyat dalam sejarah peperangan Arab - Israel.

Inilah tanda-tanda awal kejatuhan terus menerus tentera Arab di tangan Israel dalam hari-hari yang berikutnya (selama 6 hari) dan badi itu berlanjutan sehingga ke hari ini.

Ramai ulama-ulama diseluruh dunia kemudiannya turut hadir dalam peperangan ini, termasuklah dari Tanah Jawi, tetapi tidak cukup untuk mengekang kemaraan Israel.

Akibatnya Mesir terlepas Sinai dan Syria terlepas Bukit Golan dan Palestine terlepas Baitulmaqdis 'tetapi bukan untuk selama-lamanya'.

Ulama-ulama seluruh dunia memfatwakan ini sebagai Perang Sabil, tetapi setakat memberi nama Perang Sabil tidak cukup untuk menggerak kekuatan dan semangat Jihad yang sebenar.

Puncanya adalah kerana tentera Islam tidak dipimpin oleh sebaik-baik pemimpin dan askarnya juga bukanlah sebaik-baik tentera!

Perlu diingat, memang mudah menyebut perkataan jihad daripada melaksanakannya.

Masih ingat peperangan Khaibar dizaman Rasulullah SAW? Siapakah yang ditugaskan untuk menumbangkan pertahanan Yahudi dan bagaimanakah pula pula ciri-ciri pemimpinnya?

Pihak Yahudi tidak pernah lupa dan dendam mereka tidak pernah kunjung padam akibat runtuhnya Tembok Khaibar ditangan Saidina Ali Abi Talib R.A. Sehinggakan Rasullullah SAW juga hampir diracun semasa tinggal disitu.

Mereka (puak Yahudi) juga tidak sekali-kali akan membenarkan umat Islam melahirkan pemimpin-pemimpin yang berciri dan berkualiti sedemikian rupa di dunia hari ini. Jika ada, mereka akan cantas seawal mungkin.

Tetapi bolehkan Yahudi selama-lamanya merancang dan mencatas tunas baru umat Islam?

Tidak dinafikan juga bahawa Amerika, British dan Perancis adalah dalang disebalik Perang Enam Hari. Disamping medan untuk menguji teknologi dan kekuatan senjata, mereka menentang teknologi blok komunis yang diketuai USSR.

Harapan Tinggal Harapan

Selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Ottoman, umat Islam amat berharap Pak Arab dapat menebus maruah umat Islam, malangnya malapetaka terus menimpa.

Sebabnya adalah kerana tiada penyatuan dikalangan pemimpin Arab kerana mereka berperang diatas dasar asabiah dan politik.

Koordinasi sesama mereka juga amat lemah dan ada juga pemimpin negara Arab (Jordan) yang berperang dibawah pengaruh Amerika - berperang tidak sepenuh hati; semata-mata menjadi pencukup korum.

Pemimpin Jordan dikatakan menelepon Amerika meminta izin untuk berperang sebagai menjaga hati lain-lain pemimpin Arab! Arab Saudi semestinya tidak campur tangan dalam perang ini.

Mesir pula sewaktu itu adalah pendokong ideologi Socialist bawaan Soviet Union. Ramai alim ulama Mesir yang dibunuh secara zalim pada zaman itu.

Maka apabila tewasnya Mesir maka terkuburlah juga cita-cita Gamal Nasser untuk menjadi wira Arab seperti Salahudin Al-Ayubi.

Sehinggalah kepada zaman Anwar Sadat; yang mana dendam Mesir terbalas dalam perang Yom Kippur tetapi beliau dibunuh sewaktu perarakan tentera kerana perjanjian Camp David, yang ditafsir oleh sesetengah pihak sebagai mengiktiraf kewujudan negara haram Yahudi.

Setelah itu berakhirlah era Mesir sebagai hero liga Arab. Hari ini harapan tinggal harapan. Masih tiada tanda-tanda penyatuan negara Arab dalam dunia hari ini.

Walaupun satu bangsa, satu bahasa dan satu liga, mereka tidak bersatu hati, lebih-lebih dalam menyelesaikan masalah Palestin.

Dalam keadaan ekonomi mereka yang teruk dikontrol sistem kapitalis dan percaturan politik order baru dunia, kebangkitan bangsa Arab dari semenanjung sebagai suatu kuasa besar seakan-akan mustahil, untuk kembali menggapai kecermerlangan silam.

Walaupun banyak duit dan dilengkapi dengan segala kelengkapan canggih dan teknologi barat, Perang Enam Hari telah membuktikan bahawa persediaan taktik dan strategi amat penting untuk memenangi sesuatu perperangan.

Tentera Arab amat lemah dan kurang dari segi persediaan seumpama itu. Mereka sebenarmya telah dipermain-mainkan oleh pihak Barat dan Soviet.

Bagaimana mungkin Palestin dilepaskan Yahudi sedangkan perancangan itu sudah lama dipersetujui oleh England, Perancis, Amerika dan negara-negara Eropah yang lain semenjak Perang Salib yang pertama lagi?

Perang Enam Hari mengubah peta arab dan persepsi masyarakat antarabangsa terhadap keupayaan umat Islam mempertahankan diri mereka.

Kekalahan itu amat memalukan dan amat pedih untuk diterima oleh seluruh umat Islam.

Secara tidak langsung fasa kekalahan Arab dalam Perang Enam Hari membolehkan pihak Yahudi sentiasa memijak-mijak maruah umat Islam sehingga tidak berupaya bangun sehinggalah ke hari ini.

Nota Penulis: "Tidak akan kiamat dunia ini selagi Yahudi tak kalah perang."

Susunan: The Malay Press
Rujukan: Michael B. Oren, 2002, Six Days Of War: June 1967 and the Making of Modern Middle East, Penguin Books, US

Semoga memberi manfaat.

Tuesday, March 21, 2023

Boikot Kurma Medjoul Keluaran Israel, Beli Kurma Dari Palestin!

Boikot Kurma Medjoul Keluaran Israel, Beli Kurma Dari Palestin!

Umat Islam di seluruh dunia digesa menyemak label pada produk buah-buahan bagi mengelakkan daripada membeli kurma keluaran negara haram Israel.

Penganjur boikot, Friends of Al-Aqsa (FOA - foa.org.uk) – yang berpangkalan di UK – berkata, langkah itu sebagai usaha menentang jenayah apartheid pengganas Israel ke atas Palestin.

Boycott-israeli-dates-2023

Dengan cara tidak membeli kurma Israel, masyarakat Islam boleh menghantar mesej jelas mengecam pendudukan haram Israel dan apartheid di Palestin.

Israel ialah pengeluar kurma Medjoul terbesar di dunia, dengan 50 peratus kurma Israel dieksport ke Eropah, yang dijual di pasaraya utama serta kedai tempatan di seluruh benua, kata FOA dalam satu kenyataan.

SENARAI SYARIKAT ISRAEL PENGELUAR KURMA
*Setakat yang diketahui.

MEHADRIN

Mehadrin_medjoul_israel

Jenama: Mehadrin
Laman web: mehadrin.co.il

GALILEE

Galilee_dates_israel

Jenama: Galilee
Laman web: galilee-export.com

HADIKLAIM

hadiklaim_king_solomon_dates_israel

Jenama: King Solomon Dates
Laman web: hadiklaim.com

MEDJOOLPLUS

medjoolplus_dates_israel

Jenama: MedjoolPlusMp
Laman web: medjoolplus.com

AGRIFOOD-MARKETING

agrifood-marketing_israel_dates

Jenama: Star Dates
Laman web: agrifood-marketing.com

JORDAN RIVER-DATES

jordan_river_israel_dates

Jenama: Jordan River Dates
Laman web: jordanriver-dates.com

CARMEL AGREXCO

Jenama: King Medjoul Dates
Laman web: agrexco.com

URBAN PLATTER

urban_platter-israeli_dates

Jenama: Urban Platter
Laman web: urbanplatter.in

NAVAFRESH

NAVAFRESH - King Solomon Dates

Jenama: King Solomon Dates -Medjoul Natural Dates
Laman web: navafresh.com

NEGARA EROPAH PENGIMPORT KURMA PENGGANAS ISRAEL

KURMA TESCO ISRAEL
Menurut FOA, United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Sepanyol dan Itali antara yang mengimport buah kering dalam kuantiti banyak.

Pada tahun 2020, UK mengimport lebih 3,000 tan kurma dari Israel bernilai AS$8.9 juta.

Atas dasar itu, FOA mendesak boikot berkenaan dilancarkan berikutan tindakan kejam Israel membunuh sekurang-kurangnya 62 rakyat Palestin termasuk 13 kanak-kanak setakat tahun ini.

Kerajaan Israel meningkatkan perobohan rumah pada kadar yang membimbangkan dan berjanji untuk mengembangkan penempatan haramnya, katanya.

FOA menegaskan, organisasi hak asasi manusia antarabangsa termasuk Amnesty International dan Human Rights Watch menyatakan bahawa Israel melakukan jenayah apartheid, namun negara Eropah gagal mengenakan sekatan ke atas Tel Aviv atau menegakkan undang-undang antarabangsa.

KEMPEN BELI KURMA MEDJOUL DAN PRODUK PALESTIN

BELI KURMA PRODUK PALESTIN

Kurma Medjoul Palestin

Berikut adalah kenyataan dan fakta ARIHA bagi menjawab persoalan-persoalan berkaitan Kurma Medjoul ARIHA dari Palestin.

1. Objektif ARIHA

Objektif utama ARIHA ialah untuk membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan para peladang, pekerja dan peniaga Palestin untuk menjamin 'sustainability' rakyat Palestin di Tebing Barat yang situasinya berlainan dari Gaza.

Projek pertanian Palestin terutamanya kurma sudah terbukti membantu rakyat Palestin dan bukannya memberi mudarat (contoh oleh Palestinian Agricultural Relief Committees, PARC seperti di bawah).

ARIHA turut menyalurkan bantuan kewangan hasil keuntungan jualan ke Palestin.

Pek media PARC: https://zaytoun.uk/frequently-asked-questions/

2. Sumber kurma Medjoul ARIHA

Kurma Medjoul ARIHA diambil dari ladang kurma di daerah Ariha (Jericho) yang berada dibawah pentadbiran kerajaan Palestinian Authority (boleh rujuk Oslo Accord 1993).

ARIHA mempunyai 'Certificate of Origin' dari Palestinian Authority yang membuktikan produk kurma ARIHA adalah hasil rakyat Palestin.

ARIHA juga mempunyai rakan kongsi yang memeriksa sendiri ladang-ladang kurma dan kilang pembungkusan untuk memastikan setiap biji kurma ARIHA adalah hasil tulen rakyat Palestin.

3. 100% hasil keluaran rakyat Palestin

Ladang kurma di ARIHA dimiliki sepenuhnya oleh peladang kurma Palestin dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Israel.

Malah, peladang kurma Palestin bersaing dengan peladang Israel yang menerima subsidi pertanian dari kerajaan Israel.

ARIHA berharap pembeli kurma sentiasa berhati-hati dan memeriksa label, jenama kurma untuk memastikan kurma yang dibeli adalah produk tulen rakyat Palestin (lawati https://www.foa.org.uk/campaigns).

4. Tiada 'cukai export' oleh Israel

Tiada sebarang 'cukai export' dikenakan oleh Israel ke atas semua produk Palestin yang diexport.

Malangnya, semua pintu masuk/keluar Tebing Barat dikawal oleh Israel, oleh itu peniaga Palestin terpaksa menghantar export mereka melalui pelabuhan yang dikendalikan oleh Israel.

Semua rakyat Israel dan Palestin hanya perlu membayar yuran yang sangat minima (yuran pemeriksaan, dsb) untuk menggunakan kemudahan pelabuhan.

5. Kapal/kontena

Kurma ARIHA dihantar oleh pembekal Palestin menggunakan kapal/kontena milik Jepun/Taiwan/Singapura dan TIDAK dihantar menggunakan kapal/kontena syarikat Israel.

6. ARIHA dan Aqsa Syarif

ARIHA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap import dan pengurusan kurma Medjoul Palestin.

Aqsa Syarif Berhad tidak mengeluarkan modal dan tenaga kerja serta tidak terlibat dalam pengurusan.

ARIHA memberikan hasil keuntungan jualan ke Aqsa Syarif untuk disalurkan ke projek-projek perladangan Palestin.

ARIHA mengharapkan agar semua pihak tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat atau meragukan yang boleh menutup pintu rezeki rakyat Palestin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Tuesday, April 26, 2022

Kenapa Ada Negara Islam Mengiktiraf Kedaulatan Israel?

Kenapa Ada Negara Islam Mengiktiraf Kedaulatan Israel?

Di jazirah Arab, ada beberapa negara yang mengiktiraf kedaulatan negara haram Israel dan menjalinkan hubungan diplomatik yang antaranya adalah; Mesir, Jordan, UAE, Morocco, Bahrain dan Sudan.

Mesir dianggap klasik kerana negara ini sudah menandatangani Perjanjian Damai dengan Israel sejak tahun 1979, sama juga dengan Jordan, yang membuat Perjanjian Damai dengan Israel pada tahun 1994.

Arab iktiraf Israel

Mesir dan Jordan seperti yang kita tahu, negara sempadan kepada Palestin. Kedua negara ini terlibat dengan perang menentang Israel dari dahulu lagi.

Mungkin sebab penat berperang, lalu mereka ambil jalan berdamai.

Tahun 2020 memperlihatkan 4 lagi negara Islam mengikut jejak langkah mengiktiraf negara Israel iaitu UAE, Bahrain, Sudan dan Morroco.

Ada beberapa sebab kenapa negara-negara Islam, saudara mara kita ini menyokong negara haram Israel.

Kami akan terangkan secara ringkas satu persatu.

1. Bahrain

Bahrain merupakan negara Orthodox Sunni yang takutkan ancaman Iran (Syiah) dan di Bahrain, terdapat gerakan Syiah yang memperjuangkan hak-hak demokrasi dan kumpulan ini mendapat restu Iran.

Disebabkan Bahrain tidak segagah Iran, negara ini memerlukan perlindungan dari kuasa besar Amerika.

Macam mana nak dapat perlindungan dari Amerika? Mudah. Iktiraf Israel.

Tapi kenapa perlu iktiraf Israel sedangkan yang perlu diminta pertolongan adalah Amerika?

Situasi ini ada kaitan dengan geopolitik. Selain itu, Amerika Syarikat telah mula kurangkan kapasiti ketenteraan mereka di Timur Tengah.

Jadi, Bahrain memerlukan perlindungan (double protection) dan kuasa ketenteraan yang dilihat boleh membantu mereka iaitu Israel.

Faktor kedua, Bahrain terhutang budi kepada Arab Saudi disebabkan semasa Arab Spring 2011, Bahrain terselamat dengan bantuan Arab Saudi.

Bahrain tahu yang Arab Saudi ada niat untuk menjalin hubungan dengan Israel, disebabkan itu Bahrain menjadi shadow nation dulu tengok macam mana perkembangan sebelum Saudi pula memulakan langkah.

2. Morroco/Maghribi

Morroco ada pertikaian satu wilayah di Sahara Barat. United Nation tak luluskan kedaulatan Morroco ke atas kawasan Sahara Barat seperti yang dituntut oleh kerajaan Morroco.

Jadi Morroco mengambil jalan pintas, iktiraf Israel dan sebagai timbal balik, mereka meminta Amerika untuk membantu dalam tuntutan ke atas kawasan yang dituntut.

Apa Amerika buat? Amerika ketuai rundingan dengan United Nation untuk Morroco dapatkan beberapa habuan wilayah sepanjang Sahara.

3. Sudan

Sudan pula dilihat sebagai sahabat baik Iran. Sebabnya, Khortum tidak menyertai pertikaian Saudi-Emirates semasa pembantaian Houti di Yaman.

Bila Sudan tidak mempertahankan Sunni daripada diserang Iran (Syiah), maka negara arab melihat Sudan sebagai sekutu Iran.

Bersahabat baik dengan Iran tapi kenapa iktiraf Israel?

Seperti biasa, manusia ini hatinya sentiasa berubah-rubah. Macam itu juga dengan Sudan. Negara ini membuat langkah sampingan bila Amerika tawarkan sesuatu yang sukar ditolak.

Apa Amerika tawarkan?

Amerika akan keluarkan Sudan dari senarai negara yang menyokong keganasan, tetapi Sudan perlu mengiktiraf kedaulatan Israel.

Amerika pula akan memudahkan urusan perdagangan global untuk Sudan sebagai medium untuk menaikkan ekonomi dan mengukuhkan perdagangan antarabangsa.

Persetujuan Sudan ini juga menyelamatkan reputasi mereka daripada kritikan barat yang selama ini mengecam Sudan sebab kurangnya amalan demokrasi dalam sistem pemerintahan mereka.

4. UAE

Sebut Dubai dan Abu Dhabi, semua tahu ini tempat paling seronok di Timur Tengah.

Kedua-dua Bandar hebat ini berada di bawah negara UAE, sebuah lagi kuasa Islam yang mengiktitaf kedaulatan negara Israel.

Ketenteraan UAE tidaklah sehebat seperti kereta-kereta mewah yang rakyat mereka miliki (selalu tengok Supercar Blondie) atau segagah menara Burj Khalifah.

UAE perlukan kekuatan teknologi dan ketenteraan. Jadi macam mana nak dapat? Senang. Ikut sahaja cakap Amerika, iktiraf Israel.

Amerika akan memanfaatkan sokongan ini dengan bantuan ketenteraan termasuk jet pejuang yang UAE perlukan seperti F35 Stealth Fighter dan EA-18G Growler Warcraft.

Bukan setakat itu, UAE juga dapat banyak peluang kolaborasi dengan Israel terutamanya dalam hubungan dua hala perdagangan dan projek-projek mega yang jumlahnya ratusan bilion dollar.

Itulah serba sedikit yang boleh kita faham kenapa negara-negara Islam yang lebih dekat dengan Palestin tapi tidak berbuat apa-apa bila dibantai oleh Zionis.

Bukan sekadar menutup mata, malah berlaku khianat dengan mengiktiraf kedaulatan negara haram Israel.

Begitulah betapa geopolitik, kepentingan ekonomi, keutamaan ketenteraan, kepentingan kuasa, reputasi, kekayaan, keselamatan dan pengiktirafan kuasa besar; SENTIASA DAN SELAMANYA akan melebihi kepentingan nyawa apatah lagi kesyumulan sebuah agama.

Kita tak perlu menjerit Jihad ke telinga mereka, sebab itu bukan suatu hal yang mereka peduli pun.

Perang Zionist vs Palestinians? Pada mereka di situlah terletaknya 1001 peluang untuk menambah kuasa dan kekayaan.

Now you know.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Thursday, October 17, 2019

Tabung '10 For Smiles' Bantu Rakyat Palestin Dan Syria

Tabung '10 For Smiles' Bantu Rakyat Palestin Dan Syria

Aman Palestin menerusi kempen '10 For Smiles' yang sedang dijalankan ketika ini, bertujuan mengumpul RM15 Juta bagi membantu membangunkan semula Palestin dan warganya yang menjadi pelarian serta sengsara di tanah air sendiri angkara kekejaman pengganas zionis Israel.

Save Palestine

Kempen yang dilancarkan sehingga Disember tahun 2019 ini, mengajak semua lapisan masyarakat di Malaysia, untuk menghulurkan sumbangan masing-masing sekurang-kurangnya RM10.

Aman Palestin menerusi pejabat cawangannya di luar negara turut menggerakkan sumbangan dari negara ASEAN seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Kempen berkenaan juga tidak terhad kepada sumbangan dalam bentuk wang ringgit, malah apa saja yang mampu memenuhi keperluan masyarakat di negara berkenaan.

Aman Palestin berusaha membantu dalam setiap sudut bertujuan membangunkan semula Palestin sehingga warganya mampu meneruskan kehidupan seharian, walaupun mungkin tidak sebaik yang diharapkan.

Sebagai negara yang paling aktif membantu Palestin, sumbangan masyarakat Malaysia terhadap '10 For Smiles' juga diharap dapat membantu pelarian Syria yang melarikan diri daripada peperangan dan mendiami kem pelarian sekitar sempadan Jordan dan Lubnan.

Bantuan yang diharapkan termasuklah untuk tujuan pembelian pek makanan dan kelengkapan musim sejuk yang bakal dihadapi pelarian.

Aman Palestin memberikan keutamaan bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria kerana sinonimnya mereka menanti kematian disebabkan cuaca sejuk ekstrem, selain musim hujan yang boleh menyebabkan kebanyakan khemah didiami akan ranap dilanda banjir.

Pegawai Media Aman Palestin dari Gaza, Hamza Deirawi, yang berada di Malaysia untuk berkongsi pengalaman kesengsaraan hidup rakyat Palestin yang ditindas rejim zionis, mengharapkan sokongan berterusan rakyat Malaysia dalam membangkitkan kesedaran seluruh masyarakat dunia terhadap kekejaman yang dilalui penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Perkongsian di media sosial, disifatkan ikon media dari Palestin itu sebagai medium paling berkesan menyampaikan kekejaman yang dilakukan tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin tanpa mengira peringkat usia.

Nyawa rakyat Palestin seumpama tidak bernilai bagi tentera Zionis kerana ada saja kesengsaraan yang perlu dilalui setiap hari tidak kira wanita hingga bayi dan kanak-kanak.

Kehidupan rakyat tidak pernah tenteram kerana setiap hari akan diganggu tentera Israel yang memecah masuk rumah dan mengacukan senjata kepada wanita serta kanak-kanak yang sedang tidur.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan yang diperlukan pelarian Palestin dan Syria boleh menghubungi ibu pejabat Aman Palestin 03-8926 7019 atau melayari sesawang www.amanpalestin.net atau boleh menyumbang terus menerusi link https://www.billplz.com/10forsmiles.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Tuesday, April 03, 2018

Sambutan Hari Tanah Palestin, The Land Day

Sambutan Hari Tanah Palestin, The Land Day

Sambutan Hari Tanah Palestin atau The Land Day disambut pada 30 Mac setiap tahun untuk memperingati pembunuhan enam penunjuk perasaan berketurunan Arab Israel oleh tentera Zionis sewaktu demonstrasi besar-besaran pada tahun 1976 bagi membantah rancangan Israel merampas tanah Arab di wilayah Galilee.

Sambutan Hari Tanah Palestin, The Land Day

Bekas ahli politik Belanda yang juga aktivis hak asasi manusia, Arjan El Fassed pernah menulis artikel khas mengenai insiden ini yang bertajuk, What is it that Palestinians commemorate on Land Day?

Artikel yang disiarkan di laman web The Electronic Intifada pada 30 Mac 2001 itu menjelaskan secara terperinci insiden yang berlaku sekali gus menunjukkan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurut El Fassed, tindakan Israel yang mahu merampas 60,000 dunam tanah milik Arab di wilayah Galilee mengundang tunjuk perasaan oleh beribu-ribu penduduk minoriti Palestin di negara tersebut.

Dunam ialah unit pengiraan kawasan tanah yang digunakan pada zaman Empayar Uthmaniyyah. Satu dunam merujuk kepada kawasan seluas 1,000 meter persegi.

Konfrontasi yang berlaku antara penduduk dan polis Israel itu menyebabkan enam rakyat Palestin terbunuh, ratusan tercedera dan beratus-ratus lagi dipenjarakan.

Dalam tahun-tahun berselang, peristiwa tersebut telah dikenang dalam memori rakyat Palestin sebagai Hari Tanah.

Selepas bertahun-tahun dalam pemerintahan tentera dan politik kepatuhan, Hari Tanah 1976 merupakan tindakan pertama penentangan besar-besaran oleh rakyat Palestin di Israel terhadap polisi dalaman penjajah Zionis.

Polisi itu sebenarnya satu proses rampasan sistematik yang mengurangkan pemilikan tanah Palestin daripada kira-kira 94 peratus bagi kesemua wilayah pra-Palestin 1948 kepada kurang daripada tiga peratus dalam apa yang kini dianggap sebagai Israel.

Selepas beberapa tahun dipulaukan oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan negara-negara Arab, Hari Tanah mengesahkan minoriti rakyat Palestin di Israel sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada negara Palestin dan Arab.

Penghormatan

Ketika sambutan Hari Tanah, ribuan penduduk akan berarak membawa bendera gergasi dari pusat bandar Sakhnin di utara Israel sambil melaungkan slogan mengenang mereka yang terkorban serta tahanan Palestin yang dipenjarakan.

Penghormatan turut diberikan kepada mangsa yang disifatkan sebagai syahid  malah, penduduk Palestin digesa untuk terus berjuang dalam menuntut tanah dan hak mereka kembali.

Perarakan utama Hari Tanah diadakan di pekan Deir Hanna, Galilee, diikuti dengan beberapa lagi demonstrasi jalanan di padang pasir dan persimpangan Shoket di wilayah Negev, selatan Israel.

Kumpulan tunjuk perasaan tersebut juga bertindak membantah rancangan rejim Zionis untuk menempatkan puluhan ribu kaum Arab Badwi yang menghuni padang pasir ke satu kawasan perbandaran tetap dengan mengambil ribuan hektar tanah penduduk Palestin.

Demonstrasi serupa turut berlangsung di kawasan Tebing Barat, tempat pemeriksaan utama di Baitulaham dan beberapa buah kampung.

Di Gaza, penduduk turut menyertai perarakan dari pekan Jabaliya ke Beit Lahiya.

Sambutan Hari Tanah yang berlangsung sejak tahun 1976 itu sering mendapat perhatian para penyokong Palestin termasuk pelarian di Lebanon, Jordan, Syria dan Tunisia.

Mereka turut berarak menuju ke sempadan sebagai sebahagian daripada perarakan global ke Baitulmuqaddis.

Israel secara berterusan terus merampas tanah rakyat Palestin dalam usaha untuk mengembangkan penempatan haram.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Nakba Day 14 Mei, Hari Malapetaka Rakyat Palestin

sumber: kosmo

Tuesday, March 06, 2018

Nakba Day 14 Mei, Hari Malapetaka Rakyat Palestin

Nakba Day 14 Mei, Hari Malapetaka Rakyat Palestin

Amerika Syarikat menerusi Presidennya, Donald Trump sebelum ini telah mengumumkan dengan bangganya bahawa tarikh pemindahan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem jatuh pada 14 Mei 2018.

Nakba Day 14 Mei, Hari Malapetaka Rakyat Palestin

Jadi, apakah signifikan pengumuman tarikh itu? Bagi mereka yang mengikut rapat isu Palestin-Israel pasti akan sedar bahawa pemilihan tarikh 14 Mei ada kena mengena dengan sejarah menyayat hati rakyat Palestin.

Sama ada sengaja atau tidak, tarikh itu dipilih bagi meraikan kejayaan pengganas Israel merampas tanah suci Palestin.

Pada 14 Mei, negara haram Yahudi akan menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan ke-70.

Mengimbau kembali detik tarikh itu, sejarah mencatatkan tentera rejim Israel melakukan serangan pencerobohan dan memusnahkan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin dan menyebabkan lebih 800,000 warga Palestin menjadi pelarian.

Oleh sebab itu, tarikh 14 Mei diingati sebagai Hari Nakba yang bermaksud 'hari malapetaka'.

Memasuki era milenium hari Nakba itu disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada 1948.

Tarikh penting tersebut menjadi detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Rejim Zionis bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka.

Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai berlaku sepanjang peristiwa Nakba.

Justeru, sebagai umat yang prihatin dan dekat dengan isu Palestin apa rancangan kita untuk ulang tahun Nakba70 nanti?

Atau kita sebenarnya masih lalai dengan isu lain? Sama-sama kita renungkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Intifada Rakyat Palestin Menentang Kezaliman Zionis Yahudi

sumber: sinarharian

Friday, December 22, 2017

Memahami Perjuangan Palestin Disebalik Kelicikan Zionis Yahudi

Memahami Perjuangan Palestin Disebalik Kelicikan Zionis Yahudi

Telah diterangkan dengan jelas bahawa perjuangan Palestin sebenarnya adalah perjuangan antikolonial dengan tujuan asas perjuangan rakyat Palestin ialah menuntut kembali bumi dan tanah air mereka yang telah dijajah oleh Zionis Israel semenjak 1948.

Memahami Perjuangan Palestin Disebalik Kelicikan Zionis Yahudi

Isreal pada awalnya bermula sebagai projek Anglo-Zionis ketika kuasa imperial dunia dimiliki oleh Great Britain. Kaum Zionis dan kaum pemodal Yahudi telah melobi kuasa imperial British untuk bekerjasama menjajah bumi Arab dan bumi Palestin. Deklarasi Belfour 1917 ada tanda rasmi permulaan kerjasama ini.

Di akhir Perang Dunia Kedua, projek Israel telah diambil alih oleh Amerika. Kuasa baru ini telah menggantikan Britain yang telah muflis teruk hasil pukulan Perang Dunia Kedua.

Ekonomi, kepentingan ekonomi dan kekayaan tanah jajahan adalah juragan kaum pemodal. Jangan sesekali dilupakan hukum ini dalam apa sahaja analisis kita. Jika hukum asas ini dilupakan maka analisis dan bacaan politik kita akan herot dan pencong.

Di belakang projek penubuhan Isreal ini ialah bumi Arab dan puluhan juta warga Arab yang terhampar luas untuk dijajah. Ini fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan.

Hanya ada kumpulan pak lebai dan kaki putar yang suka mengeluar labun yang bercanggah dengan fakta sejarah ini. Mereka amat suka memesongkan perjuangan antipenjajah rakyat Palestin kepada agenda agama.

Memesongkan perjuangan antikolonial Palestin ini ke garis agama adalah juga agenda dan taktik kaum Zionis.

Dengan suasana dunia yang antikeganasan dan anti-Islam, kaum Zionis amat-amat gembira jika perjuangan Palestin dapat dialihkan untuk menjadi perjuangan agama.

Kuasa imperial dan kaum Zionis telah melihat bagaimana hampir di seluruh kota besar dalam dunia, anak muda dan pelajar, turun ke jalan raya untuk menyokong perjuangan antikolonial rakyat Vietnam pada tahun 60an.

Dari London, Paris, Washington DC, Melbourne, Peking, Sydney, Tokyo, Berlin, Moscow dan Rom kita lihat demo anti-Amerika yang tidak henti-henti.

Hakikatnya, kuasa imperial Amerika berjaya dikalahkan dengan bantuan dan tekanan bersama rakyat dunia.

Ini terjadi kerana garis, taktik dan strategi rakyat Vietnam ialah antikolonial, bukan menegakkan Negara Buddha walaupun hampir kesemua warga Vietnam beragama Buddha.

Berdasarkan fakta sejarah, ramai para sami dan kuil telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjuangan antikolonial menentang Perancis dan kemudian menentang imperialis Amerika.

Amat jelas tak perlu bersuluh, jika perjuangan Palestin terus didorong untuk menjadi perjuangan agama - dalam cuaca dan suasana anti Islam hari ini - maka rakyat dunia tidak akan menyokong perjuangan adil rakyat Palestin seperti mereka menyokong rakyat Vietnam. Cita-cita dan niat kaum Zionis termakbul.

Dalam masa yang sama memang betul Baitulmuqaddis, Jurusalem ialah kota suci. Ia bukan hanya kota suci untuk umat Islam sahaja. Kota ini juga adalah kota suci dan bersejarah untuk penganut agama Yahudi dan Kristian.

Sesiapa yang terus menganggap dan mendorong perjuangan Palestin ini sebagai agenda agama Islam wajib sedar, wilayah yang dituntut oleh rakyat Palestin bukan hanya kota Baitulmuqaddis. Ada beratus ribu hektar tanah-tanah subur milik warga Palestin yang telah dirampas oleh Zionis Isreal semenjak tahun 1948 hingga ke saat ini.

Ada berpuluh ratus kota kecil dan besar yang telah dijajah oleh Zionis Israel. Baitulmuqaddis hanyalah salah satu darinya.

Palestin lebih dari Baitulmuqaddis

Kenapa sukar untuk memahami fakta perjuangan antikolonial rakyat Palestin ini. Amat jelas bahawa Palestin lebih dari Baitulmuqaddis. Palestin ini lebih daripada Masjid Al-Aqsa.

Baitulmuqaddis dan Al-Aqsa hanya manifestasi untuk kita bekerja dan mengolah dan menyusun gerakan ampuh untuk menewaskan Zionis-Isreal.

Bermula dengan berdirinya Israel pada tahun 1948, seramai 711,000 warga Palestin pelbagai wilayah dihalau atau melarikan diri. Tanah dan kampung halaman mereka dirampas oleh Zionis-Israel. Seramai 100,000 warga Palestin menjadi pelarian ke Lubnan pada tahun 1948.

Ketika pecah Perang 1967, seramai 280,000 hingga 325,000 orang dari pelbagai wilayah Palestin menjadi orang pelarian. Mereka mencari perlindungan di negara Arab. Data ini dari laporan Agensi Orang Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA).

Hakikatnya orang pelarian Palestin bukan semuanya dari Baitulmuqaddis. Bukan semua mereka bekerja sebagai imam, bilal atau tok siak. Dan bukan semuanya warga Palestin beragama Islam. Seperti warga dunia yang lain, mereka juga berniaga, bertani dan memburuh.

Apakah masih ada lagi yang belum faham kenapa perjuangan Palestin bukan perjuangan agama tapi perjuangan antikolonial?

Untuk mereka yang kurang jelas biar dipermudahkan pemahaman ini dengan melihat sejarah Tanah Melayu sendiri. Mari kita lihat betapa rapatnya sejarah Bumi Melayu dengan Palestin dan Bumi Arab.

Tanah Melayu telah dijajah rasmi oleh British sesudah Perjanjian Pangkor 1874 ditanda tangani. Sebelum ini pada tahun 1824 Alam Melayu telah dipisahkan dengan Perjanjian Inggeris-Belanda. Hasilnya lahirlah Indonesia. Hakikatnya kuasa kolonial Inggeris dan Belanda memecahkan alam Melayu Nusantra.

Tidak cukup dengan ini dengan Perjanjian Anglo-Thai 1906, wilayah utara Tanah Melayu dipecahkan lagi oleh British. Empat wilayah menjadi milik Siam.

Selat Melaka, sungai tempat hilir mudik Bani Melayu kini menjadi sungai milik antarabangsa.

Terbukti jelas pemecahan alam Melayu Nusantara ini tidak ada sangkut paut dengan agama Islam walau pun Bani Melayu beragama Islam.

Semua ini dilakukan untuk memecah dan memusnahkan empayar Melayu yang berpusat di Melaka dan di Majapahit.

Apa yang telah berlaku adalah agenda kolonial. Apa yang berlaku ialah hukum dan syarat perkembangan sistem ekonomi kapitalis.

Zaman kolonial ialah zaman menakluk tanah jajahan, menjarah hasil bumi dan meluaskan pasaran. Dari sinilah munculnya kuasa imperialis - Sepanyol, Portugis, Belanda, Perancis, Jerman, Inggeris dan Amerika. Imperialisme ialah tahap akhir sistem kapitalis.

Taktik kaum penjajah

Pecah dan perintah ini adalah taktik kaum penjajah. Ia dilakukan untuk memastikan kuasa penjajah terurus rapi. Kuasa kolonial mengelak bergaduh sesama sendiri. Paling penting untuk memastikan perjalanan dana untung dari Batavia dan Singapura masuk ke London dan Amsterdam tidak diganggu gugat.

Sila lihat bagaimana agenda dan perjanjian yang sama dilakukan oleh British ke atas alam Arab dan Palestin.

Pada 21 Disember 1915, Bumi Arab dipecahkan melalui Perjanjian Sykes-Picot. Tiba-tiba dunia Arab menjadi milik British, milik Perancis dan milik Amerika. Semua ini dilakukan untuk meruntuhkan empayar Uthmaniah.

Minyak ditemui 1938 di Dhahran, Saudi Arabia dan juga di Burgan, Kuwait. Sebelum ini minyak telah ditemui di Parsi pada 1908. Wilayah ‘berminyak' ini menjadi amat penting. Dari sini muncul sejarah bahan bakar petroleum yang menjadi kuasa penjana sistem ekonomi kapitalis yang kita rasai hari ini.

Pengalaman Perang Dunia Kedua telah menjadi bukti negara yang tidak memiliki bahan bakar petroleum pasti akan kalah. Mana negara yang berniat untuk menjadi kuasa imperial dunia wajib memiliki bahan bakar petroleum. Ini disedari oleh Britain dan Amerika.

Justeru satu rancangan baru diwujudkan untuk memastikan wilayah Timur Tengah yang kaya dengan telaga minyak ini tidak akan jatuh ke tangan musuh. Musuh pada ketika itu dan hingga ke hari ini masih lagi Rusia.

Sesudah Perang Dunia kedua, gerakan nasionalisme menuntut merdeka bermula. Indonesia, Tanah Melayu, Burma, India, China, dari Asia dan Afrika, kaum nasionalis mula bangun menggerakkan semangat merdeka melawan penjajah.

Inggeris telah menjadi kuasa imperial kedua. Kini kuasa utama dunia ialah Amerika yang juga memiliki bom Atom yang telah berjaya diledakkan di Nagasaki dan Hiroshima.

Dua kuasa imperial ini bersekongkol untuk terus memerintah dunia. Kini mereka dikenali sebagai kuasa imperialis Anglo-Amerika. Kepentingan pemodal Inggeris dan Amerika kait berkait. Kelas elit Inggeris dan Amerika memiliki kepentingan bersama.

Dalam Perang Dunia Kedua, ekonomi Inggeris telah jatuh muflis. Tetapi ‘tukang rancang perang’ kaum Zionis dan kaum pemodal telah merangkul keuntungan yang amat sangat.

Perang adalah peluang perniagaan untuk kaum pemodal dan dalam suasana inilah pemimpin Zionis muncul dan menuntut janji yang telah dibuat dalam Deklarasi Balfour 1917.

Perang Dunia Kedua memperlihatkan bagaimana kaum Yahudi yang tidak memiliki negara telah menerima pukulan maut Hitler. Yahudi yang menguasai ekonomi Jerman telah dijadikan besi berani untuk menyatukan nasionalisme Jerman. Yahudi menjadi musuh Jerman.

Akhirnya, sesudah Perang Dunia Kedua, warga dunia bersimpati dengan kaum Yahudi yang telah dibantai oleh Hitler. Justeru banyak negara dan kerajaan bersetuju satu wilayah penempatan Yahudi wajib ditemui. Yahudi perlu memiliki negara sendiri.

Cari punya cari. Pilih punya pilih akhirnya Palestin akan dijadikan wilayah penempatan Yahudi pada tahun 1948.

Bukan projek agama

Babak-babak ini jelas menunjukkan bahawa projek Isreal ini adalah projek merampas bumi dan tanah Arab Palestin. Ini projek kolonial. Ini bukan projek agama. Warga Palestin, penduduk asal, telah dipaksa menerima kemasukan satu bangsa yang tidak sama bahasa, tidak sama budaya dan tidak sama adat resam.

Untuk memastikan kaum baru ini ada tempat tinggal, kaum asal telah diganasi, dibom, perigi mereka diracun, mereka dibunuh dan akhirnya dihalau dari tanah tumpah darah mereka.

Di belakang Projek Isreal ini sebenarnya ialah kepentingan militer kuasa imperial Anglo-Amerika. Strategi mewujudkan Israel ini adalah strategi berjangka panjang untuk memastikan bumi Arab akan terus menjadi tanah jajahan dan bernaung dibawa payung kuasa Anglo-Amerika.

Hakikatnya Isreal adalah ‘settler state’ - negara pendatang. Contoh negara pendatang ialah Australia, Kanada, Amerika, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Orang-orang luar yang memiliki budaya yang amat asing dibawa masuk untuk dijadikan warga negara dan bertelagah dengan penduduk asal. Pernah dengar ayat ini?

Hakikatnya Isreal ialah strategi untuk mewujudkan pangkalan tentera yang dilihat syumul dan sopan untuk kuasa imperial Anglo Amerika.

Apa kaitan sejarah Palestin ini dengan Tanah Melayu dan alam Nusantara?

Awas, jangan lupa bagaimana Inggeris membawa kaum Cina masuk ke Tanah Melayu sehingga berjaya mendirikan Singapura. Singapura itu apa? Apakah ia ‘settler state'?

Atau betulkah Singapura ini sebenarnya Israel untuk bumi Melayu. Nantikan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Penipuan Terbesar Yahudi

sumber: mk