Sunday, August 21, 2016

Fakta Pelik Sukan Olimpik Dan Acara Yang Tidak Lagi Di Pertandingkan

Fakta Pelik Sukan Olimpik Dan Acara Yang Tidak Lagi Di Pertandingkan

Bandaraya Rio De Janeiro, Brazil bakal mengucapkan selamat tinggal kepada atlet-atlet terhebat dunia yang bersaing dalam Sukan Olimpik 2016.

Olimpik Rio 2016

Sebagai sebuah institusi global yang masih 'berdiri' teguh untuk lebih ratusan tahun lamanya, Sukan Olimpik moden turut berevolusi sepertimana keadaan persekitarannya.

Maka, tidak hairanlah banyak acara sukan yang datang dan pergi, dan adalah sukar untuk membayangkan bagaimana sebahagiannya pernah mendapat tempat di dalam sukan di peringkat antarabangsa ini.

Kami kongsikan beberapa fakta pelik dan sukan-sukan yang tidak lagi dipertandingkan dalam temasya sukan terbesar dunia ini.

1. Skijoring

Skijoring

Suatu gabungan hebat antara ski air, menunggang kuda dan gelongsor anjing, skijoring memerlukan pesaing berdiri di atas papan ski meredah salji dengan kuda.

Sukan ini tidak pernah memenangi sebarang pingat, tetapi ia merupakan demonstrasi pada Sukan Musim Sejuk di St. Moritz tahun 1928 di Switzerland, yang mana Olimpik Musim Sejuk pertama kali tidak diadakan sempena Sukan Musim Panas.

2. Lumba kereta luncur anjing

Lumba kereta luncur anjing

Seperti skijoring, lumba kereta luncur anjing hanya pernah membuat kemunculan pertamanya di Olimpik Musim Sejuk, juga sebagai sukan demonstrasi.

Pada tahun 1932 bertempat di Tasik Placid, tujuh atlet Amerika dan lima atlet Kanada bersama 6 ekor anjing masing-masing berlari sehingga 25.1 batu.

3. Menembak Burung Merpati

Menembak Burung Merpati

Diperkenalkan sekali pada tahun 1900 di Olimpik Paris, penembak diminta menembak burung merpati hidup-hidup sebanyak yang boleh dan akan tersingkir sekiranya tembakan tidak mengena sebanyak dua kali.

Pemengan tunggal acara ini adalah seorang penembak dari Belgium, Leon de Lunden, yang menembak jatuh 21 ekor burung merpati. Acara ini tidak lagi diteruskan.

4. Tarik Tali

Tarik Tali

Merupakan pertandingan wajib di awal Sukan Olimpik moden, tarik tali membuat persembahannya lima tahun berturut-turut dari tahun 1900-1920.

Setiap pasukan mempunyai lapan ahli dan setiap negara boleh memasukkan penyertaan lebih dari satu pasukan, yang mana Amerika menguasai pingat emas, perak dan gangsa pada tahun 1904 di Sukan St. Louis.

Untuk versi Olimpik moden, ada dua pasukan dengan lapan ahli, di mana pasukan yang berjaya menarik lawan pada jarak enam kaki dikira menang.

Sekiranya tiada pasukan yang berjaya selepas lima minit, pasukan yang menarik pada jarak terjauh diisytiharkan sebagai pemenang.

5. Renang Berhalangan

Renang Berhalangan

Memandangkan sukan ini menjadi kelaziman seperti Tough Mudder dan Spartan Race, ianya hampir pasti dikekalkan dalam program Olimpik yang sebenar.

Acara ini diadakan sekali pada tahun 1900 Sukan Paris, dimana perenang perlu berenang sejauh 200m dalam Sungai Seine dan memerlukan perenang memanjat tiang, berenang merentasi barisan bot dan berenang di bawah satu lagi deretan bot.

Perenang Australia, Frederick Lane memenangi acara tersebut dengan 2 minit 38 saat.

6. Polo

Polo

Merupakan sukan kegemaran, polo adalah acara yang termasuk dalam Sukan Olimpik sebanyak lima kali, 1900, 1908, 1920, 1924 dan 1936.

7. Motorboat

Motorboat

Motorboating hanya membuat kemunculan sekali sahaja selepas berlakunya malapetaka ketika pertandingan pada tahun 1908.

Pertandingan yang mempunyai tiga kategori dan sembilan perlumbaan berjadual, tetapi akibat cuaca yang tidak menentu, hanya tiga perlumbaan sahaja yang diadakan. Sebab utama adalah kerana angin kuat ketika acara tersebut.

8. Penthalon Musim Sejuk

Penthalon Musim Sejuk

Sukan yang dipanggil Biathlon pada hari ini merupakan sukan yang menarik, di mana atlet perlu mempunya dua kemahiran berbeza, ski merentas desa dan menembak.

Namun, isu mula timbul pada tahun 1948 di St. Moritz apabila penthalon diperlihatkan sebagai sukan demonstrasi.

Sama seperti penthalon moden Sukan Olimpik Musim Panas (berlari, berenang, lawan pedang, ekuestrian dan menembak), acara ini menyediakan pelbagai jenis pertandingan termasuk ski menuruni bukit, ski merentas desa, menembak, lawan pedang dan menunggang kuda.

Atlet-atlet Sweden mengungguli acara ini dengan menyapu bersih kesemua pingat.

9. Basque Pelota

Basque Pelota

Basque Pelota secara teknikalnya dimainkan bersama bola, sama seperti menggunakan raket, bat ping pong atau hanya dengan tangan sendiri.

Sukan ini membuat kemunculan sulungnya pada Sukan Musim Panas di Paris pada tahun 1900, menyaksikan perlawanan antara Sepanyol dan Perancis, yang mana pasukan Sepanyol memenangi perlawanan tersebut. Berapa skor yang diperolehi tidak pula diketahui.

10. Lacrosse

Lacrosse

Sukan Lacrosse dua kali dipertandingkan di pentas Olimpik iaitu pada tahun 1904 dan 1908. Edisi pertama menyaksikan pasukan Kanada dan Amerika dalam satu skuad, sementara skuad kedua merupakan sebahagian dari pasukan Kanada bergabung dengan pasukan Britain.

11. Besbol

Besbol

Sukan kegemaran warga Amerika ini hanya muncul pada tahun 1992, 1996, 2000, 2004 dan 2008 Sukan Musim Panas Olimpik.

Untuk acara ini, Amerika membawa pulang pingat yang mana salah satunya adalah pingat emas.

Sementara itu, Persekutuan Besbol Antarabangsa sedang berusaha untuk memastikan sukan ini dimasukkan dalam Tokyo Games 2020.

12. Softball

Softball

Seperti besbol, sofbol juga pernah membuat kemunculan di Sukan Olimpik pada tahun 1996-2008. Acara ini didominasi sepenuhnya oleh pasukan wanita Amerika, yang membawa pulang pingat emas di Atlanta, Sydney, Athens dan pingat perak di Beijing.

13. Tandem Berbasikal

Tandem Berbasikal

Merupakan acara yang bertahan lama dalam Sukan Olimpik, acara tandem berbasikal 2000m ini muncul semula pada tahun 1920-1972.

Namun begitu, acara ini kini hanya menjadi sebahagian dari program Sukan Paralimpik.

14. Kabaddi (1936)

Kabaddi (1936)

Acara gusti individu melawan sepasukan ini popular di Asia Selatan. Objeknya ialah untuk salah seorang ahli pasukan memasuki separuh gelanggang yang merupakan hak lawan, dan mendapat mata dengan menggusti ahli-ahli pasukan lawan. Ahli pasukan kemudiannya kembali ke gelanggang sendiri.

15. Lumba Basikal 12 Jam (1896)

Lumba Basikal 12 Jam

Mungkin acara ini agak melampau dari segi keupayaan peserta, apabila tujuh orang pelumba basikal menyertai perlumbaan dari jam lima pagi sehingga lima petang.

Empat peserta terjatuh sebelum waktu tengahari, tetapi pemenangnya, Adolf Schmal dari Austria, berjaya berbasikal sejauh 180 batu.

Hanya Schmal dan seorang lagi pesaing berjaya menghabiskan perlumbaan, dengan kelebihan satu pusingan.

16. Panjat Tali

Panjat Tali

Dalam acara ini, peserta memanjat tali yang diikat tegak, menggunakan tangan sahaja.

17. Lawan Pistol (1906 dan 1912)

Lawan Pistol

Anda tahu tentang polis yang menembak sasaran yang bergerak untuk meningkatkan kemahiran menembak mereka? Acara ini sebiji macam yang itu.

Dalam acara ini, peserta perlu menembak patung-patung bergerak dengan yang mempunyai symbol bull’s eye di dada.

18. La Canne (1924)

La Canne

Ini ialah sejenis seni mempertahankan diri yang hamper serupa dengan lawan pedang, bezanya ianya menggunakan tongkat.

19. Hoki Beroda (1992)

Hoki Beroda

Sama seperti hoki ais, hoki jenis ini dimainkan atas gelanggang yang mempunyai permukaan kering, menggunakan kasut roda. Acara ini bagaimanapun hanyalah sukan demontrasi dan Argentina telah memenangi emas mengalahkan Sepanyol di peringkat akhir.

20. Kelab Menghayun (1932)

Kelab Menghayun

Seperti gimnastik berirama yang menggunakan pin bowling, acara ini memerlukan peserta menghayunkan kayu dalam corak tertentu.

Fakta Pelik Sukan Olimpik

1. Pingat emas di Sukan Olimpik tidak diperbuat daripada seratus peratus emas. Di Olimpik Rio contohnya, pingat emas terdiri daripada campuran 92.5 peratus perak, 6.16 tembaga dan hanya 1 peratus emas. Harganya dianggarkan bernilai AS$600 atau kira-kira RM2,400.

2. Sukan Olimpik tahun 1912 di Stockholm, Sweden mempunyai satu kategori untuk kesusasteraan. Kategori itu dimenangi oleh Georges Hohrod and M. Eschbach dari Jerman, menerusi satu nukilan sajak berjudul 'Ode to Sport'.

3. Johnny Weismuller, perenang Amerika Syarikat dan pemenang lima pingat emas Olimpik, juga merupakan pelakon yang dikenali dengan watak Tarzan. Dia memegang watak ikonik itu dalam 12 buah filem Tarzan.

4. Nama Margaret Abbott tercatat sebagai wanita pertama yang memenangi pingat emas Olimpik Perancis pada tahun 1900, menerusi acara golf. Namun percayakah anda, Abbott memenanginya secara tidak sengaja? Ceritanya bermula apabila Abbott yang ketika itu berkunjung ke Paris, mengambil keputusan untuk menyertai satu pertandingan golf yang disangkanya pertandingan golf biasa. Hanya selepas pulang ke Amerika Syarikat, Abbott diberitahu pingat yang dimenanginya adalah dari Sukan Olimpik.

5. Usia pemain bola sepak yang bertanding di Olimpik adalah 23 tahun ke bawah. Ini bertujuan untuk membezakan bola sepak di Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

BACA INI JUGA: Mati Akibat Kemalangan Dengan Cara Yang Sangat Pelik

Sumber: Hanimhashim/Astroawani/Amazingnara

Punca Kegagalan Mutlak LCW Memburu Pingat Emas Olimpik Dan BWF!

Punca Kegagalan Mutlak LCW Memburu Pingat Emas Olimpik Dan BWF!

Lee Chong Wei gagal lagi memburu pingat emas olimpik peribadi dan emas pertama negara dalam temasya sukan Olimpik.

Gagal

Sama seperti yang saya jangkakan ketika menonton perlawanan akhir Lee Chong Wei bertahun-tahun dahulu menentang Lin Dan, faktor utama kekalahan LCW ketika menentang Chen Long adalah 'keengganan' beliau untuk melakukan serangan 'jumping smash' sebagai strategi utama dan lebih memilih bermain rally dan lebih malang, gagal bermain di jaring.

Jika dilihat kepada gaya permainan, alasan bahawa Chen Long berjaya membaca permainan Lee Chong Wei adalah tidak terpakai sama sekali.

Ternyata permainan Lee Chong Wei sebenarnya jauh lebih baik daripada Chen Long!!!

Faktor takut dan gemuruh serta gagal menyerang dengan smash kencang adalah punca kegagalan utama.

Gagal secara mutlak!

'Smash' Chong Wei Diiktiraf 'Paling Kencang'

Smash lee chong wei

Pukulan 'smash' Datuk Lee Chong Wei dengan kekuatan 408km sejam di Terbuka Hong Kong 2015 telah diiktiraf sebagai smash paling kencang dalam sukan badminton sejak September 2015.

Kelajuan itu hampir menyamai kelajuan tertinggi yang dicatatkan oleh pengeluaran kereta terpantas di dunia.

Pemain Denmark, Jan O Jorgensen berada di belakang Chong Wei dengan 'smash' berkelajuan 407km sejam di separuh akhir Terbuka Malaysia 2016.

Pemain Thailand, Ratchanok Intanon yang berada di kedudukan kedua dalam badminton wanita, berada tidak terlalu jauh di belakang dan mencatat 372km sejam di separuh akhir kejohanan yang sama di Malaysia.

Juara dunia lima kali, Lin Dan dari China mencatatkan smash 401km sejam ketika mencatat kemenangan dalam Terbuka Jepun 2015. -mStar

Lee Chong Wei buru gelaran dunia 2017?

BWF2017

Seperti yang dilaporkan dalam berita, saya percaya LCW tetap akan gagal memburu kejuaraan ini seandainya tetap enggan menggunakan senjata utamanya, smash paling kencang terutamanya ketika final!
Kejohanan Dunia 2017 akan menjadi pentas antarabangsa terakhir Lee Chong Wei memburu satu lagi gelaran utama selepas impiannya meraih pingat emas Sukan Olimpik berakhir.

Selepas layak empat kali di final Kejohanan Dunia, pemain berusia 33 tahun itu masih kempunan menamatkan badi meraih gelaran utama dan edisi tahun depan akan menjadi usaha terakhir sebelum mengakhiri kariernya.

Chong Wei adalah naib juara dunia edisi 2011, 2013, 2014 dan 2015 tetapi pingat perak 2014 di Copenhagen, Denmark ditarik balik selepas gagal ujian doping menyebabkan beliau digantung lapan bulan. -AW

Kesimpulan

Bagaimana mungkin mahu menjuarai Kejohanan Dunia dan Olimpik, ketika memiliki senjata ampuh ditangan tapi enggan digunakan sebaiknya ketika pertarungan?

Cukup menyedihkan ketika kita punyai seorang jaguh badminton bertaraf dunia, namun gagal mengambil peluang di depan mata atas kepincangan strategi sendiri, kini bakal bersara sebagai jaguh kampung!

Lupakan Kejohanan Dunia. Bersara adalah pilihan terbaik!

Selamat maju jaya buat Datuk Lee Chong Wei!

BACA INI JUGA: Bintang Bola Sepak Dunia Yang 'Gagal' Sebagai Jurulatih

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, August 19, 2016

Jadual Dan Keputusan Badminton Olimpik Rio 2016

Jadual Dan Keputusan Badminton Olimpik Rio 2016

Malaysia berada di bawah tekanan yang hebat untuk mendapatkan pingat emas pertama kerana Sukan Olimpik Rio kini memasuki pusingan terakhir sebelum melabuhkan tirai.

LCW

Negara jiran yang lain, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Singapura sudah pun meraih pingat emas mereka di sini, Malaysia masih menunggu prospek emas pada badminton, berbasikal dan terjun.

LCW [2]

Pandelela dan Cheong Jun Hoong memperoleh pingat perak dalam acara 10m platform seirama, Azizulhasni Awang pingat gangsa dalam acara keirin dan pasangan bergu campuran hanya mampu menyambar perak dalam acara badminton bergu campuran.

Pingat-Malaysia-Sukan-Olimpik-Rio-2016

JADUAL DAN KEPUTUSAN BADMINTON OLIMPIK RIO 2016 (WAKTU MALAYSIA)

SEPARUH AKHIR

SEPARUH AKHIR

AKHIR

AKHIR
AKHIR [2]
AKHIR [3]
AKHIR [4]

Semoga berjaya!

KEPUTUSAN PENUH PUNGUTAN PINGAT BADMINTON MALAYSIA OLIMPIK RIO 2016

3 Pingat Perak
  • Perseorangan: Perak
  • Bergu Lelaki: Perak
  • Bergu Campuran: Perak

BACA INI JUGA: Sindiran Lin Dan Untuk Lee Chong Wei

Wednesday, August 17, 2016

Negara Yang Memenangi Pingat Emas Pertama Di Sukan Olimpik Rio 2016

Negara Yang Memenangi Pingat Emas Pertama Di Sukan Olimpik Rio 2016

Memburu pingat sukan Olimpik, apatah lagi pingat emas bukanlah sesuatu yang mudah kerana melibatkan atlet-atlet berprestij dari seluruh dunia.

Gold Medal

Namun, dengan semangat dan kecekalan yang tinggi, berikut merupakan atlet dari negara-negara kerdil yang telah berjaya memenangi emas pertama mereka dalam sejarah sukan olimpik di Rio 2016.

Fiji
Ragbi

Fiji men's rugby

Kejayaan Fiji merangkul emas pertama Olimpik disambut meriah penduduk negara kepulauan pasifik itu.

Fiji mencipta sejarah selepas menewaskan Great Britain dalam aksi akhir ragbi tujuh sebelah di Rio.

Puerto Rico
Monica Puig

Monica Puig - Puerto Rico.jpg

Monica Puig menghadiahkan emas pertama Olimpik buat Puerto Rico, apabila berjaya menjinakkan pemain Jerman, Angelique Kerber 6-4, 4-6, 6-1 dalam acara final perseorangan tenis wanita.

Pemain berusia 22 tahun yang menduduki ranking ke-34 dunia itu membuktikan bahawa dia berupaya mengatasi Kerber yang merupakan pemain nombor dua dunia dan juara Terbuka Australia.

Monica Puig ialah wanita pertama daripada negara kepulauan Caribbean menang emas Olimpik.

Sebelum kejayaannya, Puerto Rico pernah menang lapan pingat Olimpik iaitu dua perak dan enam gangsa. Enam daripadanya datang dari sukan tinju.

Singapura
Joseph Schooling

Joseph Schooling

Michael Phelps mengalami kekalahan pertamanya dalam temasya Rio 2016 apabila ditewaskan perenang sensasi Singapura, Joseph Schooling, yang memberikan persembahan memukau untuk memenangi pingat emas 100 meter kuak kupu-kupu.

Joseph Schooling turut mencipta rekod baru Olimpik dengan catatan masa 50.39 saat.

Michael Phelps berkongsi tempat kedua dengan dua perenang lain, juara dunia dari Afrika Selatan, Chad Le Clos dan Laszlo Cseh dari Hungary.

Vietnam
Hoang Xuan Vinh

Hoang Xuan Vinh

Selepas enam dekad menanti, Vietnam akhirnya merangkul pingat emas pertama Sukan Olimpik, terima kasih kepada kejayaan mengejut Hoang Xuan Vinh dalam saingan menembak.

Di lapang sasar menembak, Xuan Vinh, 41, melakukan tembakan hampir sempurna dalam acara 10 meter air pistol lelaki, sekali gus menafikan cabaran penembak Brazil Felipe Almeida Wu yang meraih perak, diikuti gangsa Pang Wei dari China.

Penembak Vietnam itu mencipta sejarah buat Vietnam setelah mengumpul mata terbanyak 202.5 mengatasi penembak pilihan, Almeida yang 20 tahun lebih muda daripadanya dengan perbezaan 0.3 mata.

Kosovo
Majlinda Kelmendi

Majlinda Kelmendi

Majlinda Kelmendi berjalan mengelilingi gelanggang dengan wajah tidak percaya, sebelum akhirnya kembali berdiri di sebelah lawannya selepas dipanggil oleh pengadil.

Dengan wajah yang masih kebingungan dan ketika penonton di stadium mula bersorak, air mata tiba-tiba mengalir di pipi gadis berusia 25 tahun itu saat namanya diumum sebagai pemenang pingat emas acara judo 52 kilogram.

Majlinda memahat sejarah apabila menghadiahkan pingat emas hanya dalam penampilan sulung Kosovo pada temasya sukan terbesar di dunia itu selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pencabar dari Itali, Odette Giuffrida.

Turun sebagai pilihan utama temasya, dia memang disasarkan pingat oleh negaranya, yang sekadar menghantar kontinjen kecil dengan dibarisi lapan atlet, namun memenangi emas adalah perkara yang tidak diduga sama sekali.

BACA INI JUGA: 10 Perubahan Baru Buku Peraturan FIFA Yang Anda Perlu Tahu

-SENTIASAPANAS.COM

2 Pingat Emas Dalam Genggaman Acara Bergu Badminton Olimpik Rio 2016!

2 Pingat Emas Dalam Genggaman Acara Bergu Badminton Olimpik Rio 2016!

Lee Chong Wei bakal bertemu dengan pemain perseorangan dari Taiwan, Chou Tien Chen dalam aksi peringkat suku akhir temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang dijadualkan berlangsung pada jam 7.30 malam (17/8/2016).

Lee Chong Wei vs Lin Dan

Dalam perlawanan terakhir Kumpulan A sebelum ini, Lee Chong Wei berjaya menduduki carta teratas dan mendapat bye pada pusingan pertama (16 pemain) lantas melayakkannya melangkah ke pusingan suku akhir.

Sekiranya berjaya memenangi pusingan suku akhir ini, Lee Chong Wei, pemenang pingat perak di Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012 itu dijadualkan bakal bertemu dengan seterunya dari China, Li Dan di peringkat separuh akhir Jumaat ini (19/8/2016).

Bergu Campuran Memburu Emas

Chan Peng Soon dan Goh Yiu Ling

Selain Lee Chong Wei, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Yiu Ling turut dijadualkan akan turun menentang pasangan nombor tiga dunia, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir dari Indonesia dalam penentuan pingat emas pada jam 11.30 malam ini (17/8/2016).

Peng Soon dan Liu Ying dalam misi untuk membalas dendam selepas mereka ditewaskan pasangan Indonesia itu dengan mata 21-15, 21-11 dalam aksi Kumpulan C.

Peng Soon dan Liu Ling berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas menewaskan pasangan China, Chen Xu-Ma Jin 21-12, 21-19 di peringkat separuh akhir.

Bergu Lelaki

Goh V Shem-Tan Wee Kiong

Dalam pada itu, pasangan beregu lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong turut mencipta kejutan apabila berjaya melangkah ke pusingan akhir bagi merebut pingat emas selepas menundukkan pasangan daripada China, Chai Biao dan Hong Wei menerusi perlawanan tiga set, 21-18, 12-21 dan 21-17.

Dengan kemenangan itu, V Shem dan Wee Kiong dijadualkan bertemu pasangan daripada China, Zhang Nan dan Fu Haifeng dalam perlawanan akhir pada Jumaat ini (19/8/2016).

KEMASKINI
(19/8/2016)

Pencapaian Peng Soon/Liu Ying Membanggakan

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying

Walaupun misi memenangi pingat emas pertama negara tidak tercapai apabila Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas kepada pasangan nombor tiga dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir 14-21, 12-21, namun ia adalah pencapaian yang cukup hebat.

Mereka telah melakukan yang terbaik, kita harus rasa bangga dengan pingat perak yang mereka bawa pulang. Tahniah!

Harapan Terakhir

Harapan meraih emas pertama negara di temasya sukan terbesar dunia itu kini disandarkan kepada beregu lelaki, V Shem dan Wee Kiong yang akan dicabar pasangan nombor empat dunia, Fu Haifeng dan Zhang Nan dari China pada final.

Begitu juga harapan diletakkan kepada jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang dijadualkan akan menentang musuh tradisinya, Lin Dan pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki.

Sama-sama menanti dengan penuh debaran!

BACA INI JUGA: 19 Lagi Fakta Menarik Tentang Sejarah Emas!

Sumber: SH

Tuesday, August 16, 2016

Berapa Ganjaran Diterima Pemenang Pingat Olimpik Disetiap Negara?

Berapa Ganjaran Diterima Pemenang Pingat Olimpik Disetiap Negara?

Para atlit menghabiskan hampir seluruh hidup mereka, berlatih untuk mengambil bahagian mewakili negara masing-masing dalam Sukan Olimpik.

Pandalela rinong

Mereka berpenat lelah untuk mengharumkan nama negara di samping merebut ganjaran yang akan diberikan sekiranya usaha mereka berjaya.

Mari kita lihat bagaimana negara-negara memberikan ganjaran kepada atlit mereka selepas memenangi medal dalam sukan berprestij tinggi ini.

Singapura

Singapura

Singapura memberikan ganjaran tertinggi dengan Persekutuan Kebangsaan Singapura membayar atlitnya yang berjaya membawa pulang medal dengan jumlah paling tinggi iaitu $ 734,000 (RM2,960,845) kepada pemenang pingat emas, $ 367,000 (RM1,480,422) kepada pemenang pingat perak dan $ 183,000 (RM738,194) kepada pemenang pingat gangsa.

United Kingdom

United Kingdom

Tiada hadiah wang tunai dari United Kingdom. UK merupakan satu-satunya negara yang tidak menawarkan wang tunai kepada pemenang pingat di Sukan Olimpik, walaupun atlitnya membawa pulang pingat emas.

Thailand

Thailand

Beri ganjaran wang tunai mengikut tempoh masa. Thailand menawarkan wang tunai berjumlah $ 314,000 (RM1,266,628) dalam tempoh masa 20 tahun dan Filipina pula menawarkan $ 237,000 (RM956,022) dalam tempoh masa yang sama kepada pemenang pingat emas mereka.

Malaysia

Malaysia

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memberikan ganjaran bar emas padu kepada pemenang pingat emas. Bar emas padu yang diberikan bernilai $600,000 (RM2,420,310).

Kejayaan gandingan dua penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang telah berjaya merangkul pingat perak bagi acara platform berirama 10 meter wanita di Olimpik Rio, membolehkan mereka menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM600,000 (dikongsi) serta pencen bulanan RM3,000 setiap seorang untuk seumur hidup di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN).

Negara-negara besar menawarkan jumlah yang lebih kecil

Olimpik Rio 2016

Negara seperti Perancis, China, USA dan Jerman menawarkan jumlah yang sangat kecil kepada pemenang pingat berbanding negara kecil seperti Azerbaijan dan Kazakhstan!

‘Tak Wajar Mereka Dapat Pencen RM3K Seumur Hidup’

Laporan polis Rozzeli Pin

Sementara itu, seorang pesara tentera yang dikenali sebagai Rozzeli Pin mempertikaikan ganjaran yang diterima kedua-dua atlet terjun negara dengan membuat laporan polis.

Bagi dirinya, ramai lagi pejuang negara yang patut diberi ganjaran sebegitu.

Gambar salinan laporan polis yang dibuat oleh Rozzeli mula tersebar di laman sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

“Saya mempertikaikan pemberian tersebut dan berasa tidak wajar kerana banyak lagi pejuang-pejuang negara dan bekas kakitangan Angkatan Tentera Malaysia dan polis yang berkhidmat dan berjasa tidak diberikan ganjaran sewajarnya,” katanya.

Apa sekalipun, tahniah sekali lagi buat Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.

BACA INI JUGA: Video Terjunan Perak Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong Olimpik Rio 2016

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, August 15, 2016

7 Fakta Menarik Joseph Schooling, 'Ikan Bilis Singapura' Yang Menewaskan Michael Phelps!

7 Fakta Menarik Joseph Schooling, 'Ikan Bilis Singapura' Yang Menewaskan Michael Phelps!

Nama Joseph Schooling terus menjadi hangat setelah perenang Singapura itu bukan sahaja memenangi pingat emas sulung untuk negaranya, tetapi beliau berjaya menewaskan perenang hebat Amerika Syarikat Michael Phelps.

Joseph Schooling

Joseph Schooling memberikan persembahan memukau untuk memenangi pingat emas 100 meter kuak kupu-kupu.

Kemenangan itu sekali gus mencatat rekod Olimpik 50.39 saat.

Penyertaan beliau dalam Olimpik Rio hampir tidak diberi perhatian pada awalnya. Namun selepas meraih emas, sesetengah laporan media mengumpamakan beliau sebagai 'ikan bilis Singapura' yang berjaya menumpaskan ego Phelps selaku jaguh kolam terkemuka.

Berikut adalah 7 fakta menarik tentang Joseph Schooling.

1. Pendidikan

Joseph Schooling dilahirkan pada 16 Jun 1995 di Singapura.

Beliau menerima pendidikan awal di Singapura sebelum ke Amerika Syarikat (AS) untuk menerima pendidikan sekolah menengah.

Beliau kini merupakan seorang pelajar di University of Texas, di Austin, AS dan merupakan ahli pasukan Texas Longhorns, sebuah pasukan elit dalam kalangan pelajar universiti.

2. Inspirasi untuk bertanding di Olimpik

Menurut laporan Today Online, ketika masih kecil Joseph Schooling menanam impian untuk bertanding di tahap Olimpik setelah berborak bersama ahli keluarga yang lain tentang datuk saudaranya, Lloyd Valberg, yang mewakili Singapura dan bertanding di temasya Olimpik pada tahun 1948 dalam acara lompat tinggi.

3. Bertemu Michael Phelps

Joseph Scooling Defeats Michael Phelps Olympics Rio 2016

Kemenangan di Rio bukan pertemuan kali pertama antara Joseph Schooling dan Phelps.

Akhbar The Straits Times melaporkan kedua-dua perenang itu pernah bertemu di China sebelum temasya Olimpik di Beijing pada tahun 2008.

Ketika itu Joseph Schooling berusia 13 tahun dan menganggap Phelps sebagai idola.

4. Latihan di Amerika Syarikat

Setelah bertemu Phelps, Joseph Schooling membuat keputusan untuk berlatih di Amerika Syarikat.

Ibu bapa beliau mengambil Sergio Lopez sebagai jurulatih.

Lopez pernah menang pingat gangsa di temasya Olimpik di Seoul pada 1988 namun lebih terkenal sebagai jurulatih yang hebat.

Lopez memberi fokus kepada teknik berbanding berbanding membina otot.

5. Pencapaian hebat

Joseph Schooling mula memenangi pingat untuk Singapura bermula dengan temasya Sukan SEA pada 2011 di Indonesia.

Beliau sekaligus layak untuk bertanding di temasya Olimpik pada 2012 di London. Namun, beliau gagal untuk melayakkan diri dalam pusingan separuh akhir.

Beliau memenangi pingat perak dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu di sukan Komanwel yang berlangsung pada 2014 di Glasgow.

Beliau memenangi pingat gangsa di acara World Championships di Kazan, Rusia pada 2015.

6. Khidmat Negara

Pada 2013 ibu Joseph Schooling, May, berjaya mendapatkan penangguhan untuk anaknya dari latihan Khidmat Negara yang wajib kepada semua warga lelaki rakyat Singapura.

Tempoh ini akan tamat pada 31 Ogos 2016, iaitu selepas temasya Olimpik di Rio.

7. Kebanggaan negara

Susulan kemenangan di Rio, nama Joseph Schooling terus trending di media sosial dengan ucapan tahniah.

BACA INI JUGA: Manusia-manusia Bertubuh Kerdil Yang Menjadi Lagenda



Sumber: Astroawani