Saturday, January 28, 2017

Merawat Penyakit Dengan Buah Mulberi

Merawat Penyakit Dengan Buah Mulberi

Pokok mulberi mempunyai nilai perubatan yang tinggi terhadap kesihatan kerana buah mulberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamim C manakala daun mulberi mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karoten dan kolin.

Mulberry

Biji mulberi pula mengandungi ureas dan kulitnya mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol, dan sitosterol.

Bengkak mata

Selain daunnya diberi makan kepada ulat sutera dan rusa, daun mulberi sangat baik untuk pencuci mata yang bengkak dengan merebusnya dan sapu pada mata yang bengkak di awal pagi dan petang.

Merawat demam

Daun mulberi yang dikeringkan berkesan melegahkan selesema, batuk, demam panas dan membersihkan dalaman badan. Caranya rebus daun kering dan minum airnya.

Melegakan gigitan serangga

Daun mulberi juga berkesan melegakan gigitan serangga dengan menumbuk 6 helai daun hingga lumat dan tampal pada kesan gigitan.

Merawat penyakit kronik

Buah mulberi berkesan untuk menyembuhkan penyakit kronik pencernaan, meransang rembesan cecair gastrik, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut.

Merawat asma

Akar pokok mulberi pula berkesan untuk penyakit asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang dengan cara merebusnya.

Sistem pernafasan

Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, menyingkirkan kahak dan mengawal tekanan darah tinggi.

Ulam

Pucuk muda daun pokok mulberi juga boleh dijadikan sebagai ulam atau sayur tumis. Rasa seperti kangkung tetapi tidaklah pahit.

Apapun, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika menggunakan mulberi sebagai rawatan alternatif bagi mengelak daripada sebarang masalah yang tidak dingini.

BACA INI JUGA: Cara Supaya Mulberi Berbuah Lebat!

Saturday, January 21, 2017

Cara Supaya Mulberi Berbuah Lebat!

Cara Supaya Mulberi Berbuah Lebat!

Pokok mulberi adalah jenis pokok renek berkayu lembut dan bercabang dan ia sangat rajin berbuah jika anda pandai mengolah semula pokok-pokoknya.

Mulberi
Gambar hiasan.

Tetapi, bagaimanakah caranya supaya pokok mulberi yang anda tanam sentiasa menghasilkan buah?

Bagi mereka yang belum mempunyai pokok mulberi, elok rasanya mendapatkan sepokok mulberi di nusery-nusery yang ada menjualnya.

Jika saiz pokok mulberi anda masih diperingkat pertumbuhan, elok biarkan terlebih dahulu pokok mulberi anda membesar sebulan dua atau sehingga tingginya melebihi 1 meter.

Daripada dahan atau batang pokok mulberi anda, potong dan tinggalkan batangnya lebih kurang 7 inci ke 10 inci atau sekurang-kurangnya mempunyai 6 hingga 9 mata tunas yakni tempat keluarnya tunas pada pangkal daun pokok mulberi anda.

Bahasa mudahnya 'trim' dahan pokok mulberi anda dan seterusnya tanggalkan daun bersama tangkainya dengan hanya menariknya ke bawah dengan kuat (boleh abaikan jika anda tidak mahu pokok mulberi tersebut menjadi botak).

Dahan-dahan pokok mulberi yang dipangkas jangan dibuang, potong semula dahan mulberi tersebut lebih kurang 7 atau 8 inci dan tanam atau semai semula dalam polibag.

Anda juga boleh menanam terus keratan pokok mulberi tersebut pada tanah, seelok-eloknya ketika hujan supaya ia mudah bercambah.

Sekiranya perlu, bubuh baja organik di sekeliling pokok dengan 2 genggam baja untuk sepokok mulberi. Siram dengan air secukupnya (boleh juga jika anda abaikan aktiviti pembajaan).

Selepas 1 minggu, kita boleh melihat tunas-tunas dari bekas pangkal daun akan mula muncul. Selepas 3 minggu pula tunas sudah kelihatan beberapa daun beserta bunga berwarna putih berbulu kasar pada pangkal daun-daun muda.

Sebenarnya, itu adalah buah pokok mulberi yang keluar seiring dengan tunas baharu. Biarkan tunas-tunas ini membesar untuk mendapatkan buah yang sehat, segar dan manis.

Genap 1 bulan 1 minggu, buah berbulu putih akan beransur-ansur bertukar wajah kepada warna hijau dengan bulu-bulu berwarna putih itu kian kering.

Masa ini anda sudah boleh melihat bentuk buahnya yang seakan-akan mengerutu sedikit, namun buah tersebut belum boleh dituai atau dimakan.

Dalam tempoh 2 bulan 2 minggu pula, buah tersebut sekali lagi akan bertukar warna kepada kemerah-merahan secara perlahan-lahan, menghakis warna hijau tersebut.

Sebab itu, kadang-kadang kita akan dapati terdapat buah disebelahnya merah manakala sebelahnya pula hijau dan akan beransur-ansur menjadi merah terang sepenuhnya.

Pada tempoh tersebut buah pokok mulberi anda masih dalam proses matang tetapi tidak boleh dimakan. Buah pada masa ini masih terasa masam.

Pada usia 1 bulan 3 minggu ke atas kita akan dapati buah sekali lagi, bertukar daripada warna kemerah-merahan kepada ungu gelap.

Dalam masa 2 hingga 3 hari saja sebiji buah pokok mulberi sudah bertukar warna kepada ungu. Tibalah masa untuk menuai hasil buah pokok mulberi yang telah matang yakni berwarna ungu.

Untuk mendapatkan buah mulberi yang manis, lemak berkrim dan segar, tunggu buah tersebut berubah sepenuhnya menjadi ungu gelap.

Apabila buahnya sudah mencecah 2 bulan ke atas, buah mulberi akan kecut dan mula memburuk. Kualitinya agak kurang disebabkan sudah terlalu masak. Oleh itu setelah menjadi ungu tuailah dengan cepat.

Anda boleh mengutip buah berwarna ungu dengan memetiknya. Sebelum dimakan elok dibasuh terlebih dahulu.

Jika buahnya banyak, anda boleh membuat jem mulberi dengan memasaknya dengan api sederhana dan tuang sedikit air serta tambah gula atau gula perang.

Masak sehingga buah mulberi hancur dan menjadi likat. Simpan jem mulberi anda dalam bekas atau botol kedap udara dan guna jika anda membakar roti keping. Sesuai dimakan ketika sarapan kepada anak-anak kita.

Setelah pokok mulberi anda dituai sepenuhnya, tunggu atau biarkan pokok mulberi anda dalam masa 1 hingga 2 minggu.

Seterusnya, lakukan pemangkasan semula seperti yang diterangkan di atas.

Pokok mulberi anda sekali lagi menghasilkan tunas baharu bersama buah-buah yang segar.

Lakukan sedemikian sehingga anda muak memakannya, senang cerita, selagi anda pangkas pokoknya selagi itulah pokok mulberi anda akan berbuah lebat.

Kaedah pembuahan di atas juga sesuai kepada pokok mulberi yang ditanam dalam pasu, cuma buahnya agak kecil sedikit berbanding yang ditanam di tanah.

Jadi, apa tunggu lagi hasilkan buah mulberi dengan melakukan pemangkasan pokok mulberi anda dilaman rumah dan nikmati hasil buahnya genap 1 hingga 2 bulan kemudian.

Selamat bertani.

BACA INI JUGA: Cara Paling Mudah Menanam Pokok Mulberi

Sumber: tanomkinotuan

Wednesday, January 18, 2017

Cara Paling Mudah Menanam Pokok Mulberi

Cara Paling Mudah Menanam Pokok Mulberi

3 jenis pokok Mulberi yang biasa dilihat atau ditanam di seluruh dunia ialah mulberri putih, mulberri merah dan mulberri hitam.

Mulberi

Mulberi juga terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk buah yang boleh ditemui di serata tempat.

Mulberi hitam atau nama saintifiknya morus nigra adalah pokok yang biasa ditanam di negara kita kerana sesuai tumbuh di kawasan bersuhu panas.

Jenis pokok mulberi hitam, buahnya akan bertukar menjadi hitam apabila sudah masak sepenuhnya.

Buah mulberi berwarna hitam mempunyai rasa manis dan berlemak berbanding buah yang masih berwarna merah.

Jadi, anda kenalah menunggu buah mulberi benar-benar sudah masak sehingga buahnya menjadi warna hitam barulah dipetik.

Cara Menanam Mulberi

Cara menanam pokok mulberi adalah dengan menggunakan keratan batang yang telah matang.

Anda boleh mendapatkan keratan batang pokok mulberi ini dari sahabat atau kenalan yang ada menanamnya atau membeli secara online.

Keratan batang pokok mulberri haruslah ditanam dalam polibag terlebih dahulu.

Perlu dimaklumkan bahawa pokok mulberi sesuai tumbuh pada nilai PH tanah yang sedikit berasid iaitu 5.5 hingga 6.5. Maksudnya, media semaian tidak perlu ditambah serbuk kapur pertanian.

Anda boleh menggunakan apa-apa jenis tanah untuk media tanaman seperti tanah lampung, tanah hitam, tanah kebun atau tanah campuran.

Masukkan tanah ke dalam polibag hingga penuh dan pastikan tanah sedikit dipadatkan agar tidak berkurangan, mendap atau turun jika tanah tersebut disiram.

Mulberi
Mulberi berusia 3 minggu.

Pada tanah dalam polibag, buat lubang menggunakan jari anda atau kayu sama saiz dengan keratan batang pokok mulberri kira-kira 4 hingga 5 inci dalam.

Tanam keratan batang pokok mulberi pada lubang yang dibuat setengah dari panjang keratan batang mulberri tersebut dan timbus dengan tanah serta padatkannya agar keratan tersebut tidak mudah tumbang jika disiram.

Pastikan menanam keratan batang pokok mulberi dengan cara yang betul di mana lihat mata tunas pada setiap keratan batang tersebut dan tanam keratan batang dengan mata tunas menghala ke atas. Jangan tanam terbalik.

Seterusnya, siram dengan air yang mencukupi.

Keratan pokok mulberi yang sudah ditanam harus disimpan atau diletakkan di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4 minggu atau sehingga mata tunas mengeluarkan tunas kira-kira 3 inci. Barulah dipindahkan ke kawasan menerima sinaran matahari penuh.

Dalam tempoh percambahan tunas, jangan sesekali digoyang atau tergoyang kerana keratan batang pokok mulberi akan mati disebabkan kerosakan pada akar muda yang mula keluar dari pangkal batangnya.

Selepas 2 minggu ditanam dalam polibag, tunas akan mulai bercambah atau tumbuh.

Jika pokok mulberi anda berbuah ketika cambahan, sila buka buah tersebut untuk memberi laluan pokok mulberi membesar.

Ketika ini media tanaman atau tanah jangan terlalu kering, siram tanah biarkan ia sentiasa lembab. Tanah lembab diperlukan untuk mempercepatkan pengeluaran akar keratan batang pokok mulberi anda.

Apabila pokok mulberi anda sudah berusia 4 minggu, tunasnya sudah melebihi 3 inci dan bolehlah dipindahkan ke tempat yang terkena sinaran matahari penuh.

Masa ini anda boleh membubuh baja organik dengan menanamnya ke dalam tanah tetapi tidak terkena pada batangnya.

Proses Memindahkan Anak Pokok Mulberi

Pokok mulberi sudah boleh dipindahkan ke tempat baharu atau ditanam di dalam tanah apabila ia sudah berusia sebulan setengah atau 2 bulan.

Dalam tempoh ini, pokok mulberi sudah kukuh dan kuat. Buat lubang pada tanah dengan mengali sedalam 1 kaki (ikut saiz polibag yang anda gunakan), jika polibag anda bersaiz besar maka besarlah lubang yang anda harus gali.

Pada lubang tersebut, bubuh baja organik 2 genggam dan timbus senipis mungkin dengan tanah, cukup menutupi baja tersebut.

Dengan mengunakan pisau tajam, potong polibag memanjang dari atas ke bawah sebelah menyebelah. Berhati-hati ketika memotong jangan sampai terpotong akar pokok mulberri.

Buka plastik polibag perlahan-lahan agar tanah tersebut tidak berderai. Tanam tanah pokok mulberi ke dalam lubang dan timbus semula dengan tanah hingga selesai. Siram pokok mulberi anda dengan air secukupnya.

Cuaca

Jika anda menanam pokok mulberi pada musim kemarau, teduhkan pokok mulberi dengan jaring hitam selama seminggu.

Ini bagi mengelak pokok mulberi anda mati akibat cuaca panas. Jika keadaan cuaca terkawal, tidak perlu menggunakan penutup jaring hitam.

Pokok mulberi cepat membesar dengan pembajaan yang konsisten. Bubuh baja sebulan sekali untuk hasil yang memuaskan.

Pokok Mulberi Perlu Dicantas Dan Tuaian Buah Pertama

Setelah pokok mulberi anda berusia 4 hingga 6 bulan yang pertama, cantas batang pokok mulberi anda.

Caranya, cantas batang kira-kira 10 hingga 12 inci dari pucuknya dan buka semua daun pada batang. Tujuan mencantas ialah untuk membolehkan pokok mulberri anda menghasilkan buah.

Selepas dicantas, pokok mulberi anda akan mula bertunas selepas 2 minggu cantasan yakni tunas bersama buahnya.

Jangan gusar atau bimbang jika buah yang terhasil bersaiz kecil kerana kali pertama menghasilkan buah memang seperti itu.

Tetapi, setelah 2 tahun ke atas, saiz buah mulberi anda akan semakin besar saiznya mengikut saiz pokok.

Cantas semula pokok mulberi anda selepas 4 hingga 5 bulan dari cantasan yang pertama. Buat cara tersebut sepanjang tahun untuk mendapatkan buah pokok mulberi.

Dengan cara ini pokok mulberri and tidak akan meninggi dan pada masa yang sama anda dapat rezeki buah yang enak dari pokoknya.

Tanaman Tepi Pagar

Mulberi

Pokok mulberi sesuai ditanam di tepi pagar rumah anda, tanam sebaris dengan pagar di sekeliling rumah dengan jarak rapat.

Ia bukan sahaja menjadi pokok hiasan tetapi sebagai penghadang yang praktikal.

Pokok mulberi juga boleh ditanam di dalam pasu jenis besar dan sekiranya pokok mulberi anda terlalu rimbun atau tinggi, cantas pokok mulberi tersebut.

Dengan cantasan ini pertumbuhan pokok mulberi dapat dikawal dan paling penting ia akan menghasilkan buah yang enak dan sedap.

Jom cuba menanam pokok mulberi di halaman rumah.

BACA INI JUGA: Khasiat Buah Mulberi Untuk Awet Muda Dan Penawar Kanser

Sumber: tanomkinotuan

Saturday, January 14, 2017

Khasiat Buah Mulberi Untuk Awet Muda Dan Penawar Kanser

Khasiat Buah Mulberi Untuk Awet Muda Dan Penawar Kanser

Malberi atau mulberi memiliki sebutan nama yang berbeza di setiap negara. Di Indonesia tanaman ini dikenali sebagai Murbei atau arbei, di barat disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Malberi

Mulberi adalah sejenis tanaman yang memerlukan sinar cahaya matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh sehingga ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut.

Mulberi merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China dan dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba, pokok Mulberi yang ditanam di negara China adalah Malberi putih.

Pokok Mulberi juga menghasilkan buah berwarna hitam dan merah dan banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika.

Kandungan Ekstrak Buah Mulberi

Menurut ahli kimia, daun Mulberi mengandungi beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti;
  • ecdysterone
  • inokosterone
  • lupeol
  • betasitosterol
  • rutin
  • moracetin
  • isoquersetin
  • scopoletin
  • scopolin
  • alfa
  • betahexenal
  • cis beta hexenol
  • cis lamda hexenol
  • benzaidehide
  • eugenol
  • lanaloolbenzyl alcohol
  • butylamine
  • acetone
  • trigonelline
  • cholin
  • adenine
  • copper
  • zinc
  • vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino
  • clorogenik
  • fumarat
  • folat
  • asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren

Kandungan Buah Mulberi

Buah Mulberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberi pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin.

Biji Mulberi mengandungi ureas, manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Bagi masyarakat di China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain.

Secara tradisionalnya, buah Mulberi telah digunakan sebagai agen perubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Buah Mulberi juga merupakan buah yang kaya vitamin C dan memiliki resveratrol yang tinggi, sebuah antioksidan yang boleh ditemui pada anggur merah yang mampu membersihkan polutan dalam tubuh.

Satu kajian pada tikus menemui bahawa resveratrol sangat efektif melawan tumor pada kulit, payudara, paru-paru dan prostat. -ubatkanser

Nilai Nutrisi Mulberi
  • Karbohidrat (dalam bentuk gula, terutama glukosa dan fruktosa) - 7.8-9,2%
  • Protein (dengan asid amino esensial) - 15% menjadi 28%
  • Asid lemak seperti asid linoleat, stearat, dan oleik - 0.4 menjadi 0.5%
  • Asid malik, menghasilkan rasa masam - 1.1 menjadi 1.9%
  • Serat - 0,9 menjadi 1.4%
  • Kalsium - 1.8 menjadi 2,4%
  • Fosforus - 0.14-0.24%
  • Kalium - 1.90-2.87% pada daun, 1,33% pada muda menjadi 1.53 batang
  • Magnesium - 0.47-0.63% pada daun, 0.26-0.35% pada batang muda

Khasiat Buah Mulberi

1. Mulberi kaya dengan potasium, yang digunakan oleh tubuh untuk memberikan tenaga yang diperlukan.

2. Elemen dalam Mulberi mempunyai potensi untuk membaiki kerosakan sel dan merangsang sistem imun.

3. Mulberi memberi manfaat kepada mereka yang banyak menggunakan penglihatan setiap hari.

4. Kewujudan unsur berkhasiat seperti mineral dan vitamin dalam Mulberi membantu dalam rawatan kronik.

5. Mulberi membantu proses pencernaan berjalan dengan lancar serta menambah selera makan.

6. Mulberi digunakan untuk mengubati gastrik yang kronik dan hepatitis yang kronik.

7. Jus Mulberi boleh membantu menyembuhkan masalah kesihatan seperti insomnia, jantung berdebar-debar, pucat dan anemia.

8. Orang yang rambutnya beruban juga boleh mendapat manfaat dengan jus malberi yang diterapkan secara langsung pada kepala supaya boleh mendorong pertumbuhan rambut dan menghitamkan rambut.

9. Mulberi dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

10. Pengambilan malberi secara teratur boleh membantu menguatkan bahagian tubuh seperti hati dan ginjal.

11. Mulberi sangat membantu dalam mengubati sembelit.

12. Wanita selepas melahirkan anak disarankan mengambil Mulberi untuk kesihatan tubuh badan.

13. Mulberi dapat merendahkan paras kolestrol dalam badan.

14. Mulberi boleh digunakan untuk mencegah kanser hati.

15. Mulberi sangat membantu dalam mengurangkan gula dalam darah.

Semoga memberi manfaat. -afg

BACA INI JUGA: Khasiat Dan Manfaat Buah Tiin Untuk Hidup Sihat

-SENTIASAPANAS.COM