Saturday, July 22, 2017

Kelebihan Minyak Ikan Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung

Kelebihan Minyak Ikan Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung

Penyakit jantung koronari merupakan penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia malah di seluruh dunia dan berdasarkan kajian statistik, setiap 15 minit, seorang penduduk Malaysia akan mendapat serangan jantung.

Kelebihan Omega-3

Di samping rawatan yang boleh diberi di hospital, pencegahan merupakan sesuatu yang lebih bermakna kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Berdasarkan kajian-kajian terkini, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Ia patut diamalkan sebagai satu suplemen harian yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu makan ikan secara kerap untuk mendapatkan sumber asid lemak Omega-3 melalui pemakanan harian.

Pengambilan Ikan

Asid lemak Omega-3 mula menarik minat saintis sejak beberapa dekad lalu kerana pemerhatian mereka mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding dengan masyarakat Eropah dan Amerika.

Ini kerana pemakanan mereka adalah kaya dengan asid lemak Omega-3 iaitu daripada ikan dan makanan laut yang lain, walaupun mereka amat kurang memakan sayur-sayuran.

Pemerhatian saintis di beberapa buah tempat di dunia seperti penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat. Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.

Asid lemak Omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting. Ia terbahagi kepada tiga jenis asid lemak utama iaitu Eicosa Pentanoic Acid (EPA), Docosa Hexanoic Acid (DHA) dan Alpha Linolenic Acid (ALA). Asid lemak Omega-3 ini bersifat anti keradangan, selain boleh mencegah pembentukan plak arteriosklerosis yang menyumbat saluran darah di jantung.

Ia juga boleh membantu mengawal paras kolesterol darah dan meningkatkan paras kolesterol baik iaitu HDL dalam darah.

Risiko Berkurangan

Banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega-3 dengan kesihatan jantung yang baik.

Pada 8 September 2004, USFDA di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega-3 i (EPA & DHA) sebagai satu suplemen yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Pada tahun 1999 pula, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung. Kesemua pesakit ini telah diberikan suplemen asid lemak Omega-3 sebanyak 1,000 mg setiap hari.

Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan terdapatnya pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45%.

Kesan positif terhasil kesan daripada pengambilan Omega-3 yang diamalkan setiap hari selepas tiga bulan dan seterusnya.

Satu lagi kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), kaitan di antara makan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dengan pengurangan kadar serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat kuat.

Dalam kajian ini, seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu.

Semua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29% di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut.

Dalam American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) pada tahun 2006, laporan menunjukkan kesan positif pengambilan asid lemak Omega-3 kepada kesihatan jantung.

Ia menyatakan bahawa berdasarkan laporan kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil suplemen Omega-3 setiap hari.

Kelebihan Omega-3

Pengambilan asid lemak Omega-3 memberi banyak kelebihan untuk kesihatan jantung iaitu mengurangkan risiko insiden serangan jantung, mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu, mengurangkan sakit dada (angina) pada pesakit jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

Asid lemak Omega-3 amat penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Sumber utamanya ialah ikan dan makanan laut. Jika kita kurang makan ikan, maka kita perlu mengambil suplemen minyak ikan Omega-3.

Penggunaan minyak masak yang kaya dengan Omega-3 juga boleh membekalkan keperluan harian seseorang.

Misalnya minyak canola, minyak flaxseed dan minyak kelapa sawit. Kacang walnut juga merupakan sumber yang kaya dengan Omega-3.

Bukan itu sahaja, pengambilan makanan yang ditambah dengan Omega-3 seperti telur dan susu juga boleh membantu anda mendapatkan keperluan Omega-3 harian anda.

BACA INI JUGA: Apa Itu Omega 3 Dan Kepentingannya Untuk Perkembangan Memori Serta Minda

-Sentiasapanas.com

Thursday, June 29, 2017

Apa Itu Omega 3 Dan Kepentingannya Untuk Perkembangan Memori Serta Minda

Apa Itu Omega 3 Dan Kepentingannya Untuk Perkembangan Memori Serta Minda

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang amat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda.

Omega 3

Malangnya, tubuh manusia tidak mampu menghasilkan sendiri EPA dan DHA (kecuali susu ibu yang diberikan kepada bayi). Sumber EPA dan DHA adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan.

Keperluannya hampir sama untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak, tetapi kanak-kanaklah yang sangat-sangat memerlukan Omega 3 untuk perkembangan vision (penglihatan) dan otak yang difokuskan untuk belajar, bertaakul dan mengingati sesuatu (perkembangan memori).

Namun, benarkah bahawa mereka yang berusia 18 tahun ke bawah tidak digalakkan mengambil suplemen Omega 3.

Ramai ibu bapa sedar tentang kebaikan Omega 3 ini tetapi masih ramai yang keliru, bagaimana harus menyediakan Omega 3 dalam diet anak-anak? Perlukah suplemen Omega 3 untuk anak?

Sumber Utama Omega 3

Sumber terbaik asid lemak Omega 3 ialah lemak atau minyak ikan, bijirin dan kekacang, dan minyak sayur-sayuran. Ini termasuk:

Lemak dan Minyak Ikan
  • Salmon
  • Tuna
  • Ikan trout
  • Ikan tenggiri
  • Ikan bilis
  • Sardin

Bijirin dan kekacang
  • Biji Flax
  • Walnut
  • Biji labu

Minyak sayur-sayuran
  • Minyak Canola
  • Minyak flax yang mentah

Sumber lain Omega 3 termasuk:
  • Telur omega – telur dari ayam-ayam betina yang telah diberi makanan yang diperkaya dengan Omega 3.
  • Daging dari lembu yang memakan rumput – kebanyakan lembu ternakan diberi makan dengan makanan proses yang kurang baik. Tetapi lembu yang memakan rumput-rumput dan tumbuhan semulajadi dapat menghasilkan daging yang kaya asid lemak Omega 3.
  • Produk yang telah diproses dengan tambahan asid lemak Omega 3 – seperti mayonis dan marjerin.

Namun begitu, asid lemak Omega 3 yang baik haruslah mempunyai DHA dan EPA yang tinggi.

Sumber-sumber yang dinyatakan di atas ada yang mengandungi sedikit sahaja kandungan DHA atau EPA.

Perlukah Suplemen Omega 3 Untuk Anak?

Tidak perlu sekiranya anak-anak kita mampu disiplin untuk mengamalkan diet yang sihat dan kita juga mampu untuk memberikan mereka sumber semulajadi yang baik dari Omega 3 setiap hari.

Tetapi kekangan masa kini, kekurangan masa, kekurangan sumber yang baik menyebabkan segala-galanya semakin berubah. Nak makan sayuran hijau, banyak yang ditaman dengan baja kimia.

Tambahan pula kebanyakan tumbuhan-tumbuhan ini cuma memberikan khasiat ALA dan masih tiada bukti yang kukuh bahawa tumbuh-tumbuhan ini turut membekalkan EPA dan DHA.

Kalau nak makan lemak ikan dari ikan-ikan yang kaya Omega 3 ini juga agak terhad dan mahal.

Jadi apa pilihan yang kita ada?

Perlu suplemen! Suplemen minyak ikan adalah salah satu pilihan yang tepat untuk membekalkan keperluan omega 3 kepada anak kita.

Lebih-lebih lagi anak yang picky eater dan susah nak makan ikan dalam diet seharian.

Namun haruslah diteliti brand dan kriteria untuk memilih suplemen Omega 3 untuk anak yang sesuai, pastikan;
  • mempunyai kandungan EPA dan DHA yang tinggi.
  • pilih jenama yang mempunyai minyak ikan “pharmaceutical grade“.
  • dari ikan yang rendah merkurinya.

Siapa Yang Memerlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

Mereka adalah:
  • Warga Emas
  • Pesakit Jantung
  • Wanita yang telah melahirkan anak
  • Pesakit darah tinggi
  • Pesakit kulit seperti psoriasis dan ekzema
  • Orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pesakit Asma dan alahan
  • Pesakit Gout atau mempunyai masalah asid urik yang tinggi
  • Selalu mengalami sakit sendi dan kebas-kebas
  • Pelajar yang ingin cerdas dan cepat tangkap apa yang diajar
  • Ibu hamil dan menyusu untuk perkembangan otak anak
  • Mereka yang ingin lansing dan kulit cantik
  • Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Berapa keperluan harian Omega 3 tubuh anda?

Menurut artikel Omega-3 fatty acids dari University of Maryland Medical Center, dos pengamblan minyak ikan mestilah berdasarkan kandungan EPA & DHA, bukan berapa amaun minyak ikan itu sendiri.

Supplemen yang ada dipasaran berbeza kandungan dan ratio EPA & DHA.

Biasanya kita dapati asid lemak Omega 3 dalam kapsul minyak ikan mengandungi 0.18 gram (180mg) EPA dan 0.12gram (120mg) DHA. Kandungan Omega 3 berbeza dalam setiap jenis ikan.

Kanak-Kanak

Omeg 3 digunakan di dalam sesetengah susu formula bayi, yang kita nampak ada DHA & EPA tu. Tetapi tiada garis panduan yang tetap berapakah amaun Omeg 3 yang perlu diambil oleh kanak-kanak.

Cuma kanak-kanak perlu dielakkan dari memakan ikan yang mungkin mengandungi kandungan merkuri yang tinggi seperti shark, swordfish, king mackerel dan tilefish

Dewasa

Orang Dewasa hasruslah mengambil Omega 3 tidak lebih dari 3gram sehari. Jika anda ingin makan lebih atas sebab-sebab tertentu, minta nasihat doktor kerana Omega 3 yang berlebihan boleh mengakibatkan risiko pendarahan.

Dewasa yang sihat, tiada sejarah sakit jantung, American Heart Asscociation (AHA) mencadangkan untuk makan ikan 2 kali seminggu.

Orang dewasa yang mengalami penyakit jantung coronary, AHA mencadangkan pengambilan supplemen Omega -3 (dalam bentuk minyak ikan) 1 gram sehari yang mengandungi EPA dan DHA. Mungkin mengambil masa 2-3 minggu untuk melihat kesan pengambilan minyak ikan tersebut.

Dewasa yang tinggi kolesteronya, AHA mencadangkan mencadangkan pengambilan supplement Omega -3 (dalam bentuk minyak ikan) 2-4 gram sehari yang mengandungi EPA dan DHA. Mungkin mengambil masa 2-3 minggu untuk melihat kesan pengambilan minyak ikan tersebut

Dewasa yang mempunya darah tinggi saintis mencadangkan 3-4 gram sehari.

Peringatan!

Anda dinasihatkan tidak mengambil Asid lemak Omega 3 jika anda sedang mengambil ubat pencair darah seperti aspirin, warfarin (Coumadin), and clopedigrel (Plavix) kerana asid lemak Omega-3 fatty mungkin menambah kesan ubat pencair darah itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Dan Manfaat Buah Tiin Untuk Hidup Sihat

sumber: vitaminkita