Friday, September 07, 2018

Mahkota Bernilai RM4 Juta Menanti Miss World Malaysia 2018

Mahkota Bernilai RM4 Juta Menanti Miss World Malaysia 2018

Saban tahun peminat pertandingan ratu cantik seluruh dunia menanti wajah-wajah baharu yang bakal mewakili setiap negara untuk ke pertandingan ratu cantik antarabangsa dan yang paling mendapat perhatian semestinya Miss World dan Miss Universe.

Miss World Malaysia Crown

Untuk itu, Malaysia juga tidak pernah ketinggalan menghantar wakil untuk ke pertandingan-pertandingan kecantikan seperti ini.

Edisi 2018 menyaksikan Miss World Malaysia berada di bawah pengurusan yang baharu iaitu Creative Teamlab yang bekerjasama dengan Fantastic Globe dan buat julung kalinya Miss World Malaysia 2018 akan diadakan di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 8 September (Sabtu).

Antara lain yang bakal menjadi perhatian, siapakah gadis bertuah yang bakal dimahkotakan dengan gelaran Miss World Malaysia 2018 dan menggayakan mahkota berharga RM4 juta ringgit.

Penganjuran kali ini juga mendapat sokongan daripada kerajaan negeri Sarawak di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan kami di Sarawak berbangga untuk menjadi tuan rumah bagi acara ini, katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur awal bulan lalu.

“Dengan memberi sokongan kepada acara ini, Sarawak akan lebih dikenali sebagai sebuah negeri yang sarat dengan keunikan, kesenian dan kebudayaan di seluruh dunia dan kami tidak sabar untuk membawa peserta Miss World Malaysia menyaksikan sendiri kepelbagaian ini’, tambahnya.

Berbekalkan moto Beauty with a purpose, seramai 70 peserta berdaftar untuk melayakkan diri ke pentas akhir di mana hanya 12 peserta akan dipilih untuk meneruskan saingan bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2018.

Mahkota Bernilai RM4 Juta Menanti Miss World Malaysia 2018
Lina Teoh.

Menurut pengarah Miss World Malaysia, Sean Wong, pemenang akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria utama yang ditetapkan dan wanita tersebut seterusnya akan menjalani latihan sebelum mewakili negara ke pentas Miss World 2018 yang bakal diadakan di Sanya, China.

"Adalah penting untuk memilih pemenang berkualiti yang akan mewakili negara di pentas antarabangsa dan kami berharap agar pemenang yang dipilih pada kali ini akan mampu memberi saingan yang baik kepada peserta lain dari seluruh dunia," tambahnya.

Pencapaian tertinggi peserta Malaysia setakat ini adalah menerusi Lina Teoh yang berjaya mendapat tempat ketiga di Miss World 1998 dan Dewi Liana Seriestha yang dinobatkan sebagai Miss World Talent pada 2014 di London.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Monday, November 20, 2017

Manushi Chhillar Dari India Pemenang Miss World 2017

Manushi Chhillar Dari India Pemenang Miss World 2017

Manushi Chhillar dari India dinobat sebagai Miss World 2017 dalam pertandingan ratu cantik berkenaan yang diadakan di Sanya, China.

Manushi Chhillar Dari India Pemenang Miss World 2017

Kemenangan itu berpihak semula kepada India selepas Priyanka Chopra kali terakhir meraih gelaran itu pada 2000.

Andrea Meza yang juga Miss Mexico diumumkan sebagai naib juara manakala Stephanie Hill dari England di tempat ketiga.

Seramai 108 peserta dari seluruh dunia menyertai pertandingan ratu cantik itu.

Manushi Chhillar, 20, dari Haryana merupakan penuntut di Kolej Perubatan Kerajaan Bhagat Phool Singh di Sonepat, India.

Berdasarkan profil Manushi Chhillar di laman web pertandingan ratu cantik itu, gadis tersebut bercita-cita untuk menjadi pakar bedah jantung.

Dia turut merancang untuk membuka sebuah hospital yang menawarkan perkhidmatan percuma di kawasan luar bandar.

Malah, Manushi Chhillar juga merupakan seorang penari klasik terlatih dan gemar melakukan aktiviti lasak seperti selam skuba, snorkeling dan bungee jumping.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Iris Mittenaere Pemenang Miss Universe 2017

sumber: mstar