Saturday, September 30, 2017

Nikita Mirzani Bisnes Patung 'Nikita Doll'

Nikita Mirzani Bisnes Patung 'Nikita Doll'

Pelakon seksi Indonesia Nikita Mirzani nampaknya bakal menempa kontroversi terbaru melalui anak patung menyerupai dirinya yang bakal menemui pasaran tidak lama lagi.

Nikita Doll

Malah dia memberi jaminan, patung yang diberi nama 'Nikita Doll' itu tahan ramas kerana diperbuat daripada bahan seperti jeli.

Menurut laman hiburan Wow Keren, Patung itu dijangka akan mula dijual bulan depan dengan harga RM480 (1.5 juta rupiah).

Selain itu, pelakon filem Lihat Boleh, Pegang Jangan itu juga merancang untuk mengeluarkan produk pembersih wanita.

Tidak kisah dengan kontroversi yang bakal diundangnya, Nikita berkata dia hanya mahu membantu golongan wanita dalam soal penampilan dan penjagaan.

“Bergantunglah apa yang bermain di fikiran mereka sama ada pro atau kontra. Yang jelas, ada wanita lupa untuk membersihkan diri dengan cara yang sepatutnya,” katanya.

Antara kontroversi paling besar yang pernah melanda dirinya adalah apabila didakwa terbabit dalam sindiket pelacuran yang turut melibatkan beberapa selebriti lain.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Saturday, January 21, 2017

'Harga' Payu Dara Nikita Mirzani RM266,000!

'Harga' Payu Dara Nikita Mirzani RM266,000!

Selebriti yang pernah dikaitkan dengan sindiket pelacuran, Nikita Mirzani, merelakan payu daranya disentuh oleh dua lelaki.

Nikita Mirzani

Aksi menyentuh payu dara itu dirakam dalam sebuah klip video sebelum ditularkan di media sosial.

Ekoran kejadian tidak bermoral itu menggemparkan pengguna dunia maya, pelakon Perempuan Perempuan Liar itu tampil membuat penjelasan.

“Video itu sudah setahun lamanya. Video itu dilakukan atas dasar kontrak iaitu dibayar Rp800 juta (RM266,477 ribu),” katanya seperti dilapor media tempatan.

Bagaimanapun, janda anak dua itu tetap mempunyai alasan untuk 'menghalalkan' aksi berkenaan.

Katanya, dua lelaki yang menyentuh payu dara itu bukanlah "lelaki sejati" sebaliknya dua lelaki yang ada perwatakan 'lembut'.

Atas alasan itulah, Nikita berkata dia memberi kebenaran kepada "dua lelaki" terbabit untuk memegang payu dara miliknya.

“Itu kan banci (mak nyah), bukan lelaki asli,” katanya.

Walaupun saat ini video klip terbabit sudah menjadi tular di media sosial, Nikita menjelaskan emosinya tidak tergugat dengan perkara itu.

Memang imej begitu

Bahkan, katanya, anak pertamanya Laura Meizani Nasseru Asry - atau Loly - sudah pun menonton video berkenaan selain tidak memberikan respon yang negatif.

“Anak saya sudah melihat dan baginya ia biasa saja. Itu bergantung kepada fikiran masing-masing, anak saya orang yang ada pendidikan,” katanya.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram itu, Nikita diajukan beberapa soalan oleh dua orang lelaki.

Sampai pada satu ketika, seorang daripada lelaki terbabit bertanyakan tentang keaslian payu dara Nikita.

Akibat 'tersinggung', Nikita mempersilakan dua lelaki tadi melakukan ujian ke atas payu daranya bagi memastikan ia adalah asli.

Nikita sebelum ini pernah ditangkap dan didakwa melacurkan diri dalam serbuan polis di sebuah hotel mewah di Jakarta pada 10 Disember 2015. Turut ditangkap bersamanya adalah seorang model Puty Regita dan dua bapa ayam.

Nikita bagaimanapun menafikan menjual badan sebaliknya mengaku dirinya adalah mangsa pemerdagangan manusia.

Selain video, Nikita turut menggemparkan umum dengan imej separuh bogel yang menggiurkan dan beredar di Internet.

Pada imej berkenaan, Nikita dilihat memaparkan separuh bahagian badannya dan kedua buah dada ditutup dengan tangan.

Nikita dan imej seksi sukar dipisahkan malah dia berkata tanggapan masyarakat ke atas keseksian dimilikinya memang dinilai secara berlebihan.

“Umum memang biasa suka menjatuhkan walhal sudah sememangnya imej yang ada pada saya begitu,” katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Wednesday, December 11, 2013

Kontroversi Tatu Terbaru Nikita Mirzani

Kontroversi Tatu Terbaru Nikita Mirzani

Nikita Mirzani didakwa menambah satu lagi tatu dibahagian tubuh yang cukup intim dan sensitif, di bawah pusat dan hampir dengan alat sulitnya. Jika tatu Nikita Mirzani sebelum ini boleh dilihat orang lain, tatu barunya ini khusus didedikasikan sebagai tanda cinta untuk suaminya, Sajad Ukra.

Tatu Nikita Mirzani
Nikita Mirzani.

“Saya punya tatu nama suami saya. Tatunya bentuk nama Sajad, letaknya di bawah pusat,” kata Nikita Mirzani, seperti yang dikutip dari KapanLagi.

Namun, Niki (panggilan akrab Nikita Mirzani) enggan berkongsi cerita tentang penghasilan tatunya itu.

“Tukang tatulah, takkan tukang sayur,” ujar wanita cantik kelahiran 17 Mac 1986 ini.

Awal Oktober lalu, Nikita Mirzani telah bernikah dengan Sajad Ukra.

Pernikahan yang awalnya dikhabarkan bakal menelan perbelanjaan yang mahal, berlangsung sederhana di Rumah Ranadi, Jeruk Purut, Jakarta Selatan.

Nikita, sememangnya terkenal dengan koleksi tatu ditubuhnya.

Yang paling jelas adalah tatu bertulis namanya di bahagian dada dan tatu besar di punggung dan pahanya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, September 29, 2013

Gambar Bogel Nikita Mirzani Untuk Majalah Playboy Tersebar!

Gambar Bogel Nikita Mirzani Untuk Majalah Playboy Tersebar!

Model dan pelakon seksi Indonesia, Nikita Mirzani sekali lagi menimbulkan kontroversi panas. Sebelum ini, Nikita pernah menyatakan bahawa beliau mahu ke Amerika Syarikat untuk beraksi dalam majalah bogel popular, Playboy.

Nikita Mirzani Playboy

Hari ini, salah satu daripada foto bogelnya untuk majalah itu telah pun tersebar di internet. Akui Nikita, itu memang fotonya.

Dalam foto tersebut, Nikita dilihat sedang berbaring di tepi pantai dalam keadaan bogel. Bahagian pehanya ditutupi kain putih, manakala bahagian dada ditutupi rambutnya yang panjang.

Tatu ditubuhnya menguatkan lagi bukti bahawa foto tersebut memang milik Nikita Mirzani.

Wanita berusia 27 tahun itu mengaku foto berkenaan diambil tiga bulan yang lalu di Pulau Dewata. Menurutnya lagi, majalah Playboy akan menerbitkan foto berkenaan pada terbitan tahun hadapan.

“Itu fotonya tiga bulan lalu, di Bali buat Playboy AS, dan terbitnya tahun depan,” ungkap Nikita kepada Liputan6.com.

Sayangnya, Nikita enggan membocorkan foto-foto lainnya.

“Itu saja dulu. Karena kan majalahnya belum terbit, baru tahun depan,” ungkap Nikita.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, July 31, 2013

Nikita Mirzani Kena Belasah Di Kelab Malam!

Nikita Mirzani Kena Belasah Di Kelab Malam!

Hanya beberapa bulan selepas dibebaskan dari penjara kerana kesalahan menyerang, aktres dan model Nikita Mirzani mendapati dirinya menjadi mangsa selepas dipukul sekumpulan orang tidak dikenali di sebuah kelab malam di Bandung.

Nikita Mirzani Kena Belasah
Nikita Mirzani.

Ketua Unit Jenayah Polis Bandung, Trunoyudo Wisno Andiko berkata, kejadian berlaku jam 2 pagi sabtu.

Nikita dengan berlumuran darah di dahi dan mulut, membuat laporan di ibu pejabat polis Bandung pada jam 4 pagi.

Selebriti berusia 27 tahun itu berkata, dia tidak tahu siapa yang menyerangnya atau sebab mereka menyerang.

“Tiba-tiba seorang wanita dan dua lelaki muncul di depan saya. Kedua-dua lelaki itu memegang saya sementara wanita itu menumbuk saya berulang kali,” kata aktres itu.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, May 02, 2013

Panas! Nikita Mirzani Mengaku Seorang Biseksual

Panas! Nikita Mirzani Mengaku Seorang Biseksual

Kalau bercakap tentang sensasi dunia hiburan Indonesia, tentu tidak sah kalau tidak bercakap mengenai artis yang satu ini.

Nikita

Nikita Mirzani, antara selebriti Indonesia yang sinonim dengan cerita 'panas' lagi kontroversi. Malahan dia pernah dibelit kontroversi hingga menjerat dirinya ke penjara.

Sensasi pertama Nikita adalah foto kontroversinya yang tersebar luas di internet. Bukan gosip mahupun dakwaan semata, sebaliknya Nikita memang benar-benar tampil bogel dalam foto tersebut.

Tidak seperti kebanyakan artis yang pasti akan menafikan ataupun menepis tuduhan seperti itu, namun bagi bintang filem Pokun Roxy itu, dia dengan terbuka mengakui foto tersebut memanglah dirinya.

Bukan setakat gambar-gambar seksinya, gambar Nikita berpeluk mesra dan dengan perempuan bagaikan pasangaan kekasih, juga menjadi bualan hangat ramai.

Terbaru, satu berita mengejutkan tatkala pengakuaan aktres itu kepada detikhot.com. Janda anak satu itu mengaku dirinya adalah seorang biseksual.

"Aku mungkin boleh dianggap seorang biseksual. Selain sama teman lelaki, aku juga suka sama sesama jenis", katanya.

Nikita juga mengaku sempat mengalami trauma pada lelaki setelah bercerai dengan suami pertama.

Namun yang peliknya, ketika media lain mahu mendapatkan pengesahan mengenai pengakuan tersebut, perempuan yang memiliki tatu itu tidak mengaku pula dirinya biseksual.

Salah seorang pengurus artis yang enggan disebutkan namanya menceritakan, kadang-kadang ada artis yang sengaja melontarkan kenyataan-kenyataan 'aneh' untuk terus popular.

"Ada beberapa artis yang memang dari dulu sudah sering mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. Lihat saja Dhani atau Depe yang sering mengeluarkan kenyataan yang mecetuskan kontroversi", ujar pengurus tersebut.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com