Friday, March 24, 2017

Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Remaja perempuan yang sebelum ini didakwa mengambil amphetamine ketika memandu secara melawan arus hingga mengakibatkan kemalangan maut, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah.

Ng Pei Ven

Ng Pei Ven, 19, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu sebuah kenderaan di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, di Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, pada 7.50 pagi, 14 Mac lepas.

Remaja yang merupakan model sambilan itu didakwa mengikut Seksyen 44(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan denda minimum RM8,000 dan maksimum RM20,000, serta hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani menawarkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin.

Peguam Parmjit Singh yang mewakili Ng kemudiannya memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas faktor tertuduh adalah orang kurang upaya dan masih remaja.

Majistret Jamaliah Abd Manap kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 12 Mei untuk sebutan semula kes ini atas tuduhan mengambil dadah amphetamine di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah dekat sini pada 5 petang, 14 Mac lepas.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, jika sabit kesalahan.

Model sambilan itu dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Thursday, March 16, 2017

Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Disahkan Pemegang Kad OKU

Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Disahkan Pemegang Kad OKU

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis mengesahkan pemandu remaja yang memecut melawan arah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut adalah orang kelainan upaya (OKU).

Ng Pei Ven - Cindy Ng

Seorang pegawai dari JKM Pulau Pinang mengesahkan kad OKU itu adalah asli dan dikeluarkan kepada remaja itu pada 2011.

“Doktor mencadangkan dia menyertai program pendidikan khas ketika dia memasuki tingkatan 1,” kata pegawai itu tanpa mengulas lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid yang dipetik China Press turut mengesahkan pemandu berusia 19 tahun itu mempunyai kad OKU.

Menurut laporan akhbar itu, seorang mangsa cedera turut mendakwa ibu suspek ada memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis pada hari kejadian.

Bagaimanapun, ketika kemalangan berlaku, kereta Gen-2 yang dipandu remaja itu tidak mempunyai pelekat OKU.

Pengguna Internet memuat naik gambar kad OKU yang mirip pemandu remaja itu, di mana kad terbabit dikeluarkan JKM pada 9 September 2011.

Tambahan, kad OKU itu turut tertera masalah pembelajaran dalam ruangan kategori ketidakupayaan.

Pada jam 7.50 pagi Selasa Mac 2017, remaja yang memandu Proton Gen-2 itu melanggar 3 kenderaan sebelum membuat pusingan U beberapa meter dari Plaza Tol Sungai Dua dan memecut melawan arah trafik sejauh 5km di Km 134 Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah.

Ng Pei Ven - Cindy Ng

Dia kemudiannya merempuh Perodua Kelisa yang dipandu pekerja kilang, Mohamad Fandi Rosli, menyebabkan bakal bapa berusia 26 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Kereta dipandu remaja itu turut merempuh 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal.

Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine. Bagaimanapun, polis mengesahkan “ia bukan methamphetamine, sebaliknya hanya amfetamina”.

Amfetamina ialah ubat yang lazim digunakan untuk gangguan defisit perhatian (ADD).

Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja itu selama 4 hari sehingga Sabtu ini (18/3/2017) bagi menyiasatnya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia turut disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.

BACA INI JUGA: Wajah Cantik Pemandu Cuai Viral Di Media Sosial

sumber: fmt