Saturday, June 18, 2016

Panduan Memohon Skim Rumah MyDeposit Secara Online

Panduan Memohon Skim Rumah MyDeposit Secara Online

Sekiranya anda mempunyai semua ciri-ciri yang tertera di bawah dan memenuhi kriteria dan layak memohon, anda boleh memohon skim ini secara online.

MyDeposit

Siapakah yang layak memohon skim ini?

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membuat tapisan bagi menentukan mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan dibawah skim ini.

Pemohon hendaklah mempunyai kriteria seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas (tiada umur maksimum).
  • Pembeli kediaman pertama di dalam suatu isi rumah.
  • Mempunyai pendapatan isi rumah kasar dibawah RM10,000 sebulan (ini merangkumi semua pendapatan termasuk gaji, untung perniagaan, upah, komisyen, bonus dan lain-lain elaun).
  • Kediaman yang dibeli hendaklah berharga RM500,000 dan kebawah.
  • Layak untuk mendapatkan pinjaman dari mana-mana bank di Malaysia (mempunyai rekod kewangan yang baik dan tidak disenarai hitamkan atau diisytiharkan muflis).

Dokumen-dokumen sokongan yang anda perlu sediakan untuk permohonan skim ini adalah:
  • Satu salinan MyKad anda
  • Satu salinan MyKad pasangan anda
  • Satu salinan MyKid atau sijil lahir anak-anak anda atau tanggungan anda
  • Satu salinan sijil perkahwinan, sijil penceraian atau sijil kematian
  • Satu salinan penyata pendapatan terkini anda
  • Satu salinan penyata pendapatan terkini pasangan anda
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau penyata cukai pendapatan anda
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau penyata cukai pendapatan pasangan anda
  • Akuan mengenai pendapatan perniagaan anda dan pasangan anda yang telah diperakui oleh pesuruhanjaya sumpah
  • Surat pengesahan majikan anda menyatakan status jawatan, status perkahwinan, pendapatan bulanan dan tempoh perkhidmatan anda
  • Surat pengesahan majikan pasangan anda menyatakan status jawatan, status perkahwinan, pendapatan bulanan dan tempoh perkhidmatan pasangan anda
  • Surat pengesahan kurang upaya bagi diri sendiri, pasangan anda dan tanggungan (sekiranya berkaitan)

Berikut adalah panduan permohonan langkah demi langkah:

1. Kunjungi laman sesawang Sistem Pengurusan Perumahan Negara

2. Klik PERMOHONAN BARU yang terletak pada bahagian atas tepi kanan laman sesawang tersebut.

PERMOHONAN BARU - MyDeposit.jpg

3. Lengkapkan borang dengan nama penuh, nombor MyKad, alamat emel dan kata laluan. Seterusnya, klik PENDAFTARAN PERMOHONAN dibahagian bawah borang tersebut.

PERMOHONAN BARU - MyDeposit [2].jpg

4. Setelah anda sudah membuka akaun tersendiri, anda akan di log masuk secara automatik. Gerakkan kursor anda ke tab MYDEPOSIT, dan klik PERMOHONAN BARU di menu drop-down.

PERMOHONAN BARU - MyDeposit [3].jpg

5. Apabila anda masuk ke BORANG PERMOHONAN MYDEPOSIT, anda perlu melengkapkan maklumat diri dan memuat naik salinan MyKad anda.

PERMOHONAN BARU - MyDeposit [4].jpg

6. Sekiranya anda sudah berkahwin, anda juga perlu memuat naik salinan sijil perkahwinan anda.

PERMOHONAN BARU - MyDeposit [5].jpg

7. Pemohon yang sudah berkahwin hendaklah melengkapkan maklumat mengenai pasangan mereka dan memuat naik salinan MyKad pasangan mereka.

8. Lengkapkan semua ruangan dibawah borang, termasuk maklumat mengenai pendapatan, tanggungan, kediaman yang telah dipilih, dan akhir sekali, anda perlu memuat naik laporan CCRIS anda dan pasangan anda.

9. Apabila anda telah melengkapkan borang dan memuat naik semua dokumen yang dikehendaki, klik HANTAR bagi menghantar permohonan.

PERMOHONAN BARU - MyDeposit [6].jpg

10. Anda boleh menyemak permohonan anda dengan menggerakkan kursor ke tab MYDEPOSIT, dan klik SEMAKAN PERMOHONAN di menu drop-down.

11. Setelah proses tapisan dibuat, sekiranya permohonan anda diluluskan, pihak kementerian akan mengeluarkan surat kelulusan permohonan dengan syarat perjanjian jual beli hendaklah ditandatangai dalam masa 30 hari.

12. Syarat Perjanjian skim MyDeposit adalah seperti berikut:

12a. Bagi projek perumahan perlesenan baru, pemaju hendaklah bersetuju bahawa pembayaran deposit akan dibayar melalui skim MyDeposit. Pada masa yang sama, pembeli hendaklah memohon pinjaman perumahan.

12b. Bagi kediaman sub-jualan atau kediaman daripada pasaran kedua , penjual hendaklah bersetuju bahawa pembayaran deposit akan dibayar melalui skim MyDeposit. Pada masa yang sama, pembeli hendaklah memohon pinjaman perumahan.

13. Pembeli dan penjual kediaman hendaklah menandatangani perjanjian jual beli kediaman dan pembeli juga menandatangani surat tawaran kelulusan pembiayaan pembelian rumah.

14. Pembeli juga hendaklah mengemukakan permohonan bagi bayaran pendahuluan daripada kerajaan. Ini mesti disokong dengan dokumen-dokumen berikut:
  • Surat tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara.
  • Surat penerimaan tawaran pembiayaan pembelian rumah yang telah dilengkapkan dan ditandatangan
  • Surat akuan bersumpah yang telah dilengkapkan dan ditandatangan
  • Perjanjian jual beli.
  • Surat tawaran pembiayaan yang disahkan.
  • Maklumat akaun simpanan pemaju perumahan atau firma guaman yang menguruskan pembelian bagi pihak penjual.

15. Pembayaran wang pendahuluan di bawah skim MyDeposit di buat melalui;
  • 15(a). Bagi projek perumahan perlesenan baru, wang pendahuluan akan dibayar terus ke akaun pemaju.
  • 15(b). Bagi kediaman sub-jualan atau kediaman yang dibeli daripada pasaran kedua, wang pendahuluan akan dibayar ke akaun firma guaman yang menguruskan urusan pembelian bagi pihak penjual.

16. Projek tersebut akan dimantau oleh pihak kementerian dan moratorium akan berkuat kuasa dan disertakan di dalam perjanjian jual-beli.

Apakah syarat bagi pembelian hartanah di bawah skim ini?

Untuk mengelakkan skim ini disalahgunakan oleh peramal hartanah yang ingin mengaut keuntungan melalui penjualan semula hartanah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi hartanah yang dibeli melalui skim MyDeposit:
  1. Hartanah yang dibeli hendaklah dalam bentuk kediaman yang dibina menerusi projek pembangunan berlesen.
  2. Skim ini juga merangkumi kediaman di dalam pasaran kedua.
  3. Harga hartanah tersebut mestilah RM500,000 dan ke bawah.
  4. Hanya boleh digunakan untuk pembelian kediaman di bawah projek swasta yang tidak menerima subsidi, insentif atau bantuan kewangan lain daripada kerajaan.
  5. Hartanah yang dibeli di bawah skim tidak boleh dijual untuk jangkamasa 10 tahun, berkuat kuasa daripada tarikh perjanjian jual-beli. Syarat ini akan dimasukkan ke dalam perjanjian jual beli.

Siap-sedia dengan proses-proses pembelian yang lain, kerana ianya adalah penting untuk memastikan anda tidak membazir masa setelah permohonan skim anda diluluskan.

Berdasarkan RM200 juta yang telah diperuntukkan, sebanyak 6,666 pemohon boleh menikmati skim ini. Ini sepastinya jalan ke arah yang betul.

BACA INI JUGA: Panduan Permohonan Online Skim MyHome 2016

Sumber: Astroawani.com

Saturday, April 16, 2016

MyDeposit, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

MyDeposit, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

PERMOHONAN-SKIM_MYDEPOSIT

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman.

Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.

Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit


KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
  • Pendapatan kasar dari RM3,000 sehingga RM10,000. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) .
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan. dan
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

​KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN


Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut:

  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.

DOKUMEN SOKONGAN


Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
  • Salinan surat pengesahan majikan.
  • Salinan penyata gaji terbaru.
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen( Jika berkenaan).
  • Muat naik salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran.
  • Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual .
  • salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan.

*Langkah-langkah untuk memohon disini, Panduan Dan Cara Permohonan Skim MyDeposit

Sumber: Sprn.kpkt.gov.my

Tuesday, April 12, 2016

Panduan Dan Cara Permohonan Skim MyDeposit

Panduan Dan Cara Permohonan Skim MyDeposit

Skim MyDeposit akan membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah untuk memiliki kediaman sendiri.

Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) inisiatif kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman mampu milik sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2016 kini dilancarkan dan mula dilaksanakan.

Kelebihan Dan Manfaat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

  • Membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah.
  • Kerajaan membantu dengan memberi sumbangan sebanyak 10 peratus (10%) daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama bagi membantu mereka membeli rumah yang berharga sehingga RM500,000 dan ke bawah.

Kerajaan turut memutuskan bahawa penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 kepada hanya pembeli rumah pertama sebagaimana yang diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 akan mula dilaksanakan mulai bulan April 2016.

Dalam perkembangan sama, bagi menggalakkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah berharga sehingga RM300,000, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan beberapa insentif antaranya bagi rumah berharga RM300,000 ke bawah, nilai deposit kekal RM200,000 dan kadar semasa nilai deposit adalah sebanyak tiga peratus (3%) daripada anggaran kos pembinaan.

Pelaksanaan inisiatif pemilikan rumah untuk rakyat adalah membabitkan usaha pelbagai pihak dari peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri juga sektor swasta dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada keperluan golongan yang disasarkan.

Terdahulu, pada pembentangan Bajet 2016, Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.

  • Permohonan skim rumah MyDeposit boleh dibuat secara atas talian (Mengisi Borang Permohonan Online) bermula pada tarikh 7 April 2016 sehingga 30 Jun 2016 melalui laman web rasmi KPKT, sila klik http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/
  • Sila klik http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/user/register/ (Daftar akaun) bagi membolehkan sistem borang permohonan online dapat diakses sepenuhnya.
  • Setelah pendaftaran disahkan berjaya sila klik http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/user dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk melengkapkan butiran yang diperlukan dalam sistem borang permohonan online.

Syarat Dan Kelayakan Permohonan Skim MyDeposit – Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
  • Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain).
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

Sebarang maklumat lanjut berhubung dengan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) boleh diperolehi di laman web berkenaan atau layari https://www.facebook.com/Jabatan-Perumahan-Negara-JPN-194769760599590/

BACA INI JUGA: 'Rakyat Tak Marah Bayar Cukai Tinggi Jika Kebajikan Terjaga'

Sumber: Klxpress