Monday, November 11, 2013

Ardi Hamza Menghitung Hari Ke Tali Gantung!

Ardi Hamza Menghitung Hari Ke Tali Gantung!

Suspek utama kes pembunuhan Allahyarham Norazita Abu Talib yang berjaya ditahan di Kota Tinggi, Johor pagi tadi dilihat berkemungkinan besar ke tali gantung kerana jenayah dilakukannya.


Ini berikutan kewujudan bukti-bukti yang amat jelas dan tidak boleh disangkal terhadap apa yang dilakukan suspek itu.

Berita penangkapan suspek atau namanya Ardi dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

“Pada jam 7.00 pagi 10 Nov 2013, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.

“Pihak Polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan. Pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keperihatinan mereka dalam kes ini,” kata Hadi Ho.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi yang berdekatan dengan Terminal Feri Tanjung Belungkor yang turut menyediakan perkhidmatan untuk ke Indonesia di Pulau Bintan dan Batam.

Kemungkinan suspek merancang untuk menyelinap keluar dari Malaysia melalui jeti berkenaan.

Jika dilihat daripada jenayah yang dilakukan dan kesemua bukti sudah dirakamkan di dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank ketika kejadian, Ardi hanya menunggu masa untuk ke tali gantung.

Jutaan rakyat Malaysia pastinya berdoa agar keadilan untuk Allahyarham Norazita akan diperoleh dan Ardi menerima hukuman yang setimpal.

Kes berkenaan sudah pasti bakal disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati mandatori bagi Ardi.

Daripada rakaman CCTV, jelas senjata yang digunakan untuk membunuh Norazita berada padanya selepas tembakan itu dilepaskan.

Rakaman CCTV juga dengan jelas merakam tindakan suspek membawa keluar wang yang berada dalam bilik kebal bank berkenaan dan kemudian melarikan diri dengan wang berkenaan yang berjumlah kira-kira RM450,000.

Cuma jangan ada mana-mana pendakwa raya samdol yang uruskan kes itu nanti sampai suspek terlepas akibat masalah teknikal sudah la… kerana sudah banyak kali terjadi di Malaysia.

Baik kita sebut pasal kualiti pendakwaan bermula sekarang.

Kita akan mengikuti perbicaraan melibatkan kes selepas ini dan apakah yang akan dikatakan oleh saksi-saksi dalam kes itu nanti.

Sumber: Mynewshub

Sunday, November 10, 2013

Pengawal Kes Rompakan Ambank Berjaya Ditangkap!

Pengawal Kes Rompakan Ambank Berjaya Ditangkap!

Kes tembak seorang pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu selesai berikutan tertangkapnya suspek utama kes tersebut pada jam 7.00 pagi tadi di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Ardi Hamzah

Dia dikehendaki dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.

Sepanjang pemburuan suspek, 11 individu warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun twitternya memaklumkan berita gembira tersebut.

Pengawal Kes Rompakan Ambank Berjaya Ditangkap!

Pengawal keselamatan itu menembak mati Norazita selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.

Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000. Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal berkenaan.

Syabas PDRM!

Sumber: Mynewshub

Wednesday, November 06, 2013

Teman Wanita Pengawal Keselamatan Merompak Di Buru!

Teman Wanita Pengawal Keselamatan Merompak Di Buru!

Susulan kes samun Kedai Emas Tomei Di Kompleks Danau Kota, Kuala Lumpur 3 November lalu, polis kini sedang mengesan seorang wanita Filipina dikenali sebagai Norena Lamuddin @ Hasnah Hassan, 27.

Norena Lamuddin @ Hasnah Hassan, 27

Sebelum ini suspek utama kes sudah ditangkap bersama seorang lagi rakannya yang juga warganegara Filipina di LCCT, Sepang.

Bagaimanapun polis hanya berjaya menemui semula 10 utas daripada 100 barang kemas yang telah disamun oleh suspek.

Polis mengesyaki, barang kemas lain telah diserahkan kepada Norena Lamuddin yang merupakan teman wanita suspek.

Sehubungan itu pihak polis meminta bantuan sesiapa yang mengenali atau pernah melihat wanita dalam gambar ini untuk tampil memberikan kerjasama atau suspek (wanita berkenaan) sendiri, tampil di mana-mana balai berdekatan bagi membantu siasatan.

Kepada mereka yang membeli atau memiliki barang kemas hasil samun, anda telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 6 bulan dan tidak lebih 5 tahun atau boleh didenda.

Bagi mereka yang membeli barang kemas terbabit pula, anda dianggap telah menjalankan perniagaan yang merupakan harta curi di bawah kesalahan Seksyen 413 Kanun Keseksaan iaitu suatu kesalahan yang boleh dihukum pemenjaraan selama 20 tahun dan didenda.

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

Thursday, October 31, 2013

Seorang Lagi Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas!

Seorang Lagi Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas!

Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompak Kedai Emas
Gambar hiasan.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Pengawal keselamatan berkenaan telah bekerja kurang dua daripada dua bulan, mengacukan pistol kepada pemilik kedai emas berkenaan dan melarikan diri dengan satu dulang barang kemas pada pagi Khamis.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa berkata ketika kejadian pemilik kedai dan tiga pekerjanya sedang bersiap sedia untuk membuka kedai.

"Mereka telah membaca mengenai apa yang berlaku di sebuah bank dan segera menyerahkan dulang berisi barang kemas kerana berasa takut kejadian sama akan berulang kembali," katanya.

Pengawal keselamatan tersebut, yang ketika kejadian memakai pakaian seragam segera mengambil dulang berisi barang kemas itu dan dengan selamba keluar daripada pusat membeli belah berkenaan.

"Ia berlaku sangat pantas, dan tiada siapa menyangka ia akan berlaku kepada kami," kaanya sambil menambah pihak polis masih menyiasat nilai barang kemas yang dicuri.

Polis juga sedang menyiasat sama ada pistol yang digunakan dalam rompakan tersebut dikeluarkan kepada suspek oleh syarikat kawalan keselamatan tempatnya bekerja atau milik peribadi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ada kemungkinan pengawal keselamatan tersebut merupakan perompak yang meniru aksi rompakan yang berlaku di sebuah bank baru-baru ini.

"Ada kemungkinan pengawal keselamatan itu mendapat idea daripada pengawal keselamatan yang merompak Ambank.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa kes melibatkan pengawal keselamatan merompak majikan mereka," katanya.

Justeru, beliau menggesa syarikat kawalan keselamatan menyemak dengan teliti latar belakang kakitangan mereka terlebih dahulu.

"Sekiranya mereka ada rasa ragu-ragu mengenainya, tolong hubungi pihak polis dan kami akan membantu anda," katanya.

Khalid berkata pihak polis sedang memberi perhatian serius kepada pengawal keselamatan dan semakan secara rawak turut dijalankan di seluruh negara.

Ketika dihubungi, syarikat kawalan keselamatan yang mengambil pengawal keselamatan itu berkata suspek dikenalpasti sebaai warga Sabah melalui kad pengenalannya.

Namun pihaknya enggan mengulas sama ada pihaknya ada melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang suspek atau dia mempunyai lesen untuk membawa senjata api.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.

Sumber: mStar

Friday, October 25, 2013

Pengawal Keselamatan Rompak AmBank Larikan RM450,000!

Pengawal Keselamatan Rompak AmBank Larikan RM450,000!

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Pengawal Keselamatan Rompak AmBank

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

Video pegawai AmBank ditembak ketika rompakan di bank.

“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.

RM20,000 Duit Rompakan Ambank Ditemui Bersama Ahli Keluarga Suspek

Ketua Polis Selangor, Datuk mohd Shukri Dahlan berkata, polis sudah menahan tiga ahli keluarga kepada suspek yang menembak mati seorang pegawai Ambank, Rabu lalu.

Turut ditemui wang tunai RM20,000 dipercayai antara sebahagian duit berjumlah RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu.

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di sebuah bank di Subang Jaya Rabu lalu, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan.

“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.

Sumber: BERNAMA

Friday, October 04, 2013

Dua Beradik Penjenayah Mati Ditembak Anak Anggota Polis!

Dua Beradik Penjenayah Mati Ditembak Anak Anggota Polis!

Dua daripada tiga penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Intan, Gerik, di sini, awal pagi kelmarin, disahkan sebagai pasangan adik-beradik tiri yang juga anak kepada seorang anggota polis.

Penjenayah
Gambar tempat kejadian.

Kedua-dua yang berusia 25 dan 26 tahun itu, jarang pulang ke rumah keluarga mereka di Kampung Tanjung Mas, Kelantan.

Mereka dikatakan mengaburi perbuatan jenayah dilakukan daripada ahli keluarga dengan mendakwa kononnya bekerja sendiri termasuk sebagai pemasang paip di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Menurut sumber, bapa kepada suspek yang berpangkat lans koperal itu sudah lama tidak bertemu dengan kedua-dua anaknya itu dan kali terakhir dua anaknya itu pulang ke rumah pada Isnin lalu dengan alasan mahu bercuti serta ingin menziarahi keluarga di kampung.

Difahamkan, pasangan adik-beradik itu pulang ke kampung halaman mereka pada Aidilfitri lalu sebelum sekali lagi pulang menziarahi keluarga mereka pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, mereka meninggalkan rumah pada jam 4 pagi Selasa lalu tanpa diketahui tujuannya.

Bapa kedua-dua suspek yang bertugas di Kota Baharu, Kelantan, tidak mengetahui atau mengesyaki aktiviti jenayah yang dilakukan anak-anaknya itu.

Sumber berkata, beliau hanya mengetahui pembabitan anak-anaknya itu dalam kegiatan jenayah samun bersenjata api apabila dimaklumkan polis pada petang hari kejadian berbalas tembakan itu.

Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik terbabit termasuk seorang lagi rakan jenayah mereka berusia 34 tahun turut mati ditembak polis.

Dalam kejadian lebih kurang jam 1.40 pagi itu, pasukan polis yang mengekori ketiga-tiga penjenayah tersebut mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan namun suspek-suspek yang menaiki Proton Wira berwarna putih sebaliknya melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

Polis terpaksa membalas tembakan dan berjaya menembak mati ketiga-tiga suspek di tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan dalam kenderaan yang dinaiki suspek, polis menjumpai dua pucuk pistol serta 11 butir peluru.

Hasil semakan rekod jenayah mendapati ketiga-tiga suspek pernah terlibat dalam beberapa kes samun bersenjatapi termasuk menembak mati pemilik restoran nasi kukus di Paka serta melarikan kenderaan Toyota Hilux milik mangsa.

Ketiga-tiga penjenayah juga didapati terlibat dalam kes cubaan samun seorang wanita di Jalan Haji Ahmad Kuantan, Pahang.

Sumber: Harian Metro/Gambar FB Polisperak

Wednesday, September 04, 2013

Sanggup Ditetak Demi Pertahan Maruah Ibu Dan Adik!

Sanggup Ditetak Demi Pertahan Maruah Ibu Dan Adik!

Demi mempertahankan nyawa dan maruah ibu serta adik perempuannya, seorang lelaki nekad bertempur dengan dua daripada lima penyamun yang memasuki rumah mereka di FELDA Keratong 5, Muadzam Shah, di sini, hingga cedera parah terkena 11 tetakan di tangan hingga menampakkan tulang, kaki dan perut, awal pagi semalam.

Ditetak perompak
Mohd Arsyad ditenangkan Zaharah.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Mohd Arsyad Othman, 26, parah terkena 11 tetakan ketika melawan dengan penyamun bertopeng dipercayai warga asing bersenjatakan dua parang dan tiga kayu.

Difahamkan, ketika Arsyad bertarung dengan dua lelaki terbabit, tiga lagi penyamun mengepung ibu dan adiknya sambil mengawal keadaan.

Melihatkan Mohd Arsyad ditetak berkali-kali, ibunya, Zaharah Bakar, 57, melaungkan ‘Allahuakbar’ kerana tidak mampu berbuat apa-apa apabila dikepung tiga penjenayah bersama anaknya, Nor Adibah, 23.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Arsyad berkata, dengan kudrat yang ada dia cuba melawan penyamun terbabit kerana bimbang akan mengapa-apakan ibu dan adik perempuannya.

“Saya yang ketika itu tidur di ruang tamu tersedar apabila mereka memukul belakang saya dengan kayu.

“Selepas itu, saya lihat lima penyamun berada dalam rumah dengan tiga daripada mereka sudah mengepung ibu dan adik,” katanya yang kini stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah (HMS) di sini.

Mohd Arsyad berkata, seorang penyamun terbabit cuba menetaknya di kepala, namun dia sempat menahan dengan tangan sebelum mencapai sebatang besi dan terus berlawan.

“Tanpa mempedulikan kesakitan, saya melawan walaupun penyamun itu melibas parang berulang kali sehingga mengenai beberapa bahagian badan,” katanya yang bekerja kampung.

“Ketika itu saya hanya terfikir keselamatan ibu dan adik perempuan walaupun nyawa saya jadi taruhan,” katanya yang bekerja kampung.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, melihatkan tindakan agresifnya, penyamun terbabit melarikan diri dan hanya sempat mengambil dompetnya mengandungi wang tunai RM400 dan satu komputer riba.

“Selepas itu baru saya sedar tangan kanan terkena tetakan sehingga nampak tulang dan seluruh badan terasa sakit,” katanya.

Mohd Arsyad berkata, anggota polis yang tiba selepas membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah jam 5 pagi, menemui dompetnya dicampak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

“Namun, wang tunai di dalam dompet itu diambil penyamun, tetapi saya bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.

Menurutnya, ia adalah kejadian kedua selepas kali pertama rumahnya dimasuki penyamun lapan tahun lalu menyebabkan kerugian dianggarkan RM2,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya sudah mengenal pasti penjenayah dipercayai warga asing terbabit. -Hmetro