Sunday, April 21, 2019

Atlet Angkat Berat Wanita Perancis Patah Tangan Ketika Siaran Langsung

Atlet Angkat Berat Wanita Perancis Patah Tangan Ketika Siaran Langsung

Seorang atlet angkat berat wanita, Gaelle Nayo-Ketchanke, 30, yang sedang bersaing dalam kategori 76 kilogram mewakili negaranya Perancis pada Kejohanan Angkat Berat Eropah di Batumi, Georgia, mengalami saat mengerikan apabila lengannya patah ketika melakukan aksi yang disiarkan secara langsung.

Patah tangan angkat berat
Gaelle Nayo-Ketchanke.

Menurut laporan The Sun UK, Gaelle ketika itu sedang melakukan percubaan ketiga pada berat 107 kilogram apabila secara tiba-tiba lengan kirinya patah akibat tekanan.

Jeritan Gaelle dapat didengari dalam video yang disiarkan oleh Persekutuan Angkat Berat Eropah melalui siaran langsung.

Penonton tergamam melihat Gaelle yang pernah memenangi pingat perak pada kejohanan tahun 2018 lalu di Romania, terbaring menahan kesakitan sambil memegang lengannya.

Patah tangan

Pasukan perubatan bergegas membantu Gaelle dan dia dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan selepas meninggalkan pentas angkat berat.

Menurut laporan perubatan, lengan Gaelle patah di beberapa tempat dan bahunya terkehel.

Gaelle dalam entri terbaharu di Instagramnya memuat naik foto dirinya yang telah selamat menjalani rawatan dengan lengan dan sikunya berbalut.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kejohanan dan rakan sepasukannya yang bertindak cepat dalam insiden berkenaan.

Ahli sukan patah tangan

"Saya keluar daripada Kejohanan Eropah ini dengan cara yang paling menarik, saya menerima banyak mesej sokongan dan ketika ini sedang menunggu penerbangan pulang ke Perancis untuk melakukan ujian lanjut.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan dan teknikal Persekutuan yang bertindak balas dengan cepat dan jurulatih serta rakan-rakan saya dari pasukan Perancis,” tulisnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Saturday, January 06, 2018

Dahi Peninju Muay Thai Retak Selepas Terkena Serangan Siku!

Dahi Peninju Muay Thai Retak Selepas Terkena Serangan Siku!

Tahukah anda Muay Thai adalah antara seni bela diri paling merbahaya di dunia? Kalau anda ingin cari gaduh dengan sesiapa yang belajar ilmu muay thai, anda mungkin akan fikir banyak kali selepas melihat video ini.

Dahi Peninju Muay Thai Retak Selepas Terkena Serangan Siku!

Dalam satu perlawanan yang berlangsung, fighter muay thai bernama Jeremy menerima satu serangan siku terus ke dahinya yang dibuat oleh lawannya.

Dalam video daripada perlawanan itu, beliau pada mulanya tidak berasa apa-apa tetapi perlawanan diberhentikan oleh pengadil.

Sebabnya? Tanpa disedari Jeremy, dahinya sudah membengkak akibat serangan padu daripada lawannya itu.

Sejurus perlawanan itu, rakannya Johnny Betts memuat naik gambar ini untuk berkongsi keadaan kepala rakannya selepas perlawanan tersebut.

Dahi Peninju Muay Thai Retak Selepas Terkena Serangan Siku!

Menurut Johnny, rakannya itu mengalami keretakan di bahagian dahi dan memerlukan pembedahan untuk merawat retak berkenaan.

Pembedahan berkenaan berjalan lancar dan dahi Jeremy kini dimasukkan plat aluminium.

Jeremy bernasib baik kerana tiada kecederaan otak dialaminya daripada perlawanan beliau di Patong Stadium.

Jika orang biasa yang terkena serangan ini, kemungkinan akan menemui ajal sangat tinggi.

Disebabkan Jeremy seorang fighter muay thai yang sudah biasa menerima serangan sepert ini, beliau dapat survive impak serangan yang sangat kuat.

Dahi Peninju Muay Thai Retak Selepas Terkena Serangan Siku!

Serangan ini nyata tidak mematahkan semangat Jeremy untuk terus berlawan di gelanggang muay thai selepas beliau pulih nanti.

Buat masa ini, Jeremy perlu berehat terlebih dahulu untuk beberapa bulan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenali 'Krabi-Krabong' Seni Mempertahankan Diri Paling Merbahaya Di Thailand

sumber: thevocket

Thursday, August 17, 2017

Gam 'Gajah' Makan Daging Betis Anak

Gam 'Gajah' Makan Daging Betis Anak

Kalau dah namanya budak kecil, sudah pastinya mana dorang tahu membezakan bahaya atau tidak. Mereka ingin mencapai apa sahaja yang ada di sekeliling dan menganggapnya sebagai barang mainan.

Bahaya+Gam+Gajah

Namun, malang itu tidak berbau. Siapa sangka, mainan bagi mereka sebenarnya adalah barang yang boleh memudaratkan mereka.

Seperti perkongsian wanita ini, Puan Fara Lia dalam akaun Facebook, di mana dia tidak menyangka hanya kerana sebotol gam boleh memberi kesan yang teruk kepada anak kecilnya.

Sehinggakan doktor terpaksa mengorek dan melapah paha anak kecil berkenaan bagi membuang gam yang terkena pada kaki kanak-kanak tersebut.

Baca pun dah rasa sakitnya, inikan pula anak kecil yang menanggungnya?

Anak wanita ini terkena gam di mana kandungannya adalah sangat bahaya.

Gam tersebut terkena pada atas legging anak kecil itu, berikutan cecairnya adalah jenis cepat menyerap maka ia terkena pada isi betisnya.

Isi betis anak kecil berkenaan terdedah pada gam tersebut, kesannya doktor terpaksa mengorek dan melapah betis kanak-kanak itu sampai ke paras lemak bagi membuang isi daging yang terkena pada merkuri gam tersebut.

Kemudian, doktor terpaksa mengambil kulit paha pula untuk menampal pada bahagian betis tersebut.

Doktor sendiri telah mengkaji sendiri bahan cecair tersebut dan mendapati ia adalah amat berbahaya.

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 24,000 shares itu menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen di mana rata-rata antara mereka begitu terkejut dengan kejadian itu dan mendoakan agar anak kecil itu cepat sembuh.

“Gam ni sesuai untuk kasut, perabot. Dia memang sangat kuat sama macam gam gajah. Mudah-mudahan anak akak cepat sembuh ye…”, ujar Noraliza Nasir.

“Bahaya weh. Kulit orang dewasa pon dah melekat-melekat lekit. Kena kat budak lagi la bahaya. Be aware semua.” komen Afzan Abdullah Shah Aimin.

Siapa sangka hanya kerana beberapa titis cecair, habis betis anak kecil ini ‘dimakan’.

Ngeri kan?

BACA INI JUGA: Dadah Yang Menyebabkan Daging dan Kulit Mereput

sumber: mynewshub

Monday, July 24, 2017

Gambar 'Mengerikan' Kaki Pelumba Basikal Tour de France Selepas Perlumbaan Viral

Gambar 'Mengerikan' Kaki Pelumba Basikal Tour de France Selepas Perlumbaan Viral

Tour de France 2017 baru saja usai namun, kehebohan yang mewarnai acara lumba basikal itu masih jadi topik dikalangan peminat apabila foto kaki atlet dari Poland, Pawel Poljanski, viral beberapa hari yang lalu.

Pawel Poljanski leg

Pawel Poljanski telah memuat naik gambar kakinya di instagram @p.poljanski dalam keadaan yang sangat 'mengerikan' dengan kedua belah kaki atlet lumba basikal dari pasukan Bora Hansgrohe itu dipenuhi urat-urat yang menonjol dan bahagian lutut kelihatan merah akibat sinaran matahari.

Foto yang diberi caption, "Setelah menyelesaikan 16 tahap, kaki saya kelihatan sedikit keletihan" sudah mendapat tanda like sebanyak 44,032.

Dari ribuan komentar yang masuk, rata-ratanya meletak rasa simpati kepada Pawel yang terpaksa memikul tugasnya sebagai pelumba basikal profesional.

"Itu tidak sihat, kawan," ujar salah satu pengguna.

Pawel Poljanski leg

Keadaan yang dialami Pawel Poljanski bukanlah keadaan "mengerikan" pertama kerana Chris Froome yang pada 2014 lalu pernah berkongsi gambar foto yang sama.

Menurut Dr Bradley Launikonis dari University of Queensland School of Biomedical Science, keadaan itu merupakan lumrah untuk atlet lumba basikal jarak jauh.

"Jumlah darah yang biasanya turun ke kaki kita adalah lima meter setiap minit, sedangkan bagi atlet biasa, maksimum akan menurunkan 20 liter seminit yang mengalir melalui otot," kata Bradley dikutip dari ABC.

Apalagi buat atlet lumba basikal seperti Pawel Poljanski, sudah pasti berkali-kali ganda.

"Dua kali ganda atau sekitar 40 liter seminit, mereka memiliki volume darah yang sangat besar."

Untuk gambar kaki Pawel Poljanski, itu adalah gumpalan darah di pembuluh darahnya, kata Bradley lagi.

BACA INI JUGA: Gambar-gambar Ngeri Yang Pernah Menggemparkan Dunia

sumber: liputan6

Friday, June 23, 2017

Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Ngerinya 2nd Degree Burns

Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Ngerinya 2nd Degree Burns

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita kes kematian seorang pelajar UPNM yang melecur teruk hampir seluruh badannya selepas dikatakan didera.

2nd Degree Burns

Menurut NST Online, pelajar berkenaan dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan parah, termasuk 2nd degree burns dan 3rd degree burns. Dalam bahasa melayu: melecur tahap ke-2 dan melecur tahap ke-3.

Sejak kes terbabit menjadi perhatian warga Malaysia, ramai doktor yang tampil menjelaskan apa itu melecur tahap ke-2 dan tahap ke-3 berserta gambar illustrasi dan Google. Tapi bagaimana rupa sebenar melecur-melecur itu secara 'live'?

2nd Degree Burns

Seorang pengguna Twitter @grgbinnie berkongsi bagaimana rupa melecur tahap ke-2 yang dialaminya selepas seharian bekerja di luar.

"Biarpun pakai krim matahari, masih dapat melecur tahap ke-2 selepas melakukan kerja seharian di luar. Sekarang sedang sakit gila." tulis mat salleh itu.

2nd Degree Burns

Ya, kalau kita tengok pun dah rasa ngilu, apatah lagi yang sedang merasa. Itu baru melecur tahap ke-2, belum masuk tahap 3 lagi.

BACA INI JUGA:

sumber: siakapkeli

Saturday, May 20, 2017

Tanggung Azab Selepas Gagal Buang Tatu

Tanggung Azab Selepas Gagal Buang Tatu

Bolehkah anda bayangkan bagaimana sakit dan azabnya Pasuda Reaw, 21, berdepan dengan parut tatu selepas usaha membuang tatu terbabit tidak menjadi.

Pasuda Reaw

Pasuda memutuskan untuk membuang tatu berbentuk bunga di dadanya itu kerana mahu kelihatan lebih profesional di tempat kerja.

Dia menggunakan bahan kimia Rejuvi yang disapu di bahagian kulit pada bulan Februari lalu namun dalam masa beberapa hari, kulitnya menjadi sakit dan gatal.

Dua bulan selepas itu, Pasuda mengalami kesakitan yang amat sangat dan menderita kerananya. Kulitnya juga berparut.

Pasuda yang berasal dari Udon Thani di Utara Thailand, tidak mahu menggunakan laser untuk membuang tatu tersebut sebaliknya memilih Rejuvi.

Pasuda Reaw

“Pada mulanya Rejuvi kelihatan sangat berkesan untuk membuang tatu namun selang beberapa hari ia menyakitkankan.

“Walaupun laser menelan kos yang tinggi namun saya menyesal kerana tidak menggunakan kaedah itu.

“Kesannya sangat buruk dan kesakitannya berlaku pada masa yang panjang,’’ katanya yang mengakui menangis apabila kulitnya merekah.
.
Makmal Rejuvi telah diasaskan oleh Dr. Wade Cheng pada 1988. Beliau merupakan biochemist di San Francisco Bay.

BACA INI JUGA: Tatu Sebagai Simbol Kuasa Dalam Kumpulan Kongsi Gelap



sumber: mynewshub

Monday, March 20, 2017

Video Ngeri Besi Cerucuk Pagar Tertusuk Punggung!

Video Ngeri Besi Cerucuk Pagar Tertusuk Punggung!

Seorang lelaki di China berdepan detik cemas apabila punggungnya tertusuk besi tajam pagar setelah terjatuh ketika melakukan pemasangan penghawa dingin.

Ngeri Besi Tertusuk Punggung

Menurut laman sosial Weibo milik anggota bomba Shanxi, insiden tersebut berlaku di Taman Perindustrian Xi’an wilayah Shaanxi pada 16 Mac lalu.

Jelas laman itu, mangsa yang tidak didedahkan identitinya merupakan pekerja yang ditugaskan untuk memasang unit penghawa dingin di level dua di tapak perindustrian tersebut.

Mangsa difahamkan terlepas cengkaman ketika memasang penghawa dingin tersebut sebelum terjatuh di atas dua bucu tajam besi pagar di bawahnya.

Menerusi klip berdurasi kurang satu minit itu memperlihatkan beberapa anggota penyelamat menahan badan mangsa sementara rakannya yang lain memotong sebahagian kecil pagar besi itu.

Ngeri Besi Tertusuk Punggung

Mangsa kedengaran menjerit kerana tidak dapat menahan kesakitan ketika anggota penyelamat cuba memotong batang besi itu sebelum membawanya ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan.

Difahamkan mangsa kini dalam proses penyembuhan di hospital tempatnya dirawat dan anda boleh tonton videonya di YouTube.

BACA INI JUGA: Mata Nyaris Buta Tercucuk Lidi Sosej Panggang

sumber: mynewshub