Monday, August 26, 2024

Mitos Pemandangan 7 Matahari Terbenam!

Mitos Pemandangan 7 Matahari Terbenam!

Gempar di media sosial apabila tular video pendek memaparkan tujuh matahari terbenam secara serentak di langit pada 18 Ogos 2024 lalu. Kejaiban alam pastinya memukau sesiapa yang melihat.

Mitos 7 Matahari

Video itu dipercayai dirakam oleh seorang wanita daripada sebuah bilik terletak pada aras 11 dalam hospital di Chengdu, China.

Rakaman tersebut membuatkan rata-rata pelayar berasa kagum serta keliru tentang fenomena yang sedang berlaku.

"Wah cantiknya, seperti kita berada di alam semesta yang lain. Adakah ini pengakhiran dunia kita?," ujar warga maya risau.

Walaupun begitu, mitos dalam video berkenaan akhirnya berjaya dibongkar, ia ternyata merupakan ilusi optik yang terhasil daripada pembiasan cahaya menerusi tingkap kaca.

Namun warga maya tetap berterusan membuat teori yang merapu, kononnya hendak merungkai misteri kejadian itu.

"Anda sedang menyaksikan medan magnet menyatukan kesemua lapisan alam," demikian kata seorang pelayar, entah betul atau tidak.


Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Wednesday, August 14, 2019

10 Mitos Popular Apabila Menaiki Kapal Terbang

10 Mitos Popular Apabila Menaiki Kapal Terbang

Seperti semua jenis pengangkutan, perjalanan udara juga mempunyai bahayanya, jadi tidak hairanlah sesetengah orang akan gementar setiap kali menaiki pesawat, tetapi jika anda seorang yang fobia untuk terbang, anda perlu tahu bahawa kebimbangan itu mungkin tidak masuk akal atau tidak seteruk yang anda fikirkan.

Mitos Kapal Terbang

Ahli terapi, Christopher Paul Jones telah menyenaraikan 10 mitos paling biasa mengenai perjalanan udara, bagi membuktikan kepada golongan ini bahawa mereka tidak perlu bimbang untuk menaiki pesawat.

Paul Jones, juga dikenali sebagai 'The Breakthrough Expert', pakar dalam membantu orang ramai mengatasi ketakutan dan kebimbangan terbesar mereka dan panduan ini mungkin dapat membantu anda.

Mitos 1: Terbang itu bahaya

Munasabah untuk berfikir terbang di udara pada kelajuan 500 batu sejam, 36,000 kaki dari darat berbahaya, tetapi hakikatnya, perjalanan udara sebenarnya jauh lebih selamat berbanding mod pengangkutan darat.

Menurut Paul, kemungkinan untuk anda meninggal dunia dalam kemalangan pesawat adalah satu dalam 11 juta.

Mitos 2: Ia boleh berlaku kepada seseorang

Realitinya, bernasib malang kerana nahas kapal terbang masih ada dan seseorang pasti akan terjejas dengannya, tetapi jika anda adalah salah seseorang itu, ia dianggap sangat tidak bernasib baik.

Paul berkata, jika anda menggunakan logik untuk menjelaskan tentang takut mati dalam kemalangan pesawat, maka secara logiknya anda perlu 220 kali lebih prihatin tentang kematian kemalangan kereta.

Malah, tidur adalah lebih bahaya kerana kemungkinan untuk anda mati di atas katil semasa tidur adalah lima kali berbanding ketika berada di udara.

Mitos 3: Kalau terhempas, semuanya berakhir

Anda mempunyai 95.7 peratus peluang berkemungkinan terselamat dari nahas pesawat kerana kemahiran juruterbang yang mampu mendaratkan pesawat dengan ketepatan dan keselamatan luar biasa.

Mitos 4: Kemalangan, syarikat penerbangan tak terjejas

Sebuah pesawat jumbo menanggung kos penerbangan komersial sekitar £100 juta, jadi jika kapal terbang terhempas, begitu jugalah keuntungan mereka menjunam.

Belum lagi dikira berjuta-juta ringgit pampasan yang perlu diketepikan untuk mangsa dan keluarga mangsa.

Oleh itu, tidak masuk akal untuk berfikir bahawa syarikat tidak akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan salah satu pesawat mereka terhempas.

Mitos 5: Gelora udara bahaya

Juruterbang yang paling berpengalaman pun tidak mampu mengalahkan gelora udara yang kuat, tetapi ia sebenarnya tidak menimbulkan kemungkinan kemalangan.

Pesawat bergoyang hanyalah disebabkan ia melanggar 'poket udara' dan juruterbang anda sepenuhnya bersedia untuk itu.

Menurut Patrick Smith dari 'Ask The Pilot', jumlah kemalangan pesawat yang disebabkan oleh pergolakan boleh dihitung dengan jari sebelah tangan.

Mitos 6: Kegagalan enjin, pesawat terhempas

Enjin rosak semasa penerbangan adalah salah satu mimpi buruk, tetapi sebuah pesawat sebenarnya hanyalah sebuah luncur besar, yang bermaksud ia boleh diterbangkan dengan mudah dan mampu mendarat tanpa enjin.

Walaupun mustahil juruterbang anda untuk mendaratkan pesawat tanpa enjin, tetapi pendaratan tanpa satu enjin adalah tugas yang jauh lebih mudah.

Mitos 7: Kilat buat pesawat terhempas

Pesawat terhempas disebabkan kilat adalah fantasi Hollywood yang lebih besar berbanding realiti.

Paul mendakwa tiada pesawat moden pernah terhempas disebabkan kilat, kerana pesawat semasa direka untuk menahan kilat.

Mitos 8: Sayap pesawat mungkin jatuh

Kemungkinan sayap pesawat terjatuh semasa penerbangannya hampir sama dengan sifar kerana semua sayap telah diuji sebelum pesawat dibenarkan untuk berlepas, jadi jika akan jatuh, ia akan berlaku di darat.

Boeing mempunyai 'ujian pergerakan sayap' di mana sayap Boeing 787 dinaikkan ke atas pada ketinggian 25 kaki, membuktikan bahawa ia boleh berdepan sehingga 150 peratus pergerakan semasa peristiwa paling melampau.

Mitos 9: Bimbang buat saya terkawal dan bersiap sedia

Pakar 'Breakthrough' menyatakan bahawa adalah tidak rasional untuk cuba mengawal setiap elemen dalam hidup anda dan berbuat demikian boleh membawa kepada tahap tekanan yang tinggi.

Satu dalam setiap tiga orang mempunyai serangan jantung kerana tekanan dan kebimbangan, jadi anda sebenarnya jauh lebih cenderung untuk mati kerana bimbang tentang kemalangan pesawat.

Mitos 10: Berita tunjuk nahas pesawat banyak berlaku

Mitos ini mungkin yang paling mudah untuk disangkal kerana kita melihat kemalangan pesawat dalam berita disebabkan ia sangat jarang berlaku.

Jika kemalangan perjalanan udara begitu biasa, agensi berita tidak akan mempedulikannya lagi.

Paul mencatatkan bahawa, terdapat kira-kira 100,000 penerbangan setiap hari di seluruh dunia dan walaupun dengan bilangan yang tinggi, kita tidak akan mendengar kemalangan komersial walaupun satu, setiap hari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Monday, July 29, 2019

5 Tips Kelangsungan Hidup Yang Sebenarnya Berbahaya Kepada Nyawa Manusia

5 Tips Kelangsungan Hidup Yang Sebenarnya Berbahaya Kepada Nyawa Manusia

Kita seringkali mendengar atau menonton rancangan di televisyen mengenai cara-cara untuk meneruskan kelangsungan hidup sekiranya berada di dalam situasi yang tidak menyenangkan, seperti sesat di dalam hutan, sesat di padang pasir dan ketika kemalangan berlaku.

Tips Ikhtiar Hidup
Gambar hiasan.

Namun, adakalanya tips yang diberikan itu kadangkala merapu dan boleh membahayakan nyawa.

Mari kita lihat beberapa mitos tips kelangsungan hidup serta penjelasan mengapa kaedah ini dianggap merepek.

1. MINUM AIR KENCING

Jika anda pernah menonton rancangan ‘lakonan’ Bear Grylls seperti Man VS Wild, terdapat satu episod dimana akibat kekurangan air, dia mula meminum air kencingnya sendiri yang tersimpan di dalam kulit ular.

Jika kita fikirkan, tips tersebut boleh diikuti memandangkan air kencing juga dikira air yang boleh diminum bagi mengelakkan dehidrasi yang teruk.

Sebenarnya tidak!

Badan kita akan memproses air kencing yang mengandungi kandungan garam natrium yang tinggi dikala badan kita mulai mengalami dehidrasi.

Apabila kita minum air yang mempunyai kepekatan garam yang tinggi ini, kesannya ibarat meminum air laut masin, yang mana hanya akan meningkatkan lagi garam natrium di dalam badan dan menjadikan darah menjadi terlalu pekat sehinggakan darah ini mula menarik kandungan air di dalam sel-sel kita.

Sekiranya sel-sel otak kita mula ditarik airnya, pengecutan otak akan berlaku dan daripada situ, pelbagai masalah akan mulai timbul seperti sawan, tidak sedarkan diri dan yang paling teruk, kematian!

Jadi, tips ini hanyalah mitos dan berdasarkan buku tips kelangsungan hidup bagi tentera Amerika Syarikat (Survival Handbook of United States Army), mereka juga menyatakan perkara yang sama iaitu elakkan daripada meminum air kencing ketika dehidrasi.

2. PEMBEDAHAN CRICOTHYROIDOTOMY

Walaupun perkataan cricothyroidotomy ini panjang dan sukar disebut, penjelasannya mudah sebenarnya.

Pernahkah anda menonton filem di mana apabila seseorang tercekik, dengan pantas hero di dalam cerita tersebut mengambil pen dan menikam bahagian leher orang tersebut, membenarkan dia bernafas semula atau seperti yang disiarkan di dalam filem SAW, di mana polis tersebut menikam dirinya sendiri akibat kepalanya sudah ditenggelami air kesan daripada perangkap yang dibuat.

Jadi, sebenarnya prosedur ini amat jarang dilakukan walaupun di hospital di mana kelengkapan dan staf terlatih cukup untuk mereka melakukannya.

Hal ini kerana peratus kejayaan pembedahan ini teramat rendah walaupun di tangan seseorang yang terlatih dan profesional.

Pada tahun 2016, seorang saintis daripada Jerman mengambil beberapa sukarelawan yang tiada latar belakang perubatan bagi membuat prosedur ini secara hands-on pada kadaver (iaitu mayat yang didermakan ke Universiti untuk tujuan penyelidikan), keputusannya, 9 daripada 10 antara mereka gagal melakukan perkara ini, menjadikan peratus kejayaan hanyalah 10 peratus sahaja.

Teknik yang betul adalah Hemlich maneuvre di mana dalam teknik ini, kita diajar pergerakan untuk meningkatkan tekanan di dalam rongga toraks dan abdomen secara mengejut.

Perbuatan ini boleh memaksa apa-apa makanan atau bahan asing yang tersumbat di saluran pernafasan seseorang.

Anda boleh membuat carian di Youtube di mana terdapat beberapa video menunjukkan teknik yang betul untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

3. MENGHALANG GIGITAN LIDAH PESAKIT KANCING GIGI

Sewaktu seseorang itu sedang mengalami sawan, salah satu gejalanya adalah kancing gigi, iaitu otot-otot rahang tiba-tiba mengecut, menyebabkan rahang pesakit menutup rapat mulut dan mengancing gigi atas dan bawah.

Gejala ini ditakuti akan menyebabkan gigitan lidah secara tidak sengaja dan menutup tuang pernafasan seseorang itu.

Ada yang berpendapat supaya meletakkan sudu mahupun kapas bagi mengelakkan kecederaan ini berlaku.

Walaupun tidak dinafikan ada pesakit yang mempunyai kecederaan pada lidah saat mereka kancing gigi, kecederaan yang dialami kebanyakan masanya adalah minor sahaja.

Perbuatan meletakkan sudu contohnya, boleh menyebabkan kepatahan gigi saat gejala ini berlaku dan ada bahaya yang lain muncul apabila serpihan gigi yang patah boleh menutup saluran pernafasan pesakit.

Samalah seperti kapas juga dan bahaya yang lain kepada orang yang ingin menolong akibat digigit jari sehingga putus boleh berlaku.

Tahukah anda, manusia boleh menggigit jari mereka dengan mudah ibarat menggigit lobak merah sahaja.

Otot-otot rahang amatlah kuat dan mampu memutuskan apa sahaja yang diletakkan saat gejala kancing gigi ini hadir.

Perkara yang patut dibuat adalah meletakkan pesakit dalam posisi recovery, iaitu mengiring ke sebelah kanan sekiranya serangan ini berlaku.

Pastikan anda telahpun menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan pertolongan.

4. MINUM AIR DARIPADA POKOK KAKTUS

Mitos ini juga hadir beberapa tahun dahulu di mana saat kehausan akibat tersesat di padang pasir, mereka mula memotong pokok kaktus dalam usaha untuk mendapatkan cecair daripadanya.

Teknik ini sebenarnya amat berbahaya kepada manusia.

Akibat ketandusan air di padang pasir, pokok-pokok kaktus akan mengeluarkan bahan kimia untuk mengelakkan air yang terkandung di dalam pokok itu dicuri.

Bahan kimia ini teramat bahaya kerana boleh menyebabkan gejala muntah dan cirit birit, yang mana bakal menerukkan lagi dehidrasis seseorang itu, sehingga membawa maut.

Walaupun ada beberapa spesies pokok kaktus yang tidak berbahaya dan tidak mengeluarkan bahan kimia tersebut, lebih baik jika kita elakkan terus daripada mengambil peluang ketika masalah dehidrasi ini mendatang.

5. MENGELUARKAN OBJEK DARIPADA BADAN

Tidak kira sama ada ditembak, ditikam atau tercucuk dengan objek-objek tajam, objektif utama untuk menolong mangsa tersebut adalah dengan menstabilkan objek terbabit, bukan menariknya keluar.

Hal ini adalah kerana kadangkala, objek tajam tersebutlah yang berjaya menghentikan pendarahan daripada menjadi lebih teruk.

Sama juga dengan kecederaan akibat ditembak, yang mana mengeluarkan peluru daripada badan mangsa bukanlah pertolongan cemas yang utama.

Kita perlu stabilkan objek berkenaan dan hantar mangsa ke hospital dan biar pakar bedah yang mengeluarkannya di atas meja bedah.

Anda mesti pernah menonton cerita john Wick 2 di mana babak pertarungan dengan Cassian yang berakhir dengan tikaman ke dadanya.

Dia memberi pilihan sama ada untuk menarik pisau tersebut keluar dan mati akibat pendarahan atau membiarkannya terbenam dan mendapatkan pertolongan orang lain.

Jadi, inilah 5 tips kelangsungan hidup yang menjadi mitos dan amat berbahaya jika anda lakukan.

Semoga bacaan hari ini dapat menambah ilmu anda untuk hari-hari mendatang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Wednesday, November 21, 2018

9 Legenda Dan Mitos Ikan Duyung Diseluruh Dunia!

9 Legenda Dan Mitos Ikan Duyung Diseluruh Dunia!

Selama ribuan tahun manusia telah menulis mengenai ikan duyung. Makhluk ini menjadi begitu terkenal di dalam rancangan televisyen atau filem dan hampir kebanyakan budaya mempunyai versi legenda ikan duyung tersendiri.

Ramai berpendapat penampakan ikan duyung pada zaman dahulu adalah imaginasi para kelasi yang tersalah anggap haiwan seperti dugong, singa laut atau ikan lumba-lumba.

Namun, legenda kewujudan ikan duyung ini masih menarik minat manusia di seluruh pelusuk dunia dan berikut adalah beberapa kisah mengenainya.

1. Jiaorén - China

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Di dalam legenda China, Jiaoren adalah ikan duyung yang bukan sahaja cantik malah makhluk ini juga mempunyai kemahiran untuk membuat pakaian dari kain yang dinamakan "tenunan naga" yang tidak basah jika terkena air. Jika Jiaoren menangis, air matanya akan bertukar menjadi mutiara.

Semasa Dinasti Jin, terdapat satu catitan di mana ia menceritakan tentang kemunculan ikan duyung yang menjual kain "tenunan naga" ini kepada manusia.

Jika ada sesiapa yang menawarkannya tempat tinggal, dia akan berterima kasih dengan menitiskan air mata ke dalam bekas tadahan yang kemudian dipenuhi oleh mutiara.

Dalam sejarah, beberapa orang bangsawan China mendakwa mereka mempunyai pakaian yang dihasilkan menggunakan "tenunan naga" ini.

2. Ningyo - Jepun

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Berbeza daripada legenda ikan duyung versi barat yang kebanyakannya dikatakan cantik, versi ikan duyung Jepun ini adalah sebaliknya. Ningyo dikatakan seekor ikan gergasi yang mempunyai wajah manusia, mulut monyet dengan taring keemasan dan juga tanduk.

Makhluk ini dikatakan mempunyai suara seakan-akan bunyi tiupan seruling. Menurut legenda lagi, sesiapa sahaja yang memakan daging Ningyo akan menjadi cantik, muda dan hidup kekal.

Namun, jika makhluk ini ditangkap, akan terjadinya ribut yang sangat dahsyat dan juga akan membawa nasib yang malang kepada seluruh kampung.

3. Iara - Brazil

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Menurut legenda Brazil, Iara adalah seorang gadis yang berani serta pintar dan tinggal di Amazon. Dia mempunyai kebolehan berlawan yang lebih baik dari saudara lelakinya yang lain. Disayangi dan dihormati oleh puaknya membuatkan abang-abangnya cemburu.

Mereka kemudian telah membunuh Iara dan membuang mayatnya ke dalam Sungai Amazon. Ketika itu Dewi Bulan iaitu Jaci berasa kasihan terhadapnya dan telah menghidupkannya semula sebagai seekor ikan duyung.

Setelah dihidupkan semula, Iara telah menghabiskan masanya membalas dendam terhadap lelaki. Setiap kali ada lelaki yang mati lemas di Sungai Amazon, mereka percaya ia adalah perbuatan Iara.

Suatu hari, seorang lelaki bernama Jaraguari bertemu dengan Iara dan mereka berdua telah jatuh cinta. Jaraguari memberitahu ibunya dia telah menemui seekor ikan duyung yang cantik dan ingin bersamanya di dalam kehidupan dalam air. Selepas itu mereka percaya bahawa roh Iara telah menjadi tenang.

4. The Finfolk - Ireland & Scotland

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Di Ireland dan Scotland, mereka percaya bahawa "Finfolk" adalah spesis ikan duyung yang tinggal di kerajaan bawah laut bernama Finfolkenheim. Pada musim panas makhluk ini dipercayai akan berehat di Hildaland, iaitu sebuah pulau yang akan muncul buat seketika waktu sahaja.

Makhluk ini juga dipercayai boleh berubah bentuk kepada ikan atau manusia sepenuhnya. Selain itu Finfolk dikatakan sangat cantik dan akan menggoda manusia supaya mengawan dengan mereka.

Namun, ia sebenarnya berniat untuk mengambil keperawanan manusia untuk kekal hidup selamanya. Jika ada sesiapa yang diculik atau kelasi hilang di lautan, mereka percaya ia adalah perbuatan Finfolk itu.

Walau bagaimanapun, jika Finfolk berkahwin sesama sendiri, Finfolk betina yang dikenali sebagai Finwife akan berubah bentuk menjadi seorang wanita tua yang akan ke darat untuk bekerja bagi mendapatkan wang dan makanan.

5. Mami Wata - Afrika

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Mami Wata adalah dewi ikan duyung Afrika yang mempunyai kuasa menyembuh dan ibu kepada semua hidupan laut. Terdapat banyak kisah penampakannya di tasik, sungai dan laut di benua itu.

Mami Wata sering dilihat memegang ular air di sekitar bahunya dan dia dikatakan boleh berubah bentuk kepada wanita, ikan atau ikan duyung mengikut kemahuannya.

Sehingga hari ini masyarakat di Afrika berasa taksub mengenai legenda Mami Wata. Terdapat banyak patungnya dijual sebagai cendera hati. Di Afrika juga terdapat satu kumpulan yang memuja para dewi dan mereka digelar sebagai "anak Mami Wata".

Mereka mendakwa sering bermimpi didatangi Mami Wata yang memanggil mereka untuk melakukan upacara pembersihan kerohanian.

6. Triton - Greece

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Di dalam mitos Greek, Triton merupakan tuhan yang menjaga tasik Tritonis. Dia adalah anak kepada Poseidon iaitu tuhan lautan. Triton dikatakan membawa cengkerang di mana ia digunakan sebagai semboyan dan juga senjata.

Menurut legenda, jika kelasi sesat di tasik itu, Triton akan membantu mereka dengan mencipta sebidang tanah yang kini dikenali sebagai pulau Thera. Pada kelasi yang sesat dapat berehat di situ sementara Triton akan menerangkan kepada mereka jalan kembali kepada lautan terbuka.

Tidak semuanya kisah baik mengenai Triton. Jika terdapat ternakan yang hilang atau kelasi terbunuh di lautan, ia adalah perbuatan Triton. Kerana tidak mampu melawan kuasa tuhan, mereka akan menawarkan minuman keras yang diletakkan di tepi pantai sebagai sembahan kepada Triton.

7. Millalobo - Chile

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Di Chile, terdapat mitos mengenai raja di lautan yang digelar sebagai Millalobo. Ia adalah separuh manusia dan separuh lagi singa laut. Millalobo dikatakan berkahwin dengan manusia dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Pincoy serta 2 anak perempuan bernama Sirena dan Pincoya.

Beberapa orang kelasi mendakwa mereka pernah dibantu oleh Pincoy menunjukkan arah pulang ketika sesat di lautan. Pincoya pula dikatakan sebagai seorang wanita paling cantik di dunia dengan rambut perang serta mempunyai mata berwarna biru.

Pincoya dikatakan akan duduk di atas batu dan gemar menari. Jika dia memandang ke arah lautan maka para nelayan akan mendapat banyak tangkapan dan jika dia memandang ke arah darat maka sebaliknya pula yang akan berlaku.

8. Ceasg - Scotland

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Disebut dengan "kee-ask", ikan duyung dari Scotland ini adalah separuh wanita dan separuh ikan salmon. Legenda menceritakan sesiapa yang berjaya menangkap Ceasg ini akan mendapat 3 permintaan.

Makhluk ini dikatakan menggoda manusia kepada kematian sama seperti legenda Siren. Cara untuk membunuh Ceasg ialah dengan memusnahkan azimat mereka berbentuk cengkerang di mana ia menyimpan rohnya dan disembunyikan agar tidak dijumpai manusia.

Legenda juga mengatakan jika anda berjaya menemui cinta sejatinya bersama Ceasg, mahkluk ini akan bertukar sepenuhnya kepada manusia. Tiada 3 permintaan yang diberikan, sebaliknya anda akan menjadi bertuah sepanjang hidup.

Terdapat beberapa keluarga di Scotland mendakwa mereka adalah dari keturunan pasangan manusia dan ikan duyung yang berkahwin.

9. Melusine - Perancis

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Legenda mengenai ikan duyung ini banyak diceritakan di dalam kisah dongeng Eropah. Melusine mempunyai bahagian bawah badan menyerupai ekor ular.

Melusine dikatakan seorang wanita garang yang ingin membalas dendam terhadap ayahnya bagi pihak ibunya. Dia dikatakan telah berkahwin dengan seorang bangsawan dan mengenakan satu syarat pelik, iaitu dia ingin bersendirian selama 1 hari dalam seminggu.

Akan tetapi kerana sifat ingin tahu, suaminya telah mengintai Melusine ketika bersendirian dan terkejut apabila mendapati isterinya itu sebenarnya adalah ikan duyung.

Kerabat di raja Perancis dari House of Lusignan mendakwa mereka adalah keturunan dari Melusine. Kini, gambarnya kelihatan di seluruh dunia, terutamanya pada lambang minuman kopi terkenal iaitu Starbucks.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sunday, November 18, 2018

6 Jenis Hantu Paling Popular Masyarakat Jawa

6 Jenis Hantu Paling Popular Masyarakat Jawa

Kali ini mari kita mengenali kepercayaan tentang jenis-jenis hantu yang diyakini sudah termasuk dalam kategori popular di Tanah Jawa. Meskipun hal ini dianggap tabu di kalangan masyarakat setempat tetapi masih ramai yang meyakininya.

Kita sebagai manusia memang harus percaya terhadap yang perkara-perkara ghaib, namun terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak.

Jenis-jenis hantu yang diakui di tanah Jawa telah disenaraikan di bawah. (Gambar hiasan semata-mata).

1. Genderuwa

Hantu Popular Jawa

Genderuwa (dalam pengucapan Bahasa Jawa: “Genderuwo”) adalah mitos Jawa tentang sejenis bangsa jin atau makhluk halus yang berupa manusia mirip kera yang bertubuh besar dan kekar dengan warna kulit hitam kemerahan, tubuhnya ditutupi rambut lebat yang tumbuh di sekujur tubuh.

Genderuwa dikenal paling banyak dalam masyarakat di Pulau Jawa, Indonesia. Orang Sunda menyebutnya “gandaruwo” dan orang Jawa umumnya menyebutnya “gendruwo”.

Habitat kegemarannya adalah batu berair, bangunan tua, pohon besar yang teduh atau sudut-sudut yang lembap sepi dan gelap.

Menurut mitos, makhluk ini dipercayai berada di daerah hutan seperti Hutan Jati Cagar Alam Danalaya, kecamatan Slogohimo, sekitar 60 km di sebelah timur Wonogiri dan di wilayah Lemah Putih, Purwosari, Girimulyo di Kulon Progo, sekitar 60 km ke barat Yogyakarta.

Asal-usul genderuwa dipercayai berasal dari arwah orang yang meninggal secara tidak sempurna, boleh jadi akibat bunuh diri, pengebumian yang tidak sempurna ataupun kecelakaan sehingga arwah tersebut merasa penasaran dan belum dapat menerima kematiannya.

Genderuwa tidak dapat dilihat oleh orang biasa tapi pada saat tertentu dia dapat menampakkan dirinya bila merasa terganggu.

Dipercayai bahawa tidak semua genderuwo jahat, kerana ada pula yang baik dan sikap mereka tergantung kepada bagaimana sikap manusia, apakah mahu berteman atau bermusuhan dengan genderuwa tersebut.

2. Pocong

Hantu Popular Jawa

Pocong adalah hantu yang popular di kalangan masyarakat Indonesia. Pocong berupa sosok yang berpakaian orang mati (berkain kafan). Cara berjalannya adalah dengan melompat-lompat kerana terdapat ikatan pada bahagian kakinya.

Pocong biasanya tinggal di kuburan seseorang, yang konon semasa hidupnya bergelumang dengan dosa, contohnyanya menjadi lintah darat, memelihara toyol atau mengamalkan ilmu hitam dan ia tidak rela atas kematiannya.

Pocong suka bergantungan di pokok, bersandar di dinding atau terbaring di tepi jalan (kalau di tengah jalan, boleh jadi pocong tersebut leper jika dilanggar oleh kereta yang lalu-lalang), dan juga mengejar orang yang ketakutan.

Meskipun cara berjalannya adalah dengan melompat, tapi boleh mengalahkan orang yang berlari laju. Jika anda tidak percaya akan soal ini, boleh diadakan acara lumba lari antara atlet pelari kita dengan mereka.

3. Wewe Gombel

Hantu Popular Jawa

Wewe Gombel adalah makhluk ghaib atau hantu perempuan dalam mitologi Jawa. Dikatakan bahawa Wewe Gombel yang menculik kanak-kanak.

Mitos ini dikatakan digunakan untuk menakutkan kanak-kanak supaya tidak bermain di luar rumah pada waktu maghrib dan supaya tidak keluar dari rumah pada waktu malam.

Secara tradisinya, Wewe Gombel digambarkan sebagai seorang wanita dengan buah dada yang panjang dan tergantung.

Hantu itu dinamakan Wewe Gombel kerana ia berkaitan dengan satu peristiwa yang menurut cerita rakyat kuno berlaku di Bukit Gombel, Semarang, di mana lama dahulu terdapat sepasang suami isteri yang hidup di situ.

Mereka telah berkahwin selama bertahun-tahun, tetapi lama-kelamaan si suami sedar bahawa isterinya mandul dan berhenti mencintai dia.

Si suami mula mengabaikan isterinya dan meninggalkannya bersendirian untuk jangka masa yang lama, jadi isterinya tinggal dalam kesedihan.

Satu hari isteri mengikutinya dan si suami ditangkap sedang berhubungan seks dengan wanita lain. Terluka oleh pengkhianatan suaminya dia menjadi marah dan membunuhnya.

Berhadapan dengan jenayah itu, jiran-jirannya marah dan menghalau dia keluar dari kampung. Kecewa kerana dihalau dari kampung dan gangguan berterusan, dia membunuh diri. Selepas kematiannya, kerana dendam yang mendalam beliau menjadi Wewe Gombel.

Cerita rakyat Sunda mengatakan bahawa dia tinggal di atas pokok kabung, di mana dia mempunyai sarang dia dan menyimpan anak-anak yang dia tangkap di situ.

Wewe Gombel tidak menyakiti anak-anak tersebut dan apabila mereka berada di bawah cengkaman beliau mereka tidak takut kepadanya.

Mengikut kepercayaan masyarakat setempat, anak-anak yang dilarikan oleh Wewe Gombel kebanyakannya telah dizalimi atau diabaikan oleh ibu bapa mereka.

Dia menjaga kanak-kanak tersebut dengan penuh kasih sayang, menjaga mereka dan melindungi mereka sehingga ibu bapa mereka bertaubat, di mana dia mengembalikan mereka semula.

Wewe Gombel mempunyai pertalian dengan hantu yang dikenali sebagai Hantu Kopek dalam cerita rakyat Melayu.

4. Sundel Bolong

Hantu Popular Jawa

Dalam mitologi Indonesia, Sundel Bolong adalah hantu mitos dari Nusantara yang biasanya digambarkan sebagai seorang wanita dengan rambut panjang yang indah dan pakaian putih yang panjang (bentuk beliau adalah sama dengan Kuntilanak).

Nama dan mitos Sundel Bolong berkait rapat dengan pelacur, yang bermaksud “pelacur dengan lubang di dalamnya”, merujuk kepada lubang besar yang dikatakan muncul di belakang beliau.

Dalam cerita rakyat, Sundel Bolong dikatakan roh wanita yang meninggal dunia ketika dia sedang mengandung dan oleh itu melahirkan dalam kuburnya, atau yang meninggal dunia semasa melahirkan anak dan bayi itu keluar daripada belakangnya (inilah sebabnya mengapa terdapat lubang yang terbentuk di belakang beliau). Lubang ini disembunyikan daripada pandangan lelaki dengan rambut hitam panjang beliau.

Sundel Bolong juga dikatakan sebagai roh yang sensitif dan jika ditolak oleh seorang lelaki, dia dikatakan akan memandulkan lelaki tersebut.

5. Kuntilanak

Hantu Popular Jawa

Kuntilanak adalah sejenis hantu perempuan dalam mitologi Indonesia. Ia juga dikenali sebagai matianak atau kuntilanak, kadang-kadang dipendekkan kepada Kunti.

Kuntilanak dikatakan sebagai roh wanita yang mati ketika hamil. Kuntilanak sering dikelirukan dengan makhluk yang berkaitan iaitu Lang Suir, hantu seorang wanita yang meninggal dunia semasa melahirkan.

Perkataan pontianak dilaporkan berasal dari Malaysia yang bermaksud perempuan mati beranak, atau wanita yang meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Bandar Pontianak di Indonesia dinamakan sempena makhluk jahat ini, yang dikatakan telah dihantui sultan pertama yang pernah menetap di sana.

Kuntilanak biasanya digambarkan sebagai wanita berkulit pucat dengan rambut panjang hitam, bermata merah, dan pakaian putih yang berlumuran darah, tetapi mereka dikatakan boleh berubah rupa sebagai seorang perempuan yang cantik kerana mereka menjadikan lelaki dan orang yang tidak berdaya sebagai mangsanya.

Dalam cerita rakyat, Kuntilanak biasanya mengumumkan kehadiran beliau melalui bunyi bayi menangis dengan nyaring. Jika tangisan itu perlahan, bermakna Kuntilanak itu berada jauh tetapi dan jika ia kuat, bermakna dia berada berdekatan.

Ada yang percaya bahawa jika anda mendengar anjing melolong pada waktu malam, ini bermakna Kuntilanak berada jauh tetapi jika anjing merengek, ini bermakna pontianak berada berhampiran.

Kehadiran beliau kadang-kadang boleh dikesan dengan haruman bunga yang wangi diikuti dengan bau busuk seperti bau bangkai selepas itu.

6. Jerangkong

Hantu Popular Jawa

Jerangkong adalah hantu pencuri telur di dalam mitologi masyarakat jawa kuno, khususnya Jawa Timur. Pada saat memakan telur yang dicurinya, Jerangkong digambarkan berwujud sebagai kerangka tulang manusia dengan kepala tengkorak.

Setelah makan telur, jerangkong pergi dan lenyap dalam bentuk asap putih. Kononnya telur yang dimakan oleh jerangkong tetap utuh atau tidak pecah, namun isinya kosong.

Makhluk halus ini makan telur dengan cara menghisapnya melalui lubang pori-pori pada kulit telur.

Jerangkong dipercayai berasal dari arwah orang mati yang semasa hidupnya suka mencuri. Setelah dia mati, arwahnya bergentayangan dan menjadi jerangkong.

Jerangkong dipercayai sering keluar masuk melalui salah satu lubang kecil di kuburan miliknya, keluar petang hari dan pulang menjelang fajar. Ketika Jerangkong pulang, maka ia akan masuk ke sebuah lubang di kuburan miliknya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: kisahseram

Friday, August 31, 2018

Mitos Bukit Batu Tomanggong Besar Kinabatangan

Mitos Bukit Batu Tomanggong Besar Kinabatangan

Kewujudan sebuah bukit batu kapur dikenali Tomanggong Besar di kawasan tanjung Sungai Kinabatangan, mempunyai cerita seakan sama seperti kisah batu belah batu bertangkup di Semenanjung.

Mitos Bukit Batu Tomanggong Besar

Keunikan struktur itu menarik perhatian pengunjung tetapi belum ada usaha dilakukan pihak berkuasa sehingga ini untuk mempromosikannya sebagai lokasi tarikan pelancong.

Bukit batu kapur setinggi kira-kira 50 meter dari permukaan air terletak di Kampung Sukau, dekat sini, dianggap 'keramat' oleh penduduk setempat kerana selain mitosnya, kawasan berkenaan dipercayai sering berlaku kejadian pelik termasuk ribut.

Mengikut cerita penduduk, bukit itu mengambil sempena nama seorang pemuda iaitu Tomanggong yang 'ditelan' batu selepas dipercayai kempunan memakan seekor burung ketika memburu bersama enam abangnya.

Tujuh beradik itu kononnya memudik ke hilir Sungai Kinabatangan untuk berburu dan ketika perjalanan pulang, mereka singgah berteduh dalam gua pada batu kapur itu kerana berlaku ribut.

Selepas ribut reda, tujuh beradik itu keluar namun malang bagi si Tomanggong apabila pintu masuk gua tertutup sendiri sebelum sempat keluar menyebabkannya terperangkap sebelum enam abangnya berusaha mengumpil pintu gua menggunakan sebatang kayu belian tetapi tidak berjaya.

Sehingga kini, penduduk mendakwa kayu belian itu masih wujud di pintu gua berkenaan, namun hanya boleh dilihat ketika air surut.

Biarpun ada pelbagai versi cerita mengenai bukit Tomanggong, penduduk khususnya masyarakat etnik Orang Sungai masih percaya terhadap pantang-larang jika melalui kawasan itu.

Antaranya ialah tidak boleh membawa makanan dalam perahu, jangan berbuat bising dan memberi salam.

Malapetaka seperti ribut, perahu karam, air sungai bertukar menjadi minyak atau serangan buaya berlaku jika pantang larang tidak dituruti.

Mereka yang membawa makanan sama ada daging atau tumbuhan perlu buang sedikit ke batu untuk mengelak perkara tidak baik berlaku.

Dulu (sebelum memeluk Islam), penduduk yang ada hajat, akan pergi ke situ (bukit batu kapur) membawa beras kuning dan mencampakkan duit.

Kalau mahu makan siput, orang tua (ibu bapa) bawa 'sigup kirai' (rokok), sisip pada batu dan tidak lama keluarlah banyak siput.

Kira-kira satu kilometer (km) di hulu Tomanggong Besar, ada sebuah lagi batu kapur setinggi kira-kira 20 meter dari paras air dinamakan Tomanggong Kecil atau dipanggil 'Tomanggong anak-anak' dalam bahasa Sungai.

Disebabkan mitos itu juga, ramai orang luar datang ke bukit batu kapur berkenaan untuk membuat hajat dengan memacak bendera dan menabur syiling.

Walaupun tiada lagi kejadian pelik, penduduk tempatan masih lagi mengikuti pantang larang dan mengelak ke situ pada waktu malam sebab ia tempat keramat.

Kayu Belian

Mitos Bukit Batu Tomanggong Besar

Sementara itu, air surut di Sungai Kinabatangan cuma berlaku dua atau tiga kali sebulan, namun agak sukar untuk menjangka waktunya yang bergantung kepada keadaan cuaca di hulu sungai menyebabkan usaha melihat kayu belian berkenaan sukar.

Orang tua di sini berkata, kalau tujuan datang mahu lihat kayu belian, tak akan nampak, tetapi kalau tiada niat baru boleh nampak.

Berbanding sekarang, bukit batu kapur itu cuma mendapat sambutan penyelidik dari dalam dan luar negara membuat kajian mengenai batu kapur atau pendaki yang berminat meneroka flora dan fauna di kawasan itu.

Kelebihan kawasan bukit berkenaan yang mempunyai banyak flora dan fauna dan asal usul bukit diberi nama sempena dengan seorang pemuda kempunan seekor burung, mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Di Kinabatangan, selain Tomanggong Besar dan Tomanggong Kecil, ada dua lagi bukit batu kapur yang kini diwartakan sebagai kawasan pelancongan iaitu Batu Tulug berusia 20 hingga 25 juta tahun setinggi 29 meter yang menyimpan 125 keranda purba kayu balak.

Selain itu, Gua Gomantong mempunyai 27 gua kecil dihuni jutaan burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung, terletak kira-kira 30 kilometer dari Kampung Sukau.

Kewujudan bukit batu kapur selain kawasan lembah Kinabatangan yang terkenal dengan gajah Pygmy Borneo dan 10 spesies primat memberi pulangan kepada penduduk yang terbabit secara langsung dalam pelancongan serta pemuliharaan alam sekitar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Wednesday, June 20, 2018

5 Fakta Tidak Benar Tentang Bahaya Mengecas Telefon Bimbit

5 Fakta Tidak Benar Tentang Bahaya Mengecas Telefon Bimbit

Terlalu banyak pantang larang yang sering didengar mengenai peraturan mengecas telefon bimbit. Ada juga segelintir individu yang terlalu percayakan kepada mitos-mitos ini sehingga begitu taksub mengikut setiap kepercayaan karut ini.

Mitos Mengecas Telefon Bimbit

Tidak dinafikan sesetengah daripadanya adalah benar dan jika bateri telefon bimbit dijaga dengan baik, ia mampu bertahan sehingga tiga ke lima tahun.

Berikut merupakan 5 mitos yang ingin kami kongsikan berkaitan dengan peraturan mengecas telefon bimbit anda.

1. Mitos: Cas telefon sewaktu tidur malam sehingga pagi akan memberi kesan pada bateri

Fakta: Bateri telefon bimbit anda akan berhenti mengecas setelah penuh.

Mesti korang selalu dengar cakap-cakap orang tentang tidak bagus untuk mengecas telefon bimbit sewaktu anda ingin masuk tidur.

Yang jelas, apabila ia sudah mencapai caj maksimum, ia akan berhenti dengan sendirinya.

Ini bermakna, telefon bimbit anda tidak akan dicas sepanjang waktu malam tersebut.

2. Mitos: Menggunakan alat pengecas daripada jenama lain akan merosakkan bateri

Fakta: Pengecas telefon bimbit daripada jenama lain adalah baik selagi ia bukanlah produk tiruan.

Ramai yang mendakwa bahawa penggunaan daripada alat pengecas telefon bimbit lain akan memberi kesan pada bateri telefon.

Ia terbukti hanya mitos semata-mata kerana alat pengecas daripada jenama lain juga sama mempunyai fungsi yang sama.

Prestasi yang ditunjukkan mungkin tidak optimum tetapi ia tidak sampai mengakibatkan bateri telefon bimbit anda rosak.

3. Mitos: Jangan pernah matikan telefon bimbit

Fakta: Mematikan telefon bimbit dapat membantu bateri tahan lebih lama.

Menurut seorang pakar jenama Apple, mematikan telefon bimbit anda dari semasa ke semasa dapat memaksimumkan jangka hayat bateri.

Jika kamu pengguna tegar telefon bimbit, dinasihatkan agar mematikan telefon pada waktu malam untuk memastikan bateri telefon bimbit anda sentiasa dalam keadaan yang baik.

4. Mitos: Dilarang menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas

Fakta: Guna telefon bimbit sewaktu dicas adalah tidak mengapa selagi alat pengecas yang diguna itu adalah original.

Terdapat kebimbangan oleh pengguna telefon bimbang tentang situasi ini.

Ada yang mengatakan anda akan terkena kejutan elektrik jika menggunakannya semasa di caj.

Terdapat insiden yang benar-benar berlaku di mana telefon tersebut meletup.

Walau bagaimanapun, dalam semua kes yang dilaporkan, pengguna telah mengecas telefon bimbit mereka dengan pengecas tiruan.

Jika anda menggunakan telefon bimbit daripada pengilang yang diluluskan, maka tiada risiko telefon akan meletup.

5. Mitos: Keadaan panas akan merosakkan bateri telefon bimbit anda

Fakta: Tidak dapat dinafikan bahawa pemanasan mampu untuk merosakkan bateri telefon bimbit.

Jadi, jika anda meletakkannya di tempat yang panas, kemungkinan bateri tersebut akan rosak.

Begitu juga jika suhu terlalu sejuk turut memberi kesan kepada bateri.

Bateri akan lebih cepat mati dalam keadaan suhu yang rendah.

6. Mitos: Cas telefon bimbit pada waktu ia benar-benar ‘low’

Fakta: Cas berkala adalah lebih baik

Kenyataan mengecas telefon bimbit pada masa benar-benar kritikal adalah tidak benar sama sekali kerana pada waktu itu, bateri menjadi agak tidak stabil.

Lebih baik cas telefon anda dalam kadar berkala.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Thursday, April 26, 2018

8 Mitos Tentang Seks Yang Ramai Tersalah Anggap

8 Mitos Tentang Seks Yang Ramai Tersalah Anggap

Hampir setiap hari dalam sesi kaunseling, pakar terapi seks mendengar pelanggan berkongsi pemikiran dan kepercayaan tentang seks yang bukannya sahaja sesat dan salah, tetapi merosakkan kehidupan cinta mereka.


Mitos Tentang Seks

Di bawah, ahli terapi seks dari seluruh negara berkongsi salah faham terbesar yang mereka telah dengar tentang seks di pejabat mereka.

Antara mitos terbesar adalah seks perlu menjadi spontan.

Tidak, anda harus perlu melakukan sedikit kerja untuk memulakan seks.

Mitos 1: Hubungan anda tidak dapat menahan libido yang tidak berpadanan

"Kebimbangan pasangan yang paling biasa apabila datang ke sesi adalah percanggahan libido - apabila seseorang mahu seks lebih kerap daripada pasangannya.

"Saya masih belum bertemu dengan pasangan yang telah bersama-sama untuk masa yang lama dan melaporkan tahap keinginan yang sama, sehingga memiliki libido berpadanan, ini tidak bermakna hubungan anda pasti gagal.

"Apa yang penting adalah berbincang dengan pasangan anda tentang berapa kerap anda mahu atau perlukan seks.

Anda juga perlu menyedari bahawa kehendak anda mungkin berbeza.

Jika anda mempunyai perbezaan yang melampau dalam berapa kerap anda mahu seks, ia akan berada dalam kedua-dua kepentingan terbaik anda untuk bercakap dengan profesional yang boleh membantu menyusun melalui perbezaan dan tampil dengan pelan kerja yang baik untuk membantu kedua-dua orang berasa puas hati dengan jumlah seks yang anda akan hadapi," kata Rankin.

Mitos 2: Menggunakan pelincir bermakna anda tidak benar-benar terangsang

"Salah. Pelincir adalah rakan anda. Pelincir mendapat nama yang buruk.

"Tetapi kejujurannya, pelinciran adalah amat berguna.

"Salah faham di sini adalah bahawa jika dia terangsang, dia akan menjadi basah.

"Tetapi rangsangan boleh menjadi lebih emosi dan bukan fizikal dan menggunakan pelincir sedikit adalah cara yang baik untuk mendapatkan keseronokan bermula," kata Ghose.

Mitos 3: Seks seharusnya hebat pada mulanya

"Ramai pelanggan saya yang sedang berpacaran percaya bahawa kali pertama mereka dengan seseorang yang baru perlu melalui seks yang hebat.

"Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ini mungkin benar, tetapi kemungkinan besar, ia akan hanya OK atau baik sahaja.

Bagi sebahagian besar, kimia seksual berkembang dari masa ke masa dan kemudian mendalami ke dalam bahagian yang hebat.

Ini kerana seks yang menakjubkan mengambil benar-benar mengetahui orang lain dan mengetahui mereka secara seksual.

Jika anda tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan seseorang yang sebelum ini, jelas anda tidak tahu apa yang mereka suka, perlu atau bagaimana anda berdua patut bersama.

Tambahan, anda berdua mungkin agak gementar dan telah meletakkan tekanan ke atas bagaimana ia akan terjadi.

Soalan yang paling penting pada awal perkenalan adalah, "Adakah saya berminat untuk berjumpa dengan orang ini lagi?"

Jika segala-galanya adalah sempurna sejak dari awal, ia tidak akan meninggalkan banyak ruang untuk berkembang bersama.

"Berkembang bersama-sama adalah apa yang benar-benar merapatkan pasangan," kata Keeley Rankin, ahli terapi seks di San Francisco, California.

Mitos 4: Kecurangan berlaku kerana ada sesuatu yang hilang dalam perhubungan

"Walaupun sesetengah orang berlaku curang kerana mereka merasakan mereka tidak mendapat apa yang mereka mahu dalam hubungan mereka, ia hanya salah satu daripada banyak sebab kecurangan berlaku.

"Ramai pasangan cenderung untuk berlaku curang semata-mata kerana peluang yang berada di depan mereka.

Faktor-faktor seperti ketersediaan, mudah dan risiko yang minimum merupakan faktor-faktor yang boleh membawa kepada ‘kecurangan peluang.'

Sesetengah orang lebih cenderung untuk bertindak mengikut gerak hati.

"Itulah sebabnya pasar raya mempunyai lorong seperti bahan pencuci, lorong makanan sihat dan organik di lokasi yang diramal dan barangan dorongan seperti coklat, majalah atau kondom berdekatan dengan juruwang," kata Gracie Landes, ahli terapi seks dan perkahwinan dan terapi keluarga di New York City.

Mitos 5: Lelaki sentiasa bersedia bila-bila masa, di mana sahaja

"Walaupun apa yang ramai orang fikirkan, manusia tidak dicipta untuk melakukan seks di atas permintaan.

Mereka bukan robot. Seks tidak berlaku begitu sahaja.

"Seorang lelaki mungkin letih, bimbang, terganggu atau berfikir tentang sesuatu - termasuk anda.

Tambahan, untuk lelaki yang lebih tua, mereka mungkin perlu rangsangan terus ke zakar sebelum dan semasa aktiviti seksual.

Seks bukannya tentang anda sahaja, ia adalah tentang keseronokan bersama.

"Tanya lelaki anda apa yang merangsangkannya dan kemudian melakukannya dengan aktif, sebagai rakan kongsi yang terlibat,” kata Stephanie Buehler, seorang ahli psikologi dan ahli terapi seks yang mengendalikan The Buehler Institute.

Mitos 6: Anda perlu rasa "cukup seksi" untuk benar-benar menikmati seks

"Media dan lucah mungkin harus dipersalahkan kerana wanita yang beriman, mereka perlu mempunyai badan yang sempurna untuk memikat dan menikmati seks.

"Biasanya, lelaki tidak perasan tentang 'kelemahan’ fizikal wanita.

"Mereka hanya berfikir, 'Oh Tuhan, seorang wanita berhampiran saya!"

Saya telah mencadangkan kepada pelanggan wanita saya bahawa tidak kira apa bentuk badan mereka, jika mereka sukakan badan mereka, lelaki akan menyukainya juga.

"Apabila dia boleh mula menghargai ketidaksempurnaan sebagai perbezaan monumental, dia akan mula menyukai dirinya dalam cara yang membolehkan dia untuk mencintai orang lain," kata Diana Wiley, pakar perkahwinan dan terapi keluarga dan terapi seks di Seattle, Washington.

Mitos 7: Jika anda tidak mencapai puncak syahwat, ia bukannya seks

"Salah! Terdapat banyak tempat untuk seks daripada mempunyai hubungan dan mencapai puncak syahwat.

"Jika anda percaya yang satu ini, ia adalah masa untuk menjadi kreatif dan realistik tentang apa yang dikira sebagai seks yang sebenarnya.

"Seks mencium, memeluk dan urutan sensual.

"Seks adalah rangsangan lisan, rangsangan manual, melancap bersama dan rangsangan dubur.

"Seks adalah bercakap kotor, membaca Erotika, menonton pornografi bersama-sama, main peranan dan berkongsi fantasi.

Meluaskan konsep seks, kurangkan tekanan dan ia akan meningkatkan keseronokan seks anda,” kata Moushumi Ghose, ahli terapi seks dan pengarang “Classic Sex Positions Reinvented.”

Mitos 8: Kepuasan seks faraj adalah mudah untuk dikecapi

"Orang ramai masih berpegang kepada idea bahawa kepuasan seks faraj adalah senang dan mudah dikecapi.

"Sebenarnya, kebanyakan wanita memerlukan beberapa jenis rangsangan klitoris untuk mencapai klimaks."

Tanggapan bahawa kepuasan seks faraj adalah norma meletakkan tekanan yang besar kepada pasangan itu.

Ia meninggalkan wanita itu berasa kecewa dan lelaki itu berasa tidak mencukupi.

"Ada beberapa salah faham utama tentang bagaimana wanita klimaks,” kata Lisa Paz, ahli terapi seks, perkahwinan dan terapi keluarga di Miami, Florida.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Monday, February 26, 2018

Kisah Asal 'The Sleeping Beauty' Sebenarnya Dinodai Ketika Tertidur

Kisah Asal 'The Sleeping Beauty' Sebenarnya Dinodai Ketika Tertidur

Kisah pari-pari (fairy tale) dari barat yang sering diceritakan sehingga beberapa filem dibuat berdasarkan kisahnya, The Sleeping Beauty sebenarnya telah diseleweng.

Kisah Asal 'The Sleeping Beauty' Sebenarnya Dinodai Ketika Tertidur
Gambar hiasan.

Kisah asalnya bukan seindah versi yang ada sekarang kerana versi yang asal sangat kejam dan tidak sesuai untuk diceritakan sebagai bed time story.

Kisah yang sebenarnya, selepas Puteri Talia ditinggalkan seorang diri di dalam istana, dalam keadaan tidur disebabkan racun, seorang bangsawan datang ke hutan berdekatan istana tersebut untuk memburu.

Kemudian, bangsawan tersebut terjumpa jasad Puteri Talia yang tidur tidak terjaga-jaga. Bangsawan tersebut kemudian merogol Puteri Talia dan meninggalkannya di istana itu.

Puteri Talia kemudiannya mengandung.

Dua orang anaknya dijaga oleh pari-pari di dalam istana tersebut, tetapi Puteri Talia masih lagi dalam keadaan tidur, sehinggalah salah seorang anaknya menghisap racun keluar dari badan Puteri Talia melalui ibu jarinya.

Beberapa ketika, bangsawan itu datang semula ke istana itu sekali lagi dan mendapati Puteri Talia telah terjaga.

Bangsawan itu kemudiannya membawa Talia pulang ke rumah. Cerita tidak tamat disitu!

Isteri bangsawan itu pula cemburu apabila mendapat tahu hubungan suaminya dengan Talia.

Isteri bangsawan itu menyuruh tukang masaknya membunuh anak Talia dan memasaknya untuk dihidangkan kepada suaminya.

Selepas bangsawan itu menghabiskan makanannya, isterinya berkata, "Kau dah makan hak kau".

Namun, sebenarnya tukang masak itu tidak membunuh anak-anak Talia, tetapi menukarnya dengan seekor kambing.

Akhirnya, Puteri Talia, perogolnya dan anaknya hidup dengan gembira sehingga ke akhir hayat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Mumia 'Sleeping Beauty' Terkenal Itali

sumber: itufakta | altereddimensions

Monday, February 05, 2018

Benarkah Kucing Memiliki 9 Nyawa?

Benarkah Kucing Memiliki 9 Nyawa?

Benarkah kucing memiliki 9 nyawa? Rekod jatuhan kucing tertinggi yang pernah dicatatkan adalah kucing jatuh dari ketinggian 46 tingkat (bukan jatuh bebas tetapi sempat memantul-mantul dari kanopi ke kanopi yang lain).

Benarkah Kucing Memiliki 9 Nyawa

Dan kucing tersebut masih boleh bangun dan berjalan walaupun agak pincang sedikit. Jadi betul ke kucing ada 9 nyawa?

Dari penelitian menunjukkan bahawa semakin tinggi kucing jatuh semakin kurang kecederaannya.

Hal ini terjadi kerana kucing mempunyai daya sistem keseimbangan dan koordinasi yang luar biasa.

Sistem inilah yang membantu kucing ketika jatuh ia akan menyedari dalam posisi apa ia jatuh.

Kalau kucing jatuh dalam posisi terbalik, ia akan segera memutarkan tubuhnya sehingga kakinya berada di sebelah bawah dan bersiap sedia untuk mendarat.

Dengan cara di mana ia tidak menjatuhkan kedua-dua kakinya serentak sebaliknya membuat sedikit regangan serta menurunkan kedua belah kaki hadapannya dahulu.

Kalau manusia jatuh dari tempat tinggi dengan kaki ke bawah sekalipon mesti dah patah riuk kan, tapi untuk kucing agak berbeza kerana kucing akan meregangkan kesemua kakinya dan dalam kelajuan tersebut udara mampu menahan kucing daripada jatuh secara terus.

Dan apabila kucing mula mendarat, kakinya secara tidak langsung dibengkokkan sedikit untuk mengurangkan efek jatuhnya.

Rahsianya adalah, kucing memiliki apa yang disebut Terminal Velocity yang bermaksud daya graviti ke bawah sama dengan daya ke atas sehingga daya total pada objek (kucing) adalah sifar.

Pada saat mencapai titik Terminal Velocity, kucing akan merasa rileks dan nyaman sehingga mampu mendarat dengan baik dan mampu mengurangkan efek jatuhnya.

Sebab itulah makin tinggi jatuhnya makin kucing ada kesempatan untuk merasa rileks dan mempersiapkan tubuhnya untuk mendarat dan jika ia jatuh dari tempat yang rendah maka impak jatuhnya akan lebih terasa begitu juga tahap kecederaannya.

Kesimpulannya, kucing cuma ada satu nyawa sama seperti mahkluk tuhan yang lain.

Jangan pula ada yang buat eksperimen untuk membuktikan kononnya kucing ada 9 nyawa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Baka Kucing Paling Sukar Ditemui di Dunia

sumber: meowwmania

Sunday, July 23, 2017

Mitos Tentang Aiskrim

Mitos Tentang Aiskrim

Ais krim sememangnya disukai ramai, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Namun, ada juga mitos dikalangan kita mengenai keburukan ais krim. Benarkah begitu?

Mitos Aiskrim

Mari kita rungkai rahsia dan mitos tentang ais krim.

Penyebab Batuk Dan Selesema

Benarkah aiskrim boleh menyebabkan penyakit batuk di kalangan kanak-kanak?

Daripada sudut perubatan,ais krim bukanlah penyumbang seseorang itu batuk dan selesema kerana ketika makan aiskrim, ia akan pantas mencair.

Oleh itu,sebaik sahaja ais krim masuk ke dalam kerongkong, suhunya sudah tidak sesejuk suhu ais.

Bahkan ketika anak sakit, tubuhnya kehilangan banyak cecair dan mudah mengalami dehidrasi. Keengganan mereka menjamah sebarang makanan atau minuman boleh menyebabkan sakit menjadi semakin teruk.

Alternatif ibu bapa dengan memberikan anak mereka ais krim dapat mengembalikan cairan yang hilang kerana ais krim mengandungi air.

Apatah lagi rasa ais krim yang lazat pastinya digemari oleh kanak-kanak sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan.

Penyebab Obesiti, Kegemukan

Ada pendapat yang mengatakan ibu hamil tidak boleh makan ais krim sewaktu tempoh kehamilan kerana dikhuatiri akan menyebabkan bayi dalam kandungan obesiti.

Ternyata pendapat ini salah kerana kerana ais krim dapat memberikan tenaga kepada si ibu hamil.

Namun jumlah pengambilan ais krim yang disyorkan untuk ibu hamil adalah dua hingga tiga cawan setiap minggu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Fakta Dan Mitos Mengenai Susu

sumber: hadji

Saturday, June 03, 2017

Fakta Dan Mitos Mengenai Susu

Fakta Dan Mitos Mengenai Susu

Susu sememangnya memiliki banyak khasiat dan kesan baik untuk tubuh, namun manfaat dan kebaikan susu turut dipalit banyak mitos mengenainya.

Susu

Berikut beberapa mitos yang paling popular disertai dengan penjelasan mengenai faktanya.

1. Minum susu boleh menyebabkan penambahan berat badan

Fakta: Kenaikan berat badan berlaku apabila seseorang mengambil lebihan kalori yang tidak dibakar sebagai tenaga.

Kajian menunjukkan pengambilan susu rendah lemak boleh membantu penurunan berat badan. Kajian juga menyokong pengambilan kalsium membantu dalam penurunan peratusan lemak.

2. Mereka dengan laktosa intoleransi yang tinggi patut elak susu

Fakta: Laktosa intoleransi bukan bermakna alergi dengan susu. Ia adalah ketidak mampuan untuk mencerna gula laktosa. Pilih susu tanpa laktosa atau yogurt untuk menggantikannya.

3. Mengambil produk tenusu meningkatkan risiko sakit jantung

Fakta: Makanan tinggi lemak tepu berkemungkinan akan menyebabkan sakit jantung bukannya produk tenusu.

Lemak tepu daripada mentega idak seteruk daripada lemak trans terhidrogenasi seperti marjerin dan lain-lain.

4. Jika mengambil suplemen kalsium tidak perlu susu

Fakta: Susu tidak hanya memberi sumber kalsium yang baik bahkan memberikan gizi yang berkualiti seperti protein, viamin A, D, B12, riboflavin, zink, potassium dan magnesium.

Pengambilan produk seperti yogurt pula sangat penting untuk pencernaaan kerana berfungsi sebagai pembawa organisma probiotik dan pediatri.

5. Produk tenusu menyebabkan kenaikan jerawat

Fakta: Tidak ada kajian yang menyokong dakwaan itu malahan produk tenusu mengandungi vitamin A dan D yang penting untuk kesihatan kulit. Susu merupakan sumber vitamin A dan D dalam makanan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Mitos Bahaya Menelan Gula-gula Getah!

sumber: zakikhan

Monday, April 17, 2017

Benarkah Ketumbit Terjadi Kerana Mengintai Orang Mandi?

Benarkah Ketumbit Terjadi Kerana Mengintai Orang Mandi?

Ketumbit terjadi kerana bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat, maka ia langsung tiada kaitan dengan mitos mengatakan ketumbit terjadi kerana mengintai orang mandi.

Ketumbit

Perkara ini berlaku biasanya akibat kelemumur pada bulu mata (blephritis), eyeliner yang tidak dibersihkan, habuk contohnya penunggang motosikal, pekerja tapak binaan dan sebagainya.

Pakar Oftalmologi, Dr Azlinda Aisyah daripada panel Medical Mythbusters Malaysia berkata, nama saintifik bagi ketumbit ialah chalazion jika tidak sakit, tetapi kalau sakit ia dipanggil stye iaitu kelihatan merah dan dijangkiti kuman.

"Cara merawatnya ialah titiskan beberapa titik syampu bayi ke dalam air suam, celup putik kapas dalam larutan itu, bersihkan kelopak mata di kawasan bulu mata langkah ini dinamakan Lid Hygiene.

"Celup sudu besi ke dalam air suam yang tanpa syampu, tuamkan di kelopak mata lebih kurang tiga minit.

"Fungsi langkah ini ialah untuk mengembangkan saluran kelenjar tersumbat dan memberi laluan untuk kotoran itu keluar kemudian letak antibiotik dengan nasihat doktor.

"Pegang seketika supaya ubat meresap masuk," katanya.

BACA INI JUGA: 3 Mitos Hubungan Intim Ramai Fikir Benar

sumber: sh

Wednesday, April 12, 2017

Ais Dan Air Sejuk Punca Perut Buncit?

Ais Dan Air Sejuk Punca Perut Buncit?

Biasa kita mendengar dari mulut orang, ais dikatakan boleh menyebabkan perut buncit, tetapi sejauh manakah kebenarannya?

Perut Buncit

Doktor Khairul Hafidz dari MedTweetMY telah menjelaskan secara saintifik tentang perkara ini bagi menolak pelbagai mitos yang tersebar berkenaan isu ini.

Ais terbentuk apabila air mencapai tahap suhu 0 darjah celcius. Ais adalah kristal lembut dan rapu yang boleh kelihatan lutsinar atau warna jernih kebiru putihan, bergantung kepada wujudnya unsur seperti udara.

Penambahan bahan lain seperti tanah mungkin akan mengubah penampilannya.

“Suhu normal badan manusia ialah 37 darjah celcius dan mekanisme dalam badan akan mengekalkan suhu tersebut. Ini bermakna air sejuk atau ais yang diminum akan turut berada di suhu yang sama.

“Apabila ais masuk ke dalam mulut, ais akan berubah jadi air kerana suhu ais akan terus berubah.

“Teras suhu badan manusia 37 darjah celcius, ini merupakan thermoregulasi badan, badan akan bekerja maksimum apabila berada dalam suhu ini,” katanya.

Jelasnya, ais atau air sejuk yang masuk ke dalam badan menyebabkan suhunya akan turun menjadi sama dengan suhu badan, kerana badan sentiasa kekalkan suhu 37 darjah celcius.

“Air yang masuk ke dalam mulut akan turun ke perut, di dalam perut suhu ais atau air sejuk berterusan turun ke 37 darjah celcius, sama seperti suhu badan.

“Setakat ini kita sudah tahu ais akan masuk ke dalam badan, suhu ais akan berubah kepada suhu badan dan tidak akan meningkatkan suhu badan,” katanya.

Menurut Dr Khairul Hafidz, teori kononnya air sejuk dan ais akan bergumpal dengan lemak dalam perut boleh ditolak.

“Air yang sama dengan suhu badan macam mana nak bergumpal lemak? Mitos minum ais dan air sejuk bergumpal lemak adalah tidak logik.

“Dalam sistem pencernaan ada enzim-enzim yang akan mencernakan lagi makanan, ia tidak bergumpal seperti yang didakwa,” katanya.

Menurutnya, buncit terjadi kerana lebihan kalori yang menjadi lemak tetapi prosesnya kompleks bukan semudah itu.

BACA INI JUGA: Tips Dan Cara Membezakan Ais Bersih Atau Kotor

sumber: sh

Sunday, March 05, 2017

4 Mitos Dan Fakta Cinta Sejati

4 Mitos Dan Fakta Cinta Sejati

Sebaik dilamun cinta, ramai yang percaya mereka telah berjumpa dengan cinta yang sejati. Mereka percaya, sekali mereka jatuh cinta, semua dilema dan masalah yang akan timbul dalam hubungan berkenaan akan hilang dan pudar dengan sendiri.

Mitos Cinta

Padahal, semua kebimbangan dan tekanan yang bakal dihadapi di dunia nyata akan memenuhi ruang lingkup pasangan berkenaan kerana sebenarnya semua masalah tidak akan hilang sebaik sahaja pasangan jatuh cinta.

Mereka masih perlu berfikir mengenai tanggungjawab masing-masing, kerja dan meluangkan masa dengan anak-anak.

Asalkan anda mengetahui realiti kebenaran mengenai mitos cinta yang sejati, anda perlu mengambil masa untuk mengenali siapakah sebearnya pasangan anda, menjadi sahabat karibnya dan jangan sesekali berhenti bekerjasama sebagai sebuah pasukan dalam rumah tangga.

Sebagai pasangan adalah penting untuk mengetahui yang mana adalah cinta sebenar dan yang mana adalah cinta yang hanya memberikan anda kesudahan yang dangkal pada penghujung usia cinta anda.

Carilah insan yang menghormati anda kerana dengan hanya menghormati anda, dia akan merasakan cinta itu sedalam-dalamnya.

Mitos 1: Bersedia lakukan apa sahaja

"Jika awak mencintai saya, awak perlu lakukan sesuatu untuk saya atau jika anda sayang saya awak perlu..." ini adalah satu persoalan yang klise semata-mata untuk membuktikan cinta anda kepadanya.

Kata-kata ini seumpama perangkap maut kepada hubungan anda.

Cinta yang sejati bukannya mengharapkan kepada balasan atau bukti, secara hakikinya ia adalah satu noktah kejujuran bagi perhubungan yang tidak memerlukan ia dibina berdasarkan permintaan untuk membuktikan cinta anda.

Sekiranya diminta untuk membuktikan sesuatu demi cinta, anda seolah-olah dimanipulasi dalam hubungan berkenaan, demi kepentingan orang lain.

Jangan letakkan pagar di dalam hubungan untuk memastikan si dia mencintai anda kerana cinta memerlukan kejujuran.

Mitos 2: Cinta tidak perlukan kawalan

Apabila orang percaya dia sudah jatuh cinta, mereka automatik percaya apabila sebarang masalah berlaku ia pastinya akan pudar perlahan-lahan sebaik sahaja perasaan cinta sudah mula menguasai. Ini sebenarnya adalah mitos.

Dengan hanya satu perkataan, saya cintakan awak, tidak membuatkan masalah hilang dari dalam diri anda semudahnya apatah lagi sekiranya anda mengalami kongkongan daripada pasangan.

Mitos 3: Cinta sudah mencukupi

Sudah semestinya cinta adalah satu komponen yang terpenting dalam hubungan. Tapi sebenarnya untuk menjalinkan hubungan, pasangan itu perlu memasukkan rasa hormat, nilai-nilai murni, setia kawan, berkomunikasi dan kerjasama yang memerlukan umbangan terbesar dalam setiap masa.

Biarpun anda menyayangi pasangan anda namun dengan tiadanya nilai-nilai yang disebutkan tadi, hubungan anda tidak akan ke mana.

Mitos 4: Setakat cukup beri komitmen

Tidak cukup dengan hanya memberi komitmen dalam hubungan cinta sahaja kepada pasangan. Apa yang penting ialah sejauh mana berakhirnya hubungan berkenaan apda masa depan.

Ramai yang percaya sebaik mereka berpasangan dan melafazskan ikrar cinta hubungan ini perlu dibaja dan disemai selalu agar sentiasa mekar berbunga atau tidak hubungan akan cepat bosan dan layu.

Itu sebab sebelum cinta semakin pudar, tindakan-tindakan untuk membajai cinta perlu selalu dilakukan agar tidak terasa tawar dan akhirnya bosan.

BACA INI JUGA: Jodoh Tidak Perlu Sempurna, Tetapi Perlu Ada 4 Perkara

Sumber: utusan

Tuesday, August 18, 2015

Fakta Yang Sebenarnya Palsu Tapi Ramai Yang Percaya!

Fakta Yang Sebenarnya Palsu Tapi Ramai Yang Percaya!

Jangan terkejut! Mungkin anda akan rasa tidak percaya dengan pembongkaran beberapa fakta di bawah, tapi hakikatnya inilah kebenaran yang selama ini kita tidak tahu.

Kebanyakan fakta yang kita pernah tahu sebelum ini tidak semestinya betul. Lihat 11 senarai di bawah:

1. Tembok Besar China satu-satunya objek buatan manusia yang jelas dilihat dari angkasa dengan mata kasar

Tembok Besar China

Tidak benar.

Tembok Besar China mendapat tempias populariti yang hebat disebabkan mitos ini. Sebenarnya, adalah cukup sukar untuk melihat Tembok Besar China dari mana-mana ruang angkasa.

Walaupun berada pada orbit rendah Bumi, Tembok Besar China tidak mungkin dapat dilihat dengan mata kasar.

Bahkan dengan bantuan lensa kamera yang cukup besar dan canggih sekalipun, masih mencabar untuk mengatakan jika anda sedang melihat Tembok Besar China atau tidak.

2. Lain bahagian lidah mengesan rasa yang lain

Lidah

Tak betul.

Lidah kita mengandungi sehingga 10,000 tunas rasa, masing-masing berisi dengan pori-pori dan reseptor rasa. Sel-sel ini adalah sama pada seluruh permukaan lidah kita.

Setiap orang mempunyai bahan kimia dalam air liur, yang berupaya mengesan dan memberitahu kita tentang rasa sesuatu benda atau makanan.

Setiap kali air liur yang mengandungi bahan kimia membuat sentuhan dengan mana-mana makanan pada permukaan lidah, tidak kira pada bahagian mana sekalipun, rasanya akan dikenal pasti.

3. Lembu akan marah jika ternampak warna merah

Lembu

Bukan itu sebenarnya.

Krew dari MythBusters TV telah membongkar mitos ini beberapa tahun yang lalu. Mereka berjaya mendapatkan tindak balas yang sama dari lembu jantan ketika matador menggunakan bendera merah, bendera biru dan bendera putih.

Sejurus selepas matador mengibarkan bendera, lembu jantan didapati memberikan reaksi yang sama pada ketiga-tiga bendera tersebut.

Jadi jelas di sini bahawa warna merah tidak memainkan peranan langsung dalam mendapatkan tindak balas daripada lembu.

Pergerakan bendera itu sebenarnya yang menarik minat lembu untuk datang menerjah.

4. Gunung Everest adalah gunung tertinggi di dunia

Gunung Everest

Ya, memang salah.

Gunung Everest adalah salah satu gunung yang terbesar, tetapi adakah ia juga tertinggi di dunia? Jawapannya bukan.

Pengiraan sama ada gunung itu tertinggi adalah ditentukan dengan sejauh mana ia menjulang dari atas permukaan laut.

Secara teknikalnya, memang benar Gunung Everest adalah gunung tertinggi di dunia jika dikira dari dasar ke puncak. Namun begitu, jika dikira sekali dengan permukaan bawah laut, Gunung Everest berada di tempat ke-2.

Mengikut pengiraan ini, gunung tertinggi di dunia adalah Gunung Mauna Kea di Hawaii. Ketinggian Gunung Mauna Kea dari permukaan laut ke puncak hanyalah sebanyak 4,206 meter. Tetapi jika dikira dengan bahagian besar yang tenggelam di dalam air, ketinggiannya mencecah sehingga 10,200 meter!

Gunung Everest pula mempunyai ketinggian 8,848 meter, namun langsung tiada bahagian bawah air.

5. Sesumpah berubah warna mengikut persekitaran

Sesumpah

Tidak sama sekali.

Saintis bersetuju penukaran warna oleh biawak bukan untuk tujuan menyamar. Ia lebih berkait dengan sistem komunikasi mereka.

Selalunya, penukaran warna ini bertujuan untuk memberi isyarat kepada biawak lain, yang dicetuskan oleh perasaan pencerobohan, perlindungan atau keinginan untuk mengawan.

Dalam masa 20 saat, biawak ini boleh bertukar warna yang berbeza melalui tindak balas sel-sel dalam otak mereka.

6. Kilat tidak akan menyambar pada tempat yang sama dua kali

Kilat

Fakta ini tidak benar.

Tidak ada sebab fizikal, meteorologi, geografi atau geologi mengapa kilat tidak dapat menyerang di tempat yang sama dua kali.

Setiap kali badai petir muncul, kilat akan mencari konduktor dan pelbagai peralatan logam di atas bangunan tinggi untuk disambar.

Kilat dikatakan menyerang konduktor di atas bangunan tinggi dan menara seperti Bangunan Empire State di NEW York, Menara Eiffel di Paris, Menara CN di Toronto, Menara Sydney dan Auckland Sky Tower sebanyak 50-100 kali setahun.

Malah pemerhati cuaca dan pemburu ribut di seluruh dunia juga menjamin fakta bahawa petir sering menyerang dua kali di tempat yang sama.

7. Kelawar buta

Kelawar buta

Tidak, kelawar tidak buta.

Walaupun sesetengah kelawar mempunyai mata yang lebih besar dan penglihatan jauh lebih halus berbanding yang lain, tidak ada satu pun dari 1200 atau lebih spesis kelawar yang buta secara semula jadi.

Sebenarnya, kadar penglihatan kelawar dalam keadaan gelap adalah lebih baik daripada manusia. Kelawar juga boleh mengesan jarak dengan menghantar bunyi frekuensi tinggi yang dipantul melalui objek terdekat.

Jadi, kelawar sebenarnya tidak buta dan jauh lebih pintar daripada apa yang kita bayangkan sebelum ini.

8. Kolesterol dalam telur adalah buruk untuk jantung

Kolesterol telur

Mungkin tidak.

Anda perlu tahu ada dua jenis kolesterol, kedua-duanya diperlukan oleh tubuh iaitu kolesterol pemakanan dan kolesterol darah.

Kolesterol darah terbahagi kepada dua kategori - High-Density Lipoprotein (HDL) dan Low-Density Lipoprotein (LDL).

LDL adalah salah satu kolesterol yang tidak baik kerana ia melekat pada dinding arteri dan mempunyai potensi untuk membawa kepada penyakit jantung. Lemak tepu adalah penyebab utama dalam meningkatkan kolesterol darah, dan yang penting, kadar LDL ini.

Telur, bagaimanapun, tidak mempunyai lemak tepu dan hanya mengandungi kolesterol pemakanan, bukan kolesterol darah.

9. Anda perlu regangkan badan atau 'stretching' sebelum bersenam

Stretching

Tak payah pun tak apa.

Penyelidikan terkini mendapati terdapat banyak sebab mengapa regangan mungkin tidak bagus seperti yang kita pernah tahu. Salah satunya ialah, regangan sebelum latihan bukan sahaja tidak diperlukan, malah boleh menjadi tidak produktif.

Satu kajian menyifatkan otot adalah sama seperti gelang getah. Seperti mana gelang getah kekurangan fleksibilitinya apabila diregang, otot juga kehilangan beberapa fleksibiliti jika terlalu banyak diregang sebelum latihan sebenar bermula.

Terdapat juga bukti-bukti penyelidikan yang menunjukkan sama ada kemungkinan kecederaan atau masa pemulihan, kedua-duanya tidak ada kena-mengena dan tidak dapat dikurangkan dengan regangan sebelum bersenam.

10. Planet Marikh berwarna merah

Planet Marikh

Ia sebenarnya bukan.

Pengkaji bintang mendakwa planet Marikh berwarna merah apabila dilihat melalui teleskop, manakala gambar definisi tinggi yang ditangkap oleh teleskop Hubble atau ekspedisi robot ke permukaan planet ini telah mendedahkan bahawa, dari dekat, warna persekitaran Marikh sebenarnya lebih kepada kekuningan, dengan warna-warna lain yang turut hadir termasuk emas, coklat, dan warna kehijauan. Dari jauh pula, debu-debu yang berkeliaran di sekeliling Marikh melihatkan seluruh planet ini seperti kemerahan.

11. Anda akan dapat Atritis jika anda "meretakkan" sendi

Atritis

Jangan risau, anda takkan!

Artritis adalah keradangan sendi. Membunyikan (atau meretakkan) sendi pada mana-mana bahagian badan tidak pernah dibuktikan sebagai penyumbang kepada keradangan sendi, dan kepada mana-mana penyakit lain yang berkaitan. Sehingga kini, masih tidak ada bukti kukuh yang menyokong kenyataan tersebut.

Bunyi "retak" atau "pop" yang kedengaran adalah tidak lebih daripada gas-gas yang berlebihan dibuang dari cecair yang mengelilingi sendi.

Apabila tekanan dalam ruang sendi menjadi terlalu tinggi dan lebih banyak ruang perlu diperlukan untuk sendi bergerak dengan selesa, ruang akan terbuka dan gas dilepaskan, maka muncullah bunyi "pop" pada bahagian sendi yang diberi perhatian.

Menarik bukan!

BACA INI JUGA: 8 Fakta Dan Auta Mitos Kecantikan

Sumber: BB