Thursday, September 12, 2019

Apa Itu 'Y-Suku' Dan Kenapa Yamaha Y15zr Digelar Dengan Nama Pelik Ini?

Apa Itu 'Y-Suku' Dan Kenapa Yamaha Y15zr Digelar Dengan Nama Pelik Ini?

Yamaha Y15zr, moto kapcai paling laju setakat ini atau gelarannya 'Y Suku' merupakan jentera 2 roda paling panas di pasaran Malaysia sebab kalau nak park pun kena hati-hati, takut nanti hilang dicuri walaupun dah lock depan belakang atas bawah.

Ysuku Yamaha Y15zr

Y-Suku dikuasakan oleh enjin 4 lejang 150cc SOHC sama seperti model FZ150i yang dilengkapi injap penyejukan cecair (liquid cooled).

Tapi, kenapa wujudnya nama panggilan pelik ini?

Berdasarkan sumber orang disekeliling yang tunggang Y15zr, nama Y Suku diambil dari pecahan Matematik darjah 1.

Jom ingat balik apa yang kita pernah belajar:
  • 1/2 setengah
  • 1/3 satu pertiga
  • 1/4 suku
  • 2/3 dua pertiga
  • 3/4 tiga suku

Seterusnya, 1 jam ada 60 minit. Jadi Y15 bersamaan dengan 15.

15 dari 60 ialah 1/4. Maka 1/4 adalah suku. Inilah jawapan untuk persoalan ramai kenapa Y15zr dipanggil Y Suku.

Model Pertama

Y15zr jadi pilihan kaki modi kerana alat ganti aftermarket banyak ditawarkan di pasaran tempatan dan juga luar Malaysia.

Terdiri dari coverset, bahagian luaran lain seperti rim sukan, meter hinggalah ke bahagian enjin.

Dan hanya golongan bangsawan saja yang mampu modified Y Suku kerana harga barang boleh membuatkan poket anda bocor.

Lain negara lain nama modelnya. Yamaha Exciter 150 di Thailand dan Vietnam, Yamaha Jupiter MX/MX King 150 di Indonesia serta Yamaha Sniper 150 MXi di Filipina.

Model Kedua

Sebagai tambahan, sebelum ni Yamaha 125ZR dipanggil tupai. Mana datangnya pula nama tupai ni?

Asalnya dari nombor dua lima. Dalam english disebut two five. Maka apabila di Melayukan, jadilah tu-pai. -HAHA-

FAKTA MENARIK Ysuku

Versi pertama, Ysuku V1

Versi pertama motosikal kapcai keluaran Yamaha ini dilancarkan untuk pasaran Malaysia sekitar tahun 2015.

Ada banyak edisi

Hadir dalam pelbagai jenis edisi, antaranya pada sekitar September 2015, Yamaha Y15ZR Edisi GP dilancarkan.

Manakala Yamaha Y15ZR V2 pula mula memasuki pasaran pada bulan Mac 2019.

Ada 4 warna menarik

Versi kedua ini hadir dalam empat pilihan warna seperti Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey.

Untuk peminat Ultraman

Yamaha Y15ZR Edisi Ultraman dilancarkan pada Jun 2019 pada harga RM12,688.

Ada edisi terhad Movistar modified

Untuk nampak lain dari yang lain, edisi terhad ini tidak ada banyak beza dari segi enjin. Ia cuma dipakaikan dengan coverset baharu. Ada yang keluar tahun 2017 dan 2018.

Masih kategori kapcai

Merupakan motosikal kapcai kategori 150cc.

Gaya moden

Yamaha Y15ZR banyak menggunakan gaya moden dan mewarisi konsep rekaan model sports mereka yang lebih besar seperti R25 dan R1.

Tempat duduk rata

Yamaha Ysuku mempunyai tempat duduk yang lebih rata, tidak seperti kapcai biasa.

Maka penunggang tidak perlu menahan kaki untuk mengelakkan dari menggelungsur ke hadapan.

Tempat duduk lebih selesa

Duduk di atas Y15ZR menjanjikan keselesaan bagi kedua-dua penunggang dan penumpang.

Ada 5 gear

Menawarkan transmisi 5-kelajuan dan enjin satu silinder 150cc SOHC (Single Over Head Cam).

Alternatif kepada Yamaha Ysuku

Bercerita mengenai motosikal kapcai ini, pastinya ia mempunyai saingan dalam kelompoknya yang tersendiri.

Yamaha Y15ZR ini mempunyai saingan hebat dari tiga jenama motosikal besar yang lain.

Antara motosikal yang dikatakan seteru bagi Ysuku ini adalah seperti motosikal Honda RS150R, Benelli RFS150i dan SYM VF3i, di mana semua motosikal kapcai ini berkapasiti 150cc kecuali SYM dengan enjin bersaiz 183cc.

Kenapa patut beli Ysuku?

Bagi yang masih lagi tercari-cari motor kapcai, anda harus tahu bahawa Ysuku menawarkan kuasa maksimum untuk sebuah jentera kecil.

Motosikal Ysuku mempunyai gaya yang tersendiri, di mana ia banyak menampilkan aspek rekaan gaya bersama sentuhan moden untuk menarik pembelinya.

Apa menarik dengan Ysuku V2?

Untuk versi kedua, Ysuku mendapat sentuhan yang berbeza khususnya pada bahagian lampu hadapan, yang menggunakan rekaan baru dan nyalaan LED.

Pada bahagian meternya pula, ia kini tampil dengan paparan LCD, yang membolehkan penunggang membaca maklumat tunggangan dengan lebih mudah dan jelas.

Bagi aspek mekanikal pula, Y15ZR V2, masih dengan SOHC penyejukan cecair 150 cc berkuasa 15.4 PS dan tork 13.8 Nm yang ditampilkan dengan transmisi 5-kelajuan.

Berapa harga motor Ysuku?

Bagi Ysuku V2 ini, yang boleh dimiliki pada harga RM8,168, tidak termasuk cukai jalan dan yuran pendaftaran, pastinya merupakan sesuatu yang masih mampu untuk dimiliki oleh mana-mana individu yang sedang mencari motosikal untuk kegunaan harian.

Ysuku sesuai untuk keluarga atau tidak?

Sebagai motosikal yang berkuasa 150cc, seperti yang dinyatakan di atas, ia sebuah motosikal yang sesuai untuk kegunaan harian.

Oleh kerana itu ia pastinya sesuai untuk kegunaan mereka yang berkeluarga, yang perlu menghantar dan mengambil anak dari sekolah, untuk kegunaan pergi kerja dan bersantai bersama keluarga.

Dengan tangki bersaiz 4.2 liter, ia bukan sahaja menjanjikan penjimatan daripada aspek penggunaan bahan api, tetapi ia juga pastinya amat ideal untuk digunakan dalam bandar yang seperti kita ketahui, tidak pernah dapat lari daripada kesesakan lalu lintas.

Keistimewaan Ysuku V2 ini, ia dilengkapi dengan ciri Answer Lock Key.

Seringkali kita sering meletakkan motosikal di ruangan parkir yang sesak dengan motosikal lain dan ada masa kita terlupa di mana kita meletakkannya.

Jadi, dengan ciri yang ditawarkan ini, anda hanya tekan sahaja butang dan alat penggeranya akan berbunyi.

Anda boleh mengetahui lokasi motosikal Ysuku dengan lebih cepat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, October 10, 2018

Yamaha MT-15 Terbaharu Dilancarkan Dengan Teknologi VVA

Yamaha MT-15 Terbaharu Dilancarkan Dengan Teknologi VVA

Yamaha Thailand dilapor telah melancarkan model naked MT-15 ke pasaran tempatan dengan pengenalan model yang ditambah baik itu dibuat sempena perlumbaan MotoGP Thailand yang berlangsung di Litar Buriram 2018.

Yamaha MT-15 Terbaharu Berteknologi VVA
Yamaha MT-15 2018.

Jentera yang sebelum ini dikenali sebagai MSlaz itu nampaknya hadir dengan reka bentuk lebih agresif, sama dengan rekaan model lebih besar seperto MT-07, MT-09 dan MT-10.

Lihat sahaja pada bahagian lampu utama jenis LED yang nampak seperti kepala robot Transformers. Roda hadapan menggunakan suspensi jenis upside-down sama seperti model terdahulu.

Reka bentuk tangki yang melekuk ke dalam pastimemberi posisi tungan lebih selesa. Manakala kisi radiator pada bahagian bawah tangki mengambil inspirasi rekaan MT-07.

Dari segi chasis pula, MT-15 dibina di atas kerangka Deltabox bersama lengan ayun dan rekaan rim yang sporty.

Yamaha MT-15 Terbaharu Berteknologi VVA
Yamaha MT-15.

MT-15 2018 dikuasakan oleh enjin bersesaran 1,555cc dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA).

Mt15 ampu menjana kuasa mencecah 19.3hp dan tork 14.7Nm, ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan bersama ciri slipper clutch, rangkaian kuasa sama yang digunakan pada model Yamaha R15 baharu.

Maklumat tunggangan seperti kelajuan, penggunaan bahan api, odometer dan trip meter dipaparkan menerusi meter LCD.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mekanika

Saturday, June 24, 2017

Tahukah Anda Sebuah Motosikal MotoGP Boleh Mencecah RM8 Juta!

Tahukah Anda Sebuah Motosikal MotoGP Boleh Mencecah RM8 Juta!

Dalam keasyikan menyaksikan kegagahan jentera-jentera MotoGP bersaing, tahukah anda kos jentera-jentera yang digunakan dalam perlumbaan itu boleh mencecah sehingga RM8 juta?

MotoGP

Ingin tahu sebab apa? Butirannya seperti berikut:

Dihasilkan Menggunakan Tangan

MotoGP

Motosikal-motosikal dalam perlumbaan ini semuanya satu-satunya 'jenis prototaip' yang dicipta dengan menggunakan teknologi terkini yang ada dalam industri motosikal.

Seorang pakar dalam MotoGP berkata setiap motosikal adalah buatan tangan dan setiap enjin dicipta secara individu.

Enjin motosikal MotoGP dicipta untuk memberi prestasi memuncak dan tahan lasak dalam sebanyak perlumbaan yang mungkin.

Bahagian yang rare

MotoGP

Barangan-barangan untuk membuat sebuah motosikal MotoGP tidak boleh didapati di kedai-kedai motosikal tepi jalan. Setiap bahagian yang dipasang sangat terhad dan kebanyakannya dibuat secara custom.

Sebagai contoh, apabila sebuah motosikal CBR1000RR dicipta, beribu-ribu bahagian seperti cip kawalan tujahan elektronik dan penyerap hentakan boleh laras akan dihasilkan, jadi harga setiap barangan itu sangat mahal.

Malah, enjin yang memacu motosikal MotoGP pasukan Repsol Honda sahaja sudah memakan kos sebanyak $220,000 (~RM1 juta).

Material yang mahal

Bagi memastikan jentera yang dinaiki kekal ringan tapi kukuh, banyak material yang eksotik dan mahal seperti titanium, magnesium dan gentian karbon digunakan, dari pembikinan enjin, ke casis hinggalah ke bahagian-bahagian penutupnya.

Teknologi

MotoGP

Salah satu penyebab mengapa kos sesebuah motosikal MotoGP boleh mencecah RM8 juta adalah disebabkan oleh teknologi.

Selain teknologi untuk prestasi, motosikal MotoGP turut dilengkapi dengan pelbagai sensor bagi tujuan analisis data.

Menurut pakar, motosikal-motosikal itu mempunyai dari 30 ke 40 sensor untuk mengumpul data-data seperti data suspension, brek, haba ekzos, sudut kemudi dan lain-lain.

Apabila motosikal itu selesai sesebuah perlumbaan atau ujian, kesemua data itu akan dimuat turun dan dianalisis.

Pakai dan Haus

MotoGP

Satu lagi penyebab kos motosikal ini mahal adalah kerana 'pakai dan haus'. Setiap komponen yang digunakan ketika perlumbaan hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja.

Malah, bagi setiap jenis jalan juga mempunyai komponen tayar yang berlainan jenisnya.

RM8 juta itu pun tidak lagi termasuk kos penyelidikan dan pembangunan.

Jika memasukkan sekali kos itu, harganya pasti akan menjadi lebih mahal. Perg!!

BACA INI JUGA: Motosikal Enjin Diesel Sudah Dicipta Tapi Kenapa Tidak Dikomersilkan?

sumber: siakapkeli

Saturday, March 11, 2017

9 Motosikal 250cc Pilihan Terbaik Di Malaysia

9 Motosikal 250cc Pilihan Terbaik Di Malaysia

Kuasa? Kelajuan maksimum? Atau keterujaan? Penampilan lumba (racing) dengan fairing penuh? Bentuk kompak dan tiada ruang untuk menyimpan barang? Pecutan maksimum? Daya maneuver yang tinggi dan kestabilan?

Jika ciri-ciri di atas anda mahukan, maka apa yang sesuai untuk anda adalah di dalam kategori SUPERBIKE.

CC adalah 250. Direka khas untuk kelajuan yang tinggi dengan posisi menunggang, frame, adjustable suspension dan fairing yang mampu untuk mengurangkan rintangan angin.

Motorsikal-motorsikal ini memerlukan gaya tunggangan yang agresif!

Berikut adalah 9 Motosikal 250cc Pilihan Rakyat Malaysia

1. Yamaha YZF R25

Yamaha YZF R25

Harga: RM 20,206.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 8 injab
Susunan Silinder: 2 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 14 liter
Kuasa Kuda: 26.5 kW @ 12,000 RPM
Tork: 22.6 Nm @ 10,000 RPM

2. Honda CBR 250

Honda CBR 250

Harga: RM 21,728.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 4 injab
Susunan Silinder: 1 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 13 liter
Kuasa Kuda: 20.2 KW @ 8,500 RPM
Tork: 23.3 Nm @ 7,500 RPM

3. Kawasaki Ninja 250 FI

Kawasaki Ninja 250 FI

Harga: RM 22,000.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 8 injab
Susunan Silinder: 2 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 17 liter
Kuasa Kuda: 23.5 kW @ 11,000 RPM
Tork: 21.0 Nm @ 10,000 RPM

4. Kawasaki Ninja 250 SL

Kawasaki Ninja 250 SL

Harga: RM 17,349.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 4 injab
Susunan Silinder: 1 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 11 liter
Kuasa Kuda: 20.6 kW @ 9,700 RPM
Tork: 22.6 Nm @ 8,200 RPM

5. Kawasaki Z 250

Kawasaki Z 250

Harga: RM 21,329.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 8 injab
Susunan Silinder: 2 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 17 liter
Kuasa Kuda: 23.5 kW @ 11,000 RPM
Tork: 21.0 Nm @ 10,000 RPM

6. Kawasaki Z 250 SL

Kawasaki Z 250 SL

Harga: RM 15,389.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 4 injab
Susunan Silinder: 1 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 11 liter
Kuasa Kuda: 20.6 kW @ 9,700 RPM
Tork: 22.6 Nm @ 8,200 RPM

7. KTM RC 250

KTM RC 250

Harga: RM 18,800.00
CC Enjin: 248.8
Jenis Enjin: 4 lejang 4 injab
Susunan Silinder: 1 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 10 liter
Kuasa Kuda: 23.1 kW @ 9,000 RPM
Tork: 24.0 Nm @ 7,250 RPM

8. KTM Duke 250

KTM Duke 250

Harga: RM 17,800.00
CC Enjin: 248.8
Jenis Enjin: 4 lejang 4 injab
Susunan Silinder: 1 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 10 liter
Kuasa Kuda: 23.1 kW @ 9,000 RPM
Tork: 24.0 Nm @ 7,250 RPM

9. SYM T2 250i

SYM T2 250i

Harga: RM 16,800.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 4 injab
Susunan Silinder: 1 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 14 liter
Kuasa Kuda: 18.6 kW @ 7500 rpm
Tork: 23.0 Nm @ 6,000 RPM

Semoga memudahkan pilihan buat peminat motosikal berkuasa besar.

BACA INI JUGA: Motosikal Enjin Diesel Sudah Dicipta Tapi Kenapa Tidak Dikomersilkan?

Sumber: vox.mk